Bah I - Bab 2 - Fasal 2 - Perkara 43 - 47

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 43-47.

Perkara 43 : Menuduh orang berliwat.

Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan liwat tanpa sesuatu bukti yang boleh menyokong tuduhannya, samalah hukumnya seperti menuduh seseorang melakukan zina. Jika tidak sabit kesalahan orang yang dituduh itu mengikut bukti-bukti yang disebutkan dalam perkara 28 perenggan (i) dan (ii), maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang dikenakan ke atas orang yang menuduh orang yang berzina yang diperuntukkan dalam perkara 39, samada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau perempuan.

[ Apabila seseorang menuduh orang lain melakukan kesalahan liwat, samada menuduh orang lain meliwat atau menuduh orang lain diliwat (sengaja membiarkan dirinya diliwat), maka dalam hukum syara` jikalau tidak ada bukti sedangkan tuduhan telah pun dilemparkan; maka si penuduh tadi wajib dikenakan hukuman had qazaf, iaitu pertamanya hendaklah disebat sebanyak 80x sebatan, yang keduanya kita tidak boleh lagi menerima si penuduh tadi sebagai saksi dalam mahkamah selama-lamanya dan yang ketiganya ALLAH TA`ALA menghukum orang ini sebagai orang yang fasik dalam agama (maknanya orang yang jahat dalam kacamata agama). Ini adalah 3 bentuk hukuman yang dikenakan oleh hukum syara` kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan liwat sedangkan dia tidak dapat memberikan bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syara`. Sebab itu, sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf ini, maka dia telah melakukan dosa besar di sisi ALLAH SWT, sebab qazaf adalah salah satu daripada 7 dosa besar dalam agama kita. ]

Perkara 44 : Menuduh seseorang dengan tuduhan yang bukan perkara maksiat.

Seseorang yang menuduh seseorang yang lain dengan sesuatu tuduhan yang bukan suatu perkara yang maksiat. Misalnya seseorang mengatakan seseorang yang lain mandul, mati pucuk dan sebagainya, maka orang yang menuduh itu boleh dikenakan hukuman ta`zir, sekalipun tuduhan itu memang benar, kerana tuduhan itu memberi kesan buruk ke atas orang yang dituduh dan akan menimbulkan permusuhan dan sakit hati, dimana hukuman ta`zir adalah untuk menghalang dan mencegah berlaku suatu perkara yang tidak diingini.

[ Ini pula adalah qazaf yang tidak tertakluk di bawah hudud (di bawah ta`zir). Sebab qazaf hanya tertakluk di bawah hudud sekiranya ia menuduh orang lain berzina atau meliwat. Jadi, qazaf yang tertakluk di bawah ta`zir ini ialah apabila seseorang buat satu tuduhan yang bukan perkara maksiat tetapi ia adalah satu tuduhan yang sengaja untuk menyakitkan hati orang atau sengaja untuk menjatuhkan maruahnya. Maka hukum syara` mengatakan bahwa si penuduh tadi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir.

Seperti yang kita sedia maklum, didalam hukum syara` terdapat hukum asal. Daripada hukum asal (umum) ini pula terdapat pengecualian-pengecualian yang tertentu. Contohnya seperti dalam bab ibadah. Dalam ibadah, hukum umumnya ialah tidak boleh diperwakilkan. Maknanya, kalau kita tak sembahyang, maka kita sendiri yang berdosa. Orang lain tak boleh tolong sembahyang untuk kita. Jadi, amal ibadah dalam Islam, hukum asalnya ialah tidak boleh diwakilkan. Tetapi ada beberapa jenis ibadah yang boleh dikecualikan. Misalnya seperti wakaf. Wakaf boleh diwakilkan. Begitu juga dengan ibadah haji. Kita boleh wakilkan. Tetapi hukum umumnya, semua ibadah ini tidak boleh diwakilkan.

Samalah juga dengan mengumpat, yang hukum umumnya adalah haram. Maknanya, kita tak boleh mengumpat. Walaupun di dalam hukum umum mengumpat itu adalah haram, tapi dia juga ada pengecualian-pengecualian yang tertentu. Misalnya, katakanlah ada seorang isteri pergi jumpa Qadi untuk menceritakan tentang perilaku zolim suaminya terhadap dirinya. Adakah bila dia menceritakan keburukkan suaminya itu disebut sebagai mengumpat?...Tidak tuan-tuan. Sebab ini adalah aduan tentang kezoliman yang dibuat oleh suaminya kepada dia. Jadi, untuk mencegah kezoliman itu daripada berterusan kepada siisteri, maka hukum syara` mengatakan bahwa diharuskan pada isteri itu untuk menceritakan keburukkan suaminya kepada pihak yang berkuasa.

Jadi, samalah juga bila kita menceritakan tentang keburukkan-keburukkan orang yang zolim. Ini dibenarkan oleh hukum syara` walaupun hukum asalnya mengumpat itu adalah haram. Kita pun tahu bahwa cerita keburukkan orang lain adalah haram. Cerita benda yang tak baik pasai orang adalah haram. Cerita benda yang orang tak suka juga adalah haram. Tetapi hukum syara` mengatakan bahwa apabila kita bertujuan nak mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang itu, atau nak mencegah kezolimannya, atau nak tarik orangramai supaya jangan sokong orang yang zolim itu; maka ketika itu cerita tentang keburukkan orang yang zolim itu adalah diharuskan dalam hukum syara`. Jadi, dia ada beberapa pengecualian yang kita kena faham.

Sebab itu, bila kita tengok balik tentang tuduhan yang dilakukan dalam perkara di atas, iaitu walaupun tuduhan itu dibuat bukan atas perkara maksiat, tetapi hukumnya juga adalah haram. Ia menjadi haram sebab ucapan yang dikeluarkan itu adalah berniat sengaja untuk menjatuhkan maruah seseorang tanpa sebab yang diharuskan oleh syara`. Contoh yang baik ialah tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Iaitu isu memorandum yang dihantar oleh PUM, PUK dan ngo-ngo yang lain kepada majlis raja-raja Melayu bilamana ada beberapa orang penulis dalam akhbar arus perdana menghina Rasulullah s.a.w. dan para ulama` dalam penulisan mereka. Antaranya yang pernah ditulis oleh seorang yang menamakan dirinya Akbar Ali dalam The Sun, 21 Feb 2001; beliau mengatakan bahwa, "...mungkin serban mufti-mufti ini terlalu ketat sangat sehingga tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Sebab itu, mereka tidak berfikiran waras..."...Tu dia tuan-tuan. Punyala nak backup hindi power, sampai dia sanggup menghina para ulama` begitu sekali. Inilah satu contoh ucapan yang sengaja diadakan dengan bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang. Tak kiralah ucapan itu dituju kepada sapa, samada ulama` atau orang biasa; sekiranya ucapan itu bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang tanpa keharusan daripada syara`, maka hukumnya ialah orang seperti ini boleh dikenakan hukuman ta`zir. Tetapi yang sedihnya kita di M`sia hari ini tuan-tuan; kalau ada orang dengan terang-terang menghina ulama`, kalau ada orang tanpa segan silu lagi menghina orang yang baik-baik, kalau ada orang tiap-tiap hari menghina orang yang taat kepada ALLAH SWT, kalau ada orang menghina Nabi s.a.w., kalau ada orang menghina Islam; apa yang kita dapati ialah orang tak buat apa-apa pun. Buat derk aje. Inilah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

Tetapi kalau ada para ulama` bangkit dengan berani menghentam golongan yang zolim, atau menghentam orang yang menghina Nabi s.a.w., atau menghentam orang yang melakukan ucapan-ucapan yang disifatkan sebagai menghina agama; maka ulama` ini akan dicap oleh puak umno sebagai ulama` yang bercakap kotor. Bila depa cakap saja lagu tu, ini menunjukkan bahwa merekalah sebenarnya melayu mudah lupa. Mereka dah lupa bahwa Presiden depa sendiri pernah keluarkan perkataan "melancap" pada DSAI. Siap tunjuk dalam tv lagi. Dengan disaksikan oleh seluruh rakyat M`sia pulak tu. Ada dak mana-mana mufti bagi komen selepas tu?...Ada dak pejabat agama bagi komen selepas tu?...Ada dak jakim, jakun, ikim, haramjadah semua tu bagi komen selepas tu?...Takdak tuan-tuan. Sedangkan perbuatan serta ucapan "orang tua kutuk" tu jelas untuk menghina DSAI. Okay kalau betoi DSAI melancap, mana buktinya. Sunyi sepi ulama`-ulama` kerajaan ketika itu tuan-tuan. Sebab itu, kita kata bahwa inilah bahana ulama`-ulama` mazhab yang terdahulu tidak mahu menerima jawatan daripada kerajaan. Sebab mereka bimbang akan terikat dengan kepentingan kerajaan, maka mereka tidak boleh lagi bebas untuk menyatakan tentang sesuatu perkara yang benar mengikut pandangan mereka. Jadi, apa yang berlaku sekarang ni sebenarnya kerana ada muslihat-muslihat tertentu, termasuklah daripada golongan ulama` us-su` (ulama`yang jahat), yang ada kepentingan-kepentingan peribadi. Atas kepentingan inilah menyebabkan mereka sanggup bercakap atas nama agama tapi sebenarnya menyimpang daripada ajaran agama. ]

Perkara 45 : Cara-cara melakukan qazaf.

1) Dalam qanun jinayah syar`iyah, cara melakukan qazaf (menuduh seseorang berzina) terdapat 3 cara:

i) Tuduhan yang dibuat secara "Sarih" (terang/nyata), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan). Misalan-misalan: Wahai penzina, atau wahai orang yang berzina, atau bapa engkau berzina, atau ibu mu berzina.

[ Contohnya sepertimana puak-puak zolim tu tuduh dengan jelas bahwa DSAI mempunyai anak zina dengan isteri bekas kakitangannya. Mereka tuduh lagu tu sebab mereka dengar budak tu panggil papa dekat DSAI. Dalam qanun jinayah syar`iyah, bila mereka kata lagu tu, maka wajib ke atas mereka mengemukakan 4 orang saksi. Kalau mereka gagal mengemukakan 4 orang saksi, maka mereka dianggap telah melakukan qazaf dan berdosa besar di sisi ALLAH SWT. Mereka ketika itu wajib dikenakan hukuman had qazaf dengan dirotan sebanyak 80x sebat. ]

ii) Tuduhan yang dibuat secara "Kinayah" (qiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina dan selainnya. Misalan-misalan: Wahai pelacur, atau wahai orang yang melakukan perbuatan yang terkutuk dan keji, atau wahai orang yang jahat dan sebagainya.

[ Tuduhan sebegini menjadi tidak jelas sebab kalau kita sebut pelacur saja, dia dah jadi terlalu umum. Sebab ada pelacur yang memang menjual kemaluannya, dan ada juga pelacur yang berkhidmat secara oral seks sahaja (maknanya orang tidak menyetubuhinya) dan ada berbagai-bagai lagi. Jadi kalau kita guna perkataan "pelacur", dia tak berapa specific. Contohnya, kita tengok saja geng pondan. Ada pondan memang kerja dia bagi punggung dia kat orang. Ada pondan yang kerjanya hanyalah oral seks sahaja. Dan ada pondan yang jadi teman sosial sahaja. Dan banyak lagi jenih perangai depa. Jadi kalau kita kata dia pelacur, itu belum lagi satu tuduhan yang boleh menyebabkan kita dikenakan hukuman hudud. Sebab apa?...Sebab pelacur itu terlalu umum pekerjaannya.

Bila bercakap pasai pondan ni tuan-tuan; mai kita tanya pada diri kita sendiri, "Apakah perasaan kita bila bertemu dengan lelaki pondan ni?"...Terus terang kalau saya, memang saya geli. Jadi, tak tahulah saya macamana boleh ada segelintir jantan boleh suka kat jenih jantan lagu ni. Kalau kita tengok perempuan, tiba-tiba kalau ada perasaan suka kat dia; itu kira normal la tuan-tuan. Kita sebagai lelaki yang normal, mesti suka tengok perempuan. Tapi manusia akhir zaman sekarang ni berperangai pelik-pelik belaka. Lelaki sama lelaki pun jadi. Yang perempuan sama perempuan pun ada jugak. Bukan depa tak tau perbuatan mereka itu dikutuk dan dilaknat ALLAH SWT?...Tapi main dengan syahwah yang tidak normal, yang tidak dapat lagi dikuasai oleh akal yang waras, maka mereka sanggup juga lakukan benda terkutuk ni. ]

iii) Tuduhan yang dibuat secara "Ta`ridh" (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga, yang boleh memberi pengertian yang lain daripada zina sebagaimana yang dilakukan dalam perkataan Kinayah. Misalan-misalan: Isterimu sudah ku kacau, atau isterimu sudah ku musnahkan, atau rumahtanggamu sudah ku rusakkan dan sebagainya.

[ Sekiranya seseorang itu menyebut secara sindiran kepada kita, lalu kita pun rasa tak puashati. Dan sekiranya kita hendak supaya orang yang menyebut itu dikenakan hukum qazaf, maka kita mesti bagi bukti bahwa dalam kata-katanya itu dia berniat menuduh kita berzina ataupun meliwat. Begitu juga dalam hal kinayah. Tapi kalau disebutnya secara Sarih, maka kita tak perlu tunjukkan niatnya. Dengan perkataan yang dikeluarkannya itu sudah cukup untuk dia dikenakan hukum had qazaf. ]

2) Penuduh-penuduh yang melakukan kesalahan qazaf dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sarih tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39.

[ Inilah yang kita sebut tadi, sekiranya seseorang itu menuduh dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang Sarih tanpa bawa 4 orang saksi, maka wajib dia dikenakan hukuman had qazaf. Kita tak perlu lagi bagi bukti niatnya itu. Dalam istilah undang-undang sekularnya; mensrea kita tak perlu buktikan. Cukup dengan bukti actusreas (elemen fizikal). Apakah elemen fizikalnya dalam kes seperti ini?...Elemen fizikal dalam kes ni ialah ucapannya yang menuduh kita berzina. Jadi, bila kita boleh bagi bukti bahwa ada elemen fizikal (ucapannya yang mengatakan kita berzina atau meliwat), maka itu adalah bukti yang cukup untuk mengatakan bahwa dia telah melakukan kesalahan had qazaf. ]

3) Penuduh-penuduh yang melakukan kesalahan qazaf dengan menggunakan perkataan-perkataan "Kinayah" atau "Ta`ridh" yang disertakan dengan niat qazaf daripada orang yang menuduh, hukumnya sama seperti "qazaf sarih", iaitu wajib dikenakan hukuman had qazaf.

[ Kalau dalam kes kinayah dan ta`ridh, kita mesti bagi bukti yang berbentuk intention (mensrea) bahwa dia ada berniat jahat dengan menuduh kita telah melakukan zina, atau kita sebagai anak hasil dari perzinaan dan sebagainya. Jadi dalam kes sebegini, sekiranya kita boleh bagi bukti bahwa dia ada maksud untuk menuduh kita berzina ataupun meliwat walaupun dia menggunakan perkataan yang "berlapik", maka hendaklah dirotan 80x kepada sipenuduh itu. Tetapi kalau kita gagal membuktikan bahwa dia ada niat mengatakan kita berzina ataupun meliwat, maka sipenuduh itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah. ]

4) Jika penuduh-penuduh itu menggunakan perkataan-perkataan "Kinayah" atau "Ta`ridh" tidak disertakannya dengan niat qazaf, penuduh itu hendaklah dikenakan hukuman ta`zir, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

[ Maknanya kalaulah dia seronok-seronok tak pasai-pasai tuduh kita ni jahat ataupun dia tuduh kita ni keji dan sebagainya, maka dia hendaklah dikenakan hukuman ta`zir. Tetapi kalau kita melakukan tuduhan kerana semata-mata untuk menyedarkan kepada orangramai bahwa dia ni memang orang jahat yang mesti dijauhi, maka hukumnya menjadi terbalik pula, iaitu daripada haram menjadi harus. Dalilnya cuba kita perati dalam sirah Nabi s.a.w. ketika mana baginda berkata kepada mayat Abu Jahal, katanya, "Inilah firaun zaman sekarang!"...Jadi, sapa kata Nabi s.a.w. tak kata kat orang. Kata mengata ni memang fitrah manusia. Tapi kalau kita nak kata pun, mesti ikut cara Nabi s.a.w., iaitu dalam suasana yang diharuskan oleh syara`. Maknanya, Abu Jahal ni memang jahat sungguh sehingga Nabi s.a.w. samakan dia dengan firaun. Tapi kita hari ini kalau samakan perbuatan jahat seseorang itu dengan firaun, kita pulak yang kena marah. Kita dimarahi atas alasan bahwa Islam larang benda lagu ni. Jadi, yang mana satu kita nak ikut?...Nak ikut Nabi ka atau nak ikut hangpa yang tak mengaji ni ka?...Sedangkan Nabi s.a.w. mengajar kepada kita bahwa sekiranya orang itu memang seorang yang jahat yang kita mesti berhati-hati dengan dia, maka kita mesti bagitau kepada masyarakat bahwa dia ni orang jahat. Samalah juga kalau dalam masyarakat kita ni ada orang munafik, maka kita kena bagitau kepada orangramai bahwa dia ni munafik. Begitu juga sekiranya dalam masyarakat kita ada orang yang berpura-pura nak kepada Islam tetapi sebenarnya dia tak ndak kepada Islam, kita kena juga bagitau kepada masyarakat bahwa dia ni sebenarnya hanya berpura-pura dengan Islam.

Bila ust Jailani sebut tentang benda-benda di atas, tiba-tiba macamana tak tau dia teringat dengan isu Memali pulak. Ust kata dia sebagai peguam, memang banyak dia berkawan dan selalu berhubung dengan geng-geng PDRM ni, sehingga wujud kemesraan diantara beliau dengan mereka. Jadi bila isu Memali ini disiarkan balik oleh rtm, kata ust bahwa feedback yang didapatinya, majoriti anggota-anggota polis ini sebenarnya mereka pun tak suka bila disiarkan balik cerita Memali ni. Sebab mereka telah mendengar sendiri daripada mulut kawan-kawan mereka yang terbabit secara langsung dalam peristiwa berdarah tersebut. Macamana mereka dikhabarkan oleh seorang Inspektor yang terbabit dalam peritiwa itu; macamana dia sendiri menangis ketika mendukung seorang budak yang cedera ditembak, apabila mendengar dalam rumah yang diserang itu laungan "ALLAHU AKBAR!". Kata Inspertor itu, sebenarnya pertempuran itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam. Bila kedengaran laungan ALLAHU AKBAR bertalu-talu, menyebabkan beberapa anggota polis tak sanggup untuk menghadapi keadaan itu sehingga mengalir airmata mereka. Sebenarnya semua ini angkara sapa tuan-tuan?...Sapa lagi kalau bukan ahli-ahli politik yang zolim. Akibat daripada "tangan-tangan" jahat ahli-ahli politik inilah membuatkan pihak polis jadi mangsa cemuhan masyarakat.

Kalau betul-betul kerajaan nak tunjuk tentang kejahatan rakyat dalam negara sehingga menimbulkan huru hara; pasai apa depa tak tunjuk saja tayangan video peristiwa 13 Mei?...Inilah antara peristiwa berdarah yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Pasai apa depa tak tunjuk video macamana jentolak tengah dok tolak berpuluh-puluh mayat begitu saja?...Pasai apa tak tunjuk video macamana orang cina dok hambat nak tetak orang melayu?...Pasai apa tak tunjuk macamana orang melayu kepung orang cina dalam reban babi dan macamana dia dibakar bersama-sama dengan babi-babinya sekali?...Pasai apa tak tunjuk?...Sepatutnya depa mau tunjuk semua sekali biar semua orang insaf. Depa takut nak tunjuk sebab ditakuti kalau disiarkan video seumpama itu, ini boleh menimbulkan balik semangat 13 Mei. Depa takut kalau orang melayu tengok video macamana orang cina bunuh melayu, akan datang perasaannya nak balas dendam bunuh cina balik. Depa takut bila orang cina tengok video macamana orang melayu pi bunuh orang cina, maka datang perasaan nak tuntut bela balik apa yang berlaku pada tahun 69. Inilah sebabnya tidak ditunjuk video 13 Mei tu. Sebab takut membangkitkan semangat perkauman dikalangan rakyat M`sia. Samalah jugak bila peristiwa Memali disiarkan. Bila ditunjuk slot budak-budak dan orang perempuan angkat parang dan sebagainya; maka masyarakat hari ini semakin nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku?...Jadi, bila mereka pi siasat sendiri; antara maklumat yang mereka perolehi ialah mereka dapat tahu bagaimana penduduk Memali diperlaku sebegitu kejam oleh pemerintah ketika itu. Oleh itu, perasaan benci pada pemerintah dengan sendirinya akan datang. Maka sekaligus ia membabitkan pasukan PDRM. Sebab itu kita kata polis hanya jadi mangsa, sebab sebenarnya yang jahat bukannya pasukan polis; tapi yang jahatnya ialah pemimpin-pemimpin politik yang zolim. Depa inilah yang memperalatkan pasukan polis. Dan yang paling licik sekali ialah satu orang pemimpin yang sentiasa tidak ada dalam negara kalau dia tahu nak berlakunya satu peristiwa besar dalam negara. Tuan-tuan sendiri pun tahu siapa dia?...Dia nilah yang paling licik sekali. Kalau berlaku saja satu peristiwa besaq dalam negara, dia mesti takdak. Licik tak liciknya dia ni; ingat tak lagi tuan-tuan bila pemberita tanya kat dia tentang surat-surat yang mengfitnah DSAI; seperti surat yang kata DSAI ada anak zina, DSAI ni suka meliwat, DSAI ni ada affair dengan bini orang; ingat tak?...Bila pemberita ajukan kepada dia; dia pun kata itu semua nonsense. Dia kata, "Takdak bukti sebab kita dah confess bahwa itu adalah fitnah."...Tapi sebenarnya, dialah diantara kepala yang menjalankan rancangan untuk menjatuhkan DSAI. Ini dia perangai orang yang digelar "Maha Firaun" tu tuan-tuan.

Kalau tuan-tuan buka kitab tafsir al`Azim tulisan Ibn Kathir, kita akan jumpa dengan dua sifat nifaq (munafik). Yang pertamanya, ia dipanggil sebagai nifaq iqtikadi. Jenih ni, dia menjadi munafik sebab dari segi kepercayaannya. Ibn Kathir kata bahwa munafik seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang kuffur kepada ALLAH SWT. Orang macam ni kalau dia mati, maka dia mati dalam keadaan kafir dan akan duduk dalam neraka buat selama-lamanya...nauzubillahi min zalik. Dari segi penampilannya, puak ni memang susah untuk kita clarify. Sebab dia pun pakai serban macam kita, dia pun pakai jubah macam kita, sembahyang pun macam kita, pi haji pun macam kita, kulit sawong matangnya pun macam kita juga; tapi kepercayaan dalam dirinya, sebenarnya dia tak suka kepada ajaran Islam, samada kesemua ajaran Islam ataupun salah satu daripada ajaran Islam. Inilah dia munafik iqtikadi.

Manakala yang keduanya pula ialah nifaq amali. Kalau tuan-tuan nak kenal siapa tu munafik amali ni, dia ialah orang yang berpura-pura dari segi amalan. Depan orang, dialah paling baik. Tapi belakang orang, dialah bapak segala syaitan. Jenih ni pun rajin mai masjid juga. Rajin segala-galanya. Tapi kalau terlepas pi Phuket, dialah paling champion kepit betina kiri kanan. Orang macam ni, kita kena berhati-hati tuan-tuan sebab dialah munafik amali. Kata Ibn Kathir bahwa munafik amali adalah antara dosa-dosa besar dalam agama Islam. Perangai munafik amali ialah depan orang dia berlagak baik, depan orang dia nak kat masjid; tapi belakang orang, dialah yang dok kepit pompuan lacur, dialah yang dok pi dangdut, dialah yang kuat minum arak. Inilah dia munafik amali. Dia memang Islam, tapi dia berdosa besar kepada ALLAH SWT.

Okay sekarang kita dah tau kedua-dua sifat munafik tu. Sekarang cuba kita tengok penjelasan di atas, kemudian kita compare dengan masyarakat kita pada hari ini; apa jawapan yang kita dapat?...Jawapannya ialah memang ramai orang pada hari ini telah pun menjadi munafik. Samada munafik iqtiqadi maupun munafik amali. Samada munafiknya itu membawa berdosa besar kepada ALLAH TA`ALA ataupun munafiknya itu membawa dia kuffur kepada ALLAH SWT. Contohnya, cuba kita singkap kembali apa kata salah seorang yang berkuasa dalam Jabatan agama dalam negara kita, bercakap mengenai isu Negara Islam. Bila kita kata negara Islam apa kalau takdak undang-undang Islam; lalu dia pun berhujjah mengatakan negara kita sudah menjadi negara Islam dengan dibandingkannya seumpama orang Islam yang tinggalkan sembahyang. Dia kata, "Adakah orang Islam yang tinggal sembahyang itu, masih Islam ataupun tidak?...Dia masih Islam bukan, walaupun dia tinggalkan sembahyang."...Nampak tak tuan-tuan, macamana dia qiaskan orang yang tinggai sembahyang, masih lagi Islam; dengan negara yang tak pakai undang-undang Islam, masih lagi boleh dipanggil negara Islam. Nampak tak tuan-tuan, macamana kita tak panggil jenis ni munafik?...Berbelit-belit hujjah dia. Sedangkan para ulama` yang muktabar dah sepakat memberi takrif bahwa sebuah negara Islam itu adalah negara yang menegakkan hukum Islam. Tiba-tiba mai ulama` umno bagi tarifnya secara kias. Apa punya takdak class ulama` lagu ni. Kadang-kadang kalau kita ikut kerenah ulama`-ulama` umno ni, kita pun jadi pelik. Awat tak peliknye?...Sat dia kata, "Kita memang nak buat dah undang-undang Islam ni, cuma pakarnya takdak."...Sat dia kata, "Ooo! kita tak boleh buat hukum Islam sebab kita bermasyarakat majmuk."...Yang terbaru seperti yang dia kata tadi, "Walaupun kita tak buat hukum Islam, tapi kita masih lagi negara Islam."...Yang mana satu betoi ni?...Sampai kita pun naik pening. Sebab itu, kita nak bagitau tentang dua sifat nifaq tadi. Kalau kita bercakap seolah-olah kita nak kepada Islam, tapi dalam diri kita sebenarnya tak suka kepada Islam, maka itu adalah nifaq iqtikadi. Dan kita nak ulang bahwa nifaq iqtikadi ni adalah seorang yang kuffur kepada ALLAH SWT walaupun sebesar mana pun serban atas kepala dia...nauzubillah. Ataupun dari segi amalan kita; sat nampak nak kepada Islam, sat nampak tak suka pulak kat Islam. Dari segi amalan saja, orang sebegini mesti ingat bahwa dia tak boleh lari daripada berdosa besar kepada ALLAH SWT.

Sebab itu, kita kenalah menjadi orang yang jujur dalam beragama. Biarlah orang tahu bahwa kita ni orang yang baik dan berpegang teguh pada agama, supaya ALLAH terima kita sebagai hambaNya yang soleh. Minta jangan di terimaNya kita sebagai orang yang munafik. Munafik iqtikadi, kita tak mau. Munafik amali pun kita tak mau. ]

Perkara 46 : Kes qazaf yang boleh diketepikan.

Dalam kes qazaf terdapat 2 perkara yang membolehkan kes qazaf itu diketepikan, dan "qazif" (orang yang menuduh) tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

i) Tidak ada tuntutan dan dakwaan daripda "maqzuf" (orang yang kena tuduh), iaitu orang yang kena tuduh tadi tidak mengadu kepada pihak yang berkenaan dan tidak membawa kes itu kepada mahkamah.

[ Sipenuduh tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf kalau orang yang kena tuduh tidak mengadu kepada mahkamah. Contohnya; katalah ada sapa ka mai tuduh saya berzina, tiba-tiba saya dengan baik hatinya diam buat tak tau je. Jadi, bila saya diam tak kata apa, maka had qazaf tidak boleh dikenakan kepada sipenuduh. Tetapi kalau saya buat aduan kepada pihak berkuasa dengan mengatakan bahwa dia telah menuduh saya berzina sedangkan saya tak berzina dan saya dapat membuktikan bahwa tuduhannya itu tidak betul, maka wajib dikenakan had qazaf kepada sipenuduh jikalau cukup syaratnya. ]

ii) Orang yang membuat tuduhan gagal membawa dan mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, dan tidak ada pula bukti-bukti yang boleh menyokong untuk mensabitkan kebenaran tuduhannya kepada pihak mahkamah.

[ Kalau kita tengok dalam suasana dalam negara kita yang serba serbi tak kena hari ini, saksi menjadi amat penting. Apa hal pun, saksi mesti ada tuan-tuan. Kalau kita nak tuduh seseorang itu mencuri, kita kena bawa 2 orang saksi. Kalau kita nak tuduh seseorang itu merompak, pun kita kena bawa 2 orang saksi jugak. Kalau kita nak tuduh seseorang itu berzina, kita kena bawa 4 orang saksi. Jadi, kalau kita nak kata seseorang tu buat jahat kat kita, pun kita kena bawa saksi jugak. Sekiranya kita gagal bawa saksi, maka kes kita itu tidak boleh berjaya dalam mahkamah. Maka mahkamah hendaklah mengenepikan pertuduhan tersebut.

Contohnya; ust Jailani cerita tentang satu kes yang berlaku baru-baru ni di mahkamah Syari`ah Batu Gantung, P.Pinang. Dimana seorang lelaki datang ke mahkamah, nak minta poligami. Mengikut produrenya, bila kita apply nak berpoligami, antara perkara yang mahkamah nak tengok ialah kemampuan kita menyara penambahan keluarga. Maknanya kita mesti buktikan kepada mahkamah bahwa pendapatan kita banyak. Jadi, bila mahkamah tengok slip gaji hamba ALLAH itu tadi hanya RM2000/- sahaja, lalu mahkamah tanya kat dia, "Kamu adakah lagi pendapatan sampingan?"...Jadi, untuk meyakinkan mahkamah bahwa gaji dia sebenarnya lebih daripada RM2000/-, maka dia pun bagitau kat mahkamah bahwa dia buat part-time. Dan gaji part-time dia itu ialah RM5000/-. Jadi sekiranya ditotal up kesemuanya, maka pendapatan bulanan dia sebenarnya ialah RM7000/-. Lalu dia pun tunjuklah kat hakim mahkamah syari`ah tu semua dokumen yang diattachkan, termasuklah kesemua slip-slip gajinya...Eleh! slip gaji boleh tipu, betoi tak tuan-tuan?...Nak payah apa, print-out dari komputer je. Jadi, kita tak taulah; mungkin dia betoi ataupun mungkin dia tak betoi. Tapi nak ceritanya, memang dia bawa bukti dengan ditunjuknya slip gaji termasuklah yang hat part-timenya sekali. Jadi, bila hakim tengok RM7000/-, takkan tak boleh kahwin dua kot. Mesti boleh punya. Maka hakim pun membenarkan dia untuk berpoligami. Kemudian bila saja diketahui bahwa suaminya dibenarkan untuk berpoligami, maka si isteri tua pun buat tuntutan nafkahnya di mahkamah. Maknanya, dia mahu mahkamah keluarkan pula perintah supaya suaminya itu mesti bagi nafkah dekat dia. Tuan-tuan tau berapa suami dia kena?...Mahkamah meluluskan sebanyak RM2000/- sebulan kepada isteri tua...Apa lagi; terkejut la kawan tu, "Apa ni?...Sebulan gaji aku!"...Lalu hakim jawab selambe je, "Dah kamu kata keseluruhan gaji kamu RM7000/-?"...Last sekali, tercengang dia tak terkata apa. Sebab, kalau dia buat rayuan ke mahkamah tinggi supaya mahkamah consider untuk turunkan sedikit bayaran nafkah kepada isteri tuanya, ini bermakna dia tak mampu nak kahwin dua. Last sekali dia senyap tak kata apa...Nampak tak tuan-tuan, especially pada sapa yang teringin nak kahwin dua tu, kalau nak tipu pun biar lah berpada-pada. Bukan pasai apa; takut sat gi jadi macam kawan kita ni. Kena sebulan gaji bagi kat bini tua; tak ke pening?...Mana nak bayar hutang rumah lagi. Mana nak bayar hutang kereta lagi. Pening-pening...Jadi, inilah akibat sekiranya kita sengaja memalsukan bukti. Last sekali, kita sendiri akan terkena. Sebab itu dalam Islam, kita kena ikhlas dalam apa jua bentuk sekali pun. Kalau gaji kita sebenarnya RM2000/- sahaja; mau habag terus terang kat hakim kata gaji kita memang RM2000/-. Biar mahkamah timbang; layak atau tak layaknya kita untuk kahwin dua. Kalau mahkamah kata bahwa kita tak layak, lebih baik akur untuk jangan berpoligami. Pasai apa?...Sebab bila tak layak, ditakuti kita akan buat zolim samada kepada isteri muda maupun isteri tua. Jadi, bila kita buat zolim, maka pernikahan itu adalah pernikahan yang membawa kepada maksiat kepada ALLAH SWT. Sebab itu, kalau kita nak buat apa sekalipun; bulatkan keikhlasan dan ikut akan apa kehendak agama. ]

Perkara 47 : Bukti-bukti yang mensabitkan kesalahan qazaf.

1) Kesalahan qazaf boleh disabitkan dengan salah satu bukti-bukti berikut:

a) Syahadah (Penyaksian)

[ Maknanya dibuktikan dengan saksi. Iaitu ada orang tengok sendiri si A menuduh si B berzina. Bila berlaku sebegini, maka mahkamah akan mengambil-kira pandangan saksi. Sebab itu, kalau kita nak buat apa-apa sekalipun, lebih baik jangan buat sorang-sorang. Lebih baik ajak 2-3 orang kawan dan sebagainya, supaya depa ni boleh jadi saksi sekiranya berlaku apa-apa. Contohnya, kita nak mencegah kemungkaran misalnya. Seperti nak pi tangkap janda khalwat, atau seperti nak pi tangkap bini orang khalwat, atau nak tangkap laki orang khalwat dan sebagainya; maka hendaklah kita pi ramai-ramai. Jangan pi sorang. Sebab kalau kita pi tangkap sorang-sorang, saksi sapa nak jadi?...Kalau kita kena pukoi, takdak orang yang boleh tolong. Jadi, lebih baik kita pi ramai-ramai. Paling kurang 5-6 orang atau 10 orang ka. Maknanya, bila kita tangkap orang buat khalwat itu, maka ramai orang yang tengok tu boleh jadi saksi bahwa pasangan tersebut memang berkhalwat. Ataupun kalau pasangan yang berkhalwat tu jadi panik bila diserbu, lalu terus bertindak aggresif terhadap kita; maka ramai kawan-kawan yang menyaksikan kejadian itu boleh tolong back-up dan boleh tolong melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk menghukum orang yang menyerang kita.

Bila cakap pasai cegah maksiat ni, teringat ust dengan satu kes baru-baru ni yang berlaku di Seberang Jaya, Prai. Kes ni berlaku bila seorang lelaki hindu berkhalwat dengan seorang budak perempuan melayu. Saya paling anti bila dengaq cerita lagu ni. Awat, takdak melayu dah ka kat Seberang Jaya tu sampai hang gila kat hindu?...Satu, dah la dia tu hindu (orang yang kuffurkan ALLAH). Kedua, dia tu tak bersunat. Dan ketiga, dia tu dah ada bini. 3 benda tuan-tuan, tapi dia dok gila kat hindu tu jugak. Ini yang kata pelik...Okay sebelum ni bila depa dok tengah mabuk asmara, rupa-rupanya isteri kepada lelaki hindu ni dah dapat hidu dah depa punya affair. Isteri kepada hindu lelaki tu, hindu jugak. Jadi, isteri hindu tu pun sakit hati sebab dia dah tahu dah memang banyak kali yang suami dia ni dok berkhalwat dan dok bercinta dengan satu budak pompuan melayu. Last sekali, isteri hindu ni ambik keputusan untuk call pejabat agama untuk buat report...Apa dah jadi ni tuan-tuan; hindu buat report kat pejabat agama?...Nampak tak tuan-tuan; sepatutnya hindu pun mau buat pejabat agama dia sendiri la senang. Mau kata kalau ada hindu khalwat sama hindu; mau tangkap dua-dua hindu tu. Kemudian kalau mai kes lagu ni; pejabat agama Islam boleh tangkap pompuan melayu tu, dan pejabat agama hindu pi tangkap hat hindu tu tadi. Tapi realitinya memang takdak pejabat agama hindu. Jadi, terpaksalah isteri si hindu tu telefon pejabat agama Islam kita, suruh pencegah maksiat pi serbu. Sebab itu, kita kata Islam ni lebih daripada agama lain. Agama lain takdak, Islam ada....Okay bila pencegah maksiat pi serbu ketuk pintu; biasalah tuan-tuan, memang ada masa untuk depa lari. Maknanya, hat tak pakai baju, sempat pakai baju. Yang mana atas katil, sempat masuk bawah katil. Hat buat benda tak elok, sempat masuk dalam almari. Bila keras sikit pintu diketuk, baru keluar si lelaki hindu tadi. Yang pompuan melayu tu dah takdak. Agak lama jugak depa cari, tak

jumpa-jumpa. Cari atas siling, takdak. Cari bawah katil, takdak. Cari dalam lemari pun takdak jugak. Last sekali bila depa dok termenung kat mana nak cari lagi pun tak tau; tiba-tiba salah sorang terpijak timbunan kain dalam besen basuh baju, lalu dia terperanjat sebab ada pompuan duduk dalam besen tu!...Laaa! dalam besen rupanya dia. Hangpa yang badan macam gedembai jangan dok pi try duduk dalam besen pulak lepaih ni. Takut melekat teruih, naya punya kes!...Yang badan kecik, takpa.

Inilah senario yang tidak ingin untuk kita lihat dalam masyarakat kita hari ini. Oleh sebab itu, dalam kehidupan seharian kita, lebih baik kita ikut agama. Sebab yang dok jadi tak tentu hala macam cerita di atas ni ialah bila orang dah tak ikut agama. Tapi yang kata makhluk manusia ni; dia cukup sukakan dunia lebih dari akhirat walaupun semua orang tahu kehidupan di dunia hanya sementara berbanding kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Istilah "dunia" yang berasal daripada kombinasi dua perkataan, iaitu "dunuhu" yang bererti dekat dan "dana atun" yang bermaksud benda yang cepat binasa. Ini sudah cukup untuk kita gambarkan keadaan yang sebenar. Cuba kita lihat segala harta benda dunia yang selalu jadi rebutan manusia; seperti wanita, duit, kereta umpamanya; semua benda ini sentiasa berada berdekatan dengan kita, betoi tak tuan-tuan?...Sebab itu manusia suka hambat dunia dari akhirat. Sebab dunia ni benda dekat. Tapi manusia mudah lupa bahwa benda yang dekat itu juga mempunyai satu lagi sifat, iaitu "dana atun" yakni cepat binasa. Bila kita kata lagu ni, bukan maknanya kita kata tak boleh hambat langsung dunia ni. Dunia pun kita perlu jugak tapi mestilah diimbangi dengan akhirat. Dunia hanya sebagai alat sahaja, bukannya sebagai matlamat. Bagi kawan-kawan yang rajin buat kerja lebih masa tu, bukan kita nak larang. Buatlah selagi mana yang termampu. Tapi apa yang kita nak bagitau ialah kerja-kerja jugak tapi akhirat jangan lupa. Buktikanlah kepada masyarakat walaupun kita sibuk dengan karier masing-masing tapi dalam masa yang sama, kita adalah pejuang agama. Jadilah seorang arkitek yang fakih tentang agama. Jadilah seorang engineer yang fakih tentang agama. Buktikan pada masyarakat sekular bahwa firma kita boleh cemerlang, bisnes kita jadi baik walaupun pada masa yang sama kita committed dengan agama ALLAH SWT. Inilah yang kita ndak. Sebab itu, kalau kita boleh imbang antara dunia dan akhirat; InsyaALLAH kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Tapi masalahnya sekarang, apa yang banyak sekali berlaku dalam masyarakat ialah bila dia hambat dunia, dia tinggai akhirat. Bila dia hambat akhirat, dia tinggai pulak dunia. Yang ni banyak berlaku tuan-tuan.

Sekarang kita tengok; negara kita dilanda bermacam-macam masalah. Singapura dah buat apa dah kat negara kita?...Dalam isu penambakan laut ni, jelas menunjukkan kepada kita bahwa pemimpin Singapura memang cerdik sikit daripada bahlol salam yang menerajui negara kita. Depa tambak laut sebab depa tau M`sia tidak akan tambak laut jugak. Kalau M`sia berlumba tambak jugak, maka akhirnya pulau Singapura dengan M`sia akan bersambung dan laut diantara keduanya akan jadi cetek. Bila laut jadi cetek, maknanya pelabuhan di Johor akan ditutup sebab kapal semua pakat pi ke Singapura. Nampak dak yang kata cerdiknya Singapore tu?...Dan satu lagi advantage yang Singapore mungkin dapat ialah dalam hal persempadanan. Tahukah tuan-tuan sebenarnya sampai sekarang pun perjanjian menentukan sempadan antara M`sia dengan Singapura masih belum lagi ditandatangani?...Sedangkan kalau mengikut International Law, untuk menentukan garis sempadan diantara dua buah negara yang dipisahkan oleh perairan (seperti M`sia dan Singapura ni), ia ada dua cara.

i) garisan yang paling tengah. Katalah jarak antara M`sia dengan Singapura ialah 10 km. Maknanya, sempadan antara keduanya ialah ditengah-tengah, iaitu 5 km daripada pantai M`sia dan juga 5 km daripada pantai Singapura. Ini cara yang pertama.

ii) manakala cara yang kedua ialah melihat garisan dasar lautan yang paling dalam. Misalnya, katalah hat paling dalam tu kebetulan berada betul-betul ditengah antara M`sia dan Singapore, maka itulah sempadan antara keduanya. Kalau tempat yang paling dalam itu dekat dengan M`sia, maknanya garisan sempadan M`sia-Singapura berhampiran dengan M`sia. Begitulah juga jika sebaliknya. Jadi, bila S`pore tambak; maknanya pantai belah dia akan jadi cetek dan landai, manakala hat dalamnya akan berhampiran dengan M`sia. Inilah cerdiknya S`pore. Negara depa akan jadi bertambah luas akibat dari kebodohan pemimpin negara kita. Kalau tuan-tuan tak percaya; tunggu dan tengoklah nanti sekiranya masalah persempadanan ini dibawa ke mahkamah antarabangsa kelak. Antara dakwaan yang pasti Singapura akan gunakan ialah cara yang kedua ini.

Nampak tak tuan-tuan, macamana S`pore mengambil advantage akibat daripada kelemahan yang ada pada pemimpin-pemimpin politik M`sia. Kita lihat sendiri bagaimana pemimpin politik M`sia terlalu lembut dalam masalah ini. Kalau sama sendiri, dialah yang champion. Sama-sama dia pun sanggup bergaduh, sampai polis terpaksa lepaskan tembakan amaran. Baling kerusi ni jangan cakap la tuan-tuan. Macam-macam yang depa buat kalau sama sendiri. Cukup punya berani. Tetapi kalau dengan S`pura, depa cukup penakut, cukup pengecut. Inilah yang berlaku kepada ahli-ahli politik (khususnya umno) dalam negara kita. Sebenarnya, kita bukan nak cakap benda sensitif disini. Tapi apa yang saya nak bagitau ialah untuk menyedarkan semua orang. Kita ni duduk dalam satu negara; yang mana kalau kita biarkan sorang pemimpin yang pengecut meneraju negara, yang tak boleh foresee kepada masa hadapan; dia akan bawa kemusnahan kepada negara kita.

Cuba tuan-tuan tengok S`pore sekarang. Dia dah jadi kuat dah sekarang. Sehinggakan seorang General yang bersara berkata bahwa kalaulah berlaku peperangan antara M`sia dengan S`pura; M`sia akan kalah. Sebab kekuatan persenjataan S`pura khususnya jet pejuangnya, jauh lebih banyak dan jauh lebih canggih daripada yang M`sia ada. Sedangkan kalau kita kaji sejarah khalifah Islam dulu tuan-tuan sekelian; dia tak akan benarkan mana-mana negara jiran yang kafir kepada ALLAH SWT menjadi kuat. Bila kita nampak saja bibit-bibit dia nak jadi kuat; kita akan terus serang dan takluki negara tersebut. Itulah cara yang diajar oleh para sahabat radiallahu anhum. Kita tak buat benda lagu tu. Kita biar sampai S`pura dah menjadi kuat gagah perkasa sekarang. Kalau depa serang, apa yang ada kat kita untuk serang balik?...Nak harapkan jet pejuang Hawk berspare-part 2nd hand tu?...Huh! takdan naik, orang nanti hentam dulu.

Bila cerita tentang spare-part 2nd hand ni tuan-tuan, ust Jailani teringat akan kawan dia yang resign daripada bawa kapalterbang Cessna polis satu ketika dulu. Bila orang tanya kat dia, pasai apa dia resign. Dia kata dia takut dah nak bawa kapalterbang sebab dia dapati bahwa alat-ganti yang dipurchase semuanya hat lama. Kalau kereta pakai alat-ganti yang lama, takpa tuan-tuan. Habih kuat, dia mati tepi jalan. Tapi kalau kapalterbang, macamana tuan-tuan?...Buat dia rosak kat ataih nu; kira baca talkin laaa buang siap-siap. Itu baru Cessna, apatah lagi jet-jet pejuang seperti Hawk tu. Inilah dia bahayanya amalan rasuah yang tak dapat dibendung lagi. Bila order, atas kertas saja kata baru. Tapi bila pasang, baru kita tau dia 2nd hand.

Sebenarnya, kita bukan nak cerita pasai politik tuan-tuan. Sebenarnya point kita disini ialah kita nak buat teguran. Hang kerja pilah apa pun; pegawai k`jaan ka, swasta ka, apa ka; apa yang kita nak kata ialah pegang Islam tu betoi-betoi kalau kita sayangkan negara. Sebab kalau negara kita dapat kat orang kaki rasuah, kaki menyeleweng lagumana yang dok ada sekarang ni; hancus negara kita tuan-tuan. Bila kita kata lagu ni; ada sahabat kata, "Ya Sheikh, kalau kita perang pun, kita kalah Sheikh!...Jadi, kita nak perang buat apa. Kita akan jadi macam Afghanistan atau jadi macam Palestin."...Okay kalau hang takut jadi macam Palestin atau takut jadi macam Afghanistan; apa yang S`pura nak buat, kita bagi dia buat. Dia nak air free, kita pun bagi, "Nahhh! ambik, ambik, ambik..."...Kalau dia kata dia ndakkan Johor, "Ambik, ambik, ambik; hang jangan kacau kami cukup."...Dia nak apa pun, bagi aje semua senang. Pasai apa jadi lagu ni?...Pasai takut perang ka?...Bukan maknanya kita nakkan sangat peperangan ni. Saya percaya saya pun takut. Semua orang pun takut jugak. Sebab peperangan ni bukannya satu benda yang senang. Dia adalah benda yang payah. Sepertimana yang ALLAH sebut dalam Quran yang bermaksud, kata ALLAH, "Mengapa kamu bercakap benda yang kamu tak buat?"...Ayat ini turun sebab ada orang Islam zaman Nabi s.a.w. kata, "Pasai apa ALLAH tak suruh kita perang?...Kalau Tuhan suruh kita berperang, mesti kita kena perang!"...Tengok-tengok bila turun ayat suruh perang, orang yang bercakap tadi tak turun pun. Inilah yang menunjukkan perang ni bukan satu benda mudah. Saya pun bukan kata saya berani sangat. Tapi apa yang kita nak bagitau ialah kita perlu ada sifat tegas dengan berani bila berhadapan dengan negara jiran yang boleh menyebabkan berlaku kerugian kepada negara kita. ]

b) Iqrar (Pengakuan)

[ Orang itu mengaku sendiri bahwa dia telah melakukan kesalahan qazaf. ]

c) Yamin (sumpah)

[ Ust Jailani cerita pengalamannya bila dia mewakili isteri, maka suami kepada isteri tersebut tak mau hadirkan diri ke mahkamah. Sebab dia dok rasa sekiranya dia tak hadir, maka mahkamah akan tangguh kesnya sampai bila-bila. Sebenarnya tuan-tuan, kalau kita tak pi ke mahkamah; mahkamah akan menggunakan kaedah "diamnya kita tanda setuju". Jadi, bila isteri/suami saman kita, dan kita pulak tak nak pergi ke mahkamah; mahkamah akan menggunakan kaedah "diamnya seseorang itu tanda redha dia". Jadi, mahkamah akan meneruskan juga perbicaraan walaupun tanpa kehadiran kita. Bila berlaku sedemikian, maka disadvantagenya kita ialah kita tak berpeluang untuk membela diri. Maknanya, apa yang dikatakan oleh isteri/suami kita tadi, semuanya akan diiyakan oleh mahkamah. Sebab itu, kita kena pi. Kita kena lawan. Jadi, bila kita tak hadir, maka mahkamah akan mengiyakan semua yang didakwa oleh pihak yang menuntut. Dan bila pihak yang menuntut itu memberi keterangan dalam keadaan tidak ada saksi, manakala kita pula tidak pergi ke mahkamah; maka mahkamah akan menyuruh pihak yang menuntut itu mengangkat sumpah yang dipanggil sebagai sumpah "Istizhar". Maknanya, sumpah Istizhar ini hanya boleh dilakukan bila kekurangan bukti. Bila pihak yang menuntut itu mengangkat sumpah Istizhar, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman mengikut sumpah yang dilafazkan oleh pihak yang menuntut itu. Oleh sebab itu tuan-tuan, kalau ada masalah dalam mahkamah yang meminta untuk kita hadir ke mahkamah; maka pastikan kita hadir untuk mempertikaikan tuntutan pihak yang menuntut itu. Kalau kita tak hadir, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman mengikut apa yang dituntut oleh pihak yang menuntut.

Lalu Ust Jailani sebut satu kes yang pernah dikendalikannya sendiri. Dalam kes itu, ust mewakili si isteri bagi menuntut nafkah anak daripada bekas suami isteri tersebut. Si isteri minta bekas suaminya bayar nafkah tiap-tiap bulan RM400/-. Tapi kata bekas suaminya itu bahwa dia tidak mampu untuk bayar setiap bulan atas alasan dia kerja bendang. Si bekas suami tu kata, "Kerja bendang ni, setahun 2x je dapat duit. Jadi kalau mau jugak, saya boleh bagi setahun 2x saja."...Lalu ust tanya pada si siteri, "Macamana?...Bekas suami kamu kata dia boleh bayar hanya 2x setahun saja?"...Si isteri tu kata, "Takpa, asalkan dia bayar je."...Maknanya bekas suami itu kena bayar dalam fasa yang pertama ialah sebanyak RM400 X 6 bulan = RM2400/-. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya jadi penunggu. Musim pertama padi dah habih, tapi batang idung bekas suami haram tak nampak pun. Tunggu musim padi yang kedua pulak. Pun macam tu jugak. Dah setahun dah ni, tapi dia tak bayar jugak. Sepatutnya dalam masa setahun, dia kena bayar sebanyak RM2400 X 2 = RM4800/-. Tapi apa yellow pun takdak. Lalu ust pun buat prosiding menghina mahkamah, dengan mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas suami tu. Bila dia dapat tahu ust keluarkan waran untuk tangkap dia, dengan sombongnya dia kata kat orang kampung, "Mahkamah syariah boleh buat apa kat aku; hah?!...Kalau depa nak tangkap sangat, tangkap la!"...Bunyi macam samseng kampung dusun je. Kata ust, bila dengar dia cakap lagu tu; lalu ust suruh polis tangkap sungguh dia. Bila polis tangkap dia bawa pi ke mahkamah; dan bila mahkamah suruh dia bayar, dia kata, "Aku mana ada duit!"...Mahkamah kata kalau kamu tak bayar, kamu akan dipenjarakan. Lalu dia kata, "Takpa. Masuk penjara pun takpa. Boleh makan free!"...Punyala samseng dia ni. Lalu mahkamah pun menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas dia. Bila habih menjalani hukuman penjara selama sebulan, dia pun keluar dengan dibuatnya kenduri habag kat orang kampung bahwa dia "selamat"...Punyala loklak sungguh dia ni. Nasib baik bekas isterinya itu tak suruh ust buat kali kedua. Ust kata kalau buat kali kedua, mungkin dia akan dipenjara selama 2 bulan hingga 6 bulan. Tapi main dengan orang kepala samseng ni; dia tak kisah, hang bubuh pilah aku berapa bulan pun. Aku masuk. Keluar lepas tu, dia boleh buat kenduri lagi, kata dia dah "selamat".

Nampak tak tuan-tuan, macamana teruknya perangai orang kepala batu ni. Dia sanggup lagi masuk penjara daripada bayar nafkah kat anak dari bekas isteri dia tu. Orang macam ni bukan dia tau dosa pahala. Dia tak tau yang anak itu adalah tanggungjawab dia. Dia tak bayar nafkah bermakna dia berdosa. Bila dia sanggup masuk penjara pasai tak mau bayar nafkah, bermakna di dunia dia dah dihina apatah lagi di akhirat kelak...nauzubillah. Apa punya orang lagu ni tuan-tuan?...Sepatutnya kita mau atas dunia ni kita mulia, di akhirat pun kita mulia. Kalau boleh biar atas dunia ni kita jadi somebody (datuk or whatever lah!) yang hebat-hebat yang ada kereta besaq-besaq, dan dalam masa yang sama, kita juga mahu jadi orang yang dimuliakan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak. Inilah yang semua orang mau. Dunia saja mulia, tapi di akhirat celaka, pun kita tak mau jugak. Atas dunia jadi datuk, atas dunia pakai kereta Merc, tapi dialah munafik. Orang macam ni, di akhirat akan celakalah dia. Macam ni kita tak mau. Yang kita mau ialah atas dunia kita jadi orang yang dimuliakan dan di akhirat pun kita menjadi orang terhormat dan dimuliakan oleh ALLAH SWT. ]

2) Saksi-saksi yang boleh diterima penyaksiannya untuk membuktikan sabit kesalahan qazaf mestilah disaksikan oleh saksi-saksi yang layak menjadi saksi dalam kes zina sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 29 ceraian (1) perenggan (i) dan (viii).

3) Untuk membuktikan sabit kesalahan qazaf ialah dengan pengakuan sendiri daripada orang yang membuat tuduhan ke atas seseorang melakukan zina dengan sekali pengakuan dalam mahkamah atau di majlis kehakiman.

4) Dalam kes qazaf boleh disabitkan kesalahan qazaf dengan Yamin ( sumpah). Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan daripada penuduh, maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya itu.

[ Maknanya, kalaulah si penuduh itu tak berani bersumpah, itu menunjukkan bahwa dia adalah orang yang bersalah. Orang yang tak salah, buat apa nak takut nak angkat sumpah; betoi tak tuan-tuan?...]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan