Make your own free website on Tripod.com

Bah I - Bab 2 - Fasal 3 - Perkara 62

Qanun Jinayah Syar`iyah

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 62.

Perkara 62 : Peminum arak yang boleh dikenakan hukuman had.

1) Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut :

[ Sekarang kita tengok pula syarat-syarat pesalah yang melakukan kesalahan meminum arak sebelum dikenakan hukuman had. Ada 4 syaratnya yang telah ditetapkan oleh para ulama`. ]

a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara`.

[ Baligh ialah umur dewasa mengikut perhitungan syara`. Mengikut mazhab rasmi dalam negara kita iaitu mazhab al-Imamul Syafie rahimahullahu ta`ala, bahawa yang dikatakan baligh itu ialah apabila si lelaki mengeluarkan air maninya atau si perempuan didatangi darah haid, ataupun selewat-lewatnya 15 tahun Hijr. Jadi, jikalau seorang yang meminum arak itu adalah seorang kanak-kanak mengikut perhitungan hukum syara`, misalnya hanya berusia 7 tahun (belum lagi baligh), maka kanak-kanak itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah pengecualian yang diberikan oleh hukum syara` kepada mana-mana orang Islam yang tidak mencapai umur matang.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada undang-undang negara kita pada hari ini. Sekiranya seseorang yang dituduh di bawah kanun keseksaan penal code itu di bawah usia 18 tahun, maka layanan yang akan diterimanya adalah berbeza jika dibandingkan dengan penjenayah yang berusia melebihi 18 tahun. Begitulah juga keadaannya jika penjenayah tu dalam keadaan uzur. Kalau tuan-tuan masih ingat, dulu ada satu kes dimana seorang peguam bangsa Sikh yang dituduh menembak sampai mati seorang budak despatch bangsa India, telah dibenarkan oleh mahkamah (hakim Augustine Paul) diikat jamin walaupun dia dituduh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya siapa yang dituduh membunuh di bawah seksyen 302 tidak boleh diikat jamin, tetapi disebabkan yang tertuduh itu seorang tua yang sakit, maka dia diberikan pengecualian mengikut aturcara jenayah dalam negara kita.

Begitulah juga kepada pembunuh yang berusia di bawah 16 tahun (masih lagi kanak-kanak mengikut definasi undang-undang negara kita). Walaupun membunuh itu adalah satu kesalahan yang serious yang tidak boleh diikat jamin, tetapi disebabkan dia masih lagi kanak-kanak, maka dia boleh diikat jamin. Nampak tak tuan-tuan, lebih kurang sama saja keadaannya antara undang-undang Islam dan kanun aturcara jenayah dalam negara kita hari ini dalam masalah kes juvana. ]

b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.

c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.

[ Kalau seseorang minum dalam keadaan terpaksa, samada ada orang yang memaksa dia atau keadaan yang memaksa dia, sehingga dia tidak ada pilihan kecuali arak, maka meminum arak pada masa itu adalah harus disebabkan kemudaratan yang ditimbulkan oleh keadaan. Contohnya, katalah kita tengah dok makan, tiba-tiba tercekik. Depan kita pulak time tu takdak air lain kecuali arak. Sedangkan kita semakin sesak nafas. Kalau tak minum, mati. Maka masa tu, arak di depan kita tu menjadi harus untuk kita minum bagi menyelamatkan nyawa. ]

d) Minuman itu masuk ke dalam rongga melalui mulut.

[ Maknanya, kalau arak dimasukkan melalui suntikan, maka tidak boleh disebat kerana kesalahan itu tidak termasuk dalam syarat-syarat peminum arak. Dia mesti melalui mulut, baru kita boleh sebat dia 40x mengikut mazhab al-Imamul Syafie rahimahullahu ta`ala. ]

2) Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jinayah syar`iyah yang boleh dikenakan hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

ALLAH tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. (HR Bukhari dalam al-Sahih)

3) Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

ALLAH mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang tersilap dan terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan. (HR Tabrani dari sanad yang sahih)

[ Bila sebut pasai tersilap ni, tuan-tuan baca dak paper bulan lepas yang menceritakan tentang satu kes yang dibicarakan di mahkamah majistret P.Pinang, bagaimana seorang remaja perempuan dilapurkan telah dirogol oleh berbelas-belas remaja lelaki?...Remaja perempuan ni sebenarnya bukan dirogol. Tetapi kesemua perlakuan itu adalah atas kerelaannya sendiri. Inilah kesilapan kita tuan-tuan sebab memilih undang-undang barat daripada undang-undang Islam. Dalam undang-undang yang diamalkan dalam negara kita hari ini mengatakan bahwa sekiranya seorang perempuan yang berusia bawah 16 tahun walaupun secara sukarela mengadakan hubungan kelamin dengan kita, maka kita tetap dianggap melakukan statutory rape (rogol mengikut takrif undang-undang negara). Takke kacau punya cerita tu?...

Kemudian bila ramai yang ditangkap kerana dituduh merogol budak perempuan tadi, maka reporter pun interview salah seorang daripada mereka. Reporter tu tanya, "Apa cerita ni?...Betoi ka hangpa rogol budak perempuan ni?"...Sorang budak lelaki tu kata, "Tarak aih! Dia yang ajak kami. Takkan kami nak tolak kot?...Dia tu bohsia."...Kisah yang berlaku ini tidak disedari oleh keluarga si budak pompuan tu sehinggalah berlaku satu kejadian dimana budak pompuan itu hilang daripada rumah. Lalu bila abang si budak pompuan cari..cari..cari, tiba-tiba dia menjumpai diari si adik tadi. Buka-buka diari, tengok-tengok budak pompuan itu telah menulis nama setiap budak lelaki yang pernah menidurinya. Takke bahaya tu tuan-tuan?...Nasib baik takdak nama kita sekali dalam senarai tu. Sebenarnya setiap penama dalam diari tu, kita tak tau lagi samada depa terbabit ataupun tidak. Tapi yang bahayanya, setiap nama depa telah diadukan kepada pihak polis. Apa lagi, bila polis ambik kes tu, depa angkut habih la semua nama-nama yang disenaraikan dalam diari tu.

Jadi apa yang kita nak sebut di sini ialah inilah dia gambaran betapa jijiknya akhlak anak-anak muda kita hari ini akibat daripada tidak ada kepekaan dikalangan ibubapa dan saudara-saudara lelaki dalam mengambil berat tentang anak-anak/adik-adik perempuan mereka. Posting yang lalu pun kita dah bagitau bahwa jangan sekali-kali membiarkan anak-anak perempuan kita keluar rumah di waktu malam tanpa ditemani, walaupun dia kata dia nak pi rumah kawan dia. Sepatutnya kita kena pastikan yang dia betoi-betoi pi rumah kawan dia dan kita kena confirm juga yang kawannya itu adalah seorang yang berakhlak mulia. Janganlah akibat daripada kelalaian kita, menjadikan anak kita rosak dikemudian hari. ]

4) Mereka yang terpaksa minum arak (khamar) seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman had. Ini adalah berdalilkan firman ALLAH yang bermaksud :

Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya ALLAH amat pengampun lagi amat mengasihani. (Surah al-Baqarah:173)

[ Ini adalah dalil bahwa tidak berdosa jikalau kita melakukan perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH SWT dalam keadaan darurat. ]

Firman ALLAH TA`ALA ini diturunkan ialah kerana ALLAH melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang tidak disembelih dengan sembelihan syara`, kecuali dalam keadaan darurat.

[ Katalah kita pi oversea negara mat saleh. Tak tau nak makan apa sebab cari buah tak jumpa. Cari kedai vegetarian pun tak jumpa. Yang adanya hanyalah daging lembu yang kita tak tau halal haramnya. Dan kita pula berat ke arah tak halal sebab yang menyediakan daging tersebut adalah orang bukan Islam. Sekiranya sampai ke tahap itu, maka diharus kepada kita untuk makan daging tersebut tetapi pada tahap sekadarnya sahaja. Dan sebahagian ulama` mengatakan bahwa dalam keadaan sedemikian, hendaklah kita menyebut nama ALLAH TA`ALA kepada daging yang dimakan tadi supaya ada sedikit keberkatan kepadanya, tetapi dengan syarat tidak boleh melampaui batas. Maknanya, jangan makan sampai kenyang. ]

Firman ALLAH TA`ALA ini juga diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, ALLAH melarang juga meminum minuman-minuman yang memabukkan, seperti arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berlandaskan kaedah fiqhiyah (prinsip fiqh Islam) "perkara-perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram".

Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.

[ Ayat Quran yang macam ni lah yang setengahnya disalah-fahami atau sengaja menggunakannya bagi menghalalkan mereka melanggar benda-benda syubahah. Setengah orang kita bila pi oversea, dia kata dah darurat dah ni. Padahal kat oversea tu pun banyak restoran-restoran vegetarian yang memang benar-benar 100% takdak campur daging sikit pun. Tapi perangai sebahagian orang kita bila dia tau ada kaedah fiqhiyah yang macam ni, dia pun menggunakannya bagi melanggar hukum ALLAH TA`ALA sehingga wujud satu budaya baru dalam masyarakat kita, iaitu bila dia pi ke luar negeri, dia boleh makan benda yang telah diharamkan oleh ALLAH SWT atas alasan darurat, sedangkan dia sendiri tak pi cari pun kedai-kedai tok Arab, Pakistan, Algeria yang berlambak dok ada di sana. Keadaan macam ni walaupun berlaku tapi jarang berlaku kepada orang yang datang daripada keluarga yang beragama. Tapi yang banyaknya berlaku ialah dikalangan orang yang kerap ke eropah dan pada masa yang sama, keluarga mereka tidak dididik dengan didikan agama. Maka mereka menganggap bahwa tidaklah salah jikalau memakan makanan tersebut diiringi dengan baca Bismillah.

Tuan-tuan sekelian, benda lagu ni jangan kita rasa pelik sebab dalam masyarakat kita pada hari ini pun banyak benda-benda pelik yang sekarang ni berlaku. Bukan apa tuan-tuan, sebab nak masuk bab yang dok hangat sangat mutakhir ni. Pasai banyak orang baca Quran hari ini, kemudian dia sengaja faham kot lain. Ataupun dia baca Quran yang dia sendiri tak faham, kemudian dia buat-buat faham tapi fahamannya itu sebenarnya menyimpang jauh dari maksud sebenarnya. Inilah benda yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Sebenarnya masalah isu "ALLAH samseng" ni dah basi dah pun. Kita dah terangkan dah pun dalam satu posting beberapa bulan yang lalu. Tapi bila Zainuddin Maidin menggunakan kaedah "talkin" iaitu mengulang-ulangkan isu ini di media kuasaan umno/bn, maka mau tak mau, kita pun terpaksa bagitau sekali lagi kepada masyarakat, supaya masyarakat boleh menilai sendiri, "Betoi tak apa yang TG kata tu?".

Mula-mula sekali mari kita tengok perkataan "samseng" tu dulu apa maknanya. Perkataan "samseng" dari sudut lughahnya, menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Abdul Aziz Deraman mengatakan bahwa dalam kamus dewan, "samseng" ni dia ada 2 makna. Yang pertamanya bermaksud penjahat, dan yang keduanya bermaksud menziarahi orang mati. Tu dia tuan-tuan. Besok bila ada sahabat kita pi ziarah orang mati, jangan kita panggil samseng pula kat dia. Takut sat gi buta aja dia mengamok kat kita. Itu dalam kamus dewan. Tapi kalau pi tanya kat kawan cina, dia nanti bagitau, "Samseng ni asalnya ialah daripada perkataan cina. Sam itu maknanya 3. Dan Seng itu maknanya melebihi atau melampau."...Jadi, samseng itu membawa makna melebihi 3x ganda. Jadi, betoi la apa yang TG Nik Aziz kata tu. Malah ALLAH bukan kata 3x ganda, lebih daripada tu pun Dia boleh kalau Dia mau. Tu dia tuan-tuan, makna daripada dewan bahasa pun kita bawa mai, dan daripada bahasa cina pun kita bawa mai juga. Itu dari sudut lughahnya.

Okay dalam al-Quran pula, tahukah tuan-tuan ada beberapa kes yang kita tidak dibenarkan tafsir ikut zahir ayat?...Dalam bahasa Arab, ada ilmu balaghah. Dalam ilmu balaghah tu pula ada kaedah yang dipanggil "musyakalah", iaitu ALLAH meminjam ucapan jahat untuk menghapuskan kejahatan manusia. Okay puak-puak umno, mari kita letak sebelah sat parti politik, dan mari kita bercakap atas dasar ilmu.

Cuba kita buka Surah `Ali Imran:54. Ayat ini turun sempena peristiwa orang yahudi nak tangkap Nabi Isa a.s.. Mengikut riwayat, apabila Nabi Isa a.s. lari masuk dalam sebuah rumah, tiba-tiba ALLAH buka bumbung rumah tersebut, lalu malaikat angkat Nabi Isa a.s. ke langit. Ketika itu usia Nabi Isa a.s. ialah 33 tahun. Dan pada waktu yang sama, ada seorang yahudi yang juga turut masuk ke rumah tersebut kerana mengejar Nabi Isa a.s.. Nama pemuda yahudi itu ialah Yahuza. Dialah yang nampak Nabi Isa a.s. di angkat ke langit apabila ALLAH buka bumbung rumah tu. Dalam keadaan terpinga-pinga daripada peristiwa yang dia tengok tadi, dia pun keluar daripada rumah itu, sedangkan orang-orang yahudi lain sedang mengepung rumah tersebut. Bila dia keluar saja, tiba-tiba yahudi-yahudi lainnya terkam tangkap dia. Terpinga-pingalah dia, "Ni apa ni hangpa tangkap aku pulak?"...Yahudi lain kata, "Aei! Dia dok buat lawak pula. Hang bukan Nabi Isa ka?"...Nampak tak tuan-tuan, macamana ALLAH tukar wajah Yahuza menjadi wajah Nabi Isa. Memang la dia tak perasan sebab waktu tu mana sempat tengok cermin. Driving license/mycard/passport pun takdak time tu. Kalau tidak, boleh la prove tunjuk. Bila dia tak dapat prove kata dia bukan Nabi Isa, maka dia pun disalib. Jadi yang disalib itu sebenarnya Yahuza. Mereka cuba nak tangkap Nabi Isa a.s., tapi akhirnya yang mereka tangkap ialah Yahuza akibat ALLAH tukar wajahnya. Maka turunlah ayat 54 Surah `Ali Imran yang bermaksud, "Mereka merancang tipu daya. Aku pun reti menipu! Malah tipu daya Aku lagi canggih"...Jangan pula ada selepas ni yang kata Tuhan tu menipu pulak...Mampuih aku nak jawab...Nampak tak tuan-tuan, inilah dia yang dikatakan musyakalah dalam ilmu balaghah. Sebab itu, tuan-tuan jangan dok ikut orang yang takdak ilmu. Inilah dia contohnya. Kait pi lah dengan samseng ka apa ka. Maksud ayat itu, bukannya ALLAH menipu, tapi diambik istilah "tipu daya" itu untuk membalas tipu daya orang yahudi.

Okay mai kita tengok satu lagi contoh. Dalam Surah an-Nahl 14:98, ALLAH berfirman yang bermaksud, "Apabila kamu sudah membaca al-Quran, maka berlindunglah dengan ALLAH..."...Okay apa makna ayat tu?...Kalau ikut zahir ayat tu, sesudah baca al-Quran baru kena baca `Auzubillah, betoi tak?...Tapi yang selalu kita baca ialah `Auzubillah dulu, kemudian baru baca ayat. Ini bermakna zahir ayat menyebut fa`lul mazhi sedangkan maknanya adalah fa`lul mudhori`. Iaitu ulama` tafsir kata bahwa berlindung dengan ALLAH apabila kamu hendak baca Quran, bukannya sesudah baca Quran. Tuu bendanya tuan-tuan. Sebab itu kena mengaji. Jangan ikut orang tua bodo tak reti bahasa tu, takut sat gi dengan tuan-tuan bodo sekali. Bukan ka ALLAH dah kata dalam Surah al-Kahfi 15:28 yang maksudNya, "...jangan kamu ikut orang yang Kami dah palingkan hati dia..."...Ini amaran ALLAH.

Okay, oleh sebab tahun depan nak cakap omputih, mari kita tengok meaning ayat ni. "The boy has came up with the flying colors in his exam."...Kalau kita translate zahir ayat, maknanya, "Budak itu telah terbang dengan warnanya dalam peperiksaannya."...Takke lingkup bahasa inggeris tu?...Flying colors means cemerlang, bukannya terbang pakai color. Jadi maknanya, budak tu cemerlang dalam peperiksaaannya. Dengan mendapat 11 A1, ini yang kita kata "flying colors". Jadi, dalam bahasa omputih pun ada ilmu balaghah ni.

Okay mari kita tengok satu lagi contoh dalam english. Dalam satu football match, coach masing-masing kata, "Ok boys, show your colors!"...Makna dia, tunjuk belang ka?...Atau nak tunjuk color apa ka?...Bukan lagu tu, sebab show your colors means tunjuklah kehebatan hangpa dengan main sampai menang. Tuu dia tuan-tuan. Begitulah juga dengan game taktik. Mula-mula guna sistem 4-3-3, main main main, 1st half kena. Lepas tu 2nd half guna pulak sistem 5-3-2, pun kena jugak. Last sekali coach tu keriau kat depa, "Ok boys, we back tu square one!"...Maksudnya, kita balik pada taktik asal. Bukannya balik pada 4 segi. Nampak tak tuan-tuan dalam english pun ada ilmu balaghahnya.

Bukan apa tuan-tuan, sebenarnya puak-puak karat ni tak reti bahasa rupanya. Tapi inilah yang dikatakan ulama`. Dia umpama lilin yang terpaksa bakar dirinya dengan menghadapi kecaman dan tohmahan seperti disuruh bertaubat dan sebagainya. Dan yang paling dahsyatnya sekali, dituduhnya kita masuk neraka. Takke haru tu tuan-tuan?...Kalau pun marah sangat kalah kat Anak Bukit, jangan la sampai tara tu. Bahaya ucapan macam tu. Sebabnya, tidak dibenarkan dalam Islam kita pin-point orang tu masuk syurga, orang ni masuk neraka. Mana boleh lagu tu?...Yang boleh buat lagu tu hanyalah Rasulullah s.a.w. seorang sahaja. Misalnya dalam satu peperangan, bila nak kutip ramai jenazah sahabat yang syahid, tiba-tiba Nabi s.a.w. tunjuk beberapa jenazah sahabat, "Yang ni neraka! Yang ni neraka! Yang ni neraka!"...Ini membuatkan sahabat lain naik heran, "Pasai apa ni Rasulullah?"...Nabi s.a.w. jawab, "Mereka ni ada yang berperang sebab nakkan harta rampasan, bukannya nak bela Islam. Jadi nerakalah tempat mereka."...Nabi s.a.w. sahaja yang boleh beritahu. Jadi hang sapa matdet ooiii! nak bagitau kat kami ke syurga atau ke neraka?...Inilah petandanya yang kita nak bagitau kat dia, "You closely come to the end of your journey, you tau dak?"...Dia sepatutnya sedar yang dia sudah berada di penghujung perjalanan hidup dia. Ni tidak, semakin tua semakin galak pin-point orang.

Sebagai orang Islam, yang kita boleh sebut ialah inilah dia jalan ke syurga. Maka kita pun sebutlah sifat-sifat dia. Atau inilah dia jalan ke neraka, kemudian kita sebut pula sifat dia. Ini saja yang dibolehkan. Jadi, once you tuduh seseorang ke neraka, kira dah berat tu sebab yang masuk neraka ialah golongan kapir, munafik dan fasik. 3 ni saja. Maknanya, kalau hang tuduh orang yang tak termasuk dalam 3 golongan ni kapir, maka kapir tu balik kat hang. Berat tu tuan-tuan. Sebab tu jangan main-main tuduh orang sembarangan, tak boleh. Itu hanyalah Haq ALLAH dan rasulNya. Entahlah, kita pun tak tau pasai apa dia naik angin sangat. Sebenarnya kita pun rasa malas dah nak layan ucapan orang tua tu, tapi kita nak sebut bahwa Quran dah menjelaskan siapa yang pi neraka. Selama kita dok pi mengaji ni lah, yang kita tahu, jenih yang nak masuk neraka ialah jenih tak bertudung, jenih pakai rambut palsu, jenih cabut bulu kening dll., betoi tak tuan-tuan?...Jadi, check sekarang; siapa dia perangai lagu ni?...Kita tak tuduh. Tapi tuan-tuan boleh menilainya sendiri.

Okay kalau nak cerita sangatlah pasai ahli neraka, mari kita buka Surah Qaf:24-25. Dalam ayat 24, kata ALLAH, "Hai malaikat! Engkau lemparkan ke dalam neraka jahannam tu (nauzubillahi min zalik) setiap yang kuffur dan ingkar!"...Siapa yang dikatakan sebagai kuffur dan ingkar itu?...Lalu ayat 25 membahaskannya bahwa ada 3 jenih manusia yang bersifat kuffur dan ingkar. Kalau tuan-tuan buka tafsir pimpinan ar-Rahman dari Jabatan Perdana Menteri M`sia yang disign oleh Dr Mahathir sendiri, antara 3 jenih tu yang pertamanya disebut ialah orang yang suka menghalang kerja kebaikan. Dihalang dengan kuasa dia seperti dia kata kat K`tan hari tu, "Saya ada kuasa. Ini bercanggah dengan undang-undang manusia. Hudud ni tak boleh buat. Kalau depa buat jugak, kita akan ambik tindakan!"...Ini yang kata guna kuasa ni. Ataupun dia gunakan pengaruh seperti media-media massa, ataupun umpan seperti kain pelikat dan jugak unta. Tafsir tak sebut la unta. Yang tu ana yang tambah.

Jadi, laksana hukum Islam tu kerja baik tak?...Baik kan. Tapi kalau halang, jahannamlah tempat dia. Haramkan arak, kerja baik. Haramkan judi, kerja baik. Kalau kamu halang, neraka jahannamlah tempat kamu. Ni dia kalau nak sembang sangat pasai masuk neraka. Amacam?...

Okay bila sebut "buat kerja baik", dia bukan setakat buat masjid sahaja. Kerja baik ni juga bukan setakat buat kapalterbang bawa orang pi haji sahaja. Tapi apa nak katanya ialah "kerja baik" ni luas pengertiannya, sehingga tahap kita laksanakan haq ALLAH. Lalu ada la orang kata, "Apa nak sebok-sebok dengan hudud, qisas, ta`zir ni?...Dia hanya mewakili kurang daripada 1% sahaja daripada Quran."...Kita nak bagitau, "Walaupun dia hanya 1% daripada Quran pun, tapi dia tetap datang daripada ALLAH. Bukan dia datang daripada KEPALA BAPAK HANG!...Kalau datang daripada kepala bapak hang, itu hang punya pasal. Tapi dia datang daripada ALLAH. Walaupun dia not even 1% daripada Quran, tapi dia tetap datang daripada ALLAH. So, you must give full respect!"...Begitu juga dengan ayat sembahyang, berapa peratus sangat, tapi pasai apa sembahyang?...Ayat zakat berapa peratus, tapi pasai apa kena bayaq zakat?...Sampai ikut kita sampai ke kilang la ceritanya. Punyala kemaruk puak-puak ni. Tapi bila ada anak-anak kita nak pi timur tengah sambung pengajian, macam-macam procedure yang depa boh. Macam ni ka nak bagi kat depa?...Tarak pasai. Baik aku bagi kat pondok-pondok baca kitab atau kat markaz Pas lagi baguih, sebab depa pun termasuk dalam 8 asnaf.

Jadi nak sebutnya, kerja kebaikan itu adalah menyeluruh. Model kita sapa?...Nabi s.a.w., betoi tak?...Jadi bila Nabi berhukum dengan hudud, qisas dan ta`zir; maka kita kena ikut cara yang sama. Nabi rejam sahabat dia bernama Maiz yang berzina. Nabi sebat sahabiyahnya Fatimah Bani Ghamdi. Sehingga Imam Syafie kata, "Kadang-kadang Nabi sebat pakai selipar saja."...Ini bermakna, alat sebatan itu tak penting. Yang pentingnya ialah hukuman. Dilaksanakan pula di depan orangramai. Ini membuatkan pesalah itu malu dan dia tak akan buat dah kerja maksiat tu lagi sebab maruah dia dah hilang. Tu dia hukum.

Sebab tu jangan halang orang buat baik. Kalau halang, berdosa. Boleh masuk neraka. Sepatutnya sebagai orang yang mengaku Islam, depa kena sokong K`tan/T`ganu nak laksanakan hukum ALLAH. "Okay kami bagi laluan. Kalau 5 tahun pertama, hangpa buat, tak berjaya; maknanya, kita kena bincang lain."...Apa salah ka kalau cakap begitu?...Sejuk sikit hati kita kalau dengaq lagu tu. Ni dak...Belum apa-apa lagi, dah ditaruknya kita semua habih masuk neraka...Apa punya tak mengaji betoi puak-puak ni.

Yang tadi sifat pertama. Sifat yang kedua pula seperti disebut dalam Surah Qaf ayat 25 ialah orang ingkar dan murtad, maka jahannamlah tempat dia. Dan yang ketiganya ialah orang yang ragu-ragu dengan Islam. "Heh! boleh ke kerat tangan ni?...Camana melayu nak bersaing ngan cina?"...Orang yang kata ni kalu mampoih lepas dia cakap macam tu, tempat dia ialah neraka jahannam!...Sapa kata?...ALLAH yang kata. Kita hanya tolong sampaikan saja. Tu dia cerita kalau nak sembang sangat pasai neraka jahannam. Jadi, jangan kita dok buat lebih kurang dengan syurga/neraka ALLAH, berdosa tu tuan-tuan. Ataupun kamu sebenarnya dah lali dengan dok buat dosa ni. Kalau cakap omputih, dosa ni macam piece of cake je. Kalau itulah sifat kamu, nauzubillah; sedangkan orang beriman bila melihat dosa kecil, seolah-olah melihat gunung nak menghempap kepala depa. Apatah lagi, dosa besar?...]

5) Jika arak (khamar) itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain mulut, seperti melalui suntikan, atau ditebuk lubang di leher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka yang melakukannya.

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan