Bah I - Bab 2 - Fasal 2 - Perkara 53 - 56

Qanun Jinayah Syar`iyah

Muqaddimah

Di dalam Surah al-Muthaffifiin 30:29-36, ALLAH SWT berfirman dengan maksudNya, "Sesungguhnya golongan yang berdosa telah mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka lalu bertemu dengan orang-orang mukmin, mereka memberi isyarat dengan mengedip-ngedipkan mata sesama mereka untuk mengejek. Dan apabila mereka kembali kepada kaum mereka, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, lalu mereka berkata: Sesungguhnya mereka itu golongan yang sesat!...Padahal mereka tidak dilantik untuk menjaga orang-orang yang beriman. Maka pada hari ini (qiamat), orang-orang yang beriman pula akan mentertawakan orang-orang yang kafir itu. Mereka berada di atas pelamin sambil memandang (orang-orang kafir itu). Bukankah orang-orang kafir itu telah diberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah mereka lakukan?"

Saudara saudari muslimin muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian. Dalam ayat yang tercatat di atas, ALLAH SWT nak menceritakan kepada kita tentang sikap yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. terhadap orang-orang Islam. Dimana puak kafir Quraisy ini sentiasa melakukan perbuatan menghina dan juga menentang golongan yang beriman kepada ALLAH SWT. Bila berlaku keadaan seperti ini, maka ia mengingatkan kita kembali kepada kata-kata Warakah bin Naufal (pendita Nasrani, yang juga sepupu kepada Saidatina Khadijah radiallahuanha). Seperti yang kita semua tahu, apabila diceritakan kepada Warakah bin Naufal tentang apa yang berlaku kepada Nabi s.a.w. semasa Nabi menerima wahyu pertama yang diturunkan oleh ALLAH SWT melalui Jibril a.s., maka Warakah bin Naufal pun mengatakan, "Demi Tuhan! Yang nyawa aku ini berada di dalam genggamanNya. Sesungguhnya engkau (Muhammad s.a.w.) ini adalah nabi bagi umat ini. Dan sesungguhnya yang telah datang menemui kamu itu adalah yang juga telah datang menemui Nabi Musa a.s.. Maka kamu akan dibohongi, kamu akan disakiti, kamu akan dihalau dan kamu akan diperangi. Jika sekiranya, aku berkesempatan dengan hari tersebut, nescaya aku akan menolong mu untuk menegakkan agama ALLAH TA`ALA dengan pertolongan yang diketahuiNya."...Inilah satu gambaran kepada kita, apa yang akan dihadapi oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. apabila Islam ini dibawa oleh baginda. Dan ini juga menjadi satu petanda kepada kita, iaitu sekiranya kita mengikuti jejak langkah Nabi s.a.w., maka perkara yang sama juga akan berlaku kepada kita, sebagaimana yang berlaku kepada Nabi s.a.w.. Bezanya, cuma dari segi darjah ujianNya sahaja.

Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah apa yang berlaku kepada Nabi s.a.w. secara umumnya, pasti juga akan berlaku kepada kita. Kalau Nabi s.a.w. itu sendiri disifatkan sebagai pembohong dan penipu, maka kita yang disebut sebagai pendokong risalahnya juga akan dianggap sebagai penipu dan pembohong. Sedangkan Nabi s.a.w. yang pada awalnya diikhtiraf sebagai al-Amin (seorang yang baik, amanah, yang mempunyai kredibiliti) itu pun sanggup disakiti oleh kaumnya, apatah lagi kita ini yang tidak setaraf dengan Nabi?...Sudah pasti kita juga akan disakiti oleh golongan yang kuffur kepada ALLAH SWT. Kalau Nabi s.a.w. dihalau dan dipulau oleh kaumnya, maka perkara yang sama juga akan berlaku kepada kita. Sehinggalah akhirnya kamu akan diperangi, sebagaimana Nabi s.a.w diperangi oleh bangsanya sendiri. Maknanya, kita juga akan diperangi dan ditentang oleh bangsa kita sendiri apabila kita memperjuangkan agama yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi kita Muhammad s.a.w.. Benda ni semua pasti akan berlaku kepada kita yang bergelar pejuang agama ALLAH. Sebab tu Matdet pun dah isytiharkan perang habis-habisannya terhadap Pas tempohari. Jadi, benarlah seperti apa yang diberitahu oleh ust Jailani dalam perenggan ini.

Hari ini kita masuk dalam bulan yang kita panggil sebagai "Maulidurrasul". Kita sebut begitu sebab ia merujuk kepada birthday Nabi kita Muhammad s.a.w. yang jatuh dalam bulan ini, yakni bulan Rabiulawal. Cuba tuan-tuan tanya kat sapa pun, untuk apa kita sambut Maulidurrasul?...Pasti jawapan yang tuan-tuan terima ialah sambutan itu adalah untuk mengisahkan kembali riwayat Nabi s.a.w.. Tiap-tiap tahun, apa yang kita buat dalam sambutan ini?...Kita akan bawa sepanduk dan berarak sambil berselawat, betoi tak?...Semua orang akan terbabit. Tak kiralah; orang masjid ka, orang tak pernah pi masjid ka, yang rajin pi sembahyang ka, yang tak pernah pi sembahyang ka, yang comitted dengan Islam ka, atau yang lawan Islam sampai naik hangit ka; semua sekali pakat berarak bawa sepanduk sambil berselawat, tanda kita semua ingat pada Nabi s.a.w..

Asal-asalnya Maulidurrasul ini memang tidak disambut, baik ketika Nabi s.a.w. masih hidup maupun ketika zaman para sahabat r.a.. Kemudian bila sampai kepada zaman Salahuddin al-Ayyubi, barulah para ulama` berfikir macamana cara nak tarik orang-orang Islam supaya kembali menghayati ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Maka ketika itu, sebahagian para ulama berpendapat bahwa antara cara yang paling baik untuk merefreshkan kembali ingatan orang-orang Islam kepada ajaran Nabi ialah dengan mengadakan satu sambutan yang kita panggil hari ini sebagai "Maulidurrasul". Ini sejarahnya, tuan-tuan.

Tetapi apa yang berlaku dalam sambutan tahunan Maulidurrasul pada hari ini, amat-amatlah menyedihkan kita. Satu ikhtibar pun kita tak dapat daripada perarakan yang bermula sejak awal pagi tu. Apa yang dapat ialah letih dan dahaga sahaja. Silap-silap haribulan, dosa lagi dapat. Sebab apa?...Sebab kita jadikan perarakan itu sebagai satu upacara tradisional tahunan sahaja. Tamat saja upacara itu, pakat masing-masing pun balik kepada kehidupan seharian seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda keinsafan dan kesedaran ke arah nak merealisasikan Islam sebagai "Way of life". Yang tak sembahyang, masih juga tak sembahyang. Yang boya darat, masih terus juga dengan kegiatan memerangkap mangsanya. Yang taik judi pulak bila lalu kot kedai 4-digit, lagu dok ketaq macam demam tak kebah saja lagaknya; walaupun baru pagi tadi masing-masing menyambut ulangtahun menyatakan rasa kasih dan sayangnya kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Sebab apa jadi lagu ni, tuan-tuan?...Jawapannya ialah sebab tidak dapat keberkatan daripada ALLAH SWT. Nak dapat berkat macamana tuan-tuan, kalau pagi tadi baguih punya dok berselawat, tiba-tiba malam bertukar jadi pesta maksiat, menari bergaul jantan betina?...

Bila berlaku keadaan sedemikian, maka ust Jailani pun bawa satu contoh untuk menunjukkan kepada kita perbezaan yang ketara di antara cara orang-orang Islam dan cara orang-orang yahudi lakukan dalam nak bagi kesedaran kepada masyarakat mereka ketika menyambut satu-satu upacara keagamaan. Dalam contoh ini nanti, tuan-tuan akan dipaparkan macamana orang-orang yahudi mengajar anak-anak mereka supaya berfikir betapa pentingnya nak meneruskan survival bangsa dan agama yahudi mereka itu. Lepas itu, tuan-tuan boleh fikir dan compare tengok; apakah kita perlu buat perubahan dalam agenda menyambut Maulidurrasul tahun hadapan, supaya boleh menimbulkan satu keinsafan dalam masyarakat?...

Okay, apa yang ust Jailani bawa ialah satu artikel dalam majalah Newsweek keluaran April 1st 2002. Artikel itu bertajuk "How will Israel survive?". Lalu ust Jailani pun membaca dan mentranslate sebahagian daripada artikel tersebut. Pengarang artikel itu menyebut bahwa dalam minggu tersebut (awal April), orang-orang yahudi di Israel dan seluruh dunia akan menyambut satu sambutan yang dipanggil sebagai "Passover". Dalam sambutan itu, mereka akan membacakan kisah macamana tersingkirnya mereka daripada bumi Mesir di waktu zaman Nabi Musa a.s.. Di waktu yang sama juga, mereka akan mengadakan satu jamuan dengan bermenukan simbolism. Simbol-simbol itu ialah seperti meletakkan herba sayur-sayuran yang berperasa pahit sebagai lambang perhambaan, dan juga roti yang tidak dibubuh dengan bahan penaik (keras) sebagai simbol yang nak tunjukkan bagaimana kesusahan yang bakal mereka alami sekiranya menjadi orang pelarian. Bila melihat keadaan sedemikian, maka budak-budak kecik yang tak pernah alami jamuan sebegitu pun akan bertanya, "Kenapa malam ini sangat berbeza daripada malam-malam yang lain?"...Maka mereka pun akan diceritakan dengan kisah "Exodus and his 4 sons."...Dalam kisah itu, mereka akan diceritakan bagaimana seorang anak lelaki yang bijak akan bertanya tentang "The Meaning of the law". Nampak tak tuan-tuan; bila orang yahudi mensifatkan seorang budak itu cerdik, maka soalan yang akan diajukan oleh budak yang cerdik itu nanti ialah berkenaan dengan pengertian undang-undang. Manakala anak Exodus yang jahat pula, orang yahudi akan mensifatkan sebagai orang yang malu untuk mengaku bahwa dia adalah yahudi.

Okay bila anak-anak mereka diceritakan dengan cerita "Exodus and his 4 sons" itu, maka selepas itu bermacam-macam soalanlah yang akan disoal oleh anak-anak yahudi tentang peristiwa seperti ini. Bila diajukan soalan demi soalan, maka orang-orang yahudi pun akan meneruskan cerita kepada anak-anak mereka itu dengan cerita bagaimana tentang masa depan Israel, tentang survival generasi mereka, tentang kedudukan negara mereka yang berada betul-betul di Timur Tengah, dan kedudukan mereka diancam oleh musuh mereka iaitu umat Islam. Inilah dia cara orang-orang yahudi lakukan untuk menarik perhatian anak-anak mereka berfikir tentang persoalan survival, kesinambungan dan penerusan bangsa dan agama yahudi.

Nampak tak tuan-tuan, macamana yahudi ajar anak-anak mereka dengan cara simbol. Mereka ajak anak-anak mereka join dalam jamuan tersebut. Kemudian bila anak mereka komplen tentang sayur yang pahit itu, maka mereka akan jelaskan bahwa, "Inilah juga yang akan kamu rasa nanti sekiranya kamu menjadi hamba kepada orang lain. Dalam lain perkataan; sekiranya kamu dijajah, sekiranya kamu ditakluk atau sekiranya kuasa politik berada pada tangan orang lain; maka apa yang akan kamu alami ialah suatu keadaan perhambaan sehingga kamu nak makan pun susah. Kalau kamu boleh makan pun, kamu akan makan makanan yang tidak lazat, iaitu makanan yang penuh dengan kepahitan."...Inilah cara yahudi ajar kat anak-anak mereka. Apa salahnya kita guna kaedah yang sama juga ke atas anak-anak kita supaya mereka mengerti erti kesusahan. Biar kita pilih satu hari untuk kita jamu mereka dengan benda-benda yang tak sedap; kemudian bila depa komen, maka kita pun bagitau, "Inilah akibat yang kamu akan rasa sekiranya kamu menjadi bangsa yang lemah, kalau kamu dijajah dan kalau kuasa politik di tangan orang lain."...

Begitulah juga bila anak-anak yahudi tu makan roti keras. Roti yang keras ini membawa maksud bahwa inilah yang akan kamu makan sekiranya terpaksa melarikan diri. Anak-anak yahudi itu diberitahu bahwa sekiranya wilayah mereka dikuasai oleh kuasa asing, maka mereka akan ditakluki dan diusir. Bila terpaksa lari kerana menyelamatkan diri, maka inilah dia contoh keadaan yang akan mereka alami. Makan roti keraslah jawabnya. Jadi bila habis saja sesi penerangan ke atas anak-anak itu tadi, maka satu persoalan yang akan ditanya balik kepada anak-anak itu. Soalannya simple saja; iaitulah sanggup atau tidak mereka hadapi keadaan macam ini?...Tu dia tuan-tuan, stail yahudi brainwash kepala anak-anak depa. Depa takdak nak berarak angkat sepanduk apa takdak.

Jadi apabila kita tengok macamana yahudi brainwash anak-anak depa, maka kita juga perlu tanya pada diri sendiri, "Macamana pula dengan survival masa depan anak-anak kita dalam mengharung arus globalisasi masakini dan masa akan datang?"...Bila ada persoalan seperti ini dalam diri kita, maka kita akan lebih cenderung mendekati anak-anak kita yang selama ni mungkin tidak 100% kita ambik tahu tentang permasalahan mereka. Dulu masa depa balik dari sekolah, kita tak berapa ambik peduli pun tentang homework, ada ka takdak. Tapi sekarang, bila depa balik saja dari sekolah, terus kita tanya, "Abang, ada cikgu bagi homework dak?...Kalau ada, buat homework tu dulu, kemudian baru buat kerja lain."...Inilah hasilnya tuan-tuan sekiranya kita prihatin tentang masa depan anak-anak kita di kemudian hari nanti. Kalau dulu, kita tak ambil peduli pun anak kita yang berumur 4-5 tahun tu tahu ke tidak ABC. Tapi sekarang bila kita fikirkan apa yang akan mereka hadapi di masa hadapan, maka secara tiba-tiba saja kita bekerja keras untuk memastikan anak kita kenal huruf sebelum mereka memasuki alam pra-persekolahan.

Agak-agak tuan-tuan, berapa ramai dikalangan kita hari ini yang sanggup hantar anak dia bersekolah jauh semata-mata sebab dia percaya bahwa sekolah itu adalah the best school in Penang?...Berapa ramai tuan-tuan?...Kita bagitau begini sebab kebanyakan dari kalangan kita kalau nak hantar anak ke sekolah, dia akan cari hat dekat dengan rumah. "Asalkan anak aku pi sekolah. Cukup."...Inilah dia mentaliti yang ada dalam masyarakat kita hari ini. Okay kalau kena pulak budak-budak yang mengaji satu sekolah dengan anak kita tu, perangai mengalahkan setan, jenih budak-budak jahat, jenih budak-budak samseng, bercakap pun main maki aje; berapa ramai dikalangan kita pi ambik bawa keluar anak kita daripada sekolah macam tu dan hantar dia ke sekolah lain?...Berapa ramai yang buat macam tu?...Kalau jawapannya hanya boleh kira dengan jari, ini maknanya masyarakat kita pada hari ini tidak peka dalam soal mendidik generasi akan datang. Kita mesti sensitif dalam hal sebegini, tuan-tuan. Tak banggakah tuan-tuan sekiranya kita dapat tengok generasi yang lahir daripada rumahtangga kita sendiri adalah generasi yang dilingkungi oleh suatu suasana yang cukup baik?...

Saya rasa tak salah kalau sekali sekala ajak anak-anak kita makan benda-benda yang tak sedap sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang yahudi dalam depa punya Passover festival tu. Bila anak-anak kita kata, "Apa abah? Tak sedap langsung makanan ni."...Inilah soalan yang kita tunggu-tunggu. Lalu kita pun habaq kat depa kalau hangpa malas mengaji, maka inilah yang hangpa akan makan kemudian hari nanti.

Berapa ramai dari kalangan kita sekali sekala tak bagi duit kat anak supaya biar dia rasa betapa susahnya keadaan bila tidak ada duit?...Kemudian bila kita tengok muka anak kita tu masam mencuka aje, maka kita pun bagitau kat dia, "Inilah keadaannya bila abang besar nanti sekiranya hari ini abang malas mengaji. Kalau abang malas baca buku, esok besar, abang nanti tak dapat pangkat tinggi dan tak dapat gaji banyak."...Berapa ramai dari kalangan kita yang boleh tunjuk contoh-contoh kehidupan disekeliling macamana keadaan yang akan berlaku sekiranya anak-anak kita itu tidak maju dalam akademik, tidak maju dalam agama dan sebagainya?...Sebenarnya tak ramai yang boleh buat macam tu, tuan-tuan. Sebab apa tak boleh, kita pun tak tau. Ini yang heran ni. Kalau dalam bab yahudi buat baik, kita cukup susah nak tiru. Tapi cuba dalam bab terkinja-kinja atas stage?...Bab lagu ni, cukup cepat pulak orang kita tiru. Ni yang pelik ni.

Tuan-tuan, bila kita tengok sikap yahudi bagaimana mereka menyambut perayaan Passover itu, maka kita tidak heran melihat hasilnya pada hari ini bahwa yahudi telah menjadi satu bangsa yang cukup berpengaruh. Perkembangan ini bertambah ketara lagi apabila kita lihat sendiri walaupun gereja Nativity dikepung berhari-hari oleh tentera yahudi, tapi orang kristian di benua eropah masih tetap juga menyokong pendudukan bangsa yahudi di Palestin. Inilah dia realiti kedudukan yahudi di mata dunia hari ini. Hasil daripada pembentukan yang terancang sejak daripada anak-anak kecil lagi, maka hari ini mereka bangsa yahudi telah memiliki kekuatan pengaruh.

Begitulah juga kita umat Islam kalau nak bangkit dari zaman gelap kembali kepada zaman kegemilangan. Sekiranya kita nak bentukkan suatu generasi yang cemerlang di kemudian hari, maka kita kena bawa anak-anak kita kepada kisah-kisah bagaimana perit maungnya Nabi s.a.w. di dalam membawa ajaran agama. Seperti kisah macamana Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan menahan kesakitan akibat diracun oleh yahudi Khaibar. Begitu juga kisah perihal 3 daripada 4 orang khalifah ar-Rasyidin mati dibunuh. Dan begitu juga dengan kisah-kisah imam-imam mazhab yang disiksa sehingga membawa maut. Kisah-kisah sebegini hendaklah dikisahkan kembali, supaya anak-anak kita mendapat satu gambaran yang jelas bagaimana perit-maungnya pejuang-pejuang agama ALLAH dan juga orang-orang Islam yang berpegang-teguh kepada ajaran ALLAH SWT. Bila gambaran ini jelas, maka barulah masyarakat umumnya akan insaf, sebab mereka dah tahu bagaimana sebenarnya agama Islam itu dibawa.

Berbalik kita kepada ayat di atas tadi. Dalam ayat 29 Surah al-Muthaffifiin, ALLAH SWT menggunakan istilah "orang-orang yang berdosa" ini merujuk kepada kaum kafir Quraisy ketika itu. Mereka disebut sebagai golongan yang berdosa sebab kata ALLAH, "...mereka sedang mentertawakan orang-orang yang beriman."...Agak-agak tuan-tuan, pasai apa depa mentertawakan dengan nada menghina kepada orang-orang beriman ketika itu?...Sebabnya ialah pada zaman Nabi s.a.w. dulu, kebanyakan daripada orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasulNya adalah terdiri dari kalangan orang-orang miskin, berpangkat rendah dan tidak berpengaruh. Sedangkan golongan yang kuffur kepada ALLAH SWT, kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang berkuasa, yang berpangkat besar, yang kaya raya dan sebagainya. Sebenarnya ada juga orang yang berpengaruh dari kalangan kaum Quraisy ini yang beriman, tapi tak ramai. Inilah realiti yang berlaku pada zaman awal Islam di kota Mekah.

Kalau kita compare ayat 29 itu tadi dengan Islam zaman sekarang, kita akan dapati seolah-olah sama saja keadaannya. Cuba kita cari orang yang kaya raya dan berpangkat besar yang aktif dalam perjuangan jamaah Islam, ada ka takdak?...Ada, tuan-tuan. Tapi tak ramai. Tapi cuba kita pi cari golongan elit ini di tempat-tempat seperti karaoke lounge, disko dan tempat-tempat maksiat yang lain; kita pasti akan jumpa dengan kebanyakan golongan ini di tempat-tempat seumpama itu. Golongan kaya seperti inilah yang dikatakan kuffur nikmat, bukannya syukur nikmat. Nampak tak tuan-tuan macamana ALLAH SWT nak tunjuk bahwa takdak bezanya keadaan seperti ini di zaman Nabi s.a.w. maupun di zaman kita la ni. Sebab itu, jangan kita rasa pelik bila ada golongan kaya raya hari ini mentertawakan orang-orang yang beriman. Sebab di zaman Nabi s.a.w. pun dah berlaku keadaan seperti ini.

Semalam saya sembang ngan sorang kawan lama. Saya kata kat dia, "Mat! aku pening la tengok hang. Orang semua pakat dok berlumba cari pahala kuliyyah maghrib di masjid; tapi hang aku tengok waktu maghrib, relek aje kat rumah. Apa hang tak tau ka pahala mengimarahkan majlis ilmu tu?...Hang aku tengok; ada kuliyyah ka, takdak kuliyyah ka, sama saja. Tak teringin ka hang sekali sekala pi masjid dengaq kuliyyah?"...Tuan-tuan tau ka apa jawab kawan saya tu?...Dia kata, "Hang ingat hang sorang ka pening?...Aku pun pening jugak ooo!...Macamana tak pening?...Bukan ka time maghrib tu time "Who wants to be a millionaire"?...Apa punya bodo la hangpa ni?...Time tu la orang nak jadi kaya!"...Nampak tak tuan-tuan; last-last dua-dua pening. Kita pening tengok dia hambat harta sampai tak kenai masjid. Yang dia ni pulak pening tengok kita hambat majlis ilmu sampai takdak masa nak tengok tv. Nampak tak tuan-tuan, macamana reaksi orang kuffur bila tengok orang yang beriman pi masjid di waktu peak hours.

Kemudian kata ALLAH lagi dalam ayat 30, "Apabila mereka lalu dekat dengan orang-orang beriman, mereka pun mengedip-ngedipkan mata (tanda mengejek)."...Ada ka takdak orang perangai macam ni dalam masyarakat kita?...Belambak, tuan-tuan. Depa nanti duduk kat kedai kopi, kemudian bila nampak orang balik dari masjid, depa nanti kata, "Tu tu hangpa tengok tu!...amboi! rajin betoi pak lebai tu pi semayang. Tapi dari dulu sampai sekarang, dengan basikal buruk tu la jugak. Tak kaya-kaya pun...Tengok kita! Semayang tak pernah. Masjid lagi la tak pernah pijak. Tapi 4 wheel drive sorang sebijik. Mau apa lagi?...Puak-puak masjid ni bukan tau apa pun. Kalau bagi negara kat depa, depa nanti bagi lingkup habih."...Nampak tak tuan-tuan, ucapan-ucapan sebeginilah yang kita dok dengaq saban hari mutakhir ini. Bukan kata kat kedai kopi, malah dalam radio/tv pun dijaja benda-benda lagu ni. Digambarkan kepada masyarakat seolah-olah orang yang jenih kaki masjid, orang yang jenih kaki sembahyang, orang yang suka puasa, orang taat kepada ALLAH, orang yang beragama, orang yang didik anak-anak secara Islamiah; mereka semua ni adalah orang-orang yang bodoh. Jadi, orang yang tak bodoh, orang yang bijak pula sapa dia?...Depa nilah yang jenih kaki pelacur, yang tak tutup aurat, yang dalam rumah ada mini bar yang penuh dengan botoi arak dan yang jenih tak sembahyang. Inilah contoh jenih orang-orang bijak pandai yang cuba diterapkan dalam masyarakat kita hari ini. Jadi, mai saya nak tanya. Kalau tuan-tuan orang yang beriman; rasa-rasa tuan-tuan, betoi tak cara yang dimainkan oleh media massa tu?...

Kemudian dalam ayat 31-32 pula ALLAH kata, "Dan apabila mereka balik kat kaum mereka, mereka berseronok."...Awat tak seronoknye?...Baru lepas saja kata kat orang-orang beriman ni bodo. Puaslah hati depa. Kemudian bila depa (orang-orang yang berdosa) ni nampak orang-orang beriman, depa pun berkata, "Sesungguhnya mereka (orang-orang baik dan beriman) itu adalah orang-orang yang sesat!"...Sapa yang kata ni tuan-tuan?...Hat jahat yang kata. Bukan golongan yang beriman kata kat yang kuffur tu sesat. Tapi geng yang fasik/zolim tu pulak pi kata bahwa orang yang bertaqwa itulah yang sesat. Ada dak berlaku keadaan macam ni dalam masyarakat kita hari ni tuan-tuan?...Belambak tuan-tuan. Salah satu contohnya, ialah seperti apa yang berlaku semasa pesta air di K`tan bulan sudah. Tak tau macamana, last sekali semasa majlis penutup tu tiba-tiba boleh pi bubuh acara tarian dan jugak nyanyian pulak. Lalu ini menyebabkan pimpinan k`jaan negeri K`tan enggan hadir sebab membantah, kerana acara tersebut bertentangan dengan polisi k`jaan negeri K`tan. Okay mai saya nak tanya, tak kiralah samada tuan-tuan penyokong bn ataupun penyokong Pas; kalau tuan-tuan mengaku sebagai seorang yang beriman, adakah tuan-tuan sokong tindakan yang diambil oleh k`jaan K`tan dalam isu itu?...Tidakkah persembahan tarian dan nyanyian oleh artis perempuan yang buka aurat sambil melompat terkinja-kinja secara live depan kita itu adalah satu perbuatan yang HARAM?...Mengikut ijmak dikalangan ulama`, benda lagu ni adalah jelas haramnya, sebab ada maksiat. Sebab itu sebagai orang yang beriman, sepatutnya kita kena sokong tindakan k`jaan negeri K`tan memulau acara tersebut, betoi tak?...Tapi tiba-tiba menteri pelancongan dalam negara kita boleh kata bahwa acara tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh artis-artis perempuan itu adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Okay mai saya nak tanya sekali lagi; siapa dikalangan kita yang beriman ini berani kata lagu tu?...Kita kena ingat tuan-tuan, dalam ajaran Islam kalau kita mengubah hukum ALLAH SWT dengan menghalalkan suatu perkara yang haram ataupun mengharamkan suatu perkara yang halal, maka hukumnya terbatal syahadah. Jangan buat main-main benda lagu ni, tuan-tuan.

Tapi apa yang menghairankan kita ialah ada tak kita dengar ulama`-ulama` (yang dalam tv maupun dalam paper arus perdana) berani bangun mengkritik kenyataan menteri itu tadi?...Sampai ke hari ni, sorang pun takdak. Pasai apa tak berani?...Wallahu`alam. Sebenarnya takdak sorang ulama` pun yang berani kata bahwa perbuatan para artis itu adalah satu perbuatan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Kalaulah ada ulama` yang berani kata bahwa perbuatan itu adalah satu perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama` tersebut jugak memang sengaja menempah kemurkaan daripada ALLAH SWT, sebab pendapatnya itu boleh membawa kepada terbatalnya syahadah. Sebab apa ulama` tiba-tiba jadi bisu dalam isu ini, saya pun tak tau. Adakah sebab menteri tu ada bungalow besaq ataupun dia tu jenih kaya raya, menyebabkan tertutupnya mulut-mulut ulama` pro-k`jaan?...

Tuan-tuan, jenih orang-orang kaya macam menteri yang sebut di atas ni, kawan-kawan yang kerja di hotel-hotel boleh cerita kat kita macamana perangai depa sebenarnya. Lebih-lebih lagi kat Penang ni. Puak-puak ni kalau pi hotel, ada saja benda-benda maksiat yang depa buat. Tapi jenih nilah jugak hari ini cuba jadi hero bercakap pasai ugama. Orang macam nilah yang berani kata kita ni sesat. Walhal, dia mengaji ugama pun lintang pukang. Perempuan-perempuan fasik keliling pinggang. Tapi dia boleh kata kat kita yang tak pernah pijak kaki kat panggung wayang, yang tak pernah jijak kaki ke karaoke, yang tak pernah minum arak, yang tak pernah berzina ni sebagai golongan yang salah. Tuan-tuan jangan pelik dengan keadaan seperti ini sebab di zaman Nabi s.a.w. pun dah berlaku keadaan yang sebegini. ALLAH dah pun cerita dalam Quran macamana orang-orang kafir Quraisy yang digelarkan oleh ALLAH sebagai golongan yang berdosa itu, berani kata kepada orang-orang mukmin zaman Nabi sebagai golongan yang sesat. Jadi kita jangan heran bila kita hat baik ni, orang jahat kata kita yang tak betoi.

Sekarang kita tengok pula apa ALLAH kata pada ayat 34-36 yang bermaksud, "Maka pada hari ini (akhirat), orang-orang yang beriman pula akan mentertawakan orang-orang yang kuffur kepada ALLAH SWT. Orang-orang yang beriman akan duduk atas pelamin sambil melihat orang-orang kafir disiksa oleh ALLAH SWT. Adakah orang-orang kafir tadi menerima pembalasan daripada ALLAH SWT di atas apa yang mereka lakukan?"...Setengah para mufassirun mengatakan bahwa maksud pelamin tu ialah satu tempat yang tinggi dan tempat tu mempunyai tingkap. Tingkap macamana, jangan kita dok pikiaq. Jangan dok pikiaq macam tingkap nako atau sliding window apa jangan. "Tingkap" tu hanya istilah yang digunakan oleh mufassirin untuk kita faham saja. Para mufassirin kata bahwa melalui "tingkap" inilah orang-orang mukmin boleh nampak macamana orang-orang kafir tadi disiksa oleh ALLAH SWT...Nauzubilahi min zalik. Tu dia tuan-tuan. Jadi, hari ini biarlah orang-orang kafir dan golongan yang berdosa ini mentertawakan kita, takpa. Hari ini kamu buat naya kat kami, takpa. Hari ini kamu bunuh kawan-kawan kami di Afghanistan, di Palestin, di Ambon maupun di Memali; takpa. Tetapi kamu kena ingat, akan tiba satu masa ALLAH TA`ALA pula akan bagi kepada kami suatu tempat singgahsana yang tinggi (pelamin) untuk kami pula melihat kamu disiksa dalam neraka ALLAH SWT. Berita ini merupakan satu berita yang mengembirakan bagi memujuk hati orang-orang yang beriman. Sebab berapa ramai dah diantara kita yang merasa berputus-asa kerana masih tak nampak lagi kejayaan agama ALLAH. Ada yang dah meninggal dunia dipanggil dulu oleh ALLAH SWT walaupun masih belum lagi melihat kejayaan agama ALLAH tertegak. Sehingga ke saat ini pun kita masih lagi belum melihat kehebatan Islam tertegak atas mukabumi ALLAH TA`ALA. Tetapi ALLAH SWT yang Maha Bijaksana faham isihati hamba-hambaNya yang soleh. Dia menyampaikan berita gembira seperti yang tertera dalam ayat di atas tadi untuk menyeronokan dan menenangkan hati kita bahwa akan tiba satu masa, kita pula akan mentertawakan orang-orang yang kuffur kepada ALLAH SWT.

Jadi muslimin muslimat sekelian, sebab itulah, kita jangan sekali-kali melakukan penganiayaan dan kezoliman ke atas orang-orang mukmin yang baik dan taat kepada ALLAH. Kita sepatutnya mesti respect orang-orang beriman. Manakala orang-orang yang menjadi musuh ALLAH pula kita mesti menghinakan mereka. Oleh sebab itu tuan-tuan, kalau kita tidak ambil pengajaran daripada apa yang dinyatakan ini, maka kita khuatir kalau-kalau termasuk dalam golongan "yang berdosa" seperti yang dinyatakan oleh ALLAH SWT dalam surah al-Muthaffifiin yang kita baca ini...Nauzubillah.


Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 53-56.

Perkara 53: Menarik balik tuduhan.

1) Seseorang penuduh yang menarik balik tuduhannya setelah menerima nasihat dan pengajaran dari hakim di atas akibat tuduhannya, maka kes ini adalah dianggap telah selesai, dan perkahwinan di antara suami isteri itu tetap terikat - tidak terpisah, dan percampuran suami isteri itu adalah percampuran yang sah dan halal.

[ Sekiranya suami tuduh isterinya berzina, sebelum li`an, baik tarik balik tuduhan. Kalau si suami dah li`an isterinya dengan bersumpah 4x bahwa isterinya berzina dan kali ke5 sampai minta laknat daripada ALLAH; maka isteri itu takdak pilihan kecuali dia kena li`an balik suaminya. Sebaik saja kedua-duanya selesai li`an meli`an antara satu sama lain, maka terbubarlah perkahwinan mereka buat selama-lamanya. Haram bagi mereka kembali menjadi suami isteri.

Sebab itu, ust Jailani menasihatkan bahwa sesiapa yang ada masalah rumahtangga, seperti isteri minta cerai umpamanya; kalau habih dah iktiar yang kita buat, seperti pujuk pun tak mau dah, panggil orang yang terhormat dalam masyarakat untuk bincang pun gagal juga, maka ust syorkan kepada suami yang mengalami masalah macam ni, cerailah isteri dengan cara yang baik. Tak payah nak gantung tak bertali isteri macam ni. Tidak ada maknanya lagi sekiranya kasih sayang dalam sebuah rumahtangga sudah tidak ada.

Lalu ust Jailani pun bawa satu cerita perihal masalah rumahtangga supaya menjadi panduan kepada kita semua. Ada satu kes, seorang isteri minta cerai daripada suaminya dengan cerai ta`lik (janji). Kalau tuan-tuan nak tau apa itu cerai ta`lik, di belakang surat nikah ada tertera. Jadi, makna kata bila habih saja saksi kata sah selepas akad nikah, ini bermakna si suami dah berta`lik sekiranya dia menggunakan kekerasan atau kezoliman dengan memukul atau mendera isterinya, maka jatuhlah talak satu. Yang kita nak fokus disini bukannya memukul, sebab yang tu semua orang tau. Tapi apa yang kita nak tengok disini ialah perkataan "mendera". Sebenarnya maksud mendera di belakang surat nikah itu, ia termasuklah juga menyakiti hati dan perasaan isteri. Yang ni kebanyakan orang tak tau. Ini bermakna sekiranya isteri hanya berasa sakit hati, pun sudah memadai untuk dia buat aduan kepada mahkamah untuk memohon perceraian secara ta`lik.

Hari ini memang ramai suami tak pukoi bini, sebab depa tau kalau depa pukoi bini, sure punya bini depa akan minta cerai ta`lik. Tapi depa tak tau, bahwa dera yang membawa maksud menyakiti hati dan perasaan isteri itu juga boleh membawa kepada cerai ta`lik. Inilah yang berlaku dalam kes yang ust Jailani cerita ni. Takdak pun keterangan dalam mahkamah yang menyatakan bahwa si suami ni pukoi bini dia. Cuma satu saja kesilapan yang si suami ni buat, iaitu dia pi kawin #2 di Siam secara senyap-senyap. Jadi bila pi mahkamah, si isteri itu pun bagitau kat mahkamah bahwa dia rasa sakit hati bila dia tahu suami dia kawin #2 di Siam tanpa pengetahuannya. Nampak tak tuan-tuan, suami tak pukoi pun si isteri, tapi bila suami tu kawin satu lagi di Siam, maka mahkamah pun memutuskan bahwa si suami itu telah melanggar ta`lik yang dia buat. Dengan ini jatuhlah talak ke atas isteri tadi. Nampak tak tuan-tuan, punyala senang nak minta cerai. Jangan ada yang nak minta cerai pulak lepas ni. Apa yang saya cerita ni hanyalah sebagai panduannya saja.

Maknanya, apa yang kita nak bagitau disini ialah perbuatan suami yang berkahwin satu lagi di selatan Thailand tanpa pengetahuan isterinya, dianggap sebagai mendera atau menyakiti hati dan perasaan isterinya, lalu dengan ini, si isteri berhak mendapat perceraian mengikut undang-undang Islam yang diamalkan dalam negara kita.

Bila mahkamah dah putuskan, lalu si suami tu tadi dan-dan kata bahwa dia masih sayangkan isterinya. Tau hakim kata apa?...Hakim kata, "Sayang tidak hanya boleh dibuktikan dengan mulut saja. Dia mesti juga dibuktikan dengan amal perbuatan. Perbuatan kamu yang merahsiakan perkahwinan kedua di selatan Thailand itu daripada isteri pertama, dianggap oleh mahkamah sebagai perbuatan yang menyakitkan hati isteri. Inilah yang membuatkan mahkamah membenarkan perceraian secara ta`lik."...

Okay tuan-tuan, sekarang bila kita dah tau benda-benda lagu ni, maka hendaklah kita sedaya upaya cuba elakkan daripada berlakunya perbuatan-perbuatan yang boleh membawa mudarat kepada rumahtangga kita. ]

2) Jika penuduh itu tetap pada tuduhannya tanpa bukti dan keterangan yang jelas untuk menyokong tuduhannya, maka hakim hendaklah memanggil pihak yang dituduh adakah ia mengakui tuduhan itu atau sebaliknya.

[ Kalau suami tak mau tarik balik dan tetap tuduh isterinya berzina, maka hakim hendaklah memanggil si isteri untuk mengesahkan tuduhan si suami. ]

3) Apabila orang yang dituduh mengakui tuduhan orang yang menuduh, maka orang yang dituduh itu wajib dihukum dengan hukuman orang yang berzina sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 17 (1).

[ Jadi selepas si isteri itu dipanggil ke mahkamah, dan dia mengakui pula bahwa tuduhan zina yang dibuat oleh suaminya itu benar, maka isteri itu hendaklah disebat 100x, kemudian hendaklah direjam pula dengan batu sampai mati. Hukuman-hukuman ini hendaklah dilakukan depan khalayak ramai, supaya masyarakat dapat mengambil pengajaran daripada hukuman tersebut. Hukuman yang sekeras mana sekali pun, sekiranya tidak dipamirkan kepada masyarakat; ia tidak akan mendatangkan apa-apa manafaat sebab masyarakat tak dapat mengambil pengajaran. Lihat saja sistem penguatkuasaan undang-undang yang ada dalam negara kita hari ini. Walaupun ada hukuman gantung sampai mati, tapi hukuman itu hanya dibuat di dalam sebuah bilik khas dalam penjara. Jadi, masyarakat tak dapat tengok macamana darah yang keluar daripada mata, telinga dan mulut daripada orang yang kena gantung tu. Masyarakat tak dapat tengok macamana lidah terjelir panjang akibat digantung. Masyarakat tak dapat tengok macamana pesalah itu mati akibat patah tulang tengkuknya setelah direntap oleh tali gantung. Bila ini semua tidak dipamirkan kepada masyarakat, maka masyarakat tidak akan berasa takut dengan segala hukuman.

Sebab itu, Islam ajar kepada kita supaya sesuatu hukuman yang dijalankan hendaklah dilakukan depan khalayak ramai, supaya orang ramai boleh mengambil pengajaran. Contohnya, kalaulah seorang perompak yang membunuh pengawal keselamatan dalam misinya untuk melarikan duit bank itu ditangkap, maka orang macam ni hendaklah dibunuh dikayu palang. Kalau mengikut mazhab Syafi`i, mayat perompak yang dibunuh dikayu palang itu hendaklah dipamir selama 3 hari. Cuba bayangkan tuan-tuan; jenazah saudara mara kita yang mati semalam, kemudian kalau tanam lepas zohor esok hari pun kita dah rasa mayat tu tersiksa dah. Inikan pula dibiar 3 hari?...Tapi dalam pendapat yang lain, setengah ulama` mengatakan bahwa masa yang diambil untuk dipamirnya mayat perompak itu, cukup sekadar untuk menghebahkan hukuman tersebut. Berapa lama?...Ini terpulang kepada suasana. Kalau suasana menunjukkan bahwa satu hari cukup, maka mayat itu akan diturunkan selepas satu hari sahaja.

Mungkin ada diantara kita terlintas di hati kata, "Ish! ngerinya, dahsyatnya!"...Tuan-tuan; ngerinya mayat si perompak itu sebenarnya tidaklah sengeri perbuatannya membunuh pengawal keselamatan dan merompak harta benda awam.

Jadi, cara yang paling baik untuk halang manusia daripada melakukan benda-benda mungkar, hanya ALLAH SWT sahaja yang lebih tahu. Oleh sebab itu, kita hendaklah akur kepada hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT sepertimana yang tercatat dalam al-Quran dan as-Sunnah. ]

4) Jika orang yang dituduh itu tidak mengakui tuduhan orang yang menuduhnya, maka hakim hendaklah memanggil orang yang dituduh dan yang menuduh ke mahkamah untuk melakukan li`an.

[ Kalau isteri yang dituduh berzina itu tidak mengakui bahwa dia berzina, maka mahkamah perlu memanggil isteri tersebut untuk melakukan li`an balas kepada suaminya. Yang ni kira jalan penyelesaian yang terakhir dalam kes li`an. Sebab itu, kita kena elak awal-awal lagi daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kes li`an ini. Tutup buang semua pintu yang disyaki boleh membawa kepada benda-benda yang tak baik terutamanya fitnah. Untuk mengelak berlakunya fitnah dalam rumahtangga, satu benda mesti kena ingat. Perasaan suami, isteri kena jaga. Begitulah juga sebaliknya. Kalau kita sebagai suami tak suka tengok isteri bersembang bergelak ketawa dengan lelaki lain, maka kita sebagai suami pun jangan sekali-kali buat benda yang sama. Bukan apa tuan-tuan; ada suami yang bukan boleh tengok isteri dia sembang dengan lelaki lain, dia cemburu. Tapi kalau dia sendiri nak bergelak ketawa lagumana pun dengan budak perempuan, takpa pulak. Ada suami yang perangai lagu ni....Mana boleh lagu tu cik abang oii!...Tak adil la. Sepatutnya kalau kita tak suka isteri kita buat perangai lagu tu, kita sendiri sebagai suami pun jangan buat jugak. Jangan kita dedahkan diri kita kepada tohmah, sehingga masyarakat boleh kata macam-macam kat kita.

Sebab itu tuan-tuan, kalau kita dah tau sesuatu tempat tu ada benda yang tak elok, lebih baik awai-awai lagi kita jangan pi. Contohnya, katalah si isteri nak balik ke rumah, tiba-tiba kenderaan takdak, lalu dia pun tumpang kereta kawan lelakinya satu pejabat. Naik kereta berdua saja. Kemudian bila sampai kat rumah, tiba-tiba suami pulak pi nampak. Takke cari nahas punya cerita tu?...Begitulah juga sebaliknya. Kalau si isteri tiba-tiba nampak suami dia naik kereta berdua saja dengan perempuan lain, kemudian bergelak ketawa pulak dalam kereta; takke nak jadi perang dunia tu?...Benda-benda lagu nilah yang kita kena elak awai-awai lagi. Bila kita peka dengan keadaan sebegini, InsyaALLAH, ia boleh menyelamatkan rumahtangga kita. ]

Perkara 54: Kaedah dan peraturan menjalankan kes li`an.

1) Kaedah dan peraturan menjalankan kes li`an ialah mula-mula sekali hakim memerintahkan kepada penuduh menyatakan persaksiannya, iaitu melakukan li`an. Dan penuduh harus menarik balik tuduhannya, dan perkahwinannya tetap - tidak terpirak (terpisah).

[ Dalam mahkamah, suami yang tuduh isterinya berzina, hakim akan beri peluang kepada dia untuk tarik balik. Kalau si suami tu tarik balik tuduhan zina kepada isterinya, maka perkahwinan mereka masih lagi kekal. Tapi kalau dia tak mau tarik balik, maka wajib dia melakukan li`an ke atas si isteri. ]

2) Apabila penuduh tidak mahu (enggan) melakukan li`an, dan penuduh tetap dengan tuduhannya, maka dalam kes ini, hakim boleh bertindak dengan 2 cara:

a) Penuduh hendaklah dihukum dengan hukuman had qazaf, iaitu disebat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berdalilkan firman ALLAH TA`ALA dalam Surah an-Nur:4.

[ Kalau si suami tak mau meli`an isteri dia setelah dituduhnya si isteri itu melakukan zina tanpa bukti, maka wajib si suami itu dihukum dengan hukuman had qazaf, iaitu disebat 80x rotan. ]

b) Penuduh dipenjarakan sehingga menarik balik tuduhannya, atau ia bersedia melakukan li`an, supaya ada kepastiannya hukum bagi penuduh-penuduh yang enggan melakukan li`an.

[ Nampak tak tuan-tuan; bukannya senang nak tuduh bini kita berzina. Sebab tuduhan zina ni adalah satu tuduhan yang berat. Silap-silap haribulan, si suami tu sendiri disumbat masuk ke penjara akibat pertuduhannya itu. ]

3) Li`an itu hendaklah dilaksanakan dengan mendahulukan pihak suami, iaitu suami mestilah memberikan kesaksiannya lebih dahulu daripada isterinya.

4) Para ahli perundangan Islam mewajibkan pihak suami meli`an isterinya lebih dahulu. Apabila isteri mengucapkan li`an lebih dahulu sebelum suaminya meli`an, maka li`an itu tidak sah.

5) Li`an adalah untuk menolak sabitnya hukuman had zina ke atas isteri yang dituntut oleh suaminya. Jika li`an itu didahului oleh pihak isteri, bermakna isteri itu telah menolak tuduhan suaminya sebelum ia dituduh.

 

[ Kalau isteri li`an suami dia dulu, maka dia telah mendahului tuduhan si suami. Macam ni tak boleh. Apa pun mesti tunggu tuduhan dan li`an dari si suami tu dulu, kemudian baru si isteri boleh li`an balik. ]

Perkara 55: Isteri atau suami yang enggan membalas li`an.

1) Apabila seseorang isteri yang dili`an oleh suaminya enggan membalas li`an suaminya, maka pihak hakim hendaklah menjatuhkan hukuman had zina ke atas isteri itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 15 ceraian (2).

[ Kalau si isteri tak mau jawab balik li`an si suami, ini bermakna si isteri itu benar-benar berzina. Takkan dia takut nak li`an suami dia balik sekiranya dia tak berzina?...Kalau dia benar-benar tidak berzina, pasti dia berani meminta laknat daripada ALLAH TA`ALA kalau dia bohong. Tetapi kalau dia seorang penzina, pasti dia takut untuk meli`an balik suami dia yang bercakap benar tu. Jadi bila dia enggan li`an suami dia balik, maka wajib dijatuhkan hukuman had zina ke atas si isteri tersebut. ]

2) Seseorang suami yang menuduh isterinya melakukan zina, dan suami itu enggan meli`an isterinya, maka suami tadi hendaklah dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39.

[ Hukuman yang dikenakan kepada suami yang macam ni ialah disebat dengan 80x rotan. ]

Perkara 56: Menuduh isteri berzina tanpa saksi.

1) Seseorang suami yang menuduh isterinyanya berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi untuk menyokong tuduhannya, tuduhan suami itu adalah disifatkan sebagai tuduhan seorang lelaki lain menuduh ke atas perempuan yang lain melakukan zina - bukan tuduhan sebagai suami ke atas isterinya.

[ Makna ayat ini, si suami tersebut akan dihukum dengan hukuman had qazaf. ]

2) Tuduhan suami ke atas isterinya sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 56(1) boleh didakwa di bawah kes qazaf, dan suami itu menghadapi 2 tindakan, iaitu mengemukakan bukti untuk mensabitkan tuduhannya, atau dijatuhkan ke atasnya hukuman had qazaf.

3) Tindakan ke atas suami sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 56(2) adalah merujuk hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bersabit kes Hilal bin Umaiyah yang menuduh isterinya di hadapan Rasulullah s.a.w. berzina dengan Syarik bin Sahma`, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Hendaklah memberikan bukti atau hukuman had di punggung (belakang) engkau. Maka Hilal berkata: Wahai Rasulullah! Apabila salah seorang di antara kami melihat lelaki naik ke atas perut isterinya memerlukan bukti juga?..Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah memberikan bukti, dan jika tidak ada bukti akan dihukum had dibelakang engkau".

[ Hadith di atas inilah yang merupakan dalil kepada apa yang kita dok bincang kali ni. Dalil ini diambil daripada satu kisah di zaman Nabi s.a.w.. Dimana seorang yang bernama Hilal bin Umaiyah menuduh isteri dia berzina dengan seorang lelaki yang bernama Syarik bin Sahma`. Tuduhan ini Hilal buat depan-depan Nabi. Lalu Nabi s.a.w. kata, "Kamu wajib bagi beban pembuktian ataupun kamu wajib dikenakan hukuman hudud."...Nampak tak tuan-tuan macamana Islam ajar kepada kita?...Sesiapa yang main tuduh isteri dia sembrono saja tanpa ada bukti dan tanpa ada saksi, maka suami itu wajib diajar untuk tutup mulut dia. Bukan pasai apa tuan-tuan; menurut ust Jailani, sekarang ni ada taktik terbaru yang digunakan oleh pihak suami macamana nak cari helah supaya pihak isteri minta cerai. Kalau si suami cerai isteri dia begitu saja, takut sat lagi orang kata dia jahat. Jadi dia pun guna taktik yang terbaru iaitu bila dia balik saja ke rumah, dia sengaja tuduh isteri dia berzina. Mulalah dia cerita, ramai kawan-kawan dia nampak bini dia buat lagu tu lagu ni. Padahal si isteri tak buat pun. Jadi, bila berlaku perbalahan, akhirnya si isteri terluka perasaan dan ini menyebabkan isteri minta cerai daripada si suami. Nampak tak tuan-tuan macamana kesannya hasil daripada taktik yang digunakan.

Taktik licik sebegini hanya boleh dipatahkan sekiranya hukum Islam tertegak. Awat taknye?...Sebab Islam kata bahwa suami yang tuduh sembarangan tanpa bukti macam ni, wajib dikenakan hudud. Inilah sebabnya ramai orang takut nak laksanakan hudud. Sebab kaki-kaki pembohong dah tak boleh nak bohong. Nampak tak tuan-tuan macamana Islam menjaga martabat kaum wanita. Jadi tarak pasai wanita nak takut bila T`ganu nak buat hudud?...

Tapi inilah realiti yang kita pejuang Islam hadapi hari ini; iaitu bukan setakat orang bukan Islam saja yang menentang perlaksanaan hukum hudud, malah orang Islam yang saja buat-buat tak faham juga akan menentang kita. Depa memang mengaku sebagai orang Islam, bukan tak mengaku, tapi kalau depa dengaq kita nak menegakkan sebuah daulah Islamiyah dengan berlandaskan hukum hakam al-Quran dan as-Sunnah, maka terbeliaklah bijik mata masing-masing. Sebab kalau tertegaknya hudud, orang yang pasti akan kena ialah seperti mereka-mereka yang mata terbeliak tadi. Sebab merekalah kaki zina, kaki arak, kaki judi dan sebagainya.

Cuba tuan-tuan cari majalah Times keluaran bulan April dan tengok muka orang yang dipaparkan di cover page. Muka orang tu, sebijik macam muka tuan-tuan yang dok hambat majlis ilmu masjid ke masjid ni. Dengan kupiah putihnya, dengan janggut dia, serupa macam tuan-tuan. Tapi inilah identiti yang perkenalkan sebagai "Ketua Pengganas" dalam majalah Times. Nama gelaran dia ialah Hambali. Dan nama sebenar dia ialah Ridwan Hishamudin daripada Indonesia. Dia bersama dengan kawannya yang bernama Abu Bakar Bashir ditangkap oleh kerajaan Indonesia kerana mereka dianggap sebagai pelopor untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyah raya, yang menyatukan M`sia, Indonesia, Selatan Filipina, Singapura, Selatan Thai, Brunei dan jugak Kemboja. Usaha mereka ini adalah sabit daripada hadith Nabi s.a.w. yang mafhumnya, "Kalau ada dua khalifah, maka bunuhlah khalifah yang kedua."...Ini bermakna kita umat Islam diharamkan berpecah-belah. Ini arahan daripada Nabi s.a.w.. Maksudnya kerajaan Islam mesti ada satu saja. Bukannya seperti sekarang ni yang mana kerajaan Islam menjadi banyak setelah dipecah-pecahkan oleh pihak kuffar apabila jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniyah. Kalau kita tengok dalam negara kita sendiri pun, yang pada asalnya majoriti adalah orang Islam, tetapi hari ini hanya separuh saja yang tinggai. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai inilah taktik kuffar. Mereka berhasil dengan hanya melemahkan kuasa politik orang-orang Islam. Tu je. Kita nak buat hudud, bukan setakat bermasalah dengan bukan Islam, tapi kita juga mendapat halangan daripada orang Islam yang tak faham apa itu hudud.

Okay berbalik kita kepada cerita Daulah Islamiyah raya tadi. Sebenarnya idea ini dicetuskan pada tahun 1949 oleh seorang yang bernama Sikarmaji Marijan Karto Suwiryo. Sekarang kita tengok kenapa idea ini sangat-sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam sehinggakan gerakan mewujudkan daulah Islamiyah raya ini cuba dihalang dan dihancurkan oleh beberapa kuasa besar?...Sekarang ni pun kita boleh lihat sendiri bagaimana aktifnya tentera-tentera Amerika di Selat Melaka, Singapura dan Selatan Filipina. Awat tak takutnye tuan-tuan; sekiranya idea ini berjaya direalisasikan, maka ia akan melahirkan sebuah daulah yang mempunyai populasi 200,068juta orang. GDP sebanyak 1.1 Trillion USD. Bukan million, bukan billion, tapi trillion tuan-tuan. Manakala ekspot pula melebihi 300,030 billion USD. Inilah kekuatan umat Islam sekiranya mereka bersatu di Asia Tenggara. Bayangkan kalau satu dunia umat Islam bersatu?...Sebab itu, Amerika dan Britain tahu bahwa kalau orang Islam berjaya mewujudkan daulah Islamiyah raya, maka mereka akan menghadapi kesusahan. Jadi, cara yang paling baik ialah mereka lakukan "divide n rule" iaitu pecahkan negara-negara Islam menjadi negara-negara kecik dan pastikan negara-negara kecik Islam ini ditadbir oleh orang Islam yang derhaka kepada ALLAH SWT. Sebab itu sehingga ke hari ini, Qanun Jinayah Syar`iyah yang kita belajar ni hanya tinggal setakat ilmu sahaja. Ia tidak dilaksanakan.

Baru-baru ni bila T`ganu baru menyatakan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud, terus mendapat bantahan. Kalau yang membantah tu orang bukan Islam, takpa la jugak. Pasai depa tak faham. Tapi bila orang Islam sendiri yang membantah, maka kita dapat merasai bagaimana tidak sukanya orang Islam kepada undang-undang Islam kerana kejahilan mereka sendiri.

Masyarakat kita jadi macam ni adalah kerana takdak sebab lain melainkan kerana terlalu lama mengamalkan corak hidup sekular. Sampai perkataan Islam pun seolah-olah dah jadi satu macam punya fobia. Tapi kalau nak buat konsert Scorpions atau Deep Purple dan sebagainya, yang jelas boleh merosakkan akhlak anak-anak muda, dibiarkan pulak. Mana pi suara ulama`-ulama` umno dalam soal ini?...Inilah yang Nabi s.a.w. sebut dalam hadithnya, yang bermaksud, "Rosak rakyat sebab 2 institusi ni dah rosak. Itulah dia ulama` dan umara`."...Benda mungkar jadi berleluasa. Tapi kalau nampak geng masjid yang pakai kopiah serban, terus dicekup dan disumbat masuk dalam ISA.

Menurut ust Jailani, beliau mendapat maklumat yang amat menyedihkan berkenaan dengan tahanan ISA bulan lalu. Dimana tahanan ISA yang bernama ust Tajudin dan saudara Nik Adli telah dipaksa mengaku terlibat dengan KMM. Mereka juga turut dipaksa mengaku terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik yang tertentu dalam negara kita. Ini yang menyedihkan kita. Okay kalau benar pengakuan ini diberikan, kenapa mereka tidak dibicarakan dalam mahkamah?...Rakyat pun nak tahu juga bukti apa yang kerajaan ada. Jangan kita biarkan ayahanda kepada Nik Adli iaitu TG MB K`tan dalam keadaan sedih bila mendengar berita pengakuan si anak.

Tuan-tuan sekelian, kezoliman macam ni kalau pun tak dibalasNya atas dunia; InsyaALLAH, hari akhirat akan menjadi perhitungan. Kita kan dah belajar hari tu tentang ayat Quran yang menyebutkan tentang pergiliran manusia. Kalau hari ini kamu buat jahat kat anak orang, tunggu suatu hari nanti, ada orang yang akan buat jahat kat anak kamu pulak. Kalau hari ni kamu buat jahat kat bini orang, tunggu suatu masa nanti, orang akan buat jahat kat bini kamu pulak. Kalau hari ini kamu buat jahat kat laki orang, esok orang buat jahat kat laki kamu pulak. Ini semua adalah suatu pergiliran yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Ingat tak tuan-tuan dengan bekas timbalan PM yang bertanggungjawab dalam kes Memali?...Dan ingat tak tuan-tuan dengan peristiwa ngeri Highland Towers?...Atas arahan dia, dalam beberapa second saja, ada ibubapa yang meratapi kematian anak-anak mereka. Kemudian selang lebih kurang 10 tahun selepas itu, dia pula kita lihat menangis dan meraung apabila anak dia juga diambil oleh ALLAH SWT dalam satu tragedi yang cukup tragis. Nampak tak tuan-tuan; dia juga telah merasai macamana rasanya kehilangan anak. Macamana ibubapa di Memali merasai kehilangan anak, begitulah juga dia merasainya. Inilah dia sunatullah, yakni ketetapan yang dibuat oleh ALLAH SWT.

Sebab itu tuan-tuan, berita pengakuan ust Tajudin dan Nik Adli ini hendaklah ditimbangkan dengan iman dan akal fikiran yang ALLAH beri pada kita. Kita mau kalau betoi depa buat pengakuan, tolong bawa depa ke mahkamah jenayah untuk dibicarakan di bawah penal code kanun keseksaan dan sebagainya. Beri kepada mereka peguambela untuk masing-masing membela diri. Kita nak tengok sejauh mana bukti yang kerajaan ada. Jangan setakat paksa orang, dera orang, biarkan orang yang ditahan itu duduk dalam keadaan yang tidak selesa, sehingga menyebabkan tahanan-tahanan itu terpaksa buat pengakuan. Bayangkan tuan-tuan macamana gelisahnya keluarga tahanan-tahanan tu bila dengar berita macam ni?...Dan juga cuba tuan-tuan bayangkan kalau seorang hamba ALLAH yang bertaqwa terguris perasaannya kerana dia dizolimi, kemudian dia pula berdoa kepada ALLAH SWT, maka ketika itu antara dia dengan ALLAH TA`ALA sudah tidak ada lagi hijab. Sebab itu, kita kena ada takut kepada doa orang yang dizolimi, terutama orang-orang yang baik dan orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Jadi akhir kalamnya, kita berharap apa yang kita belajar kali ini, akan memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua. Sebab yang memberi taufik dan hidayah itu bukannya saya, bukannya ust, bukannya TG; tetapi ALLAH SWT lah yang memberinya. Bila Nabi s.a.w. menangis ketika bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan kuffur kepada ALLAH, maka ALLAH turunkan ayat yang bermaksud, "Kamu tak boleh beri hidayah kepada orang yang kamu suka. Tapi ALLAH TA`ALA lah yang beri hidayah kepada siapa yang Dia suka."...Nabi menangis sebab Abu Talib banyak tolong baginda. Cuma silapnya Abu Talib ialah dia tolong Nabi bukannya kerana Islam, tapi dia tolong Nabi kerana asobiyah (kerana anak penakan dia).

Sebab itu tuan-tuan, kadang-kadang kita dah pujuk masyarakat supaya nak kepada Islam, tapi depa tak nak jugak. Habih ayat dah kita dok bagitau Islam tu begini-begini, tak beralih jugak. Pasai apa tuan-tuan?...Pasai bukan kita yang bagi hidayah, tapi ALLAH lah yang bagi hidayah. Apa pun kita berharaplah sangat, semoga masyarakat suatu hari nanti, semuanya akan kembali kepada petunjuk dan taufik daripada ALLAH TA`ALA. ]

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan