Make your own free website on Tripod.com

BAHAGIAN MUQQADIMAH 1

Kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah"

Bahagian Muqqadimah :

Muslimin/muslimat sekelian, hari ini merupakan muqqadimah kita kepada pengajian "Qanun Jinayah Syar`iyah". Untuk pengetahuan muslimin/muslimat sekelian, text pengajian kita adalah karangan Haji Said Haji Ibrahim, yakni bekas mufti negeri Sabah. Kemudian ustaz Ahmad Jailani memberitahu bahwa beliau juga menggunakan satu text lain yakni sebagai sokongan selain daripada text utama sepanjang pengajian kita, iaitulah sebuah kitab bahasa Arab "al-Fiqhul Islami wa- Adilatuhu" karangan Dr. Wahbah Suhaili, yang bermaksud "Fekah Islam dan Dalil-dalilnya".

Sepanjang pengajian kita ini, ustaz Ahmad Jailani kata bahwa beliau akan sedaya upaya untuk menyampaikan setakat mana ilmu yang ada padanya dibidang undang-undang sekular dan juga undang-undang syariah. Jadi, kita akan membuat comparison diantara undang-undang syariah yang datangnya daripada al-Quranul Karim/Hadis Nabi s.a.w., dengan sumber-sumber rujukan dalam undang-undang sekular yang diamalkan dalam negara kita hari ini.

Muslimin/muslimat sekelian. Tujuan ustaz Ahmad Jailani menceritakan pada peringkat awal tadi tentang masalah pengorbanan, masalah perbalahan dikalangan umat Islam, masalah boycott pulau memulau yang dibuat di zaman Nabi ialah kerana untuk menyedarkan kita bahwa pandangan manusia terhadap Islam pada hari ini adalah salah. Sebab hari ini, manusia anggap Islam ni lembut, mereka anggap Islam ni hanyalah pujuk rayu dan Islam ni hanya tau buat dengan cara yang beransur-ansur. Tetapi mereka tak tahu yang Islam ni juga ada masanya perlu bertegas dan menggunakan cara "syaddid" yang pernah diajar oleh Nabi s.a.w. kepada kita. Cara-cara sebeginilah yang banyak dikalangan kita, meninggalkannya. Kebanyakan ahli-ahli agama kita pada hari ini, bila bercakap tentang Islam, mereka hanya tumpukan tentang aspek kelembutan/toleransi; tetapi dari sudut ketegasan/disiplin/syaddid yang ada dalam ajaran Islam, mereka tinggalkan.

[ Ini cerita ulama dalam tv la tu. Ustaz-ustaz yang pro kita, kira ok punya. Hayun semacam aje. ]

Sebab itu, ustaz Ahmad Jailani bawa mai konsep syaddid yang ada dalam ajaran Islam di peringkat awal tadi ialah supaya kita boleh keluar daripada belenggu pemikiran umat Islam yang ada pada hari ini, yakni yang tengok Islam pada satu aspek sahaja. Sedangkan kita sebenarnya perlu melihat kepada keseluruhan aspek yang ada dalam ajaran Islam. Bila kita faham, InsyaALLAH kita akan mendapat pandangan yang tepat mengenai ajaran Islam. Maka barulah kita memperolehi hidayah daripada ALLAH SWT. Dan barulah kita boleh membezakan diantara kebenaran dengan kebathilan.

Ustaz Ahmad Jailani memulakan pembacaan kitab ini dengan membaca sedikit petikan daripada bahagian muqqadimah dalam kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dan sistem kehakiman dalam perundangan Islam berdasarkan al-Quran/hadis yang dikarang oleh Hj Said Hj Ibrahim. Pengarang kitab ini memulakan dengan kata-kata,

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Perenggan 1

Segala puji-pujian bagi ALLAH yang bersifat dengan EsaNya. Yang berkata dalam kitabNya al-Quranul Karim,

"Kenapa tidak ada beberapa orang daripada setiap firkah (kumpulan) yang kerjanya ialah memahami agama, yakni yang mempelajari ilmu."

[ Apabila ada panggilan untuk pergi berperang, jangan kesemuanya pergi berperang. Tetapi mesti ada sebahagian daripada orang Islam yang tinggal di kampung halaman yang kerjanya ialah memperdalamkan ilmu agama ALLAH SWT. ]

Selawat dan salam ke atas seorang yang tidak ada nabi selepas daripadanya, iaitulah selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w.. Yang berkata, "Sesiapa yang dikehendaki oleh ALLAH TA`ALA dengannya kebaikan, maka diberikan kefahaman tentang agama."

Dan selawat dan salam juga keatas ahli keluarganya, para sahabatnya dan para tabiin sehingga pada hari qiamat.

[ Pengarang memulakan muqqadimah dengan satu ayat daripada al-Quran dan satu hadis daripada Nabi s.a.w. tentang pentingnya ilmu. Sebab itu, kita sebagai orang Islam, mesti mau ada ilmu. Kalau kita tidak ada ilmu atau tidak ada kefahaman, maka kita akan menjadi manusia yang mudah diseleweng oleh syaitan; samada syaitan manusia ataupun syaitan jin. Contohnya; ustaz Ahnad Jailani bawa satu cerita yang pada ketika ini hangat diperkatakan kembali. Iaitu masalah penarikan tuduhan rasuah ke atas seorang menteri wanita dalam negara kita dengan alasan bahwa tiada bukti yang kukuh. Lalu ustaz Ahmad Jailani yang juga seorang peguam, memberitahu bahwa dari aspek perundangan yang sebenarnya dalam kes ini, penuduh yakni saudara Ezam ada menyimpan satu dokumen rasmi kerajaan. Setelah dokumen itu disiasat, maka didapati ada kes "primafacie" terhadap menteri wanita berkenaan. Yang dikatakan "primafacie" kes ni, ialah ada bukti untuk mengheret seseorang itu ke mahkamah. Tetapi tiba-tiba pula, ada seorang menteri yang lain mengatakan bahwa kes berkenaan tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana tidak ada bukti untuk mendakwa menteri wanita berkenaan.

Ok, disini kita ada 2 statement yang bercanggah. Yang pertama tu ialah statement yang disebut sebagai dokumentari, yang mana menyebut ada primafacie kes. Manakala yang keduanya pula, adalah press statement yang dikeluarkan oleh seorang lagi menteri yang mengatakan bahwa kes itu tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana tiada bukti.

Jadi, kita sebagai seorang yang mengaji agama, isu-isu semasa disekeliling kita juga perlu diambil kira. Sepatutnyalah kita dah boleh buat clarification sendiri dalam kes seumpama ini. Lalu ustaz Ahmad Jailani memberitahu bahwa dalam undang-undang negara kita, "burden of proof" ataupun beban pembuktian dalam undang-undang sekular yang diguna-pakai dalam negara kita hari ini; dia ada 2 :

i) Primafacie - Ia adalah datang daripada bahasa Latin. Manakala, orang putih bermaksud "clear". Maknanya dalam bahasa kita pula ialah jelas ada bukti.

ii) Beyond reasonable doubt – bahasa kita ialah melampaui keraguan yang munasabah.

...Bilakah kita guna "primafacie"?…Kita gunakannya bila kita nak dakwa seseorang. Seperti kita siasat seseorang; betul ka dia bunuh orang, betul ka dia ni mencuri, betul ka dia ni makan rasuah?..Kemudian bukti yang kita cari itu pula cukup sekadar "primafacie". Lalu bolehlah kita bawa dia ke mahkamah. Tapi nak kata dia bersalah ataupun tidak bersalah, tak cukup dengan "primafacie", maka disinilah perlunya "beyond reasonable doubt".

Contohnya; katakanlah nak dakwa sipolan itu mencuri kerana kita jumpa barang curi dalam rumah dia. Maka bila kita jumpa barang curi dalam rumah dia, inilah dia yang dikatakan "primafacie" kes. Maknanya, kita ada bukti untuk bawa dia ke mahkamah. Tapi nak kata sipolan itu benar-benar yang mencuri, belum tentu lagi betul. Kemudian perbicaraan pun dijalankan dengan memanggil pegawai penyiasatnya dan juga saksi-saksinya untuk memberi keterangan. Tetapi dengan kebijaksanaan peguam-bela yang menyoal saksi-saksi, sehingga menerbitkan keraguan pada saksi-saksi itu, maka akhirnya kes terpaksa ditutup kerana ada keraguan yang munasabah. Jadi, maknanya kes ini ada "reasonable doubt", kerana tak tau siapa sebenar yang ambil barang bukti itu, dan kemudian pi bubuh kat rumah tertuduh. Jadi, dalam kes ini, walaupun kita ada primafacie, tetapi diakhir perbicaraan ada keraguan, maka tertuduh akan dilepaskan. Inilah dia proceeding yang berlaku di mahkamah sekular dalam negara kita hari ini.

Berbalik kita kepada kes Menteri wanita tadi. Dan apa yang kita sudah faham dengan contoh yang diberi di atas, maka kalau kita ikut proceeding mahkamah sekular sekalipun, sepatutnyalah si menteri wanita ni sudah boleh dihadapkan ke mahkamah. Kita tak tuduh dia makan rasuah lagi, tapi bukti menunjukkan bahwa ada "primafacie". Buktinya sepertimana yang ada dalam dokumen itu, iaitu seperti diberi beberapa allocation kepada menantunya dan sebagainya. Maka ini adalah suatu pergerakan yang mana boleh menyebabkan wujudnya "primafacie". Jadi, sepatutnya si menteri wanita ni, boleh diheret ke mahkamah; tapi sebab apa ada seorang menteri lain tiba-tiba kata dalam suratkhabar, yang kes ini tidak ada bukti?...Apa maksudnya yang dia kata "tidak ada bukti" tu?…Sedangkan dokumen kerajaan itu dengan jelas mengatakan ada bukti "primafacie".

Jadi, tujuan ustaz Ahmad Jailani bawa mai cerita sebegini sebab dia nak bagitau bahwa kalau kita tidak mengaji, maka kita akan mudah percaya kepada statement yang dibuat oleh sesiapa sahaja. Tetapi kalau kita belajar, apabila ada isu-isu semasa sebegini, kita akan dapati bagaimana ada manusia yang sanggup memperdayakan manusia yang lain. Sebab itu, kita perlukan kepada ilmu, sebagaimana yang ditekankan oleh Hj Said Hj Ibrahim dalam muqqadimah kitabnya "Qanun Jinayah Syar`iyah". ]

Perenggan 2.

Pengarang menyatakan bahwa bagi orang-orang yang beriman yang menghayati hukuman ALLAH/RasulNya, yakni yang berteraskan al-Quran/hadis adalah suatu keyakinan yang lahir dari keimanan mereka bahwa syariat Islam adalah mengandungi bermacam-macam jenis hukum syara`, yang didapati hukum-hukum tersebut di dalam kitab-kitab fekah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

[ Lalu ustaz Ahmad Jailani pun bercerita supaya kita tidak jadi seperti apa yang berlaku di sebuah kampung di Temerloh, tak lama dulu. Puncanya terjadi kekecohan ialah hanya kerana tok imam tak baca doa kedua (penutup) selepas solat/wirid. Maka salah seorang daripada makmum pun marah. Lalu si makmum yang marah ni pun pi tunggu dan sekat tok imam di luar masjid. Tuan-tuan tau apa yang dia buat kat tok imam tu?…Dia bagi penampar sebijik kat muka tok imam tu, tuan-tuan. Yang ni lah yang dikatakan bergaduh tak kena tempat kerana tok imam tu tak buat benda sunat saja. Memang betul, ada masa-masa tertentu yang perlu dibenarkan oleh hukum syara` untuk membenarkan kita bergaduh. Misalannya; apabila kita tengok anak muda heret anak dara orang naik motor. Kita boleh pi sekat depa, suruh depa turun pasai depa tak kahwin lagi. Yang macam ni lah, kita mau bergaduh pasai clear depa buat maksiat. Tapi awat kita tak berani nak sekat/balun mat motor yang bawa anak dara orang tu?...Pasai apa kita berani sangat kat tok imam yang sudah tua??...Sebab itu, kita perlulah tahu membezakan akan keadaan macamana yang membolehkan kita bergaduh dan keadaan macamana yang tak perlu kita bergaduh. Dan juga kita perlu tahu juga keadaan macamana perlu kepada kaedah "syaddid" (tegas) dan keadaan macamana yang perlukan kelembutan.

Di dalam perenggan ke 2 ini juga, pengarang menekankan bahwa sebahagian daripada sumber hukum hendaklah kita ambil daripada kitab-kitab fekah yang ditulis oleh imam-imam mazhab. Oleh itu, kita janganlah mudah mengambil sikap gelojoh dalam masalah hukum fekah kerana banyak lagi sumber-sumber rujukan yang perlu diteliti sebelum membuat sesuatu keputusan tentang hukum fekah.

Sebagai contohnya, ustaz Ahmad Jailani membawa kita mengimbau kembali ingatan kita kepada kes Halimatun Saadiah yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Yakni kes Halimatun Saadiah dibuang kerja kerana pakai purdah. Dalam kes ini, peguam yang mewakili pihak majikan yang didakwa telah memanggil seorang mufti dalam negara kita ini supaya memberi keterangan sebagai "expert evidence" di mahkamah. Oleh kerana kes ini berhubung dengan hal ehwal agama Islam, maka mereka pun panggil seorang yang pakar dalam bab agama sebagai "expert evidence", yaknilah seorang mufti dalam negara kita. Maka soalan pertama yang diajukan oleh peguam yang mewakili majikan kepada mufti itu ialah, "Ada atau tidak, ayat dalam al-Quran yang mewajibkan wanita Islam pakai purdah?"…Lalu mufti berkenaan jawab, "Tidak ada."…Ini bermakna tak ada hukum dalam Quran yang menyuruh wanita pakai purdah. Oleh kerana keterangan itu dinyatakan oleh seorang pakar dalam bab agama, manakala peguam yang mewakili Halimatun Saadiah pula bukan seorang Islam (yakni Sikh), maka peguam Halimatun ini tidak tahu akan hukum agama, lalu tidaklah dapat ia melakukan "cross examine" balik terhadap saksi (mufti) itu.

Lalu kata ustaz Ahmad Jailani bahwa kalaulah peguam yang mewakili Halimatun ketika itu adalah dari kalangan peguam syariah, yang punyai ilmu dalam undang-undang syariah, maka tahulah mereka macamana nak ajar balik si mufti itu supaya bercakap benar dalam mahkamah. Jangan dok cakap separuh jalan. Seorang mufti sepatutnya ikhlas, terutamanya kepada seorang wanita Islam yang cuba untuk menghayati salah satu hukum dalam ajaran Islam, iaitu memakai purdah. Ustaz Ahmad Jailani kata kalau dialah yang jadi peguam Halimatun Saadiah ketika itu, maka dia akan "cross examine" balik mufti tu dengan soalan, "Sumber hukum syariah ada berapa dalam ajaran Islam?"…Mufti tu mesti jawab, "Ada 3. Yang pertamanya adalah kitabullah (al-Quran). Yang keduanya ialah as-Sunnah (hadis Nabi). Dan yang ketiganya ialah daripada qaul fuqaha` (pendapat-pendapat ahli-ahli fekah), yang membawa makna dengan ijmaknya, qiasnya, dan sebagainya."…Jadi, ini bermakna kalau tidak ada dalam Quran, pi lah cari dalam hadis Nabi. Kemudian kalau dalam hadis Nabi pun tidak ada, maka tengoklah pula pendapat-pendapat para ulama seperti ijmak dikalangan ulama dan qias yang dibuat oleh ulama-ulama Islam dan sebagainya. Jadi, dalam masalah pakai purdah ini, kalau tak dak dalam Quran, pi tengok pula dalam hadis Nabi. Mungkin dalam hadis Nabi ada percanggahan pendapat, takpa, kita rujuk pula kepada sumber yang ketiga. Yakni qaul fuqaha` iaitu pendapat-pendapat ahli fekah. Ok la ni, kita mazhab apa di M`sia ni?…Semua orang nanti jawab, "Mazhab Imam as-Syafie."…Jadi, la ni cuba kita tengok qaul yang masyhur dalam mazhab Imam Syafie kata apa tentang pakai purdah bagi wanita?…Jawapannya ialah wajib, tuan-tuan woi!…Memang lah dalam mazhab Imam Syafie sendiri, terdapat banyak pendapat dalam hal ini. Seperti ada juga yang kata tak wajib, ada juga yang kata muka wanita adalah aurat, kemudian ada pula yang kata muka wanita bukan aurat tapi wajib tutup, dan sebagainya. Tetapi yang kita nak sebut ialah qaul atau pendapat yang paling masyhur dalam mazhab Imam Syafie dalam masalah muka wanita ni ialah wajah wanita bukan aurat tetapi wajib ditutup kerana takut fitnah. Maksudnya begini; katakanlah bila seorang wanita berjalan, tiba-tiba ada orang lelaki dok perati dan kenyit mata kat wanita itu. Ataupun rakan kerja lelaki sepejabat dengan wanita itu asyik mengelamun panjang tengok ke muka wanita itu, jadi bila sampai ke tahap begini, maka wajiblah wanita itu pakai purdah kerana mukanya membawa fitnah. Tapi kalau tuan-tuan nak pegang dengan pendapat daripada mazhab-mazhab lain, tak jadi masalah, silakan. Tapi cumanya yang kita nak sebut bahwa di dalam mazhab Imam Syafie sendiri, qaul yang paling masyhur kata wajib pakai purdah.

Sekarang kita berbalik kepada mufti itu tadi. Sebagai seorang mufti, sepatutnya dia faham dengan apa kita perbincangkan tadi. Tapi masalahnya, pasai apa mufti yang dalam kes Halimatun Saadiah itu, tidak mahu mendedahkan kepada mahkamah bahwa dalam mazhab Imam Syafie sendiri, pakai purdah itu wajib?…Yang ni yang dikatakan, ada juga mufti dalam negara kita yang tak berapa ikhlas, yakni bercakap hanya sekerat mengenai hukum agama. Mereka tak mahu "disclosed" hukum-hukum agama, yang menyebabkan adanya diantara wanita-wanita Islam kita yang teraniaya. Sebab itu, kita merasa tidak pelik, kenapa di dalam negara kita hari ini; orang pakai purdah boleh dibuang kerja, tapi orang yang pakai miniskirt pula tidak dibuang kerja. Malah dialu-alukan pula. Ini adalah kerana orang yang pakai purdah, dia tak boleh layan nafsu seks boss dia. Tapi orang yang pakai miniskirt ataupun yang tak pakai apa langsung inilah yang boleh melayan nafsu syahwat boss mereka. Kalau ada ramai wanita-wanita yang bertelanjang begini di pejabat, maka boss akan rajin datang awal ke pejabat. Datang awal bukan rajin nak buat kerja tapi datang awal kerana suka tengok peha yang gebu-gebu. Inilah contoh yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Sebab itu, muslimin/muslimat sekelian, dalam hal hukum hakam agama, kita perlu strict/tegas. Dan kita juga berharap kepada ahli-ahli agama dalam negara kita pada masa yang akan datang supaya mereka lebih ikhlas dalam menyatakan tentang hukum agama, supaya tidak ada lagi umat-umat Islam yang teraniaya kerana kenyataan-kenyataan pakar-pakar agama sendiri yang tidak jujur dalam bercakap tentang soal agama. ]

Dalam perenggan ke 3 pula, menyatakan bahwa diantara hukum-hukum syara` yang didapati di dalam kitab-kitab fekah mazhab imam-imam tersebut ialah hukuman yang bersabit dengan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syariah yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

[ Apabila kita bercakap berkenaan dengan fekah, maka sumber rujukannya ialah daripada kitab-kitab fekah yang dikarang oleh Imam-imam mazhab. Dan jinayah syariah juga adalah salah satu daripada perkara yang berkaitan dengan fekah. Apa yang kita faham tentang undang-undang jinayah?…Lalu ustaz Ahmad Jailani pun terangkan perbezaan diantara undang-undang jinayah dengan undang-undang sivil yang terdapat dalam mahkamah sekular yang ada dalam negara kita hari ini. Contohnya; bila kita pi mahkamah, lalu kita tengok satu kes; misal kata kes Maybank Berhad menyaman sipolan bin sipolan. Ataupun sipolan bin sipolan melawan/menyaman seorang yang lain; maka kes seperti ini dipanggil kes sivil. Tapi bila kita pi mahkamah ataupun kita baca dalam suratkhabar; kita tengok tajuk perbicaraan itu ialah seperti Pendakwaraya melawan Anwar Ibrahim. Ataupun pendakwaraya melawan Karpal Singh; maka ini adalah kes jinayah. Pasai apa kita kata ini kes jinayah?…Kerana yang dikatakan "pendakwaraya" itu ialah dia mewakili kerajaan. Ini adalah kefahaman secara ringkas mengenai perbezaan antara kes sivil dan kes jinayah. Oleh itu, dalam ertikata yang lain; kes sivil adalah satu kes yang melibatkan antara satu individu/kumpulan dengan satu individu/kumpulan yang lain. Manakala kes jinayah pula, ialah diantara negara dengan individu ataupun diantara negara dengan warganegara. Jadi, wakil kepada negara, kita panggil sebagai "pendakwaraya". Dan orang yang dituduh pula di dalam kes jinayah akan disebut namanya. Contohnya, seperti dalam kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim, maka disebutnya nama Anwar Ibrahim. Sebabnya ialah kerana saudara Anwar Ibrahim ini didakwa oleh kerajaan M`sia. Tapi dalam paper, dia tak bubuh la nama "kerajaan M`sia", yang dia bubuh ialah "pendakwaraya" . Maka inilah undang-undang yang dipraktis di dalam negara kita hari ini.

Manakala di dalam undang-undang syariah, ia juga terdiri daripada banyak undang-undang. Seperti undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam ataupun Qanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang ada. Tapi cumanya yang kita nak jadikan text pengajian kita kali ini ialah khusus berkenaan dengan undang-undang jinayah. Jadi apa yang kita faham sekarang, syariat hukum hakam ALLAH ini terbahagi kepada banyak undang-undang. Dan di bawah undang-undang jinayah itu pula terbahagi kepada 4 jenis; iaitulah hudud, qisas, diyat dan ta`zir.

i) Hudud – bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin). Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

ii) Qisas – bermakna balasan yang seimbang. Contohnya; apabila ada orang karate atas tengkok kita, maka balasannya kita kena karate balik atas tengkok orang tu. Orang tu butakan mata kita, maka kita kena butakan mata orang tu balik. Dia kerat kaki kita, maka kita kerat kaki dia balik. Ini semua dipanggil sebagai qisas. Sebab itu firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah 2:179 yang bermaksud, "Dalam undang-undang qisas itu, ada jaminan kehidupan, wahai golongan yang berakal fikiran."…Maknanya, kalau kita buat undang-undang qisas ini, maka ianya membawa jaminan kehidupan kepada manusia. Sebab itu, saudara/saudari dan muslimin/muslimat sekelian; kita berasa tak puashati apabila bekas Ketua Polis Negara hanya dikenakan 2 bulan penjara sahaja. Walhal dialah yang mendatangkan kecederaan yang teruk kepada seorang saudara seagama dengan kita. Yang kita mau ialah sebagaimana dia cederakan kawan tu, maka dia hendaklah dicederakan balik. Dia mengaku yang dialah yang karate atas tengkok kawan tu, maka sepatutnya tengkok dia mesti dikarate balik. Macamana dia biarkan kawan tu 5 hari tak dapat sebarang rawatan perubatan, maka kita biar dia pula merengkok dalam penjara dengan 5 hari tak dapat rawatan. Ini barulah adil dan barulah dia merasai apa yang kawan tu rasa. Tapi realitinya sekarang ialah dalam negara kita tidak ada qisas, maka inilah yang menyebabkan berbeza layanan berlaku di depan mata kita. Contohnya, kawan tu pi mahkamah dengan mata lebam. Manakala dia pi mahkamah dengan diescort oleh bodyguard yang pakai motor berkuasa tinggi. Inilah perbezaan layanan yang ada dalam negara kita. Sebab itulah dalam undang-undang Islam, yang keduanya , mesti ada qisas.

iii) Diyat – iaitu compensation. Yakni pampasan atau ganti rugi dalam kes-kes yang tertentu. Misalnya, apabila mendatang kecederaan kepada orang lain dalam keadaan tidak sengaja, maka hendaklah dibayar pampasan dan sebagainya.

iv) Ta`zir – ia adalah satu undang-undang yang cukup luas yang diberikan oleh Islam kepada pemerintah. Maknanya, apa bentuk hukuman pun, maka ia terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. Ta`zir ini, dia tidak ada limitasi. Sebagai contohnya, katakanlah dalam kes mencabul kehormatan yakni kes raba punggung budak kilang di pasar malam, misalannya. Kemudian yang ditangkap buat kerja ni pula ialah 2 orang. Seorang tu memang orang jahat, manakala yang seorang lagi pula didapati buat kerja ni ialah tok imam. Bila mereka dibicarakan; mula-mula sekali yang dihadapkan ialah orang jahat tu, yang memang di kampungnya, dia terkenal sebagai samseng jalanan yang suka kacau orang. Lalu apabila mahkamah tengok dia punya background pun tak berapa elok, maka diberi penjara 2 bulan. Biar padan dengan muka dia...Kemudian giliran tok imam pula untuk dibicarakan. Apabila ditanya pasai apa tok imam buat kerja macam tu; maka tok imam pun tak kata apa, lalu terus saja mengaku bersalah. Lalu hakim pun menganalisa character tok imam tu, yang selama ini merupakan seorang tok imam yang baik, tak pernah buat jahat dalam masyarakat, semua orang kenal dia sebagai orang yang berbudi bahasa, hormat kepada orang tua, kasih pada kanak-kanak; tapi inilah kali pertama dia buat salah kerana mungkin dia tak boleh nak control hasutan syaitan ketika itu. Lalu dengan kerana itu, hakim hanya beri amaran sahaja kepada tok imam tersebut. (Samalah juga dengan apa yang diceritakan oleh ustaz Ahmad Jailani perihal pengalamannya di mahkamah, yang mana peguam boleh "slow talk" dengan majistret, bagitau mengenai kebaikan client dia supaya hukuman diringankan). Jadi disini, pasai apa ada 2 keputusan yang berbeza, sedangkan kedua-duanya melakukan kesalahan yang sama?…Inilah yang dikatakan ta`zir. Tapi kalau jatuh dalam hukum hudud; hang tok imam ka, hang tok guru ka, hang samseng ka; kalau hang mencuri, sama saja hukumannya. Tak dak kata nak double standard, diskriminasi dan tidak ada perbezaan dalam masalah hudud. Yang inilah bezanya diantara hukuman hudud dengan hukuman ta`zir.

Tapi yang kita nak sebut ialah ada dikalangan masyarakat kita yang telah salah anggap tentang masalah perlaksanaan undang-undang Islam. Yakni mereka menganggap bahwa negara kita telah pun melaksanakan undang-undang Islam apabila hukuman ta`zir dijalankan. Mereka kata walaupun tak buat hudud bagi si pencuri, tetapi ta`zir tetap dikenakan ke atas pencuri berkenaan, dengan didenda atau dipenjara. Ok la ni, kita nak bagitau bahwa dalam ajaran Islam ni, undang-undang jinayah, dia ada 4. Dia ada hudud, qisas, diyat dan ta`zir. Keempat-empat ini wajib dilaksanakan, maka barulah kita boleh sebut melaksanakan undang-undang Islam. Kalau hanya ta`zir saja yang diguna-pakai dengan mengenepikan saja yang lain, kemudian kita kata bahwa undang-undang Islam sudah pun dilaksanakan; maka ini merupakan satu pembohongan/pendustaan kepada masyarakat.

Lalu ustaz Ahmad Jailani pun memberi contoh sebagaimana seorang wanita berpakaian. Walaupun wanita itu tutup betis dia serta tutup dada dia dengan pakai kebarung umpamanya, tapi kepala dia tak tudung; adakah dia dikira sudah menutup aurat?…Tidak tuan-tuan, dia masih dikira berdosa. Begitu jugalah dengan undang-undang jinayah syariah ni tuan-tuan. Walaupun kita melaksanakan ta`zir dengan mengatakan ta`zir ini sebahagian daripada ajaran Islam, tapi apabila kita meninggalkan hudud yang diwajibkan oleh ALLAH SWT, maka kita tetap dikira berdosa kerana meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. ]

Kemudian pengarang kitab ini menyatakan bahwa orang-orang yang beriman, wajib mempercayai dan meyakini bahwa hukuman-hukuman tersebut adalah hukuman ALLAH/rasulNya yang bersifat mutlak dan berdalilkan al-Quran/hadis, yang didapati huraian dan penjelasannya secara "tafsili" (satu persatu) di dalam semua kitab fekah mazhab-mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) yang wajib diterima dan dihayati oleh setiap orang yang beriman tanpa menimbulkan sebarang keraguan.

Syariat Islam – hukum agama yang tertakluk dibawah "tanzim dan tasyri`" (peraturan/perundangan syara`) yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan diikuti oleh umatnya adalah satu syariat - hukum agama yang cukup lengkap untuk menghukumkan sesuatu perkara yang berlaku mengikut hukuman ALLAH dan rasulNya. Dimana ALLAH SWT telah mengingatkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya mengikut jalan syariatNya - hukum ugama yang diwahyukan ALLAH kepada baginda sepertimana firmanNya yang bermaksud, "Kemudian Kami jadikan engkau diatas satu syariat yakni satu jalan daripada perintah, maka ikutilah ia. Dan janganlah kamu ikut hawa nafsu golongan yang tidak mengetahui." (Suratul Jaatsiyah ayat 18)

[ Inilah ayat peringatan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. bahwa ALLAH jadikan kita semua ni untuk duduk di atas syariatNya/undang-undang peraturanNya. Maka ALLAH kata bahwa apabila Dia dah buat syariat kepada kita, maka ikutilah akan jalan/syariat yang telah dibuat oleh ALLAH SWT kepada kita.

Jadi, dalam perenggan ini, pengarang mengatakan bahwa undang-undang syariat Islam ini adalah suatu tanzim/ peraturan/ perundangan yang cukup lengkap. Maknanya, ialah tidak ada kecacatan pada undang-undang syara` yakni sudah lengkap/sempurna. Dan kita sepatutnya merasa bangga dengan `izzah yang ada kepada undang-undang Islam yang diturunkan oleh ALLAH SWT. Tapi soalnya sekarang ini yang perlu kita jawab; pada hakikatnya adakah kita rasa bangga dengan undang-undang Islam yang ada pada kita hari ini?

Lalu ustaz Ahmad Jailani pun menceritakan pengalamannya sebagai seorang pengamal undang-undang. Beliau menyatakan bahwa bila dia masuk dalam kedua-dua mahkamah sivil/syariah, dia merasa ada perbezaan yang ketara. Ini ialah kerana, dalam mahkamah syariah hari ini, kita dapati bagaimana istilah-istilah yang digunakan oleh mahkamah syariah agak asing bunyinya, yakni bukan datang daripada Islam. Umpamanya dalam kes child custody, yakni kes perebutan hak penjagaan kanak-kanak. Proceeding dia macam ni; biasanya bila penceraian berlaku diantara suami isteri, dan bila si isteri nak minta hak penjagaan daripada mahkamah supaya mahkamah isytihar bahwa bekas isteri ini mendapat hak penjagaan anak-anak, maka dia mestilah mengfailkan saman dan pernyataan tuntutan di mahkamah syariah. Maknanya, kalau bekas isteri tu tinggal di Georgetown ni, maka dia kena failkan tuntutannya di mahkamah rendah syariah bandaraya di Batu Gantung. Atau kalau dia duduk di Bayan Lepas, maka dia kena failkan tuntutannya itu di mahkamah rendah syariah Balik Pulau. Ok, bila dia dah failkan saman dan pernyataan tuntutannya di mana-mana mahkamah rendah syariah dalam negeri Pulau Pinang ni, dan sementara menunggu hari perbicaraan itu yang mungkin mengambil masa 4-7 bulan lamanya sebab setiap kali dia hadir ke mahkamah dalam jangkamasa tadi, dia akan diberi beberapa kali tarikh sebutan hinggalah sampai kepada "hearing date" (tarikh perbicaraan). Sementara nak tunggu tarikh perbicaraan itulah, mungkin si ibu ini merasai kedudukannya tak berapa secure selagi dia tak dapat perintah sementara daripada mahkamah supaya dia boleh jaga anak dia ni. Dia mungkin takut bekas suaminya akan datang culik atau ambil anaknya secara senyap-senyap, jadi dia rasa tak selamat. Maka untuk dia dapatkan jaminan bahwa dia ada hak penjagaan anak-anak, dia terpaksa mendapatkan perintah sementara di mahkamah dengan membuat satu permohonan secara "exparte" yakni secara sebelah pihak. Dia tak perlu bagitau kepada bekas suaminya yakni dia buat permohonan ini secara senyap-senyap, dan bila dia dapat perintah daripada mahkamah, dan dengan perintah yang ada pada dia itu, maka bekas suaminya tidak lagi boleh mengganggu anak yang dalam jagaan dia itu. Inilah dia permohonan yang dipanggil "exparte" dan inilah istilah yang sebenarnya ustaz nak cerita mai.

Persoalannya sekarang, macamana istilah "exparte" ini yang digunakan dalam mahkamah sivil boleh diguna-pakai juga dalam mahkamah syariah?...Perkataan "exparte" ni, mai dari bahasa apa?…Dia bukan daripada bahasa Arab. Malah dia juga bukan daripada bahasa Inggeris. Jauh sekalilah daripada bahasa Melayu. Sebenarnya dia adalah bahasa Latin. Macamana pula bahasa Latin boleh digunakan dalam mahkamah syariah dalam negara kita?…Sebab undang-undang syara` kita hari ini, sebahagiannya diciplak daripada procedure yang ada dalam undang-undang sivil dalam negara kita. Yang mana undang-undang sivil dalam negara kita ini pula adalah saduran daripada undang-undang barat. Tapi macamana pula undang-undang barat boleh guna istilah-istilah Latin?…Inilah yang menunjukkan bahwa undang-undang barat terutamanya di Britain, telah dipengaruhi oleh undang-undang kerajaan Rom purba yang menggunakan bahasa Latin. Hah! yang ni yang ustaz Ahmad Jailani nak bagitau tu. Maknanya, hari ini kita bukan 100% menggunakan undang-undang syariah. Yang ni yang ustaz kata tadi, yang mana tak rasa ada `izzahnya pun bila kita masuk dalam mahkamah syariah. Kita tak rasa ada kehebatan/kemuliaan dalam mahkamah syariah sebab kita ciplak istilah-istilah sekular daripada mahkamah sivil. Yang ni yang jadi masalah tu. Apa maksud "exparte"?…Maksudnya sebelah pihak. Kalau kedua-dua belah pihak ada yakni isteri buat permohonan dan suami juga buat permohonan, depa kata "interparte". Niat baik iaitu niyyatun hasanah, depa panggil "bonafide". Manakala niat jahat yakni anniyyatus saiyyiah pula dalam mahkamah depa guna istilah "malafide". Inilah bahasa-bahasa Latin yang dipergunakan dalam mahkamah syariah. Jadi, bila kita gunakan istilah-istilah macam ni, maka kita tidak rasa ada `izzah dengan undang-undang syara`. Sepatutnya, kita kenalah guna istilah-istilah bahasa Arab sebab divine law yakni undang-undang daripada langit ini diturunkan wahyunya adalah dalam bahasa Arab. Kalaulah kita gunakan istilah-istilah Arab, Insya`ALLAH, sekurang-kurangnya kita rasa `izzahnya, yakni ada rasa kemuliaan/kehebatan akan undang-undang Islam yang diturunkan oleh ALLAH SWT.

Sebab inilah pada hari ini, kebanyakan daripada orang-orang Islam kita sendiri memandang rendah kepada mahkamah syariah. Hinggakan disebut sebagai mahkamah "rendah" syariah sahaja. Dan lebih-lebih menyedihkan lagi ialah apabila dalam seksyen 59 mengatakan bahwa kalau dalam undang-undang syara` Pulau Pinang ni ada kelemahan/ kecacatan/ benda yang tak tau nak pegang kat mana, maka dari segi procedure, ia hendaklah merujuk kepada undang-undang sivil dalam negara kita. Apa maknanya ini, tuan-tuan?…Maknanya, kalau kita rasa tak cukup atau tak lengkap dengan undang-undang syariah di Pulau Pinang ni, maka kita kena pinjam procedure daripada undang-undang sivil yang diciplak daripada undang-undang barat. Jadi, sapa yang inferior/rendah dan hina di sini?…Undang-undang syara` yang ada dalam negara kita la tuan-tuan. Kita mau tanya; pasai apa undang-undang syara` boleh dihina sebegini?...Sepatutnya undang-undang syara` inilah mesti dimuliakan dan ditinggikan. Maka siapa yang meletakkan undang-undang syara` kita di tempat sehina ini?…Tak lain dan tak bukan tuan-tuan, itulah dia orang yang mentadbir keadaan yang sedemikian. (Termasuklah orang-orang yang melantik depa-depa ni. Ini saya tambah). Yang inilah yang kita mesti perbetulkan. Dan kita harap generasi muda kita yang ditarbiyyah dan dilengkapkan dengan ilmu sebaik-baik yang mungkin supaya mereka suatu hari nanti menjadi golongan yang akan menyelamatkan imej Islam yang ada pada hari ini. Kita tak mau lagi lihat orang-orang Islam bila nak buat undang-undang syara`, tapi terpaksa lagi bergantung kepada undang-undang sivil. Sebab inilah yang membuatkan kita rasa malu/aib. Sepatutnya undang-undang sekularlah yang mau tiru kita. Sepatutnya undang-undang baratlah yang meneladani undang-undang syariah. Tapi oleh kerana kesilapan kita melantik orang yang tak sepatutnya berada ditempatnya itu, maka menyebabkan kita bila nak buat undang-undang ALLAH diatas mukabumi hari ini, kita pula terpaksa pinjam daripada undang-undang sekular. Sebab itu, untuk membuang benda-benda yang macam ni, kita harap generasi yang akan datang menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh generasi masakini, supaya kesilapan sebegini tidak akan berulang pasa masa hadapan.

Sebab itulah, ALLAH sebut dalam ayat 18 Suratul Jaatsiyah itu bahwa jangan kita ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Maknanya, kita sebagai orang yang mengaji, jangan tiru perangai orang-orang yang tak mengaji. Sebab inilah, kadang-kadang kita rasa sedih bila melihat orang masuk U dan ada pelajaran, tiba-tiba pi ikut orang yang tak mengaji. Begitulah juga, pasai apa orang yang dok ulang alik ke masjid, rajin buka kitab; tapi bila di luar daripada masjid, dia dok ikut orang yang tak mengaji kitab. Pasai apa orang yang kuat buat ibadah dalam masjid, tapi bila dia keluar masjid, dia dok ikut orang yang tonggang arak. Yang ni yang kita pertikaikan. Sebab itu, kita mau, kita yang taat/sujud kepada ALLAH inilah yang memimpin masyarakat. Biarlah golongan muttaqin yang bertaqwa kepada ALLAH inilah yang lead masyarakat. Kenapa mesti kita pi cium tangan orang yang tak sembahyang?...Kenapa mesti kita pi cium tangan orang yang dok pegang pinggang perempuan yang bukan mahram??…Kita tak mau benda-benda lagu ni berlaku dalam masyarakat kita lagi. Yang kita nak ialah menjaga kemuliaan serban/kopiah kita dan amal ibadat kita dalam masjid. Jangan kita dok memuliakan orang yang derhaka kepada ALLAH SWT. Semua ni bukan kita saja-saja nak cakap, tapi ini adalah satu arahan/perintah daripada ALLAH yang dipanggil divine law yakni undang-undang wahyu daripada ALLAH SWT terus dari langit kepada kita semua pada hari ini. ]

Kemudian pengarang mengatakan lagi bahwa syariat Islam membawa kebenaran yang jelas dan bebas daripada sebarang pengaruh dan kepentingan daripada pihak-pihak yang tertentu. Kerana ALLAH mengutus para Nabi-nabi ialah supaya mereka menghukumkan sesuatu perkara yang timbul dan yang berlaku diantara umat manusia itu secara adil, mengikut hukum-hukum ALLAH/rasulNya.

Firman ALLAH dalam Suratul Baqarah ayat 213 yang bermaksud, "Maka ALLAH SWT telah mengutus para nabi-nabi a.s. yang tugasnya sebagai pemberi berita gembira dan juga berita-berita ancaman/amaran. Dan menurunkan bersama-sama dengan mereka yakni kitab-kitab. Kenapa ALLAH beri kitab-kitab suci ini kepada nabi-nabi untuk diberitahu kepada manusia?...Ialah untuk menghukum diantara manusia dalam perkara yang diperselisihkan oleh manusia."

[ Maknanya, kalau kita ada masalah, maka al-Quran lah tempat rujukan kita. Kalau kita tak reti baca al-Quran, kat sapa kita nak pi tanya?…Ulama la jawapannya tuan-tuan. Kita tak mau seperti apa yang berlaku hari ini, dimana ulama pula kena refer kepada ahli politik. Sebab ALLAH SWT dah ajar kepada kita bahwa sekiranya sapa-sapa yang bergaduh, misal kata, bergaduh dikalangan ahli perniagaan soal untung rugi, soal haram ka halal ka dan sebagainya, maka kenalah mereka rujuk kepada ulama. Kalau pendidik bertelagah dalam soal sistem pendidikan, maka mereka juga kena rujuk kepada ulama. Begitu jugalah dengan ahli-ahli politik yang selalu mengharu-birukan pergolakan semasa, mereka inilah lebih-lebih lagi kena refer kepada ulama; bukannya rujuk kepada kuasa lain yang tak tahu menahu tentang al-Quran. Yang ni lah yang kita nak perbetulkan sebab ini semua adalah arahan daripada ALLAH SWT, supaya kita tahu ke mana kita nak rujuk sekiranya berlaku perselisihan dalam masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya diatas mukabumi ini.

Lalu ustaz Ahmad Jailani bawa mai satu contoh, dimana pada satu ketika dulu dalam masyarakat kita telah timbul satu suara terutamanya daripada pergerakan Islam yang tidak bersetuju dalam masalah pakaian ahli-ahli sukan. Contohnya, dalam acara renang. Pasai apa kena pakai swimming suit yang mendedahkan aurat?...Jadi bila ada suara-suara dalam pergerakan Islam mengkritik penganjuran sukan-sukan bertaraf antarabangsa mahupun kebangsaan seperti sukan Komanwel umpamanya, yang mana tidak mematuhi kod etika berpakaian secara Islam; maka ada satu suara lain pula yang membalas suara daripada gerakan Islam ini dengan mengatakan bahwa takkan nak pakai tudung dalam kolam renang. Nampak tak tuan-tuan macamana bangangnya orang yang keluar kenyataan lagu ni?...Sapa suruh hang pakai tudung bila nak berenang?…Nie, kita bagi pujian/tahniah kepada pelajar-pelajar ITM yang telah berjaya mereka-cipta pakaian renang khusus untuk wanita Islam. Ataupun pakailah setakat mana minima yang Islam tentukan kepada kita. Ataupun tak payah pakai tudung langsung, tapi dengan syarat satu stadium tu mau tak dak sorang pun lelaki. Susah ka?…Tak susah aih! Security kita ada, kan. Tapi kalau tergedik-gedik nak berenang depan lelaki bukan mahram juga, tudung kena pakailah, dan swimming suitnya hendaklah seminima yang dibenarkan oleh syara`.

Bagi lelaki pula, pasai apa bila nak berenang kita kena londeh sampai tinggai spender saja?…Bukan ka la ni dah ada seluaq yang tutup pusat sampai ke lutut. Nak main bola pula, la ni dah tarak masalah dah. Selain daripada track suit, kita boleh seghelom seluaq tight (apa ka nama pun tak tau) kot dalam seluaq bola tu. Jadi, masalah sukan la ni kira tak timboi dah aih; janji hang mau tutup aurat kira ok la tu.

Kemudian ustaz Ahmad Jailani cerita lagi pengalamannya, tapi kali ini masa dia pi mandi sauna kat hotel. Beliau kata apa yang dia baca daripada majalah kesihatan, mandi sauna ni kira bagus lah untuk kesihatan kita. Lalu bila pihak hotel yang dikunjunginya itu kata free, beliau pun pi la try. Mula-mula kena register, kemudian ambik tuala dan masuk tempat persalinan lelaki. Ustaz kata dia terkejut hampir nak rebah bila tengok ada yang selamba saja telanjang bulat dalam bilik tu. Kemudian bila dah salin pakai tuala, masuk pi duduk dalam bilik yang ada wap panas sampai kita pun berpeluh. Bila ustaz duduk-duduk sat, tiba-tiba ada sorang cina masuk. Lalu ustaz pun tanya la cina tu, "Mandi sauna ni, lagumana?"…Cina tu kata, "Mula-mula kena duduk kat sini (mandi wap). Kemudian bila dah berpeluh apa semua dalam 10-15 minit, kita proceed pi masuk dalam satu kolam yang mana bila tekan satu suis, kolam tu akan berombak-ombak."…Ustaz tanya lagi, "Masuk dalam kolam tu, boleh pakai kain tuala ka?"…Cina tu kata, "Tak boleh pakai apa-apa wooo. Mesti mau bukak semua kasi telanjang."…Ustaz kata, "Ish, I malu la."…Cina tu kata, "Nak malu apa. I lelaki, you pun lelaki jugak. Mau malu apa?"…Kemudian bila ustaz keluar dari bilik wap ikut cina tu, ustaz tengok cina tu buat betoi apa yang dia kata tadi. Lalu ustaz pun tak mau terlibat dengan benda macam tu, dia pun melencong pi masuk bilik shower room, pi mandi senyap-senyap.

Apa yang ustaz Jailani nak bagitau disini ialah ada setengah orang Islam kita yang terpengaruh dengan amalan orang-orang bukan Islam lagumana yang diceritakan tadi. Yang dipertikaikan ialah mandi telanjang tu.Tapi dalam soal mandi sauna atau mandi kat mana-mana tempat public; adakah Islam larang?…Ustaz kata bahwa Islam tak melarangnya. Dan dalilnya, ustaz suruh kita refer pada kitab Ihya Ulumuddin. Yang mana Imam Ghazali r.a. ada mengatakan dalam kitabnya itu bahwa boleh kalau nak mandi di tempat awam, tapi dia ada adab-adabnya. Maknanya, kena tutup aurat.

Tapi yang kita tak boleh terima ialah pendapat sesetengah orang hari ini yang kononnya belajar tasawuf, yang kononnya belajar ilmu sufi dan sebagainya; tapi tiba-tiba mai habag kat kita, nak mandi kolam renang tak boleh, nak main bola tak boleh, nak pakai topi cap pun tak boleh, yang kononnya bercanggah dengan ilmu tasawuf. Kalau kita nak tau boleh ka tak boleh ka benda-benda lagu ni, cuba pi tengok dalam kitab Ihya Ulumuddin. Yang mana tok guru dalam ilmu sufi/tasawuf itu sendiri iaitu Imam Ghazali r.a. menyatakan dengan jelas bahwa harus hukumnya bagi orang Islam untuk mandi di tempat awam dengan syarat-syarat yang dibenarkan oleh syara`. Diantara syarat-syaratnya ialah kena tutup aurat dan lagi satu ialah kita tak boleh join sekali dengan majlis orang yang buat maksiat. Misal kata macam mandi sauna tadi, bilamana ada saja cina atau mat salleh yang mandi telanjang, maka kita kena belah buang.

Jadi, yang kita nak sebut ialah kebanyakan orang Islam hari ini, depa cukup suka sangat nak ikut apa yang mat salleh buat; seperti mandi sauna, main bola dan sebagainya. Jika kita tengok pada asasnya, benda-benda itu tidak dilarang oleh Islam, maka tak jadi masalahlah. Tapi kita jangan pula terpengaruh dengan apa yang mereka lakukan yang bertentangan dengan hukum syara`. Contohnya; seperti pakai topi cap yang ada pelindung matahari. Ada pendapat dikalangan orang Islam hari ini yang mengatakan bahwa haram berdosa pakai cap lagu tu kerana mengikut pakaian ala komunis. Inilah contoh satu ilmu yang tidak ada asas dalam ajaran Islam. Yang mana Islam tak pernah ajar kepada kita bahwa pakai cap macam tu haram. Sementara contoh yang haram yakni yang boleh bawa kepada terbatalnya aqidah ialah yang kita buat benda yang khusus kepada aqidah orang bukan Islam. Contohnya ialah berpakaian ala tok sami. Hah! ini jelas. Sebab itu, kalau kita nak buat apa pun, jangan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang asing daripada ajaran-ajaran Islam. Contohnya; setengah orang kita bila diajak belajar tasawuf atau ilmu-ilmu sufi, depa nanti berkenan dekat benda yang pelik-pelik. Misalnya, bila mereka ditanya A.L.L.A.H. tu makna apa?...Yakni "alif" tu apa, "lam" tu apa dan "ha`" tu makna apa?...Atau Muhammad tu makna apa?...Yakni "mim" tu apa dan "ha`" tu apa dan "dal" tu maknanya apa?…Lalu apabila kita tak reti nak jawab, maka kawan yang tanya tu nanti bagitau, "Hang tak cukup ilmu lagi, syeikh. Jadi, hang kena mai belajaq dekat aku."…Jadi, inilah yang buat kawan yang tak reti apa tu pikiaq, "Aeiii ! sempoi juga ilmu syeikh ni. Dan betoi juga apa yang dia kata yang aku ni tak cukup ilmu lagi."...Lalu kawan yang tak tau apa pun ni, pi belajaq benda-benda lagu ni yakni ilmu yang tidak ada asas dalam ajaran Islam. Nabi tak pernah ajar kepada kita, bahkan ALLAH SWT pun tak pernah ajar kepada kita ilmu lagu ni. Oleh itu, kalau kita hari ini nak belajar ilmu sufi/tasawuf dan sebagainya, maka hendaklah belajar daripada kitab-kitab/ulama-ulama yang muktabar, yakni yang reliable, yang boleh kita berpegang.

Sebab itu, saudara/saudari serta muslimin/muslimat sekelian; kita harap masyarakat kita akan mengerti tujuan al-Quran diturunkan kepada kita, yakni supaya menjadi tempat rujukan apabila timbul apa-apa masalah. ]

…….bersambung…….


Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan