Bah I - Bab 2 - Fasal 2 - Perkara 40 - 42

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 40-42.

Perkara 40 : Penuduh yang boleh dikenakan hukuman had qazaf.

1) Seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya adalah tertakluk di bawah 5 syarat:

i) Berakal (tidak gila);

[ Orang gila tidak boleh dikenakan hukuman hudud. ]

ii) Baligh (telah dewasa mengikut perhitungan syara`);

[ Orang lelaki kalau bermimpi sampai keluar air mani atau orang perempuan didatangi haid ataupun selewat-lewatnya berusia 15 tahun mengikut mazhab Imam Syafie rahimahullahu ta`ala, maka dikira sebagai baligh. ]

iii) kemahuan sendiri (tidak dipaksa);

[ Kalau dipaksa, maka tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Yang dimaksudkan sebagai "paksa" ni pula, dia ada syarat-syaratnya sendiri. Bukan kata pukoi semua terpaksa, maka gugurlah hukuman hudud ke atasnya; bukan lagu tu. Yang kata "terpaksa" di sini ialah ia berhubung dengan nyawa, maka barulah boleh dikatakan terpaksa. Contohnya katakanlah dalam kes perceraian; kita kena tau paksaan macamana yang boleh menyebabkan lafaz cerai menjadi sah dan paksaan macamana yang menyebabkan lafaz cerai menjadi tidak sah. Katakanlah ada seorang ayah memaksa anak lelakinya menceraikan isterinya dalam bentuk ugutan; kata si ayah tu, "Kalau kamu tak ceraikan isteri kamu itu, kamu jangan harap nak dapat harta aku nanti!"...Dalam keadaan lagu ni kalau si anak itu tadi ikut paksaan si ayah dengan menceraikan isterinya, tapi kemudian dia kata dia terpaksa, maka paksaan tadi tidak dikira. Maknanya, lafaz perceraian oleh si anak tadi, sah. Tapi kalau si ayah itu ugut dengan meletakkan pistol di kepala anaknya, lalu dia kata, "Kalau kamu tak ceraikan isteri kamu, aku akan tembak kamu. Biar mampus!"...Bila berlaku keadaan sedemikian, maka anak itu pun mengeluarkan lafaz cerai ke atas isterinya atas alasan nyawanya terancam. Adakah lafaz cerai itu sah di segi hukum syara`?...Lafaz cerai itu tidak sah, sebab anak itu dipaksa sehingga menggugat nyawanya. Inilah dia syarat-syarat paksaan yang perlu kita tahu. Iaitu keadaan macamana dikira sah mengikut hukum syara` dan keadaan macamana pula tidak dikira sah mengikut hukum syara`.

Bukan pasai apa tuan-tuan, sebab hari ni terlalu banyak sangat orang menggunakan alasan kerana dia terpaksa. Sikit-sikit terpaksa, sikit-sikit terpaksa. "Kalau aku tak buat lagu ni sat gi, aku tak dapat kontrak pulak. Habih macamana aku nak settle segala hutang piutang apa semua ni?...Hang boleh la sembang, pasai hang ada motor sebijik je. Aku sampai 4 bijik kereta ni, sapa nak bayar?"...Inilah dia antara contoh dilemma masyarakat korporat kita hari ini, sehingga dia sanggup bersekongkol dengan orang yang tidak diredhai oleh ALLAH SWT walaupun hatinya membantah. Adakah orang macam ni dia boleh buat excuse kerana terpaksa di depan ALLAH SWT nanti?...Mana boleh tuan-tuan, sebab benda tu bukannya terpaksa. Orang lain pun ada kereta jugak. Tapi hang pasai nak maintain hang punya bungalow sampai 10 bijik, kereta sampai 4-5 bijik, menyebabkan hang rasa terpaksa untuk bersama-sama dengan golongan yang menentang ALLAH SWT. Maka alasan darurat seperti ini tidaklah dikira sah mengikut hukum syara`. Yang dikatakan darurat atau yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita ialah berkaitan dengan nyawa. ]

iv) mengetahui haramnya qazaf (menuduh);

[ Keadaan seperti ini jugak akan terpakai dalam keadaan-keadaan tertentu. Contohnya katakanlah seseorang itu terasing jauh daripada masyarakat berilmu. Kehidupannya betul-betul terpinggir seperti sekolah takdak, masjid takdak, surau takdak, cikgu takdak, sehingga menyebabkan terputus hubungannya dengan ajaran agama yang asasi. Maka orang macam ni akan diterima alasannya kalau dia kata bahwa dia memang tak tau bahwa haramnya qazaf. Tetapi kalau orang macam kita ni yang cukup dengan maklumat terkini, ditambah pula dengan adanya pengajian-pengajian ilmu di masjid/surau, ada sekolah, ada yang mengaji sampai ke univ, kemudian keluar jadi jurutera, jadi doktor dan sebagainya; tiba-tiba bagitau bahwa kita tak tau haramnya qazaf, maka alasan ini tidak diterima. ]

v) bukan ibubapa dan datuk hingga ke atas kepada orang yang dituduh.

[ Bukan makna kata halal ibubapa dan datuk ni boleh buat aniaya sewenang-wenangnya kat anak cucu depa. Tapi nak katanya ialah dari segi hudud, gugur hudud ke atas mereka. Contohnya kalaulah bapa bunuh anaknya, maka perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar di sisi ALLAH SWT, tapi adakah si bapa itu akan diqisos kerana bunuh anaknya?...Jawapannya ialah tidak kerana hukuman qisos itu gugur. Begitu juga kalau si bapa itu menuduh anaknya berzina. Perbuatan tuduhan tanpa bukti ini tetap haram dan berdosa di sisi ALLAH SWT. Tetapi adakah si bapa itu boleh menerima hukuman hudud qazaf kerana tuduhannya itu?...Jawapannya juga tidak kerana gugur hukum hudud ke atasnya. Ini berdasarkan dalil dari suatu hadith Rasulullah s.a.w., sabdanya, "Kamu dan juga harta benda kamu adalah milik bapa kamu."...Maka para ulama` mengatakan bahwa dengan sebab adanya nas ini, maka dia menjadi syubhah kepada hukuman hudud. Dan seperti yang kita tahu bahwa hukuman hudud akan tertolak bila ada sebarang syubhah. ]

2) Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; mafhumnya, "ALLAH tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya." (Riwayat Bukhari dalam al-Sahih)

[ Inilah dalil bahwa kanak-kanak yang belum lagi baligh dan orang gila tidak ada dosa. ]

3) Seseorang yang dipaksa untuk membuat tuduhan (bukan dengan kemahuannya sendiri) menuduh seseorang yang lain berzina, tidak boleh juga dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "ALLAH mengangkatkan (menghapuskan) dosa umatku yang tersilap dan terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan." (HR Tabrani dari sanad yang sahih).

[ Inilah dalilnya yang menyatakan bahwa siapa buat sesuatu dalam keadaan tersilap, maka tidak akan dikira sebagai dosa. Contohnya katalah kita sedang sembahyang Isya`dan pada realitinya kita hanya buat 3 rakaat sahaja tapi atas keyakinan sudah buat 4 rakaat; maka adakah kita berdosa?...Jawapannya ialah tidak berdosa. Samalah juga dengan perkahwinan. Kita memang yakin perkahwinan kita sah, tapi tiba-tiba kemudiannya didapati tidak sah. Adakah kita dikira berdosa?...Jawapannya juga adalah tidak berdosa. Menurut ust Jailani, banyak masalah sebegini berlaku kepada pasangan yang berkahwin di selatan Thai. Contohnya, baru-baru ini berlaku kepada satu pasangan yang pergi ke Siam untuk mencari seorang tok imam yang boleh menikahkan mereka. Bila depa sampai ke satu kampung di selatan Thai, depa pun tanya kepada seorang penduduk di situ, yang mana satu rumah tok imam tersebut?...Bila lihat saja orang M`sia mai (berpasangan pulak), penduduk kampung tu boleh agak dah apa tujuan pasangan tersebut kalau bukan nak kahwin. Lalu penduduk kampung tu pun bawalah pasangan tersebut berjumpa dengan tok imam yang dimaksudkan. Lalu dipendekkan cerita, mereka pun dinikahkan. Tapi bila berlaku satu masalah, kemudian setelah dicheck kembali, maka didapati bahwa rupa-rupanya orang yang menikahkan pasangan itu tadi bukannya tok imam yang ada authority untuk bagi nikah orang. Nampak tak tuan-tuan macamana pasangan tersebut sudah kena tipu. Tok imam tersebut hanya menjual surat nikah dan mengambil upah menikahkan orang dalam keadaan yang tidak direstui oleh syara`. Jadi, adakah nikah pasangan tadi sah atau tidak sah?...Jawapannya ialah tidak sah. Kerana sesiapa yang bernikah di selatan Thai hanya dikira sah jika yang menikahkan kita itu ialah wali am yang dilantik oleh Sheikhul Islam (pegawai tertinggi agama di Thailand). Di bawah jabatan Sheikhul Islam itu tadi, dia ada pula majlis-majlis agama Islam

s20 (termasuklah majlis agama Islam Songkla). Kemudian di bawah majlis agama Islam Songkla pula, dia ada satu senarai wali am yang dilantik untuk menikahkan orang. Sapa yang dinikahkan oleh wali am ni memang sah. Kalau lain dari wali am, memang tidak sah. Jadi apa yang berlaku kepada pasangan tadi walaupun pernikahan mereka tidak sah, tapi adakah mereka berdosa?...Jawapannya adalah tidak berdosa sebab mereka dok ingat memang sah, sedangkan mereka ditipu.

Sebab itu, pada sapa-sapa yang nak kahwin dua tu, saya sarankan tak payahlah pi Siam. Kat M`sia pun boleh kalau tahu caranya. Dulu betoi, memang susah nak kahwin dua ni, sebab kena dapatkan persetujuan dari isteri pertama dulu dengan diturunkan tandatangannya. Atau kalau dia tak bagi, kita curi cap jarinya ketika dia tidur. Ni semua cerita dulu, la ni tak payah dah. Sebab la ni sapa nak kahwin lagi satu, dia tak payah dah minta izin dari isteri pertama (minta maaf banyak-banyaklah pada muslimat yang marah kat saya kali ni. Tapi yang saya nak habag adalah benda betoi). Kalaulah si suami apply untuk kahwin satu lagi, mahkamah akan tengok dulu ada dak keizinan dari isteri pertama?...Kalau ada, mahkamah akan automatik bagi teruih, takdak soal banyak dah. Tapi kalau isteri pertama tak bagi, haaah!...yang ni mahkamah akan check dulu. Tengok gaji si suami tu berapa; mampu atau tidak untuk dia berpoligami?...Kalau gaji dia bawah dari RM1000/- sebulan, mahkamah akan kata bahwa dia tak mampu. Kalau diukur dengan realiti dunia hari ini, hatta kalau gaji dia RM1000/- lebih sebulan pun, dia tak akan mampu. Pasai apa kita kata lagu tu?...Cuba tuan-tuan calculate tengok; katakan tanggungan ke atas seorang isteri ialah RM500/-. Kemudian anak pulak ada 5 orang, sorang RM200/-; jadi calculate-calculate tengok jumlahnya dah RM1500/-, tu tak campur dengan hutang apa semua lagi tu. Dan yang hat bini muda punya pun tak calculate lagi. Sebab itu, mahkamah kebiasaannya memang very strict dalam bab-bab macam ni kecualilah orang yang ada duit banyak. ]

4) Kanak-kanak yang belum baligh dan telah mumaiyiz yang menuduh seseorang berzina tidak boleh dikira sebagai kesalahan qazaf yang boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi kanak-kanak yang telah mumaiyiz itu wajib dikenakan ke atasnya hukuman ta`zir.

[ Ini bermakna budak kecik yang belum baligh, tak boleh kena hudud. Tetapi kalau dia mumaiyiz (umur dalam lingkungan 9-10 tahun, yang dah reti bezakan antara benda baik dan benda buruk), maka boleh dikenakan hukuman ta`zir ke atasnya. Ta`zir ini tujuannya ialah untuk mengajarnya supaya lain kali jangan buat kerja lagu tu. Nampak tak tuan-tuan macamana Islam ajar kita bagaimana nak handle masalah kanak-kanak. Dalam Islam, budak yang kecik sangat (belum mumaiyiz), dilarang untuk kita memukul mereka. Sebab kalau kita pukul jugak, maka ini akan menyeksa jiwanya dan tumbesaran perasaan psikologinya boleh terjejas. Tetapi kalau kita terlalu memanjakan sampai langsung tak pukoi atau terlambat nak pukoi dia sehingga dah besar panjang baru kita nak pukoi, pun tak boleh jugak. Dia akan jadi seperti "Anakku Sazali".

Sebab itu, Islam mengajar kita kalau buat sesuatu biarlah bertepatan. Nak pukul terlalu awal pun tak boleh dan terlalu lambat pun tak boleh. Kalau terpaksa kita pukoi, maka lakukanlah pada masa sepertimana yang diajar oleh Islam. Begitu juga dengan cara pukulannya, mestilah kita mengikut seperti yang Islam ajar. Jangan dok pi modify pulak Islam yang datang kepada kita ni. Kalau Islam kata mumaiyiz baru kita boleh bagi ta`zir, maka kita tengoklah dulu adakah dia mumaiyiz ka belum, sebelum kita pukoi dia. Nampak tak tuan-tuan macamana Islam mengajar kita supaya melaksanakan ajaran Islam berdasarkan dengan ketepatan hukum syara`. Jangan berlebih kurang dengannya. Kecuali kalau yang ada rukhsah (kelonggaran) di sisi Islam; yang tu cerita lain. Tapi yang pentingnya, hendaklah kita mengamal ajaran Islam mengikut ketepatan.

Sekarang ni kita boleh lihat mana-mana pun orang bercakap pasal Islam. Orang yang tak reti pasai Islam pun nak bercakap juga, malah yang bukan Islam pun turut sama. Baru-baru ni dalam tv muncul sorang pemimpin bercakap pasai Islam, katanya, "Pasai apa kita suka sangat guna masjid bercerita pasai politik?...Saya nak buat satu contoh. Tapi contoh ni kalau saya sebut, mesti orang marah. Tapi saya nak sebut jugak ni. Antara punca kita orang Islam berpecah belah adalah disebabkan kita suka bercakap politik dalam masjid. Pasai apa kita tak tiru macam hindu atau macam kristian, yang tak bercakap politik pun dalam tokong atau gereja mereka?...Sebab itu, mereka boleh bersatu-padu."...Nampak tak tuan-tuan macamana jahilnya orang melayu hari ini, sehingga dia nak bandingkan Islam ini dengan hindu/kristian. Takkan dia tak tau kot bahwa Islam ni amat berbeza dengan ajaran-ajaran lain?...Sebab itu, kalau tuan-tuan baca dalam beberapa buku tulisan beberapa orang ulama`, tuan-tuan jangan terkejut kalau mendapati sebahagian daripada ulama` ini tidak bersetuju kalau kita kata Islam itu agama. Sebab apa?...Sebab ada takrif yang menyatakan bahwa istilah agama itu sendiri merujuk kepada suatu ajaran yang sempit, iaitu ajaran tentang akhirat semata-mata. Sedangkan Islam itu satu ajaran yang datang kepada kita dalam bentuk duniawi dan ukhrawi. Semua ada di dalamnya. Ini berbeza dengan Buddha; yang hanya satu etika. Begitu juga kalau kita tengok dalam bible version Matthews 22:21, tertulis, "Render therefore to the ceasar what is ceasar`s, and to the god what is god`s."...Yang bermaksud, "Bagi kepada pemerintah apa yang kepunyaan pemerintah, dan bagi kepada ALLAH apa yang kepunyaan ALLAH."...Inilah dia ajaran kristian. Sebab itu, kalau paderi dia naik atas mimbar baca khutbah, bab dunia dia tak akan cakap. Sebab kristian adalah satu ajaran yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Dalam gereja, urusan keduniaan tak boleh cakap. Tapi dalam Islam, bila kita masuk masjid untuk berdakwah, kita akan bercakap dan buat teguran dalam semua urusan; samada akhiratnya, politiknya, sukan ka, hiburan ka dll. Inilah dia ajaran Islam. Jadi pasai apa kita nak tiru kristian?...Sebab itu, kita nak bagitau bahwa memang kita tak boleh samakan Islam dengan ajaran-ajaran lain.

Jadi bila berlaku lagu ni, maka kita nak bagitau bahwa antara syarat nak jadi pemimpin, mestilah fakih tentang Islam. Sebab muka-muka pemimpinlah yang banyak sekali keluar tv bercakap dan ini boleh mempengaruhi masyarakat. Tapi jangan salah tafsir pulak. Bukan kita kata nak jadi pemimpin ni mesti semua ustaz. Bukan lagu tu. Kalau hang engineer nak jadi pemimpin, silakan; tapi syaratnya hang mesti faham tentang Islam. Doktor kalau nak jadi PM, silakan; tapi syaratnya mestilah faham tentang Islam. Begitu juga kalau sorang lawyer nak jadi adun, silakan; tapi dengan syarat, mestilah faham tentang Islam. Takdak kata diskriminasi dalam bab ni. Yang kita ndak ialah bila kamu jadi ahli dunia, dalam masa yang sama kamu juga ahli dalam bidang akhirat. Inilah keseimbangan yang kita nak wujudkan dalam masyarakat Islam kita hari ini.

Cuba tuan-tuan tengok isu yang sedang hangat diperkatakan hari ini. Macamana beberapa pertubuhan Islam telah menghantar memorandum kepada majlis raja-raja, membantah tentang perangai beberapa orang penulis yang menulis tentang beberapa perkara yang agak sensitif kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Bila tengok muka-muka yang hantar memorandum tu macam pro-Pas aje, lalu muncullah sekoq badut dalam tv kata, "Penulis beginilah yang kita mahu sebab dia adalah penulis yang dinamik lagi progresif!"...Nampak tak tuan-tuan macamana singkatnya akai seorang pemimpin yang jahil tentang Islam. Sapa lagi kalau bukan pemimpin umno. Dulu pun pernah orang mempertikaikan salah seorang anggota Sisters In Islam kerana dia mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Islam. Dia nak bercakap pasai Islam, tapi tudung pun tak pakai. Bila orang hentam dia, tiba-tiba muncul hero umno membela. Kata hero tu, "Inilah contoh Islam yang moderate!"...Nampak tak tuan-tuan macamana puak-puak haprak ni nak tunjuk kata depalah bijak dengan menggunakan istilah-istilah canggih lagi mengelirukan. Awat tak kelirunye; cuba tuan-tuan buka kamus Oxford, dan tengok apa maksud perkataan "moderate" tu?...Kamus Oxford kata "moderate" itu adalah average in quality. Yang dalam bahasa melayunya ialah mutu yang purata. Jadi maknanya, anggota Sisters In Islam tu hanyalah orang Islam yang biasa saja. Tak le hebat pun kalau lagu tu. Begitulah juga kalau kita dengar ulama` yang moderate; maknanya ulama` yang mutunya biasa aje. Apa ni?...Tanya balik kat diri kita sendiri; adakah kita nak jadi seorang Islam yang mutunya biasa aje?...Tentu sekali tidak, tuan-tuan. Sebab saya nak jadi seorang Islam yang mutunya adalah yang terbaik. Begitu juga dengan tuan-tuan; betoi tak?...Tuan-tuan pun nak jadi seorang Islam yang soleh dan mukmin yang paling cemerlang; betoi tak?...Inilah sebenarnya cita-cita kita. Bukannya nak jadi biasa memanjang lagu tu je. Sebab itu, saya mengatakan bahwa istilah-istilah akhir zaman macam ni (dinamik, progresif, moderate) memang mengelirukan. Sebenarnya bukannya salah kalau nak guna istilah-istilah ni. Tapi kalau kita kaji balik istilah ni, kadang-kadang dia tak berapa sesuai kalau nak digunakan kepada ulama` mahupun penulis yang mendukung perjuangan Islam sepertimana yang diarahkan oleh ALLAH SWT kepada kita. Oleh sebab itu dalam tindakan kita, kita hendaklah make sure ulama` ataupun seseorang penulis itu menulis dengan ungkapan-ungkapan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Sekarang kita tengok pulak satu isu lagi, iaitu isu kebebasan berpakaian. Bila timbul isu ini di Singapura, tiba-tiba muncul sorang lagi menteri dalam negara kita, katanya, "Dalam negara kita, kita menjamin kebebasan berpakaian."...Sebenarnya, dalam Islam pun ia menjamin kebebasan berpakaian, tetapi tidaklah secara mutlak. Islam ada limitasinya. Pakaian jenis apa pun, pakailah. Kebaya ka, kebarong ka, t-shirt ka, seluaq ka, semuanya boleh. Tapi syaratnya, mestilah longgar dan jangan sampai mendedahkan aurat.

Tuan-tuan baca dak paper minggu sudah, yang menceritakan apa yang sedang berlaku di Kandahar sejak kebelakangan ni?...Macam-macam yang kita dengar. Dulu sebelum Toliban mai, kita pernah dengar adanya kegiatan homoseks. Kemudian masa Toliban perintah, depa kata Toliban keras sangat. Sehingga kita dengar Toliban sanggup tembak perempuan. Maka teraniayalah kaum perempuan ketika Toliban perintah. Ini semua sebenarnya adalah fitnah golongan barat nak memburuk-burukkan Islam. Sekarang bila Toliban takdak, apa yang berlaku di Kandahar dan wilayah-wilayah lainnya?...Homoseks yang berjaya dihapuskan oleh Toliban, sekarang ni dah aktif balik. Macamana tak aktif balik tuan-tuan, sekarang ni masyarakat Afghan telah didedahkan dengan tv satelite yang beroperasi 24 jam dengan 140 channel termasuklah rancangan-rancangan lucah. Siapa punya angkara ni?...Sapa lagi kalau bukan Amerika Syarikat.

Bila kita sebut Amerika ni, ingat tak tuan-tuan dengan konflik di Balkan tak lama dulu. Ingat tak macamana NATO yang didalangi oleh Amerika Syarikat campurtangan dalam konflik tu?...Kita masih ingat macamana ribuan umat Islam Bosnia disembelih oleh puak-puak Serbia begitu saja, akibat tak dapat mereka nak lawan balik sebab tidak dibekalkan senjata. Bila kita minta supaya dibekalkan Bosnia dengan senjata, tiba-tiba NATO sekat. NATO kata, "Kalau dibiarkan senjata diseludup masuk ke Bosnia, maka akan berlakulah pertempuran yang lebih dahsyat. Ini akan mengorbankan lebih banyak nyawa."...Nampak tak tuan-tuan, sebenarnya secara tak langsung, NATO dan Amerika Syarikat juga ada mengambil bahagian dalam etnic cleansing di Bosnia Herzegovina tempohari. Tapi kemudiannya bila sampai satu peringkat, bilamana ALLAH menggerakkan tenteraNya yang terdiri daripada mujahidin-mujahidin seluruh dunia pakat masuk ke Bosnia bagi menolong menentang puak-puak Serbia; sehinggakan satu ketika sebahagian besar daripada Bosnia Herzegovina dapat dikuasai kembali oleh pejuang-pejuang Islam, maka ketika itulah NATO bersama dengan Amerika masuk untuk campurtangan secara langsung dalam konflik ini. Ini keadaan sebenarnya yang berlaku tuan-tuan. Padahal kalau depa nak campurtangan, sejak dari awal lagi pun boleh. Tapi depa tangguhkan dulu, kerana nak tengok berapa ramai orang Islam disembelih sewenang-wenangnya oleh puak Serbia. Jadi, dari konflik di Bosnia lagi dah memang kita dah tahu bahwa yang kata Amerika Syarikat ni; dia tak akan campurtangan selagi dia tengok Islam rugi. Tapi kalau dia tengok keadaan sebaliknya (menguntungkan Islam), maka barulah dia campurtangan untuk mempastikan bahwa Islam tidak akan naik. Sebab itu, betullah apa yang ulama` kata bahwa Amerika ini adalah "The Greatest Satan" di mukabumi ini. Jadi kalau kita labelkan dia sebagai Syaitan yang terbesar atas mukabumi ini, maka kita kena terima bahwa dia adalah syaitan yang terbesar. Bukannya menjadikannya sebagai kawan karib pulak seperti kebanyakan kita pada hari ini. Sebab itu, kita kenalah berhati-hati dengan dakwaan-dakwaan seperti ini.

Berbalik kita kepada isu kanak-kanak pakai tudung di Singapura tadi. Kita pun tahu bagaimana mufti Singapura telah memberi satu fatwa bahwa apabila berlaku pertembungan antara akademik dengan aurat, maka kita kena lebihkan akademik. Dan saya telah pun baca posting dari sahabat kita saudara Hafiz Firdaus yang memberi hujjahnya menyokong fatwa mufti tersebut. Memang hujjah saudara Hafiz Firdaus dalam pandangannya berhubung dengan isu ini cukup berilmiah. Dan saya juga memang kagum dengan kehebatan ilmu yang ada pada mufti Singapura itu sebab memang banyak buku yang telah beliau karang dan telah banyak beliau terjemah berada dalam pasaran di M`sia ini. Tapi bagi saya, walaupun dia bagus dengan ilmunya, tapi dalam masalah aurat di Singapura, dia telah memberi satu pandangan yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Sepatutnya apabila kerajaan Singapura tanya kita (mufti) ketika mereka nak buat satu polisi bahwa orang-orang perempuan Islam tak boleh pakai tudung ke sekolah sebab boleh mengganggu intekrasi kaum di Singapura; maka kita sebagai mufti kenalah bijak menjawabnya dengan mengambil juga sumber daripada suasana di sekeliling. Cuba tengok orang Sikh; depa boleh pakai serban, takdak sapa kacau pun. Serban depa lagilah besaq. Takdak masalah pun. Tapi bila mai kat orang Islam, awat pakai tudung pun tak boleh?...Jadi bila kerajaan Singapura rujuk kepada kita (mufti) untuk minta pandangan, maka kita sebagai mufti yang menjaga hal ehwal agama Islam di Singapura, kenalah bagi satu pandangan yang boleh menyelamatkan aqidah dan syariat kita. Awat susah sangat ka nak kata tutup aurat itu adalah wajib dalam ajaran Islam, dan diperingkat kanak-kanak, ia amat digalakkan untuk membiasakan budak itu supaya bila dia baligh nanti, dia akan biasa dengan pakai tudung?...Susah sangat ka nak kata lagu tu?...Cuba tuan-tuan tanya kat budak-budak perempuan yang dulu depa tak pakai tudung, tapi la ni depa pakai tudung, "Apamacam suka ka pakai tudung?"...Jawapannya, gerenti depa nanti kata, "Hangatlah, gatai kepalalah!"...Sebab apa depa rasa lagu tu?...Sebab, depa tak dibiasakan sejak dari kecik lagi. Sebab tulah depa sat-sat rasa hangatlah, sat-sat garu kepalalah. Tapi kita kena ingat bahwa pemakaian tudung itu adalah ajaran Islam. Kita rasa hangat ka, kita rasa tak selesa ka, kita rasa malas ka; ia tetap kena pakai sebab ia adalah ajaran yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada kita. Sebab itu, kita kena banyak-banyak bersabar. Oleh sebab itulah jugak, kita kena asuh anak perempuan kita sejak dari dia kecik lagi supaya dia biasa pakai tudung. Takkan esok dia cukup umur, hari ini baru kita nak suruh dia pakai tudung?...Mampuih dia tak mau. Jadi kita kena biasakan anak perempuan kita dari peringkat awal lagi.

Bila kita tengok situasi mufti Singapura itu dalam isu di atas, teringat saya kepada 4 imam mazhab kita. Inilah bahananya kenapa mereka tolak tawaran-tawaran yang datang dari kerajaan mereka dahulu. Sehingga 3 daripada mereka disiksa kerana tidak mahu bekerjasama dengan pemerintah pada zaman mereka. Pasai apa mereka tak mau terima jawatan dalam kerajaan?...Sebab mereka tahu kalau mereka terima jawatan dalam kerajaan, maka mereka akan terikat dengan kehendak kerajaan. Sebab itu, mereka tolak untuk bekerjasama dengan pemerintah. Bila mereka tidak terikat dengan sesiapa, maka bolehlah mereka mengeluarkan pendapat-pendapat yang bebas daripada kepentingan pihak yang tertentu. Sebenarnya tuan-tuan, memang kita hormati pandangan ulama dan mufti ni, cuma syaratnya kita ndak supaya mufti atau sheikhul Islam itu memberi pandangan yang sesuai dengan kehendak ALLAH SWT. Itu saja. Kita tak mau berulangnya sejarah ulama ussu` dari kalangan kita sepertimana yang disebut Nabi s.a.w. dalam beberapa hadithnya. ]

5) Orang yang tidak mengetahui haram qazaf tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya, kerana di antara syarat-syarat orang yang menuduh seseorang itu berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf yang disebutkan dalam perkara 40 (iv) ialah orang yang mengetahui haram qazaf itu.

[ Yang ni kita dah perjelaskan tadi. Antara maksudnya ialah orang biasa macam kita ni dianggap sebagai sudah tahu akan haramnya qazaf. Lainlah kalau seseorang itu tinggal jauh daripada tempat pembangunan yang tidak ada sekolah, madarasah atau tempat ilmu; maka orang macam ni boleh diterima kemungkinan dia tidak tahu haramnya qazaf. ]

6) Jika seorang bapa atau ibu menuduh anaknya berzina, atau datuk hingga ke atas menuduh cucunya melakukan zina, mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 40 (v).

[ Jadi kita sebagai orang mukmin, untuk mengelak daripada sebarang tuduhan atau prasangka buruk, maka kita kenalah jaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang fitnah. Contohnya, katakanlah satu hari ada tetamu mai rumah kita. Kita sebagai isteri yang kebetulan hari tu suami kita takdak kat rumah sebab ada urusan, jadi kita duduk sorang-sorang kat rumah. Jadi, kalau ada kawan lelaki kita mai; apa yang perlu kita buat ialah jangan sekali-kali bagi dia masuk dalam rumah. Walaupun hanya setakat ruang tamu sekali pun. Sebab apa tak boleh?...Sebab ini boleh mengundang fitnah dan boleh menjadi punca keretakan rumahtangga kita. Kalau dia nak mai jugak, suruh dia cakap benda perlu saja, lepas itu suruh dia balik. Apa nanti orang kata kalau kita bersembang dengan dia depan pintu gate sampai setengah jam?...Mesti orang nanti kata punya.

Kita orang lelaki pun sama. Satu hari tu, isteri kita takdak, kita dok sorang-sorang kat rumah. Tiba-tiba datang kawan perempuan kita sepejabat mai hantaq satu benda ke rumah kita. Hantaq apa tuan-tuan kalau sampai sejam tak keluaq-keluaq daripada rumah?...Hangpa sembang apa sampai sejam?...Nampak tak tuan-tuan, macamana benda begini membawa fitnah kepada rumahtangga kita.

Jadi, benda lagu ni Islam mengajar kita khususnya melalui peristiwa Rasulullah s.a.w. berjalan bersama isteri baginda yang bernama Safiyah. Ketika mereka sedang berjalan tu, tiba-tiba bertembung dengan 2 orang sahabat yang kelihatan seolah-olah mereka nak lari daripada berselisih dengan Nabi s.a.w.. Jadi, bila Nabi s.a.w. tengok keadaan tu, baginda pun pi hambat 2 orang sahabat tadi. Lalu baginda bagitau, "Aku tadi berjalan dengan Safiyah, isteri aku."...Tapi kedua-dua sahabat tu jawab, "Ya Rasulullah, sebenarnya kami tak bersangka buruk pun."...Tapi kemudiannya kata Nabi s.a.w., "Walapun kamu tak bersangka apa-apa, tapi aku nak supaya hati kamu berdua aman daripada fitnah."...Dari cerita ni, kita sebagai orang Islam, kenalah jaga diri masing-masing daripada kemungkinan-kemungkinan berlakunya fitnah.

Tuan-tuan baca dak paper minggu sudah yang menceritakan bagaimana berlakunya pembunuhan ke atas seorang pensyarah UiTM. Sebenarnya benda apa yang berlaku, kita tak tahu, ALLAHU TA`ALA `ALAM. Tapi tanya diri masing-masing, "Kita suka atau tak suka; bila kita mati, tiba-tiba orang kaitkan kematian kita itu dengan seorang GRO?"...Kita rasa macamana mati lagu tu?...Punca sebenar berlakunya pembunuhan, memang kita tak tau lagi. Tapi bila disiarkan dalam paper, maka seluruh orang dalam negara baca dan tahu bahwa kematian kita ada sangkut-paut dengan GRO; seronok atau tak seronok kalau mati lagu tu?...Inilah yang kita dok bagitau tadi supaya elakkan fitnah. Paper bagitau, "GRO itu bekas pelajar si mangsa. Dia dibuang dari UiTM sebab bekerja sebagai GRO. Dan memang si mangsa minat dengan GRO tersebut."...Kita dalam kubur dah, tapi cerita tentang kita masih meluas dibaca satu negara. Macamana keadaan kita bila jadi lagu ni?...Sebab itu, kita dok bagitau, sejauh mana perhubungan si mangsa dengan GRO tu, memang kita tak tau; tetapi masalahnya sekarang ialah kematian kita tadi telah disertai oleh fitnah yang amat memalukan.

Sebab itu, Nabi s.a.w. mengajar kita dengan sabdaannya, mafhumnya, "Seseorang itu bergantung kepada agama orang yang baik dengannya."...Maksudnya, kalau kita nak tengok seseorang tu macamana, tengoklah pada kawan yang dia dok bersembang selalu. Ataupun pada hari kematiannya, kita akan tengok macamana gelagat kebanyakan yang hadir pada hari pengkebumiannya, maka macam tulah juga perangai si mati ketika dia hidup dulu. Kalau kaki race motor mati, hangpa nanti tengok geng depalah yang ramai. Nak ziarah jenazah, nak ziarah jugak, tapi dengan rambut berekoq, dengan satu macam punya jaket. Time orang sembahyang jenazah, depa buat derk aje kat luar masjid sambil dok balaih rokok. Begitulah juga kalau hari tu taik pit yang mati, hangpa akan tengok geng pit la jugak yang banyak masa time nak tanam tu. Jenuh kita dok control depa pulak, tak bagi isap rokok ataih kuboq. Dan begitulah juga kalau orang Pas meninggal, hangpa nanti nampak yang mai semua pakai kopiah satu corak je. Hijau putih aje yang nampak penuh masjid ketika menyembahyangkan jenazah. ]

Perkara 41 : Syarat-syarat orang yang dituduh.

Orang yang dituduh melakukan zina yang boleh dikenakan hukuman qazaf ke atas orang yang menuduh secara palsu mestilah orang yang dituduh itu mempunyai syarat-syarat berikut :

a) Orang yang dituduh tadi diketahui orangnya (dikenal pasti orang yang dituduh itu), sekalipun ia telah meninggal dunia (mati).

[ Maknanya, kita kena sebut identitinya ataupun directly kita sebut nama dia. Contohnya kita sebut betoi-betoi, si polan bin si polan berzina. Tapi kalau si penuduh tu mai-mai kat masjid, kemudian dia kata, "Tadi ada orang dalam masjid ni berzina!"...Dia tak specific pada seseorang, jadi ini bukan dinamakan qazaf. Atau dia kata, "Aku tau dalam kampung ni ada orang berzina!"...Bila kita tanya sapa dia, dia tak sebut nama pun. Maknanya dia sebut secara umum. Adakah ini disebut sebagai qazaf?...Tidak, tuan-tuan.

Sebab itu, bila kita tahu syarat-syarat qazaf ni, kita nak bercakap dengan orang lain pun senang. Sebab kita dah tau akan batasan-batasan tuduhan tadi. Misalnya kita nak bercakap dikhalayak ramai; kalau kita yakin dengan fakta yang kita nak cakap nanti, maka kita boleh sebut depan orangramai. Sekiranya kalau ada orang nak saman kita pun, kita boleh bertanggungjawab di atas fakta yang kita kemukakan. Tapi kalau kita tak tahu fakta tu betoi ka tidak, jangan dok pi gatai sebut dikhalayak ramai. Sat gi tak pasai-pasai orang saman kita, kita tak boleh nak jawab balik. Inilah caranya. Jadi, kita kena tau selok belok macamana nak berucap dikhalayak ramai, supaya kita tidak terdedah kepada dosa di sisi agama ALLAH SWT. ]

b) Orang yang dituduh itu seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya dari sebarang kejahatan.

[ Contoh yang paling baik ialah DSAI. Sebelum ni pernah dak beliau disabitkan dalam mahkamah sebagai orang yang pernah berzina?...Takdak. Record dia bersih. Adakah dia seorang kaki pelacur?...Dak jugak. Dia adalah seorang yang suci. Jadi, kalau dalam keadaan record dia begini bersih kita tuduh jugak dia berzina, maka kita telah melakukan kesalahan qazaf. Samalah jugak kalau kita tuduh dia meliwat, sedangkan dia suci. Kecualilah kalau dia seorang yang terbukti sebelum ini sebagai seorang yang pernah berzina. Contohnya, memang diketahui umum dia ni pelacur, tiba-tiba kita tuduh dia berzina; adakah boleh kita dihukum qazaf?...Tak kena tuan-tuan, sebab memang betoi dia pelacur. Ataupun seseorang itu pernah ditangkap berzina (katakanlah tahun sudah dia ditangkap), kemudian tahun ni kita tuduh dia lagi; adakah kita akan diqazaf?...Tidak tuan-tuan. Sebab memang dia ada record yang tak baik tahun lepas. Jadi, maksud suci itu tadi ialah orang yang tidak pernah didapati bersalah terlibat dalam perzinaan. Ataupun orang tu clear dari segi maruahnya. Kecualilah orang yang ada tohmah seperti pelacur dan sebagainya; orang macam ni dia bukan seorang yang suci kehormatannya.

Kalau kita tengok paper minggu sudah, kita boleh tengok macamana Jabatan Agama di sebuah negeri membuat serbuan. Depa dapat tangkap 30 pasangan dalam keadaan mengadakan persetubuhan haram di kerusi belakang kereta. Kemudian selang 2-3 hari pulak, timbul lagi cerita lagu ni jugak; kali ni seorang perempuan Melayu ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam. Dalam paper kata yang lelaki tu telanjang bulat dah, sementara yang perempuan tu pulak dalam keadaan separuh bogel. Yang perempuan tu baring atas kerusi, kemudian yang jantan bukan Islam tu naik atas dia. Inilah yang diberitahu oleh tok imam dan puak-puak polis, bila depa dok mengendap tengok. Sebab tu, ramai berebut nak jadi pencegah maksiat tu. Sebab boleh mengendap. Inilah benda yang berlaku dalam masyarakat kita setiap hari, tuan-tuan. Tu yang masuk dalam paper, sebab tu kita tau. Yang tak masuk paper pulak macamana?...

Sebab itu, kalau kita tergolong dalam golongan yang sensitif dengan agama, maka pakat-pakatlah kita sama-sama cegah kemungkaran. Sebab kalau nak harap 100% pencegah maksiat di P.Pinang ni buat serbuan setiap hari, memang tak boleh harap tuan-tuan. Sebab satu daerah, hanya ada seorang pegawai pencegah maksiat sahaja. Jadi, takkan dia nak serbu sorang-sorang. Tuan-tuan nak tau ka apa cara yang digunakan oleh pegawai-pegawai ni bila nak buat operasi?...Katalah minggu ni depa nak buat operasi di Seberang Perai Utara (SPU); jadi apa yang pegawai di SPU tu buat ialah dia panggil habih semua ketujuh-tujuh pegawai dari 7 daerah di P.Pinang ni pi buat operasi sekali dengan dia. Kemudian minggu depan bila depa plan nak buat di SPT; macam tu lah jugak, pegawai dari SPT nanti contact habih pegawai-pegawai lain. Bila depa operasi kat SPT, yang SPU kira lega la. Tu pun bukan buat tiap-tiap hari. Seminggu, sekali aje buat. Habih macamana nak selesai cegah maksiat kalau lagu ni punya keadaan?...Sekali nak buat operasi, kena kerah habih seluruh P.Pinang punya pencegah maksiat. Itu pun ditempat-tempat yang terhad sahaja. Sebab itu, kita kata bahwa memang kita amat-amat memerlukan kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat. Sekiranya kita nampak benda-benda maksiat atau benda tak baik berlaku depan mata kita, kita kena tegur. Masalahnya, berapa ramai antara kita yang sanggup buat kerja macam ni?...Kalau benda ni berlaku tepi jalan, sanggup dak kita stop kereta dan turun pi bagitau kat budak-budak tu, "Jangan buat benda lagu ni!"...Berapa ramai yang sanggup?...Tak ramai, tuan-tuan. Setengah tu ada yang kata, "Huh! biar pi la kat depa."...Inilah perangai kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Adakah depa tak tau dakwah tu satu benda wajib?...Depa tau, tapi pasai apa tak mau buat. Kalau kita nampak satu benda mungkar dan kita redha dengan benda mungkar itu, maka kita akan dapat dosa secara free daripada ALLAH SWT. Sebab itu, kalau kita tengok satu benda yang tidak baik, maka kena ada perasaan tidak redha dalam hati kita kepada keadaan-keadaan seperti ini.]

Perkara 42 : Menuduh orang berzina atau menafikan keturunannya.

1) Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau menafikan keturunannya, dimana orang yang menuduh itu tidak dapat membuktikan tuduhannya, maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman ALLAH TA`ALA dalam Surah an-Nur ayat 4.

[ Hukumannya ialah 80x sebatan, tak boleh terima kesaksiannya selama-lamanya dan dihukum fasik oleh ALLAH SWT...Nauzubillahi min zalik. Sebab itu, kita kena belajar agama dan faham supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Contohnya katakan dalam alam berumahtangga; sepatutnya kita perlu tahu apa itu zihar dan apa itu ilaa`. Ilaa` ni ertinya kita menolak tak mau setubuh dengan isteri dengan bersumpah. Contohnya, seorang suami kata kat isteri dia, "Wallahi, aku tak mau setubuh dengan hang!"...Ishhh! jangan dok buat perangai lagu tu, tuan-tuan. Kalau nak bergurau pun, takkan bersumpah sampai tara tu. Kita ni kadang-kadang nak bergurau, tapi tak kena gaya. Macam kita kata, "Emmph! abang tak mau tidoq lah.."...Kemudian pura-pura la ambik bantai pi tidoq depan tv. Saja aje kita buat perangai lagu tu sekali-sekali, pasai nak suruh bini kita mai pujuk tarik tangan ajak tidoq. Tuu je. Lagu ni takpa. Tapi yang kita takut ialah yang style bergurau pakai sumpah ni. Yang ni jangan dok buat tuan-tuan sebab inilah yang dikatakan ilaa`.

Kemudian kita tengok pulak apa yang dikatakan zihar. Zihar ini ertinya menyerupakan anggota tubuh badan isteri kita dengan mahram kita. Seperti menyerupakan punggung isteri kita dengan punggung mak kita. Ataupun menyerupakan muka isteri kita dengan muka anak kita. Ini adalah zihar. Apa hukum zihar tuan-tuan?...Yang pertamanya ialah kena membebaskan hamba. Yang keduanya ialah kena puasa 60 hari tanpa break. Kalau tiba-tiba hang pi break aje, hang kena ulang balik daripada mula....Mampuih la hang. Sebulan Ramadan pun dah tak larat, inikan pula 2 bulan. Bulan Ramadan boleh tahan jugak, pasai sama-sama kita tak makan. Tapi yang 2 bulan ni, hang sorang saja tak makan, orang lain makan. Boleh tahan ka?...Okay kalau hang betoi-betoi tak larat, hukuman akan berpindah ke yang ketiga iaitulah bagi makan kepada 60 orang fakir miskin. Dalam sejarah Nabi s.a.w., pernah seorang sahabat kena hukum kerana zihar. Yang sahabat tu hamba pun takdak, kemudian nak puasa 2 bulan pun tak larat dan akhir sekali dia terpaksa bagi makan kepada 60 orang fakir miskin. Itu pun dia tak mampu, sehinggakan terpaksa sahabat-sahabat lain tolong dia bagi makan kepada 60 orang fakir miskin. Nampak tak macamana beratnya hukuman zihar ni tuan-tuan. Cumanya dalam mazhab Syafie, dia agak ringan sikit. Ulama` dari kalangan mazhab Syafie kata bahwa kalaulah kita menyerupakan wajah isteri kita dengan mahram kita, dengan niat memuliakan, maka itu bukan zihar. Contohnya, katalah seorang suami kata kat isterinya, "Bila abang tengok muka Yang, abang teringat muka mak kat kampung."...Adakah ini zihar?...Mengikut mazhab Imam Syafie, ini tidak zihar sebab niat kita tadi untuk memuliakan. Lainlah kalau kita niat zihar, kata kat isteri kita, "Aku tak mau setubuh dengan hang pasai muka hang serupa dengan muka mak."...Ini zihar tuan-tuan. Begitulah juga kalau kita menyerupakan muka isteri kita dengan muka anak kita dengan niat memuliakan sebab seronok, maka ini juga bukan zihar mengikut mazhab Syafie. Tapi kalau dalam mazhab Maliki, kita sebut saja serupa, habih; memang zihar dah tu. Tak kiralah, hang memuliakan isteri ka, hang teringat mak kat kampung ka, bila hang menyerupakan anggota tubuh badan isteri dengan mahram, habih; dia kira zihar. ]

2) Jika tuduhan itu bukan tuduhan berzina, atau bukan pula menafikan keturunan, misalnya seseorang menuduh seseorang yang lain murtad, atau minum arak, atau mencuri, maka orang yang menuduh itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir.

[ Maksudnya kita tak boleh tuduh orang sembarangan kalau takdak bukti. Kalau kita nak tuduh jugak walaupun takdak bukti, maka kita akan terdedah pada hukuman ta`zir. ]

3) Jika tuduhan seseorang ke atas orang yang melakukan zina itu tidak cukup syarat-syarat yang membolehkan penuduh tadi dikenakan hukuman had qazaf, maka penuduh itu hanya boleh dikenakan hukuman ta`zir sahaja - tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

[ Contohnya, kita sorang saja yang nampak ada couple tengah berzina; adakah boleh dikenakan hukuman hudud kepada couple tersebut?...Sepatutnya boleh sebab kita betoi-betoi nampak dengan 2 bijik mata kita sendiri, tapi oleh sebab syarat tak cukup kerana saksi hanya sorang saja sedangkan dalam Islam mau 4 orang saksi, maka couple itu terlepas daripada hukuman hudud. Walaupun couple tu terlepas daripada hudud, tapi kita boleh hukum depa dengan hukuman ta`zir, dengan cara kita ubah tuduhan kepada muqaddimah zina atau cubaan melakukan zina. Bila tuduhan diubah, saksi sorang pun boleh pakai. Maka bolehlah mereka dita`zir dengan dihukum penjara, denda dan sebagainya. Tetapi untuk dikenakan hudud ke atas couple tersebut, tidak dibenarkan oleh hukum syara` sebab tak cukup syarat. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan