Bah I - Bab 2 - Fasal 2 - Perkara 48 - 52

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Isu-isu semasa.

Firman ALLAH yang bermaksud, "Dan sesungguhnya orang-orang yang zolim, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Dan ALLAH TA`ALA itu adalah penolong kepada orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT." (Surah al-Jaatsiyah 25:19)

Muslimin muslimat rahimmakumullah. Cuba kita tengok macamana dalam ayat di atas ini ALLAH SWT menggunakan istilah "orang-orang yang zolim". Ini adalah satu istilah yang umum. Maknanya dalam "orang-orang yang zolim" itu ada orang-orang kafir, ada golongan munafik dan ada orang Islam yang fasik. Bila kita tahu siapa dia yang dikatakan "orang-orang yang zolim" itu, cuba kita lihat pula apa ALLAH kata pada ayat seterusnya. Kata ALLAH, "Mereka ini adalah sebagai penolong kepada sebahagian yang lain..."...Inilah dia satu firman daripada ALLAH SWT untuk menceritakan kepada kita bahwa orang-orang yang zolim ini adalah terdiri daripada satu millah (satu landasan). Tak kiralah samada mereka yahudi, atau kristian, atau orang munafik, atau orang Islam yang jahat; kesemua mereka ini berada dalam satu landasan yang sama. Dalam lain perkataan, puak-puak ini akan saling tolong menolong diantara satu sama lain.

Baik sekarang mari kita lihat adakah benar apa yang dinyatakan oleh ALLAH TA`ALA dalam Surah al-Jaatsiyah tadi bahwa orang-orang zolim ini adalah daripada satu millah?...Cuba kita lihat apa yang berlaku di seluruh dunia bila tercetusnya isu terbaru di Palestin?...Kita dipertontonkan sendiri melalui media massa bagaimana ribuan rakyat Yaman yang keluar ke jalan-jalan raya untuk menunjuk perasaan kerana ketidakpuasan hati mereka dalam isu ini. Tiba-tiba mereka ditembak oleh polis Yaman sendiri, sehingga menyebabkan ada yang terbunuh. Begitu juga yang berlaku di sekitar negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan sebagainya, yang rakyat mereka keluar tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel, tapi tiba-tiba kerajaan mereka sendiri yang menghalang rakyatnya daripada menunjuk perasaan sehingga mengakibatkan beberapa orang terbunuh ditangan polis negara mereka sendiri. Sepatutnya rakyat dan kerajaan yang sama-sama beragama Islam ini, sama-sama marah kepada yahudi. Tapi apa yang kita lihat ialah sebaliknya. Rakyat yang ingin menyatakan kemarahan mereka ke atas kezoliman yahudi ini, tiba-tiba terpaksa menghadapi muncung-muncung senapang anggota polis negara mereka sendiri. Ini adalah satu kezoliman.

Sekarang kita tengok pulak apa yang berlaku semasa tunjuk perasaan dalam negara kita sendiri pada Jumaat lalu. Kita diberitakan situasi tidaklah seburuk di timur tengah. Tetapi walaupun begitu, bila ada sahabat cuba membakar bendera Amerika dan bendera yahudi di hadapan kedutaan Amerika, pihak polis dengan segera mengambil tindakan merampas bendera-bendera tersebut sebelum dibakar. Cuba bagitau kat kami wahai sahabat dalam Polis; sebab apa tak boleh bakar bendera Amerika/yahudi laknatullah itu sedangkan kita sama-sama Islam?...Apa kena mengena hangpa dengan Amerika/yahudi tu?...Bukankah negara kita sekarang adalah negara Islam?...Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?...Jadi inilah satu perkara yang amat-amat menyedihkan kita. Dan inilah sebabnya ALLAH kata bahwa orang-orang yang zolim ini adalah satu millah. Maka dengan ini, sekaligus membenarkan tanggapan kita bahwa kesemua mereka ini yang terdiri daripada orang yahudi, orang kristian, orang munafik dan orang Islam sendiri yang menentang agama ALLAH, adalah terdiri daripada satu millah (satu agama). Mereka akan saling tolong menolong diantara mereka.

Dan inilah juga yang sedang berlaku dalam negara kita. Contohnya tak jauh tuan-tuan. Kat Penang Port aje. Cuba tuan-tuan tengok apa yang berlaku di Pelabuhan P.Pinang apabila kapalperang US Vessel masuk baru-baru ni?...Berapa banyak kapal-kapal perdagangan ketika itu tidak dibenarkan masuk dalam pelabuhan selagi kapal perang tersebut berada di situ?...Pasai apa jadi lagu ni?...Ini adalah kerana permintaan daripada pihak Amerika, meminta supaya segala kegiatan perdagangan daripada kapal-kapal perdagangan dihentikan. Jadi, mana-mana kapal yang bawa ikan tuna dan sebagainya, terpaksa tunggu dulu di luar perairan. Bila kapal perang ni keluaq, baru kapal-kapal lain boleh masuk. Benda ni berlaku depan mata kita, tuan-tuan. Kenapa kapalperang Amerika itu dijamin keselamatannya begitu sekali di pelabuhan P.Pinang?...Sedangkan kita tahu bahwa kerajaan M`sia telah diisytiharkan sebagai sebuah k`jaan Islam. Tak tahukah pemimpin k`jaan Islam kita bahwa Amerikalah yang membekalkan helicopter Apache kepada tentera yahudi untuk membunuh anggota Hamas?...Di manakah semangat saudara seagama kita?...Jadi sebenarnya apa yang kita lihat di dada-dada akhbar tentang kenyataan-kenyataan dari pemimpin-pemimpin k`jaan Islam kita yang kononnya bersimpati dengan rakyat Palestin itu pada hakikatnya, hanyalah pura-pura belaka sahaja tuan-tuan. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab walaupun berdegar-degar pemimpin negara kita mengutuk tindakan ganas yahudi, tapi dalam masa yang sama, pembekal utama senjata kepada yahudi pengganas itu pula mendapat layanan yang exclusive di Pelabuhan P.Pinang.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara kita mau ambik iktibar dari peristiwa Perang Khaibar di zaman Rasulullah s.a.w. dulu. Apa yang berlaku semasa perang Khaibar?...Dalam peperangan inilah Nabi s.a.w. menghantar 1400 orang tenteranya bertembung solid dengan puak-puak yahudi, yang akhirnya mengakibatkan yahudi dibunuh, dikalahkan dan dimalukan. Sebab itu, hari ini apabila berlakunya tunjuk perasaan di Palestin, pejuang-pejuang Hamas dan umat Islam Palestin akan mengangkat sepanduk untuk ditunjukkan kepada k`jaan yahudi dengan slogan yang tertulis "Ingatlah kepada Khaibar! Tentera Muhammad akan kembali!". Ini adalah sebagai peringatan kepada yahudi bagaimana kekalahan yang menghinakan mereka berlaku 1400 tahun dahulu.

Dalam perang Khaibar inilah juga, ALLAH tunjuk kepada kita macamana orang munafik berperanan. Ketika tentera Islam bergerak menuju ke Khaibar, bapa munafik (Abdullah bin Ubai) yang berada di Madinah berasa tak senang duduk, sehingga dia mengambil keputusan menghantar utusannya ke Khaibar untuk memberitahu kepada yahudi bahwa Nabi s.a.w. sedang bergerak dengan kekuatan tentera seramai 1400 orang untuk mengalahkan yahudi di Khaibar. Inilah dia perangai munafik. Hari ini tuan-tuan, kita boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri macamana perangai yang serupa seperti Abdullah bin Ubai ini ada dalam negara kita. Ketika umat Islam Palestin dibunuh di bumi para ambiya`, pemimpin negara Islam kita boleh jemput pemain-pemain kriket yahudi main friendly game di sini. Kemudian bila ada orang Islam tunjuk perasaan marah dengan kedatangan pasukan kriket yahudi di sini, orang-orang Islam itu pula yang dipukul. Nampak tak tuan-tuan, sebijiknya perangai pemimpin negara Islam kita dengan perangai Abdullah bin Ubai. Walaupun Abdullah bin Ubai kata dia beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w., tapi dalam masa yang sama, dia bersimpati dengan yahudi di Khaibar. Dia tak mau lihat yahudi di Khaibar itu dikalahkan oleh tentera Muhammad s.a.w.. Sebab itu tuan-tuan sekelian, dalam keadaan umat Islam ditindas mutakhir ini, kita kena tanya diri sendiri; adakah kita ni benar-benar Islam ataupun munafik?...Kalau beginilah tindakan kita, iaitu dengan yahudi kita boleh berlembut, dengan Amerika kita boleh bagi privilege kat pelabuhan kita; tapi dengan rakyat kita sendiri yang beragama Islam, kita pukoi dan ISAkan mereka, maka dimanakah sifat keIslaman kita?...Dimanakah kesensitivitian kita sebagai seorang Islam?

Semasa persidangan OIC di KL itu sendiri, kita boleh lihat macamana dalam keadaan semua negara Islam tengah dok geram kat yahudi, tiba-tiba bangkit bapak barua kita mengatakan bahwa suicide bomber yang dilakukan oleh beberapa orang pemuda dan pemudi Palestin itu adalah satu contoh keganasan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh pengganas Tamil Elam di Sri Lanka. Nampak tak tuan-tuan macamana orang yang sebenarnya apa benda pun dia tak tau, tapi dia nak tunjuk champion jugak dalam hal ni. Sebab apa kita kata si bapak barua ni apa benda pun tak tau?...Sebab semua ulama` yang muktabar seperti Dr Yusof al-Qardhawi, Sheikh Tantawi, Dr Ramadhan al-Buti dan ramai ulama`-ulama` yang lain, telah bersepakat mengatakan bahwa para pejuang berani mati itu adalah syahid; tapi tiba-tiba sheikh putrajaya kita ni kata depa ni mati katak...Apa punya turrr la barua Amerika sekoq ni!!!...Bila mereka diisytiharkan syahid, maka jenazah para syuhadah di bumi Palestin ini tidak boleh dimandikan, supaya darah dan cebisan daging mereka kelak menjadi saksi di hadapan ALLAH SWT di atas jihad yang mereka lakukan.

Muslimin muslimat sekelian. Apakah sebab kita ini Melayu, maka kita tak mau tolong bangsa Palestin pada hari ini?...Apakah kita sudah lupa siapa itu Sallahudin al-Ayyubi?...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu seorang bangsa Arab?...Bukan...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu bangsa Palestin?...Bukan juga. Sallahudin al-Ayyubi adalah seorang bangsa Kurdish yang tidak ada kena mengena dengan bangsa Palestin. Tapi disebabkan dia beragama Islam dan beriman kepada ALLAH SWT, maka dengan kudrat yang ALLAH bagi padanya, dia telah memimpin tentera-tentera Islam membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman tentera salibiyah. Inilah yang dilakukan oleh Sallahudin al-Ayyubi walaupun Palestin itu bukan bangsa dia. Jadi, kita orang Melayu pada hari ini, kenapa tidak mahu mencontohi Sallahudin al-Ayyubi bagi membebaskan bumi para ambiya` itu dari cengkaman yahudi?...Bukankah kita bangga dengan slogan M`sia boleh?...Tapi pasai apa bila mai tang isu ni, dia jadi M`sia "tak boleh" pulak?...

Bukan pasai apa tuan-tuan; sebab hari ini bangsa Arab tidak lagi boleh diharapkan. Mereka adalah bangsa yang mengkhianati bangsa Palestin. Di mulut saja depa kata yahudi ganas, yahudi zolim, tapi hakikatnya mereka sendiri menyokong yahudi menjajah bangsa Palestin. Pasai apa kita kata lagu tu?...Cuba pi tanya Jordan; untuk apa dibiarkan kedutaan Israel dibuka di Jordan?...Kenapa Mesir mengadakan perjanjian damai dengan yahudi dan sekaligus membuka kedutaan Israel dalam negara Mesir?...Inilah yang menunjukkan bahwa mereka mengikhtiraf negara haram yahudi itu. Sedangkan perkara seperti ini dilarang oleh agama. Kita juga melihat bagaimana Jordan mengambil langkah menutup sempadan dengan Palestin, tak bagi pemuda-pemuda dia daripada menyeberangi sempadan untuk menolong umat Islam di Palestin menentang yahudi. Inilah satu perkara yang amat menyedihkan kita, tuan-tuan sekelian. Awat tak sedihnye?...Kita telah lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana bangsa Arab itu sendiri telah mengkhianati bangsa Palestin. Sebab itu kita kena bagitau sekali lagi bahwa kita kena mengulangi sejarah Sallahudin al-Ayyubi, sebab bangsa Arab sudah tidak boleh lagi diharapkan untuk membebaskan Palestin. Walaupun kita tak nafikan memang ada sebahagian bangsa Arab yang ikhlas dan jujur kepada ALLAH SWT bagi mempertahankan Islam, tapi dalam isu Palestin ini, kita memerlukan lebih daripada itu. Iaitu kita memerlukan kepada perpaduan daripada bangsa-bangsa lain yang sama-sama beriman kepada ALLAH SWT.

Okay berbalik kita kepada peristiwa Perang Khaibar tadi. Selepas yahudi dikalahkan oleh Nabi s.a.w. dalam Perang Khaibar, maka di sinilah bermulanya kehinaan pada bangsa yahudi. Dan dari peristiwa inilah juga kita lihat bagaimana penamatan riwayat yahudi daripada tinggal di bumi Hijaz; yakni bumi yang diharamkan oleh ALLAH SWT daripada manusia-manusia yang tidak beriman kepada ALLAH SWT. Dan sekarang ini kita boleh lihat bagaimana orang-orang yahudi kembali merancang tindakan mereka untuk mengembalikan maruah mereka yang selama ini mereka anggap telah dihina oleh manusia seluruh dunia. Tapi yang sedihnya tuan-tuan, walaupun semua orang Islam tahu akan perancangan yahudi ini, tapi mereka tidak sanggup untuk bangun menentang yahudi yang dilaknat oleh ALLAH SWT itu.

Sekarang kita lihat bagaimana dunia Islam ditekan sana sini. Tak cukup dengan isu yahudi, mai pulak isu orang-orang Islam sendiri menghina Nabi s.a.w., golongan para ulama dan para pejuang agama ALLAH SWT. Contohnya, cuba kita tengok baru-baru ni apabila TG kita kata, "Kalau kita rasa kita samseng, maka ketahuilah bahwa Tuhan lagi samseng. Dan kalau kita rasa kita jahat, maka Tuhan lagi jahat."...Bila keluar saja kenyataan sedemikian, maka berbunyilah barua-barua kononnya inilah peluang untuk mereka menghentam balik TG. Tapi mereka tak sedar bahwa kenyataan balas mereka itu, telah memakan diri mereka sendiri. Kejahilan mereka terserlah bila saja mereka buka mulut masing-masing. Kerana terlalu mengikut nafsu, ulasan mereka langsung tak berpandukan kepada usul fekah, mereka lupa akan maajazi dan sebagainya. Ataupun mereka sendiri tak faham akan hukum-hukum tadi, tapi nak cuba ulas juga perkara yang difahami oleh seorang yang faham tentang agama. Ada antara mereka kata, "Inilah ucapan yang tak sepatutnya keluar daripada orang yang belajar agama!"...Nampak tak tuan-tuan, sama saja puak-puak karat ni punya modai. Saya sendiri entah berapa kali ditanya dengan persoalan ini. Sedangkan kalau kita belajar agama, kita akan dapati ucapan yang dikeluarkan oleh TG itu, tidak ada salahnya. Sebab memang dalam al-Quran ada ayat-ayat tertentu yang boleh kita relate dengan kenyataan TG tu. Antaranya cuba tuan-tuan tengok dalam Surah Ali Imran 3:54, ALLAH kata, "...orang kapir buat tipu daya. ALLAH TA`ALA juga buat tipu daya. Tetapi tipu daya ALLAH TA`ALAlah yang lebih baik."...Ayat ini mengisahkan semasa kaum Bani Israil sedang hambat dan nak membunuh Nabi Isa a.s., masa itulah juga ALLAH angkat Nabi Isa a.s. naik ke langit dan digantikanNya tempat Nabi Isa dengan orang lain. Jadi, bila kaum Bani Israil bunuh pengganti Nabi Isa itu, maka mereka percaya bahwa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa a.s.. Sedangkan sebenarnya orang itu bukan Nabi Isa. Inilah yang dikatakan tipu daya ALLAH keatas Bani Israil. Kita kena faham ayat ni betul-betul. Bila ALLAH kata ALLAH buat tipu daya, adakah ALLAH tipu kita?...Dia suruh kita buat baik atas dunia dengan janji masuk syurga di akhirat, tiba-tiba bila kita mati, semua masuk neraka belaka. Lalu bila kita tanya, "Ya ALLAH, pasai apa aku masuk neraka?"...ALLAH kata, "Hangpa semua kena tipu dengan Aku!"...Adakah itu maksud ayat tersebut?...Tidak tuan-tuan. Bukan maksudNya begitu walaupun ayat tu kata ALLAH buat tipu daya. Maksud "ALLAH buat tipu daya" dalam ayat ini ialah tipu daya orang kapiaq yang dok hambat Nabi Isa itu diatasi oleh ALLAH SWT. Itu maksudNya. Sebab itu, terus terang saya kata bahwa orang yang komen tentang kenyataan yang dikeluarkan TG itu adalah orang yang jahil tentang agama. Sebenarnya pengampu-pengampu umno ni bukan tau apa pun. Tafsir Quran pun ikut sedap akai depa saja, usul fekah pun tak belajaq; tapi sombong angkuh nak bercakap tentang agama jugak.

Okay berbalik kita pada ayat 19 Surah al-Jaatsiyah tadi; jelas menunjukkan kepada kita bahwa orang kapiaq, orang munafik dan orang fasik adalah terdiri daripada satu millah. Kerja yang dilakukan mereka untuk menjatuhkan Islam, sama saja. Oleh kerana itu, sekiranya orang Islam itu sendiri bersubahat dengan yahudi, maka orang Islam itu juga termasuk dalam ayat 19 Surah al-Jaatsiyah ini. Tak kiralah hang pakai kopiah ka, hang tok guru ka, hang menteri ka atau apa saja kita sekali pun; kalau kita bersekongkol dengan yahudi, maka ALLAH SWT menyatakan bahwa kita ini terdiri daripada satu millah dengan puak-puak kapiaq, orang-orang munafik dan sebagainya...nauzubillah...Sebab itu muslimin/muslimat sekelian, sekarang tanyalah diri masing-masing; apakah yang telah kita buat dalam masalah pencerobohan yahudi kepada umat Islam Palestin?...

Untuk makluman tuan-tuan, apa yang dilakukan oleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbollah pada hari ini adalah hasil daripada pergerakan al-Fatah, yang berani menentang yahudi sehingga kecut yahudi dibuatnya. Dan kita kena ingat juga semasa berlakunya "Perang 6 hari" pada tahun 1967, bagaimana 7 buah negara Arab telah bergabung untuk menentang yahudi. Tapi ketujuh-ketujuh negara Arab itu dikalahkan dengan mudah oleh yahudi. Dan antara punca kekalahan adalah kerana disebabkan senjata-senjata canggih yang digunakan oleh negara-negara Arab ketika itu tiba-tiba boleh rosak dan menikam diri mereka sendiri. Maka hasilnya, yahudi berjaya menghancurkan dan mengalahkan 7 buah negara Arab. Inilah yang berlaku, tuan-tuan. Walaupun kita berasa yakin dengan senjata kita macamana sekali pun, tetapi kita kena ingat, kalau ALLAH SWT mengatakan bahwa kita akan kalah, kita tetap akan kalah. Jadi apa strategi untuk kita menang?...Takdak cara lain tuan-tuan, melainkan kita kena tiru macamana Nabi s.a.w. menentang tentera yahudi di Khaibar. Ketika itu habih semua kubu yahudi jatuh ke tangan tentera Nabi s.a.w.. Macamana strategi Nabi?...Sebenarnya kalau Nabi s.a.w. nak bawa ketika itu tentera yang melebihi 5000 orang pun Nabi s.a.w. mampu. Tetapi apa yang Nabi lakukan ialah baginda hanya memilih seramai 1400 orang tentera sahaja. Walaupun nampak kecil bilangannya, tetapi kesemua 1400 tentera itu telah benar-benar ditapis oleh ALLAH SWT dan tidak akan khianat kepada perjuangan umat Islam. Apa makna kalau bawa 5000 tentera sekali pun, tapi kalau dalam kelompok itu terdapat 500 orang munafik. Maka sudah pasti ia membahayakan kepada umat Islam. Sebab itulah kita tengok macamana 7 buah negara Arab lawan 1 buah negara yahudi, tiba-tiba 7 buah negara Arab dapat dikalahkan oleh yahudi.

Lepas tu, cuba kita tengok pula apa yang berlaku ketika Mesir perang dengan yahudi pada tahun 1973 di semenanjung Sinai. Ketika tentera Mesir habih ikhtiar macamana nak runtuhkan kubu pasir yahudi, tiba-tiba bila datangnya anggota Ikhwan menyertai perang tersebut; dengan izin ALLAH, bukan saja kubu pasir tu hancur, malah dengan tentera-tentera yahudi sekali habih bertempiaran lari. Anggota Ikhwan ketika itu bukannya ramai sangat dan bukannya terlatih pun. Tetapi disebabkan oleh jiwa bersih yang dimiliki oleh anggota Ikhwan, maka mereka berjaya mengalahkan tentera yahudi. Tuan-tuan, walaupun yahudi kalah ketika itu, tetapi dia bijak. Walaupun dia kalah, tapi dia masih mampu untuk menghasut Presiden Mesir ketika itu melalui baruanya Amerika. Penasihat Amerika tu bagitau kat Presiden Mesir, "Jikalau Ikhwan berjaya mengalahkan yahudi, maka tidak mustahil Ikhwan yang kembali ke Mesir pada masa itu akan berjaya menggulingkan k`jaan Mesir pula!"...Lalu apabila pemimpin-pemimpin Mesir pada masa itu termakan hasutan daripada Penasihat ketenteraan Amerika itu; maka mereka pun menangkap, menghukum dan membunuh anggota-anggota Ikhwan yang kembali daripada medan pertempuran. Inilah contoh bagaimana pemimpin Mesir yang beragama Islam tetapi mereka zolim, maka mereka juga dianggap bersekongkol dengan kesemua orang-orang yang zolim, termasuklah orang-orang munafik, orang-orang kafir dan sebagainya. Inilah rahsia yang dinyatakan oleh ALLAH SWT kepada kita semua, supaya kita faham bahwa apa yang dinyatakan oleh ALLAH SWT itu benar-benar berlaku.

Jadi muslimin/muslimat sekelian, sekarang bila berlaku keadaan sebegini; kita perlu pastikan diri kita supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang Islam yang menentang agama ALLAH TA`ALA, tidak termasuk dalam golongan orang-orang munafik dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang kafir. Apa saja tindakan kita, pastikan tidak akan membawa kepada kemurkaan daripada ALLAH SWT. Jangan kita jadi satu orang Islam yang namanya Islam sebab dilahirkan oleh makbapak yang Islam, tapi perbuatan kita menghina Nabi s.a.w.. Tuan-tuan tau ka, masa zaman Nabi s.a.w. dulu; kalau ada nama seseorang itu dikeluarkan sebagai wanted hari ini kerana menghina Nabi s.a.w., esok pasti dia akan mati. Kalau tuan-tuan buka kitab "Fiqh Harakah" tulisan Datuk Seri Hj Hadi, tuan-tuan akan jumpa dengan seorang yang bernama Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq. Dia adalah seorang yahudi yang kerjanya hanya menghina Nabi s.a.w.. Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi s.a.w. terhadap Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq ni?...Hukumannya ialah mesti dibunuh. Bila saja Nabi s.a.w. keluarkan perintah tersebut, maka ada beberapa orang sahabat r.a. yang diketuai oleh Abdullah bin `Atid dari puak Khazraj mengangkat tangan menjadi volunteer untuk membunuh Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq.

Bila saja dikenalpasti bahwa si Abu Rafi` ni tinggal di kota Khaibar, maka Abdullah bin `Atid ini bersama dengan beberapa orang sahabat terus menuju ke Khaibar. Perlu tuan-tuan tahu bahwa kota Khaibar ini adalah satu kota dimana orang-orang yahudi menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka, kubu pertahanan mereka dan markaz mereka untuk menentang Nabi s.a.w.. Kedudukannya hanyalah lebih kurang antara 60-80 batu daripada Madinah. Kemudian bila sampainya Abdullah bin al-`Atid bersama dengan sahabat-sahabatnya di kota Khaibar, Abdullah bin al-`Atid pun memberitahu kepada sahabat-sahabatnya, "Kamu semua tunggu aku di luar. Biar aku seorang saja yang masuk."...Dia beritahu macam tu sebab bukan senang untuk masuk ramai-ramai begitu saja sebab kota itu dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Jadi macamana agaknya planning Abdullah bin `Atid untuk menyelusup masuk ke dalam kota tersebut?...Di sini ternyata Abdullah bin `Atid seorang yang cerdik. Dia tunggu sehingga orang-orang yahudi keluar daripada kota tersebut untuk berurusan seperti buang air besar dan sebagainya. Kita kan sedia maklum bahwa salah satu cara orang-orang di tanah Arab dulu buang air besar ialah dibuangnya di tengah-tengah padang pasir. Jadi, kesempatan ini diambil oleh Abdullah bin `Atid dengan dia pun menyelinap duduk bersekulumbung sekali dalam kumpulan orang-orang yahudi sambil berpura-pura buang air. Kemudian bila time-up, semasa semua kena kerah masuk balik dalam kota, maka Abdullah bin `Atid pun menyelusup masuk ke kota itu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang keluar buang air tadi. Nampak tak tuan-tuan macamana cerdiknya Abdullah bin `Atid.

Okay bila dia masuk, dia pun cari rumah Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq. Mengikut satu riwayat, semasa Abdullah bin `Atid jumpa rumah Abu Rafi`, ketika itu hari sudah pun malam dan didapatinya Abu Rafi` Salam sedang mabuk bersama dengan kawan-kawannya. Dalam kegelapan malam, Abdullah bin `Atid pun mengambil posisinya di satu sudut dalam rumah tersebut sambil menunggu sehingga kawan-kawan Abu Rafi` pulang ke rumah masing-masing. Kita kena faham bahwa cerita ni berlaku lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Masa tu mana ada lampu macam sekarang. Bila waktu malam, ia hanya bergantung kepada cahaya pelita sahaja. Lepas tu pulak, Abdullah bin `Atid bukannya kenal yang mana satu Abu Rafi`. Yang dia tahu hanya nama dan di mana tempat tinggal si Abu Rafi` itu saja. Jadi dalam kegelapan malam tu, dia tak cam dalam ramai-ramai tu hat mana satu Abu Rafi`?...Jadi, macamana dia buat untuk mempastikan targetnya itu betul-betul si Abu Rafi`?...Tuan-tuan tau Abdullah bin `Atid buat apa?...Dalam gelap tu, dia pun panggil nama Abu Rafi`, "Oii! Abu Rafi`!"...Lalu bila Abu Rafi` sahut balik, Abdullah bin `Atid terus menghayun pedangnya ke arah sasaran yang keluarkan suara tadi. Tapi hayunan pedang Abdullah bin `Atid itu walaupun kena tapi tak tepat. Kena sikit saja. Maka menjeritlah Abu Rafi` kesakitan. Ini membuatkan suasana dalam rumah Abu Rafi` tiba-tiba menjadi riuh rendah, kelam kabut, semua yang tidur tadi pakat jaga habih mengerumuni Abu Rafi`; maka dalam keadaan gelap gelita tu, sekali lagi membuatkan Abdullah al-`Atid tak cam yang mana satu Abu Rafi`. Sebab dah ramai. Bila dah ramai, Abdullah al-`Atid buat macamana pula?...Sekali lagi dia berpura-pura buat-buat tanya, "Pasai apa? ...Pasai apa?"...Bila Abu Rafi` jawab, "Ada orang katok aku dengan pedang!"...Terus saja tanpa berlengah, Abdullah al-`Atid menghayun pedangnya sekali lagi ke arah suara tadi. Dengan hayunan kedua inilah, maka matinya Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq. Tetapi ketika itu Abdullah al-`Atid belum lagi pasti samada Abu Rafi` sudah mati ataupun tidak. Jadi, dalam keadaan yang semakin kelam kabut tu, Abdullah al-`Atid pun bersembunyi dalam kota kerana dia nak tunggu esok pagi ada dak berita tentang kematian Abu Rafi`. Lalu bila hari dah cerah, maka pakat ramailah orang pi tengok Abu Rafi` dah mati kena tikam. Selepas itu, barulah tersebarnya cerita tentang kematian Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq ke seluruh pelusuk dalam kota Khaibar. Apabila didengarnya berita tersebut, maka barulah Abdullah al-`Atid menyelinap keluar daripada kota Khaibar.

Inilah ceritanya tuan-tuan macamana seorang yang dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk membunuh seorang yang kerjanya maki Nabi s.a.w.. Hari ini, ada kita buat seperti yang Nabi s.a.w. buat?...Mana ada. Tapi jangan pula pi ingat tujuan ust Jailani cerita kisah ni untuk suruh kita bunuh sapa-sapa. Bukan lagu tu. Pointnya di sini ialah pertamanya supaya kita semua takut kepada neraka ALLAH. Dan yang keduanya, atas dunia ni kita sepatutnya kena takut kepada hukuman daripada ALLAH SWT. Ataupun sekurang-kurangnya bila kita dengar macamana Nabi s.a.w. menghukum bunuh ke atas seorang yahudi yang kerjanya memaki Nabi s.a.w. dengan menghantar seorang sahabat yang bernama Abdullah bin `Atid, maka kita sepatutnya rasa takut dengan apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang Islam hari ini yang memaki Nabi s.a.w.. Hari ini orang tak rasa takut sebab mereka tahu bahwa apa yang mereka buat tidak akan ada tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa. Sebab itu, kita dapati hari ini bahwa manusia bebas melakukan apa saja kerana yang pertamanya dia memang tidak ada keimanan di hari akhirat. Orang macam ni; ALLAH TA`ALA, dia tak heran. Neraka ALLAH, dia tak heran. Syurga ALLAH pun dia tak heran. Dan yang keduanya pula ialah atas dunia ni, hukumannya terlalu ringan.

Sebab itu apa yang saya nak kata ialah kita pada hari ini mestilah kembali kepada ajaran ALLAH SWT. Supaya apa yang dijanjikan oleh ALLAH TA`ALA dengan keamanan, kedamaian dan sebagainya termasuklah maruah anak-anak perempuan kita terjamin daripada para suami, para bapa, para datuk, para bapa saudara yang tidak ada keimanan kepada ALLAH SWT. Ini bukan pasai apa tuan-tuan. Pasai kes sumbang mahram yang hangat diperkatakan sekarang ni, tuan-tuan. Takpa, bab ni sat lagi kita detailkan dalam pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

Tapi apa yang kita nak bagitau sekarang ialah inilah ceritanya macamana tegasnya hukuman pada zaman Nabi s.a.w. dulu. Tapi zaman la ni; orang nak hina Nabi s.a.w. ka, orang nak hina agama ALLAH TA`ALA ka, orang nak perlecehkan agama ALLAH SWT ka; sapa pun buat tak peduli. Masa time mula-mula hangat tu, ada la jugak dengaq orang dok kata sepatah dua. Tapi bila dah berlalu setahun dua, tidak ada apa tindakan pun yang berlaku. Sebagai contoh; kita lihat saja, sudah berapa lama kerajaan Iran mengeluarkan hukuman bunuh ke atas Salman Rushdie?...Sekarang apa yang berlaku kepada Salman Rushdie?...Dia mendapat pembelaan daripada Amerika dan Britain. Bila berlaku keadaan macam ni, kita dapati orang-orang Islam sendiri pun masih lagi berbeza pendapat; apakah tindakan yang patut dilakukan kepada Salman Rushdie?...Kalau di zaman Nabi s.a.w., senang saja. Bila dengaq saja Abu Rafi` menghina Nabi s.a.w., Abdullah al-`Atid bagitau kat sahabat-sahabat dia, "Hangpa semua tunggu kat luar. Biaq aku sorang saja buat kerja ni."...Tuu dia yang kata sahabat radiallahu anhum tu, tuan-tuan. Kita zaman sekarang boleh buat lagu tu ka?...Kalau kita la ni, "Takpalah, hangpa pi la buat. Kalau jadi apa-apa, kami backing kot belakang."...Macam ni lah perangai orang Islam zaman sekarang. Macam langit dengan bumi kalau nak compare dengan para sahabat r.a.. Kalau dulu Nabi buka saja mulut, pakat terpa habih sahabat sepertimana yang dilakukan oleh Abdullah bin `Atid. Dengan 2x serangan ke atas Abu Rafi`, tergolek yahudi laknat itu ditangan sahabat Nabi s.a.w..

Sebab itu kita tuan-tuan sekelian, kalau benar-benar kita nak jaga negara kita, nak jaga masyarakat kita, nak jaga kaum keluarga kita; maka jagalah Islam kita tu betul-betul. Kalau ada orang berani hina Nabi s.a.w., ambiklah tindakan yang tegas. Jangan pulak tuan-tuan sangka yang saya ni nak hasut tuan-tuan pi bunuh sapa-sapa pulak. Bukan lagu tu. Hukuman ke atas seseorang, kita serahkan kepada mahkamah dan kita serahkan kepada pihak yang berkuasa. Kalaulah pihak yang berkuasa tak buat apa-apa walaupun dah dibuktikan bahwa seseorang itu bersalah, maka pihak yang berkuasa itu sendiri yang akan menanggung dosa kepada ALLAH SWT. Yang pentingnya kita sebagai rakyat awam, perlulah mengambil tindakan tegas setakat mana kemampuan kita. Kita mesti tunjuk akan kemarahan dan kebencian kita kepada orang yang berani menghina Nabi s.a.w.. Jangan sekali-kali kita bertolak-ansur dengan orang seperti ini. Hendaklah kita terus mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada sapa-sapa sahaja yang berani menghina agama Islam, agama ALLAH TA`ALA dan Nabi s.a.w..


Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 48-52.

Perkara 48 : Menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf.

Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:

i) Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.

ii) Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan 2 orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang perempuan.

[ Makna ayat ini ialah ada orang mendakwa kita telah melakukan kesalahan qazaf. Jadi, untuk kita mengelak daripada dikenakan hukuman had qazaf, caranya ialah dengan kita bawa 2 orang saksi lelaki ataupun seorang saksi lelaki dan seorang saksi perempuan. Saksi-saksi inilah yang akan membuat pengakuan di hadapan hakim bahwa orang yang kita tuduh dia berzina itu telah mengakui bahwa memang dia berzina.

Contohnya; kita telah menuduh si A berzina. Lalu si A pun bawa kes ini ke mahkamah atas dakwaan kita telah tuduh dia berzina. Maknanya kita telah melakukan kesalahan qazaf. Jadi, untuk mengelakkan diri kita daripada dikenakan hukuman had qazaf, maka caranya ialah kita kena bawa 2 orang saksi lelaki ataupun kita kena bawa seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi, yang mengesahkan bahwa si A memang pernah mengakui bahwa dia telah berzina. Jikalau kita berjaya membawa 2 orang saksi untuk menyatakan bahwa si A memang pernah mengaku dia telah berzina, maka kita akan dibebaskan oleh mahkamah syar`iyah. Sebab kita ada saksi yang mendengar atau melihat sendiri bahwa si A telah mengakui bahwa dia telah berzina. Maknanya, tuduhan kita bahwa si A berzina adalah satu tuduhan yang benar. ]

iii) Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dan dalam kes ini orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan saksi sebanyak 4 orang yang benar-benar dan sungguh-sungguh menyaksikan orang yang dituduh itu melakukan zina.

[ Ceraian (iii) ni dia lain sikit. Kita memang mengaku tuduh si A berzina. Tapi bila tanya si A, dia pulak tak mengaku kata dia berzina. Kemudian kita pi cari, ada tak saksi yang pernah tengok atau pernah dengar yang si A ni pernah mengaku kata dia berzina?...Tak jumpa pun. Jadi, macamana caranya lagi untuk mengelakkan kita dari di hukum qazaf?...Caranya ialah kita kena bawa 4 orang saksi yang benar-benar tengok si A berzina.

Inilah 3 cara dalam usaha kita untuk menggugurkan had qazaf ke atas kita, sekiranya kita telah menuduh seseorang itu berzina. ]

Perkara 49 : Suami yang menuduh isterinya berzina.

1) Seseorang suami yang mendakwa dan menuduh isterinya di mahkamah, bahawa ia sendiri bersama-sama dengan 3 orang rakannya telah melihat isterinya berzina dengan si polan bin si polan, maka pihak mahkamah hendaklah mengenepikan dakwaan itu, dan menolak tuduhan tersebut, dan tuduhan itu tidak boleh diterima dalam mahkamah sebagai satu kes semata-mata dengan dakwaan dan tuduhan serta pengakuan suami dan 3 orang rakannya itu.

[ Maksud ayat ini ialah mahkamah tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada si isteri, hanya kerana semata-mata ada saksi yang dibawa oleh si suami. Mahkamah hendaklah memeriksa dahulu keterangan yang dikemukakan oleh si suami. Sebab kadang-kadang bila berlakunya pemeriksaan dalam mahkamah, kita akan dapati keterangan aduan di balai polis dengan keterangan dalam mahkamah ada percanggahannya.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, dalam mahkamah dia 3 peringkat pemeriksaan. Yang pertamanya dipanggil sebagai pemeriksaan utama (examination in chief). Yang keduanya dipanggil pemeriksaan balas (cross examination). Dan yang ketiganya dipanggil sebagai pemeriksaan semula (re-examination). Contohnya; katalah polis tuduh kita mencuri. Bila berlakunya perbicaraan dalam mahkamah, ketika pihak pendakwa soal saksinya, maka ketika itu dipanggil examination in chief (pemeriksaan utama). Bila habih saja pegawai pendakwa tanya saksi tersebut, maka tibalah giliran peguambela soal si saksi tu pulak. Ketika itu kita panggil cross examination (pemeriksaan balas). Bila habih peguambela tanya saksi itu tadi, maka peringkat yang ketiga adalah re-examination (pemeriksaan semula), iaitu soalan-soalan daripada pegawai pendakwa. Lepas tu baru habih.

Jadi, apa yang ust Jailani nak bagitau ialah kalau setakat bawa saksi, itu belum memadai untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Kita mesti bawa bukti dan kemudian diberi peluang kepada pihak yang dituduh atau pihak yang berlawan dengan kita untuk menyoal atau menyiasat bukti ataupun keterangan yang dikemukakan dalam mahkamah. Ini adalah supaya segala keterangan yang dibawa ke mahkamah adalah benar-benar concrete evidence sehingga dapat meyakinkan hakim. Kita tak mau satu evidence yang goyah. Jadi, cara untuk membuktikan bahwa keterangan-keterangan yang diberikan itu benar-benar kukuh ialah segala keterangan itu mestilah melalui 3 peringkat yang disebut tadi. Iaitu pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

Lalu ust Jailani pun bawa satu contoh. Kata ust, baru-baru ni beliau ada mengendali satu kes kecurian kereta. Dimana dalam kes tersebut, anak guam ust telah dituduh mencuri kereta. Bila bermulanya perbicaraan di mahkamah, saksi pertama yang dipanggil oleh pihak polis adalah si complinent (pengadu) itu sendiri. Semasa si pengadu itu disoal dalam sessi pemeriksaan utama oleh pegawai pendakwa, si pengadu itu telah memberi keterangan-keterangan yang bercanggah dengan isi kandungan lapuran polis yang dia buat sebelum ini di sebuah balai polis. Jadi, bila tiba giliran cross examination oleh pihak peguambela, maka ust Jailani pun tanya kat si pengadu tu, "Antara lapuran polis yang kamu buat, dengan evidence dalam mahkamah yang kamu bagi sekejap tadi; mana satu yang betul?"...Kata si pengadu tu, "Hat betoinya ialah keterangan dalam mahkamah."...Kemudian ust tanya lagi, "Jadi, adakah lapuran polis yang kamu buat sebelum ini, palsu?"...Jawab si pengadu tu, "Ya. Lapuran polis itu memang dibuat-buat."...Ust Jailani tanya lagi, "Siapa yang suruh kamu buat lapuran palsu kepada pihak polis?"...Si pengadu tu kata, "Pegawai polis sendiri yang suruh saya buat begitu."...Tanya ust lagi, "Pasai apa pegawai polis suruh kamu buat macam tu?"...Dia kata, "Pegawai polis tu bagitau kat saya, kalau saya tak buat macam ni, maka susahlah nanti saya nak claim insurance."...Ust tanya lagi, "Pasai apa dia nasihatkan kamu macam tu?"...Si pengadu tu kata, "Sebab kalau didapati kereta dicuri kerana kecuaian pemiliknya sendiri, maka payahlah nak claim insurance."...Maknanya, lapuran polis yang dia buat di balai polis didapati bercanggah dengan keterangan yang diberi di dalam mahkamah. Jadi, bila si pengadu tu tadi bagi satu keterangan dalam mahkamah yang berbeza dengan lapuran polis yang ditender sebagai barang bukti dalam mahkamah, maka sudah pasti kes itu akan dibuang. Maknanya, complinent itu tidak berjaya convict anak guam ust Jailani.

Kes itu dibuang sebab isi kandungan lapuran polis menceritakan bahwa si pengadu itu tinggalkan keretanya di Pantai Bersih sekitar 11.45pm untuk pergi bersiar-siar. Kemudian bila dia balik semula ke tempat keretanya pada 1.00am, didapati keretanya dah hilang. Sedangkan apa yang diceritanya dalam mahkamah pula ialah sedang dia berehat bersama-sama dengan beberapa kawan perempuannya berhampiran dengan kereta itu, tiba-tiba datang kawan yang kena tuduh tu pi dengar muzik dalam kereta tersebut dan sekaligus dengan kereta tu sekali kawan dia bawa pi. Nampak tak tuan-tuan, macamana ada satu pertentangan evidence yang cukup ketara. Bila berlaku macam ni, maka terlepaslah si tertuduh daripada dakwaan.

Sebab itu dalam Islam, tak cukup dengan kita bawa bukti maupun saksi. Bukti ataupun saksi itu mestilah diberi pada pihak yang tertuduh untuk menjalankan pemeriksaan. Kalau saksi kata dia benar-benar tengok seseorang itu berzina, maka saksi itu mesti disoal dan disiasat tentang apa sebenar yang dilihatnya?...Inilah cara yang dikehendaki oleh hukum syara` untuk mengelak daripada berlaku kezoliman kepada orang yang dituduh. Sebab itu pengarang kitab ini kata, "Tidak boleh mahkamah terus mengambil kira saksi yang dikemukakan dalam mahkamah tanpa mengambil kira perkara-perkara terperinci yang lain."

2) Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman had qazaf ke atas suami yang menuduh isterinya berzina, jika tuduhan suami itu tidak sabit dan ditolak oleh mahkamah.

[ Sebab itu, kalau kita nak tuduh seseorang itu berzina, khususnya suami kita ataupun isteri kita; maka kenalah berhati-hati. Jangan nak main tuduh sembarangan.

Lalu ust Jailani pun cerita satu lagi kes yang dikendalikannya baru-baru ini. Kali ini, seorang isteri datang mengadu kepada ust mengatakan bahwa suaminya telah berlaku curang terhadapnya. Lalu kata ust, "Kalau puan nak kata suami puan ni ada hubungan sulit dengan perempuan lain, maka kenalah puan cari bukti dulu."...Maknanya, dalam kes seperti ini, bare allegation (dakwaan kosong) tak akan diterima mahkamah. Untuk membawa seseorang itu ke mahkamah, dia kena ada satu allegation yang dikemukakan bersama-sama dengan concrete evidence...Bila ust kata lagu tu, maka si isteri itu pun kata bahwa dia ada bukti. Lalu tanya ust, "Apa bukti puan yang mengatakan bahwa suami puan berlaku curang dengan perempuan lain?"...Si isteri tu kata bahwa dia jumpa dalam kereta suami dia, gula-gula hacks dan tisu. Ust tau apa maksud si isteri tu. Gula-gula hacks itu digunakan untuk menghilangkan bau mulut ketika nak bercumbu; itulah maksud si isteri tersebut. Tapi ust Jailani kata, "Kalau puan bawa coklat hacks ini sebagai bukti ke mahkamah, hakim takkan dengaq."...Bila ust sebut macam tu, si isteri tu duduk diam sekejap. Kemudian baru dia teringat, "Aaa! ada satu lagi, ustaz. Satu hari tu, saya tengok dalam laci lemari suami saya tu, dia ada simpan kondom. Dan kondom tu pulak; sat-sat ada tiga, sat-sat ada dua. Lepas tu ada tiga balik. Sedangkan benda tu tak pernah pun digunakan ketika bersama dengan saya."...Lalu kata ust, "Walaupun puan dah jumpa kondom, tapi nak tuduh dia berzina, tak boleh lagi. Tapi kalau kita nak kata ada tohmah pada suami puan, boleh. Maknanya, suami puan boleh disyaki berlaku curang."...Dalam hukum syara`, keadaan macam ni kita panggil "syiqa`". Yang membawa maksud, satu perbalahan yang melampau yang berkaitan dengan kehormatan. Maknanya, suami isteri bergaduh kerana masalah kehormatan. Samada si suami mensyaki isterinya curang kepada dia, ataupun si isteri berbalah dengan suaminya kerana syak suami dia curang. Contohnya, macam nampak love bite kat leher. Tapi love bite kat leher bukan bukti si suami atau si isteri telah berzina. Tetapi ia sudah cukup untuk membawa kepada perbalahan kerana wujudnya syiqa`. Bila berlaku lagu ni, maka suami ataupun isteri khususnya, bolehlah mengadu kepada mahkamah dengan mengatakan bahwa wujudnya syiqa`. Dan memohon kepada mahkamah supaya dibubarkan perkahwinan mereka dengan talak daripada suami. Tapi kalau suami tak setuju, maka hakam yang dilantik oleh mahkamah boleh melafazkan talak bagi pihak suami walaupun suami tak setuju.

Nampak tak tuan-tuan macamana dalam satu kes, satu benda tu boleh kita terima sebagai bukti, tapi dalam kes yang hampir sama, benda tu tak boleh pula dijadikan sebagai bahan bukti. Contohnya macam cerita kondom tadi la tuan-tuan. Pembelian kondom tadi dan berkurangannya kondom tadi, tak boleh menjadikan bukti bahwa si suami tadi berzina. Sebab dalam hukum syara`, kalau nak tuduh orang berzina, kita kena bawa 4 orang saksi. Tetapi tentang kondom itu jugak boleh dijadikan bukti sekiranya kita nak tunjuk kepada mahkamah bahwa antara suami dan isteri tersebut sudah berlaku syiqa`. Maknanya, bahan bukti dalam kedua-dua kes ni sama. Dalam kes zina, dia tak boleh dijadikan bukti. Tapi dalam kes syiqa`, dia boleh dijadikan bukti. Jadi, inilah yang kita kena faham. Soal procedure dalam mahkamah, itulah caranya. ]

3) Saksi-saksi yang dikemukakan oleh penuduh di mahkamah mestilah mereka itu melihat sendiri dengan mata kepalanya segala perbuatan penzina itu dan cara-cara mereka melakukan perzinaan tadi.

[ Maknanya, saksi 4 orang itu mestilah melihat sendiri perbuatan zina tersebut. Kalau salah seorang daripada mereka tak nampak perbuatan zina tersebut, maka kes zina tersebut hendaklah ditukar kepada kes lain. Tapi kalau si penuduh itu nak teruskan juga tuduhannya walaupun salah seorang saksinya tak nampak perbuatan zina tersebut, maka si penuduh itu hanya mendedahkan dirinya kepada hukuman qazaf. Yakni dirotan sebanyak 80x sebatan.

Sebab itu, saya syorkan kalaulah kita seorang sahaja yang terserempak tengok orang berzina, maka jangan dok pi cerita kat orang. Katalah kita sorang saja time tu, takdak sapa di sekeliling kita; tiba-tiba kita terserempak dengan 2 makhluk manusia (jantan/betina) sedang meradu tenaga; apa kita nak buat time tu, tuan-tuan?...Ada 2 cara yang boleh kita lakukan di sini. Yang pertamanya, kita buat bising supaya couple tu terganggu. Ataupun kalau berani, kita pi tegoq terus. Larang perbuatan tersebut. Sebab kita tau kalau pi buat aduan kepada pihak berkuasa, ini memungkinkan kita terdedah kepada hukuman qazaf. Jadi, cara yang paling baik ialah kita kena halang perbuatan orang yang berzina tadi. Macam tu kita kena buat tuan-tuan. Tetapi apa yang kita lihat hari ini, kebanyakan daripada kita tak sanggup nak buat macam tu. Sedangkan itulah tuntutan hukum syara`. Kita boleh larang perbuatan tersebut, tapi jangan sekali-kali cerita kat orang lain. Kalau kita cerita jugak, maka inilah yang mendedahkan kita kepada qazaf.

Nampak tak tuan-tuan macamana Islam benar-benar menjaga maruah manusia. Walaupun kita memang orang yang bersalah sebab orang nampak kita berzina dengan perempuan; ataupun kita ni perempuan, orang nampak kita berzina dengan jantan lain; tetapi Islam masih menjaga maruah kita. Kita masih diberi peluang dalam keadaan macam tu untuk kita bertaubat kepada ALLAH SWT, tanpa mendedahkan identiti kita dikhalayak ramai. Sebab sorang dua yang nampak perbuatan kita itu akan tutup kes kerana kes itu hanya setakat antara kita dengan dia sahaja. Dia nampak dan dia habag kat kita, "Kamu dah buat benda salah. Baik kamu berenti!"...Kita pun berenti, kemudian dok sengap-sengap sudah. Bila dah insaf, maka bertaubatlah kepada ALLAH SWT. Adakah tak indah lagi Islam kalau macam ni punya gaya?...Sebenarnya apa yang ALLAH turunkan kepada kita adalah bertujuan untuk menjaga sistem sosial supaya tidak berselerak. Sebab itu, dalam Islam kalau perbuatan zina itu sampai ke tahap 4 orang saksi lelaki yang adil nampak, JAGA!...Yang ni tak boleh lepas lari. Seperti yang kita dah belajar sebelum ni, kalau orang yang belum kawin ditangkap berzina, maka dia akan dirotan sebanyak 100x sebatan, lepas tu dibuang negeri selama setahun. Manakala yang sudah berkahwin pula, maka hendaklah dia dirotan 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati.

Sekarang kita lihat macamana riuhnya satu M`sia tentang perbuatan yang dikatakan sebagai sumbang mahram ni. Macam-macam pandangan yang kita dengar. Timbullah semula istilah cawat besi dan sehingga ada juga yang suruh dikasikan saja puak-puak sumbang mahram ni. Apa, hangpa ingat lembu ka puak-puak ni?...Binatang pun haram kita kasi, inikan pula manusia. Yang kata tu pulak ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Dia kata, baik kita ikut cara Amerika dalam menangani isu sebegini. Tuan-tuan tau ka apa maksud "kasi"?..."Kasi" ialah mematikan syahwah dengan apa cara sekali pun. Samada buang habih semua sekali kemaluan, ataupun buang teloq dia sahaja supaya tidak menimbulkan syahwah, ataupun dengan cara memasukkan ubat-ubat yang tertentu untuk melenyapkan syahwah di dalam alat kelamin si lelaki. Inilah dia yang dikatakan sebagai "kasi". Pada kita yang dah belajar sebelum ni dalam kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" yang dikarang oleh al-Fadhil Sahibul Samahah Hj Said Hj Ibrahim (bekas mufti negeri Sabah), isu ini memang dah jelas. Al-Fadhil Hj Said Hj Ibrahim mengatakan bahwa para ulama` telah menetapkan bahwa orang yang melakukan sumbang mahram hendaklah dihukum bunuh. Bukannya penjara seumur hidup dan sebat 10x. Kita pun tak tau, daripada sumber mana Jabatan Perdana Menteri ambik kata hukum sumbang mahram adalah penjara seumur hidup dan sebat 10x?...Sebab apa Hj Said Hj Ibrahim kata mesti dibunuh pelaku sumbang mahram ni?...Sebab mereka telah menukar hukum ALLAH SWT. Kenapa?...Sebab satu kemaluan yang diharamkan selama-lamanya oleh ALLAH SWT kepada pelaku itu, tiba-tiba orang ini menghalalkan dengan cara berzina dengan mahram dia. Jadi, siapa yang rogol anak dia, siapa yang rogol anak penakan dia, siapa yang rogol adik dia, siapa yang rogol kakak dia; orang macam ni tak payah kasi sebab Islam kata bunuh terus. Ini adalah satu ketetapan yang dibuat oleh para ulama` Islam dan disebut alasan ini oleh sahibul samahah Hj Said Hj Ibrahim bahwa sebab pelaku sumbang mahram ini wajib dibunuh ialah kerana dia telah menukar hukum ALLAH SWT. Inilah ketetapanNya, tuan-tuan.

Orang yang tukar hukum agama ni tuan-tuan adalah sama kedudukannya dengan orang yang menghina Nabi s.a.w.. Kita telah pun diceritakan oleh ust Jailani pada peringkat awal tadi macamana seorang yahudi dihukum bunuh oleh Nabi s.a.w. kerana menghina baginda. Ust Jailani sebut macam ni ialah supaya orangramai tahu bahwa benda-benda lagu ni amatlah dilarang oleh agama, samada dia menghina Nabi s.a.w. ataupun dia buat sumbang mahram dengan merogol anak dia dan sebagainya. Orang macam ni layak dibunuh mengikut ketetapan agama ALLAH SWT. Tetapi yang menghairankan kita, pasai apa manusia pada hari ini masih belum mahu kembali kepada ajaran ALLAH SWT? ]

4) Apabila saksi-saksi itu mengaku bahawa mereka tidak melihat sendiri dengan mata kepalanya segala perbuatan penzina itu di masa mereka melakukan penzinaan tadi, maka persaksian saksi itu hendaklah ditolak dan tidak boleh diterima. Dan pihak hakim hendaklah menjatuhkan hukuman had qazaf ke atas suami itu. Dan kes ini berpindah dari kes zina kepada kes qazaf.

[ Peringkat awal, isteri adalah orang yang dituduh. Tapi sebab tidak ada bukti, maka bertukar daripada isteri menjadi orang yang kena tuduh kepada suami pulak yang kena tuduh. Ini adalah sebab si suami itu telah melakukan qazaf ke atas isterinya. ]

Perkara 50 : Suami yang hendak melepaskan diri dari had qazaf.

1) Seseorang suami yang hendak melepaskan dirinya dari hukuman had qazaf hendaklah menarik balik tuduhan zina terhadap isterinya dan meminda dakwaannya daripada qazaf kepada li`an.

[ Li`an ialah si suami kena angkat sumpah "WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" bahwa isteri dia telah berzina. Dia seorang yang betul dan isterinya seorang yang tidak benar. Si suami kena sumpah macam tu 4x. Kemudian bila masuk kali ke5, maka si suami hendaklah meminta laknat bala bencana malapetaka daripada ALLAH SWT kalau dia berbohong.

Bila berlaku sebegitu, sekiranya si isteri nak mengelak daripada dikenakan hukuman had zina, maka si isteri kena membalas li`an suami dia balik dengan bersumpah 4x jugak, dengan mengatakan bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia juga kena minta laknat daripada ALLAH SWT sekiranya suaminya benar. Itulah dia cara li`an.

Jadi, li`an adalah satu sumpah meminta laknat daripada ALLAH SWT. Sebab itu benda macam ni, baik jangan buat. Kalau betoi suami mendapati isteri dia berzina ataupun isteri mendapati suaminya berzina, lebih baik adakan mesyuarat dan berbincanglah elok-elok. Simpan rahsia ni, jangan bagitau kat orang dan kemudiannya bercerailah baik-baik. Itulah cara yang lebih baik. Sebab semua orang boleh buat silap punya. Saya boleh buat silap. Tuan-tuan pun boleh buat silap jugak. Cumanya, mungkin cara silapnya saja yang berbeza. Saya tak pernah berzina, tapi mungkin ada benda lain yang pernah saya buat. Orang lain mungkin pernah berzina, tapi benda yang kita buat, dia tak buat. Jadi sepatutnya kita ni tuan-tuan; dosa kita, kesilapan kita, aib kita, jangan kita dok pi cerita kat orang. Sebab itu li`an, jangan sekali-kali kita cuba mendekati dia. Kecualilah kalau tidak ada pilihan, maka pada masa tu dibenarkan melalui li`an. Tetapi disunatkan kepada hakim untuk menasihati suami dan isteri yang terbabit supaya meninggalkan li`an untuk mendapatkan rahmat daripada ALLAH SWT. ]

2) Seorang hakim yang telah menerima pindaan dakwaan suami dari qazaf kepada li`an hendaklah memerintahkan kepada suami itu supaya meli`an isterinya untuk melepaskan dirinya dari hukum had qazaf, iaitu bersumpah sebanyak 4x untuk membuktikan kebenaran tuduhannya terhadap isterinya. Dan sumpah yang ke5, suami itu mestilah mengakui kerelaannya menerima kemurkaan dan bala dari ALLAH jika ia berdusta. Firman ALLAH TA`ALA yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syara`) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH 4x, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang ke5 (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat ALLAH akan menimpa dirinya jika adalah ia dari orang-orang yang dusta." (Surah an-Nur:6-7)

[ Inilah cara sumpah yang diajar oleh ALLAH SWT kepada suami yang menuduh isterinya berzina. ]

Perkara 51 : Isteri yang hendak membela diri dari li`an suaminya.

1) Seseorang isteri yang hendak membela dirinya dari li`an suaminya dan untuk menggugurkan had zina ke atas dirinya hendaklah membalas li`an suaminya, iaitu bersumpah sebanyak 4x untuk menolak kebenaran tuduhan suaminya terhadap dirinya. Dan sumpah yang ke5, isteri itu hendaklah mengakui kerelaannya menerima kemurkaan dan azab dari ALLAH, jika tuduhan suaminya itu benar. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan bagi menghindarkan (melepaskan) hukuman siksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH, sebanyak 4x bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta." ( Surah an-Nur:8-9)

[ Bila habis saja sumpah ke5 yang dilafazkan oleh si suami dengan meminta laknat daripada ALLAH, maka pada masa itu wajib dijatuhkan had zina ke atas si isteri. Maksudnya si isteri itu hendaklah disebat 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati. Maka bagi isteri pada masa tu, untuk mengelak daripada dikenakan had zina ke atasnya, maka hendaklah si isteri itu meli`an balik suaminya 5x jugak. Dia hendaklah bersumpah dengan mengatakan 4x sumpah bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia mestilah mengatakan bahwa kalau suaminya benar, maka dia minta laknat daripada ALLAH SWT ke atas dirinya. Bila si isteri sanggup li`an suaminya balik dengan sumpah 5x, maka barulah si isteri itu bebas daripada hukuman had zina.

Bila selesai suami li`an isteri dia, dan si isteri li`an balik suami dia, bila complete yang tu; maka hendaklah bagi mahkamah membubarkan perkahwinan mereka kerana perhubungan mereka sudah dikira sebagai "ba`in kubra". Iaitu haram dengan tidak dibenarkan bagi suami isteri yang terbabit itu kembali sebagai suami isteri, samada dengan cara rujuk, atau cara kahwin semula, ataupun dengan cara cina buta sekalipun. Ini disebabkan bahwa perkahwinan mereka adalah diharamkan selama-lamanya.

Nampak tak tuan-tuan macamana li`an ni lebih berat daripada talak 3. Kalau talak 3, walaupun rujuk tak boleh atau kahwin semula pun tak boleh, tapi sekiranya ada lelaki lain yang kahwin dan bersetubuh dengan bekas isteri tersebut, kemudian bila lelaki tu ceraikan bekas isterinya itu, maka barulah halal si isteri itu tadi kepada suami yang menceraikannya dengan talak 3. Tetapi kalau li`an, maka haram bagi pasangan tersebut buat selama-lamanya. Tak ke berat tu tuan-tuan?...

Bila sebut talak 3, mai kita tengok sikit apa perbicangan ulama` tentang masalah talak 3 ni. Jumhur ulama` sepakat mengatakan bahwa kahwin secara cina buta adalah haram. Kita dah cerai isteri kita dengan talak 3, kemudian kita rasa nak kembali kepada isteri kita tu, maka kita pun upah seorang cina buta (muhallil) untuk kahwin dengan bekas isteri dengan syarat esok pagi dia kena ceraikan bekas isteri kita tu. Para ulama` sepakat kata bahwa bukan setakat perbuatan kita tu haram, malah isteri kita itu masih tetap haram untuk kita. Tetapi menurut pendapat Imam Syafie rahimallahu ta`ala, sekiranya perkahwinan bekas isteri itu dengan orang lain berlaku bukan niat untuk cina buta, yakni perkahwinan yang sungguh-sungguh, bukan untuk mempermainkan hukum ALLAH, maka ijabkabul tersebut adalah sah. Kemudian sekiranya isteri tersebut diceraikan oleh suaminya yang baru setelah disetubuhinya, maka barulah halal si isteri tersebut kembali kepada suami yang ceraikannya dengan talak 3 tadi.

Bila berlaku keadaan macam ni, kita orang lelaki mau ingat-ingat. Kuasa talak memang ALLAH SWT bagi kat kita kaum lelaki, tetapi bukan untuk sewenang-wenangnya. Sebab itu, dalam undang-undang negara kita pada hari ini; siapa yang ceraikan bini dia di rumah, akan didenda. Hikmah dibuat undang-undang macam ni ialah supaya mengelakkan para suami daripada menggunakan kuasa talak dengan sewenang-wenang untuk menceraikan isterinya. Pikiaq dulu habih-habih. Kalau tak boleh settle juga, bawa pi mahkamah. Maknanya, bila pi mahkamah, nada amarah kita mungkin dah cool down sikit. Bila dah cool, maka bolehlah kita berfikir dengan cara yang waras. ]

2) Li`an isteri terhadap suaminya membebaskan dirinya dari tuduhan suaminya dan gugurlah hukuman had zina dari isteri tadi, iaitu hukuman rejam sampai mati tidak dikenakan (digugurkan) dari isteri yang membalas li`an suaminya. Dan li`an suami terhadap isterinya sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 50(2) melepaskan suami dari hukuman had qazaf yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman ALLAH dalam Surah an-Nur ayat 4.

[ Ingat tuan-tuan!...li`an meli`an antara suami isteri memang tidak digalakkan dalam ajaran Islam, kecualilah kalau tidak ada pilihan. ]

Perkara 52 : Sebab-sebab yang membolehkan suami meli`an isteri.

1) Mengikut peruntukkan hukum syara`, seseorang suami harus meli`an isterinya dengan 2 sebab:

i) Suami menuduh isterinya berzina, tetapi suami itu tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang boleh menyokong kebenaran tuduhannya.

ii) Suami tidak mengakui - menolak anak yang dikandung oleh isterinya. Misalnya suami mengaku belum pernah jima` dengan isterinya semenjak dari tarikh akad nikah, atau isteri itu sudah melahirkan anak sebelum sampai 6 bulan dari tarikh mulai ia jima` dengan suaminya.

[ Inilah 2 keadaan yang mengharuskan si suami meli`an isteri dia. Walaupun si suami boleh meli`an isterinya sekiranya berlaku salah satu daripada perkara di atas, tetapi Islam masih tidak menggalakkannya. Sehingga sunat bagi hakim menasihati si suami supaya jangan diteruskan dengan li`an. Pasai apa?...Sebab kalau diteruskan dengan li`an, kemudian sekiranya si isteri balas balik li`an suaminya, maka perkahwinan mereka akan dibubarkan buat selama-lamannya. Dan mereka takkan boleh kembali selama-lamanya. Benda-benda macam ni, kita kena beringat, tuan-tuan.

Sebab itu, sekiranya kita sendiri nak kahwin atau anak-anak kita nak kahwin; maka hendaklah disiapkan dengan ilmu yang secukupnya. Jangan jadi sepertimana yang diceritakan oleh ust Jailani, tentang satu pasangan yang baru saja kawin tapi berakhir di mahkamah. Di malam pertama, yang kenduri siang tadi di rumah pengantin perempuan, sepatutnya tentulah seronok sebab benda yang selama ni haram, sekarang dah jadi halal. Tiba-tiba berakhir dengan benda yang tak seronok. Semasa si suami tu pi mandi bersiap-siap untuk malam pertama, tiba-tiba handset dia bunyi. Lalu si isteri yang baru jadi raja sehari tu pun angkat, tengok-tengok girlfren suami dia send message. Takke haru tu tuan-tuan?...Bila si isteri tu tengok message tu, start daripada hari tu sampailah sekarang, dia terus jadi dingin terhadap suaminya. Jadi kelam kabut perkahwinan pengantin baru tu tuan-tuan. Malam pertama ke mana, kenduri rumah si suami pun terpaksa dibatalkan dan sekarang masuk mahkamah dalam proses minta cerai pulak dah. Pasai apa jadi lagu ni?...Sebab si suami tu la, tuan-tuan. Dia tak reti nak prepare awai-awai. Dah tau hang nak kawin hari ni, sepatutnya awai-awai hang dah putuskan segala hubungan dengan mana-mana hang punya ex-girlfren. Samada hubungan tu cara halai ka atau cara haram ka, dia sepatutnya mau clear buang "kabel-kabel" ni dulu sebab hari ini dia sudah ada isteri. Apa punya tak reti la Mamat ni?...]

2) Suami yang menuduh isterinya berzina jika nyata dan benar isteri itu berzina. Misalnya suami melihat sendiri dengan matanya semasa isterinya berzina, atau isteri itu mengaku sendiri bahawa ia berzina, dan pengakuannya diterima dan dibenarkan dengan keterangan-keterangan yang nyata dan jelas serta terbukti, maka dalam kes ini, sebaik-baiknya suami itu hendaklah mentalaki isterinya tanpa meli`annya.

3) Dalam kes li`an, hakim hendaklah memberi peringatan dan nasihat kepada pihak isteri dan pihak suami sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a., sabdanya:

"Mana-mana perempuan yang masuk ke suatu kaum yang bukan keluarganya, maka ia tidak akan mendapat apa-apa pun bahagian dari ALLAH, dan ia tidak akan masuk ke dalam syurga. Dan mana-mana lelaki yang menyangkal (menolak) anak, pada hal ia tahu bahawa anak itu adalah anaknya, maka ALLAH menjauhkan daripadanya dan ALLAH akan menghinakannya di hadapan orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian." (HR Abu Daud)

[ Jadi, hadith ini dengan jelas menyatakan kepada kita tentang celaan kepada orang yang berzina dan kepada orang yang tuduh orang berzina. Satu orang lelaki memang dia tahu anak tu memang anak dia, tiba-tiba dia tuduh juga isteri dia berzina; maka orang macam ni dicela dan dikutuk oleh ALLAH SWT. Termasuk yang dikutuk dan dilaknat oleh ALLAH SWT ialah orang perempuan dan orang lelaki yang berzina, sedangkan mereka tahu perbuatan itu diharamkan oleh ALLAH SWT.

Sebab itu muslimin muslimat sekelian, kita perlu menjauhkan diri dari benda-benda seumpama ini dan perlu berdoa setiap hari setiap malam supaya ALLAH melindungi rumahtangga kita daripada perkara-perkara seumpama ini. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan