Mastika Hadith

Bab 3 : Agama yang diredhai ALLAH ialah Islam.

Hadith 7 :

Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”...Sahabat-sahabat baginda bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?”...Baginda menjawab, “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (HR Bukhari )

Muslimin muslimat rahimmakumullah. Hadith yang ke 7 yang kita baca pada kali ini diambil daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. daripada kalangan orang-orang Ansar yang bernama Abi Syams (ketika belum Islam) dan dia diberi gelaran "Abu Hurairah" (bermakna si bapa kucing). Gelaran itu diberikan kepadanya sebab kegemarannya yang suka memelihara serta membelai seekor kucing yang besar, dan membawa kucingnya itu ke mana saja dia pergi, hatta ketika dia sedang mengembala kambing sekali pun, kucing itu tetap dibawanya. Maka sebab itulah, Nabi s.a.w. menggelarkannya "Abu Hurairah", dan beliau suka akan gelaran yang diberikan kepadanya itu.

Abu Hurairah r.a. adalah antara salah seorang sahabat yang agak lewat juga memeluk Islam. Beliau masuk Islam pada tahun yang ke 7 Hijrah, yakni ketika sedang berkecamuknya Peperangan Khaibar. Iaitulah suatu peperangan yang bertembung secara direct antara tentera-tentera Islam pimpinan Nabi s.a.w., berlawan dengan 3 puak yahudi yang sebelum ini telah dihalau keluar oleh Nabi s.a.w. daripada al-Madinatul Munawwarah (mereka ialah Bani Qoinuqa`, Bani an-Nadhir dan Bani Khuraizah). Setelah mereka dihalau, mereka pun berkumpul di Khaibar dan membina benteng-benteng yang kukuh untuk menghadapi tentera-tentera Islam, lalu berlakulah Peperangan Khaibar.

Sebab inilah kita menyokong penuh akan kenyataan yang dibuat tahun lalu oleh seorang Sheikhul Azhar iaitulah Sheikh Tantawi, semasa beliau mengulas tentang keganasan rejim Ehuk Barak (PM Israel ketika itu) di kawasan Tebing Barat dan di kawasan Gaza (tempat kelahiran al-Imamul Syafie rahimmallahu ta`ala). Beliau menyatakan bahwa hanya jalan kekerasan sahaja bagi kita untuk menghapuskan yahudi ini. Kita menyokong penuh akan kenyataan sedemikian sebab yahudi laknat ini memang tidak pernah reti akan erti perdamaian. Samada perjanjian itu namanya Camp David atau apa saja namanya; buatlah apa saja perjanjian dengan yahudi, maka janganlah diharapkan mereka akan patuh pada perjanjian itu. Maka sebab itulah, kekerasan adalah jalan yang terakhir untuk kita menghadapi yahudi laknatullah ini. Mereka telah membunuh hampir beratus-ratus umat Islam di Palestin ketika ini, di depan mata kita sendiri (yang mana kita hanya mampu menonton di kaca-kaca tv sahaja). Kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa, melainkan hanya berdoa sahajalah yang boleh kita panjatkan ke hadrat ALLAH SWT....Ini realiti. Jadi, kita harap sangatlah kepada negara-negara Arab yang duduk di bawah Liga Arab itu, untuk mengambil suatu tindakan yang tegas bagi menghadapi yahudi laknat (yang memang dikutuk dan dilaknat oleh ALLAH SWT sehinggalah ke hari qiamat).

Berbalik kita kepada cerita Abu Hurairah r.a. tadi; dimana pada tahun ke 7 Hijrah itulah berlakunya Peperangan Khaibar dan ketika itu jugalah Abu Hurairah r.a. memeluk Islam. Ini bermakna beliau hanya sempat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. sekitar 3-4 tahun sahaja, kerana penghujung tahun ke 10 Hijrah itu, wafatnya Nabi s.a.w.. Namun begitu, walaupun beliau hanya bersama dengan Nabi s.a.w. sekitar 3-4 tahun sahaja, tetapi beliau telah muncul menjadi seorang sahabah yang paling banyak sekali meriwayatkan hadith-hadith Nabi s.a.w.. Sehinggakan beliau mengalahkan sahabat-sahabat terkanan Nabi s.a.w., yakni sahabat-sahabat yang berdampingan dengan Nabi semenjak zaman Makiyyah lagi. Inilah dia kehebatan Abu Hurairah r.a.. Yang diberi oleh ALLAH akan kecerdasan akal, sehinggakan dalam jangkamasa 3 tahun sahaja, beliau boleh menghafal lebih daripada 6000 buah hadith Rasulullah s.a.w..

Pernah satu ketika, kecerdasan akalnya diuji. Semasa di zaman pemerintah Khalifah Marwan bin Hakam r.a., Abu Hurairah telah dipanggil mengadap ke istana. Lalu beliau telah diminta oleh Khalifah Marwan bin Hakam supaya membacakan hadith-hadith Nabi s.a.w. dengan jumlah yang begitu banyak. Dan pada ketika itu jugalah, Khalifah Marwan bin Hakam telah mengarahkan jurutulis-jurutulisnya supaya menyorok di belakang tabir, dan tulis segala apa saja yang disebut oleh Abu Hurairah r.a.. Dan kehadiran jurutulis-jurutulis itu tidak disedari langsung oleh Abu Hurairah r.a. ketika itu. Kemudian apabila selesai beliau membaca beratus-ratus hadith itu, lalu Khalifah Marwan bin Hakam pun mengarahkannya pulang. Tetapi beliau dipanggil semula ke istana pada tahun berikutnya, dan diarah oleh Khalifah Marwan bin Hakam supaya menyebut semula semua hadith yang disebutnya setahun yang lepas. Apabila selesai, kemudian disemak oleh para jurutulis Khalifah, maka didapati segala ucapan yang disebut kembali oleh Abu Hurairah itu tadi adalah benar dan tepat, tanpa sebarang kekurangan di sudut matan hadith Rasulullah s.a.w.. Inilah dia kehebatan Abu Hurairah r.a., yang akhirnya wafat pada tahun yang ke 57 Hijrah, ketika usianya 78 tahun.

Inilah secebis kisah sejarah tentang sahabat Nabi s.a.w. yang bergelar Abu Hurairah r.a.. Dan beliau ini adalah tergolong dalam golongan yang paling miskin dan beliaulah yang menjadi ketua bagi seluruh orang-orang miskin di Madinah. Sehinggakan kalaulah Rasulullah s.a.w. mendapat apa-apa hadiah pun; samada berupa segelas susu, atau tamar, atau tembikai atau apa saja; maka Nabi s.a.w. tidak akan memamahnya, melainkan disuruhnya Abu Hurairah terlebih dahulu menjamah dan memamahnya. Inilah dia kelebihan Abu Hurairah r.a., yang mana beliau sentiasa diperhatikan dan didampingkan bersama-sama dengan Nabi s.a.w.

Dalam hadith yang ke 7 yang kita baca pada kali ini adalah daripada Abu Hurairah r.a. yang diambil daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan soal syurga ALLAH, yang disebut dengan "al-Jannah". Dimana Nabi s.a.w. menyatakan, “Semua umatku mahu nak masuk ke dalam syurga...”...Inilah satu persoalan yang kita tidak boleh nafikan; maksud saya, kita tanya lah pada sapa pun, sure punya semua pakat nak masuk dalam syurga belaka. Siapa saja diantara kita yang mengucap 2 kalimah syahadah; walau sejahat mana dia, walau setoghut mana dia, walau sekuffur mana dia; kalau kita tanya dia, sudah tentu dia akan jawab, “Aku mahu ke syurga ALLAH SWT.”

Syurga ALLAH, yang di dalamnya terkandung segala ni`mat, sepertimana yang disebut oleh ALLAH dalam sebuah hadith Qudsi, firmanNya yang bermaksud, “Syurga itu adalah sebuah tempat yang mata kamu tidak pernah melihatnya, dan telinga kamu tidak pernah mendengarnya.”...Itulah dia syurga. Sehebat mana keindahan pemandangan yang pernah kita lihat di atas dunia ini; samada saljinya, samada mega merah di tepi lautnya, samada gunung ganangnya atau apa saja pemandangan alam sekali pun; ALLAH SWT kata bahwa syurga ini adalah satu tempat yang bijik mata kita tak pernah tengok. Bila sebut “bijik mata tak pernah tengok”, maknanya tak terbayang kita tuan-tuan.

Manakala seterusnya, Rasulullah s.a.w. menyebut, “Tidak ada seorang pun yang mahu masuk ke dalam neraka.”...Jadi, semua pakat mahu masuk ke syurga, sebab dengan adanya segala nikmat yang diberitahu oleh ALLAH SWT kepada kita, supaya kita berlumba-lumba dan mengambil sikap tergesa-gesa untuk mencapai syurga ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Bersegeralah kamu, janganlah bertangguh-tangguh kepada keampunan Tuhan mu, dan tergesa-gesalah kamu kepada syurga Ku. Luasnya 1 syurgaKu adalah seluas langit dan bumi. Aku sediakan bagi hamba-hamba Ku yang bertaqwa."...Ini bermakna, dalam kerja buat untuk segala program dan segala kerja yang membawa kepada syurga ALLAH SWT, maka hendaklah kita bagi "saham" sama dan jangan tangguh-tangguh lagi. Sebab tuan-tuan tau ka berapa luasnya syurga?...ALLAH kata bahwa 1 syurga itu luasnya seluas langit dan bumi...SubhanALLAH.

Berhubungan dengan cerita syurga yang selalu kita dengar daripada para ulama` dan tok-tok guru, ialah suatu tempat kesenangan dengan begitu banyak sekali bahan-bahan makanannya, bidadari-bidadariNya, sungai-sungaiNya, yang tidak dapat digambarkan dengan mata kasar kita. Sebagaimana yang disebut oleh Nabi s.a.w. di dalam sebuah hadithnya yang bermaksud, “Bahwa syurga itu memiliki pintu-pintu. Dan pintu-pintu itu terbahagi kepada 5 bahagian (yakni 1 syurga mempunyai 5 pintu). Maka pintu yang pertama itu adalah tempat khas bagi ahli syurga masuk. Dan pintu yang kedua adalah khas bagi isteri kita yang beriman masuk...”Isteri kita yang sama-sama berganding bahu mencurahkan tenaga untuk menyelamatkan ugama ALLAH SWT, dengan sama-sama bercengkang mata berjaga malam kerana fisabilillah; InsyaALLAH, isteri-isteri kita yang beriman di dunia ini, akan bersama dengan suaminya di dalam syurga ALLAH di negeri akhirat kelak. Malah isteri yang beriman ini akan menjadi ketua kepada segala bidadari yang dikahwinkan oleh ALLAH kepada lelaki yang beriman kepada ALLAH SWT….“...Yang ketiga ialah pintu untuk para tetamu masuk...”…Jadi, dalam syurga ni ada ziarah menziarahi….“...Antara yang akan datang menziarahi kita ialah para malaikat ALLAH...”Mereka akan tanya kita, “Apa yang tak cukup dalam syurga ni?”....Sepertimana kata ALLAH, “Di sisi Kami ada tambahan-tambahan nikmat yang Kami beri kepada ahli-ahli syurga.”...Itu sebablah para malaikat mai tanya lagi sebab nak bagi lagi nikmat yang diperuntukkan kepada ahli-ahli syurga tu…“...Antara yang berlaku ziarah lagi ialah anak murid menziarahi tok gurunya. Dan kemudian ada ketikanya pula, tok guru pula berkumpul untuk menziarahi anak muridnya. Lalu berlakulah saling tanya bertanya khabar...”Inilah nikmatnya syurga….“...Pintu yang keempat pula ialah pintu yang menuju ke neraka ALLAH, untuk ahli syurga melihat sendiri bagaimana orang-orang yang kuffur di bakar oleh ALLAH di dalam neraka...”Jadi, ahli syurga berpeluang melihat orang-orang yang menganiayakannya di atas dunia dahulu disiksa pula oleh ALLAH…Dan akhirnya Nabi s.a.w. sebut, “...Manakala pintu yang kelima ialah suatu pintu yang menuju ke arasy ALLAH SWT, untuk ahlul Jannah melihat akan Wajah ALLAH SWT.”…Seperti firman ALLAH yang bermaksud, “Dan wajah pada hari itu riang gembira putih berseri-seri. Kerana mereka itu kepada Tuhan mereka melihat wajahNya.”...Inilah ayat 22/23 dalam Suratul Qiyaamah yang menjadi dalil bahwa ahlul Jannah akan melihat akan wajah ALLAH SWT.

Inilah dia 5 pintu yang disebut oleh Nabi s.a.w.. Selain daripada itu, kita juga selalu dengar tentang adanya sungai-sungai di dalam syurga; seperti Sungai Arak, Sungai Susu, Sungai Madu dan lain-lain lagi. Semuanya ini menjadi nikmat bagi ahli syurga yang tidak terhitung lagi akan kenikmatannya. Dan kita perlu ingat juga bahwa di dalam syurga nanti akan ada seorang lelaki yang akan terbang di dalamnya, beliau ialah Saiyyidina Ja`afar bin Abi Talib r.a., yakni sepupu Nabi s.a.w.. Dimana beliau telah putus pinggangnya serta kudung kedua-dua belah tangannya ketika mempertahankan Islam di dalam Peperangan Mu`tah (di sempadan Jordan). Dan ketika peperangan itu jugalah, 3 orang sahabat serentak mati syahid. Mereka ialah Zaid bin Harithah, Ja`afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah radiallahuanhum. Sehinggakan Nabi s.a.w. bersabda, “Aku melihat ketiga-tiga mereka masuk ke dalam syurga serentak.”...ALLAHu Rabbi. Itulah para sahabat, yang telah menunaikan janji mereka.

Okay kembali kita kepada cerita Saiyyidina Ja`afar tadi, iaitu bilamana putus kedua lengan dan tangannya di dalam Peperangan Mu`tah itu, maka ALLAH SWT menggantikan pula kepadanya dengan sepasang sayap di dalam syurga. Sebab itu Ja`afar bin Abi Talib, digelar juga sebagai "Ja`afar at-Thoyyab", yakni Ja`afar yang memiliki sayap dan dia akan terbang di dalam syurga. Orang lain berjalan, dia terbang. Itulah kehormatan yang diberikan oleh ALLAH kepada Saiyyidina Ja`afar bin Abi Talib radiallahuanhum.

Okay, sekarang kita lihat pula siapakah dia calon ahli-ahli syurga?...Mari kita lihat ribuan ayat di dalam al-Quran, yang mana diajar oleh ALLAH SWT supaya kita perati tengok; adakah kita termasuk dalam mereka-mereka yang layak dipanggil ahlul Jannah?...Ataupun kita ini termasuk dalam golongan yang Nabi s.a.w. sebut tadi iaitu golongan yang enggan untuk masuk syurga?...nauzubillah.

Di dalam al-Quran, kita akan dapati hampir kesemua surah, pasti akan cerita tentang syurga dan tidak ketinggalan juga (ALLAH imbang balik) dengan cerita-cerita tentang neraka. Yang mana kita panggil kaedah ini sebagai "Sunnah al-Quran"; yakni bilamana ALLAH cerita bab syurga, pasti akan disusuli pula dengan ayat-ayat neraka.

Mari kita lihat 2-3 ayat yang disampaikan oleh ustaz Halim Nasir, untuk kita jadikan perbahasan; apakah kita layak masuk ke dalam syurga?...

1) Dipetik daripada Surah Haamiim Sajdah atau Haamiim Fussilat ayat 30-32 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah ALLAH;...” Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah "Tuhan kami ialah ALLAH" di dalam ayat ini?...Maksudnya ialah dia benar-benar percaya kepada ALLAH, dia benar-benar memahami La illahaillallah, dan dia benar-benar tahu akan maksud Ketuhanan sepertimana yang diajar oleh Nabi s.a.w.. Maknanya, dia benar-benar berTuhankan ALLAH dalam semua sudut bidang kehidupannya. Bukan hanya tahu bercakap “ALLAH” sahaja, seperti hanya sebut ALLAH dalam sembahyang sahaja, tapi di luar sembahyang, ALLAH sudah tidak wujud lagi. Kalaulah dengan hanya menyebut “ALLAH” sahaja boleh kemuliaan di sisi ALLAH, maka sudah tentulah Abu Jahal juga akan mendapat kemuliaan tersebut. Sebab dialah orang yang berdoa di hadapan Ka`abah sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra, dengan doanya yang masyhur, “Ya ALLAH ya tuhan ku, hapuskanlah Muhammad pada pagi ini. Hapuskanlah dia, orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Arab.”...Inilah dia ucapan Abu Jahal. Dan ucapan sebeginilah yang diulang-ulang oleh orang-orang yang perangainya serupa dengan Abu Jahal, iaitu mereka-mereka yang menganggap bahwa orang yang membawa Islam itu, kerja mereka takdak lain, hanya dok pecah-belah masyarakat dan dok memaki hamun sahaja. Inilah perangai yang diwarisi mereka daripada Abu Jahal. Kalau sekadar menyebut "ALLAH" pun dikira oleh ALLAH, sudah tentu Abu Jahal masuk syurga lebih dahulu daripada kita. Tetapi pada hakikatnya, tempat yang kekal buat selama-lamanya bagi Abu Jahal ialah di dalam neraka ALLAH SWT...Nauzubillahiminzalik...Kuburnya hanyalah sebuah telaga buruk sahaja apabila dia tewas di dalam Peperangan Badar. Mayat Abu Jahal dilempar saja oleh Nabi s.a.w. ke dalam telaga buruk bersama-sama dengan mayat-mayat ahli exconya yang lain; iaitulah mayat Umaiyah bin Khallaf, mayat `Utbah bin Rabi`ah, mayat al-Walid bin `Utbah, mayat Syaibah bin Rabi`ah, di situlah juga mayat an-Nadhar al-Haris, dan di situ jugalah mayat `Ukhbah bin Abi Muayyat. Merekalah anggota exco kerajaan Mekah pada waktu itu. Tapi mereka mati dalam golongan yang kafir kepada ALLAH. Nabi s.a.w. himpun-himpun mayat depa, lalu Nabi lempaq sahaja ke dalam telaga buruk. Tak layak bagi orang-orang sebegini di tanam dan tak layak bagi mereka berbatu nisan. Mereka hanya layak dalam telaga buruk sahaja…Abu Jahal inilah yang menyebut, “ALLAH, ALLAH, ALLAH!” di depan Ka`abah, tapi akhirnya mana dia duduk?

“Kemudian mereka itu beristiqomah,...”Setelah mereka beriman, mereka tidak berganjak daripada pendirian mereka. Mereka tidak boleh digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Mereka tidak akan jatuh ke dalam kebathilan, walaupun wang berjuta dilonggokkan di depan mereka. Marilah habuan apa pun; kain pelikat, wang ringgit, projek; kalau dia kata haram, maka haram lah. Kalau dia kata "Inilah Islam", maka inilah yang dia pegang. Dia tidak akan gadai imannya hanya dengan sehelai kain pelikat cap gajah sakit perut. Hanya orang yang nipis imannya dan hanya orang yang tidak ikhlas di dalam imannya sahaja akan hanyut terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan. Dan akhirnya, dia akan menjadi juara lompat sedunia. Inilah yang banyak berlaku pada hari ini. Lompat sana, lompat sini; akhirnya duduk dalam keadaan kuffur kepada ALLAH SWT. Dulu duduk bersama dengan perjuangan Islam, tapi sekarang berusaha nak menghapuskan Islam. Dulu bersama dengan para ulama`, tapi sekarang berusaha nak menghancurkan ulama` sehinggakan sanggup buat latihan secara sembunyi-sembunyi…Iya! Buatlah segala perancangan kamu, tapi jangan lupa akan peringatan ALLAH, “Hangpa buatlah apa yang hangpa nak buat. Hangpa nak lawan Islam, hangpa nak hentam Islam, hangpa nak bunuh Islam; dipersilakan. Sesungguhnya ALLAH itu amat-amat melihat apa yang kamu kerjakan.”...Sebab itulah, hangpa buatlah hangpa punya training kat mana pun, walaupun setebal mana tembok bilik rahsia dan sehebat mana hangpa punya security; kalau ALLAH nak bongkarkan, ia tetap akan terbongkar.

Bila kita ada 2 sifat seperti dalam ayat tadi, maka ALLAH kata, “...nescaya akan turunlah ribuan para malaikat kepada mereka, dan berkata (malaikat): Janganlah takut dan janganlah berduka cita. Bergembiralah kamu dengan syurga ALLAH yang dijanjikan kepada kamu.” Orang yang beriman, istiqomah, menentang kemungkaran dan tidak menjual iman serta aqidahnya; maka orang seperti ini akan didatangi malaikat. Sehingga ada riwayat yang menyebut, sampai malaikat datang bersalam dengan kita; samada kita dalam rumah, atau dalam kereta, sambil berkata malaikat, "Hang jangan bimbang dan takut. Bergembiralah sekarang dengan syurga yang dijanjikan oleh ALLAH."...Tapi kita taklah dengar ataupun nampak. Kalau kita dengar/nampak, boleh pengsan tuan-tuan. Sebab itu ALLAH tak bagi kita dengar/nampak. Tetapi walaubagaimanapun, ALLAH sebut tentang perkara ni di dalam al-Quran. Maknanya, benda ini mesti berlaku, sebab Quran adalah qalam yang benar yang tidak ada penipuan ke atasnya…Inilah dia, orang yang benar-benar istiqomah di atas landasan Islam adalah calon syurga ALLAH SWT.

Lalu ALLAH berkata lagi, “Untuk orang-orang begini, Kamilah yang menjadi wali kepada mereka hidup di dunia dan di akhirat...”Tuan-tuan tak seronok ka bila diberitahu lagu ni?...Ini jaminan daripada ALLAH sendiri. ALLAH kata bahwa walaupun musuh attack orang-orang yang beriman ini bertubi-tubi kali sehingga tak kira siang malam, tapi mereka akan tetap tidak berganjak sebab ALLAH lah yang menjadi pelindung (wali) kepada mereka-mereka yang beristiqomah. Kalau depa buluq sangat dengan duit minyak tu, biarkanlah. Nanti di akhirat kelak, dengan minyak itulah mereka akan dibakar.

“...dan untuk kamu di dalam syurga itu, apa yang kamu minta, semuanya dapat.”Di dalam syurga kelak, apa saja yang kita hendak, semuanya kita boleh minta. Sehingga dalam hadith menyebut bahwa sekiranya kita teringin akan sesuatu, dengan tiba-tiba sahaja benda yang kita teringin itu sudah pun sampai di depan kita. Misalnya kalau kita teringin daging burung masak cabai, dia nanti mai dah masak siap seketoi depan kita...Ni bukan cerita kartun buat lawak punya. Tapi inilah yang sebut hadith. Apa saja yang kita mau, semuanya dapat. Tak gaduh dah nak siap periok belanga apa ka, tak gaduh dah nak kelam kabut pi market, sebab semuanya siap complete. Sehingga ada riwayat yang menyatakan bahwa ahli-ahli syurga sudah tidak terasa lagi untuk buang air kecil/besar. Dengan erti kata lain, takdak dah orang jaga tandas dalam syurga. Kira nak kutip duit 20 kupang, kira takdak. M`sia ni hebat, sampai nak kencing pun kena bayar. Tapi dalam syurga, kira suasana macam ni kira takdak dah..Jadi, bila berlaku lagu tu, lalu ada sahabat yang tanya kepada Rasulullah s.a.w., “Habih yang kita makan punyalah banyak dalam syurga tu, akhirnya jadi apa?”...Kata Nabi s.a.w., “Ia akan keluar menjadi peluh. Dan peluh itu berbau harum, seharum kasturi.”...Apa, tak sempoi lagi ka suasana lagu tu?...Kalau dah sempoi, pasai apa tak mau masuk syurga?...Pasai apa dok teragak-agak lagi nak memperjuangkan dasar Islam?...Hanya inilah jalan untuk membawa kita kepada syurga ALLAH SWT...Tapi kalau dok asyik bangkang/lawan Islam saja kerjanya, macamana nak masuk syurga?...Inilah yang Nabi s.a.w. sebut dalam hadithnya di atas; iaitulah “siapa yang taat kepada ku, maka masuk syurga lah dia. Manakala siapa yang lawan aku, maka dialah orang yang enggan masuk ke syurga.”...Dah kalau enggan nak masuk ke syurga, ke mana lagi nak pergi?...Mana lagi kalau tak ke neraka...nauzubillahiminzalik.

2) Ayat yang kedua, ustaz Halim Nasir petik daripada Surah Qaaf. Untuk pengetahuan tuan-tuan, Surah Qaaf ini adalah salah satu surah yang dimulakan dengan huruf-huruf yang dipanggil "hijja`iyah" ataupun "mukhatto`". Di dalam al-Quran terdapat 28 surah kesemuanya, yang mana ALLAH mulakan dengan huruf "mukhatto`", yakni huruf-huruf potong seperti Shod, Nun, Thaa Haa, Alif Lam Ra`, Alif Lam Miim, Alif Lam Miim Ra`, Haa Miim, Haa Miim Dukhaan, Haa Miim Sajdah, Haa Miim Zukhruf dan banyak lagi...Lalu timbul satu persoalan; iaitu pasai apa ada begitu banyak surah yang ALLAH mulakan dengan huruf mukhatto`?...Lalu para ulama` mengatakan bahwa inilah kaedah yang ALLAH SWT guna untuk mengajar kita bahwa boleh menggunakan kaedah short-form di atas dunia ini. Inilah advanced nya pembelajaran Islam. Ia telah memperkenalkan penggunaan short-form semenjak 14xx tahun yang lalu. Sekarang baru kita sedar siapa yang lebih advanced; Islam atau barat?...Sebab itu, kita digalakkan menggunakan short-form dalam hal-hal yang tertentu. Contohnya, kalau orang tanya, “Encik kerja apa?”...Kita kata, “OCPD!”...Dengan perkataan OCPD tu, orang dah faham dah bahwa dia ni "Ketua Polis Daerah",tak payah nak translate cakap orang putih dah. Dan orang yang ada gelaran ni, kita kena kamcing sebab dialah yang dok luluskan permit ceramah. Tu saja yang kita tau...Kemudian kalau kita dengar orang kata "PMR", kita tau dah itu tingkatan 3 punya exam. Tapi kalau sebut saja "SPR", kita tau dah bahwa itu pengundi hantu punya geng. Sebab orang yang mati pun masih dok ada lagi dalam senarai pengundi. Apala punya tak IT langsung puak-puak ni.

Baiklah, sekarang kita berbalik kepada ayat yang kedua yang dipetik daripada Surah Qaaf, iaitulah ayat 32 yang bermaksud, “Inilah dia syurga yang Aku janjikan untuk orang-orang yang suka bertaubat dan orang-orang yang memelihara hukum-hukum ALLAH SWT.”Maknanya, orang yang jaga perintah-perintah ALLAH, mereka ini adalah golongan yang termasuk senarai ahlul Jannah.

3) Kalau kita baca al-Quran, kita akan jumpa satu ayat yang menceritakan tentang doa para malaikat. Malaikat-malaikat yang berada di langit dan menjaga langit tu, sepertimana yang Nabi s.a.w. nampak semasa peristiwa Isra` wal Mikraj, bukanlah tugas mereka sekadar menjaga langit, malah mereka juga tolong berdoa minta kepada ALLAH supaya diampunNya orang-orang yang beriman. Jangankan kata para malaikat yang bersusun-susun hingga ke arasy ALLAH sahaja yang tolong berdoa kepada ALLAH untuk kita, malah ikan-ikan di laut dan berbillion-billion semut yang duduk dalam lubang turut juga berdoa untuk kita, “Ampunkanlah wahai ALLAH ke atas orang-orang yang sedang duduk dalam majlis-majllis ilmu.”...Inilah tak ruginya orang-orang yang berada dalam majlis ilmu.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, ayat yang dimaksudkan itu ialah ayat 7 dalam Surah al-Mukmin, yang bermaksud, “Malaikat-malaikat yang memikul arasy dan siapa-siapa dikelilingnya, mereka bertasbih, memuji Tuhan mereka dan beriman kepadaNYa, serta memintakan ampun untuk orang-orang yang beriman (katanya): Ya Tuhan kami, Maha luas rahmat dan ilmu Mu, terhadap tiap-tiap sesuatu, maka ampunilah orang-orang yang taubat dan mengikut jalan agamaMu dan peliharakanlah mereka dari siksa neraka.”Berapakah jumlah malaikat yang menanggung arasy ALLAH?...ALLAH sebut dalam Quran bahwa jumlahnya ialah 8 malaikat. Jadi, arasy ALLAH ditanggung oleh 8 malaikat...Kemudian, boleh tak kita bayang berapa besar arasy ALLAH?...Tak boleh tuan-tuan, sebab malaikat tu sendiri pun dah terlalu besar. Para malaikat ini ALLAH jadikan mereka daripada cahaya dengan kebesaran sayap-sayapnya, yang mana dengan sebelah sayap sahaja, boleh menutupi timur dan barat...SubhanALLAH..Itu baru sebelah sayap malaikat tuan-tuan. Jadi mana mungkin kita boleh imagine besar mananya malaikat itu, dan apatah lagi arasy ALLAH?...Tak terbayang tuan-tuan.

Okay sekarang cuba kita lihat balik doa para malaikat yang menanggung arasy ALLAH itu. Sambil memikul arasy ALLAH, mereka berdoa kepada ALLAH, “Wahai Tuhan, meliputilah rahmat Mu dan ilmu Mu terhadap seluruh alam, maka kami memohon kepada Mu ampunkanlah 2 golongan ini. Iaitulah yang suka bertaubat,...”Orang yang suka bertaubat ini, jangankan kata ALLAH sayangkan mereka, malah para malaikat pun turut tolong kempen untuk mereka. Kempen inilah berupa doa daripada malaikat tuan-tuan, yang mana malaikat adalah golongan yang tak pernah buat dosa, mereka adalah satu makhluk yang tak pernah komen dan mereka buat saja apa yang ALLAH suruh. Sebab itu, bolehlah kita katakan bahwa iman para malaikat adalah parallel at par (seperti satu garis lurus). Manakala iman para Nabi pula, graphnya menunjukkan naik naik naik. Tetapi iman kita pula, dia menjadi seperti sine wave. Dalam ertikata lain ialah seperti frequecy saja nampaknya, naik turun +5 -5 +5 -5, tapi bila sampai dekat nak pilihanraya, tiba-tiba dia jadi 0 terus. Tak ke kacau punya cerita tu?...Tapi apa yang nak bagitau disini ialah iman para malaikat tidaklah seperti kita (naik turun), sebab itulah, chances untuk ALLAH terima doa para malaikat teramat-amatlah cerah.

Dan golongan kedua yang malaikat sebut ialah, “...satu golongan lagi ialah orang yang ikut jalan Engkau. Dan tolong selamatkan mereka dari azab neraka jahim.”Ayat inilah yang menggembirakan kita kembali; walaupun kita dihina, ditekan, dihentam tak kira siang/malam, tak cukup dalam negara, di luar negara pun dilanyaknya ulama`, dan mereka tak habih-habih tak puashati lagi dengan Islam. Jadi, bila tiap-tiap hari kita dok kena lagu ni, sekali-sekali dia mari tak perasaan sedih?...Kita rasa tuan-tuan...Sekali-sekali tak terasa ka sakit hati?....Rasa juga sakitnya, kan. Bukan kata sekali-sekali, malah boleh dikatakan tiap-tiap hari sekarang ni…Sekali-sekali tuan-tuan tak rasa kah sempit dada?...Rasa macam nak lemas pun ada, betoi dak?...Itulah juga yang Nabi s.a.w. alami tuan-tuan. Sehinggakan satu ketika, sampai baginda s.a.w. sendiri terasa kecik hati, “Apalah depa ni tak mau ikut aku. Apalah salahnya aku?...Depa bagi gelaran pada ku sebagai "al-Amin" yakni orang baik; tapi bila aku seru jangan bunuh anak perempuan, jangan sembah berhala dan mari kembali kepada Islam, maka mulalah mereka caci dan maki aku.”...Beginilah keadaan Nabi s.a.w., sekali-sekali tu dia mai la juga sempit dada sebab dia pun orang juga.

Macam itu jugalah dengan kita, “Apalah salah kami?...Kami hanya mahu arak diharamkan. Kami hanya mahukan judi diharamkan. Kami hanya mahu keadilan ditegakkan. Kami hanya mahu kezoliman dihapuskan. Kami tidak mahu huru hara disebabkan pergaduhan kaum. Kami tak mahu benda yang tak elok. Yang kami mahu hanyalah hukum ALLAH dilaksanakan di bumi Malaysia yang bertuah ini. Tapi tiba-tiba kami diganyang, dihentam, diganggu, disekat dan ada yang dibunuh.”...Tuan-tuan tak terasa risau ka bila jadi lagu ni?....Rasa tuan-tuan, "Pedihnya!!!"...Sebab itulah, ALLAH SWT hiburkan kita dengan ayat 7 Surah al-Mukmin, “Hangpa jangan bimbang. Malaikat Aku yang dok tanggung arasy itulah yang dok berdoa untuk hangpa tiap-tiap hari.”...Tak terhibur ka kita bila ALLAH sendiri yang mengatakan sedemikian?...Terhibur tuan-tuan, sebab kita tak kesaorangan rupanya. Sebab inilah juga kita boleh lihat pasai apa para pejuang Mujahidin bila bertempur, kita boleh tengok semangat perjuangan mereka teramat-amatlah luarbiasa, walaupun musuh mereka dikenali sebagai bala tentera elit, siap dengan kelengkapan yang sophisticated lagi. Para Mujahidin sudah tidak takut mati sebab mereka tahu bahwa mereka tidak kesaorangan dalam perjuangan. Mereka tahu bahwa ada makhluk lain yang sedang tolong mereka berdoa supaya mereka diampun ALLAH SWT dan selamat daripada neraka jahim. Ini adalah satu keuntungan dan kegembiraan yang diberitahu oleh ALLAH kepada kita.

Inilah dia beberapa contoh-contoh ayat al-Quran yang menyentuhkan bab calon ahli-ahli syurga. Tapi sebenarnya dalam Quran ni dok ada beratus malah beribu ayat, kalau nak sembang bab syurga ni. Hampir setiap surah ada menceritakan tentang syurga, malah Juz Amma pun ada; yang mengajar kita bahwa syurga ini adalah satu tempat yang tidak ada tolok bandingnya.

Dan di akhir hadith ini, Nabi s.a.w. menyebut bahwa ada satu golongan yang disebut sebagai golongan yang enggan. Cuba kita relate ayat yang di akhir hadith ini dengan ayat yang di akhir ayat 34 dalam Surah al-Baqarah; yang mana bila ALLAH suruh iblis sujud hormat kepada Nabi Adam a.s., tapi iblis enggan lalu kata ALLAH, “(Ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam!...Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis, ia enggan dan takbur, dan ia termasuk golongan yang kafir.”...Jadi, daripada kombinasi hadith ini dengan ayat daripada Suratul Baqarah itu, maka siapa saja yang sombong dan enggan kepada Islam dan enggan patuh pada Nabi s.a.w.; bukan saja dia tak boleh masuk syurga, malah dia adalah golongan yang telah kuffur kepada ALLAH SWT. Maka orang yang enggan inilah kata Nabi s.a.w. bahwa merekalah orang yang tak mau masuk syurga. Dah kalau tak mau masuk ke syurga, hang nak pi mana?...Neraka lah jawabnya...Nauzubillah. Sebab di akhirat, hanya ada 2 sahaja pilihan; iaitu syurga ataupun neraka. Dia takdak kata 50-50, sebelah kaki sejuk masuk syurga dan sebelah lagi panas masuk neraka; takdak lagu tu. Yang ada hanyalah ALLAH bagi samada kena bakar dalam neraka ataupun pi masuk syurga terus. 2 tu saja.

Tapi ada juga dalam Quran yakni dalam Surah al-A`raaf (Surah Tembok, yakni tembok antara syurga dan neraka) yang menyebut tentang puak-puak yang 50-50 ni. Yang mana mereka ni kena duduk atas tembok tu dulu sebab timbangan mereka tak berat ke mana pun, samada ke kiri maupun ke kanan. Bila depa duduk atas tembok tu, kemudian bila depa pandang belah kanan tu syurga, seronok lah depa. Tapi bila depa tengok belah kiri, neraka pula yang mereka nampak. Jadi, duduklah mereka di atas tembok tu beratus-ratus tahun di situ, tapi akhirnya mereka dimasukkan ke syurga juga. Jadi, hat 50-50 ni pun akhirnya masuk syurga juga, tapi teruklah kena buli dulu. Kita mahu kalau boleh nak masuk syurga terus. Kita tak mau lah sekali-kali menjengah apatah lagi masuk dalam neraka ALLAH SWT yang confirm mesti penuh dengan berbagai-bagai azab itu....Barang diingat sekali lagi (sebab dulu seingat saya pernah kata tentang hadith ini), bahwa di akhirat nanti ada satu golongan yang dimasukkan ke neraka dengan tak payah ditimbang lagi ( secara free of charge) sebab "terlampau warak". Orang lain nak masuk syurga dengan tak payah timbang, tapi golongan ni terbalik pula sebab masuk ke neraka dengan tak payah timbang...nauzubillahiminzalik. Antaranya ialah pemimpin yang zolim, ketua kampung yang sombong, orang kampung yang bodoh, peniaga yang khianat, ulama` yang hasad dengki dan banyak lagi.

Kesimpulannya :

1) Syurga ALLAH ini satu nikmat yang mesti kita dapat (InsyaALLAH) kalau benar-benar kita mengikut ugama ALLAH SWT.

2) Telah disebutkan beberapa ayat daripada beberapa surah yang menjelaskan akan sifat-sifat ahlul Jannah (orang yang masuk ke dalam syurga).

3) Nabi s.a.w. menyebut bahwa orang yang enggan masuk syurga ialah orang yang tidak taat kepada perintah ALLAH dan Rasul s.a.w.

ALLAHU TA`ALA `ALAM.

 

Mastika Hadith - Muqaddimah

Bab 3 : Agama yang diredhai ALLAH ialah Islam.

Hadith 9 :

Dan dari Abu Hurairah r.a. juga, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya). - Diantaranya sembahyang datang lalu berkata: “Ya Tuhanku! akulah sembahyang”; ALLAH TA`ALA berfirman (kepadanya): “Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup); dan (selepas itu) datang pula sedeqah, puasa dan amal-amal yang lain, semuanya itu ALLAH berfirman (kepada tiap-tiap satunya): “Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup.”; kemudian datang pula Islam lalu berkata: “Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhan yang bernama As-Salam, dan akulah Islam”; maka ALLAH TA`ALA berfirman (kepadanya): “Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah Aku menerima dan dengan engkaulah jua Aku memberi balasan.” (HR Imam Ahmad)

Muslimin muslimat rahimmakumullah. Hadith yang ke 9 yang kita baca pada kali ini menceritakan dan menerangkan kepada kita berhubung dengan amalan-amalan manusia yang akan datang menjadi pembela pada hari Qiamat. Sebab itu di dalam al-Quran, ALLAH SWT menjelaskan kepada kita bahwa setiap daripada kita ini bergantung kepada amalan masing-masing. Dan kesemua manusia akan melihat amalan yang telah dilakukan mereka.

Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Najm : 39-41 yang bermaksud, “Dan tiadalah manusia itu, melainkan apa yang telah dia usahakan. Dan setiap manusia itu, dia akan diperlihatkan nanti apa yang telah dia amal sewaktu ALLAH beri kepadanya umur di atas mukabumi dahulu. Kemudian Kami akan balas dengan balasan yang paling baik dan adil seadil-adilnya ( kalau baik, ke syurgalah. Tapi kalau jahat, silalah ke neraka ALLAH....Nauzubillahi min zalik).”…Sebab itu, amalan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam kehidupan kita. Dan amalan yang soleh itulah yang diutamakan oleh ALLAH SWT, yakni yang diletakkanNya sebagai syarat paling utama untuk hamba-hambaNya ketika mengadap ALLAH dalam keadaan aman pada hari Qiamat. Amalan-amalan soleh yang dimaksudkan itu ialah yang terlepas daripada segala sifat-sifat mazmumah, amalan yang bersih daripada riak, amalan yang bersih daripada segala sifat-sifat yang tidak baik, kerana segala sifat yang tidak baik ini memungkinkan bagi menghalang amalan yang baik untuk sampai kepada ALLAH.

Dimana di kaki-kaki langit dan di setiap lapisan langit itu, ada saja malaikat-malaikat yang akan menjaga pintu-pintu langit. Dan kalau kita baca hadith yang lain, kita akan mendapati bahwa diantara para malaikat yang membawa amalan kita, salah satunya ialah yang bernama Malaikat Hafazzoh. Dimana Malaikat Hafazzoh inilah yang akan membawa amalan kita ini naik mengadap ALLAH. Dan di sinilah akan berlaku apa yang paling menakutkan kita selama ini, iaitulah berdasarkan daripada sebuah hadith Nabi s.a.w.. Yang mana Nabi s.a.w. menyebut bahwa ada diantara amalan manusia itu, tak sampai pun kepada ALLAH. Seperti sembahyangnya tidak sampai, puasanya tidak sampai, pahala mengaji kuliyyahnya pun tidak sampai (Nauzubillahi min zalik), kerana ada yang tersangkut di langit yang pertama, lalu dicampak keluar oleh malaikat yang menjaga langit yang pertama itu. Dan ada yang lepas hingga langit kedua tapi sangkut di langit ketiga pula. Dan ada juga yang lepas hingga enam pintu langit, tapi bila sampai langit ke tujuh, Malaikat campak kerana tak terima oleh ALLAH...Tak bimbang ka tuan-tuan bila dengaq lagu ni?...Saya cukup bimbang!.

Dan Nabi s.a.w. menyebut, diantara sebab mengapa tidak diterimaNya amalan-amalan manusia itu ialah kerana ada amalan yang dihiasi dengan riak. Dan ada juga pengamal-pengamal yang hidup mereka dihiasi dengan hasad dengki, mengadu domba, menabur fitnah, benci pada ulama`dan berbagai kerja jahat yang dibuat; maka ALLAH tidak menerima amalan orang seperti ini walaupun dibawa naik oleh malaikat Hafazzoh. Malaikat Hafazzoh sama sekali tidak tahu samada amalan-amalan yang dibawanya itu bersih ataupun tidak, kerana tugasnya hanyalah sebagai pembawa amalan sahaja. Yang menerima atau menolak segala amalan ialah ALLAH SWT sendiri. Itulah sebabnya ada amalan yang sangkut di langit satu, sangkut di langit dua, sangkut di langit enam dan sehinggakan ada yang dah sampai dah di langit tujuh pun tapi sangkut juga, yakni tak sampai di sisi ALLAH.

Muslimin/muslimat, inilah betapa pentingnya amalan. Sebab itu, kata Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di dalam kitabnya "Al-Fatah ar-Robbani" bahwa amalan yang diterima ALLAH itu adalah amalan yang bersih daripada segala syirik walaupun kecil sebesar debu (As-sheikh Abdul Qadir al-Jilani adalah sultonul auliya`, yakni ketua bagi segala para wali. Beliau berasal dari daerah Jilan di Iran, sebab itu dia diberi gelaran "al-Jilani". ). Oleh sebab itu, kita yang dok pi mengaji siang/malam ni, yang dok hambat kuliyyah dari masjid ke masjid ni, kita kena jaga elok-elok. Memang kita cintakan majlis ilmu, memang kita berjuang sungguh sebab mahu Islam yang sebenar, dan kita takkan tolak hukum ALLAH SWT; tetapi JAGA! jangan sandarkan amalan kerana manusia. Jangan sembahyang kerana manusia, atau jangan kita lakukan/tinggalkan apa pun kerana manusia. Apabila kita bergantung sahaja pada manusia, maka di situ sudah wujudnya syirik (Nauzubillah), yang boleh menghalang amalan kita untuk sampai kepada ALLAH. Inilah yang amat-amat menakutkan kita.

Sebab itu ALLAH memberitahu pada ayat yang terakhir dalam Suratul Kahfi (antaranya ALLAH berfirman) yang bermaksud, “...Dan barang siapa yang mahu bertemu Aku pada hari Qiamat dalam keadaan aman, yakni dengan hati yang penuh sejahtera (kerana tak bimbang dah huru hara Padang Mahsyar), maka hendaklah buat amalan yang soleh dan janganlah kamu mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun.”...Inilah 2 syarat yang ALLAH letakkan untuk kita berjumpa dengan Dia, tanpa ada perasaan bimbang/ragu untuk menerima balasan syurga daripada ALLAH SWT.

Sebab itu, ulama` mengajar kita di dalam kitab "Tambihul Qhofilin" bahwa diantara syarat untuk diterimaNya amalan itu ialah : 1) hendaklah kita berilmu, (2) niat kerana ALLAH, (3) bersabar melakukan apa saja. Seperti bersabar mengerjakan sembahyang. Ingat tak tuan-tuan tentang satu hadith Nabi s.a.w., yang mana baginda pernah menyebut, “Tahukah kamu siapakah pencuri di dalam sembahyang?”...Lalu sahabat menjawab, “Kami tidak tahu ya Rasulullah. Bahwasanya hanya ALLAH dan rasulNya sahajalah yang tahu.”...Lalu Nabi s.a.w. menyebut, “Pencuri-pencuri dalam sembahyang itu ialah orang yang tidak sempurna rukuknya, tidak ada toma`ninah pada amalannya, tidak sempurna i`qtidalnya; maka orang seperti ini adalah pencuri-pencuri di dalam sembahyang.”...Walaupun nampak ringkas saja hadith ini, tapi sebenarnya kita tetap kena jaga sembahyang kita elok-elok, kerana amalan ini nanti akan menjadi pembela kepada kita di hari Qiamat kelak sepertimana yang disebut dalam hadith 9 yang kita baca pada kali ini.

Dalam hadith 9 ini, Nabi s.a.w. menyebut bahwa amalan-amalan akan datang pada hari Qiamat untuk memberi syafaat kepada tuan punya tubuh. Tapi dalam hadith lain pula, ada menyatakan bahwa selain daripada amalan-amalan yang datang untuk memberi syafaat, ada 3 golongan manusia yang ALLAH SWT akan beri lesen kepada mereka untuk mensyafaatkan manusia di Padang Mahsyar. Yang pertamanya ialah para rasul. Yang keduanya adalah para ulama`, dan yang ketiganya adalah as-Syuhada`, yakni orang mati syahid ketika mempertahankan Islam. Inilah 3 kumpulan manusia yang diberi keizinan oleh ALLAH di Padang Mahsyar untuk mensyafaatkan manusia. Sebab itu, kita mesti hormati dan sayang akan ketiga-tiga golongan ini. Tetapi apa yang membimbangkan kita pada hari ini ialah trend membenci dan mencemuh ulama` telah pun menular dalam masyarakat kita pada hari ini. Bila ulama` tegur bahwa perempuan-perempuan yang beragama Islam, mestilah menutup aurat; maka akan terbitlah kata-kata sumbang mencemuh ulama`yang buat teguran itu tadi. Mereka kata, “Ulama`-ulama` ni tak ada kerja lain ka?...Yang mereka tahu hanyalah nak perlekeh dan hina wanita saja.”...Sedangkan para ulama` hanya menyebut perkara yang benar. Kalaulah wanita mendedahkan aurat, maka sudah tentulah akan berlaku perkara -perkara yang tidak diingini. Tetapi apabila berlakunya kejadian rogol/bunuh ke atas seorang jurutera wanita tempohari, maka kita telah mendengar bagaimana ada bunyinya suara-suara sumbang daripada mulut-mulut biadap yang mengatakan bahwa, “Kalau lagu ni, baik tak payah pakai tudung, sebab pakai tudung pun kena rogol jugak.”...Mulut-mulut biadap seperti ini, kita beri amaran kepada mereka, “Jangan membiarkan kejahilan kamu itu menyesatkan diri kamu sendiri, dengan melanggar hukum dan perintah ALLAH SWT. Apatah lagi cuba menyesatkan orang lain pula.”

Muslimin/muslihat sekelian, berbalik kita kepada hadith 9 yang kita baca pada kali ini. Bagaimana Nabi s.a.w. menyebut bahwa yang mula-mula sekali datang untuk memberi syafaatnya kepada kita ialah amalan as-Solah (sembahyang). Dan sembahyang bercakap, “Akulah sembahyang.”...Inilah dia cara ALLAH SWT mengajar kita mengenai prinsip keimanan. Diantaranya ialah mempercayai persoalan ghoibiyah. Yakni yang kita dengar ceritanya melalui telinga, tetapi tidak dapat dilihat perkara itu dengan mata kasar, seperti Nabi s.a.w. sebut "sembahyang bercakap". Boleh ka kita imagine macamana sembahyang itu boleh datang dan bercakap untuk membela kita?...Tak boleh tuan-tuan, sebab ini adalah persoalan ghoibiyah. Lagipun Islam mengajar kita "Sami` na wa ato`na". Dan Islam mengajar kita juga bahwa segala apa yang Muhammad s.a.w. sebut adalah wahyu daripada ALLAH SWT. Maka dengan kerana itu, tidak ada sebab untuk kita meletakkan keraguan atas segala apa yang Nabi s.a.w. sebut. Lagipun ALLAH itu adalah Tuhan yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Jadi, Dia boleh buat apa saja sehinggakan tidak pernah terfikir oleh kepala hotak kita yang sempit ini. Maka sebab itu, tidaklah menghairankan kalau Dia boleh buat sembahyang bercakap. Bukankah ada sebuah hadith yang menceritakan bagaimana di Padang Mahsyar kelak ada golongan manusia yang berjalan di atas muka mereka, yakni dalam keadaan wajah ke bawah dan kaki ke atas?...Bila Nabi s.a.w. sebut lagu tu, lalu ada sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana manusia boleh berjalan dengan mukanya ke bawah dan kakinya pula ke atas?”...Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab dengan ringkas sahaja, “ALLAH SWT lah yang telah menjalankan kamu di atas kedua kaki, dan ALLAH SWT itulah juga yang akan menjalankan kamu di atas muka kamu.”...Nauzubillahiminzalik…Jadi, bila Nabi s.a.w. kata sembahyang boleh bercakap, kita jangan dok rasa pelik kerana ini semua adalah kerja ALLAH SWT.

Bila disebut sembahyanglah yang datang paling awal sekali untuk membela kita, teringatlah saya kepada peristiwa mahal yang paling berharga di dalam bulan Rejab, iaitulah tentang peristiwa penerimaan sembahyang. Sebab itu, kalau dalam mana-mana ceramah berkenaan Israk Mikraj, kalau tak diceritakan hal sembahyang, may be ada something wrong lah kat ustaz yang menyampaikan ceramah tu. Sepatutnya dalam ceramah Israk Mikraj, ustaz-ustaz kena tekankan betapa mahalnya ibadah sembahyang yang diterima oleh Rasulullah s.a.w.. Penerimaan amalan sembahyang agak special sikit, bukannya seperti penerimaan amalan-amalan yang lain. Amalan-amalan apa pun seperti zakat, haji, puasa, sedeqah; kesemuanya ini, Jibril a.s. yang turun dengan laju menyampaikan wahyu….Tuan-tuan tau ka berapa laju Jibril turun?...ALLAH kata bahwa sekiranya Jibril a.s. ditugaskanNya untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi s.a.w., dan ketika itu Jibril berada di ufuk tinggi, maka dengan dia pandang saja kepada Rasulullah, maka sampailah dia kepada Rasulullah s.a.w...Itulah dia kelajuan Jibril a.s.

Tetapi bagi amalan sembahyang, ALLAH SWT memerintah Jibril a.s. untuk menjemput Nabi s.a.w. naik bertemu denganNya untuk mengambil amalan sembahyang. Ketika itulah Nabi s.a.w. melihat sendiri keadaan Jibril a.s. dalam bentuknya yang asli buat kali yang kedua, yakni di Sidratul Muntaha. Kali yang pertama Nabi s.a.w. melihat wajah Jibril a.s. yang asli ialah semasa baginda lari keluar daripada Gua Hira` setelah dipeluk oleh Jibril. Apabila Rasulullah lari keluar, kemudian bila baginda mendongak ke atas, baginda nampak Jibril sedang duduk di antara kaki langit dengan memenuhi ruang angkasa. Itulah besarnya Jibril a.s...Jadi untuk kedua kalinya Nabi s.a.w. melihat Jibril a.s. ialah sepertimana kata ALLAH, “Sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril dalam wajahnya yang asli untuk kali yang keduanya di Sidratul Muntaha.”...Di Sidratul Muntaha inilah Nabi s.a.w melihat akan kebesaran ALLAH SWT, dan besarnya tubuh Jibril a.s.. Dan bila sampai di Sidratul Muntaha ini jugalah, maka berlakulah perpisahan antara Nabi s.a.w. dengan Jibril a.s.. Kata Jibril, “Setakat inilah sahaja yang boleh saya pergi, wahai Rasulullah. Kerana kalau saya pergi lagi dengan lebih jauh dengan melintasi Sidratul Muntaha, maka tubuh saya akan terbakar.”...Rupa-rupanya para malaikat yang dibuat daripada cahaya ini tidak boleh pergi melepasi Sidratul Muntaha, kerana bila cahaya masuk ke kawasan selepas Sidratil Muntaha, maka akan hangus terbakar...Lalu Nabi s.a.w. pun naik melepasi Sidratil Muntaha seorang diri, dan berkata dia, “Aku melepasi 70000 hijab untuk sampai mengadap ALLAH SWT.”...Kemudian bila Nabi s.a.w. sampai mengadap ALLAH SWT, maka di sini berlaku sedikit khilaf, yakni antara Ibn Abbas radiallahuanhuma dengan Aishah radiallahuanha. Iaitu berhubung persoalan, adakah Nabi s.a.w. melihat ALLAH?...Disini berlaku khilaf. Kata Ibn Abbas r.a., “Rasulullah s.a.w. melihat ALLAH.”...Manakala kata Aishah r.ha pula, “Rasulullah s.a.w. hanya mengadap ALLAH, tetapi tidak melihat ALLAH.”...Jadi, bila berlaku sedikit khilaf seperti ini, apa yang perlu kita buat ialah jangan dok bertekak sapa yang betul. Kita perlu ingat bahwa mereka berdua adalah sahabat dan sahabiyah yang ada kekurangan kerana mereka bukan rasul, maka oleh sebab itulah juga mereka bukan maksum. Tapi apa yang penting yang kita nak bagitau ialah Nabi s.a.w. mengadap ALLAH; habih cerita. Sebab memang confirm Nabi s.a.w. mengadap ALLAH. Jangan kita hanya pandai dok bertekak di kedai kopi "nampak atau tak nampak", tapi sembahyang tak buat...Yang ni yang tak berapa berkenan.

Kemudian bila Nabi s.a.w. sampai melepasi kawasan Istawa, maka Nabi s.a.w. melihat akan kebesaran ALLAH SWT. Maka di situlah terpancarnya daripada mulut Nabi s.a.w. , “At tahiya tulmubaroka......tu lillah”. Yang bermaksud, “Segala kehormatan, kelimpahan, kebahagiaan dan kebaikan adalah untuk ALLAH."”...Terus saja Nabi s.a.w. membacakan kalimah ini apabila melihat Keagungan dan Kebesaran ALLAH. Lalu ALLAH menjawab, “Assalamu `alaika........wabarokatuh.”. Yang bermaksud, "Kesejahteraan, rahmat ALLAH, dan barakahnya tetap kepada mu wahai Nabi.”....Dan Nabi s.a.w. balas balik, “Assalamu `alaina.......hissolihin.”. Yang bermaksud, “Kesejahteraan juga semoga tetap ke atas kami dan hamba-hamba ALLAH yang soleh-soleh.”...Inilah dia bacaan tahiyyat dalam sembahyang yang kita berulang-ulang kali baca tanpa jemu itu. Dimanakah sejarah berlakunya bacaan tahiyyat ini tuan-tuan?....Ia berlaku di kawasan atas daripada Sidratil Muntaha. Sebab itu, mana mungkin kita boleh buat lebih kurang saja dengan sembahyang ni. Yang ianya diambil sendiri oleh Nabi s.a.w. dari suatu tempat yang begitu tinggi sekali kemuliaannya, iaitulah di sisi ALLAH SWT; bukannya melalui Jibril turun menyampaikan wahyu. Kemudian terpaksa pula Nabi s.a.w. melalui berbagai-bagai peraturanNya, seperti pada mulanya difardhukan 50 waktu untuk umat Muhammad s.a.w., tapi kemudian akhirnya dikurangkan menjadi 5 waktu sahaja. Dimana 5 waktu itu pun diberi pahala seperti 50 waktu yang asal. Disini berlaku sedikit perbahasan diantara ulama`; iaitu mengapa ALLAH TA`ALA tak bagi terus 5 waktu pada Nabi s.a.w. ketika itu?...Takkan ALLAH SWT yang Maha Mengetahui itu, tak tahu bahwa Nabi s.a.w. akan berulang alik 9x untuk bertemu denganNya?...Takkan Dia tak tahu yang Nabi s.a.w. akan bertemu dengan Nabi Musa a.s. di langit yang keenam, yang mana atas nasihat Nabi Musa itulah membuatkan Nabi s.a.w. terpaksa berulang sebanyak 9x?...Jadi, apa perlu Nabi s.a.w. 9x turun naik pergi bertemu dengan ALLAH SWT?....Lalu apabila berlaku perbahasan diantara ulama`mengenai hal ini, maka akhirnya mereka mendapat jawapan bahwa inilah sebenarnya tarbiyah daripada ALLAH SWT. Yakni sebagai suatu tanda bahwa hubungan kita dengan ALLAH, jangan putus. Kalau berlaku saja apa-apa masalah seperti masalah keluarga, masyarakat ataupun negara sekalipun; prioritinya ialah mengadu pada ALLAH SWT dulu, seperti buat sembahyang hajat apa semua. Kemudian baru kita ikhtiar cara manusia. Sebab itu, kita jangan sekali-kali memperlekeh dan mempersenda-senda sembahyang hajat maupun qiamullail. Kerana kita pernah dengar akan suara-suara biadap yang mengatakan bahwa qiamullail inilah yang boleh merosakkan pelajaran. Sebab kononnya bila student berqiamullail, berkemungkinan mereka akan fail exam kerana pening kepala tidur tak cukup. Inilah dia contoh otak sekular yang bertaburan di atas bumi Malaysia hari ini. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada kita yang bergelar pejuang-pejuang agama ALLAH, iaitu jangan sekali-kali kita memperlekeh sembahyang kerana ia merupakan ibadah yang paling besar di sisi ALLAH SWT. Kerana amalan lain diturunkan melalui wahyu, tetapi amalan sembahyang dijemput khas Nabi s.a.w. untuk naik mengambilnya dengan menembusi 7 lapisan langit termasuk melepasi Sidratil Muntaha sehinggalah sampai ke Istawa`, dan akhirnya mengadap ALLAH SWT.

Pentingnya amalan sembahyang ini, sehinggakan terdapat 2 pendapat ulama` tentang orang Islam yang meninggalkan sembahyang. Contohnya, seperti sewaktu seseorang itu belum mendapat hidayah lagi. Iaitu masa tengah dok hangat heavy metal dulu. Jenis simpan rambut punya la panjang sampai ke tengah belakang nu. Pakai seluaq jeans ni kira sampai tak nampak rupa seluaq dah, punya la koyak rabak. Jenis yang keluar masuk panggung wayang ni. Tak reti nak pi kuliyyah-kuliyyah di masjid macam sekarang ni. Tapi tiba-tiba sekarang ni, ALLAH SWT campakkan hidayah kepadanya; jadi nak buat macamana sekarang?...Macamana dengan waktu-waktu sembahyang yang ditinggalkannya sewaktu rock n roll dulu??...Disini ada 2 pendapat ulama` mengenainya :

1) pandangan pertama adalah agak keras sebab ulama` sebut HARAM bagi orang seperti ini untuk buat semua sembahyang sunat. Maknanya segala qobliyah, ba`diyah, tarawih apa semua ni adalah haram, kecuali dia kena habiskan sembahyang qado nya terlebih dahulu.

2) pandangan daripada Imamul Syafie, yang mengatakan bahwa, “Qado lah dan sembahyang sunatlah.”...Yang ni yang kebanyakan daripada kita ambik sebab ia lembut sikit. Jadi, bolehlah kita buat segala qobliyah, ba`diyah, dhuha, tarawih, dan disamping itu jangan sekali-kali melupai sembahyang qado. Kalau kita tak ingat berapa banyak yang perlu diqadokan (maklumlah 10 tahun tak sembahyang sebab sibuk dengan dunia metalnya), maka buatlah setakat mana yang mampu. Kalau kita rasa tak habih lagi, maka teruskanlah. Ataupun memang kita dok buat sehingga dah habih di sisi ALLAH, tapi kita tak tau lalu dok terus lakukan; takpa aih, boleh pahala juga tu. Apa salahnya?...Janji mau buat, jangan tak buat. Inilah dia hukum dalam perkara meninggalkan sembahyang...nauzubillah...minta dilindungi ALLAH sebab sembahyang ni memang tak boleh ditinggalkan sama sekali, walaupun dalam keadaan sakit ataupun bermusafir sekalipun, sembahyang mesti kita dirikan juga.

Dan sembahyang juga hendaklah dijadikan sebagai asas pendidikan kepada kanak-kanak, sepertimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “Perintahkanlah anak kamu bersembahyang ketika usianya 7 tahun. Kalau mereka tak sembahyang juga ketika berumur 10 tahun, maka pukullah mereka.”...Nabi s.a.w. bagi lesen suruh kita pukul, tapi bukan yang menyakitkan. Ia hanya sekadar untuk memberi pengajaran kepada anak kita itu bahwa sembahyang ini merupakan pendidikan asas yang paling utama sekali.

Dan apa yang paling penting dalam bab sembahyang ni ialah dia boleh sampai ke tahap mencegah kemungkaran. Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Abu Hurairah r.a. (yang ni bukan hadith), “Barang siapa yang sembahyang tapi tidak ia cegah akan kejahatan (yakni tidak buat amal makruf nahi mungkar), maka dia akan semakin jauh semakin jauh semakin jauh daripada ALLAH (yakni bukan semakin dekat).”...Jenis ni, hangpa nak melantak harta riba ka, hangpa nak mentahkedarah arak berapa banyak tong ka, hangpa nak berjudi sampai ke pagi ka, orang buat kezoliman kepada para reformis ka; dia tak peduli. Yang hanya dia kira ialah sembahyang dia sahaja. Dia tak kisah dah dengan hal-hal persekitaran dia; janji ada masjid boleh dia sembahyang, kira okay la tu. Dia tak peduli dah untuk mencegah kemungkaran. Golongan macam ni la ni banyak tuan-tuan. Nampak aje pakai serban panjang dahi hitam, tapi apa yellow pun tak tau. Jenis yang tak mengaji ni payah, sebab bila kita mendedahkan kejahatan seseorang, dia pi kata pula kita mengumpat, "Ya Sheikh, anta sudah kata sama orang. "...Memanglah ALLAH tak suka orang mengumpat, sebab dia masuk dalam dosa yang agak besar. Mengikut hukum, kalau kita menceritakan keburukan si A kepada B, tapi cerita itu tak sampai kepada A; maka cukup untuk kita bertaubat. Tapi kalau cerita itu sampai kepada A dan A tahu kita umpat dia, maka apa yang perlu kita buat ialah bertaubat dan perlu pi minta maaf kepada A. Tetapi barang diingat bahwa ada juga umpat yang dibolehkan (kalau nak bahas, jadi cerita panjang pula nanti), yakni mengenai orang yang jelas akan kejahatannya serta berbangga pula dengan kefasikannya. Sehingga kita boleh sebut nama dia supaya orang jangan ikut dia. Maka kita sudah mengumpat ketika itu, tapi mengumpat seperti itu menjadi wajib pula ke atas kita. Dalam ertikata lain, boleh pahala pula kat kita sebab untuk cegah kemungkaran. Sebab itu, saya selalu sarankan supaya kita pi mengaji. Jangan serban saja besaq tapi tak mengaji.

Lalu bila sembahyang datang, maka ALLAH kata, “Engkau sahaja tidak cukup.”...Kemudian kata Nabi s.a.w., “Mari pula sedeqah.”... Jadi, bila tidak memadai dengan sembahyang, maka sedeqah pula datang tolong support. Lalu kata sedeqah, “Wahai ALLAH! akulah sedeqah.”...Sedeqah ini sebenarnya cukup luas pengertiannya tuan-tuan. Antara maksud sedeqah ialah membantu dengan harta benda seperti yang kita sedia maklum. Begitu juga apabila kita membantu dengan mengguna tulang 4 kerat kita, seperti tolong mengangkat barang kawan sewaktu dia nak pindah, itu pun sedeqah juga. Kamu melemparkan senyuman pun dikira sedeqah juga. Cumanya jangan senyum sorang-sorang, takut nanti orang hantar pi Tanjung Rambutan pula. Kemudian bila suami mencampuri isterinya secara halal, bermakna suami isteri itu saling bersedeqah diantara mereka. Ini Rasulullah s.a.w. yang sebut. Kemudian dengan kita bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir juga adalah merupakan amalan-amalan sedeqah belaka semua tu. Inilah luasnya pengertian sedeqah, jangan kita letak sedeqah ni hanya bila bagi duit sahaja, Sebab itu, sedeqah ini akan datang membela kita.

Lalu kata ALLAH kepada sedeqah, “Tujuan engkau baik, tapi engkau sahaja tak cukup.”...Kemudian datang pula puasanya untuk membela. Sebab itu, bagi kita orang yang beriman, bila masuk saja bulan Rejab, kita rasa seronok tak terkira. Sebab bulan Rejab itu adalah "Baabun Ramadhan", yakni pintu kepada Ramadhan. Bila masuk aje Rejab, itu tandanya Ramadhan semakin dekat semakin dekat, lalu kita pun tak sabar dah. Kemudian bila habis Rejab, masuk pula Syaaban. Bila masuk Syaaban, kita digalak perbanyakkan puasa sunat, sebab pernah dilaporkan oleh Saiyyidatina Aishah, “Tidak ada bulan yang Nabi s.a.w. paling banyak puasa sunat kecuali Syaaban.”...Sebab itu, bila masuk saja bulan Syaaban, kita kena banyak puasa sunat. Nak selang sehari ka, nak buat Ithnin Khamis ka, buatlah; janji kita mau buat lebih sedikit dalam bulan Syaaban sebab itulah sunnah Nabi s.a.w..

Sebenarnya, puasa sunat dalam bulan Rejab/Syaaban ni hanyalah latihan sahaja sebelum menjelangnya Ramadhan. Bayangkan tuan-tuan, orang yang tak pernah puasa sunat, tiba-tiba datangnya Ramadhan; tuan-tuan boleh bayang tak dia punya panik lagumana?...Puasa Ithnin/Khamis tak pernah, 10 Muharram tak pernah, 3 hari setiap bulan hari-hari putih (13/14/15 haribulan Islam) tobat tak pernah buat; tiba-tiba masuk Ramadhan, tuan-tuan boleh bayang tak lagumana dia punya pening?...Dok tengok rokok eh! eh! eh! eh! bunyi pun. Sebab itu, Nabi s.a.w. suruh kita latih dengan puasa sunat.

Tapi kata ALLAH kepada puasa, “Bagus dah kamu datang, tapi kamu sahaja tak cukup.”...Maka selepas itu kata Nabi s.a.w., “Tiba-tiba datanglah Islam.”...Ugama Islam tu sendiri datang kepada ALLAH, tuan-tuan. Inilah yang dikatakan ghoibiyat, yakni benda tak nampak tapi dia berlaku. Bila ugama Islam tu datang, dia kata, “Engkaulah as-Salam, dan akulah Islam.”...Bagi ALLAH itu ada nama-nama yang baik, maka kamu berdoalah, menyerulah dan memintalah dengan menggunakan namaNya. Antara salah satu nama ALLAH adalah as-Salam. Dari as-Salam inilah yang selalu kita sebut ketika memberi salam waktu bertemu sesama orang Islam, yakni Assalamu`alaikum warahmatullah. Sebab itu, kita kena perati tengok dan buat teguran kepada budak-budak yang suka buat main-main dengan ucapan salam ni. Kita kena pesan dan mendidik mereka, sebab kadang-kadang kita dengar mereka dok main-main kata, “Assalamu`alaikum.”...Kawan dia jawab,”"Kum apa?”...Dia jawab, “Combat.”...Kemudian, “Bat apa?”...Dia jawab, “Batman”...”Man apa?”…”Mentol.”...”Tol apa?”....”Tolol.”...Jaga tuan-tuan. Bila kita dengar budak-budak dok main-main lagu ni, kita kena tegur depa. Sebab perkataan as-Salam dalam ucapan salam ni adalah nama ALLAH, jadi dia bukan boleh buat main-main. As-salam adalah nama ALLAH yang bermakna keamanan dan kesejahteraan. Sebab itulah di Masjidil Haram di Kota Mekah, pintu yang paling utama ialah Baabun Salam. Walaupun ada pintu King Abdulaziz, ada baabun Syaibah, ada baabun Ali, ada baabun Umar dan bermacam-macam jenis pintu lagi; tapi selalunya jemaah kita yang pergi umrah/haji, pada hari pertama mereka akan dibawa masuk melalui Baabun Salam. Kita masuk melalui Baabun Salam (pintu keamanan) kerana di situ jugalah Nabi s.a.w. masuk ketika baginda menunaikan haji/umrahnya. Melalui Baabun Salam inilah juga kita akan lalu ke kawasan Mas`a (kawasan orang sedang saei). Dan sebelum masuk tu, kita akan berdoa, “Allahumma antassalam, waminkassalam...”...Tapi sebab yang paling penting kita masuk melalui Baabun Salam itu ialah sebab Nabi kita masuk. Yang ni yang perlu kita faham. Bukan saja-saja seronok punya cerita ni. Contohnya, macam kita suka makan timun, tembikai, daging kambing dan keju umpamanya. Kita suka tu pasai apa?...Kita suka sebab Nabi s.a.w. suka. Bukannya pasai sedap. Kita suka makan timun sebab Rasulullah suka makan timun. Ataupun kita suka makan kambing sebab Nabi kita Rasulullah suka makan kambing. Kita ikut bukan kerana sedapnya makanan itu, tapi kita ikut makan sebab Nabi kita makan. Inilah ceritanya bagaimana nak ikut sunnah. Sedap apa timun tu tuan-tuan; bukan manis apa pun. Dengan payau dan kadang-kadang pahit pula tu. Tapi pasai Rasulullah makan, kita pun gagah pi makan juga. Inilah sunnah di sudut pemakanan...Jadi samalah juga dengan kita masuk melalui Baabun Salam itu kerana Nabi s.a.w. kita masuk. Bukan pasai melalui pintu tu kita boleh terus ke pintu Ka`abah; bukan lagu tu. Tapi pasai Muhammad rasul aku masuk, maka aku pun masuk. Kelakuan sebeginilah yang telah dilakukan oleh Saiyyidina Umar al-Khatab ketika mana dia mencium Hajar Aswad. Dia bercakap dengan batu tu, “Hoi batu hitam! aku cium hang bukan pasai nama hang batu hitam. Tapi aku cium pasai aku nampak Nabi aku cium. Engkau hanyalah batu.”...Saiyyidina Umar r.a. menilai Hajar Aswad dari sudut kelakuan Nabi s.a.w.. Inilah dia sunnah.

Maka kata Islam, “Antassalam wa ana Islam.”...Jadi, yang last sekali siapa datang tuan-tuan?...Ugama Islam tu sendiri datang membela kita balik. Sebab itu, mana jalan kita nak buang perkataan “Islam”?...Jadi, kita nasikatkan kepada orang-orang yang ada niat nak buang perkataan “Islam” ni, "Yang dah lepas tu, lepaslah. Janganlah dok buat lagi kerja lagu tu."...Sebab “Islam” tu besok akan datang membela kamu. Dah kalau kamu buang perkataan “Islam”, maknanya kamu tak suka Islam, jadi bagaimana Islam nak datang membela kamu?...Hadith ni bukan Pas saja-saja dok reka apa ka, tapi hadith ni Nabi s.a.w. yang bagitau. Dan kitab ini pula diikhtiraf oleh Jabatan Perdana Menteri. Itu sebablah saya sebut bukan Melayu saja yang selalu lupa, tapi Mahathir pun selalu lupa juga sebab kitab ini ada cop daripada Jabatannya sendiri. Ataupun cop saja ada, tapi baca tak pernah. Lagu tu la kot.

Maka bila Islam datang, ALLAH SWT kata, “Pada hari ini, dengan engkaulah Aku menerima dan dengan engkaulah jua Aku memberi balasan.”...Apakah maksudnya ALLAH berkata begitu?...Maksudnya ialah mai lah sembahyang, mai lah zakat, mai lah puasa, mai lah amalan apa pun, tapi kalau aqidah kita bocor, habih!...Kalau aqidah runtuh, maka kesemua amalan-amalan tadi tidak ada gunanya lagi. Itulah maksud hadith yang ke 9 ini. Yakni kalau Islam kita tidak macam Islam Rasulullah s.a.w. ataupun tidak macam Islam para sahabat r.a., atau dalam lain perkataan, Islam kita ni jenis baka sahaja, maka akan jadilah sepertimana kata Nabi s.a.w. dalam hadithnya yang lain, katanya, “Pada akhir zaman nanti, Islam ini akan tinggal pada nama sahaja.”...Sekarang ni pun kita boleh lihat bagaimana emak bapak memberi nama-nama yang cukup hebat kepada anak-anak mereka. Bukan macam era 60an dan 70an dulu, nama anak-anak hanya diberi dengan 2 perkataan sahaja, seperti Abdul Wahab, Mohamad Yusuf, Zulkifli, umpamanya. Tapi sekarang ni mari pula trend bubuh nama anak sampai 3 perkataan seperti Ahmad Nizam Syazwan, Mohd Syafiq Daniel dan macam-macam lagi yang memang hebat-hebat belaka. Walaupun kita dengar cantik-cantik belaka nama orang-orang Islam mutakhir ini, tapi Nabi s.a.w. kata, “...tinggai nama saja la.”...Kerana Islam tidak dipraktik lagi dah. Sebab itu, Nabi s.a.w. kata dalam satu lagi hadithnya yang lain, “Islam akan terongkai satu demi satu daripada ikatannya. Mula-mula yang terungkai ialah al-Hukmuh yakni hukum....dan yang paling pengabih sekali terungkai ialah as-Solah yakni sembahyang.”...Sekarang pun kita boleh tengok, orang dah tak ambil peduli lagi dah dengan sembahyang. Inilah dia hasil akibat daripada manusia yang tidak faham akan Islam yang sebenarnya, yakni Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w..

Kita tak mau Islam baka; yang ni tak aci. Yang kita mahu ialah Islam macam Islam Rasulullah s.a.w. atau macam para sahabat r.a., yakni sentiasa berkorban untuk agama ALLAH. Dalam ertikata lainnya ialah kita sanggup lakukan apa saja demi kerana Islam. Walaupun kita tak berperang lagumana sahabat r.a. sehingga ada yang terkoyak isi perut dan ada yang sampai capik sebelah kaki (Abdul Rahaman bin Auf) kerana mempertahankan Islam, dan Nabi s.a.w. pula sampai pecah pipi dan gigi gerahamnya dalam Perang Uhud kerana mempertahankan Islam; tapi kita juga jangan ketinggalan untuk menjadi golongan yang kerana ALLAH, kita sanggup melakukan segala-galanya. Yang ni kena ada dalam diri kita masing-masing. Kalau tidak ada kerana kita hanyalah Islam baka, maka di akhirat kelak, Islam tidak akan dapat membela kita.

Sebab itulah kita kena hayati elok-elok akan hadith ke 9 ini kerana dengan Islam inilah ALLAH akan menerima dan memberi balasan daripada amalan kita nanti. Maknanya, Islam lah yang akan menjadi "Penentu" bagi segala-galanya. Sebab itu, semua pihak tak kiralah fahaman apa pun, asalkan dia mengucap 2 kalimah syahadah, maka dia mesti bertanggung-jawab untuk membela Islam. Kalau kita yang mengucap 2 kalimah syahadah, tapi dalam masa yang sama kitalah yang menjadi penghancur Islam, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan akan keputusanNya. Orang-orang zaman dahulu hancur adalah kerana mereka melawan Islam. Mereka lawan Nabi bermakna mereka lawan Islam, sebab semua para Nabi adalah pembawa ugama Islam. Jadi, kita kena ambil ikhtibar daripada kehancuran orang-orang sebelum daripada kita itu.

Kesimpulannya:

Hadith ke 9 ini mengajar kita bahwa setiap amalan yang kita buat akan tampil menjadi pembela. Amalan yang mana satu akan membela kita?...Iaitulah amalan yang lepas 7 petala langit dan selamat bertemu ALLAH. Ada amalan yang sangkut di langit 1, di langit 2 atau di langit 3 adalah kerana syirik, riak, hasad dan semua sifat yang tidak baik. Sebab itu, kita kena jaga segala amalan kita supaya bersih dan ikhlas, yakni Lillahi Ta`ala. Apa saja yang kita buat, prioritinya adalah ALLAH dulu. Dan untuk mendapat hati yang ikhlas, Imam Ghazali kata bahwa satu saja amalan yang boleh mengajar kita untuk jadi orang ikhlas, iaitulah Qiamullail. Maknanya, siapa yang bangun sembahyang malam, maka dia sedang mengajar membina dirinya untuk menjadi ikhlas. Sebab dia bangun tengah-tengah malam tu, siapa pun tak tahu melainkan ALLAH sahaja yang tahu. Sebab itu amalan tahajjud kata Imam Ghazali adalah amalan yang boleh membawa kita menjadi insan yang ikhlas kepada ALLAH SWT. Dan ALLAH tak suruh kecuali kita mengikhlaskan diri kerana ugamaNya.

ALLAHU TA`ALA `ALAM.


Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan