Bah I - Bab 2 - Fasal 1 - Perkara 20(2)(ii) - (4)

Qanun Jinayah Syar`iyah

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Muqaddimah

Di dalam Suratul A`raaf ayat 70-72, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,

"Mereka berkata: Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar. [70]

Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu. [71]

Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman. [72]

[ Muslimin/muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian; ayat di atas adalah satu kisah yang diceritakan oleh ALLAH SWT kepada kita tentang pertembungan yang berlaku antara kaum `Ad dan Nabi Hud a.s., yakni utusan yang dihantarkan oleh ALLAH SWT kepada kaum`Ad. Nabi Hud a.s. dihantar untuk mengajar kaum `Ad ajaran daripada langit yang diturunkan oleh ALLAH SWT. Tapi akibat ingkarnya kaum `Ad ini kepada perintah nabi mereka, maka ALLAH SWT telah mengazabkan mereka dengan angin ribut taufan.

Menurut pendapat Ibn Kathir dalam tafsir al-`Azimnya, dia mengatakan bahwa kaum `Ad dibinasakan dengan angin ribut taufan yang amat dahsyat sehinggakan mereka melayang seolah-olah seperti daun-daun pohon tamar yang diterbangkan ke arah langit, kemudian jatuh berguguran di atas bumi. Begitulah keadaan ngerinya azab daripada ALLAH SWT kepada kaum `Ad.

Jikalau kita ceritakan kisah-kisah sebegini kepada manusia, manusia yang mendengar itu akan terbahagi kepada 2 golongan. Sebahagian daripada manusia yang mukmin (yang beriman kepada ALLAH SWT), mereka akan respon kepada cerita-cerita sebegini dengan merasai ngerinya azab daripada ALLAH SWT. Tetapi bagi golongan manusia yang tidak beriman ataupun mempunyai iman yang boleh dipertikaikan, golongan seperti ini mereka tidak akan merasai kengerian azab daripada ALLAH SWT. Bagi golongan sebegini, cerita-cerita lagu ni, mai lah banyak mana pun, depa kira takdak kata nak rasa apa pun. Kita cerita pi lah lagumana dahsyat sekali pun tentang seksa kubur maupun azab api neraka, depa boleh buat muka "slumberland" saja. Kalau kita cerita tentang indahnya syurga ciptaan ALLAH itu, depa lagu depa juga, boleh buat dekkkk saja, yakni tiada keinginan dalam hati mereka untuk mendapat nikmat syurga ALLAH SWT. Beginilah fenomena yang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini, yang mempunyai krisis keimanan kepada ALLAH SWT. Tetapi bagi kita yang mukmin yang beriman kepada ALLAH SWT, bila didatangkan kepada kita berita/khabar tentang syurga ALLAH, maka akan datang keinginan dalam hati kita untuk mendapatkan syurga ALLAH. Kemudian bila datang pula khabar tentang azab daripada ALLAH sepertimana hancurnya kaum `Ad umpamanya, maka akan datang terus menjerubus ke dalam hati kita perasaan takut untuk menderhaka kepada ALLAH, sebab kita tak mahu peristiwa yang berlaku kepada bangsa-bangsa yang terdahulu akan berlaku kepada kita pula (minta dilindungi ALLAH SWT).

Sebab itu, apabila berlaku gempabumi di India baru-baru ini umpamanya, yang memakan korban sehingga 20k-30k orang, bagi sesetengah orang, mereka tak rasa apa-apa pun. Tapi bagi kita yang menggunakan akal, apabila melihat satu korban yang begitu besar berlaku hanya dalam sekelip mata sahaja, maka kita sebagai orang mukmin tahu bahwa kejadian sebegini adalah kuasa daripada ALLAH SWT. Tapi bagi manusia yang tidak beriman kepada ALLAH SWT, mereka akan mengatakan bahwa kejadian gempabumi ini adalah satu bencana alam sahaja. Sebab itu, orang sebegini, didatangkanlah azab macamana sekali pun, dia tidak akan rasa takut kepada ALLAH SWT. Dan keadaan sebeginilah yang berlaku kepada kaum `Ad, yakni apabila Nabi Hud a.s. membawa ajaran daripada langit yang diturunkan oleh ALLAH SWT untuk diajarkan kepada mereka bagaimana caranya beriman kepada Tuhan yang sebenarnya, lalu kita dapati bagaimana biadapnya sikap kaum `Ad ini terhadap Nabi Hud a.s. yang dirakamkan oleh ALLAH dalam ayat 70-72 dalam Suratul A`raaf ini.

ALLAH SWT menceritakan kepada kita, "Berkata kaum `Ad kepada Nabi Hud a.s. : Kamu datang kepada kami hanya semata-mata untuk menyuruh kami sembah ALLAH sahaja?…Dan meninggalkan segala sembahan-sembahan kami yang diajarkan oleh bapa-bapa kami dulu?"…Inilah dia respon dari kaum `Ad, yang mempertikaikan Nabi Hud a.s..

Kemudian kata kaum `Ad lagi kepada Nabi Hud a.s., "Sekarang bawalah kepada kami seperti apa yang kamu janjikan kepada kami. Iaitulah apa yang kamu katakan sebagai azab/laknat Tuhan. Sekarang bawa kepada kami sebab kami nak tengok macamana malapetaka Tuhan itu. Wahai Hud, sekiranya kamu orang yang benar, bawa mai kepada kami azab Tuhan tu macamana kami nak tengok."…Inilah contoh kurang-ajar serta biadapnya orang yang tidak beriman kepada ALLAH SWT. Ini adalah cerita daripada al-Quran, yang mana ALLAH SWT nak tunjuk kepada kita tentang satu bangsa di zaman dahulu kala, yang mana mereka ini telah sebati dengan maksiat, maka mai lah macamana punya nasihat pun, mereka tidak akan mengendahkannya. Takdak gunanya kita perbetoikan orang-orang sebegini, sebab mereka akan lawan kita balik dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati kita. Inilah contoh orang yang tak mau terima hidayah daripada ALLAH SWT.

Serupalah sepertimana yang dok bising sangat dalam media-media arus perdana hari tu. Yang mana bila Dato` Harussani yakni wakil kepada semua mufti membuat satu press conference dengan bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai bahwa antara perkara yang para mufti bincangkan ialah tentang bahayanya pengaruh filem bollywood kepada masyarakat kita pada hari ini. Dimana dalam kenyataannya itu, Dato` Harussani kata, "Antara punca kepada keruntuhan moral anak-anak muda kita pada hari ini, dan juga kejadian-kejadian sumbang mahram yang sering berlaku pada hari ini ialah daripada pengaruh filem bollywood."…Kemudian katanya lagi, "Kalaulah tak boleh hapuskan semua sekali, sekurang-kurangnya dikurangkan tayangannya kepada seminggu sekali. Tapi seelok-eloknya dihapuskan kesemuanya sekali."...Yang ni saya sokong tuan-tuan. Ingat tak Hari Raya Puasa tempohari; sampai kita pun naik confuse, tak tau nak beza dah antara raya kita dengan raya hindu. Buka tv1, hindustan. Buka tv2, hindustan. Buka tv3/4, pun hindustan. Buka ntv7, pun hindustan jugak. Jadi, sudah sampai masanyalah untuk golongan mufti tampil ke depan untuk menegur pihak yang bertanggungjawab.

Kemudian selang sehari selepas kenyataan mufti itu, maka keluarlah bermacam-macam pandangan dalam paper utama, yang membantah dan menyangkal dakwaan pendapat daripada Dato` Harussani yang selaku wakil kepada mufti-mufti seluruh M`sia. Diantara banyak-banyak pandangan itu, ada seorang tu kata, "Saya tak nampak pun buruknya filem bollywood ni. Malah saya nampak filem bollywood ini sebagai tempat perpaduan untuk keluarga saya. Sebab semasa filem bollywood inilah, ayah/ ibu/ abang/ kakak dan adik-adik saya berkumpul di rumah pakat-pakat tengok filem bollywood."...Inilah contoh pandangan daripada seorang yang sudah buta mata hatinya akibat kekaratan sekularisma. Bagi orang sebegini, sudah tidak kenal lagi apa yang kita kata "Islam is the way of life". Bila slogan ini tidak diamal, maka jadilah seperti keluarga kawan kita ini, yang menganggap benda bathil sebagai tempat perpaduan.

Baru-baru ini semasa saya nak pi kuliyyah di Balik Pulau, P.Pinang, saya pun lalulah melalui jalan Bukit Jambul yang memang selalu jamned masa waktu nak Maghrib. Sementara nak tunggu traffic light tukar jadi hijau, kereta saya berhenti betul-betul di depan Kompleks Bukit Jambul, yang semasa itu juga ada la 4-5 orang budak perempuan "kita" melintas depan kereta saya. Astaghfirullah hal `azim, pakaian depa seperti tak menyerupai pakaian dah. Baju tu dah la tight fit, ditambah pula dengan singkatnya sehingga terserlah pusat yang bertindik pulak tu. Bila depa ramai-ramai stop depan kereta saya untuk melintas, saya tengok pun naik geram juga sebab comel-comel belaka, kemudian ada yang rambut perang tak perang pun ada; tapi bila depa perasan yang orang dalam kereta di depan depa ni pakai kopiah/jubah, pakat masing-masing dok cuba tarik baju untuk tutup pusat masing-masing…Ada juga perasaan malu rupanya. Lalu saya pun cerita kat kawan-kawan, "Kalaulah aku ni tak dak iman ketika tu, mau aku tarik sorang-sorang masuk dalam kereta."…Sebab kita ni lelaki, kita akan teransang bila tengok benda-benda lagu ni. Tapi benda apa yang menahan saya daripada nak buat jahat tadi?…Itulah dia iman kita kepada ALLAH SWT. Siapa yang tidak bergetar syahwahnya bila tengok perempuan-perempuan yang macam ni?…Samalah juga dengan Bollywood tu. Apa tak teransang ka bila tengok Kajol dok golek punggung dia depan tv?…Something wrong lah kalau orang lelaki tak teransang bila tengok adegan macam ni. Sebab itu, kita sokong pendapat para mufti bahwa filem bollywood adalah salah satu daripada punca maksiat.

Lepas itu, ada pula yang sebut, "Kalau begini, baik kita hapuskan terus station tv!"...Ini satu lagi kenyataan dari orang yang jenis "bahalol"…Ops! Nanti sat. Jangan la marah bila saya bawa keluarkan perkataan "bahalol". Tuan-tuan yang mengaji bahasa Arab, mesti tau apa yang dimaksudkan dengan perkataan "bahalol". Hari tu, ustaz Halim Hassan ada bagitau kat saya yang dia pernah jumpa satu orang bernama Bahalol di Iraq. Jadi, takkan tuan-tuan nak marah kat saya kot?..Sebab di Iraq, orang nama Bahalol pun ada. "Bahalol" dalam bahasa Arab bermakna orang yang betul bendul. Sebab itulah, kita biasa dengar orang tua-tua dulu pernah kata, "Hang ni betoi-betoi la bahalol punya orang!"…Itu adalah istilah Arab. "Kita" yang tak tau apa, bila dengar saja orang kata macam tu, terus saja melenting kata orang maki lah apa lah. Tapi sebenarnya "kita" yang tak mengaji, pasai tu "kita" tak tau.

Sebab apa kita kata orang yang beri kenyataan seperti di atas tadi, bahalol orangnya?…Sebab sebenarnya, tv itu sendiri tidak memberi apa-apa masalah kepada kita. Yang bagi masalah ialah kandungannya tu. Kalau kita nak tengok action movie; macam filem kung fu ka, Rambo ka, apa bala ka; tengok pi lah Islam tak larang aih!…Yang jadi masalahnya ialah filem-filem yang boleh merosakkan kita. Sekarang ni, punya la banyak program-program tv termasuk juga iklan-iklan yang boleh dikatakan tiap-tiap hari ditayangkan dan ia menjadi sebagai ajen meruntuhkan akhlak anak-anak muda kita yang paling berkesan.

Kemudian ustaz Jailani cerita baru-baru ini ada seorang sahabat telefon kat ustaz menceritakan bahwa mereka ada seorang kawan yang bermasalah. Kawan mereka ini, pada asalnya adalah seorang anak yang baik, yakni ikut kata orang tuanya. Tetapi sejak akhir-akhir ini, kawan mereka ini berubah sikapnya dengan suka melawan cakap mak ayahnya. Jadi, kawan-kawannya pun berasa peliklah dengan tiba-tiba saja sikapnya boleh berubah. Menurut ustaz Jailani, budak tu baru berumur 14 tahun, yang merupakan seorang pelajar perempuan di Sek. Men. Convent Bkt Mertajam. Selepas dibuat penyiasatan, didapati yakni disyaki budak ini terlibat dengan kristianisasi. Lalu mak ayahnya buat keputusan untuk kurung anak mereka itu buat seketika. Dalam masa budak ini dikurung, ada seorang lagi kawannya sedang berlegar-legar mencari budak perempuan ni. Kemudian bila mereka tangkap kawan budak ini, depa check-check, dia pun ada loket salib dalam bajunya juga…Inilah masalah besar yang sekarang ni berlaku dalam masyarakat kita tuan-tuan. Cerita pasai kristian ni sebenarnya dah lama dah kita dok dengar dalam P.Pinang ni. Sekarang ni kita lihat anak kawan kita kena. Mustahil dak satu hari nanti, anak kita pulak kena tuan-tuan?…Nauzubillahi min zalik. Mai kita tanya diri masing-masing; awat kita nak tunggu sampai kaum keluarga kita kena, baru kita nak bertindak ka?…Kita boleh dok sengap saja bila tengok punca kerosakan tiap-tiap hari ditayang dalam tv di depan kaum keluarga kita. Macam tu ka kita mau?

Kemudian bila kawan-kawan budak perempuan tu minta pendapat ustaz Jailani apa yang perlu mereka buat; maka jawab ustaz, "Kita tak dak pilihan lain melainkan kita kena bertindak sembunyikan budak perempuan ini di mana-mana, seperti kat Kelantan ka atau kat T`ganu, atau kat Perlis maupun Johor. Kalau ada duit, mau hantar pi Arab Saudi ataupun ke Mesir lagi bagus. Sebab selagi budak ni ada di Penang ataupun K.L., puak kristian tetap mai cari. Sorokkan budak ni, sehinggakan jangan sapa sorang pun yang tahu melainkan hanya emak/ayah dia saja yang tahu. Ini adalah untuk menyelamatkan aqidah budak tu."...Pasai apa kita tak mau buat report polis?…Sebab tarak guna kalau kita buat report pun. Dah berapa banyak kes murtad yang berlaku dalam negara kita, dan kita dapati bahwa pihak yang berkuasa memang tak boleh diharap. Ini realiti yang berlaku dalam negara kita sekarang. Walaupun kita ada kerajaan, tapi apa satu pun tak boleh nak buat untuk membenteras gejala murtad ni. Yang berkuasa tu nama saja macam orang Islam, tapi bila didapati ada dikalangan anak-anak kita murtad, tak ada orang pun yang boleh tolong kita. Melainkan kita sebagai ibu/ayah saja lah yang perlu bertindak. Ini yang sebenar sedang melanda masyarakat orang Melayu Islam kita pada hari ini. Kita berasa amat sedih dengan fenomena yang ada sekarang sebab tarak sapa pun yang boleh tolong selesaikan masalah murtad dalam negara kita sekarang.

Menurut ustaz Jailani, kalau kita kaji dalam Perlembagaan Persekutuan, tuan-tuan tau tak memang ada satu peruntukan kepada kerajaan negeri untuk buat undang-undang menghalang other religion daripada mendakwahkan ajaran agama mereka kepada orang Islam. Tetapi yang sedihnya, kita dapati pihak berkuasa tidak pernah menggunakan peruntukkan ini untuk menghalang ugama lain daripada propagate agama mereka kepada orang Islam. Ada peruntukan, tapi pasai apa tak digunakan?…Ini yang menjadi tanda tanya?

Semalam semasa pi tengok ceramah, dalam perjalanan tu singgah sat tengok vcd ceramah di Malau, Kedah yang bertarikh 14-2-2001. Yang saya nampak, orang-orang ramai termasuklah kaum wanita dan kanak-kanak, taklah buat apa-apa pun, mereka hanya nak dengar maklumat daripada ceramah tersebut sahaja. Tapi tiba-tiba depa dihambat dengan water cannon. Niiiie…apa tak pasal-pasal saja orang ramai diperlakukan sedemikian?…Kita tak pertikai kalau kerajaan betul-betul tegas dalam undang-undang. Tapi yang kita pertikaikan sebab apa tuan-tuan?…Sebabnya ialah orang yang tak buat apa-apa, depa dihambat macam binatang, tapi dalam masa yang sama bila anak-anak muda kita dimurtadkan, "kita" tak boleh buat apa-apa. Apa guna kuasa yang dok ada kat "kita" tu, kalau benda lagu ni pun tak boleh diselesaikan.

Jadi, ALLAH SWT menurunkan ayat di atas tadi ialah untuk menceritakan betapa kurang-ajarnya kaum `Ad ini kepada Nabi Hud a.s.. Begitulah juga orang-orang Islam pada hari ini, yang bermacam-macam perilaku biadap terhadap ALLAH SWT telah dipamirkan. Kita berani bertegas ke atas orang yang tidak bersalah, tapi dalam saat anak-anak kita diancam aqidah, kita tak berani untuk buat apa-apa pula. Inilah dilemma ataupun penyakit yang berlaku kepada orang Islam pada hari ini. Jadi, kita harap kawan-kawan kita yang belajar dan faham ilmu agama berani tampil menggunakan kesempatan ini untuk memperbaiki keadaan yang kian teruk pada hari ini. Penampilan mereka ke dalam masyarakat sangat-sangat diperlukan ketika ini untuk menyelesaikan segala penyakit yang sedang melanda umat Islam pada hari ini.

Berbalik kepada ayat tadi, yakni bila kaum `Ad berkata sebegitu kepada Nabi Hud a.s., maka Nabi Hud a.s. berkata balik kepada kaum `Ad dalam ayat 71, "Sesungguhnya kamu telah ditimpa kemurkaan Tuhan dan siksaanNya. Apakah kamu ini membantah aku untuk mempertahankan nama-nama (berhala) yang kamu buat bersama-sama dengan bapa-bapa kamu, padahal ALLAH tidak menurunkan hujjah kebenarannya. Kerana itu tunggulah tibanya siksa itu dan aku juga bersama-sama dengan kamu menunggu siksaan itu."..Inilah kata-kata Nabi Hud a.s. yang mengecam balik kaum `Ad yang suka sangat mempertahankan nama-nama yang mereka buat sendiri hanya kerana nak lawan ALLAH SWT. Serupa macam kita dulu lah tuan-tuan; yang mana ketika itu sibuk dengan masalah bersanding dalam majlis kenduri kahwin. Pada ketika itu, untuk kita nak meyakinkan masyarakat bahwa bersanding dalam keadaan buka aurat/buka tudung itu adalah bercanggah dengan hukum agama, adalah teramat-amat payah untuk masyarakat menerimanya. Pasai apa jadi lagu tu?…Ini berlaku sebab masyarakat ketika itu dah pun terima secara tradisi bahwa amalan bersanding ini adalah satu amalan yang patut dikekalkan. Tetapi Alhamdulillah, pada akhir-akhir ini, kita dapat melihat bagaimana masyarakat secara majoritinya boleh menerima bahwa persandingan adalah satu agenda yang tidak patut dikekalkan. Setelah beberapa lama pejuang-pejuang Islam memberi penerangan demi penerangan untuk meyakinkan masyarakat, Alhamdulillah, sekarang baru mereka boleh terima. Ini menunjukkan tanda positif bahwa Islam akan kembali kepada zaman kegemilangannya. Yang hanya perlu ada pada pejuang-pejuang agama ALLAH ini ialah teruskan kerja buat Islam disamping kesabaran yang mantap menunggu tibanya masa yang dijanjikan kejayaan itu.

Begitulah juga yang berlaku pada kaum `Ad. Nabi Hud punyalah nak meyakinkan kepada kaum `Ad bahwa benda-benda yang mereka buat ini adalah benda yang tak betul, walaupun benda-benda yang sama ini juga dilakukan oleh bapa-bapa dan nenek moyang mereka yang terdahulu. Usaha Nabi Hud a.s. ini adalah satu usaha yang amat sukar untuk diterima oleh kaum `Ad. Dan inilah juga yang berlaku kepada kita pada hari ini. Jadi, masalah untuk meyakinkan masyarakat ini adalah satu masalah yang pasti menimpa kepada setiap manusia yang bergelar pejuang-pejuang agama ALLAH SWT. Ini berlaku adalah disebabkan akan ada segelintir golongan manusia yang akan bersungguh-sungguh mempertahankan benda-benda yang dirasanya betul walaupun sebenarnya ia tidak betul.

Berbalik kepada cerita Bollywood tadi. Selang 3-4 hari selepas isu ini dibangkitkan, dalam satu suratkhabar melaporkan bila wartawan tanya kepada seorang pemimpin dalam negara kita mengenai masalah filem Bollywood sepertimana yang disyorkan oleh majlis mufti-mufti seluruh M`sia, maka pemimpin itu pun berkata, "Kita akan kajilah. Kalau perogol yang merogol/membunuh Allahyarhamah Nur Suhaili (jurutera komputer yang dirogol dan dibunuh dalam bas tempohari) itu seorang peminat filem Bollywood, maka barulah kita akan haramkan filem Bollywood."…Tuan-tuan tak rasa pening ka bila seorang yang kita pilih sebagai pemimpin boleh keluarkan satu kenyataan yang ala kebudak-budakkan ini. Dari kenyataannya itu, kita tahu yang dia seolah-olah tidak serious atau pun macam nak perlekehkan pandangan yang disampaikan oleh Dato` Harussani. Inilah dia sebenarnya yang sedang berlaku dalam negara yang sangat kita cintai ini, iaitu pertembungan diantara pandangan mufti dengan pandangan pemimpin dalam negara kita. Perkembangan sebegini sangat-sangat membimbangkan kita kerana dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. pernah menyebut bahwa masyarakat akan hancur bila 2 institusi ini tidak sehaluan, iaitu ulama` wal umara`. Tetapi walaubagaimana pun, kita mengucapkan syabas kepada para mufti kerana inilah kali pertama (selepas isu Dato` Ishak Baharom vs ratu cantik) yang kita tengok para mufti berani mengeluarkan satu kenyataan yang mana didapati tidak infavour kepada golongan tertentu dalam masyarakat. Ini barulah fungsi sebenar para mufti, yakni apabila ada penyakit dalam masyarakat, maka mereka boleh bagi satu jalan penyelesaian dengan berani without fear and favour.

Daripada ayat 70-71 tadi, kaum `Ad memberi alasan kepada Nabi Hud a.s. dengan mengatakan bahwa pegangan mereka selama ini adalah daripada amalan-amalan datok nenek moyang mereka. Oleh sebab itu, maka tak wajarlah bagi mereka untuk meninggalkan amalan tradisi mereka itu, untuk tukar kepada menyembah ALLAH semata-mata. Muslimin/muslimat sekelian; ALLAH SWT kalau Dia ceritakan sesuatu kepada kita di dalam Quran, bukannya saja-saja Dia nak cerita. Tetapi tujuanNya yang sebenar ialah supaya kita boleh ambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum yang terdahulu, supaya tidak berulang berlaku kepada kita pula.

Begitulah juga kalau datang seorang sahabat cerita pengalaman dia begini-begini tentang suatu perkara, maka kita jangan hanya sekadar seronok dengar cerita saja, tapi hendaklah kita ambil iktibar dan langkah berjaga-jaga sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kita pula. Contohnya; bila ada kawan bagitau kat kita tentang hal kereta. Dia kata, "Kereta hang bila sampai 80k km, hang kena tukaq timing-belt. Kalau hang tak tukaq, sat lagi dia putuih, habih dengan injin-injin hang kena over-hauled. Siapla hang 2-3 ribu RM. Aku dah kena dah, pasai tu aku bagitau kat hang."….Lalu bila dengar kawan kata macam tu, kita pun ambil langkah berjaga-jaga. Ini yang peliknya orang kita ni, bila mai bab kereta, selalunya kita percaya pula. Pasai apa kita tak mau try lari tengok sampai lebih daripada 100k km ataupun lari sampai timing-belt tu putus. Sebab nak tengok betoi tak apa yang kawan kita cakap tu. Tapi pasai apa kita tak berani buat pula?…Tapi dalam bab agama (spiritual), pasai apa kita nak test dulu?…Bila orang kata jangan buat maksiat, sebab akan kena azab ALLAH; kita tak peduli, kita langgar juga. Orang kata, "Jangan buat macam ni, nanti kena azab kubur."; kita buat juga. Benda ni ALLAH SWT haramkan, tapi kita try juga. Maknanya, kita ni ada satu sikap yang berbeza. Iaitu dalam bab keduniaan, bila orang habaq kat kita, kita boleh percaya. Tapi dalam bab akhirat; bila orang bagitau kepada kita/ Nabi bagitau kepada kita/ ulama` pun bagitau kepada kita; kita tak mau pula percaya akan benda-benda akhirat ni. Ini menunjukkan bagaimana kebodohan yang ada kepada manusia sebab mereka tak boleh menggunakan akal mereka sebagaimana mereka menggunakan akal dalam masalah kereta, rumah dan sebagainya.

Bagi kaum wanita pula, ini ada satu cerita yang boleh mereka ambil iktibar. Ustaz Jailani cerita baru-baru ini ada seorang wanita bergelar isteri datang berjumpa dengannya. Wanita itu bagitau bahwa masalahnya ialah suaminya nak kahwin satu lagi. Lalu ustaz Jailani tanya balik kepada wanita itu, "Kakak sendiri macamana?…Nak bagi ka atau tak mau bagi suami kahwin?"…Wanita tu kata, "Saya sebagai perempuan, memanglah tak suka suami saya kahwin satu lagi. Siapa pun tak suka kongsi-kongsi suami, betoi tak ustaz?"…Kata ustaz, "Betoi la, memang tak seronok kongsi-kongsi ni, tapi habih macamana sekarang ni?"…Dia kata, "Kalau tak bagi pun, suami saya tetap akan buat dosa juga. Jadi apa yang patut saya lakukan?"…Lalu ustaz berpendapat, "Macam ni lah. Kalau kita tak bagi dia berpoligami, selalunya orang macam ni, dia mesti kahwin di Siam punya. Sebab sekarang ni, kahwin di Siam cukup mudah. Pi saja di Bukit Selambau, bayar RM300/- saja. Kalau kakak nak tau kat mana; kakak pi saja kat Bukit Selambau, kemudian tanya orang kat mana tempat yang kahwin sindiket tu. Mesti depa nanti tunjuk tempat tu. Kalau di Betong pula, Tok Qadi Siam di sana lagi canggih, siap ada dengan mesin yang nak slide credit card pun ada. La ni macam ni kakak. Kita bagilah dia kahwin, tapi kita letakkan beberapa syarat."…Wanita tu tanya, "Apa syarat-syaratnya?"…Ustaz tanya balik, "Suami kakak kerja apa?"…Wanita tu kata bahwa suaminya adalah seorang driver lori. Kemudian bila ustaz Jailani dapat maklumat tentang suami wanita itu, barulah dia dapat buat berapa anggaran untuk diletakkan sebagai syarat. Lalu kata ustaz, "Suami kakak mesti bayar nafkah kat kakak sebulan sebanyak RM500/-. Kakak setuju dak?"…Dia kata, "Setuju."…Kemudian ustaz tanya, "Anak ada berapa orang?"…Dia kata, "Ada 3 orang."…Lalu kata ustaz, "Untuk anak, suami kakak wajib bayar RM700/- sebulan. Kakak setuju ka dak?"…Dia kata, "Setuju."…Maknanya suami dia kena bayar RM1200/- sebulan kat dia. Selepas itu kata ustaz, "Suami kena bagi dekat kakak kereta kancil sebijik."…Kakak tu kata, "Saya setuju. Tapi bolehkah suami saya itu setuju, ustaz?"…Ustaz kata, "Perkara ni serah kat saya."…Kemudian bila pi mahkamah, ustaz pun pi lah jumpa suami kakak tu. Kata ustaz, "Isteri kamu ni dah pun bagi izin kamu kahwin, tapi ada syaratnya."…Tanya si suami, "Apa syaratnya ustaz?"…Jawab ustaz Jailani, "Pertamanya, kamu kena bayar nafkah kat isteri kamu RM500/- sebulan."…Suami tu kata, "Boleh no problem."…Lepas tu kata ustaz lagi, "Kemudian dekat anak-anak pula ialah RM700/- sebulan."…..Ternganga suami tu bila total-up, dia kena bayar RM1200/- sebulan. Kata dia, "Mana saya nak pi cari RM1200/- sebulan, ustaz?"…Kata ustaz, "Peluang sebegini bukan senang nak dapat. Isteri kamu dah bagi dah ni. Kita kena ambik cepat-cepat sebab takut dia ubah fikiran tarik balik, habih melopong tak boleh kahwin la kamu."…Lepas dia dengar lagu tu, dia kata, "Ok, ok la ustaz."…Kemudian ustaz kata, "Last sekali, kamu kena bagi kereta kancil sebiji kat isteri kamu. Usahalah sebab ini adalah peluang terbaik."…Ustaz Jailani bagitau macam ni sebab takut nanti si suami tu lari kahwin di Siam nuuuu!…Oleh sebab itu, ustaz cuba convince si suami itu bahwa inilah caranya. Akhirnya si suami itu pun setuju dan direkodkan semua persetujuan itu dalam mahkamah. Pasai apa ustaz kata kita patut buat lagu ni kepada si suami tu?…Sebab kita tahu bahwa kalau kita tak bagi dia kahwin pun, dia akan cuba kahwin di Siam. Orang lelaki ni bila dia kahwin di Siam, mengikut statistiknya ( la ni kena guna istilah "statistik". Sebab orang la ni semua mau statistik. Hinggakan pengaruh filem Bollywood yang jelas merosakkan itupun depa mau statistik juga. Apa punya tolonji puak-puak ni.) dia tak ingat dah yang tua. Bohong kalau dia kata bahwa dia sayang yang tua. Bila dapat yang muda, mungkin setahun dia duduk dengan yang muda tu. Sebab itu kita bagi syarat mahukan kereta, yakni untuk si isteri tua uruskan anak-anak ke sekolah, tuition, kafa dan sebagainya. Dan sebab kedua ustaz buat begini ialah kerana hendak mengekalkan rumahtangga mereka supaya tidak bercerai. Dan yang ketiga, bila diizinkan suami kahwin satu lagi, tapi disyaratkan si suami wajib bayar nafkah. Sekarang mahkamah syariah memang cukup tegas dalam bab-bab macam ni, yakni kalau si suami tu tak bayar nafkah, maka kita akan heret dia masuk penjara. Menurut ustaz Jailani, dah banyak kes yang dibuat bagaimana ada suami yang dipenjarakan kerana tidak membayar nafkah kepada anak/isterinya. Jadi, kita kena ambik iktibar apa yang berlaku di sekeliling kita supaya benda yang berlaku kepada orang, tidak berlaku kepada kita.

Dan ayat seterusnya yakni ayat 72 yang bermaksud, "Maka Kami selamatkan Hud bersama orang-orang yang beriman kepadanya dengan rahmat kurniaan Kami. Dan Kami tumpaskan mereka yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang tidak beriman kepada Kami."…Dari ayat ini, maka amat jelas sekali kepada kita pada hari ini, yakni kita mesti jadi orang yang beriman supaya ALLAH SWT menyelamatkan kita daripada azab Dia. Nak tau ada iman ka tidak dalam hati kita ialah bila kita nampak satu-satu kemungkaran di depan mata. Kalau kita tak larang bermakna kita redha dengan perbuatan maksiat itu, maka masa tu tidak ada iman dalam hati kita. Orang yang sentiasa ada iman dalam hatinya, dia tidak akan redha dengan segala jenis maksiat yang berlaku depan mata dia. Contohnya; dalam satu annual dinner di tempat kerja saya tahun lalu, ada seorang sahabat yang dia ni adalah AJK surau dan pada masa yang sama, dia juga adalah seorang daripada finalist contestant dalam pertandingan karaoke. Yang ni yang saya pening ni. Sahabat sendiri buat kerja lagu ni. Kalau kita orang yang nak kepada surau/ masjid/ agama; janganlah buat kerja maksiat kepada ALLAH. Niiie dak! Nampak saja image macam seorang pejuang Islam, tapi bila mai saja dinner, dia pula yang terketaq-ketaq lebih daripada orang lain. Ni apa cerita?…Kita sebagai orang mukmin, sepatutnya janganlah redha dengan benda-benda maksiat, malah kita kena zahirkan kemarahan kita kepada benda maksiat.

Begitulah juga menurut ustaz Jailani apa yang berlaku kepada seorang yang telah hafal 3 juzuk daripada al-Quran tapi boleh terlibat dengan kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang budak perempuan Indon. Pasai apa jadi lagu tu?…Sebab dia duduk satu rumah dengan geng-geng perogol ni, yang terdiri daripada kalangan mamak. Dalam kes tu, ada 8 orang disyaki merogol budak perempuan Indon tu. 6 daripada mereka adalah mamak dan 2 adalah Melayu. Mula-mula geng mamak kenduri dulu, yang Melayu 2 orang ni tengok saja. Depa 2 orang ni adalah penghafal Quran, yakni dah 3 juzuk. Tuan-tuan tau ka dalam 3 juzuk itu ada berapa helai mukasurat?…1 juzuk dok ada 9 helai m/surat, jadi 3 juzuk dok ada dalam 27 helai m/surat. 27 helai m/surat tu dah kira banyak dah tu tuan-tuan. Walaupun Quran sudah ada dalam hati mereka, tapi bila mereka tidak berani menghalang benda maksiat di depan mata mereka itu, akhirnya mamak tadi menjadi syaitan mengajak budak-budak tahfiz itu merogol sama. Kejadian ini sudah pun benar-benar berlaku tuan-tuan. Sebab itu, kita kata bahwa iman ini adalah apabila kita nampak maksiat, maka kita tak akan redha dengan maksiat tu. Tapi kalau jenis orang yang redha kepada maksiat, maka dia akan turut sama dihancurkan oleh ALLAH SWT; sebagaimana yang berlaku kepada kaum `Ad. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH SWT sahaja yang tidak akan menerima azab atau bala bencana daripada ALLAH SWT.

Sebab itu, benda yang kita sebut sebagai spiritual atau kerohanian ini adalah benda yang sukar untuk manusia hayati. Pasai apa kita kata sukar?…Sebab, semua manusia yang masih hidup di atas dunia ini, masih belum lagi pernah tengok apa itu yang dikatakan syurga ALLAH, maupun neraka ALLAH ataupun malaikat maut. Jadi, untuk kita yakinkan kat orang tentang berita-berita seperti ini memanglah sukar. Kecualilah kepada mereka-mereka yang hati mereka terbuka menerima hidayah ALLAH, maka mereka ini cukup senang untuk memahami situasi alam ghaib. Sebab itu, kita patut sangatlah selalu bersyukur kepada ALLAH sebab dengan benda yang payah sebegini pun, yakni dengan syurga/ neraka/ malaikat maut pun kita tak pernah tengok, hatta ALLAH SWT sendiri pun kita tak pernah tengok, tapi kita boleh yakin kepada agama ALLAH SWT. Maka memang patutlah kita bersyukur kepada ALLAH SWT diatas hidayah yang diberikan ALLAH TA`ALA kepada kita.

 

Sambungan kitab Qanun Jinayah Syar `iyah.

Perkara 20 : Perzinaan Perempuan Yang Hamil atau Nifas.

2)(ii) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali karamallahu wajhah, bahwa beliau berkata dalam ucapannya, "Maka sesungguhnya hamba perempuan kepada Nabi s.a.w. telah berzina. Maka Nabi s.a.w. telah memerintahkan kepada aku untuk menyebat perempuan ini. Manakala ketika itu aku mendapati perempuan itu masih dalam keadaan nifas. Maka aku takut jikalau aku menyebatnya, akan membunuh perempuan itu. Maka aku menyampaikan rasa khuatir aku itu kepada Nabi s.a.w.. Maka Nabi s.a.w. bersabda : Betul pendapat kamu itu wahai Ali." ( HR Muslim/ Abu Dawood )

[ Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Dawood ini menceritakan kepada kita macamana seorang hamba perempuan kepada Nabi s.a.w. telah berzina. Maka Nabi s.a.w. pun menyuruh Saiyyidina Ali k.w. menjalankan hukum sebat ke atas hamba perempuannya itu. Tetapi bila Saiyyidina Ali k.w. nak sebat budak perempuan itu tadi, tiba-tiba dia tengok budak perempuan ni masih dalam nifas, yakni masih dalam pantang. Lalu Saiyyidina Ali k.w. pun rasa khuatir perempuan itu akan mati akibat dari sebatannya nanti. Sebab kebiasaannya, orang perempuan yang dalam nifas yakni lepas bersalin yang darah nifas masih ada lagi, mereka masih lagi dalam keadaan lemah. Tidur pun pakai stokin, makan ubat pun kena macam-macam seperti nyonya roguy dan sebagainya, untuk menjaga tubuh yang lemah selepas bersalin. Maka Saiyyidina Ali k.w. pun lagu tu juga, bila dia tengok perempuan tu masih dalam keadaan lemah fizikalnya, maka Saiyyidina Ali pun takut kalau dia teruskan juga melaksanakan hukuman sebat akan menyebabkan perempuan itu mati. Lalu Saiyyidina Ali pun memberitahu kepada Nabi s.a.w. hasratnya untuk menangguhkan hukuman tadi. Maka Nabi s.a.w. pun bersetuju dengan pendapat daripada Saiyyidina Ali k.w. itu, lalu bersabda, "Benar pendapat engkau itu wahai Ali."

Inilah dia keadilan Islam. Dalam undang-undang Islam, ingat senang-senang ka nak pi sebat orang. Sebab dia ada caranya, peraturannya dan procedurenya. Jadi, kita nak kecam lagi ka undang-undang macam ni?…Kalau nak sebat penjinayah lelaki, kita tak boleh bogelkan dia sewenang-wenangnya. Tapi dalam undang-undang sekular hari ini, penjinayah yang hendak disebat pasti dibogelkan dulu. Manakala Islam mengatakan bahwa haram dibogelkan walaupun dia seorang penjinayah. Tapi undang-undang sekular hari ini, penjinayah dibogelkan sebab mereka dianggap seperti binatang. Sedangkan Islam tidak menganggap penjinayah macam tu walaupun dia penjinayah, tapi hendaklah dia dihukum dengan penuh peradaban tamadun manusia. Sebab itu, bila kita kaji balik undang-undang Islam, kita boleh lihat akan keindahan undang-undang Islam itu sendiri. ]

3) Penangguhan hukuman hudud ataupun rejam ke atas penzina-penzina yang hamil sehingga dia melahirkan anak, dan perempuan yang nifas sehingga kering darah nifasnya, adalah untuk menjaga anak yang dalam kandungan dan diri perempuan itu sendiri supaya kedua-duanya tidak binasa dengan sebab rejaman dimasa hamil dan kesakitan beranak dan juga kesakitan nifas. ( Kitabul Fiqhi `alal Mazhahil Arba`ah Juzuk 5 m/surat 63.)

[ Dipetik daripada kitab Fekah berdasarkan kepada mazhab yang 4 jld 5 m/s 63. Yang dikatakan penangguhan ini ialah untuk menjaga orang yang terbabit. Seperti yang dibincangkan tadi, kalau seorang perempuan yang dihukum itu dalam keadaan nifas, maka kena tangguh sehingga kering darah nifasnya. Kemudian kalau perempuan yang dihukum itu pula seorang yang melahirkan anak, maka kena tangguh sampai anak yang dilahirkannya itu bercerai susu dan ada pengganti pengasuh. Inilah yang dikatakan ketelitian Islam dalam masalah mengenakan hukuman kepada orang-orang yang bersalah. Tidak sebagaimana kita pada hari ini, yang bila nak hukum orang, main hukum lagu tu saja dengan tanpa buat kajian dan penyelidikan terlebih dahulu.

Sebelum kita nak buat sesuatu, kita kena kaji dulu, betoi tak?…Begitu juga Islam yang kita anuti ini; takkan start mengaji dari umur 7 tahun hinggalah sampai umur pencen pun, hanya tahu setakat yang basic sahaja. Mentang-mentanglah kita dilahirkan Islam, lalu kita anggap secara automatik tahu semua tentang Islam, tak payah nak belajaq dah. Bila kita buat silap, orang tegur sikit, kita jadi melenting, "Aku anak tok guru, jangan dok pandai-pandai ajak aku."…Ewah! ewah! Ewah! Mentang-mentanglah hang anak tok guru, orang lain tak boleh tegur ka?…Tok guru tu, bapa hang. Bukannya hang. Inilah diantara fenomena yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, yakni bapa dia yang bergelar "tok guru", tapi dia pula yang perasan lebih. Perangai macam ni yang kita tak mau ni. Kadang-kadang tok guru pun ada yang sesat. Kita tak hairan sebab pernah diceritakan dalam al-Quran yang wali ALLAH pun ada yang sesat. Sebahagian ulama` mengatakan bahwa wali ALLAH tersebut adalah seorang ulama` di zaman Nabi Musa a.s.. Bayangkan tuan-tuan, seorang wali ALLAH pun boleh sesat, inikan pula kita yang malas sangat nak pi mengaji ni (wa nauzubillahi min zalik).

Sebab itu, sebelum kita buat satu benda, kajian mesti dibuat dulu, yakni jangan buat secara sembarangan. Contohnya, baru-baru ni kan ada sahabat-sahabat kita dalam hizbi berbahas tentang kartun Pokemon. Dalam kartun Pokemon itu kan ada banyak watak, dan diantara yang paling popular ialah watak "Pikachu". Ada orang kata ‘Pikachu’ tu anak babi dan ada yang kata dia tu tikus. Jadi, kita pun tak tau yang mana satu betul. Cumanya apa yang kita nak bagitau ialah kalau dia tu betoi-betoi tikus, faddal, tak dak masalah. Anak kita nak tengok kartun Pokemon ka, nak beli t-shirt Pokemon ka, nak tidur dengan patung Pokemon ka; silakan tak dak masalah kalau kita rasa dia tu tikus. Tapi kalau kita kaji-kaji, kita dapati dia tu babi, maka yang ni kita mau ushar kuat. Sebab salah satu pandangan yang kata Pikachu ni babi ialah kerana ianya adalah hasil daripada pergerakan Persatuan Penternak Babi Amerika yang cuba untuk melunakkan hati manusia supaya boleh menerima babi ini sebagai "pet" yakni binatang pemeliharaan yang dimanjakan. Seperti masyarakat kita yang menerima dan memelihara kucing sebagai "pet". Boleh cium dan tidur dengan kucing. Orang cina pula boleh menerima anjing sebagai "pet" . Tetapi sehingga ke hari ini maupun Islam ataupun bukan Islam, masih belum boleh terima babi sebagai binatang pemelihara untuk tidur sekali di atas katil. Tapi mustahil tak satu hari nanti rancangan Persatuan penternak babi itu akan berjaya?…Tak mustahil tuan-tuan walaupun ada kawan-kawan kita kata bahwa takkan kita tak tau nak bezakan antara babi dengan binatang pemeliharaan yang lain. Tapi yang nak bagitau ni bukannya masalah tau atau tak tau nak bezakan binatang itu babi atau tidak. Tapi ia adalah masalah asuhan kita kepada anak-anak kita. Sebagai contoh, sekarang kalau kita pi mana-mana pasaraya dan beratur nak bayar di kaunter cashier, tiba-tiba cina depan kita mai letak botol-botol arak yang dibelinya itu di atas meja cashier. Kita yang beriman ni rasa lagu mana tuan-tuan bila tengok wap-wap air yang meleleh turun dari botol/tin arak itu?…Kita rasa jijik, betoi tak tuan-tuan?…Kita nak letakkan barang kita atas meja cashier pun kita rasa macam mau tak mau saja walaupun air yang meleleh turun daripada botol arak itu bukanlah air arak pun, tapi ia adalah wap air daripada peti ais. Tapi pasai apa kita jadi lagu tu?…Sebab kita sebagai orang mukmin, yang menerima arak itu adalah benda yang diharamkan oleh ALLAH SWT; sebab itu kita rasa jijik. Tapi pada masa yang sama, ada juga golongan orang Melayu yang nama saja bunyi macam orang Islam, tapi boleh selamba saja beli/minum arak tanpa segan silu. Walaupun kita rasa arak ni jijik macam air kencing, tapi golongan ni depa tak rasa apa-apa. Malah di rumah mereka ada mini bar pula sebab inilah trend orang-orang kaya la ni.

Okay, sekarang kita dah tahu ada orang Islam yang jijik dengan arak dan ada pula orang Islam yang menjadikan arak sebagai minumannya. Macam itulah juga dengan "babi". Kalau anak-anak kita dibiasakan tidur tiap-tiap malam dengan patung babi/t-shirt babi; janganlah pula kita salahkan anak kita nanti bila satu hari anak kita marah kat kita, "Pasai apa ayah jijik sangat dekat babi?"…Inilah yang kita kena faham. Yakni sebagaimana arak, ada orang jijik dan ada orang tak jijik. Jadi, bila ada orang Islam yang tak boleh terima arak itu sebagai najis, maka serupalah dengan babi ni kalau kita membiarkan keadaan sebegini berterusan.

Akhirnya, ustaz Jailani mengulangi bahwa dalam masalah Pokemon, kalau kita rasa benda tu tikus, takpa.Tapi kalau kita kaji-kaji, tengok-tengok benda tu babi, maka tolong ambik tindakan yang tegas supaya kita tidak tersilap dalam menjaga anak-anak kita. Sebab itu dalam Islam, kita kena kaji/tengok/renung semua perkara yang berlaku di sekeliling kita. ]

4) Penzina-penzina yang dalam masa menyusukan anak, hendaklah juga ditangguhkan hukuman hudud ataupun direjam ke atasnya sehingga anak itu berhenti daripada masa menyusu supaya tidak menyakitkan kepada anaknya itu.

[ Kalau si emak itu berzina, dan dia mempunyai anak yang masih menyusu, maka kita kena tunggu sampai anaknya itu bercerai susu daripada ibunya dan juga sehingga anak tadi ada pengasuh untuk menjaganya, barulah boleh dijatuhkan hukuman hudud kepada si ibu tadi. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan