Qanun Jinayah Syar`iyah

Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 32(6) - 33.

Perkara 32 : Perlaksanaan Hukuman Hudud.

6) Untuk menjalankan hukuman hudud perlu dengan izin Imam (Ketua Negara), kerana hukuman hudud yang dijalankan di zaman Rasulullah s.a.w. adalah dengan izin Baginda, dan di zaman Khulafa` Ar-Risyidin pula adalah dengan izin mereka itu.

[ Inilah dia jawapan bagi puak-puak umno yang dok perlekeh sangat k`jaan K`tan/T`ganu; pasai apa tak buat-buat lagi hukum hudud?...Pengarang kitab ni tak kata pun dengan izin Ketua Negeri, tapi beliau kata dengan izin Ketua Negara. Jadi, kita nak tanya balik, "Ketua Negara hangpa sapa?"...Mahahaprak kan. Jadi, tolong tanya kat Mahahaprak hangpa tu; bila M`sia nak buat hukum hudud?...]

7) Hakim yang hendak menjatuhkan hukuman hudud ke atas orang-orang yang melakukan perzinaan disunatkan meminta penjelasan daripada mereka itu sebelum hakim tadi menjatuhkan hukuman hudud itu, kerana boleh jadi ia baru zina mata, atau baru zina hidung dengan mencium, atau baru zina tangan dengan memegang sahaja.

[ Jika dalam kes tertuduh membuat pengakuan bersalah (plead guilty), maka disunatkan kepada hakim yang mengendalikan perbicaraan tersebut untuk menyoal selidik dengan lebih terperinci kepada tertuduh tentang kesalahan yang dilakukan supaya mendapatkan penjelasan yang sebaik-baiknya. Ini adalah disebabkan kepastian perlu diperolehi untuk mempastikan bahwa perzinaan yang dilakukan oleh tertuduh adalah benar-benar perzinaan yang melibatkan kemaluan, dan cukup syarat-syarat persetubuhannya sepertimana yang disyaratkan oleh undang-undang jinayah Islam, yakni ghaib hasyafah daripada pandangan mata kasar akibat tenggelam dalam kemaluan perempuan. Jadi, bila berlaku keadaan sedemikian, maka barulah dapat disabitkan kesalahan zina ke atas tertuduh. ]

8) Tindakan hakim sebagaimana tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bersabit kes Ma`iz bin Malek yang mengaku di hadapan Nabi s.a.w. bahawa ia berzina, lalu baginda bersabda yang bermaksud, "Barangkali engkau baru mencium atau baru memegang sahaja, atau barangkali engkau baru melihat. Ma`iz menjawab : Tidak ya Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya : Adakah engkau muhsan?...Ma`iz menjawab : Ya aku sudah muhsan. Maka Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabatnya merejam Ma`iz." (Riwayat Al-Bukhari Subulus Salam:4/6)

[ Daripada hadith yang disampaikan oleh Imam al-Bukhari ini, bolehlah dijadikan sebagai satu teladan kepada kita bagaimana untuk menjalankan soal selidik ke atas tertuduh. Contohnya ialah bilamana Ma`iz bin Malek berjumpa dengan Nabi s.a.w. dan membuat pengakuan zinanya, maka Nabi s.a.w. telah mengemukakan beberapa soalan kepada Ma`iz bin Malek sepertimana yang dicatatkan di atas. Jadi, berdasarkan kepada kisah yang berlaku kepada Ma`iz bin Malek ini, ianya menunjukkan kepada kita bahwa konsep yang ada dalam agama Islam ialah seorang hakim hendaklah mencari ruang untuk membebaskan tertuduh daripada pertuduhan. Makna kata, tugas mahkamah dalam Islam sebenarnya ialah mesti mencari peluang untuk membolehkan si tertuduh dibebaskan. Dan apa yang kita lihat pada hari ini, tugas ini telah diambil-alih oleh para peguam. Bila berlaku satu perbicaraan misalnya, maka peguam yang ditugaskan akan sedaya upaya mencari peluang bagaimana nak menimbulkan keraguan supaya pertuduhan ke atas orang yang dituduh diragui.

Contohnya, katakanlah ada burden of proof (beban pembuktian) dalam satu kes jenayah yang dijalankan di mahkamah sivil, maka tugas peguam mestilah mengadakan bukti yang boleh melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt).

Manakala dalam undang-undang Islam pula, burden of proof itu dia ada 4 jenis :

i) yakin, iaitu yang disebut sebagai 100%;

ii) zhon, maknanya 75% berat kepada yakin tapi ada sedikit keraguan;

iii) yang 50-50 ini kita panggil "syak";

iv) waham, yakni tahap kepercayaan hanyalah 25% sahaja.

Jadi, bila kita bercakap tentang beban pembuktian (burden of proof) dalam undang-undang Islam seperti nak menjatuhkan hukuman hudud umpamanya, maka kita mestilah membuktikan kes itu kepada tahap "yakin" (100%) bahwa tertuduh itu benar-benar bersalah. Tak boleh ada sedikit pun keraguan dalam nak menjatuhkan hukuman dalam Islam sebab Nabi s.a.w. pernah bersabda bahwa, "Tertolak hudud dengan sebab adanya keraguan."...Inilah dia perbandingan diantara undang-undang Islam dan sivil.

Untuk menghangatkan lagi siri perbincangan kita pada kali ini, ustaz Jailani membaca beberapa procedure yang dipraktiskan dalam undang-undang sivil dalam negara kita pada hari ini. Iaitu bersumberkan daripada buku "Evidence, Practice and Procedure" karangan hakim yang kontroversi dalam negara kita pada abad ini, iaitulah S.Augustine Paul. Kita tengok apa yang ditulisnya dalam buku karangan beliau sendiri tentang "Burden of Proof" (Beban Pembuktian).

Beliau mengulas bahwa di dalam section 101 akta keterangan undang-undang negara kita menjelaskan bahwa "Burden of proof" itu ialah :

i) Whoever desires any court to give judgement as to any legal right or liability dependent on the existence of fact which he assert must proof that those fact exist.

ii) When a person is bound to proof the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.

....Maksudnya ialah beliau mengatakan bahwa mengikut section 101 akta keterangan undang-undang sivil dalam negara kita pada hari ini; jikalau seseorang itu mahu akan mana-mana mahkamah memberikan satu penghakiman untuk menunjukkan bahwa adanya hak undang-undang ataupun wujudnya sesuatu fakta yang dia mahu supaya mahkamah itu memberi penghakiman, maka dia mesti buktikan fakta tersebut dalam mahkamah.

Contoh dia macam ni; katakan kita nak saman satu orang yang berhutang dengan kita. Lalu kita nak mahkamah keluarkan perintah supaya orang tadi bayar balik hutangnya kepada kita. Maka dalam kes sebegini, kitalah yang kena bawa bukti bahwa si piutang itu berhutang kepada kita; bukannya orang yang di dakwa. Orang yang didakwa itu tak payah buat apa pun, seperti tak payah bawa mai resit ka apa ka untuk membuktikan kata dia dah bayar. Jadi bukan orang yang tertuduh itu kena buktikan, tapi kita sebagai penuduh yang kena buktikan bahwa dia berhutang dengan kita dan dia belum pernah bayar hutang kepada kita. Inilah dia beban pembuktian. Manakala dalam section 102 pula, si pengarang menyebut hal yang lebih kurang sama. Iaitu apabila kita sebagai pendakwa mengatakan seseorang itu telah melakukan suatu, maka undang-undang sivil akan menyuruh orang yang mendakwa itu mesti memberikan bukti menurut apa yang dia kata.

Okay sekarang kita balik pula kepada undang-undang syar`iyah sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w., katanya, "Beban pembuktian itu terletak di atas bahu pihak yang mendakwa!"...Contohnya, katakan seorang isteri nak saman suaminya atas dakwaan bahwa suaminya menceraikan dia. Maka isteri tersebutlah yang kena bagi bukti dalam mahkamah seperti adanya saksi, surat, tape recorder atau apa saja yang boleh dijadikan sebagai bukti yang menunjukkan bahawa suaminya telah menceraikannya. Begitu juga kalau kita tuduh seseorang berzina, maka kitalah yang kena bagi bukti. Orang yang dituduh tak payah bagi bukti. Selagi kita gagal untuk membuktikannya bahwa orang itu bersalah, maka dia tak perlu bercakap apa-apa.

Sebab itu, kalau kita pergi ke mahkamah dan mengikuti satu perbicaraan kes curi umpamanya; kita akan lihat pengadu akan beri keterangan, selepas dari itu baru polis beri keterangan iaitu pegawai penyiasat, kemudian kalau ada juru gambar, dia juga turut kena bagi keterangan dalam mahkamah. Bila habis semua saksi yang dibawa oleh polis beri keterangan, barulah tutup kes di peringkat pendakwaan. Dan kalau mahkamah kata pihak polis gagal meyakinkan kes tersebut clear ataupun beyond reasonable doubt, maka mahkamah akan memutuskan bahwa yang tertuduh akan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri. Tapi kalau pihak yang mendakwa boleh bagi cukup bukti, maka barulah berlaku submission iaitu kedua-dua pihak berhujjah. Inilah prinsip yang ada dalam mahkamah sivil, dan ia serupa sepertimana yang diamalkan dalam mahkamah syar`iyah atau undang-undang Islam, samada dalam negara kita ataupun daripada Nabi s.a.w..

Kemudian ustaz Jailani menceritakan satu kes yang dikendalikan beliau sendiri sebagai contoh. Dimana ustaz Jailani mewakili seorang isteri yang nak saman suaminya dan menuntut cerai secara fasakh (pembubaran perkahwinan oleh mahkamah). Alasan siisteri ialah suaminya gila. Lalu ust Jailani pun tanya, "Apa benda yang berlaku sehingga menyebabkan kamu kata bahwa suami kamu gila?"...Dia kata, "Yang pertamanya, dia pernah dirawat beberapa kali di hospital P.Pinang. Kemudian yang keduanya, ada beberapa insiden pelik yang suami saya buat. Antaranya kalau dia masuk bilik air, tak pernah dia tutup pintu. Kemudian satu hari semasa kaum keluarga berkumpul ramai-ramai dan semua orang pakat tidur di ruang tamu ramai-ramai, dia boleh pi selak kain mak mentua dia. Kemudian tu ada satu hari sama macam tu juga iaitu kalau tak silap saya masa Hari Raya, bila berkumpul dan tidur ramai-ramai, tiba-tiba mak penakan saya pula jadi mangsa."...Jadi bila berlaku macam tu, kita kena bagi bukti yang mengatakan bahwa si suami itu gila. Masalahnya disini, siapa yang boleh buktikan dia gila di depan hakim?...Adakah si isteri yang menjadi client kepada ustaz Jailani itu sendiri boleh membuktikan?...Tak boleh tuan-tuan, sebab siisteri itu hanyalah seorang layman (orang yang tak reti dalam bab medical). Dia seorang biasa yang tak tahu tentang istilah sains perubatan, untuk menentukan samada orang itu betul-betul gila atau orang itu saja buat-buat gila. Dia tidak ada kemahiran dalam bidang itu. Jadi, ustaz terpaksa panggil seorang pakar perubatan dalam penyakit mental untuk di cross-examine di dalam mahkamah syar`iyah. Tanya ustaz kepada pakar tersebut, "Apakah penyakit yang dialami oleh si suami?"...Lalu doktor itu mengesahkan bahwa pada peringkat awal si suami ini akan mengalami satu keadaan murung. Kemudian dia akan sampai ke satu tahap bila dia tidak lagi dapat control keadaan kemurungannya, maka dia akan mendapat satu penyakit yang dinamakan "schizophrenia". Lalu tanya ustaz Jailani lagi, "Apakah symptom yang akan dialami oleh pesakit yang mengalami penyakit schizophrenia?"...Maka kata doktor pakar itu, "Antaranya ialah bila masuk bilik air, dia tak akan tutup pintu. Begitu juga bila dia buka pakaian, dia tidak akan ada rasa malu lagi. Dan dia rasa orang boleh baca apa yang ada dalam fikirannya. Kemudian dia juga boleh dengar seolah-olah ada suara perempuan memberi arahan kepadanya. Dan dia akan ikut arahan suara perempuan tadi. Inilah bukti yang menunjukkan dia tidak boleh control dirinya sendiri."...Kemudian ustaz Jailani tanya lagi, "Adakah orang macam ni boleh sembelih dan bunuh orang sepertimana yang kerap berlaku dalam masyarakat kita hari ini?"...Doktor tu kata, "Ya, boleh."...Inilah yang dipanggil penyakit "schizophrenia" tu tuan-tuan. Jadi, kita kena bawa saksi pakar (expert witness) untuk menyatakan bahwa orang yang dituduh itu benar-benar sakit gila. Tak cukup kalau kita hanya bawa siisteri untuk bagitau suaminya itu suka telanjang. Dan tak cukup juga untuk dibuktikan dalam mahkamah kalau kita bawa kedua-dua mak mentua dan mak penakan dia untuk menceritakan dalam mahkamah bahwa memang orang tu gila sebab suka selak kain; tak boleh lagu tu tuan-tuan. Sebab suka selak kain ni, dia ada 2 kemungkinan. Iaitu samada pelaku itu gila ataupun jahat. Jadi untuk kata dia ni gila atau jahat, maka kita kena bawa saksi pakar untuk buat clarification.

Jadi kalau kita tengok balik dalam ajaran Islam sekalipun, dimana Nabi s.a.w. berkata, "Penuduh hendaklah memberi bukti apabila dia mendakwa sesuatu fakta telah dilakukan oleh seseorang."...Maka begitulah juga dalam mahkamah sekular yang diamalkan dalam negara pada hari ini, yang mana dalam akta keterangan yang dihuraikan pula oleh S.Augustine Paul; dia juga mengatakan bahwa beban pembuktian itu adalah terletak di atas pihak yang mendakwa sesuatu fakta.

Okay sekarang mai kita tengok apa yang berlaku apabila terjadinya peristiwa gempar di Amerika 9/11/01 baru-baru ini. Yang mana kita boleh lihat macamana perangai Amerika ini sebijik macam perangai pemimpin-pemimpin umno yang dok ada dalam negara kita hari ini. Terus terang kita kata serupa sebab belum apa-apa lagi, depa dah kata bahwa ini adalah kerja puak extremist Islam. Padahal kalau kita nak timbulkan doubt, memang banyak boleh kita timbulkan. Sebab tak semestinya puak berani mati Mujahidin yang buat, sebab dengan kapalterbang ni, orang yang tak berani mati pun boleh buat jugak. Kalau orang yang berani mati buat, dia akan buat macamana pejuang Palestin buat ke atas post-post kawalan tentera yahudi tu; iaitu dia bawa kapalterbang dan terus dirempuhnya ke arah target, yang mana dengan dia-dia sekali mati. Tapi kalau orang yang tak berani mati buat, dia akan gunakan auto-cruise yang ada pada kapalterbang untuk set daripada jauh lagi. Kapalterbang itu boleh pi sendiri bila berapa degree nak terbang dah di set dan nak menghala ke arah mana pun dah di set. Ini memungkinkan si perampas kapalterbang itu dah terjun lebih awal daripada itu; boleh jadi jugakkan. Tapi kalau Amerika nak kata jugak bahwa ini adalah perbuatan militan Islam, maka dia kenalah bagi buktinya dulu. Kalau dia kata ini angkara Osama bin Laden, maka dia kenalah bagi bukti bahwa Osama yang buat kerja ni. Tapi oleh kerana keangkuhannya, Amerika sendiri tak pakai dah undang-undang ciptaannya sendiri. Dia tetap kata Osama yang buat.

Tapi apa yang kita lihat sekarang bilamana Amerika tidak dapat sokongan sepenuhnya dalam misi mereka kali ini. Mereka mengalih dengan bijak menggunakan cara yang lain pula, iaitu mengatur perang saraf sesama umat Islam itu sendiri. Mereka memperbesar-besarkan keganasan toliban ke segenap penjuru negara orang Islam supaya apabila mereka menyerang Afghanistan nanti, kerajaan toliban akan keseorangan tanpa mendapat simpati. Tapi mereka merancang, ALLAH SWT juga merancang. Lihat macamana rakyat Amerika sendiri hari ini bangun memprotes langkah yang diambil oleh Presiden mereka, dengan beribu-ribu penunjuk perasaan keluar ke jalan-jalan raya utama.

Tapi apa yang kita nak kata tentang sikap Islam dalam isu ini, memang jelas. Kalau kita bunuh orang awam, Islam haramkan. Contohnya adalah seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu. Katalah kita berada pada waktu itu; lalu bila kita dengar ada orang Melayu disembelih di KL, ada orang perempuan Melayu dibelah perutnya oleh cina di KL, ada orang Melayu bila keluar daripada pawagam dibelah kepala mereka dengan kapak; bila kita dengaq lagu tu dalam radio ataupun daripada kawan-kawan kita yang baru balik daripada KL, maka bolehkah kita pula pi ambik kapak dan tetak pula cina jiran sebelah rumah kita?...Tak boleh tuan-tuan sebab cina sebelah rumah kita tu bukannya cina hat dok buat jahat di KL tu. Tak sama tuan-tuan. Islam melarang kita mengambil tindakan yang melulu sepertimana kita dengaq cina sembelih orang Melayu di KL, tiba-tiba kita di sini ambik parang nak sembelih cina sebelah rumah pulak. Tindakan kita itu menjadi haram hukumnya tuan-tuan. Islam tak pernah ajar kepada kita benda-benda lagu tu. Kecualilah kalau cina sebelah rumah kita tu mulakan sengketa dulu. Kita tengok di luar rumah, "Aeiii! Lagu satu macam punya dok berimpun nampak!..."...Kemudian kita nampak depa menuju ke arah rumah kita, maka itu lain sudah ceritanya. Tapi kalau depa suami isteri dengan anak-anak duduk elok-elok sebelah rumah kita, tapi tiba-tiba kita nak pi bakar pula rumah depa, maka Islam melarang perbuatan macam tu.

Berbalik kita pada cerita Amerika tadi; pasai apa semua orang pakat bersorak seronok tengok Amerika kena attack termasuklah orang-orang yang bukan Islam?...Ini adalah disebabkan dasar luar negara Amerika itu sendiri yang suka sangat campur tangan dalam permasalahan di negara-negara lain. Apakah kita sudah lupa apa yang Amerika buat kat Hiroshima dan Nagasaki?...Akibat daripada ledakan bom atom yang digugurkannya, menyebabkan ratusan ribu yang terkorban. Kita boleh baca dalam paper macamana pengalaman rakyat M`sia yang ada di Jepun pada masa itu, bagaimana dia menceritakan macamana dia sendiri tengok api yang berjalan atas darat. Sehingga dia menyelamatkan diri dengan menyelam dalam air, kemudian apabila dia naik kembali ke atas permukaan air, didapatinya habis semua perahu hangus dijilat api. Inilah dia ngerinya bahana bom atom. Perbuatan sapa tu?...Amerika.

Kalau kita cerita pasai Iraq pula; semua orang tahu apa yang Amerika buat kepada Iraq. Sehinggakan kulit-kulit dan tulang-tulang manusia melekat pada dinding-dinding akibat terkena ledakan bom yang terlalu panas. Perbuatan sapa tu?...Amerika. Oleh sebab itu, kalau Amerika kata dia anti keganasan, sebenarnya dialah bapa kepada segala pengganas.

Tapi apa yang paling pelik sekali berlaku ialah tiba-tiba keluarnya dalam paper di luar negara yang mengaitkan gerakan Islam di M`sia dengan apa yang berlaku di WTC, Manhattan, USA. Inilah antara benda-benda yang pelik yang pernah berlaku dalam dunia di abad ini. Iaitu kita nampak seolah-olah ada suatu persefahaman wujud di antara pemimpin-pemimpin BN di M`sia dengan golongan-golongan yang berkuasa di dunia sekarang ini untuk menghadapi gerakan Islam. Kalau memang inilah realiti yang berlaku pada saat ini, maka benarlah apa yang pernah dipesan oleh Nabi kita s.a.w. dan sering kali juga disebut oleh para ulama`, dimana kata Nabi s.a.w., "Bahwa akan tiba satu masa, dimana akan ada pemerintah yang menyesatkan rakyatnya. Pada masa itu, manusia akan berada di persimpangan; samada untuk mengikut kitabullah ataupun mengikut kesesatan."...Bila berlaku keadaan seperti yang disebut ini, maka berkewajipan ke atas kita ialah mengikut kebenaran daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. Sebab itu, kita mesti tegas, berani dan sanggup mengambil risiko untuk menghadapi keadaan-keadaan seperti ini. Sebenarnya iktibar yang boleh kita ambil atas apa yang berlaku mutakhir ini ialah memerlukan kesatuan semua pihak.

Umpamanya kita lihat persekitaran Osama bin Laden sekarang; walaupun di Afghanistan memang tidak dinafikan wujudnya perpecahan dikalangan para Mujahidin, tetapi kita bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih ada golongan Mujahidin di Afghanistan yang sanggup bagi perlindungan kepada Osama bin Laden. Sebab apa kita bersyukur?...Sebab sekarang ni nak cari satu orang macam Osama memang payah dah. Bayangkan tuan-tuan, seorang yang multi-billionaire boleh sanggup duduk dalam keadaan yang diselubungi dengan ketakutan. Kalau kitalah; tarak pasai nak pi duduk di celah-celah bukit tu aih, nak buat apa pi duduk dalam suasana peperangan; sedangkan kita kaya raya. Baik kita pi duduk di bungalow-bungalow mewah, baik kita pi kerap sikit melancung ke luar negara, baik kita naik kereta-kereta mewah sambil dikapit pula oleh wanita-wanita seksi, sebab kita dah kaya sangat. Tapi inilah contoh seorang hamba ALLAH yang dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah, tapi sedikit pun tidak dipandangnya hal kemewahan dunia yang sementara ini. Digunakan segala kelebihannya itu untuk sponsor seluruh pejuang-pejuang Islam di serata dunia. Inilah diantara satu peribadi yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT ke dalam diri beberapa orang pada zaman moden hari ini, yang sepatutnya kita ambilnya sebagai tauladan. Sebab kita percaya memang jarang nak jumpa dikalangan kita pada hari ini yang memiliki sifat sebagaimana Osama bin Laden. ]

9) Dalam kes zina, apabila orang yang didakwa berzina itu menarik balik pengakuannya sebelum hukuman hudud itu dijatuhkan ke atasnya disebabkan tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan zina ke atas orang yang didakwa berzina tadi, maka hukuman hudud itu tidak boleh dikenakan ke atasnya dan gugurlah hukuman hudud itu.

[ Kalau orang yang pada mulanya telah membuat pengakuan bahwa dia telah melakukan zina, tapi dengan tiba-tiba ditarik balik pengakuannya itu sebelum orang rejam dia, maka hukuman hudud ke atasnya hendaklah dibatalkan atau ditangguhkan. Tak boleh nak bunuh dia bila dia tarik balik pengakuannya sebab kesalahannya tadi adalah hasil daripada pengakuan bersalahnya itu. ]

10) Mereka yang telah mengaku berzina yang mungkin pengakuannya itu dalam keadaan fikiran yang tidak sihat, atau kerana terlupa menarik balik pengakuannya tadi, disunatkan bagi hakim menyindir-nyindir lebih dahulu, dan menyelidiki lebih lanjut pengakuan mereka itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersabit kes Ma`iz bin Malek untuk menjaga jiwa manusia supaya terhindar dari hukuman hudud.

[ Nampak tak tuan-tuan; walaupun kita kata wajib melaksanakan hukuman hudud, tapi terlebih dahulu kita kena cari peluang untuk membolehkan orang yang tertuduh itu bebas daripada hudud. Tetapi apabila sudah sabit kesalahan sehingga tak dapat lagi cari peluang untuk membebaskan dia, maka pada masa itu wajib dijatuhkan hukuman hudud kepada dia.

Tuan-tuan tau dak ada orang karat kata, "Pasai apa kita sibuk sangat nak buat hudud, sedangkan zaman Saiyyidina Umar r.a. dulu pun hudud tak dilaksanakan. Iaitu bilamana ada orang mencuri, Saiyyidina Umar tidak menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas orang itu sebab apabila Saiyyidina Umar check-check tengok, didapatinya pada masa itu negaranya sedang mengalami kemarau."...Nampak tak tuan-tuan, macamana orang ini menggunakan alasan Saiyyidina Umar tidak menjatuhkan hudud ke atas si pencuri kerana kemarau sebagai satu hujjah untuk mengatakan bahwa dalam negara kita hari ini pun tak perlu tergesa-gesa melaksanakan hudud. Orang macam ni pelik tuan-tuan sebab dia tak reti nak bezakan antara keadaan zaman Saiyyidina Umar itu dengan keadaan kita sekarang. Dia sendiri yang kata bahwa Saiyyidina Umar tak buat hudud disebabkan ketika itu negaranya dilanda kemarau, tapi sekarang ni negara kita kemarau ka?...Tak kemarau tuan-tuan. Jadi bila tak kemarau, maka jatuhlah hukuman hudud. Itu pun kalau cukup syarat-syaratnya. Tapi kalau tak cukup syarat, maka tak payahlah kena hudud. Itu saja. Janganlah sampai ada yang melenting-lenting kata, "Aaah! macamana dengan orang miskin yang ramai dalam negara kita, kalau depa mencuri?"...Kita nak bagitau kat orang macam ni, "Ya lah. Kalau orang tu mencuri kerana kemiskinannya. Dan dia pulak lapar tak ada apa nak makan, lalu dia pun mencuri di supermarket; kalau lagu ni punya pencuri, dia tak kena lah hukuman hudud. Tapi kalau pencuri tu bukan jenis orang miskin sebab adanya Merc, adanya h/phone, pakai pulak sunglass; maka kenalah hudud kepada dia sebab dia cukup syarat."...Jadi pasai apa orang jenis spesis lagu ni suka sangat timbulkan isu-isu macam ni seolah-olah dia tak faham ataupun dia sendiri sengaja tak mau faham antara suasana yang ada pada zaman Saiyyidina Umar al-Khatab dengan zaman yang ada pada kita hari ini. Lainlah kalau negara kita ini dilanda kemarau yang panjang sehingga susah nak cari makan, maka ramailah yang mencuri. Bila jadi keadaan sebegini, barulah hujjah di zaman Saiyyidina Umar itu boleh diguna-pakai.

Jadi, apa yang saya nak sebut disini ialah kita jangan mudah terkeliru dengan dakwaan daripada pihak yang sengaja enggan melaksanakan hudud dalam negara kita. ]

Perkara 33 : Menjalankan hukuman rejam.

1) Hukuman rejam bagi pesalah lelaki hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, samada kesalahannya disabitkan dengan saksi atau dengan iqrar (pengakuan), kerana Rasulullah s.a.w. tidak menanam Ma`iz bin Malek, dan dua orang yahudi ketika dijalankan hukuman rejam ke atas mereka itu.

[ Ma`iz bin Malek dihukum mengikut undang-undang Islam yang disyariatkan kepada umat Muhammad s.a.w.. Tetapi 2 orang yahudi yang juga dihukum rejam dengan batu sampai mati itu bukannya disebabkan undang-undang Islam. Tetapi ianya disebabkan dalam ajaran yahudi itu sendiri yang terkandung dalam kitab Taurat yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Musa a.s. menyatakan bahwa sekiranya orang yahudi yang berzina, maka wajib dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati.

Nampak tak tuan-tuan, macamana hukuman hudud yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w. di dalam masyarakat majmuk di Madinah. Jadi, serupalah juga kalau nak dilaksanakan dalam negara kita ini. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Datuk Seri TG Hj Abdul Hadi Awang, yang mana kata beliau kalaulah ada orang bukan Islam didapati bersalah, maka hendaklah ia direferkan kepada ajaran yang dianuti oleh pesalah tersebut. Kalaulah ada hukuman disebut dalam ajaran yang dianuti oleh tertuduh, maka dia akan dihukum mengikut apa yang disebut dalam ajarannya. Itu saja. Takkan ulama`-ulama` umno sendiri tak tau procedure tu sehingga nak suruh Datuk Seri TG Hj Abdul Hadi Awang perjelaskan dalam Parlimen. Kata dah negara Islam, tapi tak reti nak buat hudud. Apa punya negara Islam, kita pun tak tau?

Jadi berdasarkan kepada amalan Nabi s.a.w. yang tidak menanam Ma`iz bin Malek dan tidak mengikat kedua-dua orang yahudi yang didapati bersalah kerana berzina itu, maka sekiranya pada hari ini ada seorang lelaki muhson mengaku berzina atau ditangkap sebab ada saksi, maka hendaklah direjam dengan batu sampai mati dalam keadaan tidak ditanam dan tidak diikat. Memang akan ada sesetengah orang menganggap hukuman sebegini nampak seolah-olah ngeri sangat, tapi bagi orang yang pernah mengalami isteri/suaminya melakukan perzinaan dengan orang lain, dia akan mendapati hukuman sebeginilah yang paling memuaskan hatinya. Kita sebagai suami pasti tak boleh nak gambarkan macamana isteri yang kita sayangi boleh berzina dengan orang lain. Begitulah juga halnya dengan penerimaan seorang isteri, yang memang pasti tak boleh nak gambarkan macamana suaminya sendiri melakukan perbuatan terkutuk itu. Suami kahwin sorang lagi pun kita dah tak boleh nak terima, inikan pula suami pi berzina. Sebab itu, ALLAH SWT menetapkan satu hukuman yang paling adil kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan zina. ]

2) Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam sebahagian badannya, jika kesalahannya itu disabitkan dengan saksi. Cara menjalankan hukuman rejam ke atas pesalah-pesalah perempuan sebagaimana tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah daripada bapanya, katanya, "Bahawasanya Nabi s.a.w. telah merejam seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras susu perempuan itu untuk merejamnya." (Riwayat Abu Daud)

[ Cara nak kenakan rejam ke atas pesalah-pesalah perempuan yang didapati bersalah dengan cara 4 orang saksi ialah ditanam setakat paras dadanya. Antara hikmah kenapa kena tanam setakat paras dada ialah supaya aurat pesalah perempuan itu tidak mudah terbuka. Sebab sebagaimana yang kita tahu, orang perempuan ni pakaian mereka sangat mudah untuk menampakkan aurat jika nak dibandingkan dengan lelaki. Cuba tuan-tuan tengok orang lelaki masa dok berjalan kat tepi jalan tu; angin kalau tiup lagumana deras pun, memang payah pakaian kita nak terselak. Sebab keadaan fizikal kita memang lagu tu. Tapi bagi orang perempuan memang mudah sangat. Angin tiup sikit pun, kita dah boleh baca dah size dia. Sebab itu, Islam memberi satu kaedah bagaimana nak menjalankan hukuman rejam ke atas perempuan dengan tidak menjatuhkan kehormatan pesalah perempuan itu. ]

3) Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam yang disabitkan kesalahannya dengan iqrar (pengakuan perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam, tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka auratnya.

[ Perempuan yang mengaku berzina; walaupun dia tidak ditanam, tetapi pakaiannya kena ikat jugak. Sebab kita takut ketika berlakunya proses melontar tu nanti akan menyebabkan pergerakan yang aggresif, ini memungkinkan nampak auratnya. Maka bagi kaum perempuan, hendaklah diikat pakaian mereka supaya tidak terbuka aurat mereka.

Inilah dia kalau kita nak bandingkan undang-undang Islam dengan amalan undang-undang sekular pada hari ini, memanglah amat jauh bezanya. Sebagaimana yang kita pernah sebut sebelum ini pun, kalau kita tengok dalam penjara dalam negara kita hari ini, memang tak serupa amalannya sebagaimana yang diajar oleh Islam kepada kita. Dalam Islam walaupun orang itu berzina, aurat tetap dipeliharanya. Tapi dalam negara kita sepertimana yang berlaku kepada DSAI; disuruhnya berjalan tanpa seurat benang pun sehingga naik ke tingkat 3, dalam keadaan bergari. Inilah dia contoh yang dibuat oleh manusia yang tidak mempunyai akhlak Islamiyah. Kalau kita ada akhlak Islam, kita tidak akan buat aniaya kat orang sebegitu rupa. Kita kalau ada akhlak Islam, walaupun pesalah itu orang jahat mana sekali pun atau orang yang kuffur kepada ALLAH sekalipun, keadilan Islam tetap mesti kita tegakkan. Jangan jadi macam di Amerika dan negara-negara barat sekarang ni, yang mana habih masjid-masjid dibom dan dibakar sesuka hati mereka, walaupun depa sendiri tak tau sapa yang runtuhkan WTC tu. Inilah contoh macamana keadilan tidak disama-ratakan. Sehingga kita tengok, orang Sikh pun kena jugak. Tak pasai-pasai kawan tu kena, sampai dia tulis dalam sepanduk dia, "Sikh are not muslim. And Sikh are not Taleban."...Ni kes pakai serban punya pasai la ni. Padahal kita kalau tengok serban Sikh, kita boleh kenai dah. Mana serupa serban orang Sikh dengan serban orang Islam. Orang Sikh pakai serban dengan telinga sekali dia tutup, lepas tu serban dia dengan macam-macam color pulak tu. Tapi orang Amerika mana dia mengaji bab-bab tu; pantang nampak serban, nampak janggut, habih kena serang.

Jadi, kita sebagai orang Islam yang mengaji, jangan dok terikut-ikut dengan perangai suka buat aniaya kat orang, termasuklah perbuatan meruntuhkan bangunan yang ada orang awam di dalamnya, sebab ia tidak diajar oleh Islam kepada kita sedemikian rupa. Tapi kalau perbuatan itu dibuat oleh puak-puak pelampau Amerika itu sendiri, memang kita dah menjangkakannya. Pembunuhan ke atas Presiden John F.Kennedy misalnya; ini disebabkan J.F.Kennedy memperkenalkan polisi yang tidak menguntungkan yahudi, maka dia dibunuh. Bayangkan, Presiden dia sendiri pun dia sanggup bunuh, apatah lagi setakat nak bom WTC?...Itu hanya kerja mudah bagi puak-puak yang lagu ni.

Oleh sebab itu kita nak kata bahwa jangan kita tuduh sebarangan kecuali kita ada satu bukti yang benar-benar kukuh untuk menuduh seseorang itu; samada dalam kes liwat, kes zina, kes bom, kes rampasan senjata, kes mengedar dadah dan sebagainya. Kalau kita tengok satu hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi ini, pasti kita akan merasa takutnya untuk buat sebarang pertuduhan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Adalah lebih baik kita tersilap membebaskan orang yang bersalah, daripada tersilap menghukum orang yang tidak bersalah!"...Nampak tak tuan-tuan; Nabi s.a.w. sebenarnya dah ajar kat kita prinsip ini 1400 tahun yang lalu. Inilah dia cara Islam. Hanya kita saja yang tak mau membongkar khazanah ilmu hadith ini. Lalu bila orang Islam sendiri tak tau, maka konsep ini diambil dan diguna-pakai oleh orang-orang barat yang mengkaji, lalu dijadikannya undang-undang sivil. Sebab itu, orang-orang barat membuat pelbagai peraturan yang ketat sebelum pihak polis boleh pi tangkap orang. Contohnya seperti nak pi geledah rumah orang, polis mesti ada waran. Kalau nak ambik barang orang sebagai bukti, polis mesti kena ada search list (senarai bongkar). Bukan boleh ambik barang orang kemudian simpan kat kita, tak boleh lagu tu. Kalau polis rampas barang orang sekalipun, dia kena keluarkan search list, iaitu kena tulis dengan detail barang apa yang diambil.

Lalu ustaz Jailani menceritakan pengalamannya sendiri dalam mengendalikan satu kes yang serupa seperti perkara di atas. Semasa ustaz baru keluar daripda UIA dulu, antara kes yang mula-mula sekali dikendalikannya ialah kes judi. Ustaz kata biasalah bagi orang yang baru nak memulakan kerjaya, mana ada kereta lagi; masa tu dia hanya naik motor honda-cub c70. Bila sampai kat mahkamah majistret Kulim, dia parking motor kat bawah pokok jauh sikit dari mahkamah sebab malu ditengok nanti oleh client dia yang berbangsa cina. Sebab cina ni kita tahu perangai depa, dia bukan mau lawyer-lawyer yang pakai motor honda-cub ni. Lawyer yang depa mau mesti sekurang-kurangnya mau ada Honda Civic ka, Honda Accord ka (Accord baru la, kalau Accord lama tak aci!) atau Merc ka; perangai kebanyakan depa memang lagu tu (tapi tak semua la). Kemudian bila ustaz pi kat client cina dia tu, tiba-tiba cina tu marah. Lalu ustaz pun tanya, "Pasai apa marah-marah ni?"...Kata cina tu, "Macamana I tak marah kawan?...Polis masuk dalam bilik tidoq I, kemudian dia buka I punya peti besi. Duit I dalam peti besi tu ada RM30000, tapi dia tulis dalam search list hanya RM12000; mana pi lagi RM18000 I punya duit?"...Cerita macam ni, kita pun tak tahu siapa yang betoi. Mungkin polis tu yang betoi; cina tu saja nak buat cerita kata polis tu jahat, mungkin jugak. Tapi apa yang ustaz Jailani nak bagitau dalam cerita ni ialah kalau kita sebagai seorang pegawai polis yang diamanahkan oleh kerajaan untuk buat kerja mengikut keadilan, maka kita kenalah menjalankan tugas itu dengan penuh keadilan secara haq. Yakni kalau kita rampas duit towkey judi tu RM12000, maka secara ikhlas kena tulis dalam senarai bongkar itu RM12000 juga. Jangan kita rampas duit towkey tu RM30000, kemudian kita pi tulis hanya RM12000 sahaja; yang belen RM18000 lagi tu kita bahagi-bahagikan antara kita. Haaa!...tolong jangan buat kerja lagu tu tuan-tuan. Sebab setiap sumber pendapatan kita itu tadi akan disoal dimahkamah ALLAH SWT di negeri akhirat kelak. Itu yang kita takut tu. Serupa jugalah dengan tok imam tuan-tuan; masa dia tengah dok sembahyang-sembahyang tu, tiba-tiba dia teringat yang dia terlupa nak mandi wajib. Lepas tu bukan kata dia nak stop bagi orang lain jadi imam apa ka, tapi dia terus juga dengan sembahyang dia. Dia tak stop mungkin dia malu orang kata dia terkentut la kot; pasai tu dia teruskan jugak. Bila jadi keadaan lagu tu, maka berdosalah tok imam tu. Dan akan menjawablah dia dihadapan ALLAH SWT kelak. Bukan kata tok imam saja, malah siapa saja kita sekali pun; hang lawyer ka, hang ahli politik ka, hang ahli perniagaan ka, kalau hang buat satu perkara yang menyeleweng samada sedikit maupun banyak; maka siaplah hang sebab akan dipersoalkan dihadapan ALLAH SWT di negeri akhirat. ]

4) Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka itu hendaklah dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan orang Islam sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripda Buraidah mengenai mayat Ma`iz bin Malek yang mati direjam. Sabdanya, "Laksanakanlah mayat Ma`iz itu sebagaimana kamu laksanakan mayat-mayat dikalangan kamu." (Riwayat Ibn Abi Syaibah)

[ Jadi bagi mayat seorang pesalah tadi, walaupun dia seorang penzina yang melakukan salah satu daripada 7 dosa-dosa besar yang diharamkan oleh ALLAH SWT; tapi kalau dia mati, maka hendaklah diuruskan mayatnya mengikut sebagaimana mayat orang-orang Islam yang lain. Kita jangan pandang hina kat dia walaupun kita tahu dia pernah buat dosa besar, kerana dia mati dalam keadaan dia Islam. Oleh kerana dia mati sebagai seorang Islam, maka kita kena hormat kepada mayatnya sebagaimana kita hormat kepada mayat-mayat orang Islam yang lain. Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w..

Jadi, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma`iz bin Malek ini, maka jelas menunjukkan bahwa mayat penjenayah yang melakukan dosa besar sekali pun, kita mesti melayaninya dan melaksanakan ke atas mayat itu sebagaimana yang kita lakukan ke atas mayat-mayat orang Islam yang lain. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan