Bah I - Bab 2 - Fasal 1 - Perkara 24 - 25

Qanun Jinayah Syar`iyah

Muqaddimah

Di dalam Surah al-An`aam : 66-70, firman ALLAH SWT yang bermaksud,

"Dan kaum mu telah mendustakan al-Quran, padahal itulah yang haq. Katakanlah : Aku tidak dapat menjamin kamu." (66)

"Setiap berita akan ada bukti kenyataannya dan kamu pasti akan mengetahui." (67)

"Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka berpalinglah daripada mereka, sehingga mereka membicarakan yang lain. Dan bila syaitan melupakan kamu, maka jangan duduk bersama-sama dengan orang-orang yang zalim sesudah kamu ingat." (68)

"Dan orang yang bertaqwa, sedikit pun tidak memikul tanggung-jawab memperhitungkan orang-orang yang memperolok-olokkan itu. Akan tetapi berkewajipan mengingatkan agar mereka bertaqwa." (69)

"Dan tinggalkanlah golongan yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan olok-olokkan, dan mereka tertipu oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah dengan al-Quran supaya seseorang tidak terjerumus kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung atau pembela selain daripada ALLAH, jika dia ingin menebus diri dengan segala apa pun, tidak akan diterima. Mereka yang terjerumus oleh perbuatan sendiri akan mendapat minuman dari air yang mendidih dan seksaan yang pedih kerana kekafiran mereka." (70)

[ Saudara saudari muslimin muslimat yang dikasihi dan dihormati sekelian. Ayat yang terpapang di atas adalah daripada Suratul An`aam: 66-70, yang merupakan satu peringatan daripada ALLAH SWT kepada kita semua tentang sikap sebahagian manusia yang menolak hidayah daripada ALLAH SWT. Iaitulah bilamana datangnya peringatan daripada ALLAH, maka mereka mempermain-mainkan bukti-bukti yang didatangkan oleh ALLAH SWT. Lalu ALLAH pun memperingatkan kita supaya kita jangan bersama-sama bersekongkol dengan golongan yang zolim yakni golongan yang menentang ALLAH SWT ini. Ini bermakna, ALLAH memperingatkan kepada kita supaya kita menolak golongan yang menjadikan agama sebagai bahan senda gurau kerana merekalah golongan yang tertipu dengan kehidupan duniawi. Oleh kerana itu, berdasarkan kepada ayat ini, maka kita membawa suatu perhatian yaknilah tentang azab daripada ALLAH SWT, yang diceritakan pada akhir ayat 70 tadi.

Bilamana kita sebut saja tentang azab daripada ALLAH SWT, ramai dikalangan manusia memandang ringan tentang azab daripada ALLAH. Mereka langsung tidak merasa gentar dengan amaran kekerasan azab dan amaran kemusnahan daripada ALLAH SWT. Ini adalah sebab mereka tidak pernah melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan segala yang dijanjikan oleh ALLAH SWT itu benar-benar berlaku. Umpamanya, seperti neraka ALLAH. Memang tiada sesiapa pun dikalangan kita yang pernah melihat neraka, dan sebab inilah maka ramai dikalangan manusia yang merasa tidak takut kepada neraka ALLAH walaupun berulang-ulang kali diperingatkan dalam bentuk amaran. Begitu juga dengan azab kubur, yang memang tiada siapa pun dari kalangan kita yang melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri. Tetapi apa yang kita tahu tentang neraka dan azab kubur hanyalah daripada kupasan hadith-hadtih Nabi s.a.w. yang dibuat oleh para ulama`.

Sekarang cuba kita lihat pula bagaimana reaksi manusia apabila ALLAH SWT meletakkan di hadapan mereka segala bala bencana di atas dunia dalam bentuk peperangan/penyembelihan dikalangan manusia, dalam bentuk gempabumi dan sebagainya; maka manusia yang ada pada hari ini sering menganggap bahwa ini adalah hanya bencana alam, yang tidak ada kaitan dengan ALLAH SWT. Contohnya; cuba kita tengok apa manusia kata tentang meletusnya peperangan di rantau Balkan. Ada manusia yang menganggap bahwa peperangan itu hanyalah perang saudara di dalam wilayah Yugoslavia. Dengan mereka tidak nampak bahwa sebenarnya itu adalah satu azab daripada ALLAH SWT ke atas kaum yang meninggalkan ajaran Islam daripada diri mereka. Sebelum berlakunya sebagaimana yang disebut sebagai "ethnic cleansing" itu, umat-umat Islam di Balkan sentiasa berada dalam keadaan berpoya-poya dan lupa kepada ALLAH SWT. Sebab apa mereka jadi begini?...Ini adalah kerana gambaran tentang neraka dan azab kubur sudah tidak ada dalam jiwa mereka. Manakala segala azab yang berlaku di atas dunia ini, mereka hanya menganggapnya sebagai fenomena biasa yang tidak ada kaitan dengan kekuasaan daripada ALLAH SWT.

Point sebenar yang ustaz Jailani nak bagitau pada kali ini ialah berkenaan golongan yang disebut oleh ALLAH SWT, yang mana mereka ini menjadikan agama semata-mata sebagai permainan dan olok-olokkan sahaja. Golongan sebegini sebenarnya telah tertipu oleh kehidupan dunia mereka sendiri. Mereka inilah golongan yang mengejar keduniaan sehingga mengabaikan agama. Harta kekayaan ialah agenda utama mereka. Mereka sanggup melanggar hukum hakam yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, semata-mata hanya kerana mengejar harta, pangkat dan kedudukan. Sehinggakan mereka sanggup menjadikan agama ini sebagai bahan ejekkan sesama mereka. Inilah yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini.

Masyarakat kita pada hari ini, walaupun mereka masih mengaku beragama Islam, tetapi samada mereka sedar ataupun tidak, sebenarnya mereka sedang mempertikaikan agama mereka sendiri. Seolah-olah mereka ingin meniru sikap yang pernah dibuat oleh kaum yahudi/nasara. Pasai apa kita kata lagu tu?...Sebab, cuba kita tengok reaksi orang-orang yahudi bila ALLAH SWT beri kat depa satu syariat dengan diutusNya sekali Nabi Musa a.s. bersama-sama dengan kitab Taurat kat depa. Walaupun depa terima kitab Taurat itu, tetapi depa dengan sesuka hati meminda isi kandungannya. Nabi Musa a.s. ni bukan mereka tak terima, mereka terima kedatangannya, tapi dalam masa yang sama, mereka mengkhianati ajaran yang dibawa olehnya. Mereka bukan tak beriman kepada ALLAH SWT, mereka beriman, tapi dalam masa yang sama, mereka mengaku pula bahwa Uzair adalah anak ALLAH SWT.Tak ke pening kita dibuatnya?...Inilah dia sikap orang-orang yahudi, yang mempermainkan agama ALLAH SWT.

Begitulah juga dengan puak-puak kristian. Bagaimana mereka menerima syariat nasrani daripada ALLAH SWT dengan didatangkan kepada mereka Nabi Isa a.s. bersama-sama dengan kitab Injil. Tetapi kitab Injil inilah yang mereka pinda pada hari ini sehinggakan kita tidak tahu dah yang mana satukah Kalamullah dan yang mana satukah daripada tulisan-tulisan daripada paderi-paderi kristian?...Mereka mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Isa a.s., padahal amalan-amalan yang mereka lakukan itu tidak pernah pun dibawa oleh Nabi Isa a.s.. Mereka juga percaya kepada ALLAH, tapi pada masa yang sama, mereka juga mengatakan bahwa Nabi Isa adalah anak ALLAH dan Mariam adalah tuhan ibu.

Inilah contoh-contoh, bagaimana sikap orang-orang yahudi/kristian terhadap ajaran-ajaran mereka. Mereka menerima ketuhanan ALLAH SWT, tetapi mereka juga mempermain-mainkan ajaran mereka. Dan kita dapati orang-orang Islam pada hari ini, pun mulai mengikut jejak langkah kaum yahudi/nasara. Sehinggakan ada dikalangan orang-orang Islam pada hari ini, melakukan perbuatan yang tidak pernah pun diajar oleh ALLAH SWT. Sepertimana yang paling ketara sekali pada hari ini ialah bagaimana mereka mengatakan bahwa siasah (berpolitik cara Islam) tidak boleh dibawa masuk dalam masjid. Lalu ustaz Jailani pun membawa satu contoh, yang mana kalau kita tengok contoh tersebut, maka kita perlu ada rasa malu kepada orang-orang barat sebab daripada contoh yang kita sebut nanti, kita akan dapati bahwa sikap orang-orang barat ada ketikanya mereka tidak menyempitkan sesuatu perkara.

Contoh yang dibawa oleh ustaz Jailani ialah sebuah ruangan dalam majalah "The Economist" keluaran 4 May 2001. Kalau kitalah, bila kita tengok saja kulit majalah macam ni tanpa baca apa yang ada dalamnya, sudah tentu kita anggap isi-ceritanya mesti hal-hal ekonomi sahaja; betoi tak tuan-tuan?...Tapi bila kita selak tengok majalah "The Economist" ini, kita akan dapati bahwa cerita-ceritanya kebanyakannya (lebih daripada 50%) adalah berkaitan dengan permasalahan politik di seluruh dunia. Kenapa ya tuan-tuan jadi lagu tu?...Majalah nama "The Economist" tapi isi kandungannya cerita tentang isu-isu politik, takke confuse kita dibuatnya?...Tapi sebenarnya apabila dibicarakan soal ekonomi, soal kewangan dan sebagainya; antara faktor yang cukup penting yang perlu diketahui ialah isu politik di sesebuah negara. Contohnya, kalaulah kita nak melabur wang kita di sesebuah negara, sudah tentu kita nak tahu kedudukan politik negara tersebut. Sebelum kita invest wang kita ke negara tersebut, kita mesti tahu corak pemerintahan negara itu macamana; adil ataupun zolim?...Kita mesti tahu akan keadaan-keadaan sebegini. Maka inilah satu contoh macamana satu majalah yang dikeluarkan oleh orang-orang barat yang dinamakan sebagai "The Economist", memaparkan isu-isu politik, supaya orang-orang yang ingin melabur dan sebagainya, yakni yang berminat tentang soal-soal ekonomi, boleh mempertimbangkan setelah mengkaji tentang isu-isu politik dalam sesebuah negara itu....Ini dia orang barat, tuan-tuan. Yang kita difahamkan bahwa merekalah yang telah memisahkan antara agama dengan dunia, maka lahirnya ajaran sekular. Jadi, cerita berkenaan sekular ni ialah cerita yang datang daripada ajaran kristian, bukannya berasal daripada Islam. Sejarahnya ialah semasa mereka (orang-orang barat) sangat marah kepada institusi paderi yang begitu powerful ketika itu sehinggakan menguasai segala-galanya menyebabkan sebahagian daripada penganut ajaran kristian memberontak di atas pemerintahan gereja. Lalu timbullah apa yang disebut sebagai "secularism" untuk memisahkan antara agama dengan dunia. Sebagaimana yang ditulis sendiri oleh mereka dalam Bible, "Give to the god, what should be given to the god. And give to the caesar, what should be given to the caesar."...Inilah dia sekular, yakni asalnya daripada kristian. Tapi apa yang kita dapati pada hari ini, soal sekularism ini sudah pun meresap masuk dalam masyarakat kita yang beragama Islam.

Tetapi apa yang nak diceritakan disini ialah apa yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang sebenarnya adalah percikkan daripada apa yang berlaku di negara-negara yang lain. Iaitulah perkara yang sama yakni golongan sekular menentang golongan pendokong-pendokong agama ALLAH SWT. Cuba kita lihat pada mukasurat 50 dalam majalah "The Economist" tadi, yang mana diceritakan kepada kita tentang apa yang sedang berlaku di Turki. Di Turki pada hari ini, penjara-penjara di negara itu sedang dipenuhi oleh orang-orang Islam yang commited dengan agama yakni pejuang-pejuang agama ALLAH TA`ALA. Cerita-cerita seperti ini tidak akan kita jumpa dalam majalah-majalah dan akhbar-akhbar dalam negara kita kerana kita sendiri pun tahu, iaitu di atas sebab-sebab yang sedia maklum. Tapi ia hanya boleh jumpa dalam majalah-majalah yang bertaraf antarabangsa seperti ini. Okay, apa yang diceritanya ialah di penjara Turki pada hari ini, apa yang berlaku ialah tahanan-tahanan telah ditindas dari segi layanan dengan tidak diberikan makanan yang sesuai. Jadi, bila layanan buruk diterima, maka tahanan-tahanan yang terdiri daripada pejuang-pejuang agama ALLAH SWT itu pun bersepakat melancarkan mogok lapar dalam penjara. Keadaan sebegini akhirnya ada yang membawa kepada kematian. Ramai tahanan di Turki pada hari ini yang meninggal dunia akibat daripada kezoliman demi kezoliman daripada pihak berkuasa Turki. Kemudian muncul seorang pejuang yang bernama Risit Saari berkata, "Every death bring us closer to victory."...Maksudnya bahwa setiap kematian yang berlaku kepada pendokong-pendokong agama ALLAH di Turki, akan membawa mereka lebih hampir kepada kejayaan. Sebab walaupun begitu banyak pejuang-pejuang agama ALLAH TA`ALA yang mati dalam tahanan, tetapi semakin ramai yang bersemangat untuk bangun menyertai perjuangan mereka.

Sebagaimana yang berlaku di Turki, begitulah juga sedang berlaku di negara kita pada hari ini. Masa dahulu kita dapati ramai orang takut nak aktif, disebabkan takut kena tukar dan sebagainya. Tapi pada hari ini, puak-puak sekular menjadi kelam kabut bila mereka dapati pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang aktif dalam agama ke tempat-tempat lain, membawa rahmat yang tak disangka-sangka. Ini disebabkan dakwah mula berkembang di tempat-tempat yang mereka itu ditukarkan. Inilah yang dikatakan hebatnya agama ALLAH SWT. Walaupun ada pihak-pihak tertentu tidak senang kepada perkembangan ini, tetapi kita dapati apabila ALLAH SWT mahukan agamaNya menang, maka diperkembangkan agamaNya dengan lebih meluas. Dan inilah juga yang berlaku di Turki pada hari ini apabila pejuang-pejuang agama ALLAH menghadapi penindasan daripada pemerintah Turki. Oleh sebab inilah, kita jangan merasa kita seolah-olah bersendirian sebab kita dapati bagaimana sahabat-sahabat kita di negara-negara yang lain juga sedang hebat menghadapi penentangan daripada golongan sekular. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah kita teruskan perjuangan sehinggalah pada suatu hari nanti masyarakat boleh menerima konsep yang dibawa oleh Islam. Segala isu apa saja termasuklah yang sensitif-sensitif pun kita boleh berbincang dengan fikiran yang terbuka. Dan pada hari ini pun, kita sudah mendapati bahwa Alhamdulillah, yang mana kebanyakan dalam masyarakat kita pada hari ini sudah pun mulai boleh menerima isu-isu yang berlaku dalam negara kita dengan lebih terbuka.

Berbalik kita kepada ayat 68 tadi, yang menunjukkan kepada kita bahwa ini adalah satu perintah daripada ALLAH SWT supaya kita tidak bersekongkol dengan orang-orang yang zolim. Tapi pada hari ini, orang-orang yang dikatakan zolim terlalu ramai jumlahnya. Zolim disini, bukan kita tunggu dia katok kepala orang baru kita nak kata dia zolim; bukan lagu tu. Zolim dalam ertikata sebenar ialah meletak satu benda yang tak kena pada tempatnya. Jadi, orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat ALLAH adalah termasuk dalam katogeri orang-orang yang zolim. Sebab itulah ALLAH SWT memerintah kita supaya berpaling daripada mereka bila kita bersemuka dengan golongan ini. Jangan kita bagi kerjasama kepada puak-puak yang zolim. Ini merupakan satu direct order daripada ALLAH SWT, tapi apa yang kita dapati dalam masyarakat kita pada hari ini, ada yang suka "menghulurkan tangan" kepada orang-orang yang zolim. Sehinggakan ada yang nak tolong pula puak yang zolim ni. Contohnya, cuba kita lihat isu muzakarah amanat Tuan Guru Hj Hadi. Sebenarnya isu ni dah lama dah. Lebih daripada 20 tahun dah pun. Dan semua kita pun tahu bahwa amanat TG itu telah menjadi isu politik daripada dulu hinggalah sekarang. Tiba-tiba ada seorang ulama` yang mengetuai suatu institusi agama dalam negara kita, mengambil pendekatan untuk bermuzakarah dengan TG tentang isu ini. Akhirnya sepertimana yang kita ketahui, ulama` itu telah menarik balik kesediaannya untuk bermuzakarah di atas alasan kerana isu itu telah dipolitikkan...Inilah dia contoh salah seorang ulama` yang kita kesal dengan sikapnya. Dia tahu kah apa yang dia cakap tu?...Ataupun ada "tangan ghaib" disebalik kenyataan penarikan itu?...Sebab apa kita kata lagu tu, ialah sebab semua orang dah tahu bahwa sejak dari dulu lagi (sejak 20 tahun yang lalu) sememangnya isu itu adalah isu politik. Tapi pasai apa dengan tiba-tiba, ulama` tu nak bagi tau kat kita bahwa isu itu telah dipolitikkan?...Awat sebelum ni hang tak tau ka isu tu isu politik?...Inilah dia contoh perangai puak-puak yang tak reti nak berdebat, tapi ada hati nak tunjuk hero juga. Bukan kita tak kenai dengan perangai puak-puak "mamat koko" ni?...Sejak dari dulu lagi memang depa lagu ni. Mula-mula dulu masa ajak berdebat, depa gunakan raja-raja untuk cancel buang. Kemudian yang baru-baru ni pun ajak juga bermuzakarah atas isu perpaduan, pun serupa lagu tu juga. Macam-macam alasan yang depa bagi. Yang ni semua bukan pasai apa, sebenarnya depa bukan reti nak berdebat-debat semua ni. Tapi main dengan nak tunjuk champion, depa terpaksalah juga bersuara. Kemudian bila kita ajak sungguh-sungguh, mulalah cari berbagai-bagai alasan...Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah kita tak mau dah tengok adanya ulama` seperti ini lagi. Apa yang kita nak tengok sekarang dalam negara kita ini ialah adanya ulama` yang jujur dan ikhlas kepada ALLAH SWT, yang takdak kepentingan keduniaan apa pun. Maka ulama` sebegini, bila dia bercakap, maka dia akan bercakap semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH SWT.

Dalam isu yang sama, bila kita kata, "Kalaulah amanat TG itu perlu ditarik balik, maka Mastika Hadith yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri itu juga perlu ditarik balik."...Lalu jawab "mamat koko", "Mastika Hadith ni lain Sheikh. Sebab Mastika Hadith ini hanya menerangkan ciri-ciri pembatas antara iman dan kuffur. Jadi, ia tak tuju kat sesiapa pun, tapi amanat TG, dia tuju kat orang."....Kemudian ustaz Jailani jawab balik kenyataan daripada "mamat koko" ni, kata ustaz, "Ya betul. Memang dalam Mastika Hadith, ia tak tuju kat orang. Maksudnya ia tak sebut secara specific akan nama orang itu. Ia hanya memberitahu macamana ciri-ciri seseorang itu boleh jadi kuffur dan macamana ciri-ciri seseorang yang beriman kepada ALLAH SWT. Tetapi apa yang perlu kita tahu tentang amanat TG, ia sebenarnya adalah merupakan satu dakwah. Yakni nak mengajak orang supaya takut kepada ALLAH SWT. Jadi, bila kita nak tegur seseorang, maka kita kena sebut secara specific akan nama orang itu. Serupalah juga macam dalam mahkamah bilamana mengendalikan kes murtad, kita terpaksa baca pertuduhan siap dengan nama dia dan masa bila yang dia melakukan benda yang boleh memurtadkannya. Inilah caranya bila kita nak tegur seseorang. Memanglah dalam kitab, ia tak sebut si polan bin si polan. Tapi apabila kita berdakwah, kita akan sebut secara specific kepada siapa yang kita nak tujukan kata-kata teguran supaya orang itu sedar akan kesilapan yang dibuatnya.".

Okay sekarang mari kita imbas kembali kata-kata yang menjadi kontroversi sangat tu, dan kemudian kita huraikannya secara ilmiah. Yakni bilamana TG kata, "Kita menentang Umno bukan sebab namanya Umno."...Maksud TG disini, bukan kata kita nak memusuhi setiap orang yang berdaftar sebagai ahli dalam pertubuhan Melayu Bersatu tu. Sebab hukum berparti ini, pada asalnya adalah harus. Jadi, kita nak masuk parti apa pun, boleh. Begitu jugalah dengan bersukan ataupun berhibur. Hukum asalnya juga adalah harus....Kemudian kata TG lagi, "Kita menentang BN, bukan sebab namanya BN. Tapi kita menentang mereka sebab mereka mengekalkan undang-undang penjajah."...Inilah sebenarnya maksud TG. Maknanya, kalaulah benda seperti ini dibuat oleh Pas sekali pun yakni dengan mengekalkan undang-undang penjajah, maka sudah tentu parti Pas pun kita tentang juga. Jadi, maknanya disini ialah kita nak masuk parti apa pun, boleh silakan. Tapi yang pentingnya ialah kita sama-sama kena jaga agama ALLAH SWT. Kalau kita nak masuk Umno, masuk pi lah, tapi agama ALLAH kena kita jaga. Nak masuk DAP, masuk pi lah, tapi agama ALLAH kena kita jaga. Nak masuk MCA, takdak masalah, masuk pi lah, tapi prioritinya agama ALLAH kena kita jaga. Masuk pi lah parti apa pun, tapi prioritinya agama ALLAH mesti kita jaga sebab sudah menjadi tanggungjawab kepada setiap individu Muslim untuk menjaga agamanya.

Jadi, bila kita lihat dalam ayat 68 tadi, yang mana ALLAH kata, "Apabila kamu melihat orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami ataupun orang yang mempersenda-sendakan ajaran daripada Kami, maka berpalinglah kamu daripada mereka."...Kalau kita relate ayat ini dalam masalah kepartian, seperti contohnya; katakanlah kita masuk satu pertubuhan, tiba-tiba kita lihat rupa-rupanya pertubuhan itu adalah satu pertubuhan yang menentang ALLAH SWT, maka wajib bagi kita untuk keluar daripada pertubuhan itu. Serupalah kalau satu hari kita jumpa dengan kawan lama kita, kemudian dia pun ajak pi rumah dia. Kita pun pi, tapi bila masuk rumah dia, kita dapati pakat semua dalam rumah tu dok berjudi; maka wajib bagi kita melarang mereka daripada berjudi. Tapi kalau kita tak mampu untuk melarang, maka kita kena keluar daripada rumah itu sebagai tanda protes daripada kita kerana mereka mencabar agama ALLAH SWT....Inilah maksud ayat diatas tadi.

Jadi, janganlah kita hairan bila kita dapati orang yang memberi teguran secara jujur kepada sahabat dalam satu agamanya, tiba-tiba dia dibenci. Sebab inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Awat tak bolehkah kita buat teguran dengan sebut direct nama seseorang?...Dalam mahkamah pun, disebut nama juga apa. Kita buat teguran dengan sebut namanya sekali sebab tujuan kita ialah nak perbetulkan sahabat kita tu. Salahkah kita buat lagu tu?...Sebab itu, kita kata bahwa kalaulah ucapan TG yang merupakan satu dakwah itu perlu ditarik balik, maka Mastika Hadith juga perlu ditarik balik sebab Mastika Hadith pun menyebut kepada kita macamana orang yang kuffur kepada ALLAH dan macamana orang yang beriman kepada ALLAH SWT.

Sebenarnya perkara iman dan kuffur ini perlu dijelas dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat. Sebab kita dapati ramai yang tak faham lagi tentang perkara iman dan kuffur ni. Masih ramai yang kata mereka beriman tapi dalam masa yang sama mereka juga kuffur kepada ALLAH SWT. Sepertimana firman ALLAH yang bermaksud, "Kebanyakan daripada manusia yang beriman kepada ALLAH adalah syirik kepada ALLAH TA`ALA."...Cuba kita lihat orang yahudi, mereka mengaku beriman kepada ALLAH tapi dalam masa yang sama, dengan terang-terang mereka mengsyirikkan ALLAH SWT. Begitu juga dengan orang kristian, mereka juga mengaku percaya dan beriman kepada ALLAH, tapi mereka syirik kepada ALLAH. Macam tu lah juga dengan orang hindu, kalaulah kita tanya dia, "Siapa tuhan kamu?"...Ada yang jawab, "Tuhan tu sebenarnya satu saja, iaitu ALLAH."...Kita tanya lagi, "Kalau you kata tuhan you ALLAH, tapi apa pasai you orang bikin itu patung-patung, kemudian you orang sembah pula?"...Dia jawab, "Yang kami sembah ni hanyalah jelmaan-jelmaan ALLAH."...Apabila kita tanya, "You sembah itu patung dewa gajah pasai tuhan sudah jadi gajah ka?"...Dia kata, "Ini semua cerita long-long time ago, mungkin juta-juta tahun yang lampau, masa itu tuhan mau bagi bantuan ke bumi tapi Dia tak boleh turun ke bumi dalam bentukNya yang original; maka sebab itu Dia turun dalam jelmaan seekor gajah. Jadi, sebab itulah kami sembah patung gajah tu."...Inilah dia kepercayaan ajaran hindu. Mereka sebenarnya percaya kepada ALLAH, tapi dalam masa yang sama, mereka syirik kepada ALLAH SWT. Ada orang Islam yang begitu juga, yakni nama saja Islam, tapi amalan seharian mereka begitu jelas mempersekutukan ALLAH SWT. Berapa ramai dikalangan orang Islam hari ini yang syirik undang-undang?...ALLAH SWT dah pun bagi undang-undangNya, syariatNya, sistemNya dan sebagainya; tapi ramai yang lebih sukakan sistem kehidupan ala-barat. Sehinggakan wujud 2 undang-undang di atas mukabumi ALLAH sekaran, iaitulah undang-undang ALLAH dan ada pula undang-undang ciptaan manusia.

Bila kita sebut saja undang-undang ciptaan manusia, maka banyaklah kelemahan-kelemahan yang timbul. Contoh yang dibawa oleh ustaz Jailani kali ini menunjukkan betapa lemahnya undang-undang ciptaan manusia, supaya nanti kita sedar sejauh mana kebijaksanaan kita kalau nak dibandingkan dengan ALLAH SWT. Cuba kita tengok perihal undang-undang keluarga Islam P.Pinang. Menurut ustaz Jailani, dia sebagai peguam syariah, ingin menceritakan pengalamannya ketika mengendalikan kes-kes yang membabitkan keluarga Islam. Katanya lagi kalaulah sesiapa ada masalah rumahtangga (yakni nak bercerai), mau faham baik-baik sebab ustaz nak bagi jalan macamana kita boleh lari dari bekas isteri. Okay, dalam kes penceraian, seperti biasa, bekas isteri akan minta nafkah anak daripada bekas suami sebab anak akan duduk dalam jagaan isteri. Katakanlah mahkamah perintah kepada suami supaya bayar sebulan RM500/- kepada bekas isteri sebagai nafkah untuk 2 orang anak. Jadi, macamana nak buat kalau kita tak mau bayar?...Ini bukan bermakna ustaz Jailani nak jadi jahat pada kali ini sebab nak ajar si suami lari daripada tak mau bayar nafkah, tetapi apa yang ustaz nak bagitau ialah kelemahan undang-undang enakmen keluarga Islam dimana-mana negeri di M`sia. Bukan saja di P.Pinang, malah di Kedah, Perak, T`ganu dan lain-lain negeri pun lagu tu juga. Ini ialah kerana akibat daripada pemerintahan yang tidak menerima undang-undang ALLAH TA`ALA....Okay, macamana nak buat kalau tak mau bayar?...Caranya mudah aje. Katakanlah sekarang si suami dan bekas isterinya duduk di P.Pinang, begitu juga dengan mahkamah yang perintah si suami bayar tadi itu pun duduk di P.Pinang juga; jadi kalau si suami itu tak mau bayar, macamana dia nak buat?...Senang saja, dia hanya lari pi duduk kat Perak atau Kedah, habih cerita...Pasai apa habih cerita??...Sebabnya, mahkamah di P.Pinang tadi tidak ada bidang kuasa nak paksa orang yang duduk di negeri lain untuk akur kepada perintahnya. Mungkin ada diantara kita yang kata bahwa kalau si suami tu tak mau bayar, apa tak bolehkah kita keluarkan waran tangkap sebagaimana lawyer-lawyer lain lakukan?...Sebagai contoh, mereka akan keluarkan satu surat yang menyatakan bahwa kalau si suami itu tidak bayar mengikut perintah mahkamah dalam masa 7 hari, mereka akan keluarkan waran tangkap kepada si suami...Tetapi menurut ustaz Jailani, sebenarnya surat lawyer yang mengatakan "kami akan keluarkan waran tangkap kepada kamu" itu hanyalah ugutan semata-mata. Hanya nak gempaq saja. Tapi sebenarnya, tak boleh buat apa pun. Inilah yang membuatkan ustaz Jailani rasa malu dan marah kepada pentadbiran agama Islam dalam negara kita pada hari ini. Bukan saja di P.Pinang, di Kedah pun serupa, di Perak pun serupa, malah di semua negeri pun serupa juga, sebab undang-undang syariah dalam negara kita diletakkan dalam senarai negeri. Kalau tuan-tuan tak percaya, tuan-tuan boleh dapatkan buku "Federal Constitution", kemudian tuan-tuan boleh belek kat belakang sekali dalam buku tu dan tuan-tuan akan dapati ada satu senarai negeri ataupun yang kita panggil sebagai "state list". Dalam "state list" itu nanti, kita akan diberitahu apakah bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada negeri. Antaranya ialah tanah dan juga undang-undang syariah. Dalam undang-undang syariah pula, hanya setakat 6x sebatan sahaja, tak boleh lebih. Kalau dibuat 7x sebatan, maka dia telah melanggar undang-undang perlembagaan negara. Kalau dipenjarakan seseorang itu sampai 10 tahun, ini juga melanggar undang-undang perlembagaan negara. Tetapi bila mai tang part nak balas dendam, ada yang sanggup nak cadangkan untuk buat pindaan kepada enakmen undang-undang Islam supaya boleh dikenakan denda sebanyak RM50K/- diatas kesalahan menyebar amanat TG. Inilah dia k`jaan negeri Melaka yang busuk perut. Perasaan dendam kesumat yang ada pada mereka pada hari ini sehinggakan sanggup nak pinda sendiri undang-undang yang mereka buat. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab mahkamah syariah dalam negara kita tak pernah pun bagi denda sampai RM10K/-, inikan pula sampai RM50K/-. Ini adalah kerana perlembagaan negara telah menghadkan bahwa denda maksima adalah RM5K/- sahaja. Sapa yang bagi undang-undang macam ni?...Perlembagaan negara kitalah yang menghadkan k`jaan negeri kalau nak denda seseorang, maka tak boleh lebih daripada RM5K/-.

Berbalik kita pada kes lari daripada bayar nafkah tadi; jadi, pada sapa-sapa yang terima surat mahkamah yang suruh bayar nafkah anak, mau lari cepat-cepat ke Kedah. Tak payah lari jauh-jauh, setakat Kulim atau Sg Petani pun kira okay dah tu. Polis takkan cari punya. Kalau Polis tu cari juga, maknanya Polis tu tak tau undang-undang...Kemudian ada sahabat tanya, "Ustaz, tak bolehkah hakim mahkamah syariah P.Pinang hantar waran tangkap tu kepada hakim mahkamah syariah di Kedah, kemudian hanya minta hakim di Kedah itu buat endorsement sahaja."...Tapi menurut ustaz Jailani, kalau mengikut undang-undang negara kita, endorsement seperti yang dicadangkan oleh sahabat kita itu pun tak boleh nak lakukan....Tak gila ka undang-undang macam ni tuan-tuan?...Tak kesian ka kat janda-janda yang diceraikan?...Inilah dia kelemahan pentadbiran agama Islam dalam negara kita pada hari ini. ALLAH SWT bagi Islam kepada kita untuk kita tadbirkan sebagai Khalifah, tapi tiba-tiba kita bagi pentadbiran itu kepada orang-orang yang tidak takut kepada ALLAH SWT ataupun kepada orang yang tidak benar-benar beriman kepada ALLAH SWT, menyebabkan haru biru pentadbiran agama kita sekarang ni. Tuan-tuan tau ka, sampai sekarang pun, mesyuarat yang dijalankan untuk menseragamkan undang-undang syariah antara satu negeri dengan satu negeri yang lain, masih lagi menemui jalan buntu...Apa jenis manusia depa ni?...Inilah akibat daripada golongan yang memerintah terdiri daripada golongan yang berkepentingan. Samalah juga dengan pengikhtirafan pernikahan di Siam. Ramai juga hakim yang tak setuju dengan pengiktirafan itu sebab banyak masalah (banyak penipuan) walaupun kita tak nafi ada yang sah. Tetapi kita dapati ada tekanan-tekanan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya daripada golongan bangsawan (seperti geng datuk-datuk dan sebagainya), mereka inilah yang bagi tekanan supaya diikhtiraf pernikahan di Siam tu. Inilah yang menyebabkan pentadbiran agama dalam negara kita pada hari ini dalam keadaan kucar kacir.

Sebab itulah, sepertimana yang selalu kita ingatkan; iaitu kalau nak pilih pemimpin, maka hendaklah cari orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. Begitulah juga kalau nak cari suami/isteri, maka carilah orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH SWT. Macam tu lah juga bilamana kita nak cari kawan, kumpulan atau jamaah; maka carilah orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada ALLAH, sebab golongan sebeginilah sahaja yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan juga di akhirat.


Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 24/25....

Perkara 24 : Bersetubuh dengan orang yang telah mati.

1) Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya, tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan; tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman ta`zir.

[ Ia tidak dinamakan zina sebab ia melibatkan satu kemaluan yang hidup dengan satu kemaluan yang mati. Zina hanya boleh di charge kalau berlaku pertembungan diantara dua kemaluan yang hidup sahaja. Oleh yang demikian, dalam kes di atas, hukum syara` mengatakan bahwa persetubuhan tadi tidak dinamakan sebagai zina. Maka ia tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Tetapi sebaliknya, hendaklah digantikan dengan hukuman ta`zir supaya memberi pengajaran kepada si penjinayah yang terbabit.

Jadi, kita harap tidak ada orang yang buat kerja lagu ni. Sebab ini adalah kerja orang yang tidak waras. Orang yang sanggup melakukan perbuatan macam ni adalah orang yang telah terasing sifat kemanusiaannya, sehingga dia boleh teransang apabila melihat mayat....Tak ke pelik orang macam ni?...Orang lain semua takut bila tengok mayat, tapi dia ni lain pula reaksinya bila melihat mayat, yakni dia teransang. Ini adalah disebabkan hatinya telah menjadi terlampau gelap akibat terlalu banyak dosa-dosa yang dilakukannya. Sebab itu, kita perlu menjauhi daripada melakukan dosa-dosa kepada ALLAH SWT supaya hati kita tidak digelapkanNya. ]

2) Perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya, tidak boleh juga dikira sebagai berzina; tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman ta`zir.

[ Begitulah juga bagi perempuan yang hidup kalau dia bersetubuh dengan mayat lelaki, ia juga tidak boleh dinamakan sebagai zina. Maka tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi sebaliknya hendaklah digantikan dengan hukuman ta`zir. Yang mana bentuk hukumannya terserah kepda pemerintah; samada nak dikenakan denda, atau penjara, atau sebat dan sebagainya. ]

3) Lelaki atau perempuan yang melakukan perbuatan yang disebutkan dalam perkara 24 ceraian (1) dan (2), wajib dikenakan hukuman ta`zir sahaja - tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

4) Melakukan persetubuhan dengan orang yang telah mati adalah dianggap sebagai tidak bersetubuh, disebabkan tubuh badan orang yang mati itu tidak boleh digunakan lagi dan perbuatan itu merupakan satu perbuatan yang tidak menaikkan nafsu dan syahwat keinginan.

[ Maksud ayat ini ialah pada kebiasaannya ataupun sepatutnya mayat memang tak boleh dah untuk menaikkan syahwah kita. Maka dengan itu, hukum syara` diambil dari segi kebiasaannya. Kalau kita tengok zakar orang yang telah mati, ia sudah tidak berfungsi lagi. Yakni dah tak boleh nak membesar, mengeras dan sebagainya sebab ia sudah mati. Begitu juga dengan faraj wanita yang telah mati, ia tidak lagi berfungsi. Oleh sebab itu, maka persetubuhan dengan kemaluan yang sudah mati dianggap sebagai bukan persetubuhan. Ini adalah ketetapan hukum syara`.

Walaupun perbuatan sebegini dihukum dengan hukuman ta`zir, tetapi ia tetap haram dan berdosa di sisi ALLAH SWT. Oleh sebab itu, kita sebagai suami/isteri hendaklah menjaga pasangan masing-masing; jangan sampai ada yang ke tahap mencari dan melepaskan syahwahnya di tempat yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Sebab itulah, kita digalakkan pesan memesan sesama kita supaya menjaga keharmonian keluarga seberapa daya yang boleh walaupun mungkin bertembung dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan sedikit keraguan, yakni perkara-perkara khilaf. Contohnya; sebagaimana ada seorang isteri yang tanya kat ustaz Jailani; apakah hukum mencantikkan gigi dengan kaedah merapatkannya?...Menurut isteri tu lagi bahwa dia nak lakukan semua ini kerana dia takut suaminya akan cari perempuan lain bila tengok dia tak lawa masa dia senyum sebab nampak gigi yang jarang. Lalu si isteri tu tanya kat ustaz Jailani; sekarang macamana?...Kata ustaz Jailani, "Dari segi hukum syara`, dalam masalah rapatkan gigi adalah ikhtilaf. Yakni ada ulama` yang kata boleh dan ada ulama` yang kata tak boleh. Begitulah juga dalam masalah menghilangkan bulu kaki dikalangan wanita. Yakni ada ulama` dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahwa kalau bulu di kaki wanita itu lebat, maka haram baginya mencukur atau membuangnya, sebab dikira sebagai kecantikan semulajadi, yakni tidak boleh mengubah ciptaan ALLAH TA`ALA. Tetapi ada ulama` yang lain (juga dalam mazhab Imam Syafie) pula berpendapat bahwa harus hukumnya bagi perempuan untuk menghilangkan bulu kakinya, supaya boleh membezakan antara kaki lelaki dengan kaki perempuan."...Takut-takut bila suami tengok nanti, hilang nafsunya pula, "Emph! Lebih kurang macam kaki aku aje."...Sepatutnya licin elok, tiba-tiba ada bulu kaki pula. Serupa dengan kaki orang lelaki. Tak ke kucar kacir rumahtangga kalau begini keadaannya?...Jadi, untuk menyelamatkan dari berlakunya keretakan rumahtangga, maka diharuskan bagi wanita untuk menghilangkan bulu kakinya supaya kelihatan sebagaimana kaki seorang perempuan...Macam tu lah juga dengan masalah rapatkan gigi. Yang mana sebenarnya benda ni adalah ikhtilaf, yakni benda furu`iyah sahaja. Jadi, ia bergantung kepada si isteri itu sendiri, samada dia nak pegang kata benda tu haram atau tidak, terpulang pada si isteri itu sendiri. Kalau dia rasa benda tu haram, maka tak payahlah rapatkan giginya. Tapi kalau dia rasa dengan kemudahan yang Islam bagi kat kita ini, yakni dengan berbagai-bagai pendapat ulama` tentang masalahnya itu; lalu difikirnya lebih baik dijaga rumahtangganya itu sebelum suaminya cari perempuan lain, maka lebih baik dirapatkan giginya itu. Inilah flexiblenya Islam dalam masalah furu`iyah.

Begitu juga dalam masalah color rambut. Ada yang tanya apa hukumnya kita colorkan rambut untuk menawan hati suami, sebab suaminya sukakan wanita berambut merah?...Samalah juga ia dengan masalah rapatkan gigi tadi, sebab ia adalah benda furu`iyah sahaja. Yakni ada ulama` yang kata haram dan ada juga ulama` yang berpendapat bahwa kalau untuk suami, maka ia diharuskan bagi wanita itu mewarnakan rambutnya. Tapi apa yang kita nak bagitau ialah ia adalah benda kecil (benda cabang sahaja), jadi tak payahlah sampai kita nak bergaduh mempertahankan pendapat masing-masing...Okay kalau betoi lah suami kita ni jenis suka tengok perempuan rambut perang, sampai bawa kereta pun nak accident bila tengok minah kilang rambut perang lalu, maka time tu tak salah kalau kita ambik pendapat yang paling mudah, iaitu mewarnakan rambut kita atas niat hanya untuk suami. Tapi kalau kita nak pegang pendapat yang "syaddid" yakni yang agak keras, seperti kata tak boleh colorkan rambut; silakan, takdak masalah...Sebenarnya dalam masalah suka rambut color-color ni, ia hanyalah satu trend sahaja. Biasalah manusia ni, dia memang tak pernah puas dengan apa yang ada kat dia. Cuba kita tengok "orang putih", terbalik pula citarasanya. Depa suka pula dengan orang Asia yang berambut hitam. Yang kita pula dok gila nak ikut macam rambut perang depa (orang putih). Kulit pun nak ikut putih macam depa. Tapi orang putih pula berkenan kulit gelap macam kita...Inilah dia perangai manusia, yang tak pernah puas...Serupalah lagumana kita pakai kenderaan juga. Bila ada motor, gila mau kereta proton. Bila dapat proton, nak tukaq V6 pula. Bila dapat V6, dok teringin Merc pula...Macam ni lah perangai manusia. Dapat hat rambut hitam, mau pula yang rambut merah. Kemudian bila dapat rambut merah, mau pula hat rambut hitam...Lagu tu la manusia. Jadi, sebenarnya masalah kita dalam hal sebegini, bukanlah apa pun, tapi ia hanyalah permasalahan macamana nak control nafsu; itu saja. ]

Perkara 25 : Bersetubuh dengan orang yang gila.

1) Lelaki atau perempuan yang Islam, baligh dan berakal yang melakukan persetubuhan dengan orang yang gila yang bukan isterinya, atau yang bukan suaminya adalah diistilahkan oleh syara` orang yang melakukan perzinaan, dan wajib dikenakan hukuman hudud ke atas orang yang berakal, iaitu direjam sehingga mati bagi orang yang muhsan, dan disebat seratus kali sebat serta dibuang negeri selama setahun bagi orang yang ghairu muhsan. Dan bagi orang yang gila tadi dibebaskan dari sebarang hukuman.

( Kitab al-Fiqhu `alal Mazahibil Arba`ah : 5/61 )

[ Apa yang pengarang nak bagitau ialah kalau seseorang itu berzina dengan orang gila, maka si penzina lelaki atau perempuan yang waras sahaja yang wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikenakan ke atas penzina-penzina biasa.

Bila sebut orang gila; teringat saya kepada kejadian yang ngeri berlaku baru-baru ini, dimana seorang ibu yang diharap sebagai tempat untuk anak-anak bermanja, tetapi tiba-tiba telah hilang sifat keibuannya, malah lebih teruk lagi, sifat kemanusiaannya pun turut hilang sama sekali. Kejadian-kejadian sebegini, sepatutnya kita kena ambik iktibar sejak dari dulu lagi. Cerita orang gila sembelih orang ni, kira dah banyak kali dah berlaku dalam masyarakat kita ni. Jadi, bila berlaku lagi insiden yang sama, maka apa yang boleh kita bagitau ialah rupa-rupanya, masyarakat kita ni adalah jenis yang suka sangat "take for granted". Yang mana kita masih lagi tak mau ambik pengajaran daripada perkara yang berlaku betoi-betoi depan mata kita.

Sebenarnya cerita masalah orang gila sembelih orang ni, memang dah banyak pun berlaku. Dulu ada cerita ayah sembelih kedua-dua anaknya sehinggakan isterinya minta fasakh. Selepas itu timbul pula cerita jiran pi sembelih anak jiran. Dan yang terbaru, isteri ataupun ibu sembelih pula anaknya sendiri...Perkara yang sama juga tuan-tuan. Bila pemberita tanya si suami, suami tu pun kata, "Saya sungguh tak sangka sebab sebelum ini, dia adalah seorang ibu yang penyayang."...Kita bukan nak salahkan si suami tu, tapi apa yang kita kesalkan ialah sebab apa dia sendiri tak mau ambik pengajaran tentang perangai orang gila ni?...Walaupun kita sebagai suami yang sangat sayang kat dia lagumana sekali pun, tapi bila kita tau yang dia memang ada penyakit gila, maka langkah berjaga-jaga perlu ada. Tapi dengan sebab kealpaan kita, maka benda yang pernah berlaku kepada orang lain, akhirnya berlaku pula kepada kita.

Bila kita tau yang isteri kita ada sedikit masalah tentang mentalnya, maka kita perlu tahu bahwa orang sebegini perasaannya jangan sekali-kali tertekan. Keperluan sehariannya perlu kita jaga, termasuklah nafkah makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. Bila kita sebut "tempat tinggal", maka kita sebagai suami diwajibkan menyediakan sebuah nafkah tempat tinggal yang selesa kepada isteri dan anak-anak, samada kita beli ataupun sewa. Selesa disini bukan bermaksud dari segi aksesorinya ataupun kebersihannya sahaja, malah dari segi persekitarannya pun kena diambil kira juga. Bukan apa; kita takut nanti bilamana isteri yang berpenyakit mental, hidup pula dalam keadaan yang tidak selesa, maka bertambah-tambahlah sakit mentalnya. Jadi, kita sebagai suami hendaklah cari nafkah sebaik mungkin untuk bagi satu kehidupan yang selesa kepada isteri dan anak-anak. Supaya mereka boleh membesar dan hidup dalam suasana yang selesa...Jadi bila orang bukan Islam tengok, ekonomi kita kukuh walaupun mengaji tak tinggal, kemudian dengan akhlak pula bagus, maka kita akan menjadi contoh orang Islam di atas dunia pada hari ini. Zaman la ni, kita tak mau tengok orang Islam nampak selekeh, nampak miskin, hidup melarat dan merempat dan sebagainya. Apa yang kita nak ialah menjadi contoh yang baik untuk menarik masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Bila kita cerita tentang berbagai-bagai jenis perangai orang Islam kita pada hari ini tadi; lalu ustaz Jailani pun menceritakan kepada kita perihal berbagai-bagai jenis perangai manusia yang pernah berkunjung ke pejabatnya. Memang tidak dinafikanlah sebab beliau seorang peguam, dan lebih-lebih lagi beliau ada title "ustaz" pula. Inilah yang menyebabkan ramai orang datang ke pejabatnya. Ada yang datang pasai nak mengadu hal rumahtangga, ada yang datang pasai nak ajak baca khutbah, ada yang datang ajak ceramah, ada yang datang nak pinjam duit pun ada dan berbagai-bagai lagi jenis hajat yang datang tu. Tiba-tiba satu hari datang seorang pakcik ke pejabatnya, dan mengatakan bahwa dia ada hajat. Sebelum disebutkan hajatnya itu, dia pun "jet" ustaz dengan merungut mengatakan, "Apa ra punya orang, ustaz Jailani pun depa tak tau...Saya punyala tanya pejabat ustaz ni, ramai orang tak tau."...Kemudian dia "jet" lagi, "Puhhh!..hari tu saya dengar ustaz khutbah kat masjid Batu, punyala best, sampai kawan-kawan saya tanya ustaz mana tu?..Ustaz mana tu?"...Dalam hati ustaz kata, "Habih la aku hari ni pasai dia punya "jet" semacam aje bunyinya. Apa la yang dia ni mau kat aku lepas ni?"...Selepas puasnya dia puji, dia bagitau pula dia kenal orang ni, dia kenal orang tu..."Emph! gaya macam nak pinjam duit ni.", sangka ustaz. Last sekali dia bagitau apa, "Sebenarnya, saya datang ni ada hajat sikit ustaz."...Tanya ustaz, "Hajat apa pakcik?"...Kata dia, "Saya sebenarnya datang daripada Seremban nuuu. Bila dalam perjalanan nak balik ke Seremban, kereta pula buat hal. Drive shaft patah. Jadi, kena RM280/-, pomen cina minta. Jadi la ni, saya nak balik ke Seremban, tak bolehla sebab duit dah takdak."... Lalu ustaz tanya, "La ni, pakcik nak berapa?"...Dia kata, "Duit minyak saja, lebih kurang RM50/-. Tak campur lagi duit nak belanja keluarga saya makan."...Bila dia kata lagu tu, ustaz pun tanya, "Pakcik mai dengan sapa?"...Jawab pakcik tu, "Keluarga saya ada kat Lunas nuuu. Saya tinggalkan kejap di rumah kawan."...Lalu fikir ustaz, "Aik!..macamana dia ni boleh mai nak pinjam duit kat aku, padahal dia ada kawan kat Lunas. Awat dia tak minta pinjam kat kawan dia?"...Jadi, bila ustaz tengok pelik, ustaz pun bagitau terus terang, "Ginilah pakcik. Sebenarnya, saya memang nak tolong pakcik, tapi saya ni banyak kali dah kena tipu. Sebab saya ni jenis betoi bendoi."...Jadi, ustaz pun jadi serba salah sebab kalau pakcik ni betul-betul susah, apa macam?...Takut dia kata, "Apa ra ustaz ni; cakap saja bedegang-degang, tapi bila orang susah, dia tak mau tolong pula."...Tapi kalau ustaz hulurkan pertolongan pula, dikhuatiri terkena buat kali ke 1000x pula...Jadi benda ni jadi susah. Lalu ustaz dapat satu idea, "Ginilah pakcik. Dalam P.Pinang ni, ada pakcik kenai sapa-sapa?"...Lalu dengan confidentnya dia bagitau bahwa dia kenal dengan Azman Abu Hassan, yang mana sekarang ni adalah timbalan pendakwaraya P.Pinang. Lalu nak jadi cerita, kebetulan ustaz Jailani memang kenai sangatlah dengan timb pendakwaraya tu, sebab selalu berurusan. Lalu tanpa membuang masa, ustaz kata, "Okay takpa pakcik. Saya kenai sangatlah dengan Azman Abu Hassan tu. Pakcik tunggu kejap, saya nak contact dia."....Tapi tuan-tuan tau ka apa yang jadi berikutnya;...dengan serta merta, pakcik tu bangun daripada kerusi, terus saja angkat kaki, belah dengan ayaq tu. Ustaz pun hambat pakcik tu, "Tunggu dulu pakcik! Tunggu dulu pakcik! Saya nak tolong pakcik ni. Bukannya apa; saya hanya nak confirm dengan Azman, kot-kot Azman kenai dengan pakcik. Kalau dia kata dia kenai pakcik apa semua, boleh lah saya tolong pakcik."...Dia tak kalih dah. Turun tangga pun laju semacam aje. Dia kata, "Tak payah! tak payah!"...Tengok tuan-tuan; apa cerita nie?...Sebab itu sekarang ni, ramai orang dah tak mau tolong orang. Orang baik pun dah tak mau tolong. Bukannya masalah tak mau tolong sebenarnya, tapi ia adalah masalah takut kena tipu. Itu saja.

Saya percaya tuan-tuan yang ada dalam group perbincangan kita semua ni adalah orang yang jenis suka tolong orang. Kita tak kisah. Setakat RM50/-, RM100/-, RM200/- dan seterusnya, kita boleh bagi kepada sahabat-sahabat seagama yang betul-betul susah, sebab kita yang tiap-tiap hari pi mengaji ni percaya dan yakin bahwa setiap pemberian sedeqah yang ikhlas, akan ALLAH balas dengan berlipat kali ganda kepada kita. Inilah keyakinan kita. Tapi masalahnya ialah pernah Nabi s.a.w. pesan kat kita bahwa sebagai orang mukmin, kita jangan sampai kena tipu 2x. Orang yang sat-sat kena tipu, sat-sat kena tipu selalu ni, bukanlah jenis orang yang beriman....Sebab itulah sekarang ni, kita rasa memang cukup susah nak hidup atas dunia. Bila kita ikhlas nak tolong, banyak pula orang jahat sekarang ni yang berpura-pura susah. Sebab itu, kita haraplah manusia pada hari ini boleh mengubah sikap kepura-puraan mereka, supaya kita dapat menolong orang yang benar-benar dalam kesusahan. ]

2) Orang-orang yang gila yang melakukan apa-apa sahaja kesalahan tidak dikenakan sebarang hukuman, kerana hukum syara` itu adalah tertakluk ke atas orang-orang yang mukallaf , iaitu orang yang berakal dan baligh.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"ALLAH tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang-orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya." (Riwayat Bukhari di dalam al-Sahih)

[ Maksud hadith di atas ialah di angkatNya kalam (tidak ditulis sebagai dosa) daripada 3 keadaan. Iaitu :

a) daripada kanak-kanak sehinggalah dia bermimpi. Mimpi apa?...Bermimpi sehingga keluar air mani, yakni sudah baligh. Sebelum baligh, kanak-kanak kalau dia buat apa saja, dia tidak dikira sebagai satu dosa. Keadaan sebegini ada ikhtilaf dikalangan ulama` Islam. Sepakat para ulama` mengatakan bahwa kanak-kanak yang belum baligh bila dia buat dosa, maka tidak dikira sebagai dosa. Yang ada perbezaan pendapat dikalangan ulama` Islam ialah tentang masalah kanak-kanak yang belum baligh buat pahala. Pendapat yang pertama mengatakan bahwa kanak-kanak yang belum baligh bila melakukan sesuatu pahala, dia tak dapat apa-apa. Yakni sebagaimana dia buat jahat, dia tak dapat dosa. Begitu juga kalau dia buat baik pun, dia tak dapat pahala...Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa kanak-kanak yang buat pahala, InsyaALLAH dia akan pahala daripada ALLAH SWT. Begitu juga ibubapa yang mendidiknya, turut juga mendapat pahala daripada ALLAH SWT. Disini kita perlu faham bahwa ibubapa yang menjadi tenaga pengajar kepada kanak-kanak yang buat pahala itu, memang akan dapat pahala. Ini tidak ada khilaf. Yang menjadi khilaf disini ialah tentang masalah diri kanak-kanak itu sendiri. Samada dia dapat pahala daripada pahala yang dia buat ataupun tidak.

b) dan seorang yang tidur sehingga dia bangun dari tidurnya.

c) seorang yang gila sehingga dia sembuh daripada penyakit kegilaannya. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan