Bah I - Bab 2 - Fasa 2- Perkara 38 - 39

Fasal 2 : Qazaf

Perkara 38: Qazaf

1) Ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. (Nihayah al-Muhtaj: 7/139)

[ Kalau kita tuduh seseorang itu berzina, sedangkan dia belum pernah ada record berzina, maka itu dinamakan qazaf. Sebab itu, kita nak kata bahwa siapa yang buat aniaya kepada DSAI adalah zolim orangnya. Sebab apa kita kata zolim?...Sebab DSAI tidak pernah ada record perzinaan dalam mahkamah. Dia bukanlah orang jahat. Dia adalah orang biasa macam kita, tapi tiba-tiba ada dikalangan manusia jahat tuduh bahwa dia ada hubungan sulit dengan Shamsidar sehingga melahirkan anak luar nikah. Inilah contoh perangai jahat manusia. Orang yang buat kerja lagu ni, dia tertakluk kepada Qazaf.

Tapi orang kita biasalah, bila kita buat teguran, dia pun kata, "Oooi! takkan kerajaan tak reti kot dalam soal sebegini?...Depa pun ada alim ulama juga."...Okay kalau depa reti; mana dia bukti yang kata DSAI berzina atau meliwat?...Sebenarnya takdak bukti. Kalau takdak bukti, lebih baik duduk sengap, jangan dok bercakap tak tentu hala. Begitu jugalah dalam masalah KMM. Pemimpin negara kita kata dalam berita bahwa mereka ni terpaksa dikenakan ISA sebab didapati dalam soal siasat bahwa mereka terlibat dalam pembunuhan Joe Fernandez. Okay kalau betoi depa terlibat dalam pembunuhan Joe Fernandez, bawalah ke mahkamah dan kalau depa didapati bersalah, gantunglah depa. Tapi pasai apa depa ni tak dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan?...Inilah yang menunjukkan bahwa sebenarnya kerajaan tidak ada bukti seperti apa yang depa kata kepada masyarakat. ]

2) Qazaf dalam jinayah syar`iyah terbahagi kepada dua bahagian:

i) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil.

[ Sampai ke hari ini masih juga kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan; pakai kamera tak boleh ka?...Pasai apa kena pakai 4 orang saksi juga?...Pasai apa saksi kena orang lelaki?...Orang perempuan tak boleh ke?...Bukan ka zaman la ni orang perempuan lebih bijak daripada lelaki?...Dan bermacam-macam lagi yang kita dengar. Kalau nak dihurai satu persatu secara ilmiah, mungkin akan memakan masa yang panjang. Jadi apa yang kita nak bagitau secara ringkas ialah apa saja keputusan ALLAH, janganlah kita nak mempertikaikannya. Sebab kita hanyalah manusia yang bukannya cerdik tara mana sangat. Kalau kita berusaha nak mengkaji rahsiaNya, faddhal silakan, memang digalakkan. Tapi jangan sekali-kali mempertikai dan menganggap salah akan arahan daripada ALLAH SWT itu. Pasai apa?...Pasai Dia lebih tahu daripada kita.

Contohnya, macam ada sahabat-sahabat kita yang berbahas dalam masalah babi. Pasai apa babi tu haram?...Dok bahas benda lagu tu buat apa sampai terkeluar kata-kata yang tak menyenangkan sesama kita. Apa yang kita tahu, kalau ALLAH SWT haramkan satu-satu benda, ini bermakna bahwa keburukan dia lebih banyak daripada kebaikan. Apa keburukannya?...Kalau nak kaji, silakan, kajilah. Tetapi jangan sekali-kali mempertikaikan hukum ALLAH SWT...Kalau tak silap saya, hari tu ada satu article cerita pasai apa Islam tak benarkan makan babi. Ia adalah kerana dalam daging babi itu ada cacing pita. Cacing pita bila masuk dalam perut kita, dia akan pegang dengan kuat dalam usus sebab di kepalanya ada sejenis cangkuk. Kita buanglah air lagu mana pun, dia tetap tidak akan keluar daripada usus. Jadi, segala zat makanan yang kita makan, akan dapat kat dia dulu. Oleh sebab itu, antara symthom orang yang ada cacing pita dalam perut dia ialah dia akan jadi kurus. Makanlah banyak mana pun, dia takkan gemuk-gemuk. Jadi, sapa yang kuat makan tu, tapi tak jugak gemuk-gemuk, esok mau pi minta doktor check.

Oleh sebab itu, ada orang kata haram makan daging babi sebab dia ada cacing pita. Tapi persoalannya sekarang ada pihak bukan Islam mengatakan bahwa daging babi sekarang ni dah pun sterilised yakni dah bunuh habih dah kuman cacing pita. Jadi, adakah bila cacing pita itu dimusnahkan oleh teknik-teknik moden, maka dihalalkan makan daging babi?...Dak juga tuan-tuan, ia tetap diharamkan. Sapa yang kata halal, maka dia telah kuffur kepada ALLAH SWT. Jadi, apa yang penting yang kita nak bagitau di sini ialah benda yang tersirat disebalik hukum yang diturunkan ALLAH SWT, sesetengahnya memang tidak dapat dijangkau dengan pancaindera kita. Sebab kita ni memang tidak sebijak mana kalau nak banding dengan ALLAH SWT. ]

ii) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta`zir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.

[ Hukuman ta`zir maksudnya ialah bentuk hukuman itu diserah kepada kebijaksanaan kerajaan atau pemerintah; samada nak denda, nak penjara, atau nak macamana ka, terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. ]

Perkara 39: Hukum Qazaf.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80x sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." (Surah an-Nur:4)

[ Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil; ALLAH SWT telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.

i) Kata ALLAH, "Sebatlah mereka itu 80x sebat..."

ii) jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Kita tak boleh percaya orang lagu ni sebab dia seorang penipu. Ingat tak tuan-tuan masa "dia" kena sakit jantung hari tu?...Memang time tu dah kronik sangat dah sampai takdan nak pi buat pembedahan kat luar negara pun, sehingga terpaksa buat kat IJN; tapi kemudian selepas dia terlepas dari malapetaka tu, apa yang dia kata orangramai?...Biasala dengan muka slambernya, dia kata, "Saya buat kat IJN sebab saya cukup yakin dengan pakar-pakar tempatan."...Pembohong sungguh dia ni tuan-tuan. Padahal, masa tu memang dia nak mampuih dah pun. Takdan nak naik flight dah. Bukan kata nak pi England, nak pi Singapore pun takdan dah. Last sekali terpaksa dihambat ke IJN, tiba-tiba habag kat orang ramai, "Oooh! sebab saya percaya dekat pakar-pakar perubatan tempatan."...Penipu besaq betoi orang macam ni tuan-tuan. Tak boleh percaya orang lagu ni. Takyah la saya sebut nama dia. Tuan-tuan pun kenai siapa dia kan?...Alah, sapa lagi kalau bukan kawan karib kita yang senang lenang sekarang ni duduk kat Putra jaya tu. Inilah dia dasar penipu. Perangai ahli politik fahaman sekular, macam ni lah tuan-tuan; nak penipu aje kerjanya. Sebab definasi politik dalam fahaman sekular pun ialah menipu. Sedangkan Islam ajar kepada kita bahwa politik ini ialah menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama. Inilah siyasah politik cara Islam. Sepatutnya orang macam ni ALLAH kata jangan terima kesaksiannya buat selama-lamanya. Tapi apa yang berlaku hari ini, masih ada dikalangan masyarakat kita menyanjung dan masih percaya kepadanya. Ini menunjukkan bahwa kefahaman dalam ilmu agama telah menjadi begitu kritikal dalam masyarakat kita hari ini; sehingga tak reti dah nak membezakan yang mana orang amanah dan yang mana orang penipu.

iii) ALLAH melabelkan orang sebegini adalah fasiq. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan