BAHAGIAN 1

Muqaddimah

Kuliyyah Ustaz Ahmad Jailani kali ini membawa perhatian kita kepada satu hadith Nabi s.a.w. sebagaimana yang dibawakan kepada kita oleh Imam Ahmad bin Hanbal, kemudian diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dan Imam Abu Dawud r.a.. Dimana Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Ada 3 golongan manusia yang mana ALLAH SWT tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Dan ALLAH SWT juga tidak akan memandang kepada mereka. Dan ALLAH SWT juga tidak akan mensucikan mereka. Sebaliknya dijanjikan oleh Nabi s.a.w., mereka ini akan diberi azab ALLAH SWT."

[ Bukan setakat ALLAH SWT tak mau pandang dan bukan setakat ALLAH SWT tak mau cakap, malah seperti mereka-mereka ini ALLAH SWT dah bagi janji dengan lisan Nabi kita Muhammad s.a.w., bahwa Dia akan siksa dengan siksaanNya pada hari qiamat. Nau zubillahi minzalik. ]

Golongan pertama yang disebut oleh Nabi s.a.w ialah seorang lelaki yang dia ada minuman yang lebih, tapi dia tak bagi kepada musafir yang meminta bantuan daripadanya.

[ Stok air untuk diri dia sudah cukup malah ada yang lebih, tapi dia tidak mahu bagi air yang lebih itu kepada orang yang bermusafir. Maknanya, kalau ada orang yang bermusafir minta bantuan, dan kita pula mampu untuk beri bantuan kepada mereka, tiba-tiba kita tak mau bagi; maka orang macam ini telah dijanjikan oleh ALLAH SWT, akan dikenakan azab di hari akhirat.

Tapi dalam keadaan dunia sekarang ni yang penuh dengan tipu daya, kita kena berhati-hati juga. Sebab la ni banyak benda yang di luar jangkaan kita. Contohnya; kadang-kadang ada orang mai kat rumah kita dengan berpura-pura nak jual barang ataupun berpura-pura musafir (orang susah); tapi bila kita buat baik kepada mereka, mereka pula yang mengambil kesempatan ini untuk melakukan rompakan/ samun/ rogol dan sebagainya. Benda lagu ni kita kena berhati-hati. Tapi kalau kita yakin orang yang mai itu benar-benar bermusafir, maka wajib bagi kita untuk beri bantuan. Dan sekiranya kita tidak percaya, maka tidak menjadi satu kesalahan dalam agama untuk kita menolak daripada memberi bantuan dengan alasan keselamatan. Ini terpulang kepada kebijaksanaan diri masing-masing. ]

Yang kedua, Nabi kata, "Satu orang lelaki yang bersumpah dengan sumpah palsu untuk melariskan barang dagangannya."

[ Hari ini kita boleh tengok ramai orang yang berniaga suka sangat menggunakan sumpah palsu bagi melariskan bisnes dia. Bukan setakat dalam negara kita sahaja yang orang buat perangai macam ni, malah kalau kita berkunjung ke Mekah/Madinah, pun kita akan berjumpa dengan perangai yang macam ni juga; kata ustaz. Semasa ustaz Jailani di tanah Arab, dia lihat perniagaan di Mekah agak lebih aggresif berbanding di Madinah yang nampaknya lebih lembut sikit. Walaupun peniaga-peniaga di sana dimonopoli oleh bangsa-bangsa asing seperti bangsa Afrika/ Afghanistan/ Pakistan dan sebagainya, tetapi perangai mereka terikut-ikut dengan perangai pribumi yakni bangsa Arab. Sejak zaman Nabi s.a.w. dulu pun, kita dah tau bahwa orang Mekah ni memang agak kasar, sehinggakan mereka tak boleh terima Nabi Muhammad s.a.w.. Tapi orang Madinah, hati mereka lebih lembut, yakni mereka boleh percaya dan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi inilah yang mempengaruhi peniaga-peniaga di tanah Arab hari ini. Dan mereka juga suka bersumpah dengan sumpah palsu. Contohnya, sepertimana yang terkena sendiri kepada ustaz Jailani. Bila ustaz masuk satu kedai dekat dengan Masjid Nabawi untuk beli gambar Ka`abah, peniaga tu pun letak harga gambar tersebut sebanyak 80 Riyal dan dia bagitau kat ustaz bahwa tiada kedai lain yang boleh letak harga semurah dia. Kemudian ustaz kata peniaga tu menggunakan teknik sumpah dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. untuk meyakinkan ustaz lagi. Bila dia dah gunakan kaedah sumpah, ustaz pun beli. Tapi bila ustaz keluar daripada kedai tu dan saja pi tengok kedai lain, didapatinya gambar yang sama di kedai lain itu ada tertera price tag menunjukkan 70 riyal sahaja. Maknanya, peniaga tadi telah menipu pelanggannya dengan menggunakan sumpah. Nampak tak tuan-tuan macamana perangai orang Islam hari ini. Jadi, macamana ALLAH nak tolong?...Oleh sebab itu, janganlah kita menggunakan sumpah palsu untuk berbohong kepada pelanggan, kerana ini telah dijanjikan oleh ALLAH dengan azab yang amat pedih pada hari akhirat. Nau zubillahi min zalik. ]

Yang ketiga pula, sebagaimana yang disebut oleh Nabi kita Muhammad s.a.w., "Satu orang lelaki yang mengangkat satu orang pemimpin, sekiranya pemimpin itu bagi benda kepadanya. Kalau pemimpin itu tidak memberi apa-apa, maka dia tidak akan taat dan berbai`ah dengan pemimpin itu."

[ Sapa sebut ayat-ayat di atas ni tuan-tuan?...Bukan saya sebut dan bukan juga ustaz Ahmad Jailani sebut. Tapi Nabi s.a.w. yang sebut, tuan-tuan. Haah! yang ni, puak-puak karat atau hampir nak berkarat, mau ambik perhatian lebih sikit. Sebab hari ini, kita boleh tengok bahwa masyarakat kita sudah tidak tahu nak memilih yang mana satu pemimpin yang boleh jaga akhirat rakyatnya. Contohnya; kalau hang boleh bagi kain pelikat kat aku, maka hanglah pemimpin kesayangan aku. Kalau hang boleh bagi duit ka atau nasik bungkuih ka dekat aku, kira hanglah pemimpin sanjungan ku. Tapi kalau hang seorang yang soleh ka/ hang warak ka/ hang taat kepada ALLAH ka; ini bukan lagi menjadi nilaian seseorang itu untuk diangkat sebagai pemimpin. Tuan-tuan, inilah yang berlaku sekarang ini dalam masyarakat kita yang sudah pun camca marba. Keadaan ini telah pun disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Imam Abu Dawud r.a., bukannya riwayat daripada Imam Ahmad Jailani. Inilah yang kita nak bagitau kepada kawan-kawan kita yang masih tak mau buka hati kepada hidayah ALLAH. Hangpa tolong ambik faham sebab hadith ini daripada Nabi s.a.w., yang menjanjikan kemurkaan daripada ALLAH SWT. Jadi, kalau sapa-sapa yang ada perangai-perangai macam yang dibagitau tadi, maka tolonglah bertaubat kepada ALLAH SWT.

Lalu ustaz buat satu andaian. Bayangkan ada seorang yang sangat memerlukan bantuan daripada wakil rakyat. Lalu sebelum dia pi rumah wakil rakyat tu, bermacam-macam benda dok main dalam kepala hotak dia. Malas ada, malu ada, takut ada, berbagai-bagai persoalan timbul dalam kepala dia, "Agak-agak dia tolong tak aku?..Aku betoi-betoi susah ni. Aaah! aku kena pi juga ni."...Cuba bayangkan tuan-tuan, bila kita pi rumah YB dengan penuh harapan nak berjumpa dengan dia, tiba-tiba YB tu nak keluar rumah pun tak mau, apatah lagi nak jumpa dan bersembang dengan kita. Kalau beginilah keadaannya, nak dapatkan pertolongan kira jauh sekali la nampaknya. Maka kita pun balik dengan tangan kosong, lalu bila isteri tanya, "Macamana bang?"...Kita pun jawab macam tak mau jawab saja, "YB tak mau jumpa pun dengan orang macam kita."...Time tu, kita rasa macamana tuan-tuan?...Tak tebai ka muka kita time tu, tuan-tuan. Hah! macam ni lah keadaan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. di hari akhirat nanti. Yakni pada saat kita amat-amat memerlukan pertolongan daripada ALLAH SWT, tiba-tiba ALLAH bukan setakat tak mau cakap dengan kita, tak mau tengok kita, tak mau angkat kita daripada kehinaan; malah yang lebih dahsyat ialah ditimpakanNya dengan azab yang pedih pula kepada kita. Time tu kita rasa macamana?...Kalau atas dunia sekarang ni pun kita tak sanggup nak terima keadaan macam ni, apatah lagi di negeri akhirat.

Sebab itu, sepatutnya kita mestilah merasa amat takut kepada janji daripada ALLAH SWT. Dan oleh sebab itu jugalah, kita mau tanya diri sendiri masing-masing supaya kita tau jalan mana last sekali kita nak pi, yakni ke syurga atau neraka. Dua ni saja, tuan-tuan. Takdak jalan lain dah selain daripada dua jalan ni. Buatlah pilihan sendiri. Kalau mau jalan ke syurga, Insya`ALLAH, ALLAH tidak zalim, Dia akan tunjuki jalanNya. Tapi kalau kita pilih sebaliknya, maka azab ALLAH lah yang akan diterima. Pasai di dunia dulu, orang dah bagitau dah dekat kita, tapi kita buat tak peduli, kita lawan jugak. Maka kita sendirilah yang menempah kemurkaan ALLAH SWT. ]

Kesimpulannya, hadith ini dia ada 3 benda :

i) diajarnya pada kita, adab dengan orang yang susah. Yakni apabila orang bermusafir perlu bantuan, maka wajib kita tolong.

ii) Dalam masalah ekonomi. Yang mana kita tak boleh tipu apabila buat bisnes. Jadi, kalau kita nak untung atau nak kaya sekalipun, jangan sekali-kali menindas orang lain. Sebab ALLAH dah kata, "Hang tipu orang atas dunia. Aku akan balas dengan azab pada hari akhirat!"

iii) Sistem politik. Bila kita sebut saja agama, tak dapat tidak, selain kita bercakap soal ekonomi, sistem sosial, sukan/hiburan; maka politik juga turut terbabit. Bila kita cakap saja pasai politik, tak dapat tidak, mesti ada orang yang terasa punya. Betoi tak?...Tapi sesungguhnya sahabat-sahabatku sekelian, sekiranya hati kita terasa, tersinggung atau terketuk; bermakna itulah yang menunjukkan bahawasanya kita masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan dan bertaubat kepada ALLAH SWT. Janganlah jadi macam setengah orang tu. Hang kata pi lah apa pun kat dia, dia macam dia jugak. Jahat serupa tu jugak, "Nie sheikh, hang ni sikit hari nak "jalan" da!...Rumah kata pi, kuboq kata mari. Tapi hang serupa tu jugak. Dengan seluaq pendek lagumana cina bukit aja."...Habih kuat , dia nanti kerenyih balik kat kita , dan dengan ayaq tu dia nanti belah. Inilah yang dikatakan takdak langsung sensitif terhadap Islam. Tapi kalau kita boleh tersinggung/tersentak hati bila ditegur, maka itu maknanya ALLAH SWT sedang mengetuk hati kita supaya terbuka hati kepada hidayah daripada ALLAH.

Contohnya, sepertimana minggu sudah. Ada seorang hamba ALLAH telah menegur saya tentang apa yang saya tulis. Jadi, saya amat bersyukur sebab ALLAH telah mengetuk hati saya supaya lebih berhati-hati semasa membuat sebarang penulisan. Dan sepatutnyalah, kita semua pada hari ini, mau berasa macam tu. Kalau terkena pada diri kita, apa yang perlu kita buat ialah mau check balik, "Aku buat benda ni ka ataupun aku tak buat?"...Kalau kita tak buat, maka Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH. Tapi kalau kita buat, pun Alhamdulillah juga, sebab ALLAH SWT nak bagi hidayah kepada kita. Yang ni lah sikap yang mau ada kat kita. Bukannya bila terkena kat batang hidung kita, kita lagu satu macam punya naik tok sheikh pi marah kat orang yang tegoq tu. Sepatutnya kita mau berterima kasih kepada orang yang sanggup datang tegur dan nak bimbing kita kepada hidayah ALLAH SWT. Tapi main dengan ego ni tuan-tuan, kebenaran depan mata pun sanggup diketepikan.

Bila sebut pasai "ego" ni tuan-tuan, ust Jailani pun bawa mai satu contoh atau kesan yang berlaku jikalau kita gagal membendung egoism dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi masyarakat yang banyak puak-puak karat tu. Ust Jailani bawa mai satu article dalam majalah "Far Eastern Economic Review" keluaran 11 May 2000, yang menceritakan tentang mujahidin Afghanistan. Antara lain yang dinyatakan dalam article itu ialah bahwa, "They also expect militant to invade Uzbekistan from Tajiskistan and Afghanistan, in a bit to topple President Islam, Karimov. And they foresee more fighting between India and Pakistan over Kashmir."

[ Maknanya, si penulis article itu mengatakan bahwa pihak Amerika Syarikat menjangkakan mujahidin Afghanistan akan menyerang Uzbekistan dari Tajiskistan dan Afghanistan, untuk menumbangkan Presiden Karimov. ]

Tapi pasai apa pula Afghanistan nak pi serang Uzbekistan?...Sebab yang dinyatakan dalam majalah itu ialah kerana presiden Uzbekistan yang bernama Karimov itu, "Has imposed on Uzbekistan the civillized anti-Islamic laws of any muslim country in the world."

[ Sebabnya ialah kerana orang yang bernama Karimov itu telah melaksanakan undang-undang anti-Islam yang paling kejam kalau nak dibandingkan dengan negara-negara umat Islam yang lain. Maknanya, kalau kita nak bandingkan antara negara-negara yang majoriti penduduknya Islam seperti Turki, M`sia, Iraq, Arab Saudi dan sebagainya; maka Uzbekistan adalah negara yang paling kejam terhadap Islam. ]

Apabila Amerika Syarikat dapat mencium apa yang akan berlaku sekiranya perkara ini berlarutan, maka dihantar Setiausahanya untuk menasihati Presiden Karimov, "Madeleine Albight warned him (Karimov), that with this situation, it can turned civillian who have never been interested in politics, into extremist."

[Madeleine Albright bagi amaran kepada Karimov bahwa jika kamu buat undang-undang macam ni yakni yang terlalu kejam kepada Islam, maka ia lambat laun akan menukarkan orang awam rakyat kamu yang pada asalnya tak begitu berminat dengan politik, menjadi golongan pelampau. Dalam makna kata lainnya ialah apabila kita buat satu benda yang paling kejam kepada Islam, ini akan menyebabkan rakyat yang tidak berminat pada politik pun akan bangkit menentang. Itulah amaran yang diberikan oleh Madeleine Albright.

Contoh yang paling baik buat masakini tak lain dan tak bukan ialah apa yang sedang berlaku dalam negara kita sendiri sekarang, tuan-tuan. Kenapa sekarang ni, rakyat begitu bangkit menentang kemungkaran?...Pasai apa sebahagian daripada masyarakat kita ni yang pada asalnya tak minat politik bangun bersama menyertai para reformis?...Sehingga kita boleh lihat dalam paper/tv, ada wanita yang kepala pun tak bertudung, pun menyertai perarakan reformasi. Kenapa jadi lagu tu?...Biasanya yang kita tahu, wanita yang tak bertudung ni adalah yang tak berapa sensitif kepada ugama dan tak berapa ambik tau dengan isu-isu politik. Tetapi bila berlaku kekejaman yang besar dalam negara, orang macam ni pun akan bangkit bersama menentang pemerintahan yang kejam. Inilah gambaran yang cuba diberitahu oleh Madeleine Albright kepada Karimov, "Kalau hang (Karimov) nak memerintah lama Uzbekistan, jangan buat undang-undang lagumana hang dok buat la ni. Cuba hang ushar tengok apa yang kerajaan M`sia buat. Sampai rakyat depa jadi confuse. Rakyat depa kata: Ish! kalau kerajaan M`sia tak mau Islam, tapi awat dia buat Bank Islam, awat dia buat Universiti Islam, awat dia buat Takaful dan itu ini yang semua ada nama Islam? Kemudian bila rakyat relax tak kata apa; hah! time tu la hang jalankan jarum balik. Aci gerenti punya, mesti rakyat tak kata apa punya. La ni, macam ni lah, cuba hang try tiru sikit-sikit macam negara geng kita tu."...Inilah strategi atau pun helah yang diajarkan oleh Madeleine Albright kepada Karimov di Uzbekistan. Kalau ada sheikh mana ka yang tak berapa percaya dengan cerita ni, boleh la refer sendiri kat majalah "Far Eastern Economic Review" keluaran 11 May 2000 m.s. 16.

Antara lagi nasihat Madeleine Albright kepada Karimov ialah kalau nak buat jahat pun biarlah berpada-pada. Biar seimbang, seperti masjid kena buat jugak untuk mengimbangi kelab-kelab malam yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Inilah buah pikiran Madeleine Albright. Sebab itu, kita yang mengaji ugama ni, jangan cetek sangat fikiran tu, sampai orang nak tipu kita hingga hari qiamat. Tolong baca semua ni kerana ia akan mendedahkan kepada kita strategi kuffar peringkat antarabangsa yang diikuti oleh kuncu-kuncunya, tak kira samada luar negara maupun yang ada dalam negara kita sendiri. Jadi, kita fahamlah, pasai apa sekarang ni dalam masyarakat kita ada yang faham dan menerima perjuangan Islam, dan ada pula kawan kita yang tidak lagi faham-faham dan tidak mahu menerima perjuangan Islam. ]

Contoh satu lagi ialah cuba kita tengok "Federal Constitution" yakni undang-undang perlembagaan negara. Bila kita baca article (4) dalam undang-undang perlembagaan negara, jelas dia kata, "This constitution is the supreme law of the federation. And any law past after Merdeka Day which is inconsistent with this constitution, shall be void."

[ Maknanya, undang-undang perlembagaan negara ini adalah undang-undang yang teragong dalam negara ini. Mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan yang bertentangan dengan perlembagaan ini adalah terbatal. Maka para ulama mengatakan bahwa undang-undang perlembagaan negara kita ini sifatnya syirik kepada ALLAH SWT, kerana ia bersifat menduakan ALLAH serta mempersekutukan ALLAH. Kenapa ia dikatakan menyekutukan ALLAH?...Sebab yang ada sifat hakimiyyah hanyalah ALLAH yakni yang boleh buat undang-undang hanyalah ALLAH. Kita ni hanyalah setakat buat undang-undang mengikut undang-undang ALLAH. Tak bolehlah kita pi buat undang-undang lain yang lawan undang-undang ALLAH. Jadi, bila kita buat satu undang-undang yang lawan undang-undang ALLAH SWT yakni "man made law", maknanya kita pi letak diri kita bersama-sama dengan ALLAH. Inilah yang dikatakan mensyirikkan ALLAH SWT kerana menduakanNya. Kalau tuan-tuan tidak percaya dengan apa yang ustaz Jailani kata ni, iaitu "Federal Constitution" itu syirik kepada ALLAH; tolong buka sendiri "Federal Constitution" article yang ke 4 dan sebagainya, yang mana jelas menunjukkan bahwa ia menafikan hukuman daripada ALLAH SWT.

Kemudian ustaz tanya kita semua; hari ini kalau ustaz Jailani bawa Quran dan hadith masuk mahkamah, agak-agak hakim nak dengar tak undang-undang daripada Quran dan hadith?...Agak-agak kalau ustaz Jailani berhujah menggunakan "Qanun Jinayah Syar`iyah" atau Quran/hadith di mahkamah persekutuan di depan Ketua Hakim Negara, agak-agak dia nak dengar tak?...Ketua Hakim Negara tu mungkin nak dengar, tapi sistem undang-undang dalam negara inilah yang tidak membenarkan dia untuk mengambil panduan daripada al-Quran/as-Sunnah. Sekarang ni, kalau kita nak ambik panduan, maka kita kena tengok pada "Malayan Law Journal/ Current Law Journal" ataupun tulisan-tulisan yang ditulis oleh hakim-hakim manusia yakni bukannya daripada ALLAH SWT.

Ish!!! Saya bila dengaq lagu ni, jadi seram sejuk, tuan-tuan. Takut saya. Bala` ALLAH kira anytime boleh timpa atas kita kalau macam ni punya keadaan. Kalau kita dok lagu ni jugak buat tak tau saja, dok ikut jugak undang-undang seperti yang negara dok pakai hari ini, maknanya kita redho dengan apa yang puak kuffar lakukan. ]

Kemudian ust Jailani bawa mai satu kitab yang menceritakan tentang satu ulama yang jahat. Ulama ini boleh menggunakan hujah al-Quran untuk menyesatkan manusia. Sebab itu, kalau apa yang saya tulis ini didapati salah bila tuan-tuan check, maka wajib ditolak. Tapi kalau ia didapati betul, maka wajib pula ia diterima. Ini adalah prinsip dalam ajaran Islam. Kerana semua mereka ini samada tok guru/ ustaz/ pendakwah; mereka semuanya tidaklah maksum. Kalau mereka salah, kitalah yang akan tegur mereka.

Kisah yang ustaz bawa mai ni adalah satu contoh tok guru yang menggunakan hujah al-Quran/sunnah, tapi menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam. Pengarang kitab itu nak menceritakan kepada kita tentang masalah "Al-Islamu wahal huwa Dinnun wa-Daulah", maknanya ialah "Apakah Islam ni agama semata-mata ataupun termasuk juga sebuah negara?". Dalam ertikata lainnya; bila kita bercakap tentang Islam; adakah Islam itu agama semata-mata ataupun bersama-sama dengan agama Islam ni termasuk di dalamNya ada negara (politik). Contoh yang dibawa oleh pengarang itu ialah orang yang bernama Sheikh Ali Abdul Razikh. Yang mana sebahagian ulama mengatakan bahwa Sheikh Ali Abdul Razikh ni telah dipengaruhi oleh pemikiran orientalisma. Dan dengan pendapatnya ini menyebabkan dia telah dipecat daripada jawatan Sheikhul Azhar. Pendapatnya itu ialah Islam ni hanyalah agama semata-mata yakni bukannya bernegara (politik). Untuk menguatkan pendapatnya itu, dia bawa mai 3 hujah, iaitu satu hujah daripada al-Quran, satu hujah daripada hadith Nabi dan satu lagi hujah daripada logik akal.

1a) Firman ALLAH yang bermaksud, "Dan tidak Kami utuskan kamu wahai Muhammad ke atas mereka itu sebagai penguasa."

[ ALLAH SWT habaq kepada kita bahwa Dia tidak utuskan Nabi Muhammad kepada manusia sebagai penguasa. Nak jawab apa lagi tuan-tuan?...Dah terang dah dalam ayat Quran sendiri yang ALLAH kata Dia tidak utuskan Nabi Muhammad ni kerajaan. Apa macam tuan-tuan?...Boleh jawab ka kita ni?...Jangan main-main ni, ayat Quran ni tuan-tuan. Kita ni, orang tak pakai serban bagi hujah pun, kita tak boleh jawab. Sheikh yang main bola pakai seluaq pendek pun bila dia berhujah, kita tak boleh nak jawab balik. Apatah lagi tok guru yang pakai serban besar macam Sheikh Ali Abdul Razikh ni. Orang-orang macam nilah yang menyebabkan kesesatan berlaku dalam masyarakat umat Islam. ]

b)...ayat yang kedua pula, ALLAH kata, "Sesungguhnya kamu tidak lain melainkan mubaligh."

c) ayat yang ketiga, ALLAH kata, "Dan tidak Kami utuskan kamu wahai Muhammad, kecuali sebagai penyampai berita gembira dan sebagai pemberi ancaman."

d) dan ayat ke 4 ialah ALLAH kata, "Berikanlah peringatan. Sesungguhnya kamu hanyalah pemberi peringatan dan kamu bukanlah penguasa ke atas mereka."

[ Tuu dia tuan-tuan. Dengan 4 ayat daripada Quran, cukup untuk tutup mulut kita. Ini baru dalil yang pertamanya. ]

2) Dalil daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. pula ialah :

a) Datang seorang Arab yang dalam keadaan cemas menggeletar ketakutan bila bertemu dengan Nabi, lalu kata Nabi, "Tenanglah kamu. Sebab aku ni bukannya raja atau pemerintah. Sesungguhnya aku ni adalah anak kepada seorang wanita daripada bangsa Quraisy. Maknanya, aku manusia biasa. Kenapa kamu nampak takut sangat?"

b) Sabda Nabi dalam satu riwayat, "Kamu lebih tahu tentang hal ehwal dunia kamu."

[ Maknanya, kalau kita lebih tahu tentang hal dunia kita, maka kita perintah la cara kita sendiri dan tak payah la nak tengok Quran/hadith. ]

3) Dalil logik akal pula, dimana Sheikh Ali Abdul Razikh mengatakan bahwa agama ni sifatnya kekal. Manakala negara/politik pula sentiasa berubah mengikut perubahan zaman dan tempat. Jadi katanya; macamana kita nak matching antara agama dengan negara?...Sebenarnya ustaz Jailani kata huraiannya panjang, tapi ustaz ringkaskannya. Okay macamana tuan-tuan, agak-agak boleh jawab ka kita ni?

Ok sekarang adalah pendapat daripada jumhur ulama pula bagi menangkis pendapat Sheikh Ali Abdul Razikh itu. Jawapan bagi dalil Quran itu tadi ialah para ulama merasa hairan dengan cara Sheikh Ali Abdul Razikh menyampaikan hujah-hujah dari al-Quran itu. Oleh sebab Sheikh Ali Abdul Razikh ni adalah seorang ulama besar, tapi pasai apa dia tidak memahami tentang Asbabul Nuzul, yakni sebab satu-satu ayat itu diturunkan. Dengan status dia sebagai seorang ulama, sepatutnya dia memang tahu akan perkara ini. Sebab keempat-empat ayat yang dijadikan hujahnya itu adalah ayat yang diturunkan di Mekah. Sewaktu Nabi berada di Mekah, ALLAH belum lagi mewajibkan Nabi menegakkan daulah Islamiyyah. Nabi hanya diperintah oleh ALLAH SWT untuk menegakkan Daulah Islamiyyah apabila Nabi berada di Madinah. Sebab itu, ayat yang berkenaan dengan hudud, qisas dan sebagainya, semuanya ini diturunkan di Madinah. Oleh sebab inilah, maka para ulama rasa pelik; kenapa satu Sheikh yang begitu hebat seperti Ali Abdul Razikh ini, boleh tak reti nak gunakan Asbabul Nuzul?...Persoalan inilah yang menimbulkan kekeliruan diantara para jumhur ulama berkaitan dengan sikap Sheikh Ali Abdul Razikh ini. Sebab itu, mereka mengatakan bahwa Sheikh Ali Abdul Razikh telah diresapi dengan fahaman orientalisma.

Sekarang kita lihat pula jawapan yang kedua berkenaan dengan hujah dari hadith yang pertama. Para ulama mengatakan bahwa "asbabul wurud" bagi hadith itu sebenarnya ialah bilamana Nabi nak menenangkan orang Arab yang menggeletar bila tengok Nabi. Jadi, Nabi nak bagitau kat orang Arab ni bahwa dia bukanlah seperti raja atau pemerintah sebagaimana yang orang Arab dok biasa tengok. Contohnya, samalah dengan yang lagu dok ada dalam negara kita la ni pun. Bilamana orang tertentu (YB) lalu dengan Merc apa ka, maka orang lain semua kena ke tepi. Ini sangatlah berbeza dengan para pemimpin Islam seperti Umar Al-Khatab dan sebagainya. Sehinggakan kadang-kadang sampai orang bukan Islam tak tahu yang mana satu pemimpin Islam. Ini disebabkan oleh sifat zuhudnya mereka, sehingga meletakkan diri mereka sama dengan rakyat. Berbalik kepada hadith tadi, dimana Nabi nak bagitau kat orang Arab tu bahwa janganlah takut kepada Nabi. Sebab Nabi ni bukanlah sepertimana pemerintah yang biasa orang Arab tu dok takut. Dan bila Nabi sebut bahwa dia orang biasa, ini bukan bermakna Nabi tu bukan Nabi. Cumanya, Nabi nak bagitau bahwa dia tu orang biasa yang mana tak patut orang Arab tu takut. Yang tu saja.

Manakala bagi hadith kedua pula, Nabi nak bagitau bahwa kamu lebih tahu hal dunia kamu. Sebab Nabi kata macam tu ialah kerana ketika itu para sahabat sedang nak kahwinkan pokok-pokok tamar. Tapi bila Nabi kata tak payah, maka sahabat-sahabat pun ikut cakap Nabi. Tapi bila mai time nak berbuah, tengok-tengok hasilnya tak berapa menjadi. Lalu para sahabat pun pi lah mengadu kepada Nabi, "Ya Rasulullah, hasil tanaman kami tak memuaskan kerana kami ikut nasihat kamu tempohari."...Lalu Nabi kata dengan maksud bahwa kamu lebih tahu tentang benda-benda yang bersifat experimental. Contohnya, di zaman kita la ni, macamana nak tebaq roti canai ka ataupun macamana nak repair kereta proton ka; yang ni semua bersifat "tajribiyyah" yakni tak perlu kepada Nabi. Ilmu-ilmu macam ni, kita kena mengaji sendiri, kemudian kita faham, lepas tu baru boleh kita kembangkan pada orang lain. Yang Nabi mai kepada kita ialah dia bawa benda yang bersifat ghaibiyyah/sam`iyyat yakni yang kita tak tahu/ tak reti/ tak sampai dengan pancaindera kita. Inilah tujuan Nabi datang kepada kita.

Kemudian jawapan yang ketiga yakni tentang logik akal pula. Okay mai saya nak tanya, hukuman hudud ada dak dalam Quran?...Kalau jawapannya ada, maka dia masuk dalam agama. Kemudian undang-undang qisas pula, wajib tak kita laksanakan?...Wajib, kerana ia disebut dalam al-Quran, maka ia juga sebahagian daripada agama. Kemudian bab nikah kahwin; wajib tak kita ikut procedure yang ditetapkan oleh hukum ALLAH SWT?...Jawapannya, wajib. Seperti mesti ada wali sultan, wali nasak dan sebagainya. Ok la ni, ambik contoh negara kita cukupla tuan-tuan. Boleh tak kita laksanakan hudud, qisas dan sebagainya, sekarang ni tuan-tuan?...Tak boleh, kan. Pasai apa tak boleh, sedangkan hudud/qisas ada dalam Quran?...Pasai negara kita mempunyai kerajaan yang tidak mengamalkan undang-undang Islam. Betoi tak?...Jadi, sekarang kita perlukan kerajaan Islam untuk merealisasikan undang-undang seperti hudud/qisas itu. Bila sebut saja perkataan "kerajaan", itu bukan politik ka?...Habih macamana Sheikh tu boleh kata agama tak matching dengan politik?... Maka inilah jawapan-jawapan daripada jumhur ulama untuk menangkis hujah-hujah dari Sheikh Ali Abdul Razikh itu.

Sebab itu, muslim/muslimat sekelian; kesimpulan yang boleh kita buat ialah pendapat yang diberikan Sheikh Ali Abdul Razikh itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Dan dengan sebab itu, kita jangan mudah terpedaya dengan sesiapa sahaja, termasuklah pemimpin maupun tok guru yang boleh memutar-belitkan ayat-ayat al-Quran. Oleh sebab itu, kalau kita nak mengaji, maka kenalah pi cari orang yang ikhlas kepada ALLAH SWT serta tidak ada kepentingan.


Sekarang kita sambung pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab Pertama, Bahagian Pengenalan. Mula-mula sekali, maafkan saya kerana bagi perkara yang ke 4/5 tidak ada perbahasan sebab kaset rakaman kuliyyah pada malam tersebut tidak ada dalam simpanan saya. Tapi walaubagaimana pun, di bawah ini saya copy seketoi daripada kitab untuk perkara ke 4/5 m.s.2.

4) Hukuman Hudud Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam Quran/hadith. Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH, yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Suratul Baqarah:229)

5) Kesalahan yang dikenakan hukuman Hudud. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah :

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Pendurhakaan (bughat); iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.

..bersambung...


Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan