Mastika Hadith - Muqaddimah

Mastika Hadith - Muqaddimah

Bab 1 : Sebenar-benar Perkataan dan Sebaik-baik Jalan Pimpinan.

Hadith 2.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya : Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata : "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka?"…Setelah itu aku pun berhenti dari menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda : "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar." (Riwayat Abu Dawud)

Muslimin muslimat rahimakulmullah. Hadith yang kedua yang kita baca pada kali ini diambil daripada Abdullah bin Umar atau lebih dikenali dengan nama Ibn Umar r.a.. Dimana Abdullah bin Umar ini adalah merupakan anak kepada Saiyyidina Umar Ibnul Khattab r.a.. Yang mana perangainya sebijik macam bapanya, yakni bersikap tegas terhadap hukum dan perintah ALLAH SWT. Sebab itu al-Qardhawi di dalam kitabnya "Fekah al-Aulawiyah" menjelaskan bahwa, itulah dia diantara suatu kaedah yang mesti digunakan dalam menyampaikan Islam, iaitulah kaedah yang disebut dengan "syaddaid" Ibn Umar dan "ruhas" Ibn Abbas r.a.. Yang dimaksudkan dengan "syaddaid" Ibn Umar, iaitulah bersikap tegas sepertimana Abdullah bin Umar, dan mengambil sikap "ruhas" Ibn Abbas yakni sikap berlemah-lembut seperti Abdullah bin Abbas r.a.. Maka kata al-Qardhawi bahwa "syaddaid" dan "ruhas" ini hendaklah digabungkan di dalam menyampaikan risalah ALLAH SWT.

Selain sikap tegasnya Ibn Umar ini, dia juga adalah seorang manusia yang suka meniru akan perangai Nabi s.a.w.. Sehinggakan dalam satu riwayat menyebut bahwa apabila dia tengok Nabi qadho hajat di suatu tempat, dia pun pergi qadho hajatnya juga di tempat yang sama. Sampai macam tu sekali dia ikut Nabi. Begitu juga dalam satu riwayat lain yang menceritakan pernah unta Rasulullah s.a.w. berpusing sebanyak 3x di satu kawasan pokok, kemudian Ibn Umar pun bawa untanya dan dia pun turut berpusing 3x di tempat yang mana unta Rasulullah berpusing tadi...Entahkan unta Nabi tu sakit perut, tak tahulah kita?...Tapi nak ceritanya ialah segala perangai Nabi, dia nak tiru.

Ibn Umar menjelaskan di dalam hadith ini bahwa diantara kerjanya ialah menulis akan hadith-hadith Nabi s.a.w. dengan tujuan untuk dihafalnya. Maknanya, dia adalah seorang sahabah yang pandai menulis. Dan memang pun ramai diantara sahabat-sahabat yang pandai menulis dan membaca, tapi tidak semua. Diantara yang pandai menulis ialah sahabat seperti Zaid bin Sabit, yang menjadi juru tulis wahyu kepada Nabi s.a.w.. Begitu juga dengan Muawiyah bin Abu Sufyan, Saiyyidina Ali karamallahu wajhah dan termasuk juga Ibn Umar. Mereka adalah orang yang pandai menulis dan pandai membaca. Tapi ramai juga sahabat-sahabat yang tak berapa pandai membaca dan menulis. Sebab itu di dalam peperangan Badar, ketika Nabi s.a.w. dapat menawan 70 orang Quraisy, maka Nabi menebus mereka dengan mengarah mereka tinggal di Madinah selama beberapa tahun untuk mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis. Bila anak-anak orang Islam dah pandai, maka terpulanglah kepada mereka untuk memilih masuk Islam dan menetap di Madinah pun boleh, ataupun balik semula ke Mekah dalam kekafiran pun boleh; Nabi tak paksa.

Kata Ibn Umar r.a., "Aku sering menulis apa yang aku dengar daripada Nabi s.a.w.. Tiba-tiba satu hari aku dimarahi oleh pemimpin-pemimpin Quraisy yang lain dengan alasan, kata mereka : Adakah perlu kamu menulis sedangkan Nabi s.a.w. adalah seorang lelaki yang bercakap waktu dia marah, dan bercakap waktu dia sedang suka dan redha."...Apakah maksud pemimpin-pemimpin Quraisy menegur Ibn Umar begitu?..Maksudnya ialah mereka bimbang sewaktu Nabi sedang marah, takut-takut baginda akan mengeluarkan percakapan yang tidak betul. Lalu bila dicatit oleh Ibn Umar, maka ia akan menjadi hadith. Ini hanyalah pandangan daripada pemimpin-pemimpin Quraisy itu tadi.

Kemudian kata Ibn Umar, "Aku pun berhenti menulis dan pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk mengadu hal ini kepadanya."...Setelah Nabi mendengar pengaduan daripada Ibn Umar itu, maka Nabi s.a.w. pun berkata, "Tulislah! Demi jiwaku dalam kekuasaanNya. Tidak daripadaku melainkan yang benar."...Apakah yang Nabi s.a.w. nak ajar kita tentang hadith ini?...Inilah dia kebenaran Rasulullah s.a.w.. Maknanya, samada Nabi bercakap dalam keadaan marah sekalipun, ia tetap adalah haq kebenaran yang mesti dipatuhi oleh ummat. Inilah dia maksud keseluruhan hadith ini. Walaupun baginda sedang marah tentang sesuatu perkara, maka perkara itu adalah haq, yang akan menjadi hukum kepada ummat Islam sehinggalah ke hari qiamat.

Teguran yang dilakukan oleh sahabat-sahabat (pemimpin-pemimpin Quraisy) yang lain itu, bukanlah bermaksud nak komplen. Tapi inilah yang dikatakan mengambil sikap berhati-hati dan khuatir sebab Nabi s.a.w. pun manusia biasa juga. Mereka beranggapan begitu sebab mereka tahu Nabi pun ada perasaan marah dan Nabi pun ada perasaan suka duka. Lalu sahabat-sahabat lain mengambil kaedah berhati-hati bimbang berkemungkinan semasa marah, Nabi cakap lain. Tiba-tiba anggapan mereka itu disanggah oleh Rasulullah, kata Nabi s.a.w., "Aku marah ka, aku suka ka, semua adalah haq yang mesti dipatuhi oleh ummatku."...Sebab itu, baginda tunjuk mulut dia kepada Ibn Umar serta berkata, "Apa yang keluar daripada ku adalah haq yang benar."...Inilah dia Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Sebab itu, ALLAH SWT menempelak golongan-golongan yang memilih selain daripada Islam sebagai cara hidup mereka sepertimana dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan barang siapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya, nescaya akan ditolak daripadaNya."...Dia berekonomi bukan cara Islam, maka ditolak oleh ALLAH walaupun dia mengemukakan hujjah bahwa inilah teori yang terbaik yang boleh menyelamatkan masyarakat kononnya. Kemudian dia berpolitik pula dengan terkeluar daripada landasan Islam walaupun dia berhujjah bahwa inilah politik yang baik, yang boleh mengamankan masyarakat, yang boleh menyatu-padukan kaum Melayu, Cina dan India, dia keluarkan macam-macam teori; tetapi bila lari saja daripada Islam, maka tidak guna untuk diimplementkan sebab akan ditolak oleh ALLAH SWT, dan puak-puak ini akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang rugi di akhirat kelak. (Minta dilindungi ALLAH SWT).

Sebab itu, perkara ini mesti difahami, yakni apa saja yang Nabi s.a.w. sampaikan itu adalah "Islam". Sepertimana yang disebut oleh Dr Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya "Penentangan Sekularisma dan Islam, Sekular Pasti Tersungkur", yang mana disebutnya ada 4 ciri Islam.

  • 1) Suci bersih tanpa sebarang kesilapan.
  • Kata al-Qardhawi bahwa itulah Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.. Yang mana baginda dilahirkan oleh ALLAH SWT di tengah-tengah kekerasan dan keterikan padang pasir, di tengah-tengah timbunan batu-batu yang cukup panas dan di tengah-tengah masyarakat Arab Quraisy yang hati mereka seumpama serigala lapar yang membaham mangsa mereka. Itulah dia ALLAH SWT melahirkan Muhammad bin Abdullah untuk membawa ajaran yang disebut oleh al-Qardhawi bahwa yang pertama itu ialah Islam itu suci bersih tanpa sebarang kesilapan. Inilah yang ALLAH isytiharkan dalam ayat 115 dari Suratul An`aam yang bermaksud, "Dan telah tamatlah kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan. Tiadalah yang mengubah kalimatNya;…"...Dengan turunnya ayat ini, bermakna Islam ini sudah lengkap. Tak perlu lagi untuk kita mengubah-ubah akan ayat-ayatNya. Kalau dalam Islam itu sendiri ada siasahnya yakni cara pemerintahan (politik Islam), maka mana mungkin perkataan Islam boleh dibuang daripada sistem berpolitik. Teramat-amatlah bahayanya jika Islam dipisahkan dari politik. Apa sebab kita kata macam tu?...Ini adalah kerana kita bimbang bila Islam diasingkan daripada sistem politik, ini akan membuatkan masyarakat dah tak nampak lagi Islam dalam politik. Yang akhirnya, masyarakat akan beriktikad bahwa dalam Islam takdak politik dan takdak sistem pemerintahan...Nauzubillahiminzalik. Keadaan seperti inilah yang pernah disebut oleh as-Sheikh Mustafa Sobri (bekas qadi kerajaan Ottomaniah Turki), yang mana beliau pernah berkata bahwa diantara jalan paling cepat untuk membuat rakyat menjadi murtad ialah bila masyarakat beriktikad bahwa Islam dan pemerintahan adalah 2 perkara yang berasingan. Tak payah susah-susah pi sembah patung berhala, dengan hanya beriktikad bahwa dalam Islam tidak ada soal pemerintahan, sudah cukup untuk di cancel syahadah kita (minta dilindungi ALLAH SWT). Bila masyarakat sudah familiar dengan keadaan sedemikian (sekular); maka apa perlu Nabi s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah?...Apa perlu Surah-surah Madaniyyah diturunkan?...Apa perlu ayat-ayat 33, 34, 38 dan 45 dalam Surah al-Ma`idah?...Apa perlu ayat-ayat 2 dan 4 dalam Surah an-Nur?...Apa perlu Suratul An`aam yang diturunkan di Madinah setelah wujudnya politik Islam?...Semua ayat-ayat ni kita kena faham betul-betul sebab apa ALLAH SWT turunkan. Bukan hanya sekadar baca saja sampai apa pun tak tau. Sebab itulah, kita beri peringatan dan amaran kepada puak-puak sekular ni, "Hangpa dah la sesat, jangan cuba nak menyesatkan orang lain sama."

  • 2) Lurus tanpa sebarang penyelewengan.
  • Dalam suatu hadith yang boleh kita jumpa dalam kitab Mastika Hadith jilid 1, yang mana sesudah Nabi s.a.w. menguburkan jenazah seorang sahabat Ansar di perkuburan Baqi` di al-Madinatul Munawwarah, lalu baginda mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan lurus di atas tanah sambil berkata, "Ini jalan ALLAH."…Kemudian Nabi s.a.w. buat beberapa garisan di kiri dan kanan daripada garisan lurus itu sambil Nabi kata lagi, "Janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain daripada Islam, nescaya berpecah-belah kamu daripada ugama ALLAH."...Apa yang Nabi s.a.w. nak ajar kepada kita dalam hadith tersebut, iaitulah inilah dia Islam yang dibawanya sudah cukup lurus. Tak payahlah kita ikut ajaran yang lain daripada Islam, samada ekonomi, politik, cara hidup dan sebagainya, yang mana boleh menyebabkan kita terus berpecah-belah dan akhirnya membawa kehancuran.

  • 3) Sempurna tanpa sebarang penjuzukkan.
  • Islam itu sudah pun lengkap. Jangan pula kita menjuzuk-juzukkannya dengan membuang ayat-ayat al-Quran yang nampak boleh merugikan kita. Yang hanya kita ambil ialah ayat-ayat yang boleh untung saja, seperti zakat umpamanya. Lalu kita pun kempen besar-besaran tentang pembayaran zakat melalui media cetak, media elektronik, papan tanda dan bermacam-macam lagi. Bukanlah kita nak nafikan zakat yang ALLAH SWT sebut dalam ayat 34 dari Surah at-Taubah itu. Tapi takkan ambik yang "masuk" saja. Pasai apa ayat yang terang-terang sebut mengenai kerat tangan tak dikempen pula?...Ayat yang haram riba, awat tak kempen dalam tv?...Hukum hudud, mengapa tak jadi tajuk dalam Forum Perdana?...Mengapa mesti dijuzuk-juzukkan Islam?...Inilah masalahnya. Sampai bila rakyat nak faham Islam kalau beginilah keadaan negara kita?...Sapa-sapa yang pi masjid tu, Insya`ALLAH, sikit-sikit bolehlah faham. Tapi macamana yang dok melepak kat kedai kopi tengok WWF tu?...Depa nak faham apa?!

    Sebab itu, kata Dr Yusof al-Qardhawi bahwa Islam itu sempurna tanpa sebarang menjuzukkan. Yakni mesti diambil kesemuanya sepertimana firman ALLAH dalam Suratul Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam ini seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata."...Asbabul Nuzul ayat ini adalah berhubung dengan 7 orang yahudi yang telah memeluk Islam di Madinah, yang mana mereka diketuai oleh Abdullah bin Salam r.a. datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. di Masjidil Nabawi. Kata mereka, "Ya Rasulullah, kami ini orang-orang yahudi Madinah yang telah memeluk Islam. Kami baca quran, kami sembahyang Jumaat, dan kami puasa bulan Ramadan; cumanya kalau boleh izinkan kami buat 2 perkara wahai Rasulullah. Yang pertama ialah izinkanlah kami orang-orang yahudi di Madinah yang telah memeluk Islam ini merayakan hari Sabtu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang lain sebab hari Sabtu itu adalah hari kebesaran bagi orang-orang Yahudi. Dan yang keduanya ialah kami nak baca kitab Taurah sebab Taurah ni juga daripada ALLAH SWT, apa salahnya kami membacanya?"...Bila mendengar begitu, Nabi s.a.w. pun diam. Sebab baginda tidak akan menjawab kecuali wahyu daripada ALLAH SWT. Lalu apabila Abdullah bin Salam bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya melihat Rasulullah mendiamkan diri, maka tahulah mereka bahwa Nabi sedang menanti jawapan daripada ALLAH SWT. Kemudiannya tiba-tiba Nabi s.a.w. berpeluh. Bila Nabi berpeluh, maka sahabat-sahabat pun tahu yang wahyu sedang dibacakan kepada Nabi. Begitulah beratnya Nabi s.a.w. menerima wahyu. Sehinggakan kata `Urwah bin Mas`ud r.a., "Sekiranya wahyu turun ketika Nabi sedang menaiki unta, nescaya unta Nabi itu jatuh dan tidak dapat berjalan lagi."...Begitulah beratnya wahyu itu sehinggakan unta jadi lembik. Manakala kata Saidatina Aishah r.a. pula, "Kalaulah wahyu turun pada musim dingin di Madinah, Nabi s.a.w. akan tetap berpeluh."...Tuu dia tuan-tuan yang kata Nabi terima wahyu tu.

    Lalu bila sahabat melihat Nabi s.a.w. berpeluh, mereka pun diam. Kemudian Nabi s.a.w. mengangkat kepalanya terus memberi jawapan dengan ayat tadi. ALLAH SWT menurunkan ayat itu untuk menegur Abdullah bin Salam dan 6 orang Yahudi yang telah memeluk Islam itu bahwa, "Jangan mengada-ngada. Kamu dah jadi orang Islam, kamu dah mengucap 2 kalimah syahadah; jangan terhegeh-hegeh nak merayakan hari Sabtu pula. Jangan terhegeh-hegeh nak baca kitab Taurah lagi. Kamu mestilah masuk Islam keseluruhannya."...Bila kata ayat ini turun untuk menegur 7 orang yahudi itu, bukan bermakna kita pada zaman sekarang ni tak kena; malah hukumnya berjalan sehingga ke hari ini kepada semua orang Islam yang ada perasaan seperti 7 orang yahudi tu...Bukan bermakna kita boleh pi rasmi sambut tahun baru Hijrah dengan berdoa kepada ALLAH SWT, kemudian boleh juga pi rasmi sambut Tahun Baru Alaf Baru dengan anak-anak muda yang pegang botol-botol arak. Bila ditanya oleh ahli-ahli Pas di dalam Parlimen, "Mengapa sanggup buat macam ni?"...Tuan-tuan tau ka apa jawab puak-puak gurkha ni kepada ahli-ahli Parlimen kita?...Jawab depa, "Nothing wrong with that."...Inilah jawapan "stupid bin idiot" dari golongan-golongan yang apa yellow pun tak tau. Bila kawan-kawan kita tanya lagi, "Pasai apa sampai ke tahap begitu, sehingga sambut tahun baru dengan dibanjiri oleh arak?"...Depa jawab, "Tarak apa-apa aih. Don’t worry, small matter saja."...Astaghfirullah hal `azim, inilah dia apabila Islam diketepikan dan dijuzuk-juzukkan. Baca doa masa sambut Hijrah pun boleh, kemudian menari melalak minum arak sambut happy new year pun boleh.

    Sebab itu, ALLAH SWT pesan kepada kita bahwa apabila jadi orang Islam, maka kita kena ambil Islam kesemuanya. Inilah yang ditegur oleh ALLAH kepada Abdullah bin Salam melalui lidah Rasulullah s.a.w., maka fahamlah 7 orang yahudi Islam ini. Maknanya mereka tidak boleh lagi membaca kitab taurah dan merayakan hari Sabtu. Bahkan mereka mesti terus berjuang di dalam ugama ALLAH dengan mengambil Islam keseluruhannya.

  • 4) Tulus tanpa sebarang kesyirikkan.
  • Cuba tuan-tuan tengok apa ALLAH tanya kat kita dalam ayat 40 Surah Faatir, "Adakah kamu mempunyai sekutu-sekutu yakni tuhan-tuhan yang lain daripada ALLAH?…Dimana tuhan-tuhan ini tolong pula mensyariatkan untuk kamu benda yang tidak diizinkan oleh ALLAH SWT?"...Apa kita nak jawab depan Dia nanti tuan-tuan kalau di dunia ni kita syirik kat Dia?...Nauzubillah.

    Inilah 4 ciri yang Dr Yusof al-Qardhawi maksudkan sebagai ugama Islam itu. Iaitulah yang amat bersih, yang amat suci, yang tulus, yang sempurna dan yang tidak ada penjuzukkan di dalamnya. Namun begitu, apabila ada manusia yang tidak percaya dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. bahwa, "Tiada yang keluarkan dari mulutku melainkan yang haq", maka mulalah manusia seperti ini mencari formula-formula lain dari ugama Islam. Maka teraba-rabalah mereka, lalu datanglah ajaran yang dinamakan sebagai "sekularisma". Kemudian dibawa fahaman ini oleh penjajah ke tanah Melayu atas nama rempah ratus dan kain batik. Pada tahun 1509, Lopez de Sequira pun masuk survey tanah Melayu dan didapatinya bahwa orang-orang Melayu sangat suka akan benda free. Akhirnya pada tahun 1511, dengan plan yang dirangkakan setelah dibuat surveying nya itu, mereka pun masuk atas nama rempah ratus dan kain batik, maka habis hancur Melaka yang ketika itu melaksanakan undang-undang Islam. Kemudian untuk mengukuhkan lagi fahaman sekular ini di tanah Melayu, maka pada tahun 1826 ditubuhkan negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau Pinang. Dari sinilah mereka menularkan fahaman ini keseluruh tanah Melayu sehingga sampai ke tarikh 20 Januari 1874 di atas sebuah meja bulat di sebuah pulau yang namanya Pulau Pangkor, maka bermulalah penjajahan British dan campurtangan sekular yang pertama sekali di tanah Melayu. Sehingga habis hancur keseluruhan tanah Melayu ini dengan fahaman sekular, dan negeri yang terakhir menerima campurtangan Inggeris ialah Terengganu Darul Iman pada tahun 1928. Itulah dia negeri dan pengkalan terakhir negeri Islam yang wujud pada waktu itu dengan buktinya pada "Batu Bersurat" di Terengganu yang dijumpai di Sg. Tersat di hulu Kuala Terengganu pada 20 Februari 1202, yang mana di atasnya dituliskan undang-undang qisas dan hudud iaitulah merejam dan menyebat orang yang sudah berzina.

    Jadi, apabila manusia tidak lagi mahu kepada Islam, maka sekularisma dapat menular dengan begitu cepat sehinggalah ke hari ini, lalu mengakibatkan kehancuran ummah yang amat dahsyat. Berbagai-bagai definasi telah kita dengar dari para ulama` berhubung dengan "sekularisma" ini. Kalau kita rujuk kamus Oxford pun, kita akan dapati bahwa penafsiran perkataan "sekular" itu ialah bermaksud ugama bukanlah menjadi asas kepada akhlak dan pendidikan...Itu dia yang dikatakan ‘sekular" tu. Jadi sekarang faham tak tuan-tuan apa itu sekular"?...Kalau tak faham juga, takdak perkataan lain dah yang nak bagi kat hangpa selain daripada "al-Ghaplahtul Kubra" betoi la hangpa ni.

    Tuan-tuan pun dah tau kan bahwa dalam satu "Momerandum of understanding" (MOU) iaitu dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani pada tahun lalu, maka wujudlah E-Village (Entertainment Village) ataupun perkampungan hiburan di Sepang. Dengan keluasannya menjangkaui 300 ekar tanah, maka di situlah nanti akan dilonggokkan industri-industri filem. Lalu dinamakan perkampungan ini sebagai "Perkampungan Pintar"....PiiiiRahhhh!!! Pintar apa?...Kalau pi longgok segala bollywood, segala hollywood, segala Melayuwood; boleh lingkup habih aqidah pemuda pemudi kita. Tara dok ada dalam tv la ni pun kira dah tolonji tinggai sembahyang habih dah, inikan pula nak dibuat E-Village..."Ya ALLAH, ampunilah diriku yang hina ini, jauhkanlah bala` dan azabmu ya ALLAH."

    Inilah akibatnya apabila sistem sekular telah menjadi sebati dalam darah daging orang-orang Melayu sekarang. Sekular telah berjaya menjuzuk-juzukkan Islam. Sistem pendidikan dalam negara kita sekarang ini sudah tidak ada kena mengena lagi dengan Islam. Sehingga lukisan pun boleh menjadi matapelajaran pilihan bersama-sama dengan Pengetahuan ugama Islam. Yang ni masa saya mengaji tahun 80an dulu la. Sekarang tak tau lah macamana pula. Masa SRP dulu, ramai yang ambil lukisan kalau nak compare dengan matapelajaran ugama. Sebab lukisan ni senang, hangpa conteng pi lah apa pun atas kertas tu, sure dapat markah punya. Hang conteng gambaq beruk pun dapat markah juga. Jangan hantar kertas kosong, sudah. Pi ambik kertas, kemudian conteng-conteng sikit, lukis awan sikit, kemudian lukis muka si toghut sikit, lepas tu hantar. Bila examiner tanya, "What is this?"...Kita boleh bagitau, "This is an abstract."...Jadi, bukan teruk mana lukisan ni. Kalau kita pilih ugama, kenalah hafal hadith, kenalah hafal Quran. Sebenarnya bukan banyak mana pun yang kena hafal seperti beberapa ayat sahaja dalam Surah al-Fiil ataupun habih kuat Surah al-Humazah. Tapi itu pun ramai yang tak mau hafal. Tuan-tuan boleh imagine dak macamana ugama boleh jadi matapelajaran pilihan bersama dengan lukisan?...Sebab itu, kita tak hairan dah sekarang ni budak-budak sekolah sudak tidak berakhlak lagi. Sehinggakan ada yang sanggup bakar sekolah, pukul cikgu, gangsterism dan bermacam-macam lagi. Sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan perlu bermuhasabah tentang perkara sebegini, sebab apa budak itu sanggup bakar sekolah yang dibina daripada duit cukai emak bapa dia sendiri?...Di sini kita kena faham bahwa duit yang digunakan untuk membina sekolah adalah duit rakyat, bukannya duit kerajaan. Bila Kementerian Pendidikan buat permohonan nak buat sekolah, kabinet atau kerajaan hanya meluluskan perlaksanaannya, tapi segala kos pembinaan adalah daripada duit rakyat yang dikutip dari hasil cukai. Yang kata duit cukai ni; bukan kata yang bekerja saja kena cukai, malah yang tak bekerja atau yang berniaga pun kena bayar cukai juga. Bukan kena tunggu isi borang B/BE/D/C atau macam-macam borang, baru kena bayar cukai. Bukan lagu tu. Dengan kita isi minyak petrol kat motor singgit sahaja, maka 45 sen sudah dikenakan cukai. Belilah apa saja di kedai, semuanya telah dikenakan cukai. Lebih-lebih lagi yang mentahkedarah rokok tu, lagilah banyak kena bayar cukai. Kalau tak mau bayar cukai, kenalah pi ke Langkawi sebab dia pulau bebas cukai. Segala duit-duit cukai daripada bapa dia, daripada emak dia, daripada kakak dia, daripada abang dia, semuanya ini untuk dibuat sekolah bagi dia belajar; tapi tiba-tiba dia boleh pi bakar sekolah tu. Tuan-tuan boleh imagine dak akhlak budak lagu ni macamana?...Perkara sebegini hendaklah pihak Kementerian Pendidikan memikirkannya secara serious. Nabi s.a.w. kata apabila mai masalah macam ni?...Kita sebagai orang Islam, bila ada saja masalah, kita kena balik kepada al-Quran dan hadith Nabi s.a.w.. Jadi, kita kena refer balik kepada kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mendidik anak-anak muda. Nabi kata bahwa ada 3 pendekatan yang sepatutnya tidak diketepikan khususnya oleh Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah para pelajar.

  • a) Yang pertamanya ialah ajar mereka mencintai Nabi mereka.
  • Dikenalkan Muhammad s.a.w. kepada mereka. Siapakah Nabi Muhammad s.a.w.?...Bagaimanakah perjuangannya?...Cuba tuan-tuan ambik buku Pengetahuan agama Islam anak-anak tuan-tuan dan tengok apa yang ada di dalamnya mengenai Nabi Muhammad s.a.w.. Paling tidak yang ada hanyalah Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh ALLAH, Nabi Muhammad gembala kambing, Nabi Muhammad berkahwin dengan Khadijah pada umurnya 25 tahun dan akhirnya baginda wafat dalam umurnya 63 tahun. Habis, setakat itulah sahaja cerita tentang Rasulullah s.a.w.. Agak-agak tuan-tuan, boleh tak anak-anak kita jatuh cinta kat Nabi depa kalau lagu tu punya subject?...Sedangkan Nabi s.a.w. pesan bahwa kita kena ajar anak-anak kita, anak-anak buah kita, dan anak-anak murid kita supaya cintakan Nabi s.a.w. dulu. Jadi, kalau nak bagi mereka jatuh cinta kat Nabi, maka kenalah imbau akan sejarah perjuangannya. Betapa susah payah pahit getir yang dihadapinya ketika menjalankan misi dakwah dan peperangan demi peperangan. Baginda pernah patah gigi geraham serta pecah pipi kerana tertusuk baju besinya akibat panahan pihak musuh dalam peperangan Uhud. Baginda juga pernah jatuh dalam lubang yang digali daripada cetusan idea Abu Amir ar-Rahib laknatullah dalam Perang Uhud sehinggakan cedera kedua-dua lututnya. Cerita macam inilah yang perlu diberitahu dan ditulis dalam buku-buku sekolah. Bukannya hanya dicerita yang Nabi s.a.w. itu sebagai gembala kambing sahaja. Itu semua benda kecil. Kita kenalah tahu akan priority dimana awla nya yang nak ditekankan dalam pendidikan Islam anak-anak kita. Barulah mereka ada semangat kecintaan pada Nabi, "Ooooo, begini teruknya Nabi membawa Islam kepada aku rupanya?...Sedangkan aku ambil mudah dan sambil lewa saja terhadap Islam."...Bila dah datang kesedaran, barulah datangnya perasaan ingin berjuang mempertahankan Islam. Inilah sebabnya kita nak bagitau kat Kementerian Pendidikan bahwa depa kena bermuhasabah dengan membanyakkan program keagamaan di sekolah dalam bentuk menyayangi Rasulullah s.a.w. umpamanya. Berapa banyak sekolah-sekolah di M`sia yang mengadakan program menyambut Maulidur Rasul tiap-tiap tahun?...Ada sekolah yang langsung tak pernah buat pun ada. Ini mengambarkan kepada kita yang budak-budak sekarang seolah-olah tak kenal pun siapa itu Nabi Muhammad s.a.w.. Sepatutnya, mereka ini dididik supaya mencintai Rasulullah s.a.w., seperti tubuh team Marhaban umpamanya untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada Nabi s.a.w.

  • b) Yang keduanya ialah mengajar anak-anak murid mencintai ahlil-bait (ahli keluarga Rasulullah s.a.w. termasuklah para sahabatnya.)
  • Inilah sistem pendidikan Islam. Setelah diajar kenal Rasulullah dan cintakan perjuangan Nabi s.a.w., maka seterusnya Nabi kata, "Yang keduanya aku minta kamu didik mereka supaya sayang dan kasih kepada ahli keluarga aku, dan termasuk juga sahabat."...Kenalkanlah kepada mereka siapa itu Saiyyidina Hamzah Bin Abdul Mutalib?...Kenalkan kepada mereka siapa itu Saiyyidina Ali karamallahu wajhah?...Kalau perempuannya, kenalkan kepada mereka siapa itu Fatimah, Zainab dan ramai lagi?...Ini tidak, mereka lebih kenal siapa itu Dennis Berkamp, mereka lebih memuja Michael Jackson, mereka lebih gilakan Shah Rukh Khan dan bermacam-macam lagi. Oleh sebab inilah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah menyebut bahwa kita perlu berkorban mendidik anak-anak kita supaya mereka lebih mengenali Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a. daripada cenderung mengenali akan para artis atau footballer superstar. Kalau anak-anak kita tak boleh nak mengenali para sahabat r.a., macamana mereka nak meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran?...Sebab Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Sahabat-sahabat aku adalah seperti bintang di langit. Siapa yang ikut salah seorang daripada sahabatku, maka dia akan dapat petunjuk."...Macamana anak-anak kita nak ikut; kalau Ibn Umar pun mereka tak kenal, Ibn Abbas pun mereka tak kenal, Abu Hurairah pun mereka tak kenal. Bukankah ada pepatah Melayu yang mengatakan bahwa "Tak kenal, maka tak cinta."

  • c) Yang ketiganya ialah ajar mereka baca Quran.
  • Berapa banyak penekanan dalam bab membaca al-Quran di sekolah?...Ini pun pihak Kementerian perlu muhasabah. Adakah cukup sekadar KAFA?...

    Dengan 3 pendekatan sebeginilah, Rasulullah s.a.w. berjaya membentuk generasi para sahabah menjadi generasi al-Quran, yang tidak takut mati dan tidak takut pada sesiapa pun kecuali kepada ALLAH SWT. Selagi kita tidak mengambil dari apa yang Nabi sampaikan dari mulutnya iaitu kebenaran Islam, maka selagi itulah keadaan kita menjadi celaru biru. Apakah kita nak jadi seperti di Amerika?...Yang mana bukan lagi selang sehari, bukan lagi selang sejam, tapi di Amerika jenayah berlaku selang seminit. Tembak di petrol pump, tembak di kedai kopi, tembak di sekolah; ini menunjukkan bahwa masyarakat barat sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak. Inilah dia golongan yang takdak agama. Kehidupan mereka semata-mata hanya untuk kebebasan. Apakah kita di M`sia tidak boleh ambik pengajaran bahwa inilah akibat daripada tidak ada didikan agama?...Orang-orang barat sudah tidak minat lagi dengan ugama kristian mereka. Gereja-gereja mereka ditinggalkan kosong, yang akhirnya orang Islam seperti Yusof Islam (Cat Steven) beli, kemudian dibuat masjid. Keadaan seperti ini sedang berlaku di England, ini berlaku di Sweden, ini berlaku di Perancis, malah ini berlaku di mana-mana negara barat. Ini bermakna bahwa gagalnya sistem yang lain kecuali sistem Islam yang dihantar oleh ALLAH SWT kepada Nabi s.a.w.

    Jadi persoalannya sekarang, mengapa kita yang dah jadi orang Islam pun, nak rasa hancur macam barat?...Jadi lagumana satu macam punya phobia pulak bila dengar perkataan "Islam", sampai nak dibuangnya perkataan "Islam". Janganlah berfikir macam cowboy barat. Berfikirlah macam Rasulullah s.a.w. yakni berfikirlah seperti orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH, dengan melihat Islam itu sebagai satu risalah yang boleh menyelamatkan ummah.

    Pengajaran yang boleh kita ambil daripada hadith ini ialah bahawa walaupun Nabi s.a.w. bercakap dalam keadaan marah sekali pun, itu adalah kebenaran yang mesti diikuti. Dan inilah yang banyak boleh dibaca dalam Sirah, yakni ketika Nabi marahlah kadang-kadang hadith disampaikan. Seperti hadith yang berbunyi, "Demi ALLAH! Sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku sendiri akan potong tangannya."...Hadith ini dikeluarkan ketika Nabi s.a.w. sedang marah, apabila Usamah bin Zaid cuba memujuk Rasulullah supaya jangan menghudud kerat tangan seorang perempuan yang bernama Fatimah daripada Bani Mahzum yang didapati bersalah kerana mencuri. Dan sabit kesalahannya, maka dia dihukum kerat tangan, tetapi Usamah cuba pujuk Rasulullah s.a.w. supaya jangan dihukum perempuan itu sebab dia adalah dari kalangan koporat. Lalu bangun Nabi dan marah dia kepada Usamah dengan hadith ini. Inilah ceritanya, iaitu Nabi dalam keadaan marah ka atau pun suka ka; semua itu adalah haq yang mesti kita patuhi. Semoga ia menjadikan pengajaran dalam kehidupan kita. Insya`ALLAH.

    WALLAHU TA`ALA A`LAM.


    Bersambung

    Kembali Ke Muka Hadapan