Qanun Jinayah Syar`iyah

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 69(1)-(4).

Perkara 69: Pencuri yang dikenakan hukuman hudud atau ta`zir.

1) Mengikut peruntukan hukum syara`, pencuri yang wajib dikenakan hukuman hudud (potong tangan) atau ta`zir adalah tertakluk di bawah kesalahan-kesalahan berikut:

a) Harta atau barangan yang dicuri itu kepunyaan orang lain - bukan kepunyaan bersama.

[ Contohnya katalah ada sorang tu, dia melarikan sebuah kenderaan yang sama-sama dikongsi-belinya bersama dengan si mangsa. Walaupun dalam rekod pendaftaran kenderaan itu tercatat hanya nama si mangsa (tidak ada nama orang yang melarikan kenderaan tu), tetapi jikalau proses pembelian kenderaan tersebut dikongsi secara bersama (misalnya, wang depositnya sama-sama kongsi bayar dan begitu juga dengan bayaran bulanannya pun dikongsi bayar), maka itu sudah dinamakan sebagai hak milik bersama. Jadi dengan sebab itu, kesalahan macam ni tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan mencuri sebab orang yang melarikan kenderaan tersebut mempunyai kepentingan bersama. ]

b) Memindahkan dan mengambil harta atau barangan dengan cara bersembunyi (senyap-senyap).

[ Kalau terang-terangan, itu rompakan namanya, bukan lagi mencuri dah tu. ]

c) Berlaku pencurian itu ke atas harta atau barangan yang tidak diamanahkan kepada seseorang itu.

[ Misalnya kita hantar kereta kita kepada seorang mekanik untuk diperbaiki. Tiba-tiba masa kita nak ambik, tengok-tengok kereta kita tu lesap sekali dengan mekaniknya sekali. Dalam hukum syara` atau dalam undang-undang negara kita sekali pun, perbuatan mekanik itu tidak boleh dipanggil sebagai mencuri, tetapi perbuatannya itu dipanggil sebagai pecah amanah jenayah (criminal breach of trust). Bila tidak dikatakan sebagai mencuri, maka perbuatan pecah amanah ini tidak tertakluk di bawah hukuman hudud. Sebaliknya dia tertakluk di bawah ta`zir. ]

d) Pencuri itu melakukan pencurian tadi dengan niat sengaja untuk mencuri.

[ Contohnya katalah sorang tu dia ingat barang tu dia punya, lalu dia pun ambik bawa balik. Bila sampai kat rumah, tengok-tengok bukan dia punya. Lalu dia pun hantar balik. Tiba-tiba on the way dia nak hantar balik tu, kita pulak pi tangkap dia sebab kita cam itu memang barang kita. Dalam kes ini, orang tu hendaklah membuktikan bahwa dia ambik barang tu tanpa ada niat nak mencuri atau dalam keadaan salah-faham. ]

2) Pencuri yang mencuri harta atau barangan kepunyaan bersama tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan) kerana pemilik sesuatu harta atau barangan tidak boleh didakwa mencuri harta atau barangan kepunyaan sendiri.

3) Pencuri yang telah dikenali dan telah ditangkap serta telah sabit kesalahannya dalam mahkamah tanpa menimbulkan sebarang keraguan wajib dikenakan hukuman hudud (potong tangan) ke atas pencuri itu dengan berdalilkan firman Allah Ta`ala dalam surah al-Maidah ayat 38 yang disebutkan dalam perkara 67.

[ Makna ayat ini ialah sekiranya mana-mana pencuri yang telah dikenal pasti lalu ditangkap, ditahan dan dibicarakan; kemudian didapati bersalah dengan yakin bahwa dia telah mencuri, maka wajib ke atas pemerintah untuk memotong tangan si pencuri itu berdasarkan kepada nas sepertimana yang telah kita baca dalam perkara 67 yang lalu. Dimana nas atau autoriti daripada Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 itu tidak boleh ditolak oleh seorang ulama` pun kerana ia memang cukup jelas. Tetapi dilemma yang ada pada kita hari ini ialah apabila ada di kalangan orang-orang Islam yang masih teragak-agak lagi untuk melaksanakan hukuman potong tangan walaupun sudah jelas sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT tu. Alasan yang selalu kita dengar ialah depa kata bahwa memang nak buat pun sebenarnya undang-undang Islam dalam negara kita ni tetapi kekurangan pakar yang menjadi masalahnya...Pelik tak tuan-tuan alasan macam ni kalau kita relate dengan perkembangan semasa sekarang?...Puak karat kata kita takdak pakar tetapi awat bila makbapak pakat ramai-ramai hantar anak-anak pi mengaji kat sekolah agama, depa pulak jadi gelabah melenting tak tentu pasai?...Nampak tak tuan-tuan, busuknya hati perut puak umno ni. Dan-dan kata, kita pun nak kena belajaq benda lain juga seperti sains dan teknologi umpamanya. Makbapak yang disalahkan pulak. Okay kalau betoi kita kekurangan pakar agama, sepatutnya ramai-ramai lah kita hantar anak pi ke sekolah ugama; betoi tak tuan-tuan?...Ni dak, disalahkan makbapak pulak, "...sikit-sikit nak hantaq pi sekolah ugama. Sikit-sikit nak hantaq pi hapai Quran..."...Dah hang kata kita kurang dalam bidang agama, apa salah ka makbapak hantaq anak depa pi sekolah agama?...Sampai ke tahap nak didenda pulak dah makbapak yang tak mau hantaq anak depa pi sekolah kebangsaan?...Ni apa cerita?...Inilah sebenarnya yang menggambarkan kepada kita bahwa puak umno hari ini sedang dilanda satu penyakit hati yang terlalu kronik untuk diubati. Sehingga depa tak reti dah nak buat justification yang mana lebih prioriti, antara kepentingan agama dengan kepentingan peribadi. Apa yang kita lihat, depa lebih cenderong ke arah kepentingan peribadi daripada kepentingan agama.

Okay mari kita tengok sekali lagi apa kata Allah dalam ayat 38 Suratul Maidah. Di tengah-tengah ayat tu Allah Ta`ala kata, "...hukuman potong tangan itu adalah sebagai balasan di atas apa yang mereka lakukan. Dan juga sebagai suatu hukuman pencegahan daripada Allah..."...Inilah dia satu hukuman yang dijamin oleh Allah SWT dalam bentuk preventive sekiranya kita nak menghapuskan langsung gejala jenayah mencuri ni. Tuan-tuan boleh faham dak point yang saya nak bagitau ni?...Okay kalau kurang faham, mai saya bawa satu contoh. Tuan-tuan tau ubat gigi jenama colgate kan?...Awat pulak tak tau, sampai nak beli darlie pun kita sebut beli colgate, pi beli fresh n white pun kita kata beli colgate; mai lah jenama apa pun, orang tak sebut dah ubat gigi tapi orang pakat dok sebut colgate jugak. Sebab apa jadi lagu tu?...Sebab brand "colgate" tu telah menempa nama di peringkat masyarakat sejak turun temurun lagi. Begitulah halnya dengan maggi. Bukan tak dak jenama mee segera yang lain. Cintan ada, karamah ada, banyak lagi jenama yang lainnya. Tapi masa nak beli; cintan kita kata maggi, karamah pun kita kata maggi, maggi pun kita kata maggi. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai jenama "maggi" ni sudah pun establish di bidang perniagaan mee segera. Semua orang tahu dah qualiti dia sehingga sebut saja mee segera, orang akan bayangkan maggi. Tapi ayat 38 dalam Suratul Maidah itu tadi bukannya datang daripada maggi, bukan gerentinya datang daripada liver brothers; tapi brandnya dan gerentinya adalah daripada Allah Ta`ala. Allah sendiri yang bagi jaminan tentang undang-undang potong tangan tu sebab itu adalah produkNya. Tapi tiba-tiba jaminan ini tidak diperakui oleh masyarkat kita. Tak ke celaru tu tuan-tuan?

Kalau tuan-tuan tengok satu programme tv beberapa hari yang lepas, macamana pengacara rancangan itu telah menemuramah seorang professor, meminta pandangan dia terhadap hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak. Professor itu tak setuju, tuan-tuan sekelian. Antara kata dia, kalau dihukum mati kepada perogol kanak-kanak; ini akan menggalakkan para perogol membunuh kanak-kanak yang dirogolnya itu. Nampak tak tuan-tuan macamana dia guna logik akai dia saja tanpa sebarang fakta. Sepatutnya dia kena bercakap atas fakta kajian. Buat la kajian dulu. Compare tengok dulu, berapa banyak kes rogol dalam negara yang buat undang-undang hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak, dengan negara yang tidak mengenakan hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak?...Ada dia buat kajian?...Takdak tuan-tuan. Inilah hipotesis namanya. Iaitu hanya buat andaian tanpa berasaskan kepada kajian. Tuan-tuan, apa yang kita nak bagitau; walaupun orang yang mencadangkan hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak ini bukannya dari jenis orang yang mengaji agama (sebab tudung ala woodywoodpecker je), tapi kita tetap bagi sokongan. Syaratnya, hukuman mati itu hendaklah mengikut undang-undang Islam. Tuuu je. Maknanya kalau perogol itu seorang yang sudah berkahwin, maka tangkaplah dia, bicarakan dia, dan kalau betul dia didapati bersalah merogol kanak-kanak dengan cukup syarat-syaratnya mengikut hukum syara`, maka wajib direjam dia dengan batu sampai mati. Inilah dia undang-undang Allah Ta`ala dan undang-undang Nabi s.a.w..

Tuan-tuan nak tau ka lepas tu professor tu kata apa lagi?...Dia kata, "Sebenarnya dah banyak hukuman mati yang sudah kita buat dalam negara kita ni, tapi tak berkesan pun. Antaranya seksyen 39b akta dadah berbahaya yang mengatakan bahwa sesiapa yang didapati bersalah mengikut seksyen 39b akta dadah berbahaya, maka dia akan dihukum di tali gantung sampai mati mandatori. Berapa ramai dah yang kena gantung, tapi kita boleh tengok pengedaran dadah sampai sekarang masih lagi berleluasa..."...Tuan-tuan, apa yang kita nak bagitau kat professor ni, kalau betoi nak tengok berkesan, maka kenalah buat cara Islam. Pasai apa pengedaran dadah masih berleluasa walaupun tali gantung dok tunggu depa?...Sebab hukuman mati itu dibuat bukan cara Islam. Cara Islam ialah dilakukan di depan khalayak ramai, bukannya dalam penjara yang sapa pun tak tau. Bila orang tak tengok, macamana nak mai rasa gerunnya. Tengok saja gejala murtad. Akibat tidak ada hukuman ke atas orang yang murtad, gejala ini semakin menjadi-jadi. Dalam Islam, orang yang sudah murtad, kita perlu bagi kaunseling dulu. Pujuk dia, bagi dorongan kat dia suruh dia bertaubat. Kalau tak mau jugak, sampai ke tahap (kalau terpaksa) maki pun boleh. Kemudian selepas 3x kita cuba, dia masih lagi tak mau, kita kena hantar balik dia ke penjara untuk ditahan. Duduk beberapa lama, kita panggil dia sekali lagi untuk bagi kaunseling sekali lagi, pujuk sekali lagi, marah sekali lagi. Tak mau jugak, kita hantar sekali lagi balik ke penjara. Duduk beberapa lama dalam penjara. Kemudian kita panggil dia buat kali ke3, buat kaunseling sekali lagi suruh dia bertaubat. Tapi kali ini kalau dia tak mau jugak, maka tidak ada jalan lain melainkan kepalanya akan dipancung di khalayak ramai. Inilah dia akibat daripada kesalahan gejala riddah. Maka bila manusia tengok hukuman seperti ini, dia akan rasa takut. Inilah kesannya ketegasan undang-undang Islam terhadap orang yang didapati bersalah kerana murtad.

Umpamanya cuba tuan-tuan tengok perkembangan yang berlaku di Nigeria baru-baru ini. Sepertimana yang kita tahu, baru-baru ini berlaku satu rusuhan yang memakan korban ratusan jiwa apabila seorang wartawan wanita kristian bangsa Nigeria yang bernama Isioma Daniel menulis satu artikel yang menghina Nabi s.a.w. dalam akhbar Thisday. Bila berlaku rusuhan tersebut, maka majlis fatwa wilayah Zamfara di Nigeria telah mengeluarkan fatwanya dengan mengatakan bahwa Isoma Daniel telah menghina Rasulullah s.a.w., maka Isioma Daniel wajib dibunuh. Apabila keluar fatwa tersebut, tiba-tiba seorang jurucakap kepada jabatan negara Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahwa rusuhan agama yang berlaku di Nigeria adalah berpunca daripada majlis fatwa wilayah Zamfara itu tadi. Nampak tak tuan-tuan macamana putarbelitnya kuffar Amerika ini?...Kita sebagai umat Islam, jangan terkeliru dengan kenyataan puak kuffar Amerika ini. Sebab rusuhan itu berlaku sebelum majlis fatwa Zamfara mengeluarkan fatwanya lagi. Jadi sepatutnya Amerika hendaklah menyalahkan Isoma Daniel, sebab Isoma Daniel lah yang membuatkan rusuhan berlaku, bukannya sebab fatwa tersebut.

Bila berlaku insiden rusuhan agama di Nigeria itu, tuan-tuan percaya dak akan ada dikalangan orang melayu kita akan mengkritik fatwa hukum bunuh kepada siapa yang menghina Nabi s.a.w. tu?...Dalam negara kita ini, nasib baik tak keluar apa-apa fatwa lagi tentang menghina Nabi s.a.w. ni. Kalau keluar fatwa, tuan-tuan percaya tak akan ada orang melayu yang beragama Islam akan menghentam fatwa tersebut?...Yang mujurnya, dalam negara kita hari ini masih belum ada sebarang fatwa yang keluar. Kita kata "mujur" pasai apa?...Pasai kalaulah ada fatwa hukum bunuh kepada siapa yang menghina Nabi s.a.w., sudah tentu akan kedengaran ucapan-ucapan yang boleh membatalkan syahadah kerana mengkritik fatwa tersebut.

Sebenarnya fatwa hukum bunuh kepada siapa yang hina Nabi ni bukannya satu benda baru. Tuan-tuan ingat tak lagi dalam beberapa posting yang lalu, ust Jailani dah cerita tentang kisah pembunuhan Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq pada satu waktu menjelang subuh. Dan kali ini, ust Jailani bawa mai satu lagi cerita pembunuhan ke atas seorang yang menghina Nabi s.a.w.. Kali ini ia berlaku kepada Kaab al-Ashrof, seorang yahudi yang macho lagi kaya raya. Cerita ini bermula bilamana Kaab al-Ashrof ni dia tidak percaya bila dia dengar Perang Badar al-Kubra dimenangi oleh orang Islam. Macamana nak percaya tuan-tuan oiii!...Kita kan tahu banyak mana orang Islam waktu tu kalau nak compare dengan 1000 tentera musyrikin Mekah yang complete dengan alat-alat perang yang canggih time tu. Dia punya tak percaya sampai dia kata, "Kalau betoi orang Islam menang dalam perang Badar al-Kubra, aku lebih rela mati daripada hidup!"...Nampak tak tuan-tuan macamana sombongnya Kaab sampaikan ucapannya itu nak seakan-akan stail si samu vellu sewaktu tersungkurnya bn di Lunas hari tu. Ingat tak lagi ucapan samy vellu di Lunas dulu?...Dia kata, "Kalau bn kalah, saya tak akan keluar daripada Lunas!"...Piiirah! Masa diumum bn kalah, dia lah yang mula-mula sekali belah. Sama lah juga dengan Kaab al-Ashrof ni pun. Jadi, dia punya marah dan dendam pada Nabi s.a.w. ni sehinggakan dia maki Allah dan Nabi s.a.w. sampai takdak ayat dah. Lepas tu tak cukup dengan maki hamun, dia pi karang pulak syair-syair dan lagu-lagu lucah bertujuan untuk menjatuhkan maruah wanita-wanita Islam. Lalu bila Nabi s.a.w. dah tak tahan tengok perangai si Kaab ni, maka Nabi s.a.w. pun panggil para sahabat r.a., lalu kata Nabi, "Siapa dikalangan kamu yang sanggup membunuh Kaab al-Ashrof untuk aku?"...Ada 5 sahabat Nabi s.a.w. yang respon dengan seruan Nabi tu dengan mereka menyatakan kesanggupan untuk membunuh Kaab al-Ashrof. Mereka ialah Muhammad bin Maslamah, Abu Nailah Salkan, al-Haris bin Aus dan 2 orang sahabat lagi. Lalu kata Muhammad bin Maslamah, "Ya Rasulullah, adakah kamu mahukan aku membunuh Kaab al-Ashrof?"...Jawab Nabi s.a.w., "Ya! Aku mahu kamu bunuh Kaab al-Ashrof kerana dia menghina Allah, menghina rasulullah, dan menghina maruah wanita Islam."...Lalu kata Muhammad bin Maslamah, "Ya Rasulullah, izinkan kepada aku bercakap dengan Kaab al-Ashrof dengan cara aku sendiri?"...Bila mendapat keizinan daripada Nabi, Muhammad bin Maslamah pun cari Kaab. Cari punya cari, akhirnya bila dia jumpa Kaab, Muhammad bin Maslamah pun panggil Kaab, "Wahai Kaab! Hang tau ka la ni Muhammad telah mengfardukan pada kami supaya berderma. Ini yang kami risau ni. Jadi, sekarang ni semakin ramai yang berasa tak puashati!"...Lalu kata Kaab, "Kan aku dah kata dah kat hangpa dulu, tapi hangpa tak percaya!...Muhammad tu kalau hangpa dok ikut lagi lama, hangpa nanti lagi susah!"...Kata Muhammad bin Maslamah lagi, "Wahai Kaab! Boleh dak aku bawa pemuda-pemuda Islam yang tak puashati ni mai berjumpa dengan kamu?"...Oooiiii! Seronok takdak dah si Kaab ni bila dengaq lagu tu. Lalu kata Kaab, "Okay takdak masalah. Kita fix satu date, hang bawa mai pemuda-pemuda tu boleh kita sembang."...Lepas Muhammad bin Maslamah pi, Abu Nailah pulak mai jumpa Kaab al-Ashrof. Cakap Abu Nailah lagi la Kaab percaya sebab Abu Nailah ni ialah adik angkat Kaab. Dengan kesempatan ini, maka Abu Nailah pun menggunakan tipu daya dengan mengatakan bahwa dia nak fix satu malam untuk bawa senjata nak bagi kat Kaab. Tadi Muhammad bin Maslamah janji nak bawa pemuda-pemuda, kemudian yang Abu Nailah pulak janji nak bawa senjata. Sebenarnya itulah dia pemuda-pemuda dan senjata-senajata yang akan membunuh Kaab al-Ashrof. Nampak tak tuan-tuan macamana bijaknya strategi yang diatur oleh squad pembunuh yang dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk membunuh Kaab al-Ashrof.

Okay bila sampai pada malam yang dijanjikan, kebetulan pulak malam tu malam bulan purnama, maka squad tersebut pergi ke rumah Kaab al-Ashrof. Bila sampai, mereka pun panggil Kaab. Isteri Kaab yang ada dalam rumah bila dia dengaq suara panggilan dari Muhammad bin Maslamah dan Abu Nailah, dia rasa lain macam dah. Lalu dia kata kat Kaab, "Aku nasihatkan engkau wahai Kaab, jangan engkau turun sebab aku dengar bahwa nada suara itu adalah nada suara pembunuhan!"...Tetapi dengan angkuh Kaab kata balik kat isteri dia, "Ish! awak ni...takkan orang semulia aku ni tak respon dengan panggilan orang?...Engkau jangan bimbangla, aku kenai suara tu. Suara adik angkat aku, si Abu Nailah."...Kaab pun turun pi bersembang. Sembang punya sembang, lebih kurang sejam barulah Abu Nailah memulakan tipu daya dia. Kata Abu Nailah, "Tadi masa saya peluk abang, saya tercium bau yang cukup wangi kat tengkok abang."...Apa lagi, naik sheikh la si Kaab tu bila orang puji dia. Kan ka kita dok tengok, tok Arab bila berjumpa, depa nanti saling berpeluk sambil masing-masing kucup tengkok sahabat depa. Kita pun hari ini nampak banyak dah dok tiru stail tu. Lama tak jumpa, bila mai macam hari raya baru-baru ni, sekali jumpa, kita pun peluk sahabat kita tu. Sebab tu kalau nak bubuh minyak atar, orang tua-tua petua suruh bubuh kat bawah telinga, kat pergelangan tangan sebab area tu banyak urat saraf. Orang tua-tua kata, ini boleh menyemarakkan lagi bau wangi atar tu. Bawah ketiak, takyah bubuh la pasai sapa pun tak mau cium kat situ.

Okay balik pada cerita Kaab tadi; bila dia kena puji, dengan bangganya dia kata kat Abu Nailah, "Awat tak wanginya aku malam ni sebab malam ini aku tidoq dengan seorang pompuan simpanan aku yang paling wangi di semenanjung tanah Arab!"...Nampak tak dia punya exaggeration tu?...Lepas tu bila Abu Nailah tengok perangkap dia dah mengena, dia pun kata kat abang angkat dia tu, "Ooo!..kalau lagu tu, boleh dak aku cium sekali lagi?"...Kata Kaab, "Awat taklehnya, cium lah banyak kali pun takpa."...Abu Nailah pun bila dia cium sekali lagi, kali ni dia pegang kuat-kuat kepala si Kaab tu lalu time tu lah diarahnya Muhammad bin Maslamah, al-Haris bin Aus dan 2 orang lagi pakat tibai dengan pedang. Tapi dalam keadaan kelam kabut tu, dalam masing-masing dok katok, dok tikam si Kaab, tiba-tiba libasan pedang dari salah seorang sahabat secara tak sengaja terkena al-Haris bin Aus, mengakibatkan al-Haris bin Aus cedera parah. Walaupun al-Haris bin Aus cedera, tapi depa sempat bunuh dan memancung kepala Kaab al-Ashrof untuk bawa kepada Nabi s.a.w....Bila depa balik, dari jauh lagi bila depa nampak Nabi, squad pembunuh tadi pakat bertakbir ramai-ramai, "ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!"...Nabi s.a.w. pulak bila nampak depa bertakbir dari jauh, baginda pun menyahut takbir itu dengan "ALLAHUAKBAR!" kerana baginda tahu itulah tanda kejayaan membunuh Kaab al-Ashrof. Nampak tak tuan-tuan, sebab itu kita kata bahwa amalan bertakbir tu adalah amalan Nabi s.a.w.. Jadi, pasai apa ada orang melayu phobia sangat bila dengaq TAKBIR!?...Pasai apa nak phobia pulak sebab Nabi s.a.w. yang ajar kita, kalau kita berjaya buat satu benda, pakat takbirlah ramai-ramai...Okay bila depa sampai kat Nabi, baginda pun mengubati al-Haris bin Aus. Dengan mukjizat yang dimiliki oleh Nabi yang diizin Allah, kecederaan al-Haris bin Aus sembuh pada malam itu juga.

Kesimpulan dari cerita ini tuan-tuan, sebenarnya ia menjadi dalil kepada kita bahwa dalam kita berlembut semasa berdakwah, ada ketika dan ada tempatnya kita juga kena bertegas dan berkeras. Kerana dalam sunnah Nabi s.a.w., apabila 2 orang yahudi ini (Kaab al-Ashrof dan Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq) dibunuh, selepas itu, orang-orang yahudi tidak lagi berani menghina Allah SWT, menghina Rasulullah s.a.w. dan menghina Islam di depan orang-orang Islam. Pasai apa?...Pasai depa tahu, walaupun orang Islam itu lembut dalam berdakwah tapi sampai pada ketika-ketika tertentu, orang Islam akan melakukan kekerasan terhadap musuh-musuh Allah SWT...Tapi jangan ingat saya nak suruh tuan-tuan pi bunuh orang pulak. Ni pun nak kena peringat jugak ni. Tapi cerita macam ni, nak habag bahwa fatwa bunuh orang yang hina Nabi s.a.w. adalah sesuai dengan sunnah yang diajar oleh Nabi s.a.w.. Ini yang kita kena faham. Tapi kita kena ingat juga bahwa peristiwa seperti pengeboman di Bali, serangan di hotel dan di lapangan terbang di Mombasa, Kenya, semua itu adalah tidak sesuai dengan ajaran Islam. Pasai apa?...Sebab Nabi s.a.w. sendiri bila dia nak hantaq pasukan pembunuh untuk membunuh Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq, baginda pesan awai-awai, "Kamu pergi bunuh Abu Rafi` sahaja. Jangan sekali-kali kamu membunuh kanak-kanak dan perempuan yang tidak berdosa."...Sebab tu tuan-tuan jangan dok naik sheikh tak tentu pasal bila tengok setiap product Amerika, "Oooo! Kfc ni Amerika ni...jom kita bom!"...Jangan dok buat kerja macam ni tuan-tuan. Tak boleh, Nabi s.a.w. tak bagi sebab itu adalah tempat awam. Kita tak mahu orang yang tidak bersalah juga turut terbunuh. Orang yang patut dibunuh ialah orang yang disabitkan kesalahannya mengikut hukum syara`. Itu pun bukan kita punya kerja sebab hukum menghukum ni adalah kerja pemerintah. Inilah ajaran Islam yang dibawakan kepada kita oleh Nabi s.a.w.. ]

4) Seseorang yang mencuri harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya untuk menjaga harta atau barangan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan) kerana ia telah diberi kuasa oleh tuan punya harta atau barangan itu untuk menjaga harta atau barangan tadi selaku pemegang amanah. Dalam kes ini hakim hendaklah mengenakan hukuman ta`zir ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu yang termasuk dalam kategori kesalahan dalam kes pecah amanah.

[ Maknanya kes pecah amanah bukannya mencuri, sebab itu dia tak boleh dikenakan hudud walaupun perbuatan itu tetap haram. Jadi orang yang pecah amanah hanya akan dikenakan ta`zir sahaja bukannya hudud. ]

Wallahu ta`ala `alam.

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan