Make your own free website on Tripod.com

Bah I - Bab 2 - Fasa 1 - Perkara 14 - 17

Qanun Jinayah Syar`iyah

Bab 2 : Hudud

Fasal Pertama : Zina.

Perkara 14 : Zina

1) Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara` (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif "wati syubhat" (persetubuhan yang meragukan).

[ Perenggan yang di atas ini menceritakan tentang definasi atau takrif apa yang dikatakan sebagai zina.

  • a) Yang pertamanya dinyatakan bahwa zina itu ialah satu persetubuhan tanpa nikah yang disahkan oleh agama. Persetubuhan di sini bermaksud apabila tenggelamnya hasyafah lelaki ke dalam faraj perempuan, ataupun khitan lelaki bertemu dengan khitan perempuan. Maknanya, kalau dilihat dengan mata kasar ialah kepala zakar lelaki ghaib di dalam kemaluan perempuan. Ini membawa maksud tempat khatan bagi lelaki itu bertemu dengan tempat khitan bagi perempuan. Inilah yang ditakrifkan sebagai persetubuhan. Maknanya, bila tidak berlaku persetubuhan, maka itu tidak dinamakan sebagai zina.
  • b) Yang keduanya, dinyatakan bahwa dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah diantara kedua-dua mereka itu mengikut hukum syara` ( mereka bukan suami isteri).
  • c) Dan kedua-dua mereka adalah orang yang mukallaf. Orang yang mukallaf membawa maksud orang yang ditaklifkan dengan bebanan tanggungjawab. Dalam ertikata yang lain, jikalau dia melakukan sesuatu kesalahan di sisi ALLAH SWT, maka dia berdosa kepada ALLAH TA`ALA. Orang yang mukallaf juga adalah orang yang berakal dan baligh. Jadi, kanak-kanak dan orang-orang gila tidak ditaklifkan dengan bebanan tanggungjawab.
  • d) dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif "wati syubhah". Apa maknanya "wati syubhah"?…"Wati" maknanya persetubuhan. Sebab itu, kita tidak galakkan orang-orang Melayu meletakkan nama anak-anak perempuan mereka dipangkalnya "wati" kerana ia membawa maksud yang mengaibkan. "Wati syubhah" membawa maksud persetubuhan yang meragukan. Makna kata persetubuhan itu memang betul-betul berlaku sebab pasangan yang melakukan persetubuhan itu yakin yang mereka adalah pasangan suami isteri, tetapi pada hakikat sebenarnya mereka adalah bukan suami isteri. Maka inilah yang dikatakan persetubuhan yang meragukan. Kalaulah percantuman benih melalui "wati syubhah" ini terhasil, maka anak yang bakal dilahirkan itu tetap di"bin" kepada si lelaki berkenaan, walaupun pada hakikatnya mereka bukan suami isteri. Maka lelaki berkenaan tetap menjadi ayah kepada anak yang bakal dilahirkan melalui percantuman "wati syubhah" itu. Dan lelaki itu wajib memberi nafkah kepada anak berkenaan. Begitu juga dalam kes rogol. Yakni perogol wajib membayar nafkah kepada anak yang terhasil daripada perbuatannya itu dan juga hendaklah di"bin"kan kepada perogol tersebut, sebab anak yang terhasil daripada rogol adalah dinasakkan kepada perogol. Cumanya, bagi kesalahan zina sahaja yang mana anak yang terhasil daripada perzinaan itu tidak boleh dinasakkan kepada penzina lelaki. ]
  • 2) Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahwa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu sebenarnya bukan isterinya, atau lelaki tadi menyangka bahwa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syara`, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah. Maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam "wati syubhat", iaitu persetubuhan yang meragukan.

    [ Perenggan ini, pengarang bagi contoh kepada kita tentang kalau seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan yang dia percaya bahwa perempuan itu adalah isterinya, tapi pada hakikat sebenarnya perempuan itu bukan isterinya. Maka inilah yang dinamakan "wati syubhah". Ataupun seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan diatas dasar keyakinan bahwa perkahwinan mereka itu sah, sedang pada hakikatnya tidak sah, maka persetubuhan yang telah berlangsung beberapa lama itu dianggap sebagai persetubuhan yang meragukan. Jadi, kalau anak terhasil, maka tetaplah dinasakkan kepada si lelaki berkenaan.

    Lalu ustaz Jailani bagi satu contoh daripada pengalamannya sendiri iaitu ketika beliau mengendali satu kes di mahkamah syariah Sungai Petani. Dimana ustaz mewakili si bapa yang memohon supaya perkahwinan anak perempuannya itu diisytiharkan tidak sah sebab kahwin lari. Keluarga mereka ni tinggal di Sungai Petani, tiba-tiba anak perempuannya dilarikan oleh menantunya ke Songkla dan berkahwin di sana. Kemudian dibawa masuk semula ke Sungai Petani. Lalu si bapa ini buat permohonan untuk membatalkan nikah anak perempuannya tersebut di atas alasan kerana perkahwinan mereka itu tidak mendapat izin daripada wali mujbir. Selepas berlakunya sessi penghujahan (submission) dalam mahkamah, si menantu ni mai jumpa dengan ustaz Jailani. Dia kata, "Kalau ustaz teruskan juga permohonan ini untuk membatalkan pernikahan saya; apakah yang akan jadi kepada anak di dalam kandungan isteri saya ini?...Bila dilahirkan kelak, tidakkah budak itu akan jadi anak zina nanti kalau perkahwinan ini dibatalkan?"…Haaaa! inilah contoh persoalan yang mengelirukan dalam masyarakat kita kerana dianggap sebagai baru. Ramai dikalangan masyarakat kita tidak faham tentang masalah ‘"wati syubhah". Sebab itu saya dok tekankan selalu supaya pi mengaji kerana sebenarnya masalah ‘"wati syubhah" ni bukannya baru. Sudah pun ditulis di dalam kitab, hanya kita sendiri yang tak tahu pasai tak mau mengaji. Maka akan jadilah macam si menantu tu yang terkeliru dengan kesnya sendiri.

    Kalau kita bersetubuh diatas kepercayaan bahwa perkahwinan kita sah tapi pada hakikatnya tidak, maka persetubuhan itu tidak dinamakan sebagai zina. Anak yang dilahirkan hasil persetubuhan itu juga tidak dipanggil "anak zina" sebab persetubuhan sebegitu dinamakan sebagai "wati syubhah". Maka anak itu akan di "bin" kepada si lelaki berkenaan. Dalam kes itu, permohonan si bapa yang diwakili oleh ustaz Jailani itu ditolak oleh mahkamah dengan alasan bahwa berdasarkan kepada fatwa negeri Kedah yang mengatakan bahwa pernikahan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang melarikan diri daripada wali mujbir lebih daripada 2 marhalah seperti masuk dalam daerah selatan Thailand dan berkahwin di sana, kemudian balik semula ke tempat tinggal mereka, maka pernikahan tersebut adalah sah. Jadi, hakim syarie ketika itu menolak permohonan si bapa untuk membatalkan pernikahan anaknya kerana mengikut fatwa negeri Kedah. Jadi, persoalannya sekarang; apakah boleh kita mempertikaikan fatwa tadi?…Kerana dalam hukum syara`, perkara yang tidak boleh dipertikaikan ialah perkara-perkara yang ada nas qot`i. Contohnya ialah tentang zina, yang mana memang jelas ada nas yang qot`i yang diputuskan di dalam al-Quran, maka para ulama ijmak semuanya sepakat mengatakan bahwa zina itu adalah haram. Begitu juga dengan masalah khamar, yang juga ada nas qot`i dalam Quran, maka para ulama sepakat juga mengatakan bahwa khamar yang dibuat daripada anggur adalah haram. Jadi, kedua-dua contoh tentang zina/arak ini, kita tak boleh pertikai sebab telah disepakati oleh para ulama Islam kerana ada nas qot`i. Jadi, kalau perkara yang tidak ada nas qot`i, maka bolehlah kita pertikaikan, yang mana kita panggil nas zonni. Contohnya, seperti yang kita bincang tentang masalah nikah tadi. Walaupun wali mujbir ada, tapi anaknya kita larikan ke selatan Thailand lebih daripada 2 marhalah dan kahwin di sana, kemudian bawa masuk balik; maka kes begini tidak ada nas yang qot`i tentangnya. Yang ada cumalah beberapa nas zonni, yakni nas yang tidak begitu putus tentang sesuatu persoalan. Oleh sebab itu, ustaz Jailani nak bagitau kepada mahkamah bahwa pernikahan sebegini sepatutnya diisytiharkan batal sebab banyak menimbulkan huru hara dalam masyarakat. Yakni bila kita ikhtiraf perkahwinan di selatan Siam ni, walhal wali mujbir ada di Kedah, maka ini membawa banyak kesusahan kepada masyarakat.

    Bayangkan tuan-tuan, seorang ayah yang telah berkorban menjaga dan mendidik anaknya selama 18 tahun, tiba-tiba ada lelaki lain senang-senang saja ambik anak dia bawa lari dan kahwin di selatan Siam, kemudian balik semula ke Kedah; apakah perbuatan sebegini tidak menghancurkan hati seorang insan yang bergelar "ayah"?…Jadi, kita boleh cabar fatwa sebegini sebab kita ada nas dalam al-Quran untuk menunjukkan bahwa nikah sebegini sepatutnya dibatalkan. Contohnya, sepertimana satu peristiwa yang ALLAH SWT sebut di dalam al-Quran, yakni tentang Bani Israil yang dilarang oleh ALLAH SWT tangkap ikan pada hari Sabtu. Ini dia yang dikatakan Bani Israil tu. Dengan degilnya mereka, dengan keteqaqnya mereka; sampai ALLAH pun depa nak tipu jugak. Bila ALLAH tak bagi depa tangkap ikan pada hari Sabtu, depa buat muslihat dengan bawa turun pukat ke laut pada petang Jumaat. Jadi, hari Sabtu sehari suntuk depa relax, kemudian depa pi collect ikan yang sangkut kat pukat depa tu pada hari Ahad. Maka ALLAH SWT melaknat Bani Israil ini sebab mereka cuba buat tipu muslihat kepada ALLAH SWT. Begitulah juga apa yang disebut oleh Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya "Al-Halal wal-Haram", bahwa tipu muslihat kepada ALLAH SWT adalah diharamkan dalam ajaran Islam. Serupalah juga dengan kes kahwin lari tadi. Walaupun wali mujbir ada, tapi depa bawa lari anak dara orang lebih daripada 2 marhalah dan kahwin di sana, kemudian bawa balik ke Kedah; maka ini adalah tipu muslihat kepada hukum ALLAH SWT. Sebab itu, ustaz Jailani cuba nak convince kepada pihak berkuasa agama bahwa pengesahan nikah di selatan Siam ni membawa banyak masalah.

    Sebagai contohnya, ustaz ceritakan tentang pengalamannya kendalikan satu kes di Pendang, Kedah pula. Dimana kes ini pun agak sama dengan kes di Sungai Petani tadi, iaitu kahwin lari. Seorang pemuda bawa lari anak dara dan kahwin di Siam walaupun emak bapa anak dara tu masih ada di Kedah. Kemudian bila pasangan itu kembali ke Kedah, emak ayah budak perempuan ni tangkap anak depa bawa balik ke rumah. Selepas itu, pemuda ini bawa lari pulak budak perempuan ni sekali lagi ke Siam dan kahwin balik buat kali kedua. Kemudian bila depa masuk ke Kedah, sekali lagi buat kali kedua budak perempuan itu ditangkap oleh emak ayah dia. Selang beberapa lama, pemuda ni bawa lari pulak budak perempuan ni ke Siam dan kahwin lagi buat kali ketiga di Siam. Menurut ustaz Jailani, rekod pasangan ini memang ada di Pejabat Agama Alor Setar yang menunjukkan bahwa mereka telah kahwin sebanyak 3X di selatan Siam. Inilah yang menjadi masalah tu. Sebab itu, kita musykil sebab apa pihak berkuasa agama negara kita begitu mudah mengikhtiraf perkahwinan di selatan Siam?…Sepatutnya pihak berkuasa kenalah buat perbicaraan yakni check macamana mereka ni kahwin dan sebagainya. Jangan mudah sangat terus ikhtiraf dengan hanya tunjuk surat nikah sahaja, sebab ia banyak bawa kesusahan kepada masyarakat kita.

    Islam adalah satu agama yang mentadbir kehidupan masyarakat dengan hukum hakamNya.Tapi kalau dengan tiba-tiba hukum hakam ini tidak mampu nak jaga masyarakat, maka kita kena kaji balik macamana kedudukan hukum tadi. Sebab dalam ajaran Islam, kita ada 2 jenis hukum :

  • a) hukum Islam yang tidak berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Contohnya seperti sembahyang. Zaman Nabi buat 5 waktu, di zaman kita pun buat 5 waktu juga. Takdak 4 waktu atau takdak 6 waktu. Begitulah juga dengan ibadah puasa. Macamana ia diwajibkan di zaman Nabi, pun diwajibkan juga di zaman kita.
  • b) Hukum yang berubah. Misalnya seperti rokok. Satu ketika dahulu makruh, tapi sekarang orang kata haram. Sebab sekarang ni maklumat tentang rokok diketahui dengan lebih mendalam. Begitulah juga dalam masalah perkahwinan yang melarikan diri daripada wali mujbir ini. Sepatutnya dengan berdasarkan daripada beberapa alasan, ia hendaklah diisytiharkan tidak sah, sebab ia membawa banyak keburukan kepada masyarakat.
  • Daripada pengalaman ustaz Jailani yang banyak mengendalikan kes kahwin lari ni, menurut beliau kebanyakan masalah ini tidak ada yang berakhir dengan perdamaian begitu sahaja, sebab mereka yang terbabit akan terus bermusuhan. Jadi, apalah salahnya kalau si menantu yang bawa lari anak perempuan orang itu, cuba ikhtiar berbaik-baik atau tackle balik hati Pak Mertua pula?...Sapa ada anak perempuan, depa tau lah lagumana punya susah nak jaga, tapi tup! tup! tiba-tiba bila dah besar panjang, ada kutu pulak pi sariap kot ataih. Tak bara ka orang tua tu?…Awat, tak boleh ka pi beli proton waja sebijik atau apartment sebijik ka kat Pak Mertua, untuk membayar balik penat lelah orang tua tu menjaga anak dara dia?...Bukan pasai apa; dok dengaq banyak kes dah yang sampai boleh pi pukoi Pak Mertua, pun ada. Ni, apa cerita ni?…Dah la hang gagau anak dara dia, lepas tu hang pi "sedeqah" pulak orang tua tu. Hang ni orang ka atau beruang ka? ]

    Perkara 15 : Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina.

    1) Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100X sebat.

    Firman ALLAH dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud,

    "Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-masingnya seratus dera,…"

    [ Para ulama mengatakan bahwa bila ayat ini dimulakan dengan kalimah "penzina wanita", kemudian baru Dia sebut "penzina lelaki"; ini menjadi dalil bahwa salah satu faktor utama dalam persoalan maksiat adalah datang daripada kaum wanita. Jadi, perkara yang perlu dititikberatkan ialah menjaga kaum wanita kita dulu. Bukan kata kaum lelaki tak buat salah, tapi yang nak bagitau bahwa kebanyakan faktor maksiat berpunca daripada kaum wanita. Contohnya, seperti apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w., "Takutlah kamu kepada dunia dan takutlah kamu kepada perempuan. Sesungguhnya fitnah yang awal yang berlaku kepada Bani Israil adalah daripada kaum wanita."Ini adalah peringatan daripada Nabi s.a.w. kepada kita semua supaya diambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku pada zaman Bani Israil. Yang mana mereka ini rosak kerana tidak menjaga kaum wanita mereka.

    Sebab itu, muslimin/muslimat sekelian; bila kita kaji ayat 2 dalam Surah an-Nur dan hadith diatas, maka ini menunjukkan bahwa antara perkara yang utama yang perlu kita jaga ialah kaum wanita kita. Kemudian barulah jaga kaum lelaki kita pula. Sebab itu, ALLAH SWT mewajibkan hukuman rejam dengan batu sampai mati kepada orang yang berzina dan juga orang yang merogol.

    Sebab itu, kita rasa sedih dengan apa yang berlaku keatas Jurutera Komputer yang dirogol tempohari. Walaupun Allahyarhamah pakai tudung, tapi dengan sebab persoalan sosial yang tak dapat selesaikan dalam masyarakat kita sampai ke hari ini, maka beliau menjadi mangsa rakus kepada manusia kejam yang berhati syaitan. Dengan persekitaran kita yang telah tercemar pada hari ini; dengan tiap-tiap hari buka saja mata, kita boleh tengok aurat wanita; hari-hari boleh tengok vcd/majalah lucah yang bersepah-sepah di pasaran; dengan hari-hari boleh tengok kerani-kerani perempuan yang berpakaian terlalu seksi di pejabat seumpamanya; maka ia menyebabkan sebahagian kaum lelaki menjadi manusia jahat. Mereka-mereka ini dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang jahat. Sebab itu, ALLAH SWT mengarahkan kepada kita supaya menjaga suasana persekitaran supaya menjadi suasana persekitaran yang solehah. Yakni suasana rumahtangga kita mesti dalam keadaan baik, suasana pejabat kita mesti dalam keadaan baik, suasana kampung/ masyarakat/ negara kita mestilah turut baik. Sebab kalau kita saja yang baik, tapi suasana persekitaran kita rosak teruk, maka persekitaran yang tak baik ini akan mempengaruhi kita. Maka berlakulah seperti apa yang telah berlaku tempohari. Sebab itu ALLAH SWT telah menetapkan undang-undangNya untuk menakutkan manusia dengan hukuman rejam dengan batu sampai mati. Jadi, apa yang kita nak bagitau tentang perogol itu ialah dia adalah seorang yang bodoh. Pasai apa kita kata bodoh?…Kalau hang dah tak boleh control hang punya syahwah, pasai apa sampai boleh pi rogol, liwat dan kemudiannya sampai tahap membunuh?…La ni, orang dah tak main dah dengan rogol-rogol ni. Bohsia bohjan berlambak punya dok ada. Parking saja hang punya kereta (kalau ada Merc lagi bagus) kat mana-mana tempat depa melepak tu, hang nanti tengok la gelagat depa lagumana. Tapi jangan pulak ingat saya galakkan benda-benda lagu ni. Yang nak cerita ni, cumanya contoh kalau orang tu sudah dipengaruhi oleh syaitan, maka dia dah tak boleh nak pikiaq dengan waras. Sanggup rogol, lepas tu liwat pulak, kemudian bunuh dan buang mayat di tempat yang tak sepatutnya. Inilah contoh orang yang telah dipengaruhi oleh syaitan yang direjam, lalu tewas dengan syahwah dia sendiri. Cuba kita tanya diri sendiri, pasai apa kita tak mau berzina?...Pasai apa kita tak mau minum arak?...Pasai apa kita tak mau buat maksiat kepada ALLAH dan sebagainya?…Ini adalah disebabkan oleh fikiran kita masih waras. Walaupun syaitan cuba goda kita, tapi kita masih tetap kejap dengan aqidah Islamiyyah. ]

    "Dan janganlah kamu kasih sayang terhadap keduanya dalam (menjalankan) agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian."

    [ Kalau kita ni orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH SWT dan hari akhirat, sepatutnya tiada lagi ada rasa simpati ataupun teragak-agak untuk melaksanakan kewajipan ini. ]

    "Hendaklah hadir ketika menyiksa keduanya satu golongan diantara orang-orang mukmin."

    [ Kita kena panggil satu kumpulan orang-orang Islam yang beriman supaya tengok macamana azab yang dikenakan ke atas orang yang berzina. Ini adalah satu perintah daripada ALLAH SWT. Sebab itu, muslimin muslimat saudara saudari sekelian; hukuman ALLAH TA`ALA ini cukup untuk menakutkan manusia daripada melakukan perbuatan zina ataupun rogol. Orang-orang yang beriman akan sentiasa berasa takut kepada ALLAH SWT, apatah lagi bila dipertontonkan pula di depan mereka hukuman ALLAH. Sepertimana sabda Nabi s.a.w. yang memperjelaskan lagi tentang ayat ini, katanya, "Kalaulah penzina itu belum berkahwin, maka sebatlah 100X, kemudian dia dibuang negeri selama setahun. Kalau penzina itu sudah berkahwin (yang sudah merasai nikmat persetubuhan secara halal), maka sebatlah dia 100X, kemudian rejam dia dengan batu sampai mati."…Dan hukuman ini pula hendaklah ditunjukkan kepada orang ramai. Contohnya, kalaulah dalam qariah kampung kita ini tertangkap satu kes zina atau rogol, dan didapati bersalah pula, maka semasa hendak melaksanakan hukuman ke atas pesalah itu, maka hendaklah kita panggil ramai-ramai orang Islam dalam qariah kampung kita ini untuk menyaksikan macamana pesalah zina atau rogol ini dihukum mengikut hukum ALLAH SWT. Bila orang ramai tengok akan hukuman itu, maka manusia akan merasa takut dengan hukuman daripada ALLAH SWT. Kalaulah dilaksanakan hukuman rejam seperti apa yang kita kata ni, kita sendiri pun tak boleh nak imagine macamana dahsyatnya hukuman daripada ALLAH SWT. Sebab apa?…Pasai kita sendiri pun tak pernah menyaksikan macamana hukuman rejam itu dilaksanakan. Yang kita dok cakap berbuih-buih mulut ni, hanyalah teori sahaja. Kita sendiri pun tak boleh nak bayangkan macamana kita nak ambik ketoi batu sebesar penumbuk itu dan lontar ke arah orang sekampung yang berzina yang memang kita kenal, sehinggakan kepalanya pecah keluar darah dan akhirnya dia mati akibat lontaran batu kita itu. Kita tak boleh nak bayangkan keadaan suasana ketika hukuman rejam itu dijalankan. Sehinggakan kita sendiri merasa takut akan hukuman daripada ALLAH SWT ini, walaupun kita seorang yang tidak berzina. Apatah lagi kesannya ke atas orang yang memang teringin nak berzina. Maka dengan hukuman ini, cukup untuk menakutkan manusia supaya tidak mendekati zina. Walaupun hukuman daripada ALLAH SWT ini belum pernah kita laksanakan, tapi bila dengar saja pun dah takut.

    Alaaah, macam kita orang Melayu dengan cerita-cerita hantu la tuan-tuan. Walaupun kita tak pernah tengok pun hantu tu lagumana, tapi punya la takut takdak dah. Maka begitulah juga dengan hukuman ALLAH SWT. Walaupun kita orang yang tak berzina, tapi apabila kita bayangkan macamana hukuman daripada ALLAH SWT itu, maka ia akan menakutkan kita orang yang soleh. Inilah cara ALLAH SWT nak menakutkan manusia dengan bagi satu azab yang cukup menakutkan, dengan mewajibkan pula kepada kita menyaksikan hukuman tersebut. Bukannya seperti sekarang ni, yang buat senyap-senyap di penjara Pudu, Sg. Buluh, P.Pinang dan sebagainya. Dalam Islam, ia kena laksanakan depan orang ramai. Biar orang ramai pakat tengok macamana dahsyatnya hukuman ALLAH SWT. Inilah hikmah kenapa ALLAH SWT suruh kita pamirkan azab di atas dunia ini.

    Hukuman yang disebutkan dalam Surah an-Nur ayat yang kedua ini adalah secara umum. Tetapi di dalam hadith-hadith Rasulillah s.a.w., dijelaskan satu persatu hukumannya. Iaitu jika lelaki atau perempuan yang berzina itu pernah menikmati persetubuhan yang halal, maka hukuman bagi tiap-tiap seorang diantaranya adalah direjam. Sebaliknya jika mereka belum pernah merasakan kenikmatan persetubuhan, maka hukumannya ialah disebat 100X sebat dan dibuang negeri selama setahun. ]

    2) Lelaki atau perempuan yang melakukan "zina muhson" (yang sudah berkahwin) sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara 16(i), maka wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam). Iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. (Kitab J`anah at-Talibin: 4/146)

     

    3) Lelaki atau perempuan yang melakukan "zina ghairu muhson", (yang belum berkahwin) sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara 16(ii), maka wajib dikenakan keatas mereka hukuman sebat 100X sebat dan buang negeri selama setahun. (Kitab Kifayah al-Akhyaar: 2/178)

     

    Perkara 16 : Jenis-jenis Zina.

    1) Zina terbahagi kepada 2 jenis :

    i) Zina muhson, iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin).

    ii) Zina ghoiru muhson (bukan muhson), iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal, yakni yang belum pernah berkahwin. (Kifayah AL-Akayaar : 2/178 )

    2) Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhson ialah lelaki atau perempuan yang ada 4 syarat ini, iaitu baligh (mesti cukup umur samada cukup umurnya disebabkan datang haid, ataupun bermimpi lalu keluar mani, ataupun cukup umur 15 tahun; maka itu dinamakan orang yang telah baligh), berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal. (Kitab al-Majmu` Syarah al-Muhazzab: 18/224)

    [ Inilah 4 syarat untuk menjadikan seseorang itu sebagai penzina muhson, yakni yang wajib disebat 100X, kemudian direjam dengan batu sampai mati. ]

    3) Perzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan dalam perkara 16(2) tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhson, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina ghoiru muhson mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh syara`.

    [ Sekarang kita lihat satu contoh yang ustaz Jailani bawa mai untuk menunjukkan perbezaan antara undang-undang syara` dengan undang-undang sekular dalam masalah zina. Dalam hukum syara`, apabila seseorang itu sudah baligh, maka tak kiralah samada umur dia 9 tahun ka, 12 tahun ka atau 15 tahun ka; kalau dia sudah baligh dan cukup syaratnya, maka apabila didapati dia bersalah kerana berzina, maka wajib dikenakan hukuman hudud. Dia tidak boleh dimaafkan. Ini amat berbeza dengan undang-undang sekular yang diamalkan dalam negara kita pada hari ini. Sebagai contohnya, dimana ustaz Jailani pernah mengendalikan satu kes jinayah. Kes ini membabitkan seorang pemuda berusia dalam lingkungan 19 tahun dengan seorang budak perempuan dibawah umur, yakni berusia 15 tahun. Ceritanya bermula bila si pemuda ini bawa lari budak perempuan ni dan tidur dengan dia di satu tempat. Lalu berlakulah perzinaan di tempat tersebut dan pada awal pagi esok, pemuda itu hantar balik budak perempuan tu. Maka apabila ditanya dan didesak oleh ibubapa budak perempuan ini tentang ke mana perginya anak mereka itu semalam, maka akibat tertekan dengan pertanyaan yang bertalu-talu, akhirnya dia mengaku tidur dan berzina dengan pemuda tersebut. Lalu dengan kenyataan daripada budak perempuan itu, maka ibubapanya memaksa dia supaya membuat lapuran polis kerana dia telah disetubuhi oleh pemuda tadi. Untuk makluman tuan-tuan, dibawah undang-undang negara kita, sekiranya berlaku persetubuhan yang dibuat dengan budak perempuan dibawah umur, maka ia dikira sebagai statutory rape, yakni rogol mengikut undang-undang. Walaupun persetubuhan itu secara sukarela, tapi disebabkan budak perempuan tadi dibawah umur, maka ia dianggap sebagai dirogol, mengikut takrif undang-undang negara kita. Maka Timbalan Pendakwaraya P.Pinang pun mendakwa pemuda tersebut di Mahkamah Seksyen B`worth diatas tuduhan rogol mengikut takrif undang-undang. Lalu pemuda tersebut buat rundingan dengan keluarga budak perempuan itu dan kemudiannya mereka bincang pula dengan Timbalan Pendakwaraya. Daripada perbincangan itu, tiba-tiba timbalan Pendakwaraya mengatakan bahwa pihaknya bersetuju tarik balik pertuduhan ini dengan syarat mereka kahwin dan selepas itu tunjuk surat nikah kepada timbalan pendakwaraya. Maka mereka pun kahwin dan tunjuk surat nikah kepada timbalan pendakwaraya, lalu timbalan pendakwaraya pun menghadirkan diri di mahkamah Seksyen B`worth memberitahu kepada hakim bahwa kes ini di tarik balik. Inilah dia undang-undang sekular, yang sangat berbeza dengan undang-undang syariah. Dalam undang-undang syariah, kes seperti ini, tidak boleh ditarik balik walaupun mereka kahwin sekali pun. Mereka tetap akan disebat 100X dan dibuang negeri selama 1 tahun. Walaubagaimanapun ada perselisihan pendapat dikalangan ulama Islam, samada perlu atau tidak penzina wanita dibuang negeri selama setahun. ]

  • Perkara 17 : Hukuman yang dikenakan keatas orang yang zina muhson dan ghoiru muhson.1) Seseorang yang melakukan zina muhson, samada lelaki atau pun perempuan, wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati sebagaimana yang dinyatakan dalam 15 (2).
  • [ Batu yang digunakan untuk hukuman rejam ini hendaklah sederhana besar. Yakni tidak boleh terlalu kecil atau terlalu besar. Kerana kalau guna batu yang kecil, ini akan menyeksa penjinayah kerana melambatkan dia mati. Inilah dia Islam. Walaupun yang kena hukuman itu adalah seorang yang jahat, tapi Islam tak bagi kita seksa penjinayah. Sampai macam tu sekali Islam ni bertimbang-rasa dan ambik tahu tentang kebajikan penjinayah. Ini sangat berbeza dengan sebahagian orang-orang yang mengaku Islam pada hari ini. Yang mana mereka tidak boleh berbuat adil kepada penjinayah mahupun kepada orang-orang yang tak berdosa.

    Contohnya, dalam paper sebulan yang sudah, yang dok siar tentang pendapat sebahagian masyarakat yang kesal akan sikap masyarakat kita hari ini, yang tidak memberi pertolongan apabila jurutera yang menjadi mangsa rogol itu minta tolong. Walaupun cermin bas tersebut ber"tinted", tapi seorang budak India nampak mangsa sedang bergelut minta tolong. Lalu apabila budak India tu pi minta tolong, orang ramai boleh buat tak tau saja. Maka keluarlah berbagai-bagai keluhan dalam suratkhabar tentang sikap masyarakat kita yang tak ada lagi rasa timbangrasa dan sebagainya. Adakah kita rasa terkejut dengan sikap masyarakat kita yang sebegini pada hari ini, yakni yang tak mau tolong orang yang memerlukan pertolongan?…Kita takdak nak hairan aih!...Sebab memang dalam masyarakat kita hari ini, sudah banyak peristiwa yang berlaku dalam negara kita yang menunjukkan bahwa bila ada orang yang dizolimi atau bila ada orang yang memerlukan pertolongan, masyarakat memang tidak akan bertimbangrasa dengan golongan macam ni. Hang bawa mai lah mangsa rogol ka atau hang bawa mai la mangsa apa sekali pun; masyarakat tidak akan tolong mangsa-mangsa ni. Ini adalah disebabkan sudah tidak ada sensitiviti dalam masyarakat untuk menolong orang-orang yang dizolimi. Depa lebih pentingkan periok nasi, sehinggakan sanggup biarkan rakan-rakan seagama dianiayai dan dizolimi depan mata depa sendiri. Ini satu perkara yang zolim kepada hukum ALLAH SWT. Sepatutnya, tak kiralah dia sapa, samada mangsa rogol ka atau orang yang dizolimi dalam keadaan apa sekalipun, wajib diberi pertolongan kerana kita akan menjawab dihadapan ALLAH SWT kelak.

    Berbalik kita kepada hukuman rejam tadi. Kalau kita guna batu kecil, ini menyeksakan si penjinayah kerana melambatkan kematiannya. Tapi kalau kita guna batu yang terlampau besar pun tak boleh juga, sebab terlalu cepat pulak kematiannya. Sebab tujuan rejam ini ialah nak bagi rasa azab kepada penzina. Jadi, kalau kita angkat batu yang terlalu besar tu dengan kren dan lepas atas kepala penzina, dia akan mati serta merta tanpa rasa azab. Ini bukanlah seperti yang syariat suruh. Sebab itu, ALLAH suruh kita guna batu yang sederhana besar supaya ada satu tempoh dimana penjinayah itu merasai kesakitan dan dia mati akibat kesakitan itu. ]

  • 2) Seseorang yang melakukan zina ghoiru muhson, samada lelaki atau perempuan, wajib dikenakan keatas mereka hukuman sebat 100X sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam 15(3).
  • 3) Hukuman yang dikenakan keatas orang yang zina muhson dan ghoiru muhson sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 17(1) dan (2), adalah berdalilkan nas-nas yang berikut :i) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Katanya,

    "Saiyyidina Umar berkhutbah : Sesungguhnya ALLAH TA`ALA telah mengutuskan Muhammad s.a.w. dengan kebenaran. Dan telah diturunkan ke atas Muhammad itu kitab al-Quran. Dan telah diturunkan ke atas Muhammad ayat rejam dengan batu sampai mati. Maka kami membaca ayat rejam itu dan kami menghafal ayat rejaman itu. Dan Nabi s.a.w. telah merejam dan kami juga telah merejam. Dan sesungguhnya aku takut dan khuatir dengan berlalunya masa yang panjang akan berkata seorang yang berkata : Tidak kami dapati hukuman rejam dalam kitab ALLAH TA`ALA. Maka mereka sesat dengan meninggalkan kefarduan yang telah diturunkan oleh ALLAH. Dan hukuman rejam itu adalah suatu kewajipan ke atas sesiapa yang berzina daripada lelaki dan wanita jikalau mereka muhson, jikalau ada syahadah iaitu saksi 4 orang, ataupun ada kehamilan diluar perkahwinan, ataupun pengakuan." (HR Bukhari/Muslim/Abu Dawud/at-Tirmidzi/an-Nasai)

  • [ Ini adalah satu ucapan daripada Saiyyidina Umar al-Khatab r.a.. Yang mana nak beritahu kepada kita bahwa Nabi s.a.w. pernah menerima wahyu daripada ALLAH SWT yang mewajibkan hukuman rejam dengan batu sampai mati. Menurut Saiyyidina Umar, ayat yang mana yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi pernah dibaca dan dihafal oleh para sahabat. Daripada ayat itulah Nabi pernah merejam manusia dan begitu jugalah dengan para sahabat yang merejam manusia berdasarkan ayat itu. Kemudian Saiyyidina Umar r.a. menyatakan kebimbangannya apabila berlalunya masa yang panjang, yakni peredaran zaman; beliau takut nanti ada orang yang mengatakan bahwa tiada ayat rejam dalam al-Quranul Karim. Sebab itu muslimin muslimat sekelian, kalau kita buka dan check dalam al-Quran sekarang, carilah daripada Suratul Fatihah, Suratul Baqarah sampai kepada Suratul Naas, memang kita tak akan jumpa satu ayat pun mengenai rejam. Sebab apa?…Sebab ayat itu adalah ayat yang telah dibatalkan oleh ALLAH SWT, yakni yang kita panggil sebagai ayat "mansukhah". Walaupun ayat ini telah dibatalkan oleh ALLAH SWT, tapi hukumnya masih dikekalkan. Jadi, inilah yang menimbulkan kebimbangan kepada Saiyyidina Umar, takut-takut nanti orang-orang yang terkemudian mengatakan mereka tak jumpa pun ayat rejam dalam Quran, lalu mereka tak mau lagi menghukum manusia dengan rejaman batu sampai mati. Maka jadi sesatlah kesemuanya mereka sebab meninggalkan kewajipan yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT. Sebab inilah, kita sebagai hamba ALLAH, kita wajib menjunjung segala perintah ALLAH TA`ALA supaya tidak tergolong dalam golongan yang sesat.

    Contohnya, ustaz ceritakan masa dia sembang dengan sorang kawannya yang juga seorang peguam syarie. Kawan dia bagitau kalau dalam kes liwat, macamana nak cari saksi 4 orang sebab ia berlaku dalam bilik. Lalu ustaz Jailani komen tentang kenyataan kawannya itu yang juga seorang peguam syarie. Ustaz Jailani mengatakan bahwa sebagai seorang peguam syariah, dia sepatutnya mahir dengan al-Quran dan tahu tentang nas-nas dalam hukum syara` bagi menyelesaikan persoalan-persoalan tentang hukum syara`. Tapi inilah yang kita nak ceritakan bahwa orang yang bergelar peguam syarie dalam negara kita ni pun, tak tau tentang undang-undang syara`. Inilah contoh bila kita tidak melaksanakan undang-undang Islam, maka sampailah ketahap peguam syarie sendiri pun tak tahu tentang undang-undang Islam. Inilah akibat kita meninggalkan undang-undang Islam. Kalaulah kita laksanakan undang-undang Islam, maka masyarakat akan di "familiarised"kan atau dibiasakan dengan undang-undang Islam.

    Berbalik kita kepada hadith tadi; Saiyyidina Umar r.a. menyatakan lagi bahwa untuk merejam penzina, kita mesti ada saksi 4 orang, yakni untuk menuduh seseorang itu berzina, salah satu cara pembuktian ialah mesti ada 4 orang saksi lelaki yang adil. Kemudian menurut Saiyyidina Umar lagi ialah kehamilan di luar nikah juga boleh menjadikan pembuktian seseorang itu berzina. Kalau mengikut pendapat Saiyyidina Umar al-Khatab ini, bila kita jumpa sorang budak perempuan yang mengandung tanpa suami, maka wajib dihukum hudud perempuan macam ni. Tetapi pendapat Saiyyidina Umar ini tidak disepakati oleh para ulama Islam. Yang ulama Islam ijmak hanya 2 perkara sahaja, iaitu saksi 4 orang dan ikrar daripada tertuduh. ]

  • ii) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah. Katanya, "Telah datang seorang lelaki,…"
  • [ Dalam hadith ini tak disebut nama lelaki itu. Lalu para ulama pun mencari siapakah gerangan lelaki itu. Dan para ulama mengatakan bahwa lelaki yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah Mais alAslami. ]

    "…mendatangi Rasulullah s.a.w. yang pada masa itu duduk dalam masjid. Maka kata lelaki itu kepada Nabi : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina. Maka Nabi berpaling daripada lelaki itu. Sehingga lelaki itu mengulang sebanyak 4X pengakuannya. Maka Nabi bertanya, "Adakah kamu ni gila?"…Lelaki itu menjawab, "Tidak. Aku tidak gila."…Nabi bertanya lagi, "Apakah kamu ni muhson?"…Jawab lelaki itu, "Ya, saya seorang yang muhson."…Maka Nabi mengarah para sahabat, "Pergilah dengan lelaki ini dan rejamlah dia." (HR Imam Muslim)

    [ Jadi bila ada plea of guilty daripada seseorang, yakni mengaku dia berzina, maka wajib bagi pemerintah untuk menjatuhkan hukuman rejam dengan batu sampai mati kalau dia muhson. Kalaulah ada seorang yang mengaku berzina di hadapan hakim syariah pada hari ini, tiba-tiba hakim hanya mengenakan denda kepada orang itu RM3000/-, maka hakim itu menganggung dosa kepada ALLAH SWT. Dosa ini juga akan ditanggung oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan undang-undang ALLAH. Kita sebagai rakyat hanya wajib untuk menuntut supaya undang-undang ALLAH dijalankan. Kita tak boleh laksanakan sebab kita bukan golongan pemerintah. Hanya pemerintah sahaja yang boleh gubal undang-undang. Dalam sistem demokrasi, golongan pemerintah ada 3; iaitu yang pertama ialah executive yakni adalah puak-puak menteri, keduanya ialah judiciary yakni adalah puak-puak hakim, dan ketiganya ialah legislative yakni adalah ahli-ahli perundangan. Dalam negara kita, mereka-mereka ni kalau berada di peringkat pusat atau persekutuan, kita panggil mereka sebagai "ahli dewan rakyat". Kalau diperingkat negeri, mereka dipanggil "ahli dewan undangan negeri". Mereka-mereka inilah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Mereka wajib menggubal undang-undang sepertimana yang dikehendaki oleh ALLAH SWT. Bila mereka tidak gubal undang-undang mengikut ketetapan ALLAH SWT, maka mereka berdosa. Kita sebagai rakyat pun, kalau kita tidak mendesak supaya dilaksanakan undang-undang ALLAH, maka kita juga turut berdosa kepada ALLAH SWT. Tapi kalau kita sudah berjuang dan mendesak, cuma pihak pemerintah sahaja yang tidak mahu melaksanakan undang-undang ALLAH, maka kita terlepas daripada dosa. ]

     

    iii) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin as-Sommit. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Ambillah daripada aku! Ambillah daripada aku! Sesungguhnya ALLAH SWT telah menjadikan bagi mereka (puak-puak yahudi) suatu jalan. Penzina teruna/dara hendaklah disebat 100X dan buang negeri selama setahun. Dan bagi penzina duda/janda (orang yang pernah berkahwin), hukumannya ialah sebat 100X, kemudian direjam dengan batu sampai mati." (HR Imam Muslim/Abi Dawud)

    [ Undang-undang ini adalah undang-undang dizaman Bani Israil dulu. Ia dikekalkan sampai kepada syariat Muhammad s.a.w. ]

    iv) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhanni. Katanya, "Aku telah mendengar Nabi s.a.w. telah memerintahkan bagi kes orang yang berzina dan dia tidak muhson, maka sebat 100X dan dibuang negeri selama setahun." (HR Bukhari/Imam an-Nasai)

    [ Inilah dia 4 nas yang dikemukakan kepada kita untuk menyokong bahwa wajibnya bagi kita melaksanakan undang-undang sebat 100X, kemudian rejam dengan batu sampai mati (penzina muhson), dan sebat 100X, kemudian buang negeri selama setahun (penzina bukan muhson), bagi pesalah-pesalah dibawah kesalahan zina. ]

    ...Jadi daripada penjelasan di atas saya harap saudari dapat jawapan kepada persoalan yang diajukan. Tapi bagaimana cara nak bertaubat, kalau tak silap saya dalam posting ini tidak dinyatakan. Jadi, oleh sebab negara kita tidak mengamalkan undang-undang Islam, maka tidak ada tempat untuk kita menyerah diri membuat pengakuan sepertimana yang dilakukan dikalangan sahabat. Jadi bila tidak ada kerajaan Islam, maka jalan bertaubat adalah sebaik-baiknya. Cara bertaubatnya ialah dengan melakukan taubat nasuha, yakni dengan berusaha bersungguh supaya jangan mengulangi lagi perbuatan yang keji di sisi ALLAH ini. Dan berusahalah melakukan solat taubat setiap kali perasaan bersalah menyelubungi hati kita. Dengan rahmat ALLAH lebih luas daripada murka ALLAH, InsyaALLAH, taubat kita akan diterimaNya.

    Bersambung

    Kembali Ke Muka Hadapan