BAHAGIAN 1

Bahagian (I)

Bab 1 : Pengenalan

Perkara 1 : Qanun Jinayah Syar`iyah.

Dalam fiqih Islam yang diistilahkan oleh fuqaha` "Qanun" atau "Syar`iyah" itu ialah perundangan Islam atau perundangan syara` yang termasuk dibawah perundangan tersebut ialah "Undang-undang Jinayah Syar`iyah" atau "Undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah", iaitu undang-undang syara` yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa dibawah kes jinayah syar`iyah.

[ Jadi pengajian kita ni sebenarnya menjurus kepada "Qanun jinayah syar`iyah". Dalam bahasa Inggerisnya ialah Islamic Criminal Law. Tuan-tuan, kalau ada orang tanya pada kita; apa itu Islam?...Kita jangan jawab Islam itu hudud, qisas dan sebagainya. Sebab ini akan menyebabkan Islam dipandang terlalu sempit. Apa yang perlu kita buat ialah kita mau buat satu block diagram seperti : Syariat Islam ialah terdiri daripada : Aqidah/ Qanun/ Siasah/ sosial/ Ibadah/ Muamalah/ Pendidikan/ Dan lain-lain. Kemudian dibawah "Qanun" pula terdiri daripada: Qanun jinayah syariah/ Undang-undang sivil Islam/ Undang-undang perlembagaan Islam/ dan lain-lain. Kemudian dibawah "Qanun jinayah syariah", dia ada pula: Hudud/ Qisos/ Diat/ Takzir. Baru kita akan nampak bahwa Islam itu sebenarnya menyeluruh. ]

Perkara 2 : Jinayah menurut Fuqaha`.

[ "Fuqaha" ialah jamak bagi perkataan ahli fekah atau fakih. Yakni mufradnya ialah fakih (seorang yang faham) dan jamakya ialah fuqaha`. ]

1) Takrif atau definasi jinayah menurut ulama-ulama fekah ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabuli kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

[ Dalam undang-undang sekular negara kita hari ini, pentakrifan perbuatan jahat dengan sengaja ini disebut sebagai elemen "mens rea". Sebagai contoh, katakanlah kita nak tuduh seseorang itu membunuh mangsanya. Untuk membuktikannya, kita kena bawa dua elemen ke mahkamah untuk mensabitkan kesalahan kepada tertuduh. Elemen itu ialah :

a) actusreas - yang bermaksud elemen fizikal.

b) mens rea - yang bermaksud elemen mental, yakni niat/pengetahuan.

Kedua-duanya adalah bahasa Latin. Ini menunjukkan contoh bahwa mahkamah di M`sia juga menciplak daripada undang-undang barat. Apakah contoh elemen fizikal (actusreas) dalam kes pembunuhan?...Contohnya ialah cara pembunuhan dilakukan. Yakni senjata apa yang digunakan. Adakah senjata yang dijadikan bahan kes itu tally atau sesuai dengan luka yang berlaku pada tubuh mangsa. Misalannya, katakanlah barang kes itu adalah sebilah pisau berukuran 4 inci yang dijumpai dalam keadaan berlumuran darah. Kemudian bila mayat mangsa pembunuhan itu dibawa ke hospital untuk buat "post mortem" (satu lagi perkataan Latin yang bermaksud "selepas kematian" yakni satu procedure yang dibuat untuk mengenal pasti punca kematian seseorang), maka didapati memang mangsa itu mati kerana disebabkan ada luka di badannya sedalam 5 inci. Jadi, daripada laporan itu, kita boleh tengok; adakah sesuai saiz pisau yang menjadi bahan kes itu dengan keadaan luka si mangsa?...Oleh kerana berlakunya keadaan yang tidak tally itu, maka ini menunjukkan bahwa elemen fizikal dalam kes berkenaan tidak dapat dibuktikan. Apabila tidak dapat dibuktikan, maka mahkamah hendaklah membebaskan tertuduh daripada pertuduhan membunuh.

Bagi elemen mental (mens rea) pula, ia dikira samada dia ada niat untuk melakukan secara sengaja (voluntarily) atau secara tidak sengaja. Contohnya; bila pergi memburu bersama kawan-kawan dalam hutan. Mula-mula ingat babi hutan tapi bila ditembaknya, kena pada kawannya sendiri. Jadi dari segi "mens rea", kita tak dapat nak buktikan kata dia tembak kawannya dengan sengaja. Lebih-lebih lagi ada saksi yang juga menyangkakan yang ditembak itu babi hutan. Sebab itu, petua daripada kawan-kawan kita yang suka pi memburu ialah kalau boleh jangan berpecah ketika dalam hutan. Tapi kalau nak berpecah juga, hendaklah berpecah kepada 2 kumpulan dalam arah yang bertentangan antara satu sama lain, yakni 180 darjah. Kalau kumpulan A pi ke utara, maka kumpulan B mesti ke arah selatan. Jangan A ke utara dan B pula ke timur. Kerana inilah yang akan menyebabkan percentage chances untuk bertembung cukup besar. Inilah yang berlaku pertembungan secara accident yang banyak diceritakan dalam akhbar-akhbar, kerana kecuaian planning. Jadi kesimpulannya, dalam undang-undang sekular dalam negara kita hari ini, mesti ada 2 elemen untuk dibuktikan, iaitu actusreas (elemen fizikal) dan mens rea (elemen mental). ]

(2) Jinayah mengikut pentakrifan fuqaha` sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 2(1) adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib dikenakan hukuman qisas atau diyat.

[ Istilah-istilah yang digunakan dalam kes bunuh dalam undang-undang sekular, dia ada banyak. Iaitu murder, homicide, manslaughter dan sebagainya. Manakala dalam undang-undang syariat Islam pula, kita ada "qotlul amdi" yakni membunuh dengan sengaja. Kemudian ada pula "qotlu syubhil amdi" yakni membunuh separuh sengaja. Dan Islam juga ada "qotlul qottok" yakni membunuh dengan tidak sengaja. Semua ini adalah perbandingan secara ringkas tentang istilah-istilah yang digunakan dalam undang-undang sekular dengan undang-undang syariah dalam masalah kes pembunuhan.

Manakala dalam masalah serangan pula, seperti mencederakan, menumbuk, memukul dan sebagainya; istilah-istilah yang digunakan dalam undang-undang sekular ialah assault & battery, yakni macam kita pi boh penampaq kat orang, salah tu tuan-tuan. Bukan kata boh penampaq, kita sama-sama kawan-kawan pun bila bertemu, kadang-kadang kita suka tepuk kat bahu kawan kita tu kan. Tapi kalaulah tiba-tiba hari tu kawan kita rasa tak berapa suka dengan perbuatan kita sentuh badan dia, maka dia boleh buat saman di mahkamah di bawah undang-undang "tort". Lebih-lebih lagilah kalau antara lelaki dengan perempuan. Yakni kalaulah si lelaki tiba-tiba pi pegang tangan perempuan tanpa izinnya, maka dari segi undang-undang "tort", wanita itu berhak mendapat ganti-rugi daripada si lelaki itu.

Berbalik kita kepada hukum syariah; iaitu bilamana ada kesalahan membunuh dengan sengaja, maka ia dibawah qisas. Tapi kalau ia tidak sengaja, maka dibawah diyat. Begitulah juga dalam kes mencederakan orang; kalau dengan sengaja, ia dibawah qisas. Tapi kalau pesalah itu dimaafkan atau kesalahannya itu tanpa sengaja, maka hendaklah pesalah itu membayar diyat atau pampasan kepada mangsa tersebut. Ini adalah ketetapan yang dibuat oleh undang-undang syariat kepada kita. ]

(3) Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk dibawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir.

[ Disini pengarang nak bagitau bahwa mana-mana kesalahan yang termasuk dibawah takrif jinayah, maka ia akan terdedah kepada keempat-empat hukuman yang disebut di atas. Ini adalah ketetapan hukum syara` dalam masalah membunuh, mencederakan atau apa saja yang membabitkan dibawah takrif jinayah mengikut hukum syara`. Seperti kita sedia maklum, pembunuhan yang pertama yang berlaku di atas dunia ini ialah pembunuhan Habil yang dibuat oleh Qabil. Semasa Qabil berniat untuk membunuh Habil, dia tak tau cara nak membunuh kerana tiada contoh lagi masa tu, sebab mereka adalah generasi terawal sekali. Begitu jugalah dengan tingkah laku anak-anak kita, yakni si abang, dia tak akan reti pukul adik dia kecuali dia tengok dulu macamana dia kena pukul dengan bapak dia. Ataupun dia tengok kat nursery, kawan pukul kawan. Dengan contoh ini, barulah yang si abang ni tahu macamana nak pukul adik dia. Serupalah dengan keadaan Qabil ketika itu, sehinggalah sepertimana yang disebut oleh Ibn Kathir dalam tafsir al-`Azimnya; bagaimana iblis membisik/mengajar kepada Qabil cara untuk membinasakan Habil dengan menghempaskan batu diatas kepala Habil. Maknanya, Qabil melakukan pembunuhan yang pertama diatas dunia ini dengan pentarbiyyahan daripada iblis laknatullahi alaik. Bila Habil mati, Quran telah menyebut kepada kita bagaimana Qabil tidak tahu pula untuk menguruskan jenazah saudaranya itu. Lalu ALLAH SWT mengutuskan seekor burung yang menunjukkan kepada Qabil bagaimana burung tadi menggali-gali dan mengais-ngais tanah, maka barulah terfikir oleh Qabil bagaimana cara untuk mengebumikan mayat saudaranya itu. Jadi dari peristiwa ini, kita dapati cara yang pertama yang diajar oleh ALLAH SWT kepada Qabil ialah melalui binatang, supaya dia belajar menguruskan jenazah saudaranya.

Oleh yang demikian, berdasar kepada peristiwa tersebut, para-para ulama dan para-para muffassirin membuat satu pendapat bahwa harus hukumnya manusia belajar daripada binatang, orang-orang kafir atau sesiapa sahaja walaupun daripada orang jahat/musuh ALLAH sekali pun; asalkan benda yang kita belajar itu adalah benda yang memberi manafaat kepada kita. Contohnya; adakah harus kita belajar bahasa Inggeris daripada guru bukan Islam?...Jawapannya harus sebab dalil dari al-Quran tadi, bagaimana Qabil belajar pengurusan mayat daripada seekor burung. Jadi, kalau kita nak belajar satu benda baik daripada binatang, maka harus hukumnya. Tapi kalau ambik benda yang tak baik daripada binatang, maka jadi haram pula hukumnya. Contohnya, binatang tak pakai seluaq, lalu kita pun ikut tak mau pakai seluaq, maka haram hukumnya. Atau kita tengok kucing jantan pantang nampak kucing betina lalu depan dia, kira nak ligan saja. Jadi kita pun ikut ligan perempuan yang lalu depan rumah, maka haram hukumnya. Ini semua benda tak baik, tapi kalau benda baik, ia diharuskan. Contohnya; bila kita tengok seekor ular tedong bertempur dengan seekor kucing, misalnya. Tiba-tiba kita tengok kucing itu cedera dan dia lari untuk merawat dirinya dari bisa ular tedong itu. Lalu kita pun follow dia dan tengok kucing tu pi makan daun kayu apa/ pokok apa/ bunga apa/ buah apa, untuk menjadi penawar kepada bisa si ular tedong. Maka kita secara langsung boleh dapat panduan mempelajari ilmu perubatan daripada kucing. Ini adalah cara ALLAH SWT ajar kepada kita bahwa "transfer of knowledge", yang tidak semestinya kita belajar daripada tok guru sahaja, malah daripada sesiapa saja pun boleh, walaupun daripada orang kafir/ fasik/ musuh ALLAH/ jin/ iblis sekalipun, hatta daripada binatang sekalipun; maka harus hukumnya. Malah digalakkan kepada kita kalau ianya membawa kepada kemanafaatan manusia. Inilah satu didikan daripada ALLAH SWT kepada kita orang-orang yang beriman. Sebab itu, tidak rugi kita baca al-Quran dan bertadabbur dengan al-Quran serta merenungi peristiwa-peristiwa yang disebut oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Yang salahnya orang kita ialah suka sangat pi buat benda-benda yang bercanggah dengan hukum ALLAH TA`ALA.

Contohnya; orang kita kalau dengan tok bomoh, kepercayaannya terlampau-lampau sangat. Lalu ustaz Jailani menceritakan satu peristiwa yang berlaku kepadanya semasa beliau mengendalikan satu kes di mahkamah syariah B`worth. Dimana peguam sebelah suami nak bincang dengan ustaz Jailani yang menjadi peguam mewakili si isteri, untuk settle atau tak boleh settle kes ini secara luar mahkamah yakni tak payah dengan cara perbicaraan. Lalu mereka berdua pun cari tempat yang tak dak orang dan kebetulan pada ketika itu dewan mahkamah kosong sebab tidak ada perbicaraan ketika itu. Lalu mereka berdua pun berbincang, tiba-tiba tengah-tengah perbincangan itu, ustaz perasan ada sorang orang tua pakai kopiah duduk di satu sudut di hujung dewan mahkamah. Yang mana ustaz tahu bahwa orang itu bukannya client kepada peguam kawan ustaz tu. Lalu ia menjadi tanda tanya. Kemudian apabila habis berbincang, ustaz pun keluar pi jumpa anak guamnya, lalu beliau diberitahu oleh anak guamnya bahwa suami dia ni sejak daripada hari pertama masuk mahkamah, suaminya itu sudah bawa "tok bomoh". Maknanya, orang tua misteri yang duduk di hujung mahkamah itu tadi adalah seorang tok bomoh. Inilah perangai orang kita yang cukup suka dengan tok bomoh. Tak salah kalau nak menang, dengan kita berdoa kepada ALLAH. Dah lah main bola pun pakai tok bomoh, ini masuk mahkamah pun nak pakai tok bomoh jugak?...Sebelum start game bola tu, depa nanti pi tabur beras apa pun tak tau dekat tiang gol supaya tak gol, tapi lawan score gol jugak. Inilah contoh yang dikatakan kurafat-kurafat/tahyul-tahyul tu. Kalau betul, awat geng lawan boleh score gol jugak?...Silap kat mana?...Silap tabur beras ka?

Satu lagi cerita tentang benda-benda kurafat yang banyak berlaku di mahkamah-mahkamah kita hari ini ialah sepertimana yang berlaku di mahkamah B.M.. Dimana pada kebiasaannya, perbicaraan di mahkamah sivil start pukoi 9 pagi. Pada suatu pagi, semasa majistret berjalan menuju ke pejabatnya, tiba-tiba dia ternampak sorang cina tengah dok semayang-semayang, kemudian cina tu pi tabur apa ka kat mahkamah. Kemudian apabila cina tu berada dalam mahkamah dan dibicarakan, didapati dialah diantara yang paling teruk didenda. Jadi, perbuatan kurafatnya itu tidak dapat menolongnya sama sekali, malah menyusahkannya lagi. Oleh sebab itu, buat apa kita pi tiru perangai orang cina yang banyak dengan benda-benda kurafat/tahyul itu, walaupun mereka lebih maju/kaya daripada kita. Kita sebagai orang Islam; apakah senjata utama kita?...Berdoa kepada ALLAH, tuan-tuan. Apa salahnya kalau kita berdoa kepada ALLAH supaya mendapat kemenangan. Yang salahnya ialah kita pi cari tok bomoh, kemudian buat secara kurafat supaya kita menang. Tapi kalau kita pi cari tok bomoh yang baik/ bertaqwa/ buat cara Islam, Alhamdulillah, itu digalakkan. Tapi masalahnya la ni, kebanyakan daripada apa yang berlaku depan mata kita ini adalah berkaitan dengan benda kurafat/tahyul. Sebab itu, kita harap benda-benda lagu ni, jangan diamalkan lagi dalam masyarakat kita.

Menurut ust Jailani, ada satu lagi perangai buruk "orang kita" apabila masalah mereka terpaksa kena settle dalam mahkamah. Perangai buruk itu ialah mereka akan memusuhi lawan mereka itu sampai ke tahap 100%. Sehinggakan mereka mau lawyer yang mewakili mereka turut juga bergaduh dengan lawyer yang mewakili lawan mereka. Depa punya la sakit hati tak boleh tengok langsung lawyer yang mewakili depa tu duduk sekali minum sama-sama dengan lawyer lawan di kantin masa rehat. Jadi kata ustaz, sebab nak jaga hati client, maka peguam sama-sama peguam hanya boleh lambai tangan sahaja. Sehinggakan ada satu kes, kata ustaz, bila dia tengok lawyer dia dengan lawyer lawan baguih punya dok pekena teh sama-sama, kemudian bersembang pula dengan melawak semua cukup; maka marahnya meluap-luap sehingga dia cari tok bomoh supaya tengok lawyer dia ni, betul ka tak betul ka. Lalu tok bomoh tu pun ambik kesempatan kata bahwa lawyer hang dah makan komisyen daripada lawyer yang satu lagi....Pulak dah. Ada lagi orang macam ni. Yang ni yang dikatakan kurafat ni...Lalu apabila dengaq saja tok bomoh kata lagu tu, maka dia pun pi tarik balik perlantikan peguam itu daripada mewakilinya. Apabila ditanya pasai apa ditarik balik?...Dia kata pasai tok bomoh bagitau yang lawyernya sudah makan komisyen daripada lawyer satu lagi. Maka tercenganglah lawyer kawan ustaz tu, tak terkata apa-apa. Inilah yang dikatakan punya la BANGANG orang melayu kita ni. Itulah, orang suruh pi mengaji, hangpa pi lepak relax aje kat kedai kopi. Jadi la ni, sampai nak bezakan antara yang kurafat dengan yang betul pun dah tak reti. ]

Perkara 3 : Hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah.

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran/hadith dan yang dikuat-kuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyah atau undang-undang qanun jinayah syariah bahawa penjinayah-penjinayah yang didakwa di bawah kes jinayah syariah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir. Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah-penjinayah itu.

[ Maknanya, kalau dia buat satu kesalahan; hukuman dia juga mestilah tertakluk kepada 4 bahagian yang disebut tadi. Kita tak mau seperti apa yang ada dalam masyarakat kita hari ini; dimana apabila kita kata negara kita hari ini masih tidak mengamalkan undang-undang qisas; lalu kedengaranlah suara yang kata, "Awat tak buat pulak. Tu yang hukum bunuh bagi kesalahan membunuh tu apa?...Hat di tali gantung tu apa?"...Macamana kalau kita tanya dia balik; apakah dia syarat-syarat qisas?...Tahukah kamu bahwa apa yang dok amal hanyalah sebahagian sahaja daripada qisas, manakala sebahagian yang lain daripada qisas yang tidak menepati citarasa pihak-pihak tertentu, ditolak ketepi?...Contohnya; bunuh dibalas dengan bunuh. Itu prinsip umum dalam qisas. Tapi dalam qisas juga dinyatakan bahwa jikalau mangsa atau keluarga mangsa memaafkan penjenayah, maka wajib bagi "ulil amri" membebaskan penjenayah yang terbabit. Yang kita pertikaikan ialah dalam undang-undang negara kita hari ini; adakah dia bagi kuasa kepada keluarga si mangsa?...Contohnya; seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Datuk Taha yang dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim. Ok la ni, kita pula nak tanya; pembebasan Datuk Mohktar Hashim, siapa yang bagi?...Adakah daripada keluarga Allahyarham Datuk Taha ataupun daripada jawatankuasa pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong?...Jawapannya ialah Datuk Mokhtar Hashim bebas bukan diampun oleh keluarga Datuk Taha, tapi beliau dibebaskan oleh lembaga pengampunan. Yang nilah yang dikatakan bertentangan dengan undang-undang qisas yang diajar oleh Islam kepada kita. Jadi, kepada puak-puak karat ni, kita nak bagitau bahwa hangpa jangan dok buat putar belit serupa lagumana kepala taik hangpa jugak. Yakni bila dalam negara kita tidak melaksanakan undang-undang qisas, maka hangpa jangan cuba nak kata kita ni sedang melaksanakan qisas. Kalau setakat bunuh dibalas dengan bunuh, ini tidak cukup untuk kita kata itu adalah qisas yang diajar oleh Islam kepada kita. Kalau hangpa nak tau, syarat-syarat qisas ada banyak lagi. Diantaranya, kena ada 2 saksi lelaki yang adil. Adakah undang-undang negara kita la ni perlu kepada 2 lelaki yang adil?...Inilah antara banyak contoh-contoh yang menunjukkan bahwa qisas sebenarnya tidak diamalkan walaupun kita dapati orang yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuh balas dalam negara kita. ]

.....bersambung...


Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan