Bah I - Bab 2 - Fasal 1 - Perkara 26 - 28

Qanun Jinayah Syar`iyah

Muqaddimah

Di dalam Surah an-Nissa`: 40-42, firman ALLAH SWT yang bermaksud,

"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak menzolimi seseorang walaupun dengan seberat zarah; dan jika ada kebajikan seberat zarah, nescaya ALLAH TA`ALA akan melipat-gandakanNya, dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar." (40)

"Maka bagaimanakah halnya orang yang kafir nanti apabila Kami datangkan seseorang saksi (yakni rasul) dari tiap-tiap umat, dan Kami datangkan kamu wahai Muhammad sebagai saksi ke atas mereka semuanya." (41)

"Di hari itu orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai rasul ingin supaya mereka disama-ratakan dengan tanah, dan mereka tidak dapat menyembunyikan dari ALLAH suatu kejadian pun." (42)

Saudara saudari muslimin muslimat yang dikasihi dan dihormati sekelian. Didalam Surah an-Nissa`: 40-42, ALLAH SWT menceritakan tentang keadilanNya. Iaitu menceritakan bagaimana ALLAH TA`ALA memberi balasan kepada orang yang buat baik dengan balasan yang baik. Manakala sesiapa yang melakukan kejahatan pula, akan dikenakan kejahatan yang setimpal dengannya. Walaupun perkara itu baik ataupun jahat yang dilakukan daripada sekecil-kecilnya, tapi ia tetap diambil kira juga oleh ALLAH SWT. Dimana ALLAH SWT menyatakan kepada kita bahwa Dia tidak akan menganiayai makhlukNya walaupun seberat zarah. Ini adalah keadilan yang dimiliki oleh ALLAH SWT.

Cuba kita perati tengok dalam Surah Luqman:16, dimana ALLAH SWT telah menceritakan kepada kita bagaimana Luqman berpesan kepada anaknya, "Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada di dalam bumi ataupun di langit, nescaya ALLAH TA`ALA akan mendatangkannya."...Inilah dia pesanan Luqman kepada anaknya bahwa ALLAH sebagai Tuhan yang Dia memang mampu untuk mendatangkan satu benda yang paling kecil walaupun sekecil biji sawi, samada benda itu berada di langit maupun di perut bumi. Inilah cerita tentang keadilan yang dimiliki oleh ALLAH SWT.

Begitu jugalah yang diceritakan di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w., dimana Nabi s.a.w. bersabda, "Kembalilah kamu ke dalam neraka, dan siapa yang kamu didapatinya ada iman walaupun seberat biji sawi, maka keluarlah ia daripada api neraka."...Ini adalah suatu ulasan daripada Nabi s.a.w. kepada kita, bahwa ALLAH SWT akan mengambil kira semua perkara. Ini adalah kerana untuk memberikan keadilan kepada manusia. Hadith ini menerangkan walaubagaimana jahat sekali pun manusia itu dan selama mana sekali pun dia duduk dalam neraka, tetapi kalau dalam hati manusia itu ada sedikit keimanan kepada ALLAH SWT, maka lambat laun ALLAH SWT akan mengeluarkan dia daripada neraka setelah selesai dia diazab.

Cuma persoalannya ialah berapa ramaikah dikalangan kita yang sanggup duduk dalam neraka walaupun kita tahu bahwa iman sebesar biji sawi pun akan tetap ALLAH SWT ambil kira?...Dan kita pun tak tahu berapa lama akan duduk dalam neraka, sehingga boleh keluar daripada neraka dan masuk pula ke syurga ALLAH SWT?...Saya rasa takkan ada orang yang sanggup. Samalah dengan kita pun. Yang mana kita akan pastikan bahwa bila sampainya hari akhirat kelak, kita akan terus masuk ke dalam syurga ALLAH TA`ALA tanpa memasuki neraka ALLAH terlebih dahulu. Yang ni yang semua orang beriman nak. Tetapi yang sedihnya, kebanyakan manusia tidak pun ambil peduli daripada pengajaran yang diceritakan oleh ALLAH SWT. Lainlah dengan kita yang beriman ni; apa saja yang disebut oleh ALLAH akan menjadi perhatian, bahan kajian, pengajaran dan amalan kepada kita. Contohnya seperti kita belajar asma`ul husna yakni sifat-sifat ALLAH. Kita tak boleh nak ambil sifat ALLAH dan bubuh dalam diri kita; tak boleh lagu tu. Tetapi kita sebagai manusia hanya boleh belajar sifat-sifat ALLAH itu dan terjemahkannya dalam kehidupan kita. Itu saja. Sebab nak tiru sebijik, memang tak boleh. Misalnya, "al-Aziz" iaitu yang berkuasa. Walaupun kita tak boleh tiru sifat al-Aziz yang dimiliki oleh ALLAH TA`ALA, tetapi kita kena jadi seorang manusia yang berkuasa juga di atas mukabumi ini, sebab bila kita ada kekuatan, maka barulah kita akan dihormati oleh manusia lainnya. Kalau kita tidak ada kekuatan, maka orang tidak akan menghormati dan takut kepada kita. Contohnya, seperti apa yang dimiliki oleh OIC sekarang ni, yang tidak mampu langsung untuk melakukan apa-apa apabila Palestin ditindas dan dizolimi oleh golongan yahudi. Jadi, ini menunjukkan bahwa kekuatan itu wajib dimiliki oleh manusia.

Kemudian cuba kita lihat pula sifat ar-Rohim dan ar-Rahman yang dimiliki oleh ALLAH TA`ALA; walaupun kita tidak boleh ambik sifat ar-Rahman itu bubuh dalam diri kita, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tiru sifat yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT itu sebagaimana yang kita belajar. Contohnya, bila kita tengok orang dalam keadaan miskin, kita akan rasa simpati dengan dia. Begitu juga kalau kita tengok orang dalam keadaan teraniaya, wajib kita tolong dia. Jadi, kalau kita tidak ada sifat-sifat seumpama ini, maka kita adalah seorang manusia yang tidak berhati perut terhadap makhluk-makhluk ALLAH yang lain. Hatta dengan anjing sekali pun, kita tak boleh menganiayakannya sesuka hati. Kalau kita nak ketuk dia sebab dia kacau kita, itu takpa. Tapi saja-saja kita nak pi katok kepala dia, tak boleh tuan-tuan, walaupun dia tu najis mughallazah. Inilah yang diceritakan oleh ALLAH SWT kepada kita, yang mana Dia akan ambik kira semua perbuatan yang kita lakukan, dan Dia akan adili mengikut amalan-amalan yang telah kita lakukan.

Setelah kita belajar tentang ayat-ayat seumpama ini; soalannya sekarang ialah apakah kita dapat mengambil pengajaran daripada apa yang diceritakan oleh ALLAH TA`ALA itu?...Kerana kadang-kadang, kita rasa takpa bila orang lain tak tau pun apa yang kita buat. Ataupun kadang-kadang kita buat jahat, tapi kita rasa perbuatan jahat kita tu kecik aje; takpe la kot. Inilah masalahnya sebab kita menilai dari penilaian sendiri; sedangkan ALLAH TA`ALA ambik kira semua sekali. Sebab itu, kita dapati perbuatan maksiat ini bermula daripada titik permulaannya itu bagaimana. Kalau kita seorang yang suka mengekalkan diri kita duduk dalam keadaan maksiat (Nauzubillah), maka titik-titik hitam akan mula bertambah satu demi satu dalam hati kita. Jadi, apabila titik-titik hitam itu memenuhi segenap ruang dalam hati, akhir sekali kita akan sanggup melakukan sesuatu perkara yang kuffur kepada ALLAH SWT...Nauzubillahi min zalik...Kenapa jadi lagu tu?...Ini adalah disebabkan kita tidak bertaubat kepada ALLAH setelah melakukan kesilapan.

Sekarang mai kita tengok contoh yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini. Contoh bagaimana manusia hari ini, dia tak peduli dah kemudian hari apa akan berlaku kepadanya sehingga dia sanggup melakukan perkara yang menzolimi orang lain. Bukankah kita baca ayat di atas tadi bahwa walaupun ALLAH itu sebagai Tuhan, tapi Dia tak akan zolim kepada makhlukNya walaupun seberat bijik sawi. Tapi kita yang dipanggil manusia ni, tak peduli langsung. Benda tu sebesar bijik sawi ka ataupun sebesar mana ka, kita tak peduli; janji mau dapat apa yang dihajati. Inilah perangai manusia yang ALLAH TA`ALA ceritakan kepada kita, tak sama dengan perangai Dia sebagai Tuhan. Yang mana sepatutnya apabila kita mempelajari sifat-sifat ALLAH itu, maka hendaklah kita teladani sebagaimana apa yang diingatkan oleh ALLAH SWT.

Contohnya, cuba kita lihat apa yang berlaku di Likas. Walaupun sekali lagi BN menang, tapi apa yang kita nak bagitau disini ialah masih ada lagi hakim di negara kita yang cukup berani. Payah untuk kita pada hari ini nak cari hakim yang seberani Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang bernama Datuk Mohamad Kamil Awang. Dalam mana trend kebanyakan orang lain pada hari ini yang sedang sibuk menjaga pangkat dan memburu kemewahan sehingga sanggup mengikut selera orang-orang yang tertentu; tapi masih ada juga insan-insan yang mengenepikan kemewahan dunia yang sementara itu semata-mata kerana hati mereka takut kepada ALLAH SWT.

Sebelum kita pi lebih jauh tentang cerita di Likas, mari kita tengok dulu macamana organization chart dalam lapangan kehakiman. Ia bermula daripada majistret/timb pendakwaraya/penolong kanan pendaftar mahkamah tinggi, kemudian sampai satu masa ia akan naik one step further menjadi hakim mahkamah seksyen, selepas tu naik lagi menjadi Pesuruhjaya Kehakiman di dalam mahkamah tinggi, lepas tu pulak naik lagi maka jadilah dia Hakim Mahkamah Tinggi, lepas tu jadi pulak Hakim Mahkamah Rayuan, lepas tu jadi pulak Hakim Mahkamah Persekutuan dan akhirnya yang tertinggi sekali jadilah ia Ketua Hakim Negara. Kita kerja dalam lapangan apa pun, serupalah lagu ni jugak. Sekiranya kita naik dari satu tapak ke satu tapak yang lain, kemudian naik lagi; maka ini menunjukkan peningkatan karier kita. Sebab itu kita dapati kebanyakan manusia, jarang dikalangan mereka yang sanggup mengambil risiko semata-mata untuk menegakkan keadilan. Ini adalah kerana bagi manusia, dia lebih pentingkan kepentingan peribadinya lebih daripada kepentingan orang lain, "Lebih baik aku jadi Ketua Hakim Negara daripada aku tolong orang ni. Kalau aku tolong orang ni, aku dapat apa?...Tapi kalau aku jadi Ketua Hakim Negara, boleh jugak aku merasa naik Merc tinted dengan ada driver semua cukup. Aku nak pi mana, ada orang escort pulak tu. Baru la ada class."...Beginilah keadaan pada hari ini yang kebanyakan orang mahu. Bagi mereka, buat apa tolong orang lain sebab apa pun tak dapat. Lebih baik tolong diri sendiri, boleh banyak benda yang kita dapat. Iaitu dari segi gajinya, kemudian pulak pencennya lagi. Kalau orang lain yang kerja biasa pun boleh dapat hadiah pencen sehingga RM70K-RM80K, inikan pulak pencen bekas Ketua Hakim Negara?...Nampak tak tuan-tuan, inilah dia keperibadian orang-orang yang tidak ada keimanan yang kental kepada ALLAH SWT. Tapi bagi kita yang benar-benar beriman kepada ALLAH SWT, kita akan fikir bahwa kalau kita bagi keputusan penghakiman yang menganiayai seseorang dengan tidak mengikut keadilan dari segi hukum syara`, maka di negeri akhirat kelak kita pula yang kena jawab di hadapan ALLAH SWT. Memanglah di atas dunia ni kita dapat Mercedes, memang di atas dunia kita ada bungalow, memang di atas dunia kita dapat hadiah pencen dan sebagainya; tetapi di negeri akhirat kelak berbaloi atau tidak dengan benda yang kita dapat seperti yang disebutkan tadi untuk masuk ke neraka ALLAH SWT?...Inilah persoalannya. Orang yang hati mereka diselubungi dengan kekaratan mungkin sanggup melakukannya sebab target mereka ialah semata-mata habuan duniawi yang kita sebut tadi. Tapi bagi orang yang beriman, dia tak sanggup, "Bila aku ingat akan azab daripada ALLAH SWT di negeri akhirat; biarlah aku tak pakai Merc pun takpa, aku tak jadi Ketua Hakim Negara pun takpa."

Begitu jugalah yang telah berlaku kepada Hakim Datuk Mohd Nor yakni Hakim Mahkamah Tinggi P.Pinang sekarang ni. Yang mana dulunya beliau adalah Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, dan sekiranya kalau kita masih ingat lagi bahwa beliaulah yang mengadili kes kanak-kanak dibuang sekolah sebab pakai serban tempohari. Dimana selepas beliau memberikan penghakiman yang menyatakan bahwa penyingkiran pelajar-pelajar itu daripada sekolah dengan sebab hanya pakai serban adalah bercanggah dengan hak pelajar-pelajar tersebut di sisi undang-undang perlembagaan negara; lalu beliau pun kata kepada saudara Hanifa Maidin (peguam yang mewakili pelajar-pelajar tersebut), "Saya rasa lepas ni, saya akan ditukarkan."...Memang betul agakannya itu. Memang beliau kena tukaq sungguh tuan-tuan; yakni daripada Seremban ditukarkan ke P.Pinang.

Demikianlah juga apa yang berlaku kepada Hakim Datuk Mohd Kamil; semasa dia mendengar perbicaraan pilihanraya Likas di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tempohari, pun keadaan yang sama berlaku. Beliau bukan sekali kena tukaq, bahkan 2x dia kena. Mula-mulanya daripada Kota Kinabalu ke Kota Bahru, dan kemudiannya daripada Kota Bahru ke Wisma Denmark, K.Lumpur....Adakah ini yang "kita" katakan kebebasan kehakiman seperti yang disebut-sebutkan di dalam akhbar?...Puak-puak pelahap ni sanggup menipu rakyat dengan mengatakan bahwa inilah contoh kebebasan kehakiman dalam negara pada hari ini. Kata mereka, "Yang pertamanya ialah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, yang mana hakimnya ialah Datuk Mohd Kamil, yang sanggup memberi penghakiman yang bertentangan dengan kepentingan kerajaan. Dan yang keduanya ialah Datuk Hishamudin iaitu hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang juga memberi keputusan bertentangan dengan kerajaan, iaitu beliau menyatakan bahwa ISA sebagai undang-undang yang kejam."...Padahalnya, kedua-dua hakim ini telah dikenakan tindakan, yakni kena tukaq. Perkara sebegini telah menjadi perkara biasa bagi orang yang melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh orang-orang yang tertentu. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku yang kita nak beritahu disini ialah inilah satu contoh bahwa sebenarnya kebebasan badan kehakiman tidak wujud sama sekali di negara kita pada hari ini. Puak-puak pelahap ni cuba mengaburi mata masyarakat dengan mengatakan bahwa ianya wujud, tetapi sebenarnya tidak wujud pun. Lebih-lebih lagi apabila Datuk Mohd Kamil mendedahkan kepada kita siapakah orang yang menelefonnya apabila kes itu dibawa ke mahkamah. Ketika itu, kita seolah-olah sedang menonton sebuah drama pula jadinya. Apa taknya; mula-mula Eusoff Chin bagitau dalam paper bahwa dia tak telefon. Kemudian muncul pula watak yang kedua dan ketiga dalam paper yang depa pun kata depa tak telefon. Bermakna, ketiga-tiganya tak telefon. Tetapi setelah 1-2 hari selepas tu, Eusoff Chin pula kata bahwa sebenarnya dialah yang menelefon (..mungkin baru dia teringat kot!). Kata dia, "Cumanya saya minta Datuk Mohd Kamil mempercepatkan kes tersebut. Bukannya buang kes. Itu saja."...Lalu dijawab oleh Datuk Mohd Kamil, "Saya bukannya bodoh, sehingga tak reti nak beza antara buang kes dengan mempercepatkan kes."...Inilah dia tuan-tuan, satu contoh lakonan yang berlaku depan mata kita.

Apabila kita tengok cerita yang berlaku di Likas tempohari, maka barulah kita faham apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam negara kita. Bukan pasai apa tuan-tuan; kalau kita survey suasana di sekeliling kita pada hari ini, kita akan dapati bahwa orang yang nak kepada Islam ni memang ramai dah sekarang ni. Cuba tuan-tuan pi ke mana-mana Bank pun, habih kesemua pegawai-pegawainya, start daripada guard sampailah kepada Branch Manager, semuanya nak kepada Islam. Sehinggakan ada bank yang pasang vcd reformasi pulak tu dalam bank dia....Kita berkawan dengan pegawai-pegawai Polis, macam tu juga. Kita berkawan dengan pegawai-pegawai Kastam, pun macam tu juga. Kawan-kawan kita dalam tentera tak payah sebutlah; sebab depa sendiri kata yang depa memang dah lama dah "hijau". Jadi, apa yang kita lihat sekarang ialah majoriti dalam masyarakat kita nak kepada Islam. Memang kita tak terkejut dengan senario sedemikian, sebab memanglah sepatutnya orang Islam nak kepada Islam. Tetapi yang kita rasa pelik ialah apabila mai time pilihanraya, golongan-golongan Islam ni kalah jugak. Sehinggakan puak-puak karat kata kat kita, "Tu la! hangpa sebenarnya tak ramai. Ceramah hangpa nampak ramai pasai orang-orang luar pun mai jugak."...Depa kata lagu tu kat kita...Rupa-rupanya bila berlakunya kes Likas ni, maka barulah kita tahu pasai apa kita selalu saja kalah. Mau tak kalah, tu dia 17,000 punya hantu depa bawa mai.

Daripada dulu kita dah kata dah bahwa memang wujud pengundi hantu ni. Tapi ada orang kata balik kat kita, "Ya Sheikh, takkan SPR bodo kot, sampai tak boleh nak beza antara manusia dengan hantu."...Jadi, la ni sapa bodo?...Kita dah jumpa dengan betoi-betoi punya hantu la ni; 17000 pulak tu, bukannya sekoq dua. Jadi, apa yang nak saya cerita la ni ialah sapa cerdik dan sapa bodo??...Setuju tak tuan-tuan kalau saya kata orang semenanjung yang bodo?...Nama saja orang town, maju la konon; tapi tak ada facilities nak kesan dan tangkap hantu-hantu ni. Berbanding dengan geng-geng Sabah/ Sarawak, yang memang ketinggalan dari segi facilitiesnya, tapi depa telah membuktikan bahwa mereka mampu untuk mengesan sang hantu kepala hitam ni.

Nampak tak sahabat-sahabat sekelian; kalaulah pengundi hantu boleh berlaku di Sabah/Sarawak yang mana dari segi saingannya tidaklah sesengit di Semenanjung, maka apatah lagi di Semenanjung yang memang telah kita saksikan betapa hebatnya pertarungan dalam pilihanraya 1999 tempohari. Sebab itu, sekarang ni kita mempersoalkan akan kebebasan, ketelusan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan (samada BPR, SPR dan sebagainya); sebab kita tahu bahwa agensi-agensi kerajaan ini tidak boleh lari daripada pengaruh pemimpin-pemimpin politik yang tertentu.

Jadi, sebagai orang yang beriman kepada ALLAH SWT, kalau kita diberi pemilihan dalam soal kepimpinan; kenapa kita memilih pemimpin yang bertaqwa kepada ALLAH SWT jika dibandingkan dengan pemimpin yang derhaka kepada ALLAH SWT?...

i) Yang pertamanya ialah sebab kita yakin bahwa pemimpin yang bertaqwa kepada ALLAH SWT akan membawa kita kepada keredhaanNya. Apabila Dia redha, InsyaALLAH kita akan dapat syurgaNya dan rahmatNya. Pendekata kita selamat di akhirat di bawah pemimpin yang bertaqwa kepada ALLAH SWT. Samada pemimpin itu seorang ulama` ataupun seorang umara`, tetapi apabila mereka bertaqwa kepada ALLAH SWT, maka kita akan dipimpin dan dibawa kepada keredhaan ALLAH SWT.

ii) Yang keduanya ialah pemimpin yang bertaqwa tadi, dia akan dapat mengagihkan kekayaan negara dengan seadil-adilnya. Maknanya, dari segi keduniaan pun kita untung kalau kita memilih pemimpin yang bertaqwa ni, sebab duit yang kita berhak mendapatnya, memang akan kita dapat sungguh. Tapi kalau pemimpin yang dipilih itu seorang yang menyeleweng, dia akan ambik duit kita itu dan masuk dalam poket dia, kemudian yang saki baki tu baru dia bagi kat kita. Itu pun "Melayu mudah lupa" cukup seronok dah tu walaupun dia dapat yang belen punya. Kalau dapat yang belen-belen pun dah seronok, cuba tuan-tuan bayangkan kalau dapat hat real punya yang sepatutnya kita dapat?...Contohnya, kita lihatlah apa yang berlaku di T`ganu sekarang ni, macamana wang royalti yang sekarang ni digelar "Wang Ehsan" itu diagih-agihkan. Melayu pelahap di pusat tu tak bagi kepada seluruh rakyat T`ganu, tapi dia hanya mengagihkan wang tersebut kepada puak-puak Melayu haprak yang tertentu sahaja. Dekat Datuk Seri TG Hadi Awang pun depa tak bagi. Sebab kalau depa bagi kat TG, depa rasa dari segi politiknya depa akan rugi. Jadi, lebih baik depa bagi dekat geng-geng haprak juga, sebab bila geng haprak ni bergambar bersama rakyat ketika pengagihan itu, maka depa mau rakyat bersyukur kat puak-puak haprak ni. Ini strategi depa. "Sapa bagi duit ni kat kamu?...Sapa bagi basikal ni kat kamu?...Bukankah aku yang bagi. Jadi kalau kamu lawan aku, maknanya kamu tak bersyukur kat aku."...Inilah message depa sebenarnya.

Ustaz Ahmad Jailani sendiri tu pun ada orang kata yang beliau tak bersyukur sebab selalu naik pentas berceramah mengkritik pihak-pihak yang tertentu. Bila ustaz tanya, "Pasai apa pula saya tak bersyukur?"...Puak-puak haprak ni tanya balik, "Cuba ustaz ingat baik-baik; siapa yang bagi biasiswa sehingga ustaz boleh dapat 2 ijazah?"...Lalu jawab ustaz, "Ya memang betul yang bagi biasiswa kat saya adalah MARA. Ijazah yang pertama MARA sponsor dan ijazah yang kedua pun MARA sponsor juga. Tapi MARA ambil sumbernya daripada mana?...Kerajaan yang inject masuk, supaya MARA dapat bagi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera. Kemudian kerajaan pula; daripada mana depa dapat duit?...Kerajaan mendapat duit daripada pembayar-pembayar cukai; samada cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan dan bermacam-macam lagi cukai. Maka daripada cukai-cukai itu tadi lah, kerajaan gunakan untuk peruntukan-peruntukan yang tertentu. Jadi, ceritanya sekarang ialah saya akhirnya menjadi seorang peguam yang memiliki 2 ijazah hasil daripada duit pembayar-pembayar cukai yang berada di M`sia. Pembayar-pembayar cukai tu sapa tuan-tuan?...Mereka ialah rakyat M`sia. Jadi, kalaulah saya seorang yang amanah, maka kenalah kembalikan manafaat yang saya dapat selama ini kepada masyarakat yang memberi wang kepada saya. Dalam ertikata lain, saya mesti menceritakan kepada mereka penyelewengan-penyelewengan yang berlaku. Saya mesti cerita sebab ini adalah kewajipan saya. Sebab mereka inilah yang sebenar bagi duit kat saya, bukannya daripada poket-poket pemimpin yang tertentu."...Inilah cerita dari seorang peguam yang ada prinsip dan pegangan hidup. Jadi, kita yang bukan peguam ni pulak macamana; takut ka lagi nak berjuang?

Masyarakat kita pada hari ini menghadapi dilemma tentang kefahaman permasalahan bersyukur. Nampak gaya macam ada satu usaha untuk menerapkan ke dalam minda masyarakat bahwa orang-orang seperti kita yang kaki-kaki masjid/surau ni, bukanlah jenis yang bersyukur. Begitu jugalah dengan orang-orang seperti Datuk Ishak Baharom, Prof Dr Harun Din, Yb Ust Ismail Kamus, Yb Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dll; kesemuanya mereka ini adalah orang-orang yang tak bersyukur belaka sebab dulu mereka dari kerajaan tapi sekarang berpihak kepada pembangkang pula...Jadi, agak-agak tuan-tuan, kriteria yang macamana yang membolehkan seseorang itu dianggap bersyukur?...Adakah seperti puak-puak yang suka tunggang arak dan pemimpin-pemimpin yang tergila-gila kat artis wanita separuh bogel itu?...Mungkin kriteria sebeginilah yang dianggap sebagai puak-puak yang bersyukur di kacamata masyarakat kita pada hari ini. Dan memang pun tidak dinafikan lagi bahwa inilah sebenarnya realiti mentaliti masyarakat kita pada hari ini. Keadaan mentaliti mereka dah jadi tunggang terbalik sekarang ni. Mereka melihat orang yang suka mengaji, orang yang suka qiamullail, orang yang suka kepada program agama, orang yang sama-sama berfikir macamana nak jaga anak-anak muda kita daripada murtad, orang suka tegur menegur antara satu sama lain; kesemuanya mereka ini dianggap sebagai orang-orang yang tidak bersyukur. Tetapi orang yang gila kat artis, orang yang dok pi berzina, orang yang berjudi, kaki arak; mereka ini pula dianggap sebagai kumpulan yang bersyukur kepada ALLAH TA`ALA....Wa nauzubillahi minzalik...Tak ke terbalik tu tuan-tuan?

Kalau kita tengok balik dalam banyak-banyak ayat yang ada dalam Quran, kita akan dapati bahwa lawan kepada syukur adalah kuffur. Jadi, kalau kita nak tahu diri kita ini bersyukur ataupun tidak, maka tanyalah pada diri kita sendiri adakah aku kuffur ataupun tidak kepada ALLAH SWT?...Kalau kita ni jenis yang kuffur dan ingkar kepada ALLAH SWT, maknanya kita seorang yang tidak bersyukur kepada ALLAH (nauzubillah). Tapi kalau kita seorang yang taat kepada ALLAH SWT, bermakna kita seorang yang bersyukur kepada ALLAH SWT. Inilah dia pengertian bersyukur. Jadi, kalau nak tahu kita bersyukur ataupun tidak, maka muhasabah lah diri kita sendiri. Kalau kita ni orang yang baik dan sentiasa ikut kehendak ALLAH SWT; maka "yes" lah jawapannya sebab itulah yardstick (kayu pengukur) bahwa kita seorang yang bersyukur kepada ALLAH SWT. Tapi kalau kita seorang yang `asi, yang derhaka kepada ALLAH, seorang yang fasik, kaki arak, suka kepada pelacur dan sebagainya; itu menandakan bahwa kita seorang yang tidak bersyukur kepada ALLAH SWT....Nauzubillah.

Kemudian kita tengok pula apa ALLAH kata dalam ayat 41-42 Surah an-Nissa`. Yang mana ALLAH mengatakan bahwa orang-orang kafir itu apabila didatangkan rasul (termasuklah didatangkanNya Muhammad s.a.w.) kepada mereka sebagai saksi di atas kekuffuran mereka kepada nabi-nabi yang telah diutuskan oleh ALLAH SWT; maka ketika itu reaksi mereka yang kafir dan orang-orang yang menderhakai rasul menjadi ketakutan sehingga ada yang meminta kepada ALLAH supaya mereka disama-ratakan dengan tanah, dan mereka tidak dapat menyembunyikan dari ALLAH TA`ALA suatu kejadian pun....Maksud ayat ini ialah bahwa satu masa nanti, orang-orang yang kuffur ini akan merasai tidak sanggup lagi untuk hidup di akhirat. Mereka rasa lebih baik mereka terus jadi tanah daripada terus menganggung azab ALLAH di akhirat. Mereka akan menyesali kehidupan mereka sebagai manusia di dunia dahulu, sehingga ada yang merasakan di atas dunia dulu lebih baik mereka dijadikan sebagai binatang seperti lembu, kerbau, beruk dan sebagainya, supaya kalau mereka mati terus saja jadi tanah. Maka di akhirat kelak, tak payahlah mereka dibangkitkan dan diazabkan. Memanglah di atas dunia dahulu kita tak rasa apa-apa sehingga bermaharaja-lela sesuka hati kita; tetapi di negeri akhirat, masa tu lah nanti kalau boleh kita nak terus saja jadi tanah dan tak payah dibangkit-bangkitkan lagi untuk mengadap ALLAH SWT.

Tapi walaupun kita cerita lagu ni dengan bawa mai ayat-ayat ALLAH yang berbentuk ancaman; percaya tak tuan-tuan bahwa hanya segelintir sahaja manusia yang mengambilnya sebagai pengajaran?...Yang lain tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tak rasa apa-apa pun. Inilah perkara-perkara biasa yang berlaku kepada manusia, lebih-lebih lagi pada manusia akhir zaman ini. Jadi, muslimin/muslimat sekelian, mudah-mudahan kita sama-sama boleh ambik pengajaran daripada Surah an-Nissa`: 40-42 tadi.


Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 26-28.

Perkara 26 : Bersetubuh dengan mahram.

1) Lelaki yang bersetubuh dengan mahram (perempuan yang haram berkahwin dengannya) adalah diistilahkan oleh syara`sebagai berzina dengan mahram, dan wajib dikenakan hukuman bunuh ke atas lelaki itu.

[ Orang Melayu kita selalu suka sebut "muhrim" bagi orang yang haram kita kahwini. Sebenarnya sebutan "muhrim" tu salah sebab "muhrim" maknanya ialah orang yang sedang berihram. Jadi, sebenarnya orang yang haram kita kahwin disebut "mahram". Dan masalah bersetubuh dengan mahram ni bukannya satu perkara yang boleh buat main-main. Sebab kalau kita seorang perempuan, tapi kita pi berzina dengan ayah kita, pi berzina dengan pak penakan kita; kemudian yang lelaki pula pi berzina dengan mak kita sendiri, pi berzina dengan adik beradik kita atau berzina dengan anak penakan kita;...Nauzubillah minta lindung daripada ALLAH, tapi kalau benda tu berlaku juga, maka hukum syara` mengatakan bahwa hukuman yang sesuai adalah dibunuh akan orang yang berzina dengan mahramnya. Ini adalah ketetapan hukum syara`. ]

Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. Kata Nabi s.a.w., "Sesiapa yang berzina dengan orang yang diharamkan dia berkahwin dengannya, maka bunuhlah orang ini." (HR Ibn Majah)

[ Sapa-sapa yang berzina dengan mahramnya, Nabi s.a.w. kata bunuhlah orang lagu ni. Jadi, ini adalah hukum syara` sebagaimana yang diriwayatkan kepada kita oleh Ibn Majah daripada Nabi s.a.w.. Tetapi kalau kita lihat dalam Enakmen Undang-undang Syariah dalam negara kita pada hari ini, dinyatakan bahwa sesiapa yang berzina dengan mahram hendaklah dikenakan hukuman denda. Nampak tak tuan-tuan; bahwa inilah satu contoh lagi yang menunjukkan bahwa mahkamah syariah yang ada dalam negara kita tidak mengikut syariat yang datang daripada ALLAH TA`ALA. Tapi syariat yang diamalkan sekarang ini adalah syariat yang dibuat oleh manusia. Inilah satu lagi contoh tentang pembohongan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

Sebenarnya masalah pembohongan sebegini menjadi berpanjangan di dalam negara kita pada hari ini adalah disebabkan adanya sebahagian orang-orang alim yang sanggup diperkudakan oleh orang-orang yang jahil. Kamu seorang yang alim, kamu seorang yang mengaji dan kamu tahu tentang ilmu agama; tetapi sayangnya kamu sanggup biarkan dan dipergunakan untuk dieksploitasikan oleh golongan yang jahil tentang agama dan yang tak mau kepada agama. Dalam ertikata lainnya, orang yang jahil tentang agama buat taik, kemudian ditinggalkan untuk kamu yang alim jadi tukang cuci taik.

Sebagai contohnya, satu masa dulu ada seorang pemimpin dalam negara kita kata bahwa, "Politik suku, agama suku."...Maknanya, politik hendaklah diasingkan daripada agama. Sedangkan kalau kita tengok dalam beberapa buah kitab muktabar yang dikarang oleh ulama`-ulama` Islam, termasuklah yang dikarang oleh al-Marhum Said Hawa, maka kita akan diberitahu macamana iman kita boleh terbatal hanya dengan kita memisah-misahkan agama menjadi juzuk-juzuk yang tertentu, seperti yang ni tak boleh bercampur dengan yang tu, ataupun yang tu tak boleh bercampur dengan yang ni. Sesiapa yang berucap seperti ucapan sebegini, boleh membawa kepada terbatalnya syahadah...Nauzubillah...Tapi dengan tiba-tiba pula, datanglah orang-orang alim yang jadi tukang cuci taik ni. Mereka kata, "Dakkk! bukan lagu tu. Maksud sebenarnya politik suku agama suku ini ialah politik yang kotor tu yang tak boleh dicampurkan dengan agama."...Inilah dia tukang justify yang menghalalkan benda yang tak elok. Kerja depa semata-mata polish benda-benda yang kotor-kotor ni, supaya benda yang kotor itu boleh diterima oleh masyarakat.

Begitulah juga apa yang berlaku apabila salah seorang pemimpin dalam negara kita ini menulis dalam kolum muqaddimah kepada sebuah buku yang dikarang oleh seorang lagi ulama` dalam negara kita; kata pemimpin itu, "Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam negara kita. Kerana sekiranya ia dibenarkan dilaksanakan, maka ramailah orang-orang Melayu yang akan kudung tangan dan kaki mereka. Jadi, bagaimanakah kita nak bersaing dengan orang-orang bukan Islam, jikalau ramai dikalangan orang-orang Melayu yang kudung tangan dan kaki mereka?"...Tu dia tuan-tuan; tulisan seorang pemimpin Melayu haprak yang konon-kononnya nak memartabatkan bangsa Melayu. Kemudian tulisan ini telah disiarkan pula di dalam paper Berita Harian untuk ditatap oleh semua lapisan masyarakat. Jadi, bila timbul isu macam ni, maka kita pun kata bahwa ucapan sebegini boleh membatalkan syahadah kerana dia menghina hukuman hudud yang diturunkan oleh ALLAH TA`ALA. Kemudian bila depa dengaq kita kata lagu tu, jeng! jeng! jeng! maka datanglah tukang cuci taik tadi sekali lagi. Dia kata, "Dakkk!...hudud yang pemimpin kita kata tu ialah hudud Pas nuuu!.."...Nampak tak tuan-tuan; tukang cuci taik ni tolong repair supaya kenyataan sesat pemimpin depa tu boleh diterima. Sebab itu kita kata bahwa kita memang sangsi akan ketulusan ulama`-ulama` umno ni. Kalaulah betul-betul mereka tu alim, kenapa mereka sanggup membiarkan diri mereka diperkudakan oleh orang-orang yang jahil?...Awat takut sangat ka nak kata kat Mahathir, "Datuk Seri, sebenarnya M`sia ni belum lagi melaksanakan undang-undang Islam."...Kata macam tu pun takut ka?...Hang takut kat ALLAH ka atau hang takut kata Mahathir ka?!

Lagi senario yang jelas kepada kita bahwa ulama` yang kerja di bawah kerajaan umno/BN ini diperkudakan ialah apabila keluarnya kenyataan daripada mulut Mid Man (yang ada PhD dalam bidang agama) yang mengatakan bahwa, "Kerajaan M`sia kita pada hari ini adalah kerajaan yang telah pun melaksanakan hukum Islam. Ini disebabkan undang-undang perlembagaan negara M`sia adalah serupa dengan Piagam Madinah."...Lagu ni ka kenyataan daripada seorang yang ada PhD dalam bidang agama?...PhD apa lagu ni kalau nak beza antara Perlembagaan negara dengan Piagam Madinah pun dia tak reti?...Piagam Madinah meletakkan ALLAH dan rasulNya sebagai rujukan tertinggi; manakala Perlembagaan negara pula yang tertinggi sekali ialah "Federal Constitution", tuan-tuan boleh rujuk article (4) dalam undang-undang perlembagaan negara, jelas dia kata, "This constitution is the supreme law of the federation. And any law past after Merdeka Day which is inconsistent with this constitution; shall be void."...Nampak tak tuan-tuan, perbezaan diantara kedua-duanya amat jelas sekali. Banyaklah lagi perbezaan-perbezaannya kalau kita nak ceritapun. Seperti dalam Piagam Madinah ada hukum Qisas dan rejam, manakala dalam undang-undang perlembagaan negara kita, tidak ada. So bila jadi lagu ni, salahkah kalau kita mempertikaikan PhD yang ada pada Mid Man tu?...Sebab seorang yang ada PhD seperti dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sepertimana yang telah dikeluarkannya itu. Orang yang ada PhD bermakna dia ada amanah ilmu. Bila dia ada amanah ilmu, maka dia hendaklah bercakap suatu yang sesuai dengan ilmu yang dia ada. Tak bolehlah dia cakap separuh, dan sembunyi yang separuh lagi....Tapi walaubagaimana pun, inilah dia realiti yang ada dalam negara kita pada hari ini; yang mana inilah contoh ulama` yang berpura-pura dengan ilmu yang dia ada.

Kemudiannya cuba kita lihat apa yang diheboh-hebohkan dalam paper baru-baru ini bilamana TG Nik Aziz nak pinda perlembagaan negeri K`tan. Habih puak-puak haprak ni pi bising satu M`sia dengan mengatakan bahwa, "Kalau K`tan nak pinda perlembagaan negeri K`tan, maka hendaklah mendapat perkenan daripada Sultan negeri K`tan dulu. Maka barulah ini beradap namanya. Tapi kalau Sultan tidak mengizinkan, maka tidak sahlah undang-undang tersebut."...Nampak tak tuan-tuan, macam bagus saja bunyinya. Baru la ni depa nak ajaq kita cara beradap. Yang masa hangpa buat dulu; Sultan perkenan ka, Sultan tak perkenan ka, tetap jadi undang-undang. Tak bincang pun depa dengan Sultan?...Masa depa buat dulu takpa, tapi bila K`tan nak buat, tak boleh pulak. Inilah yang kita katakan hippokrasi. Tadi kita kata ulama` depa yang berpura-pura dengan ilmu mereka; tapi dalam kes ni, pemimpin depa pulak yang berpura-pura dengan ilmu yang mereka ada.

Sebab itu, kita dapati bahawa ramai dikalangan kita yang tak puashati dengan ketidakadilan yang sedang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Tetapi ramai juga diantara kita yang tak sanggup untuk tampil bercakap secara lantang. Yang kita lihat, hanya beberapa orang sahaja yang sanggup ambil risiko untuk bercakap secara lantang. Sebab itu, kita tengok bahwa orang yang berani ni taklah begitu ramai. Ada la sorang dua sahaja...Lawyer yang berani dok atas pentas-pentas ceramah pun ada la sorang dua. Polis yang sanggup bercakap dengan kita tentang isu ketidakadilan ni pun ada la sorang dua jugak. Begitu jugalah dengan ahli-ahli korporat yang berani memperjuangkan Islam, ada la jugak sorang dua. Biasalah mana-mana tempat pun, yakni sudah menjadi kebiasaan kita lihat bahwa orang yang berani berpegang memperjuangkan Islam ni tidaklah ramai bilangannya. Jadi, cubalah kita muhasabah diri kita sendiri; aku macamana pulak?...Adakah aku nak joint dengan golongan yang tak ramai ni?...Walaupun golongan ini tidak ramai tapi qualiti mereka diikhtiraf oleh ALLAH SWT, sedangkan golongan yang ramai itu langsung tak berqualiti sebab seperti buih-buih sahaja. ]

2) Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas lelaki yang mensetubuhi mahramnya ialah kerana lelaki itu dianggap telah menghalalkan perbuatan yang diharamkan ALLAH, dan telah menjadi murtad dan disuruh membunuhnya. Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." (HR Bukhari)

[ Contohnya; apabila seseorang telah berkahwin dengan isterinya dan bersetubuh dengan isterinya itu, maka haram baginya kemaluan mak mertuanya. Walaupun dia menceraikan isterinya tadi, mak mertuanya tetap juga haram baginya buat selama-lamanya. Sebab si suami itu sudah pun merasai kemaluan anak kepada si ibu tadi. Inilah yang dipanggil "mahram muabbadan" yakni mahram selama-lamanya. Dan ada satu lagi mahram, iaitulah "mahram muakkatan", yakni mahram berwaktu. Ianya adalah seperti adik/kakak ipar kita. Maknanya, jika kita masih bersama dengan isteri kita, maka haramlah ipar-ipar kita tadi kepada kita. Tapi kalau berlaku perceraian antara suami isteri tadi, maka barulah halal suami itu kepada ipar-iparnya tadi.

Nampak tak tuan-tuan; Islam dah pun menetapkan hukum hakam kepada manusia, tapi tiba-tiba kita pulak nak pi tukaq benda yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Yang mana kemaluan mertua kita itu diharam selama-lamanya kepada kita. Begitu jugalah dengan kemaluan ibu dan ayah kita, ianya juga diharam buat selama-lamanya kepada kita. Tapi kalau dengan tiba-tiba kita nak pula merasai kemaluan yang diharamkan oleh ALLAH TA`ALA kepada kita itu, maka orang sebegini telah disebut sebagai orang yang telah menukar hukum ALLAH TA`ALA. Bila berlaku sebegini, maka orang itu dianggap sebagai murtad, maka hendaklah dibunuh orang seperti ini....Nauzubillah. ]

Perkara 27 : Bersetubuh dengan kanak-kanak.

1) Kanak-kanak lelaki yang belum baligh yang melakukan persetubuhan haram dengan perempuan yang sudah baligh tidak boleh dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikenakan ke atas orang yang berzina, tetapi hendaklah dikenakan ke atas kanak-kanak itu hukuman ta`zir, jika kanak-kanak tadi sudah mumaiyiz, kerana dalam kes zina, baligh adalah diantara syarat yang mewajibkan seseorang yang berzina itu dikenakan hukuman hudud.

[ Berkenaan dengan kanak-kanak, kita sebagai ibubapa kenalah control anak-anak kita. Kita kena berani pukoi depa sekadar untuk memberi pengajaran. Jangan jadi seperti ibubapa yang kononnya sayang kepada anak-anak mereka, tapi tak sanggup nak pukoi anaknya sendiri walaupun anak itu sudah melampaui batas. Bukankah ada pepatah Melayu, "Sayangkan anak, ditangan-tangankan...". Inilah tanda kita sayang kepada anak kita; kalau dia melampaui batas, setelah cakap secara lembut/elok pun tak jalan, maka pukoi tadi adalah salah satu contoh tanda sayangnya kita kepada dia. Kalau kita tak sanggup nak pukoi dia, sehingga menyebabkan dia langsung tak rasa takut dan gerun kepada kita, maka itu bukan tanda sayang kepada anak. ]

2) Perempuan-perempuan yang sudah baligh yang melakukan zina dengan kanak-kanak lelaki yang belum baligh wajib dikenakan hukuman hudud ke atas perempuan itu sebagaimana hukuman zina yang disebutkan dalam perkara 15(2) dan (3), kerana perempuan itu telah melepaskan nafsu syahwatnya dengan persetubuhan yang haram.

[ Bagi perempuan dewasa yang bersetubuh dengan kanak-kanak, hendaklah dia dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang telah kita sebut sebelum ini. Maknanya kalau dia belum berkahwin, maka hendaklah disebat 100x, kemudian dibuang negeri. Tapi ada satu lagi pendapat lain dikalangan ulama` mengatakan bahwa ianya hanya setakat disebat 100x sahaja dan tidak boleh dibuang negeri kepada kaum wanita. Kemudian bagi wanita yang sudah berkahwin pula, hendaklah disebat 100x dan selepas itu direjam dengan batu sampai mati. ]

3) Lelaki yang berakal dan baligh (mukallaf) yang melakukan zina dengan perempuan yang belum baligh atau gila wajib dikenakan hukuman hudud ke atas lelaki itu sebagaimana hukuman zina yang disebutkan dalam perkara 15 (2) dan (3) juga yang berdalilkan nas-nas hadith yang dinyatakan dalam perkara 17 (i) dan (ii).

Perkara 28 : Bukti-bukti untuk mensabitkan kesalahan zina.

1) Kesalahan zina adalah suatu kesalahan dalam jinayah syar`iyah yang wajib dikenakan hukuman hudud keatas mereka yang melakukan kesalahan zina itu sebagaimana yang diperuntukan dalam perkara 15 (2) dan (3) yang berdalilkan firman ALLAH TA`ALA dalam Surah an-Nur:2 yang disebutkan dalam perkara 15 (1) dan ditakhsiskan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud yang disebutkan dalam perkara 12 (4).

[ Sebagaimana yang kita sebut sebelum ini bagi sesiapa yang berzina, kalau dia belum berkahwin, maka hendaklah disebat 100x dan selepas itu hendaklah dibuang negeri selama setahun. Begitu jugalah dengan cara sebatan, telah juga kita sebut sebelum ini. Iaitu dalam Islam, kita sebat orang berzina tidak semacam yang diperlakukan di penjara-penjara kita sekarang ni. Sebatan yang dilakukan oleh Jabatan Penjara adalah lebih dahsyat daripada apa yang disyariatkan oleh Islam. Sebatan cara Islam, rotan yang diangkat itu tidak lah boleh sampai nampak putih ketiak, Maknanya tangan penyebat tak boleh diangkat melebihi daripada 90 darjah, supaya pukulan itu menjadi sederhana sahaja (yang tidak akan memudaratkan orang yang kena pukoi). Walaupun begitu, orang yang kena pukoi itu dikehendaki dipukul di depan khalayak ramai. Jadi, sebenarnya cara Islam ni, tujuannya bukannya nak bunuh orang, tapi ianya sekadar nak memalukannya sahaja. Tapi bagi orang yang tak tau, bila dia dengar sebatan dalam Islam sampai 100x, dia nanti rasa terlalu banyak sebab dia dok compare dengan cara Jabatan Penjara buat tu. Kalau kita tengok yang dalam penjara buat, 10x pun kira dah hancur punggung dah. Kemudian tu pulak, orang yang disebat itu dalam keadaan dibogelkan pulak. Ini bercanggah dengan apa yang Islam suruh. Islam suruh ialah pakai baju pakai seluar macam biasa dan pukoi pula jangan ambik lajak macam Jabatan Penjara buat tu. Jabatan Penjara punya tukang pukoi, tu dia badan dia macam The Rock punya badan, tu yang sekali hayun habih hancuq punggung. Tapi Islam bukan macam tu, walaupun 100x dia tidak akan mencederakan secara parah. Sebab tujuannya hanya untuk memalukan sahaja. Menurut mazhab Imam as-Syafie, yang menyaksikan hendaklah sekurang-kurangnya bilangan ahli Jumaat; maknanya sekurang-kurangnya 40 orang lelaki mukmin. Dan seelok-eloknya kalau yang berzina itu orang dari qaryah kampung kita, maka orang-orang yang pakat keluar tengok tu hendaklah daripada anak-anak qaryah kampung kita jugak. Tujuannya hanyalah nak aibkan orang tu saja sebab dia telah melakukan satu perzinaan yang mana dikira sebagai satu dosa besar di sisi ALLAH SWT. Itu saja.

Tetapi bagi orang berzina yang sudah berkahwin; hah! yang ni jaga. Kerana hukuman hudud daripada ALLAH TA`ALA bagi orang yang sudah berkahwin adalah hukuman yang membinasakan...Kenapa?...Bukankah kita dah ada suami/isteri yang halal, tapi pasai apa gatai nak pi berzina jugak?...Yang baik dan halal punya dah ada, tapi yang hang nak pi rasa yang haram punya lagi buat apa?...Hang dah rasa dah yang secara halal, tapi tiba-tiba tak boleh nak control lagi....Apa punya manusia hang ni?

Tapi ada satu kemusykilan (kalau tak silap saya dalam hizb), iaitu ada sahabat tanya macamana nak melampiaskan nafsu seks kita ketika mana isteri masih dalam pantang?...Orang perempuan beranak ni, pantang dia boleh sampai 100 hari ustaz, bukannya sari dua. Jadi mana kita nak larat pantang sekali?...100 hari sama dengan 3 bulan tuan-tuan. Kita laki-laki mana larat nak tahan sampai 3 bulan?...Pulak tu tiap-tiap hari pi pejabat dok tengok amoi tunjuk peha tunjuk dada; kita pulak baru pantang sebulan, tinggai lagi 2 bulan; jadi ada sahabat tanya, macamana nak buat?....Okay lagu ni lah; menurut ustaz Jailani bahwa dalam kes sebegini, pada siapa yang tak boleh tahan tu, dia boleh ambil pendapat yang ringan. Saya minta maaf sebab benda ni agak sensitif sikit. Sapa-sapa yang belum kahwin tu, baik tak payah bacalah...dak aih melawak saja....boleh baca aih, apa salahnya untuk ambik pengajaran. Jadi, walaupun agak sensitif tapi kita kena sebut jugak sebab isu sebegini banyak dikeluarkan dalam masalah kekeluargaan. Kalau kita pi tengok di setengah-setengah kampung, orang tua-tua tak bagi anak atau menantu lelaki depa masuk tidoq sebilik dengan isteri yang dalam pantang. Mak kita nanti standby siap-siap, "Oii! oii! hang nak pi mana tu?...Tak cukup 100 hari lagi...Nuu, hang punya bilik tu sebelah sana."...Sapa ada mak yang kuat adat, nanti jadi lagu ni la. Padahalnya, niat kita baik; kot-kot boleh tolong isteri kita bancuh susu kat anak ka apa ka. Jadi, ada la sahabat yang kata, "3 bulan mana boleh tahan tapi nak buat macamana?"...Okay, antara cara penyelesaian ialah dengan cara mengeluarkan air mani dengan tangan. Tapi kalau kita tengok banyak pendapat yang mengatakan bahwa mengeluarkan air mani dengan tangan adalah haram di sisi Islam. Tetapi ada juga pendapat dari sebahagian ulama` yang mengatakan bahwa isteri yang mengeluarkan air mani suami dengan tangannya bagi tujuan untuk me"release"kan gejolak nafsu si suami adalah diharuskan oleh hukum syara`. Sebab itu, saya nak kata bahwa daripada kita mendedahkan diri kita kepada perzinaan dan sebagainya, adalah lebih baik kita cari pendapat-pendapat yang boleh meringankan kita, yakni yang memberi rukhsah ataupun kelonggaran kepada kita. Islam ni sebenarnya dia ada banyak pendapat-pendapat, dan kita hendaklah mengambil satu pendapat yang boleh menjauhkan kita daripada maksiat selagimana kita mampu. Tapi kalau kita mampu berpantang sampai 100 hari, silakan itu lebih baik dan lebih afdal, sebab langkah ihtiati adalah lebih utama dalam hukum syara`. Iaitu daripada kita mengeluarkan air mani dengan tangan, lebih baik kita jangan buat benda lagu tu. Tetapi bagi sesiapa yang tidak boleh menahan dirinya daripada maksiat, maka diharuskan kepada dia untuk isterinya mengeluarkan air mani bagi pihaknya. Inilah contoh beberapa perbahasan ulama` dalam masalah rumahtangga tentang isu mengeluarkan air mani dengan tangan. Untuk lebih detail lagi, tuan-tuan boleh refer perbahasan ini daripada 3 mazhab iaitulah mazhab al-Imam Syafie, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Muslimin/muslimat sekelian; sebab itulah dalam hukum syara` menyatakan bahwa orang yang sudah berkahwin, yakni yang sudah ada isteri untuk menenangkan nafsu syahwahnya, tapi tiba-tiba dia syok nak berzina jugak; maka orang macam ni hukuman hudud daripada ALLAH TA`ALA ialah membinasakan dia. Dalam ertikata lain, dia hendaklah dibunuh dengan cara rejaman dengan batu sampai mati. Ini adalah ketetapan hukum syara`. ]

2) Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut (yakni ada 3 cara) :

i) Perzinaan itu mesti disaksikan oleh 4 orang saksi lelaki. Firman ALLAH TA`ALA :

"Dan golongan yang mendatangi perkara-perkara keji (zina) daripada wanita-wanita kamu, maka persaksikanlah ke atas mereka 4 orang lelaki dikalangan kamu." (Surah an-Nissa`:15)

[ Inilah cara pertama untuk mensabitkan seseorang itu berzina. Iaitu mesti ada 4 orang saksi yang tengok betul-betul bahwa orang yang dituduh itu telah benar-benar berzina. ]

ii) Iqrar atau pengakuan (plea of guilty) daripada orang yang dituduh melakukan zina. Iqrar ini hendaklah dibuat di hadapan Imam (ketua negara) atau wakilnya seperti hakim atau qadhi.

[ Inilah cara yang kedua untuk membuktikan seseorang itu sebagai bersalah di dalam zina. Iaitu pengakuannya itu mestilah dibuat di dalam mahkamah. ]

iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil (mengandung) bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

[ Cara yang ketiga ialah kehamilan bagi wanita yang tidak ada suami. Iaitu kita tak pernah dengar dia panggil kenduri, kita tak pernah dengar dia kahwin, kita tak pernah tengok dia ada suami dan kita tak pernah tahu bahwa dia ni ada suami; tapi tiba-tiba kita tengok dia dah mengandung. Kalau berlaku macam ni, maka bolehlah kita dakwa dia diatas kesalahan mengandung diluar nikah ataupun berzina. Tapi kalau dia kata dia dirogol, maka kenalah dia buat laporan polis untuk membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol dan sebagainya. Atau dalam ertikata lainnya, dia kena yakinkan kepada mahkamah bahwa dia benar-benar dirogol, seperti adanya laporan polis dan disusuli dengan keterangan perubatan daripada doktor.

Kes sebegini pernah berlaku di zaman para sabahat r.a. (zaman Khalifah Umar al-Khatab r.a.). Dimana ada seorang wanita yang baik, tiba-tiba dia didakwa di atas kesalahan berzina. Maka dia pun membela dirinya di hadapan Khalifah dengan mengatakan bahwa dia dirogol semasa beliau bangun tengah malam untuk berqiamullail. Ketika beribadah itulah, tiba-tiba ada lelaki yang menceroboh masuk dalam rumahnya, lalu merogolnya. Tapi orang kata dia berzina, padahal dia bangun tengah malam untuk berqiamullail. Bila berlakunya fitnah sedemikian, maka tampillah beberapa orang sahabat untuk mempersaksikan kepada Saiyyidina Umar al-Khatab dengan mengakui bahwa wanita itu sememangnya kaki qiamullail. Bila dengar lagu tu, maka Saiyyidina Umar al-Khatab pun mengambil keputusan membebaskan wanita itu. Inilah pentingnya track record seseorang bagi mempengaruhi keputusan hakim. Jadi, bila Khalifah tengok track record wanita itu yang baik, maka agak sukar untuk mempercayai orang baik macam ni boleh berzina.

Sebab itulah kita kena jadi orang baik sebab ada untungnya. Contohnya, kalaulah ada fitnah timbul ke atas kita, maka payah masyarakat nak terima sebab track record kita menunjukkan kita orang baik, seperti kaki masjid umpamanya. Memangla kadang-kadang orang yang kaki masjid pun, ada yang jahat-jahat juga. Tetapi kebiasaan dalam penerimaan masyarakat kita, payah untuk orang percaya yang kaki masjid ni orang jahat. Sebab itu, kadang-kadang kita payah nak terima kalau kita dengar berita ada ustaz yang rogol anak dara orang, walaupun ustaz itu memang jahat sungguh. Tapi dengan title ustaz itu, membuat kita rasa sangsi akan kesahihan berita itu. Oleh sebab itulah muslimin/muslimat sekelian; adalah penting untuk kita mempunyai maruah dan latarbelakang yang baik, supaya apabila timbul pelbagai fitnah dan sebagainya, maka track record kita itu akan menyelamatkan kita daripada fitnah yang boleh merosakkan imej diri kita. ]

WALLAHU TA`ALA `ALAM.

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan