Bah I - Bab2 - Fasal 1 - Perkara 18

Qanun Jinayah Syar`iyah

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Muqaddimah

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam satu hadith baginda, "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan sombong."…Lalu seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana seorang lelaki yang memakai pakaian yang bagus dan kasut yang elok. Maka jawab Nabi s.a.w., "Sesungguhnya ALLAH TA`ALA itu Tuhan yang bersifat dengan sifat yang cantik dan sukakan kepada kecantikan. Yang dikatakan sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang remeh kepada manusia." ( HR Muslim)

[ Di dalam hadith ini, Nabi s.a.w. dengan tegas mengatakan bahwa tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah perasaan sombong. Lalu Nabi mendefinasikan sombong itu ialah yang menolak kebenaran dan juga memandang remeh kepada manusia. Oleh itu, jikalau manusia ada perasaan sombong ini dalam hatinya walaupun seberat zarah, maka dia tidak akan masuk syurga. Jadi, apabila Nabi s.a.w. mengatakan "tidak masuk syurga", ini bermakna tidak ada tempat yang lain yang akan dimasukkan melainkan ke neraka ALLAH SWT ( wa nauzubillahi min zalik).

Daripada hadith ini juga, kita dapati apabila kita memakai pakaian yang bersih dan cantik serta kasut yang bagus, ia tidaklah ditakrifkan sebagai sombong kerana ia adalah bersesuaian dengan kehendak daripada ALLAH SWT. Tetapi yang dikatakan sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang remeh kepada orang lain.

Kalau dilihat dalam masyarakat kita pada hari ini, perasaan sombonglah yang banyak menyebabkan manusia terkeluar daripada kelayakkan mendapat rahmat daripada ALLAH. Dengan perasaan sombong inilah juga menyebabkan manusia mendapat kemurkaan daripada ALLAH SWT. Perasaan sombong ini selalunya datang apabila manusia menolak kebenaran bilamana ada orang lain cuba memperbetulkannya. Contohnya; apabila seseorang itu duduk dalam kemungkaran, lalu ada sahabat cuba halang dia daripada buat kemungkaran, tapi dia menolak teguran dan usaha tersebut, maka layaklah dia bergelar manusia yang sombong kerana menolak kebenaran. Begitulah juga bila golongan ulama` diketepikan, yakni tidak diambil dan dihormati pandangan mereka tentang hukum hakam agama. Maka di sisi agama, inilah yang dikatakan "memandang remeh kepada manusia". Walaupun orang lain mengaji dan faham ugama lebih tinggi daripada "dia", tapi tetap "dia" mau pendapat "dia" saja yang betul. Orang lain punya tak betul. Inilah dia perangai yang tidak menghargai dan menghormati orang soleh yang berilmu. Oleh kerana sifat sombongnya itu, "dia" sanggup menolak kebenaran yang datang daripada ALLAH SWT. Orang-orang seperti inilah yang selalu kita lihat mereka lebih rela bergelumang dengan maksiat, mereka lebih rela buat kezoliman demi kezoliman, mereka lebih rela buat penganiayaan demi penganiayaan; semata-mata kerana tidak mahunya kepada kebenaran daripada ALLAH SWT.

Sebab itu, kita tidak hairan jikalau didapati dalam masyarakat kita hari ini, ada orang yang tidak suka kepada kebenaran, kerana orang ini adalah orang yang ada perasaan sombong dalam dirinya. Contohnya; ustaz Jailani cerita apa yang berlaku di sebuah masjid dalam negeri P.Pinang baru-baru ini. Bilamana golongan pemuda-pemuda qaryah masjid berkenaan ingin membuat program kuliyyah bagi mengimarahkan masjid tersebut, tapi tiba-tiba AJK masjid itu meletakkan syarat sebelum membenarkannya. Syaratnya ialah ustaz-ustaz yang nak mai mengajar tu mesti mau ada tauliah. Lalu apabila pemuda-pemuda tadi mai jumpa ustaz Jailani minta nasihat, maka ustaz kata kat depa bahwa dalam negeri P.Pinang ini sebenarnya masih belum ada seorang ustaz pun yang ada tauliah. Ini adalah kerana walaupun enakmen pentadbiran itu ada, tapi kaedahnya belum lagi siap. Bila kaedah belum lagi siap, maka tauliah juga masih belum diberi kepada mana-mana pendakwah dalam negeri P.Pinang. Hatta guru takmir pun, dia hanya pakai surat guru takmir itu sahaja. Jadi, apa yang boleh ustaz Jailani bagitau kat pemuda-pemuda itu ialah kalau AJK masjid berkenaan mau juga ditunjuk surat tauliah daripada ustaz-ustaz yang nak mai mengajar, maka jawapannya ialah semua ustaz dari negeri P.Pinang belum ada lagi tauliah kerana kaedah di bawah enakmen negeri P.Pinang ini belum lagi siap. Kemudian pemuda-pemuda ini pun bagitau kat AJK masjid sepertimana ustaz Jailani terangkan kepada mereka, tapi AJK masjid tetap mengatakan yang mereka mau yang ada tauliah juga…..Ok, takpa...Dengan kehendak ALLAH, tiba-tiba mai satu malam, kena pada giliran ustaz Zakaria Ahmad (adik kepada mufti P.Pinang) untuk meyampaikan kuliyyah Maghrib di masjid berkenaan. Tiba-tiba pengerusi masjid itu tidak membenarkan ustaz Zakaria daripada menyampaikan kuliyyah. Lalu pemuda-pemuda pun bagitau kat pengerusi masjid itu bahwa walaupun ustaz Zakaria tak dak tauliah dalam P.Pinang, tapi beliau ada tauliah di negeri Perak. Tapi tetap pengerusi tu tak benarkan walaupun ustaz Zakaria ada tauliah. Inilah yang kita nak ceritakan tentang contoh perangai orang yang bersifat menolak kebenaran. Pasai apa kita kata lagu tu?…Pasai mula-mula tadi, "depa" bagi alasan, kena ada tauliah. Tapi bila kita bawa mai ustaz yang ada tauliah, tetap "depa" tak bagi buat kuliyyah. Inilah contoh perangai orang yang beri alasan sekadar alasan itu untuk tak mau bagi orang buat kuliyyah dalam masjid tersebut.

Inilah contoh perangai manusia yang tidak hormat kepada orang yang lebih berilmu daripada dia. Sepatutnya, dia kena hormatlah kepada orang yang ada ilmu ugama, yakni orang yang belajar ilmu agama berpuluh-puluh tahun, sebab ustaz-ustaz inilah yang akan mendidik kita kepada hidayah daripada ALLAH SWT. Tapi bila "dia" ada perasaan menolak kebenaran, maka mai la sapa saja, hang tok guru ka, hang tok lebai ka, hang ulama` ka; "dia" akan tetap memandang remeh kepada manusia-manusia yang disebut ini. Maka inilah perasaan yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai "tidak akan masuk syurga, sapa-sapa yang dalam hatinya ada perasaan sombong walaupun seberat zarah". Ayat ini bukan saya yang kata ataupun Pas yang kata, tapi Nabi sendiri yang kata. Bukan apa, pasai ada orang kata kita pandai-pandai bubuh orang ni masuk syurga, orang ni masuk neraka.

Sebab itu, kita jangan ada perangai sombong macam ni, yakni jangan dok pandang remeh kat orang lain. Kita kena hormat kat orang, lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang soleh dan orang-orang yang muttaqin. Sepatutnya kita kena ada perasaan kasih kepada orang-orang yang takut kepada ALLAH. Kerana bila kita kasih kepada orang yang bertaqwa, Insya`ALLAH, kita juga akan menjadi orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Sebab itu, kita yang dalam beragama, mesti jangan ada perasaan hippokrasi, yakni berpura-pura dalam agama. Yang kita mau ialah apa yang ada dalam hati kita, macam tu lah juga amalan kita. Yakni biarlah selari antara apa yang ada dalam hati dengan amalan seharian kita. Kalau kita kata bahwa kita beriman kepada ALLAH dengan tak miss sembahyang 5 waktu sehari semalam, tapi bila pi jogging petang-petang, baguih punya boh singlet dengan seluaq Hawaii saja, maka penampilan dengan pakaian mendedahkan aurat itu menunjukkan bahwa kita masih belum lagi benar-benar beriman kepada ALLAH. Begitulah juga, kalau nampak saja penampilan kita cukup hebat dengan jubah dan serbannya, tapi tak guna juga kalau dalam hati begitu karat dengan fahaman sekularisma. Oleh sebab itu, kita kena mengamalkan satu ajaran yang mana dalam hati dengan luarannya mau serupa. Dia tidak boleh ada discrepancy antara luar dengan dalam. Inilah dia Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w. kepada kita.

Sebab itu, Nabi sebut dalam satu hadith baginda yang bermaksud, "Tanda orang munafik ada 3. Yang pertama ialah bila bercakap, dia suka berbohong. Kedua ialah bila dia berjanji, dia memungkiri perjanjian yang dibuat. Dan yang ketiga ialah bila diberi amanah, dia mengkhianati kepercayaan yang orang bagi kepada dia."…Lalu ustaz Jailani ulas tentang tanda-tanda munafik itu.

i) Bila bercakap, dia berbohong. Inilah satu sifat yang ada pada orang munafik. Jadi, kita sebagai orang Islam, bila nak bercakap, mestilah melambangkan kebenaran. Jangan pula kita cakap lain, kita pi buat lain.

ii) Bila berjanji, dia mungkiri. Contohnya; dulu kata royalti, tapi sekarang kata ihsan. Dulu kata cash payment, tapi sekarang dalam bentuk projek. Dulu bayar kepada kerajaan negeri, sekarang bayar kepada JKKK/JPP. Lalu ustaz Jailani membahaskan tentang masalah royalti ini dari aspek perundangan. Dalam undang-undang, dia ada satu doctrine yang dinamakan sebagai "doctrine of astopper". Yakni ia adalah satu doctrine yang menyekat kita daripada buat satu benda yang bercanggah dengan benda yang kita buat sebelum daripada ini. Contohnya seperti dalam masalah royalti ini. Sudah 20 tahun kita pegang bahwa itu adalah royalti, tapi tiba-tiba sekarang kita nak ubah kepada ihsan. Maka doctrine of astopper boleh menyekat kita daripada mengubah istilah berkenaan. Kalau dulu kita mengikhtiraf bahwa yang berhak menerima wang royalti adalah kerajaan negeri, tapi tiba-tiba hari ini kita nak tukar bahwa yang berhak menerimanya ialah JKKK/JPP, maka doctrine of astopper boleh menyekat kita daripada mengubah pembayaran wang itu daripada kerajaan negeri kepada JKKK/JPP. Dari sini, kita boleh lihat dari segi undang-undang sekular (undang-undang yang dibawa dari barat kepada kita) sekali pun, jelas menunjukkan bahwa kita tidak boleh memungkiri kontrak yang telah kita ikat. Lebih-lebih lagilah dengan undang-undang Islam yang diturunkan oleh ALLAH SWT, yang melarang sama sekali daripada memungkiri perjanjian yang telah kita buat. "Breach of contract" atau pembatalan kontrak adalah contoh perangai orang munafik. Oleh itu, kita tak boleh mengamalkan perkara seumpama ini. Ini adalah sebagai peringatan kepada semua orang bahwa jangan buat perjanjian dengan orang kalau ada perangai tiba-tiba suatu hari nanti bila kita rasa kita tak mau ikut perjanjian, kita main langgar ikut suka saja.

Jadi, kalau tuan-tuan nak kenal orang munafik, tuan-tuan boleh kenal melalui 3 ciri ini yang diajar oleh Nabi s.a.w. (maaf sebab Ustaz Jailani hanya ulas tentang 2 sifat sahaja.). Hadith ini disebut oleh Imam Muslim dan juga Imam Bukhari, yang mana dikumpulkan hadith ini dalam satu kitab yang dinamakan sebagai "Al-Lu` lu` wal-Marjan fil-Mattafaqur alaihi syai-qhon Imamul Muhaddithin", yakni satu kitab yang mengumpulkan hadith-hadith sahih yang disepakati kesahihannya oleh Imam Bukhari danMuslim. Maka dengan kerana itu, ia menunjukkan bahwa hadith ini adalah hadith yang sangat kuat kesahihannya.

Sebab itu, kita sebagai orang yang mengaji hendaklah mengamal apa yang telah kita mengaji. Jangan setakat tahu sahaja itu tanda-tanda munafik, tapi ketiga-tiga tanda itu ada dalam hati kita (nauzubillahi min zalik). Kalau orang tanya kita; apa dia sifat-sifat munafik?…Kita boleh baca satu persatu kat dia, walhal ketiga-tiga sifat yang kita cerita kat orang itu, kesemuanya ada pada diri kita (minta dijauhi azab ALLAH). Jangan sekali-kali kita buat perangai macam ni sebab orang munafik adalah pada gambaran zahirnya nampak macam orang Islam, tapi realiti dalam hatinya ialah dia adalah manusia yang derhaka kepada ALLAH SWT.

Kemudian ustaz Jailani cerita lagi satu contoh sifat orang yang suka berpura-pura. Dimana satu hari tu ada seorang perempuan mai jumpa ustaz di pejabatnya. Kebiasaannya yang datang jumpa ustaz Jailani ialah yang ada masalah rumahtangga. Sebab boleh dikatakan bahwa 70% kes yang ustaz Jailani buat adalah kes mahkamah syariah. Jadi, bila perempuan tu masuk saja, tiba-tiba mai satu persoalan dalam kepala ustaz Jailani, "Kenapa perempuan yang secantik ini dan bertudung labuh pula mai jumpa aku?…Kalau tak cantik tu, biasa lah, mungkin suami dah jemu kat dia."…Jadi, ustaz rasa pelik macamana perempuan yang elok rupa parasnya, dengan pakaiannya pula yang elok, boleh ada masalah rumahtangga.

Lalu perempuan itu pun cerita masalahnya kepada ustaz bahwa dia telah ditipu oleh suaminya. Macamana boleh dia ditipu suaminya?…Dia diajak kahwin oleh suaminya di Padang Besar dengan surat nikah dari Songkla. Lalu ustaz Jailani bagitau kat perempuan tu bahwa pernikahan seperti itu tidak sah dari segi hukum agama. Contoh yang sahnya ialah bila menikah di Perlis, maka surat nikah pun mesti dari Perlis juga.

Kemudian ustaz Jailani tanya lagi, "Macamana boleh berjumpa dan berkenan pada suami kamu itu?"…Perempuan tu kata, "Dari penampilan saya ni, ustaz boleh agakkan macamana peribadi saya."…Dari kata-kata perempuan itu , kita boleh agak yang dia ni jenis yang suka kepada program agama. Sambungnya lagi, "Jadi, saya suka pada suami saya itu sebab penampilannya pun nampak ke arah keagamaan."…Maka bolehlah kita gambarkan bahwa perwatakan suaminya itu dengan serban dan jubahnya serta berjanggut macam orang-orang masjid juga la. Tapi rupa-rupanya, orang yang dipercayainya itu adalah seorang penipu kepada kehidupannya. Dia menjadi isteri yang keempat kepada seorang lelaki yang punyai hobi nikah kemudian cerai. Yang ni yang kita nak bagitau ni; iaitu inilah contoh manusia lelaki yang paling terkutuk, sebab dia berpakaian seperti nabi-nabi, tapi berakhlak seperti akhlak binatang. Dia seksa isterinya itu sehingga menjadi kurus kering. Batin isterinya terseksa sehinggakan sembahyangnya pun tak tentu hala jadinya. Sebab itu, janganlah kita nak berlakon jadi tok guru, jangan nak berlakon jadi orang alim, jangan nak berlakon jadi orang yang nak kan Islam; kalau perangai kita umpama perangai orang jahat. Inilah contoh orang yang munafik sebab zahirnya tak sama dengan hatinya.

Kemudian, ustaz Jailani cerita lagi satu contoh tentang sifat orang munafik. Di mana satu hari semasa beliau berhenti nak sembahyang zohor di Masjid Jalan Baru, Perai; lalu ada 2-3 orang sekali dengan beliau berjalan masuk ke perkarangan masjid, termasuklah seorang wanita yang tidak tutup aurat. Yang kita dok ingat, orang perempuan yang tak pakai tudung, nampak bentuk dadanya, pakai pula skirt saja ni; memang tak mai sembahyang di masjid. Tapi rupa-rupanya dia nak sembahyang sebab di tangannya ada telekung. Kira Alhamdulillah, baguih la, wanita yang seksi sebegini mau juga sembahyang. Selepas selesai sembahyang, bila keluar masjid, ustaz Jailani nampak perempuan yang seksi tadi dah bertukar fesyen pakaiannya. Dari pakaian yang seksi kepada pakaian muslimah yang tutup aurat dengan cukup elok. Kata ustaz, "Aeiii, masuk tadi pakai punya la seksi, tapi bila keluar baguih punya tutup aurat pula. Baru bertaubat pasai dapat hidayah sembahyang zohor ka?"…Inilah fenomena yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Mereka pi kerja di bandar-bandar, bercampur lelaki perempuan, berpakaian pula hanya jeans/t-shirt saja; tapi bila nak balik raya di kampung, baguih punya tutup litup dok tunggu bas ekspress. Inilah contoh-contoh orang-orang yang hippokrit, yakni yang berpura-pura dengan agama. Masa di kampung, pakaian baju kurung, pakai tudung, jalan tunduk; tapi bila keluar daripada kampung menuju ke bandar, dia bertukar menjadi seperti jalang dan derhaka kepada ALLAH SWT. ]

 


...Sambungan kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

Perkara 18 : Perempuan yang dirogol dan diperkosa.

1) Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, dan telah sabit dengan bukti-bukti yang diperlukan oleh syara` dan tidak menimbulkan sebarang keraguan di pihak hakim bahwa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini, perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud, dan tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

[ Jadi, dari perenggan di atas ini, pengarang mengatakan bahwa mana-mana wanita yang dipaksa untuk berzina dengan mana-mana lelaki, tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini bermakna wanita yang dirogol itu tidak berdosa kepada ALLAH SWT.

Begitu juga kepada orang lelaki yang dipaksa merogol adik perempuannya sendiri atau dipaksa merogol ibunya sendiri dan sebagainya, sebagaimana yang dilakukan oleh puak Serbia kepada umat Islam Bosnia. Yang mana muncung senjata diletakkan di kepala lelaki itu dan dia akan dibunuh kalau tidak melakukan perbuatan keji itu. Jadi, dia terpaksa melakukannya, maka perbuatan sedemikian rupa adalah dimaafkan oleh agama.

Walaubagaimana pun jika ada orang tanya kepada kita; mana lebih afdal diantara nyawa dengan agama?…Maksudnya, kalau orang letak senjata di kepala kita sehinggakan kita berada dipersimpangan antara nyawa dengan agama, maka yang manakah yang perlu kita selamatkan?…Masalah sebegini, ulama ada 2 pendapat :

a) hendaklah selamatkan nyawa dahulu. Contohnya, kalau depa letak pistol kat kepala kita dan paksa kita masuk Kristian, takpa mengaku pi lah tapi dalam hati tetap dengan agama Islam.

b) Hendaklah meletakkan agama di atas. Contohnya, orang ugut nak bunuh kita kalau kita tidak mengaku murtad. Mengikut pendapat kedua ini, kita rela mati dibunuh daripada tunduk kepada paksaan untuk murtad.

Ini adalah sedikit perbahasan dari kalangan ulama` Islam tentang masalah paksaan. ]

2) Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan, dan telah sabit kesalahannya dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang dikehendaki oleh syara` tanpa sebarang keraguan di pihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud ke atas lelaki yang merogol perempuan itu. Iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

[ Bila ada cukup bukti/keterangan seperti ada 4 orang saksi yang nampak lelaki itu rogol seorang perempuan. Jadi, bila sabit dengan bukti-bukti yang ada, maka hendaklah perogol itu disebat 100x dan direjam dengan batu sampai mati, jikalau perogol berkenaan seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Kalau perogol itu belum berkahwin dan didapati bersalah kerana merogol, maka hendaklah disebat dengan rotan 100x, kemudian dia dibuang negeri selama setahun. Ini adalah hukuman yang ditetapkan oleh agama kepada orang-orang yang merogol. ]

3) Perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahwa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud, yakni tidak boleh direjam dan disebat. Dan ALLAH mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa.

[ Syarat untuk lepas daripada hukuman hudud dan tidak berdosa, ialah perempuan yang dirogol itu betul-betul dipaksa. Kalau paksaan itu tidak cukup syaratnya, maka perempuan yang dirogol itu tetap berdosa kepada ALLAH SWT. Contohnya, katakanlah ada seorang kerani perempuan yang di offer oleh bossnya untuk naik pangkat/gaji kalau dia boleh tidur di hotel dengan bossnya itu satu malam. Keadaan sedemikian bukanlah satu paksaan sebab tidak cukup syarat. Yang dikatakan paksaan ialah situasi yang menggugat keselamatan diri serta nyawa seseorang. Kalau setakat kena buang kerja, tak bagi gaji, kena marah; itu bukan paksaan. ]

4) Pembebasan yang diberikan oleh syara` kepada perempuan-perempuan yang dirogol daripada hukuman hudud ialah kerana perempuan itu dipaksa melakukan perzinaan yakni bukan dengan kerelaan dirinya, dan dia tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dan mengalahkan lelaki yang merogolnya itu.

[ Kalau budak lelaki itu berumur 13 tahun dan perempuan yang dirogol itu umur 30 tahun; dan budak lelaki tu tinggi hanya setakat dada perempuan tu saja, dengan sekali lempang saja boleh jatuh; tiba-tiba perempuan tu kata budak lelaki tu paksa dia berzina. Maka paksaan sedemikian adalah paksaan yang tidak sah sebab tengok dari segi fizikal budak lelaki itu memang boleh dikalahkan oleh perempuan itu. Kecualilah kalau budak lelaki itu ada pistol/senjata yang membahayakan ditangannya untuk menembak perempuan itu kalau tidak menyerahkan tubuhnya, maka barulah mahkamah boleh menerima alasan yang diberikan oleh perempuan berkenaan.

Satu lagi contoh, dimana pernah ustaz Jailani didatangi seorang lelaki yang mengadu dipukul oleh isterinya. Bila ustaz panggil isteri kepada lelaki itu datang untuk berbincang, ustaz mendapati memang ada kemungkinan betul aduan si lelaki itu sebab tengok fizikal perempuan itu lebih besar daripada suaminya. Sebab itu, biasanya kalau lelaki nak kahwin, dia akan cari pasangannya yang lebih kecil sikit daripadanya. Tapi yang nak ceritanya bahwa ada satu kes yang mana isteri pukul suami, dan bila kita tengok dari segi fizikal, memang logik sebab fizikal isteri lebih besar daripada si suami. ]

5) Peruntukan hukum syara` yang dikuat-kuasakan dalam Qanun Jinayah Syar`iyah sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 18(1)/(2) adalah berdalilkan hadith-hadith Rasulillah s.a.w. yang berikut :

i) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada al-Qomah bin Wail, bersabit seorang perempuan yang dipaksa melakukan perzinaan, yakni dirogol dan diperkosa. Al-Qomah berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada perempuan itu : Pergilah kamu wahai perempuan. Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengampunkan bagi kamu. Dan Nabi s.a.w. bersabda kepada lelaki yang telah jimak keatas perempuan itu (yakni perogol perempuan itu) : Rejamlah kamu semua lelaki ini." (Riwayat Tarmizi)

[ Ini adalah arahan daripada Nabi s.a.w. supaya merejam orang lelaki yang merogol seorang perempuan yang lain. Ini adalah ajaran daripada Nabi s.a.w.. Lalu ustaz Jailani bagitau bahwa kita sendiri pun memang bukan mau sangat nak rejam orang atau sebat orang, tapi sebab ini adalah undang-undang daripada ALLAH SWT dan ajaran daripada Nabi s.a.w., maka kita terpaksa melakukannya.

Begitulah juga dengan ibadah puasa. Ada tak sapa saja-saja nak puasa?…Susah nak cari tuan-tuan orang yang saja-saja seronok nak puasa, sebab puasa ni kira cerita lapar dan menyusahkan kita. Tapi pasai apa kita terpaksa juga berpuasa?…Sebab itu adalah arahan daripada ALLAH SWT.

Begitu jugalah dengan ibadah haji. Kalau kena musim haji waktu musim panas, kita akan merasa waktu Subuh di Mekah sama panas dengan waktu tengahari di M`sia. Bila kita buka saja pintu hotel pada pukul 5-6 pagi, udara Subuhnya terasa membahang di wajah kita. Kalau ikut logik akal lah, ini menunjukkan bahwa Mekah adalah satu tempat yang tidak sesuai untuk didiami manusia. Tapi kenapa Mekah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia juga?…Sebab ini adalah ajaran daripada ALLAH SWT, yang mana ibadah di depan Ka`abah itu adalah rukun Islam yang kelima. Begitu jugalah bila kita pi ziarah ke Madinah, kalau kena pada musim panas, memang rasa teruk sikit. Tapi pasai apa kita sanggup juga duduk sampai 2-3 minggu di Madinah?…Sebab kita tahu kita akan dapat pahala daripada ALLAH SWT, maka akan rasa seronok beribadah kepada ALLAH SWT. Kalau ikutkan syahwah, memang rasa tak seronok sebab suasana yang panas itu amat tidak menyenangkan.

Oleh sebab itu, orang yang murtad, bukan saja-saja kita nak bunuh dia. Kenapa kita mesti bunuh orang murtad?…Kerana ia adalah ajaran daripada Nabi s.a.w.. Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah bahwa orang yang nak kepada Islam, bukanlah jenis manusia yang ganas. Bukan kita suka nak bunuh orang tak tentu pasal. Kita lakukan hanya semata-mata kerana hukum-hukum itu adalah ajaran daripada ALLAH SWT.

Cuba tanya orang lelaki; sapa yang tak mau kahwin dua?…Saya ingat semua orang mau. Tapi kenapa kita tak berani kahwin dua?…Ini adalah sebab kita takut tak berlaku adil terhadap isteri-isteri. Yang dok ada sorang kat rumah tu pun, kita rasa tak berdaya dah nak jaga. Mau pula ada isteri yang beranak banyak, bagi kat kita sampai 10 orang anak; tak mampu dah kita nak jaga. Jadi, macamana kita nak buka satu lagi "cawangan" lain?...Bolehkah kita handle tuan-tuan?…Memang sukar tuan-tuan. Sebab itu, kita tak berani nak kahwin lagi sebab takut tak berlaku adil. Lebih-lebih lagi ALLAH SWT telah mengatakan bahwa wanita itu adalah amanah yang diberikanNya kepada orang lelaki. Kalau kita jenis yang tak pernah dengar ayat-ayat ALLAH, maka kita akan mempertuhankan nafsu. Jenis ni, 10 orang bini pun tak cukup. Bini kira untuk habuan di rumah saja, manakala di luar, dia cari yang lain pula. Malam ni boleh dengan amoi, malam esok boleh dengan "mem", malam lusa boleh dengan "aci"; kira cerita seronok memanjang. Tapi kenapa orang-orang yang beriman tak mau buat perbuatan sebegini?…Sebab mereka ingat dan takutkan azab daripada ALLAH SWT.

Sebab itu, apa yang kita nak katakan ialah bahwa melaksanakan Islam ini bukanlah satu kerja yang saja-saja nak cari seronok, tapi ia adalah kerana rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perintah daripada ALLAH SWT. ]

ii) Hadith Rasulillah s.a.w. yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dengan sanad yang sahih. Kata Nabi, "Diangkat daripada umat ku kesilapan dan yang terlupa."

[ Maksud ayat ini ialah tidak ditulis sebagai satu dosa akan perbuatan yang terhasil daripada kesilapan dan terlupa. Contohnya seperti apa yang disebut oleh ustaz Halim Hassan pada saya tentang kesilapan bacaan dalam sembahyang. Walaupun sebutan kita salah tapi kalau kita masih dalam proses pembelajaran, ia dimaafkanNya. Tapi kalau kesilapan itu dilakukan oleh orang yang tak mau juga memperbetulkan kesilapannya (melalui proses pembelajaran misalnya), maka boleh dosa pula kat orang seperti ini. Bila kita syorkan supaya dia belajar balik tajwid, dia tempelak balik dengan kata, "Apa?…Hang suruh aku belajaq mengaji balikkk?!…Ustaz yang ajaq hangpa tajwid tu pun dulu belajaq kat aku, hang tau ka???"Habih, buah bongkak ni kalau dia fire kat kita, kira tak boleh nak kata apa dah kat dia.

Kemudian dalam kes terlupa ni, contohnya baru-baru ni memang betoi-betoi jadi kat saya sendiri. Yang mana satu hari dalam minggu sudah, selepas solat Asar, seorang sahabat pun ajak la pi pekena teh tarik, dia kata dia nak belanja. Bila dengaq kata nak belanja, kita pun tak tolak la. Bukan kata teh tarik saja, nasi lemak sebungkus hangat-hangat saya habiskan dengan lahapnya. Lepas saja sendawa eemmmphh! Mai sorang sahabat, duduk tepi saya. Lalu saya pun pelawa dia minum, tapi dia tolak sebab dia sedang puasa 6. Tersentak saya, "Apa?!! Hang posa Sheikh?"…Kawan saya tu pun terkejut juga, lalu kata dia, "Awatnya?…Aku yang posa, awat hang pula satu macam punya turrrkujut?"Lalu saya kata, "Awat tak terkejut Sheikh; aku pun posa juga. Tapi habih dah sebungkus nasi lemak aku balun. Nieee, teh pun dah setengah dah. La ni kira macamana ni?"Tapi nasib baik, yang di keliling kelalang saya pada masa tu semuanya orang masjid. Depa kata, "Tarak apa aih. Yang tu kira rezeki ALLAH bagi kat hang, pasai hang betoi-betoi punya telupa. La ni, hang tutup balik posa hang. Belen teh tu hang mau tinggai."…Dalam hati, saya kata, "Masya`ALLAH, SubhanALLAH; patut la nasi lemak tu tadi rasa sedap lain macam saja. Rupa-rupanya ia adalah rezeki yang special buat aku." ]

Kemudian sambung hadith itu, "Dan apa-apa yang terpaksa keatasnya."

[ Maksud hadith ini ialah bila seseorang itu terpaksa melakukan satu benda dalam keadaan darurat, maka tidak dikira sebagai satu dosa. Lalu ustaz pun menceritakan ketika beliau habis menyampaikan kuliyyah Maghrib di Masjid Sg. Durian baru-baru ini, datang seorang pemain bolasepak Kedah yang sama-sama mengaji pada malam itu, iaitu saudara Radhi Mat Din, makan dan bersembang bersama-sama dengannya. Radhi Mat Din meluahkan masalahnya yang selama ni dipendamnya kepada ustaz. Masalahnya ialah dia tidak berapa suka pergi menyertai pertandingan di luar negeri, walaupun negara/negeri sangat memerlukan akan khidmatnya. Masalah yang selalu dihadapinya di luar negeri adalah masalah tentang makanan. Sehinggakan Radhi kata bahwa kalau pengurus pasukan itu membenarkan dia bawa maggi, barulah dia akan pergi. Ini disebabkan dia tidak yakin akan makanan yang disediakan oleh pihak tuanrumah.

Kemudian, Radhi pun cerita lagi kepada ustaz bahwa pernah satu ketika bila dia pergi dengan pasukannya ke luar negeri, mereka tidak dibenarkan membawa makanan sendiri melainkan mereka kena makan apa yang disediakan oleh tuanrumah. Bila mai saja time makan, dia tengok kawan-kawan Melayu yang lain tu tibai semacam aje. Depa tak kira dah daging apa yang dihidangkan. Ayam atau lembu, sembelih ka tak sembelih ka, depa tak peduli dah. Bila depa tengok Radhi Mat Din tak makan, depa kata, "Awat yang hang tak mau makan?…Kita darurat ni, Sheikh!"...Kalau saya la jadi Radhi Mat Din time tu, saya nanti kata, "Darurat kepala hotak hang!…Kan roti, buah, ikan dan sayur masih dok ada berlambak lagi ni. Yang hangpa pi mentahkedarah ayam/lembu yang tak tau sembelih atau tidak tu pasai apa?"

Sehinggakan satu ketika, sampai Tengku Mahkota Pahang panggil Radhi dan tanya dia pasai apa dia tak mau pergi. Radhi kata, "Tengku, kalau patik diberi peluang untuk bawa makanan sendiri atau boleh makan di tempat lain selain daripada tempat yang disediakan oleh tuanrumah, maka patik tidak keberatan untuk pergi. Sebab perkara ini bukanlah satu benda yang terpaksa."..Inilah contoh yang kita katakan kalau nak cari dalam 20-30 orang, baru sorang yang kita jumpa. Sebab itu, kita tak rasa pelik kalau dalam banyak-banyak anak qaryah dalam kampung kita tu, hanya dalam lingkungan 10 orang saja yang baik. Kita tak pelik sebab ini memang fitrah manusia. Manusia yang benar-benar berpegang kepada agama ALLAH ni memang tak ramai, sebab kebanyakan manusia lain, mereka tak kisah langsung dengan hukum hakam agama.

Kemudian Radhi Mat Din kata lagi kat ustaz, "Sebab inilah saya rasa nak berhenti dah main bola ni."Lalu ustaz nasihatkan Radhi supaya fikir dulu sebelum buat keputusan untuk quit, sebab pada hari ini memang payah kita nak cari orang yang boleh influence anak-anak muda supaya kembali kepada ajaran agama. Kerana menurut apa yang Radhi Mat Din bagitau bahwa kebanyakan budak-budak yang main bola tu, ada yang tak reti pun sembahyang. Jadi dengan adanya orang seperti Radhi Mat Din, maka sekurang-kurangnya budak-budak bola tu akan ada perasaan malu alah. Maka bolehlah dia guide depa sembahyang, tutup aurat ketika di padang maupun di luar padang dan sebagainya. Ini menunjukkan bahwa Radhi Mat Din juga berjuang untuk agama ALLAH. Bukan saja ulama/ustaz saja yang boleh dikatakan sebagai pejuang untuk agama, malah sesiapa saja yang ada kuasa dan diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk bawa manusia kepada ALLAH, maka mereka juga adalah para pejuang agama ALLAH. Tak kiralah kamu ustaz ka, kamu accountant ka, kamu nelayan ka; kamu wajib bawa manusia kepada agama ALLAH SWT.

Berbalik kepada cerita makanan tadi, Radhi bagitau kat ustaz bahwa alasan yang diberi oleh kawan-kawannya ialah kita boleh makan ayam yang tak sembelih dengan syarat dibaca "Bismillah". Lalu ustaz Jailani kata, "Ya, memang betul. Bila dalam keadaan darurat, binatang ternakan yang tak disembelih boleh dimakan tapi dengan syarat mestilah membaca "Bismillah". Tapi apa yang menjadi masalah daripada cerita Radhi Mat Din ni ialah kawan-kawannya itu tidak faham akan maksud darurat itu. Yang dikatakan darurat ialah tidak ada dah lagi benda lain untuk dimakan. Seperti tak dak dah sayur, ikan, roti, beras, buah untuk dimakan kecuali hanya ayam mati tergolek kena accident tu saja yang ada. Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali bangkai ayam itu. Maka pada ketika itu, hukum syara` mengatakan diharuskan makan bangkai dengan syarat baca "Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" bagi menggantikan sembelihan dengan nama ALLAH SWT."

Inilah yang saya dok sarankan selalu kena pi mengaji, jangan tak pi mengaji. Bila tak mengaji, kita dengan orang bukan Islam, sama saja. Main tibai semacam aje. Bila kita pi mengaji, Insya`ALLAH, bukan saja ilmu kita dapat, malah rahmat ALLAH juga kita dapat. Ini yang kita mau sangat tu. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan