BAHAGIAN 1

Perkara 6 : Hukuman Qisas

1) Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH hukumannya di dalam Quran dan hadith yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di dalam mahkamah.

[ Persamaan diantara qisas dan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan; seperti kadar dan bentuknya yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa. Tapi kalau tidak dituntut, maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Manakala hudud, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan. Inilah perbezaan diantara qisas dan hudud.]

2) Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perkara 7 : Kesalahan yang dikenakan hukuman qisas.

1) Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

[ Kalau berlaku pembunuhan dengan niat yang sengaja, maka wajib dibalas dengan perbuatan yang sama. Maknanya, jika seseorang itu bunuh mangsanya dengan cara tembak, maka si pembunuh mesti ditembak balik. Kalau ada orang bunuh mangsa dengan cara katok dengan batu, maka katok balik dia dengan batu sebagaimana dia buat kat mangsa. Tapi bila ada kes-kes yang sukar untuk dibawa persamaannya, maka hendaklah kaedah pancung digunakan. Contohnya; katakanlah si pembunuh itu bunuh mangsanya dengan cara tumbuk. Kemudian bila mahkamah mendapati kalau pembunuhan dibalas dengan cara yang sama akan menyebabkan pesalah itu dihukum dengan lebih teruk ataupun kadar dia nak mati tu lebih lambat daripada si mangsa, maka dia hendaklah dipancung. Inilah cara Islam, yakni kalau kita rasa tak yakin kita boleh buat sama lagumana dia buat, maka kaedah pancung akan digunakan. Maknanya, dipermudahkan kematiannya. ]

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

[ Bila dia pi kerat tangan kawan tu, maka kita kena kerat tangan dia balik. ]

c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

[ Contohnya; bila ada orang ambik pisau pi toreh mangsanya kat perut, maka kita hendaklah menggunakan pisau yang bersaiz sama juga dan toreh balik kat perut orang tu. Supaya sebagaimana dia mencederakan mangsa, maka dia juga akan dicederakan dengan cara yang sama dan pada kadar kecederaan yang sama. ]

2) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman ALLAH SWT yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Suratul Baqarah : 178)

[ Dalam kes pembunuhan, hendaklah dilaksanakan hukuman qisas supaya terjamin keselamatan dan kehidupan daripada ALLAH SWT. Sepertimana dalam ayat berikutnya dalam Suratul Baqarah 2:179, dimana ALLAH sebut bahwa, "Dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan, wahai orang-orang yang berilmu pengetahuan dan yang berakal fikiran."....Maknanya, bila kita laksanakan hukuman qisas ini sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH SWT, maka ALLAH akan bagi jaminan kepada kita. Begitu jugalah dalam Suratul Ma`idah:38 yang bagitau hal mencuri, dimana firman ALLAH yang bermaksud, "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, hendaklah wajib dipotong tangan kedua-dua mereka. Sebagai balasan keatas apa yang mereka lakukan, yakni sebagai hukuman pencegah daripada ALLAH SWT."...Maknanya, bila kita laksanakan undang-undang ALLAH SWT ini, maka ALLAH SWT akan mempastikan bahwa Dia akan cegah benda ini daripada berleluasa dalam masyarakat umat Islam yang melaksanakan hukuman daripada ALLAH SWT. Tapi jikalau kita tidak melaksanakan undang-undang ALLAH SWT, maka ALLAH SWT tidak akan memberi jaminan kepada kita. Oleh kerana itulah, kira boleh tengok macamana masyarakat kita pada hari ini berlakunya kacau bilau dan sebagainya. Ini adalah kerana tidak mendapat jaminan daripada ALLAH SWT. Dalam hal ini, pihak berkuasa mesti serious dalam memahami perkara ini.

Sebagai contohnya, untuk menangani masalah khalwat umpamanya. Pihak pemerintah mestilah lebih aggresif lagi. Tuan-tuan nak tau dak berapa ramai pegawai pencegah maksiat yang dilantik (yang diberi elaun) oleh kerajaan negeri P.Pinang dalam negeri P.Pinang ini?....Seramai 7 orang sahaja tuan-tuan ooiii...P.Pinang dok ada 7 daerah, ini bermakna sorang pencegah maksiat untuk satu daerah. Apa depa ingat superman ka pencegah maksiat ni?...Boleh ka dengan sorang-sorang dia, pi tangkap pelacur, pi tangkap orang berzina, tangkap orang berkhalwat dan sebagainya. Dengan backup pun tak dak, silap-silap haribulan, dia nanti kena harya dengan gangster buta aja.

Awat jabatan agama tarak duit sangat ka nak bagi elaun kat orang lain yang nak tolong pegawai pencegah maksiat buat operasi?...Ustaz Jailani kata sebenarnya Jabatan Agama Islam banyak duit, tuan-tuan. Mau tak banyak, cuba tuan-tuan calculate tengok. Kalau satu couple ditangkap berkhalwat dan mengaku bersalah di hadapan mahkamah syariah, biasanya denda yang dikenakan ialah lebih kurang RM2000 seorang. Yang kata khalwat ni bukannya sorang punya kerja, dia mesti ada 2 orang yang buat kerja ni. Maknanya untuk 1 couple, denda yang dikenakan ialah RM2000 X 2 = RM4000. Jadi dengan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita la ni, agak-agak nak dapat 10 couple satu malam dalam satu daerah, senang ka susah?...Cukup punya senang, tuan-tuan. Tambah-tambah lagi kat Penang ni, dengan bermacam-macam nama pantai punya dok ada. Bukan setakat 10 couple, 100 couple pun boleh dapat wooo!...

Kita katalah boleh dapat 10 couple satu malam dalam satu daerah, ini bermakna 10 couple X RM4000 = RM40,000 satu malam JAIP boleh dapat. Ishhh! kalau lagu ni la, kaya raya P.Pinang ni, tuan-tuan. Silap-silap, lebih kaya daripada T`ganu. Jadi, dengan RM40,000 satu malam, awat tak boleh ka ambik RM1000 daripada RM40,000 tu, pi bagi elaun kat 4 orang lagi yang bersama-sama menjalankan operasi mencegah maksiat dengan pegawai yang dilantik itu?...Jadi, sorang mau boleh dapat RM250 satu malam. Kalau sebulan, berapa dah boleh dapat?...RM250 X 30 = RM7500 tuan-tuan oooii!...Tuuu dia aih!...Jawatan "pencegah maksiat" akan menjadi rebutan para graduan-graduan pula nanti. Tapi realitinya hari ini, dia tidak berlaku sepertimana yang kita bincang tadi.

Awat yang kerajaan negeri P.Pinang jadi begitu kedekut sangat?...Jawapannya senang saja. Bukannya masalah kerajaan negeri kedekut, tuan-tuan; tapi dia ada faktor lain yang menyebabkan bilangan pegawai pencegah maksiat itu dikurangkan. Ingat tak tuan-tuan dengan peristiwa JAIS pi cekup orang Islam minum arak kat Selangor yang heboh satu M`sia hari tu. Pasai apa jadi kecoh?...Walhal cukup bukti-buktinya, dengan gambaq-gambaqnya sekali ada. Tapi untuk menjaga kepentingan individu-individu tertentu, maka JAIS pula yang dipersalahkan. Beginilah juga yang berlaku di P.Pinang. Bila saja pencegah maksiat buat operasi di lounge-lounge/ bar-bar/ pub-pub, yang selalu kena tangkap ialah anak-anak orang-orang kenamaan, anak-anak Datuk, dan kadang-kadang VIP sendiri pun kena cekup jugak. Inilah yang menjadi satu sebab kenapa bilangan pegawai pencegah maksiat dikurangkan kepada sorang saja bagi satu daerah. Jadi, bila buat kerja sorang-sorang, maka pegawai tu pun jadi malas nak pi tangkap orang buat maksiat. Sebab itu, muslimin/muslimat sekelian; kesungguhan amat perlu untuk mencegah maksiat ni supaya keberkesanan itu ada. ]

3) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi. Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud,

"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang.Tapi bila sesiapa mengampuninya, maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Suratul Ma`idah : 45)

[ Ayat ini jelas. ALLAH SWT cerita kepada kita bahwa siapa-siapa yang tak buat undang-undang yang ALLAH SWT sebut tadi, maka orang itu adalah zalim. Tapi orang Melayu kita, istilah "zalim" ni bagi depa ialah bilamana pi katok orang/ pukoi orang/ bunuh orang dan sebagainya. Untuk depa kalau tak sembahyang, tak masuk dalam katogeri zalim lagi. Begitu jugalah kalau tak buat undang-undang ALLAH, kira belum lagi diistilahkan sebagai zalim. Inilah dia istilah zalim bagi Melayu kita. Tapi disisi ALLAH, perkataan "zalim" juga jatuh kepada orang yang tak sembahyang maupun yang tak buat undang-undang ALLAH. Tak perlu untuk kita tunggu dia pukoi/bunuh orang dulu, baru nak kata dia zalim. Oleh sebab itu, kalau kita tak buat undang-undang qisas ni pun, maka ALLAH SWT kata kita adalah orang-orang yang zalim. Zalim ni lawannya adil. Dan adil maknanya ialah meletakkan satu benda betul pada tempatnya. Maknanya kalau satu benda itu disalah letakkan, maka orang yang meletakkannya adalah orang yang zalim.

Sebagai contoh; ustaz bawa satu cerita yang berlaku di satu tempat dimana berlaku sedikit perselisihan faham ketika pembinaan masjid di kampung tersebut. Mereka pun melantik satu "adhoc committee" atau ahli jawatankuasa sementara bagi memantau pembinaan masjid itu. Bila masjid siap elok dah, tiba-tiba timbul isu tentang kubah. Lalu depa pun bincang nak bentuk kubah tu lagumana dan nak bubuh warna apa. Tang ni yang timbul sikit perselisihan. Yakni ada satu cadangan nak bubuh color kubah tu hijau dan ada satu cadangan lagi nak bubuh warna biru. Nak kata warna merah ka atau silver ka, kira tak dak. Cadangan yang ada hanyalah hijau dan biru sahaja. Dan kita pun sedia maklum bahwa hijau/biru ni dok bergaduh dari dulu lagi, tak habih-habih. Lalu pengerusi kata dia mau warna biru, tapi orang lain mau warna hijau. Jadi undi terpaksa dilakukan. Lalu keputusannya, semua AJK pilih warna hijau kecuali pengerusi sorang saja yang mau color biru. Jadi pengerusi pun tak puashati, lalu memprotes dengan mengatakan bahwa undian kena buat sekali lagi yakni pada hari Jumaat akan datang, sebab dia harap lebih ramai yang akan buang undi selepas solat Jumaat. Maka protesnya diterima dan mereka pun panggil satu mesyuarat selepas sembahyang Jumaat, tapi seperti biasalah masyarakat kita ni memang tak minat dengan mesyuarat-mesyuarat ni, jadi tak berapa ramailah juga yang hadir. Tapi undian tetap dijalankan. Maka berlakulah undian kali kedua dan keputusannya tetap berpihak kepada yang mau color hijau yakni dapat 63 undi, manakala warna biru hanya 3 orang sahaja. Jadi pengerusi kalah lagi buat kali kedua, tapi kali ini dia kata, "Takpalah, kalau mesyuarat mau warna hijau juga, saya terima."...Maka mesyuarat pun mengambil keputusan, kubah bubuh warna hijau. Kemudian masa hari kontraktor nak pasang kubah tu, pengerusi kata, "Stop! Stop! Saya nak pi tanya DO dulu."...Dia pun pi tanya DO pula sebab tak puashati lagi dengan color hijau ni. Bila dia jumpa DO, tiba-tiba DO kata, "Dah mesyuarat kata lagu tu, maka lebih baik ikut keputusan mesyuarat."...Lalu pengerusi pun akur dan kontraktor pun pasang kubah warna hijau. Tapi tak lama kemudian, turun DO bersama-sama dengan pengerusi bagitau kat AJK-AJK masjid bahwa YB kata buang kubah warna hijau tu dan gantikan dengan kubah warna biru. Segala kos, YB akan tanggung semua. Yang inilah point ustaz Jailani nak cerita daripada tadi tu. Ustaz kata cuba habaq mai, pasai apa dok suka sangat warna biru tu?...Mengikut sebahagian pendapat ulama, ada yang mengatakan bahwa bila kita pakai baju, hanya 3 warna sahaja yang membolehkan kita dapat pahala sunat. Yang pertamanya, warna putih sebab Nabi s.a.w. paling kerap pakai putih. Yang keduanya, ialah warna hijau sebab Nabi kerap juga pakai hijau. Dan yang ketiganya ialah hitam. Jadi, tak payahlah kita nak bergaduh pasai warna. Cuba tuan-tuan pi ronda belah Telok Air Tawar di Seberang Perai Utara. Kat sana ada satu masjid yang besar yang dinamakan Masjid Daerah Seberang Perai Utara. Ia pula dibinakan oleh kerajaan negeri P.Pinang. Tapi tuan-tuan tau tak dia color apa?..Dinding dia keseluruhannya dicat putih dan kubah-kubah yang besar-besar di atas semuanya dicat hijau. Tarak masalah apa pun. Siapa ketua menteri P.Pinang?...Koh Su Kun. Awat dia tak marah pun?...Dia tak kata, "Aku tak suka hijau ni, bawa turun semua kubah-kubah tu."...Ada dia kata lagu tu?...Timbalan ketua menteri pun tak kata apa pun. Tapi pasai apa kawan kita yakni pengerusi masjid yang kita cerita tadi ni, dok gaduh sangat pasai hijau/biru?...Pasai apa cuba habaq mai sat?...Arab Saudi (King Fahd), bendera dia pun color hijau apa. Tulisan "La ilaha illallah" color putih. Pedang yang kat bawah tulisan tu pun color putih. Ada ka King Fahd tu dia dari parti mana-mana?...Nasib baik dia tak bubuh bulan bulat sebijik kat tengah-tengah bendera hijau depa tu. King Fahd bubuh bendera dia color hijau tu ialah kerana warna hijau diterima sebagai warna rasmi bagi agama Islam. Yang tu saja...

Ok lah, kalau puak-puak karat ni suka sangat kat color biru tu, takpa. Cat pi lah satu masjid tu dengan color biru. Dinding biru, bumbung biru, kubah biru dan kemudian kat mimbar depan tu mau bubuh dacing sebijik. Hah! biaq depa puashati dan kusyuk sembahyang depa.

Nampak tak tuan-tuan macamana celarunya masyarakat kita hari ini. Kita jangan over sangat dengan benda-benda lagu ni, sebab ia boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat umat Islam. Bila kita cakap tentang masalah perpecahan umat Islam ni pula, dia ada 2 perkara. Iaitu yang diharuskan yakni yang disuruh oleh ALLAH dan yang dilarang oleh ALLAH SWT. Contoh yang dilarang ialah seperti contoh cerita tadi yakni yang tak patut kita bergaduh pasai color. Manakala yang patut kita bergaduh ialah bila orang berzina, kita kena marah dia. Begitu juga, kita kena marah dekat orang yang minum arak dan sebagainya. Inilah cara Islam.

Lalu ustaz Jailani pun bawa satu contoh yang patut kita marah pada orang macam ni. Ust Jailani cerita satu article yang ditulis dalam majalah keluaran Southern Bank Bhd., telah mengisahkan bagaimana seorang yang beragama Islam tapi dia rasa ada benda lain yang lebih hebat daripada Islam. Begitulah juga kepada sapa-sapa yang dok mengaji hukum-hukum agama dengan dok sebut ayat-ayat al-Quran dan sebagainya, tapi masih lagi dok rasa ada benda lain lagi yang hebat daripada Islam, atau rasa undang-undang sekular lebih hebat daripada undang-undang Islam, atau rasa hebat pemimpin-pemimpin sekular daripada pemimpin-pemimpin Islam, atau rasa hebat kepada pemimpin-pemimpin bersifat womaniser daripada pemimpin yang taat kepada ALLAH; maka kita nak bagitau kat orang macam ni, "Nie sheikh! Hang tak payah pi mengaji la senang. Tak dak guna hang mengaji kalau tak mampu menerima hidayah daripada ALLAH SWT."

Contohnya, seperti seorang yang bernama Ramli Ibrahim ni. Daripada apa yang ditulis dalam majalah keluaran Southern Bank Bhd itu, beliau adalah seorang penari tarian hindu klasik. Kalau kita tengok gambar dia dalam majalah tu, kita mungkin tak sangka dia seorang yang bernama Ramli Ibrahim yang beragama Islam. Kerana dalam gambar tu, dia pakai sebijik macam hindu. Dengan kain dia, dengan aksi dia menari, kemudian ada nandek pula kat dahi dia. Lepas tu apa dia kata apabila wartawan tanya dia, "Kenapa anda pilih untuk tumpukan perhatian kepada tarian klasik India?"...Dalam lain perkataan, "Hang orang melayu Islam, tapi pasai apa hang suka menari tarian hindu klasik?"...Lalu Ramli Ibrahim kata bahwa, "Saya rasa saya memerlukan kepada suatu displin yang ketat."

(Awat selama ni ugama Islam tak cukup ketat lagi ka?...Bukankah dalam sembahyang pun ada displin yang ketat?...Inilah jadinya kalau dah buta mata hati.)

Dia kata lagi, "Sebagai seorang penari, tarian hindu klasik ini telah memberi saya satu ketenangan dan membebaskan saya dari ketegangan masalah."

(Kita sebagai seorang Islam, nak release tension macamana tuan-tuan?...Orang-orang beriman kalau menghadapi masalah, tidak ada tempat lain dah lagi selain kepada ALLAH SWT lah sahaja tempat untuk meminta pertolongan. Kita minta pertolongan ALLAH dengan cara bersabar dan bersembahyang. Ambik wudhuk, berdiri di depan ALLAH, dirikan solat, lepas tu berdoa minta pertolongan daripada ALLAH. Barulah kita rasa tenang. Tapi kawan kita sorang ni lain pula. Dia rasa tenang bila dia bubuh potu kat dahi, kemudian menari lagu hindu.)

Kemudian dia kata lagi, "Saya juga tertarik kepada elemen kerohanian yang kuat yang ada dalam tarian hindu klasik."

(Masya`ALLAH, dia boleh pi suka dengan elemen kerohanian hindu. Awat elemen kerohanian dalam Islam tak cukup cantik ka?...Apa ra punya Ramli!...)

Lepas tu, dia kata lagi, "Tarian ni asalnya 3000 tahun yang lampau di bawah naungan pemerintah dan juga kuil-kuil hindu. Maka tarian dalam ajaran hindu, dilihat sebagai cara pengabdian atau bakti yang paling tinggi dan paling suci yang seseorang itu boleh persembahkan kepada tuhan-tuhan dan dewa-dewa."

(Astaghfirullah hal `azim. Sapa yang sebut ni tuan-tuan?...Orang Islam ka dia ni ataupun dia ni dah jadi hindu?...)

Salah kita ka kalau kita tegur nak perbetulkan balik aqidah saudara Ramli Ibrahim ni?...Kalau kita tegur melalui ruangan hiburan, mungkin ada orang yang simpati kepada saudara Ramli dan kita pula akan dikritik. Kerana memang masyarakat kita la ni lagu tu. Sampai tak tau dah nak nilai yang mana betoi dan yang mana salah. Kalau kita pi marah kat orang buat maksiat, tiba-tiba kita pula yang dimarahi oleh masyarakat. Macam tu punya dok ada la ni dalam masyarakat kita, tuan-tuan. Contohnya; kita semua dah tau kan apa yang jadi kat Bosnia Herzegovina. Pasai apa bala` ALLAH turun di Bosnia?...Mungkin salah satu sebabnya, kata ustaz, dia bagitau bahwa di Bosnia sebelum ni, orang berzina/ minum arak/ makan babi sewenang-wenangnya. Orang kafir buat benda tu, orang Islam pun buat benda yang sama. Orang-orang dari Chehnya/Albania pun sama. Ustaz kata bila dia bersama-sama dengan rakan-rakan di UIA pi sambut depa di airport, kemudian bila bawa pi di masjid, depa nganga tak tau nak buat apa. Mereka terpaksa diajar nak ambik wudhuk macamana. Jadi, tak payah tanya la benda-benda lain, sebab nak ambik wudhuk pun tak reti. Memang betoi, kita pun tak tau sebab apa ALLAH hukum depa. Tapi apa yang kita tau ialah sepertimana ALLAH cerita dalam Quran bahwa Dia hukum cara tiba-tiba apabila manusia diberi peluang berpoya-poya sehingga lupa kepada hukum/peringatanNya.

Di Indonesia hari ini pun kita lihat berlaku benda yang sama juga. Teruk tak teruknya masyarakat Indonesia, kita boleh tengok gelagat pendatang-pendatang yang berhijrah ke sini. Bila saya duduk di Lembah Klang di awal 90`an, Masya`ALLAH, kat Chow Kit tu depa saja. Masa tu tumbuhlah kelab-kelab dangdut bagaikan cendawan tumbuh di pagi hari. Jadi hasilnya, kita boleh tengok hari ini, di Indonesia umat Islam Ambon dan Maluku disembelih oleh orang-orang Kristian. Sebelum ini kalau tuan-tuan nak tau apa yang Presiden Suharto dah buat kat Indonesia?...Dia haramkan nama Islam kepada parti politik. Di Indonesia hari ini, kalau nak kempen dalam pilihanraya, tidak sekali-kali dibenarkan menggunakan isu agama. Jadi sekarang, kita boleh tengok macamana kemurkaan ALLAH SWT, menyebabkan orang Islam di Ambon/Maluku disembelih oleh orang-orang kapir.

Kita di M`sia hari ini pun, apa bezanya dengan masyarakat-masyarakat yang diceritakan tadi. Maknanya, kita pun tunggu masa saja. Kalau kita tak mau insaf lagi, nak marah lagi kat para ulama walaupun ulama tegur untuk kebaikan dengan bawa mai hujah Quran/hadith, tapi kita masih dok rasa ulama yang salah; maka tunggulah benda yang sama berlaku di Indonesia akan berlaku kepada kita. Mungkin ada kawan-kawan kita kata benda-benda lagu ni tak akan berlaku di M`sia kerana M`sia aman damai. Ya, memang di Bosnia pun dulu aman damai juga, malah depa pun tak mimpi akan berlaku benda ni ke atas mereka. Begitu juga Albania/Chehnya/Indonesia; adakah mereka juga mimpi benda ni akan berlaku ke atas mereka sebelum ini?...Depa pun sama, tak mimpi tuan-tuan.Tapi pada hakikatnya, memang benda ini telah pun berlaku ke atas mereka. Jadi, kita di M`sia la ni macamana tuan-tuan?...Mau tanya diri sendiri masing-masing, mau ka benda ni berlaku kat kita?...Jawapannya, terpulanglah kepada kita.

(Saudara/saudari dan muslimin/muslimat sekelian; ALLAH SWT sebut kepada kita macamana Nabi Muhammad s.a.w. rasa khuatir serta risau apabila Jibrail a.s. tidak datang bagi wahyu kepadanya. Jadi untuk mententeramkan kekasihNya, ALLAH bawa turun Surah Adh-Dhuhaa yang bermaksud,

"Demi waktu siang dan demi waktu malam apabila menjadi sunyi.ALLAH SWT tidak meninggalkan kamu wahai Muhammad. (Jibrail tak datang bagi wahyu kepada kamu tu bukan sebab ALLAH SWT meninggalkan kamu). Dan bukan sebab ALLAH SWT benci kamu."

...Ayat ini ALLAH sebenarnya nak bagitau kat Nabi s.a.w. yang Dia tak tinggal dan benci kat Nabi. Tetapi pasai apa di awal-awal ayat ini ALLAH guna "Demi waktu siang dan demi waktu malam apabila menjadi sunyi"?...Sebabnya ialah ALLAH SWT nak habaq kat kita bahwa dunia ni satu benda yang berpusing-pusing. La ni malam gelap gelita, tapi esok akan cerah kembali menjadi siang. Dan sekarang pula siang, tapi tak lama lagi akan menjadi malam. Jadi inilah makna dalam bentuk simbolik nak bagitau kat Nabi s.a.w. bahwa jangan dok ingat Jibrail a.s. akan sentiasa mai jumpa dengan Nabi. Akan tiba satu masa, Jibrail a.s. tidak akan bagi wahyu kepada Nabi s.a.w.. Begitulah juga dengan kita umat Nabi Muhammad s.a.w., inilah cara ALLAH SWT nak bagitau kat kita semua bahwa yang kita kena sentiasa beringat-ingat. Kalau kita ada bisnes perniagaan, inilah caranya ALLAH nak bagi peringatan. Bukan selama-lamanya perniagaan kita itu akan untung, tetapi akan tiba juga satu masa perniagaan kita akan rugi. Begitu juga dengan bala` ALLAH, ianya sudah pun berlaku kepada Bosnia, Chehnya dan Indonesia. Jadi, apakah tak mungkin ianya berlaku kepada kita, kalau kita masih biarkan kemungkaran demi kemungkaran berleluasa?...Mungkin berlaku tuan-tuan. Sebab dalam negara kita sekarang ni pun gejala sosial sudah berada dalam keadaan kritikal. Contohnya, kelmarin bila saya saja bawa anak ronda keliling kampung naik motor, tiba-tiba mai satu persoalan dalam kepala hotak, "Ish! aku ni dok ada dalam kampung cina ka?...Bukan kata budak belum baligh saja pakai seluaq pendek, tapi bapak budak pun banyak yang selamba saja pakai seluaq sekerat lutut. Kadang-kadang terjerembab dengan orang tua yang umur pun dah sampai tahap subsidi pun dok boh seluaq pendek lagi. Ish! punya la hodoh lagumana apek lanca aja."...Memang betoi la apa yang ustaz-ustaz dok bagitau. Iaitu la ni tak dak beza dah antara orang Melayu yang mengaku saja Islam dengan orang bukan Islam. )

Lagi satu benda yang Suharto buat kat Indonesia ialah sepertimana ura-ura nak buat dalam negara kita sedikit masa lalu. Iaitu ada ura-ura nakkan cadangan menghapuskan Islam sebagai nama parti politik dan cadangan untuk mengharamkan guna isu agama dalam kempen pilihanraya. Indonesia sudah pun dilaksanakan dan ALLAH juga dah tunjukkan kepada kita macamana Dia hukum rakyat Indonesia.

Jadi saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; kalau ada hujah-hujah kali ini yang menyinggung perasaan, maka tuan-tuan kena ingat, itulah cara ketukan kepada pintu hidayah. Tapi kalau tuan-tuan marah kepada orang yang ingin menyedarkan masyarakat, ingatlah kalau suatu hari nanti (minta dilindungi ALLAH) berlaku benda yang sama kepada M`sia sebagaimana yang berlaku di Maluku/Ambon/Bosnia/Chehnya, maka ingatlah itu adalah berpunca daripada sikap tuan-tuan sendiri yang tidak suka kepada orang yang menegur kesilapan dan kesalahan yang tuan-tuan lakukan.

Apa yang baik, semuanya datang daripada ALLAH SWT. Salah/silap datangnya daripada kesilapan/kesalahan diri saya sendiri. Semoga ALLAH SWT memberikan taufik/hidayahNya kepada kita semua. ]

...bersambung...


Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan