Muqaddimah ALLAH SWT memberi peringatan dalam firmanNya dalam Surah Ali Imran ayat 178/179 yang bermaksud, "Dan jangan sekali-kali puak yang kuffur kepada ALLAH SWT itu merasakan yang ALLAH SWT menangguhkan keatas mereka itu, adalah satu kebaikan bagi mereka." [ Inilah satu peringatan buat orang yang kuffur kepada ALLAH, dalam keadaan mereka lawan ALLAH/rasulNya, tapi masih belum lagi diturunkan hukuman oleh ALLAH SWT keatas mereka. Jadi, puak-puak kafir berleluasa melakukan kekejaman dan kezoliman di atas mukabumi dengan menentang hukum ALLAH SWT. Maka kepada orang-orang kafir ini kita nak bagitau kat depa bahwa janganlah dok rasa penangguhan hukuman daripada ALLAH SWT ini adalah baik untuk mereka. Dalam lain perkataan, jangan dok perasan ingat hangpa akan terlepas daripada azab ALLAH bila ALLAH bagi chance kat hangpa buat segala kedurjanaan di atas mukabumi ini. ] "Sesungguhnya, Kami berikan kepada mereka penangguhan, supaya ditambahkan lagi dosa mereka di sisi ALLAH SWT; dan untuk mereka itu siksaan yang amat menghinakan." (Surah Ali Imran : 178) "Dan ALLAH tiada membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan seperti mereka sekarang, sehingga dibezakan diantara benda yang tidak elok dengan benda yang baik." [ Dalam tafsir, benda-benda yang tak elok ni adalah gambaran kepada orang-orang munafik. Lalu dalam ayat ni, ALLAH SWT nak bagitau kepada kita bahwa Dia tidak akan biarkan manusia semua ini bercampur baur diantara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafik. Dia tidak akan biarkan manusia terpinga-pinga untuk membezakan diantara mukmin dengan munafik. Maka ALLAH akan buat sesuatu untuk masyarakat mengenali siapa itu orang-orang mukmin yang betul-betul beriman kepada ALLAH SWT, dan yang satu lagi pulak adalah orang-orang munafik yang berpura-pura dalam beragama. ] "Dan bukanlah ALLAH hendak memperlihatkan yang ghaib kepadamu." [ Maknanya, ALLAH tak bagi ilmu kepada kita untuk baca hati orang. Dalam lain perkataan, kita tak tau samada orang tu munafik atau tidak. ] "Tetapi ALLAH SWT memilih diantara rasul-rasulNya siapa yang dikehendakiNya." [ Tetapi ALLAH bagi ilmu ini hanya kepada rasul pilihanNya yakni Nabi Muhammad s.a.w.. Yang mana ALLAH memberi ilmu pengetahuan ini kepada Rasulullah untuk mengenali siapakah orang munafik di zamannya. Sebab itu, Nabi boleh bagi satu senarai nama-nama orang munafik kepada sahabatnya Huzaifah al-Yamani. Sehinggakan bila Saiyyidina Umar al-Khatab r.a. dapat tahu yang senarai nama-nama orang munafik itu ada kepada Huzaifah, maka Umar pun pi jumpa Huzaifah, lalu ditanyanya, "Apakah nama aku juga tersenarai, ya Huzaifah?" Nampak tak tuan-tuan, macamana perangai sahabat bila mereka ingin tahu tentang sesuatu berita yang tak berapa disenangi. Bukan Umar pi tanya tentang nama orang lain yang selama ni dicurigainya, tapi dia tanya nama dia sendiri dulu; apakah dia juga termasuk dalam black list yang dikeluarkan oleh Nabi itu? Inilah contoh perangai sahabat yang perlu kita ikut atau amalkan. Kita dok shock buat ceramah bantai orang ni, bantai orang tu, tapi diri kita sendiri lagu mana? Inilah contoh akhlak yang ada pada Saiyyidina Umar al-Khatab yang menunjukkan kepada kita bahwa walaupun dia adalah orang #2 terkanan kepada Rasulullah s.a.w., tapi masih lagi takut kalau-kalau ada lagi sifat-sifat munafik pada dirinya. Dia orang kedua selepas Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq. Kalau nak dibandingkan Saiyyidina Umar dengan kita, bagaikan langit dengan bumi. ] "Dan jika sekiranya kamu beriman kepada ALLAH dan kamu bertaqwa, maka bagi kamu pahala yang amat besar." ( Surah Ali Imran : 179) [ Maksud taqwa atau takut kepada ALLAH ialah kita junjung atau daulatkan perintah daripada ALLAH SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarangkan oleh ALLAH SWT, samada dalam keadaan orang tak tahu ataupun dalam keadaan terang-terangan depan orang ramai. ] Saudara saudari muslimin muslimat sekelian; antara lain daripada ayat 178/179 dari Surah Ali Imran ini, ALLAH SWT nak ceritakan kepada kita bahwa walaupun kita tak boleh nak baca hati orang lain, tapi kita boleh tau juga orang tu mukmin ataupun munafik. Macamana kita boleh tau, walhal kita tidak diberi ilmu tentang benda ghaib atau tidak diberi ilmu untuk baca hati orang? Salah satu caranya ialah dengan ALLAH SWT turunkan ujian dan dugaan kepada manusia. Apabila seseorang itu diuji, maka barulah kita akan nampak keperibadiannya yang sebenar, iaitu mukmin ataupun munafik. Ujian ni pulak, dia ada 2 bentuk : i) dalam bentuk kepayahan dan kesusahan. Contohnya ialah seperti kena penyakit, dapat kemalangan, difitnah, ditekan, dibuang kerja atau ditukarkan ke tempat kerja yang jauh dan sebagainya. ii) dalam bentuk kemewahan dan kesenangan. Contohnya ialah seperti orang puji kerana naik pangkat atau pun beli saham kemudian dapat keuntungan yang melimpah ruah dan sebagainya. Ini semua adalah bentuk ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT untuk test hamba-hambaNya; adakah mereka benar-benar beriman kepada ALLAH ataupun sebenarnya munafik? Diantara contoh di zaman Nabi s.a.w., kita boleh tengok macamana Abdullah bin Ubai dizahirkan oleh ALLAH SWT akan sifat munafiknya. Kemudian antara contoh peristiwa yang menzahirkan siapa dia munafik dikalangan umat Islam di zaman Nabi ialah ketika berlakunya peperangan Uhud. Bila meletus saja peperangan Uhud, maka dizahirkan kepada sahabat-sahabat radiallahuanhum, siapakah dikalangan mereka yang munafik yakni yang berpura-pura dengan beriman kepada ALLAH SWT dan rasulNya?...Dikalangan sahabat yang tidak gentar dan tidak lari daripada medan perjuangan yakni tetap dengan peperangan Uhud, maka merekalah yang betul-betul beriman kepada ALLAH. Manakala yang bersifat munafik, awal-awal lagi dah lari tidak mahu menyertai peperangan Uhud. Ini adalah salah satu contoh di zaman Nabi, macamana ALLAH SWT menguji manusia, khususnya kepada sahabat-sahabat r.a. untuk membezakan siapakah dikalangan mereka yang mukmin sejati dan siapakah dikalangan mereka yang berpura-pura yakni munafik yang menggunakan agama untuk kepentingan tertentu. Kita hari ini pun sedang berada dalam ujian ALLAH. Dengan pelbagai mehnah, tribulasi, dugaan yang ditimpakan keatas para pejuang Islam, maka inilah yang dikatakan ujian daripada ALLAH. Samada kita lantang, berani, berhati-hati, melampaui batas atau tidak; ujian tetap diturunkan oleh ALLAH SWT. Kita ambik satu contoh, iaitu seperti apa yang kena kepada Ustaz Shamsuri tempohari. Kita pun tahu, ramai yang belajar kat dia. Ribuan yang mengikuti kuliyyah-kuliyyah dia. Sepanjang pengamatan saya yang kerap juga mengikuti kuliyyahnya, ustaz Shamsuri ni boleh la dikatakan taklah berapa keras dan lantang lagi kalau nak dibandingkan dengan ustaz-ustaz lain. Ada yang lagi deraih daripada dia pun ada. Ustaz Shamsuri ni, dia ada la sindir sikit-sikit, setakat itu saja. Tapi yang kenanya, dia. Inilah yang dikatakan kalau ALLAH nak turunkan ujian, Dia tetap turunkan. Tak kiralah hang keras ka, hang lantang ka, hang slow ka; kalau Dia kata turun, maka ujian tetap diturunkanNya. Yang kena tangkap tu ustaz Shamsuri sorang saja, tapi yang heboh dalam masyarakat kononnya ramai ustaz yang kena. Time tu, kita pulak jadi lagumana SB. Kita pulak tau ustaz ni kena ustaz tu kena. Saudara saudari muslimin muslimat sekelian; kita nak sebut bahwa kenapakah orang yang nak bawa kepada kita hidayah ALLAH SWT atau orang yang nak didik masyarakat tentang Islam, orang ini pula ditangkap kerana dianggap sebagai menggugat keselamatan negara?...Kenapa??...Kenapa orang yang nampak zahirnya memang boleh membawa kepada keruntuhan moral anak-anak muda, tidak pula ditangkap?...Kenapa masyarakat kita la ni jadi tunggang terbalik lagu ni?...Kenapa?? Lalu ustaz Jailani membaca surat yang diberi kepada keluarga ustaz Shamsuri ketika malam penangkapan dilakukan. Disebut alasan penangkapan itu adalah mengikut seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA). Lalu ustaz Jailani baca kandungan yang terdapat dalam seksyen 73 ISA : "Section 73, give the police power to arrest and detain any person suspected of acting in a manner prejudicial to Malaysia or any part thereof or to the maintenance of the essential services therein or to the economic life thereof, for up to 60 days without trial or production before a Magistrate." Maknanya, apa yang dikatakan dalam seksyen 73 di bawah ISA ini ialah bahwa ia memberikan kepada pihak PDRM kuasa untuk menangkap atau menahan mana-mana orang yang disyaki bertindak dalam keadaan yang mengancam M`sia. [ Jadi, ustaz Shamsuri ditangkap hari tu ialah kerana disyaki ada benda yang dia buat yang boleh mengancam keselamatan negara kita M`sia. Dalam perkara ni, kita tidak menyalahkan pihak polis kerana mereka hanya sekadar menjalankan tugas. Tapi yang kita salahkan ialah orang yang membuat dasar atau orang yang memberi arahan itu. Kerana kalau kita tanya kepada muslimin muslimat yang pernah mengikuti kuliyyah-kuliyyah pengajian ustaz Shamsuri, selama ni apakah perbuatannya yang mengancam keselamatan negara kita M`sia? Saya percaya, ramai yang pening kepala tak boleh pikiaq pasai apa ustaz Shamsuri ditangkap. Apakah keburukan yang dibawa oleh ustaz Shamsuri kepada kita? Hairan kita, tak tau nak jawab lagumana.Tapi kalau tanya kat kita, apa yang Ning Baizura buat pada anak-anak muda kita? Haaa! yang ni ramai netters boleh bagi jawapan. Lagumana peluru pulak nanti bertalu-talu perginya. Tapi puak-puak cekodong ni peduli apa. Depa seronok dengan gelagat para artis yang membawa masuk budaya kuning (bertindik pusat umpamanya) ke dalam kehidupan anak-anak muda kita. Inilah sebabnya kenapa orang yang bertanggungjawab membawa masuk budaya kuning yang merosakkan moral anak muda dibiarkan begitu saja kerana tidak dikatakan sebagai mengancam keselamatan negara. Sedangkan orang-orang seperti inilah sebenarnya merbahaya dan menjadi barah dalam masyarakat. Sepatutnya, orang yang membawa agama, berdakwah kepada kita serta mengajar tentang Islam inilah yang patut kita "jaga kuat" kerana merekalah yang akan menjaga negara kita dengan menyelamatkan bangsa Melayu kita. Tapi pada pandangan saya, ustaz Shamsuri adalah mangsa kepada taktik kotor politik umno. Kerana apa yang saya amati, suasana kuliyyah ustaz Shamsuri agak lain sikit daripada kuliyyah-kuliyyah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang Pro-Pas. Jadi inilah jawapan bagi persoalan kenapa ustaz Shamsuri sorang saja yang ditahan, walhal ada ustaz-ustaz lain yang lagi lantang tapi tidak pula ditahan Haaa! yang ni yang nak bagitau ni. Ustaz-ustaz yang Pro-Pas ni, walaupun hujah mereka power tapi untuk menarik orang-orang umno pi kuliyyah mereka, agak kurang kalau nak dibandingkan dengan kuliyyah ustaz Shamsuri. Inilah kelebihan ustaz Shamsuri. Dalam kuliyyah dia tu, orang Pas dan orang umno, boleh dikatakan 50-50. Inilah yang menakutkan peringkat tertinggi umno kerana ia menyimpang dari agenda mereka, iaitu mereka tak mau bagi orang Melayu celik agama. Oleh kerana ustaz Shamsuri merupakan satu-satunya channel yang paling digemari oleh puak grassroot umno ni, maka peringkat tertinggi umno pun suruh tutup buang channel tu. Depa takutla, pasai silap-silap haribulan orang-orang depa yang pi mengaji tu boleh lompat masuk Pas kerana dah celik agama. Yang ni yang depa kacau mari tu. Kalau sampai peringkat macam ni, apa lagi kita nak kata kat ketua puak-puak umno ni, yang busuk perut sampai begitu sekali? ] Sepertimana firman ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALLAH. Dan hendaklah seseorang itu tengok diri dia, apa yang akan dikemukakannya pada hari esok, yakni pada hari qiamat." [ Mau check diri kita sendiri, well prepared ka diri kita ni untuk berhadapan dengan ALLAH SWT pada hari qiamat kelak? ] "Dan takutlah kamu kepada ALLAH SWT, sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha mengetahui tentang apa yang kamu lakukan. Dan jangan kamu jadi seperti golongan yang lupa kepada ALLAH SWT, kerana ALLAH SWT akan membuatkan mereka ini lupa kepada diri mereka sendiri. Dan sesungguhnya, puak-puak inilah orang yang fasik." (Surah Hasyr 28:19) [ Jadi dalam ayat diatas ini, ALLAH kata bahwa sapa yang lupa kepada agama atau sapa yang lupa kepada ALLAH, maka orang macam inilah yang akan lupa kepada dirinya sendiri. Kalau diri sendiri pun dia boleh lupa, apatah lagi terhadap masyarakat, bangsa dan negaranya. Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah bahwa orang yang menjadi ustaz, orang yang berjuang untuk agama, yang buat program dakwah, yang mengaji dan sebagainya; orang macam inilah yang boleh jaga negara, bangsa dan menyelamatkan umat Islam. Bukannya seperti kaki botol, kaki perempuan, kaki judi dan sebagainya; kerana puak-puak inilah yang akan menghancurkan negara dan masyarakat kita. Yang nilah yang kita nak perbetulkan. Jadi sebab itu, kita nak sebut bahwa seksyen 73 bawah ISA ni kalau kita nak buat sekalipun memang boleh, tapi mau tangkap puak-puak yang dok hasut generasi muda kita tu dulu. Contohnya, mau tangkap Ning Baizura dan artis-artis yang teruk tu dulu, tapi dengan syarat mestilah dibicarakan mereka dahulu. Bukan lagumana ustaz Shamsuri kena. Hampir 3 minggu dia ditahan tanpa dibicarakan dan tanpa sebarang bukti kesalahannya. Jadi bila jadi lagu ni, sapa yang nak tanggung dosa akibat perlakuan terhadap ustaz Shamsuri tu? Sapa?? Sebab itu, kita merasa cukup sedih dengan sistem yang ada dalam negara kita sekarang. Maka sebab itulah juga kita nak bagitau bahwa sapa-sapa yang bersubahat menghalalkan cara sistem ISA ini, maka dia menanggung dosa kepada ALLAH SWT. Oleh sebab itu, kita mau pastikan yang diri kita tidak bersubahat dengan sistem yang zolim sebegini. Kemudian, ustaz Jailani bagi contoh lagumana teruknya masyarakat kalau dibiarkan budaya kuning menular dalam pemikiran anak-anak muda kita. Ustaz Jailani pun menceritakan apa yang berlaku di sebuah sekolah menengah di B`worth apabila satu spot-check mengejut dilakukan oleh guru-guru perempuan keatas murid-murid perempuan. Mereka semuanya dipanggil masuk dalam surau kemudian suruh buka tudung, nak tengok apa yang ada disebalik tudung budak-budak perempuan ni. Ada sorang budak perempuan tu, bila dia buka tudung, tengok-tengok ada love bite kat tengkok dia. Setahu kita gigitan cinta ni, orang yang dah kahwin saja yang ada. Itupun pada pasangan-pasangan muda yang baru saja kahwin.Tapi adik kita ni baru tingkatan 3, yakni baru nak ambik PMR, tiba-tiba ada cop mohor kat tengkok dia. Ni apa cerita, ni? Bila cikgu tanya, "Hang ambik kat mana cop mohor ni?" Budak perempuan tu kata, "Budak lelaki yang dok kat Jarak,Tasek Gelugor, yang bagi." Cikgu tanya lagi, "Budak lelaki tu kerja apa?" Terpinga-pinga budak perempuan tu tak tau nak jawab. Nampak tak tuan-tuan, sekarang ni senang sungguh anak gadis kita bagi tubuh dia dekat lelaki yang dia pun tak tahu latarbelakang budak lelaki tersebut lagumana. Inilah dia kesan budaya kuning keatas anak-anak muda kita. Sebab itu kita nak bagitau bahwa kalau nak digunakan ISA pada sesiapa sekalipun, biarlah ia bersyarat : i) tertuduh hendaklah dibicarakan. Biar ada bukti yang kata dia salah. ii) Mau tangkap artis-artis yang bawa kehancuran akhlak anak-anak kita tu dulu. ...Haaa! Ni baru betoi. Niiie dak, tangkap ikut suka depa saja. Tuan-tuan tau ka keadaan orang yang ditahan dalam lokap tu jadi lagumana? Keadaan di dalam lokap adalah cukup dahsyat yang menindas seseorang yang beriman kepada ALLAH SWT. Mau tak kata macam tu?...Nak sembahyang lagumana kalau kena londeh sampai tinggai spender saja? Sebab itu muslimin muslimat sekelian, kita tak mau benda lagu ni berlaku tanpa perbicaraan di hadapan hakim mahkamah majistret. Kalau betul sekalipun Ustaz Shamsuri ada membuat satu kesalahan, sepatutnya bawalah dia ke muka pengadilan untuk dibicarakan secara terbuka, supaya masyarakat tau apa kesalahan dia. Jangan la dok tahan dia sampai 3 minggu tanpa ada sebarang bukti untuk ditunjukkan kepada masyarakat. Tapi yang dikatakan ISA ni, masalahnya ialah dia tak perlu kepada sebarang bukti. Dia hanya perlu kepada satisfaction of the Minister. Maknanya, kalau Menteri Dalam Negeri kata, "Aku puashati nak tangkap sipolan.", maka polis boleh bila-bila masa saja pi tangkap orang yang disyaki tu. Kalau lagu inilah tafsiran ISA, hang ada bukti ka, hang tak dak bukti ka; mau kalau Menteri Dalam Negeri kata, "Aku puashati."; maka sapa pun tak boleh challenge masalah kepuasan hati menteri itu. Maknanya, kalau kita tak puashati, tapi menteri tu kata dia puashati; maka kita tak boleh buat apa-apa pun. Inilah dia kezoliman yang ada dalam sistem ISA tu. Sebab itu muslimin muslimat sekelian; kita minta kepada sesiapa nanti yang mempunyai kuasa dalam negara, maka hendaklah dibasmikan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Jadi kesimpulan daripada ayat 178/179 Surah Ali Imran itu tadi ialah bahwa ALLAH SWT akan bagi dugaan dan ujian kepada manusia, maka dengan dugaan/ujian inilah baru manusia tahu siapa sebenarnya yang beriman kepada ALLAH dan siapa sebenarnya yang munafik. Dalam ertikata lain, dengan ujian sebegini, maka barulah kita tahu siapa sebenar kawan kita masa senang dan susah, dan juga siapa sebenar kawan kita yang hanya waktu kita senang sahaja. Bukan nak kata; memang kawan masa senang ni kira berlambak kat mana-mana pun ada. Tapi bila kita kena tangkap, muka depa pun kita tak nampak. Ghuyub entah ke mana. Nak kata ziarah keluarga kita pun kira tak mau dah. Tapi ada juga sahabat yang bila dengar saja kita kena tangkap, awal-awal lagi dia datang ke rumah pi tanya khabar anak bini kita macamana, makan minum macamana, barang keperluan harian cukup ka?...Inilah contoh yang ada dengan cara ujian dan dugaan oleh ALLAH SWT. Jadi dengan ujian dan dugaan tadi, maka barulah kita boleh tahu, siapakah dalam masyarakat kita yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan siapakah sebenarnya yang berpura-pura di dalam beragama? Ok la ni mai kita flashback, iaitu mengembalikan ingatan kita pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Pada zaman itu, apa yang telah berlaku kepada Imam Abu Hanifah, apa yang telah berlaku kepada Imam Malik, apa yang telah berlaku kepada Imam asy-Syafie dan apa yang telah berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal?... Keempat-empat ulama mazhab yang muktabar ini, kesemuanya menghadapi penganiayaan dan penindasan daripada pihak yang berkuasa kerajaan Bani Abbasiyyah. i) Yang pertamanya, Imam Abu Hanifah. Dimana dia ditawar oleh kerajaan supaya memegang jawatan Qadi dan ketua Baitulmal. Tapi Imam Abu Hanifah menolak tawaran tersebut atas alasan dia tak mau nanti pendapat dan fatwanya terikat dengan kepentingan kerajaan. Lalu dengan kenyataannya itu iaitu dia nak jujur dengan agamanya, maka kerajaan pun tak puashati lalu menangkap dan menghukum Imam Abu Hanifah. Kalau nak dibandingkan Imam Abu Hanifah dengan mufti yang dok ada dalam negara kita hari ini, macam langit dengan bumi. Contohnya; dalam bulan lepas, ada satu mufti masuk tv dan dia ditanya oleh reporter, "Adakah M`sia ni sebuah negara Islam?" Mufti tu kata, "Ya, M`sia adalah sebuah negara Islam." Tapi bila ditanya sebab apa dia kata begitu; sebelum dia jawab soalan kedua tu, dia dok err! err! err! dulu dok pikiaq nak kata apa. Dia kata, "Err! err! err! M`sia sebuah negara Islam kerana ia sebuah negara yang aman damai." Inilah contoh seorang mufti yang tidak ada kewibawaan. Yang kita nak pertikaikannya ialah yang pertamanya; awat yang hang dok err! err! err! lama sangat tu pasai apa?...Hang sebagai seorang mufti, kira mengaji tentang Islam ni kira dah lama dah, yakni sampai ke taraf mufti pun dah; tapi pasai apa nak jawab alasan negara kita ni negara Islam sampai err! err! err! lama sangat tu pasai apa? Saya rasa para netters pun tahu pasai apa mufti tu ambik masa untuk jawab soalan reporter itu. Yang keduanya yang kita nak pertikaikan ialah pasai apa hang jawab negara kita adalah negara Islam kerana aman damai tu pasai apa?...Pasai apa tok mufti nak bohong pada masyarakat?...Tahu dak, bila hang bohong kepada masyarakat dengan title hang sebagai mufti, maka betapa besarnya dosa hang dihadapan ALLAH SWT. Kalau hang kata "aman damai" sebagai alasan untuk menjadikan M`sia sebagai negara Islam; apakah Jepun yang aman damai itu sebuah negara Islam?...Apakah Singapura yang aman damai serta ada beberapa buah masjid sama juga seperti M`sia, pun bolehkah dikatakan sebagai negara Islam juga? Sebab itu, kita nak sebut bahwa mufti macam inilah yang jadi contoh yang pendapat dan fatwanya terikat dengan kepentingan kerajaan. Sebab itulah juga Imam Abu Hanifah menolak tawaran untuk menjadi Qadi dan ketua Baitulmal kepada kerajaan Bani Abbasiyyah. ii) Kita tengok apa yang kena pada Imam Malik pula. Imam Malik mengeluarkan satu fatwa mengenai talak (penceraian). Lalu kerajaan Bani Abbasiyyah suruh Imam Malik tarik balik fatwanya tadi. Ini baru dalam masalah talak saja, tuan-tuan. Bukannya masalah politik atau amanat atau ekonomi apa ka. Itu pun Imam Malik dah kena pressure. Apatah lagi tentang masalah-masalah yang besar-besar. Imam Malik enggan tarik balik fatwanya itu apabila dia ditekan oleh kerajaan suruh buat demikian kerana dia seorang ulama yang jujur dan murshid yang diberi petunjuk oleh ALLAH TA`ALA. Lalu dia bertegas apa yang dia kata itu, itulah yang dia yakin. Maka dia tidak berganjak daripada pendiriannya. Oleh sebab dia tetap dengan pendiriannya itulah, maka dia disebat oleh kerajaan Bani Abbasiyyah. iii) Sekarang kita masuk kepada Imam asy-Syafie pula. Dia difitnah bekerjasama dengan puak Syiah, lalu dia ditangkap dan dipenjarakan. Sehinggalah apabila didapati tidak ada bukti, barulah Imam asy-Syafie dibebaskan. Inilah dikatakan penganiayaan terhadap Imam asy-Syafie kerana tak pasai-pasai orang baik macam Imam asy-Syafie ni ditangkap dan dipenjarakan. Nasib baik kerajaan pada masa itu dapat membezakan antara benda baik dengan benda buruk, yakni dilepaskan Imam asy-Syafie kerana tidak ada bukti. iv) Masuk kepada Imam Ahmad bin Hanbal pula. Pada zaman kehidupan Imam Ahmad bin Hanbal, khalifah yang memerintah ialah al-Ma`mun, yang cenderung kepada mazhab Muktazilah. Pada masa tu tengah hangat puak-puak muktazilah dok kata al-Quran itu makhluk. Oleh sebab khalifah al-Ma`mun menyokong mazhab muktazilah, maka dia paksa Imam Ahmad bin Hanbal supaya menerima mazhab muktazilah sebagai mazhab rasmi dan paksa Imam Ahmad bin Hanbal supaya mengatakan bahwa al-Quran itu makhluk. Sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal berkeras mengatakan bahwa al-Quran itu qalamullah yang Qadim. Maka apabila dipaksa dan Imam Ahmad bin Hanbal tetap enggan tunduk kepada pemerintah khalifah, maka al-Ma`mun menangkap dan memenjarakan Imam Ahmad bin Hanbal, sehinggalah ke zaman khalifah al-Muttawakil barulah Imam Ahmad bin Hanbal dibebaskan. Tapi sudah terlambat kerana Imam Ahmad bin Hanbal meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana sudah lama menderita dalam penjara. Duduk dalam penjara ni bukanlah satu kehidupan yang seronok,tuan-tuan. Disana bukan ada bantal, bukan ada ubat nyamok, bukan ada vcd, bukan ada home teater ka apa ka dalam penjara tu. Pendekata nak bagitau ialah dalam penjara tu memang tak seronok. Sebab itu di setengah-setengah tempat dalam penjara, dibuat satu peraturan untuk menghalang tahanan daripada membunuh diri. Pasai apa jadi lagu tu? Ini adalah disebabkan oleh tekanan yang ada dalam penjara atau lokap yang boleh membuatkan penghuninya hilang pertimbangan. Sebab itu muslimin muslimat sekelian; kita dapati bagaimana Imam Ahmad bin Hanbal dok beberapa lama selepas dibebaskan daripada penjara oleh al-Muttawakil, lalu dia telah meninggal dunia. Ini dia cerita 4 orang Imam mazhab, yang semuanya menghadapi penganiayaan dan penindasan daripada pihak kerajaan. Maka tidak hairanlah kalau di zaman kita hari ini pun, para ulama dan pejuang-pejuang ugama ALLAH SWT ditindas, ditekan dan dizolimi. Tapi orang-orang seperti artis, tidak pula ditekan. Pasai apa artis tidak diberi pressure? Sebab artis ni kawan depa. Yang tu saja. Bila sampai saat dan ketikanya, maka digunalah puak-puak artis ini untuk menarik orang ramai supaya berkumpul. Tapi ini bukanlah cara orang yang memperjuangkan agama ALLAH menarik perhatian orangramai untuk berkumpul. Kita ada cara kita. Cukup dengan cara baca kitabullah dan baca hadith Nabi s.a.w.. Tapi orang yang menentang dan derhaka kepada ALLAH SWT, dia kumpul orang dengan cara memperkudakan para artis, dengan menggunakan benda-benda mungkar, dengan mengadakan program-program yang berbentuk kesyaitanan dan keiblisan. Sebab itu saudara saudari muslimin muslimat sekelian; orang macam matdet ni, hendaklah ditentang dan jangan dibiarkan berkuasa terlalu lama sebab nanti kita akan dimurkai oleh ALLAH SWT (minta diindungi ALLAH). Jadi, saya harap kita memahami tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya kita lakukan. Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah. Perkara 12 : Tujuan syara` mengqanunkan hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir. [ Maknanya, kita akan membincangkan tentang objektif syariat diturunkan kepada kita. ] Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam Qanun Jinayah Syar`iyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam. Perundangan syara` yang tertakluk dibawahnya ada 5 perkara : 1) menjaga agama Iaitu untuk menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong aqidah mereka itu dari aqidah yang sebenar. Iaitu tidak menjadi orang yang murtad yang wajib dijatuhkan hukuman bunuh keatas mereka yang murtad itu jika mereka enggan bertaubat setelah mereka disuruh bertaubat terlebih dahulu sebelum mereka dibunuh. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Sesiapa yang telah menukarkan agamanya, maka kamu semua bunuhlah mereka yang murtad itu." (HR Imam Bukhari) [ Tujuan diturunkan undang-undang hudud kepada kita, yang pertamanya ialah hendak menjaga agama. Siapa-siapa yang berani menghina dan mengejek Islam, maka hendaklah dihukum orang macam ni. Contohnya; pasai apa yang buat ISA dulu? ISA dilaksanakan pada masa dulu ialah untuk memudahkan procedure menangkap dan menahan komunis. Tapi la ni bila komunis dah tak dak, pasai apa ISA masih dikekalkan? Sebabnya ialah untuk menjaga matdet mengekalkan kuasa dalam negara ini. Senang saja jawapannya, kan. Inilah sebenar fungsi ISA pada hari ini. Kalau lah betul-betul guna ISA ini untuk jaga negara, maka kejadian penangkapan ustaz Shamsuri tidak akan berlaku. Tapi disebabkan ada perkara-perkara yang tertentu, maka kita dapati bagaimana ISA tidak digunakan dengan cara yang sepatutnya. Iaitu digunakan dalam keadaan yang menzolimi orang-orang yang baik kepada ALLAH SWT. Nak cerita pasai orang yang baik kepada ALLAH ni; ustaz Jailani bawa cerita pengalaman beliau berurus-niaga dengan orang bukan Islam. Lalu ustaz Jailani pun cerita macamana dia buat appointment nak jumpa tauke tersebut pada hari Jumaat, iaitu lunch sekali dengan tauke tu. Tiba-tiba bila ustaz tengah drive nak balik pejabat, dia teringat, "Eh!..lunch apa hari Jumaat?" Lalu ustaz call balik pegawai tauke tu minta tukar tarikh appointment pasai nak sembahyang Jumaat. Lalu pegawai tauke tu tanya kat ustaz, "Ini satu perkara penting ni, iaitu sembang pasai bisnes. Takkan orang Islam tak boleh tinggai sembahyang Jumaat kot?...Sedangkan orang Kristian boleh tinggai sembahyang depa pada hari Ahad tu. Depa boleh ganti dengan hari lain kalau ada urusan penting pada pagi Ahad tu." Ustaz Jailani kata, "Kami orang Islam tak boleh tinggai sembahyang Jumaat." Lalu jawab pegawai tu dalam keadaan confuse, "Eh! hari tu ada orang Melayu kata boleh." Kemudian ustaz tanya, "Orang Melayu tu kata apa?" Pegawai tu kata, "Orang Melayu tu bagitau kat saya; kalau ada kerja mustahak, takpa, boleh tinggai sembahyang Jumaat. Tapi jangan selalu, sekali sekala takpa la." Nampak tak tuan-tuan, ini yang leceh ni. Mana punya Melayu pun tak tau yang dok buat kenyataan yang boleh mengelirukan sebegini?...Kalau kita tau sapa orang Melayu tu, mau pi luku kepala dia sorang sekali pasai tak mengaji. Sepatutnya, kita sebagai orang Melayu Islam, mestilah mau ikhlas kepada ALLAH SWT. Kita jangan nak guna ALLAH hanya bila mau nak masuk syurga sahaja. Tapi bila kita nak bisnes dengan orang Cina, kita mula lupa kepada ALLAH SWT. Kita sepatutnya, sepanjang masa mau jujur kepada ALLAH SWT, tak kira la samada time nak buat bisnes atau tidak. Kemudian ustaz kata, "Alhamdulillah, berkat jujur kepada ALLAH dan sedikit komen dari ustaz untuk meyakinkan pegawai itu tentang buat bisnes dengan orang yang beragama yang bersifat jujur, maka pegawai tu pun setuju untuk pinda tarikh temu janji itu."...Kemudian ustaz Jailani cerita lagi; bila habih meeting dengan tauke tu, ustaz pun tanya kat tauke tu untuk nak ambik hatinya, "You malam-malam buat apa?" Tauke tu kata, "Dulu, malam-malam I selalu minum, tapi sekarang I sudah stop itu habit." Ustaz tanya, "Pasai apa you stop minum?" Lalu tauke tu bagitau, "Dulu masa I kuat minum, perut I buncit. Lepas tu bila I minum ini malam, esok hari bila mau kerja tak dak larat ooooo!" Tuan-tuan, ini adalah satu pengakuan yang dikeluarkan sendiri oleh seorang yang bukan Islam, yang mengatakan bahwa arak ni memang tak baik untuk kesihatan. Sebab itu, kita yang memang dilahirkan sebagai orang Islam, sepatutnya kita rasa beruntung kerana Islam telah menyelamatkan kita. Tapi realiti dalam masyarakat kita hari ini, orang Islam sendiri yang tak mau kepada Islam. Depa nak minum arak, nak berzina, nak tinggai sembahyang dan sebagainya. Ini yang jadi masalah ni. Sedangkan orang bukan Islam sekarang ni banyak yang dah mengaku bahwa arak itu membawa kemudaratan kepada mereka. Jadi, sepatutnya kita rasa bersyukur kepada ALLAH SWT yang telah memberi hidayah kepada kita menyebabkan kita masih berpegang teguh kepada ajaran Islam. ] 2) Menjaga Nyawa. Iaitu menjaga jiwa seseorang daripada dibunuh, termasuk juga menjaga anggota tubuh badan seseorang. Iaitu memberi seseorang manusia hak hidup dan selamat anggota tubuh badan mereka dari dicederakan dan dirosakkan. Dimana mereka yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan orang lain dengan sengaja, wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat. Firman ALLAH SWT dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud, "Bagi kamu dalam hukuman qisas itu terdapat jaminan kehidupan wahai golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan." [ ALLAH kata: Wahai orang yang cerdik dan berakal fikiran, Aku nak bagitau kat kamu semua bahwa bila kamu laksanakan undang-undang qisas, maka barulah ada jaminan keselamatan untuk hidup. Ini adalah satu jaminan daripada ALLAH SWT. Sebab itu, sekarang ni kita dapati bila kita tak buat undang-undang ALLAH TA`ALA, maka kita tak dapat keamanan. Contohnya, macam hukuman gantung sampai mati. Hukuman gantung sampai mati memang dahsyat sebab tali dibubuh melengkari tengkok kemudian lepaskan dia sampai dia mati dalam keadaan terjerut lehernya dengan tali gantung tersebut. Kalau hukuman ini dipertontonkan kepada orang ramai, pasti mengerikan. Tapi masalahnya sekarang ialah hukuman ini dipertontonkan hanya kepada beberapa orang tertentu sahaja. Iaitu hanya doktor perubatan dan pegawai-pegawai penjara sahaja. Tetapi kalau undang-undang ALLAH dilaksanakan dan didapati ada yang bersalah kerana bunuh orang, berzina, atau mencuri; maka hendaklah hukuman itu dipertontonkan kepada masyarakat supaya orang-orang beriman tengok apa yang telah dilakukan keatas si penjinayah tadi. Ini akan membawa kegerunan kepada manusia. Dan manusia akan rasa takut dan insaf untuk buat kesalahan bila mereka tengok macamana undang-undang ALLAH dijalankan. Sekarang ni, dengar saja undang-undang ALLAH, orang dah rasa takut kerana dia ada `izzah. Contoh senang fahamnya ialah lagumana kereta Mercedes la, tuan-tuan. Bila kawan call, "Hang nak mai dengan apa?" Kita kata, "Mai dengan kereta." Kawan tanya lagi, "Kereta apa hang bawa?" Kita kata, "Mercedes." Boleh terkejut kawan kita tu, tuan-tuan, bila dia dengar Mercedes. Padahal Merc yang kita bawa tu model lama punya, yang ada kepak kat belakang lagumana UFO tu. Tapi nak kata, itulah hebatnya nama "Mercedes" dikalangan kita hari ini. Kawan tu belum lagi tengok model bila punya Merc, tapi buatkan dengan wujudnya ada rasa hebat dengan hanya mendengar perkataan "Mercedes", dia jadi turrrrkujut! .Macam tu la juga dengan undang-undang ALLAH. Bila sebut saja hudud, bila sebut saja qisas dan undang-undang ALLAH yang lain; maka manusia akan rasa takut. Padahal mereka belum lagi tengok perlaksanaan undang-undang Islam yang sebenar tu macamana. Jadi, bila dipertontonkan bagaimana dahsyatnya rejaman batu sampai mati kepada pesalah zina, maka orang tak akan berani lagi melakukannya, maupun menghampirinya sekalipun. Oleh sebab itulah, maka hukuman daripada undang-undang ALLAH ini WAJIB dipertontonkan kepada masyarakat. Ia bukannya menjadi perkara sunat lagi dah, tuan-tuan. Jadi apabila dipertontonkan, maka kita akan merasa begitu hebat undang-undang ALLAH SWT yang mampu menggetarkan bukan setakat orang yang bersalah, malah orang yang beriman pun merasa takut untuk mendekati jinayah-jinayah yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Sebab itulah ALLAH kata ada jaminan keselamatan apabila dilaksanakan hukumALLAH diatas mukabumi ini. ] 3) Menjaga Akal Fikiran Menjaga akal fikiran manusia dari kerosakan yang disebabkan minum arak ataupun minuman-minuman yang memabukkan. Dimana mereka yang meminum arak itu wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih daripada 80X sebatan dan tidak kurang daripada 40X sebatan. Dalilnya ialah sepertimana hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Saiyyidina Ali karamallahu wajhah. Ini adalah perkataan daripada Sayyidina Ali karamallahu wajhah yang bermaksud, "Rasulullah s.a.w. telah menyebat sebanyak 40X sebatan kepada peminum arak. Begitu juga pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr as-Siddiq, yang menyebat peminum arak dengan 40X sebatan juga. Dan pada zaman pemerintahan Saiyyidina Umar al-Khatab, peminum arak disebat dengan 80X sebatan. Maka kesemuanya itu adalah sunnah. Tapi yang 80X sebatan itu lebih aku sukai." (HR Muslim) [ Jadi Saiyyidina Ali karamallahu wajhah cenderung kepada pendapat yang dipegang oleh Saiyyidina Umar al-Khatab, yang menyebat peminum arak dengan 80X sebatan. Daripada hadith ini, ulama ada 3 pendapat : a) pendapat yang pertama, kata bahwa 80 X sebatan yang dibuat dalam zaman pemerintahan Umar al-Khatab itu mengandungi 40X sebatan daripada hudud dan 40X sebatan lagi adalah ta`zir. b) Manakala pendapat kedua pula mengatakan bahwa hukuman hudud bagi peminum arak adalah 80X sebatan ialah maximum dan 40X sebatan ialah paling minimum. Maknanya, 80X sebatan boleh buat, 70X sebatan pun boleh, 60 X sebatan pun boleh, 50X sebatan pun boleh dan 40X sebatan pun boleh. c) Dan pendapat yang ketiga dikalangan ulama mengatakan bahwa hudud hanya 80X dan 40X sebatan sahaja kepada peminum arak. ] 4) Menjaga Keturunan Menjaga seseorang manusia dari melakukan perzinaan supaya nasak keturunan perwalian dan perwarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Dimana mereka yang melakukan perzinaan itu wajib dijatuhkan hukuman sebat dan rejam. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan dariapda `Ubadah bin as-Sommit r.a. yang bermaksud, "Ambillah kamu semua daripada aku, sesungguhnya telah menjadikan ALLAH TA`ALA bagi mereka (kaum yahudi) itu satu jalan. Apabila penzina lelaki berzina dengan perempuan yang kedua-duanya belum berkahwin, hukumannya ialah sebat 100X, kemudian buang negeri selama setahun. Manakala bagi penzina lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin, hendaklah disebat 100X, kemudian direjam dengan batu sampai mati." (HR Imam Muslim dan Imam Abu Dawud) [ Undang-undang ini adalah undang-undang purba yang ALLAH telah pun buat kepada kaum yahudi sejak zaman Nabi Musa a..s. lagi, lalu dikekalkan hinggalah kepada syariat Nabi Muhammad s.a.w. Tapi ada satu soalan yang diajukan kepada ustaz Jailani, iaitu kalau kita terlajak melakukan zina; apakah kita patut buat pengakuan kesalahan zina itu ataupun tidak kepada pemerintah? Jawapan bagi persoalan ini, dia ada 2 pendapat di kalangan ulama Islam. Secara ringkasnya : a) pendapat yang pertama mengatakan bahwa hendaklah dibuat aduan kepada pemerintah supaya dihukum mengikut hudud untuk membersihkan diri kita daripada berdosa kepada ALLAH SWT. b) Manakala pendapat kedua pula adalah digalakkan supaya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi hendaklah bertaubat dengan taubatan nasuha secara bersendirian kepada ALLAH SWT. Jadi, apabila kita lihat hukuman yang berat dikenakan terhadap penzina yang sudah kahwin kalau nak dibandingkan dengan hukuman yang dikenakan keatas penzina yang belum berkahwin; ini menunjukkan bahwa memang tak patut orang yang sudah ada suami atau isteri tapi dia pi puaskan nafsu syahwatnya dengan orang lain. Tak cukupkah lagi dengan suami/isteri di rumah?...Kalau nak ikut sangat ubah selera, sampai bila kita nak duduk dalam suasana demikian? Sampai ke tua ka? Bukankah ada satu hadith Nabi s.a.w. yang pernah kita baca iaitu bahwa ALLAH sangat-sangat murka kepada orang tua yang suka berzina. Yang mana di akhirat nanti, ALLAH tak buloq nak bercakap dan tak akan ambik peduli kepada orang sebegini. Sebab itu hendaklah kita berpegang kepada agama ALLAH SWT. Manakala bagi orang yang belum berkahwin, hendaklah mereka berkahwin, selain ia adalah sunnah Nabi s.a.w., ia juga merupakan satu jalan untuk menutup pintu maksiat. Bayangkanlah kita yang hidup di zaman yang serba serbi mencabar ini; buka-buka saja mata keluar rumah, maksiat saja yang kita nampak. Seperti tengok perempuan yang pakaian serupa bertelanjang, kemudian tengok pula peha amoi-amoi yang putih gebu pulak tu; maka kita akan teransang. Kalau kita sudah berkahwin, sekurang-kurangnya kita ada tempat untuk melepaskan syahwat secara halal di rumah. Bayangkan tuan-tuan, kalau kita tak kahwin; syahwat kita mana nak pi lepas? Yang ni semua cerita kacau mari, betoi tak? Jadi, untuk menghindarkan syahwat kita daripada "kacau mari", maka saya nak kempen supaya ikutilah sunnah Nabi ini iaitu mau kahwin kepada sapa-sapa yang mampu. Kalau tak mampu, sorry, tarak jalan selain hang kena kuat buat amalan puasa sunat. Tanyalah sahabat-sahabat yang dah kahwin; syok ooooo! Kalau dulu kita enjoy dengan kawan-kawan dengan dok merapu tak tentu hala, apa hasil pun tarak. Tapi kalau kita pi enjoy dengan isteri, rasa pula kelainannya. Hasilnya cukup punya "lumayan". Apa lagi kita nak kata tentang kelebihan orang yang kahwin?...Kelebihannya cukup banyak sebab benda ni Nabi yang suruh. Haaa! dulu masa belum kahwin, saya kurus kedekiang 48 kg sahaja, minta askar pun tak dapat, tapi la ni lagumana ayam daging ooooo!...Naik sampai 75kg Yang ni yang kita kata seronoknya kahwin tu. ] 5) Menjaga Harta Benda Menjaga harta benda manusia daripada dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan keatas pencuri dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan/kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri keatas perompak. Hukuman-hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan.Sebagaimana firman ALLAH SWT yang berikut : a) Daripada Suratul Ma`idah ayat 38 yang bermaksud, "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka hendaklah kamu semua potong tangan kedua-dua mereka itu sebagai balasan dengan apa yang mereka usahakan. Dan ini adalah sebagai hukuman pencegah daripada ALLAH SWT. Dan ALLAH itu Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [ Ini adalah dalil pertama kepada hukuman potong tangan keatas si penjinayah yang melakukan kes kecurian. ] b) ALLAH SWT menetapkan hukuman kepada orang yang merompak, sepertimana firmanNya dalam Suratul Ma`idah ayat 33 yang bermaksud, "Sesungguhnya balasan kepada golongan yang memerangi ALLAH/rasulNya, dan yang melakukan kerosakan di mukabumi, maka hendaklah dibunuh perompak tersebut ataupun dibunuh dengan cara disalib penjinayah tadi atau dipotong tangan/kaki mereka secara bersilang atau dibuang negeri. Yang demikian adalah hukuman kehinaan di atas dunia ini, dan bagi mereka di negeri akhirat pula akan disiksa dengan azab yang amat agong yang akan diturunkan oleh ALLAH SWT kepada manusia yang melakukan jinayah sedemikian." [ Di dalam ayat ini, ALLAH nak bagitau kepada kita bahwa sesiapa yang melakukan jinayah merompak, maka dia ada 2 azab yang dijanjikan oleh ALLAH SWT. Yang pertamanya, ALLAH kata bahwa perompak yang ditangkap itu akan dihina di atas dunia dengan cara dihukum di atas dunia lagi. Merujuk kepada ayat tadi, ulama berpendapat perompak tidak boleh nak bertaubat. Tapi kalau mai perasaan insaf dan ingin bertaubat kembali ke jalan ALLAH, maka dia kena buat aduan kepada pihak pemerintah dengan mengaku melakukan kesalahan merompak. Bila dia dihukum, maka dosanya di atas dunia terhapus. Tapi itu hanya dosa atas dunia yang clear, di akhirat tetap diazabkan. Dosa orang buat rompakan bukan macam dosa zina; orang buat zina sekurang-kurangnya ada pendapat ulama yang kata bahwa tak payah buat aduan kepada pemerintah, hanya cukup dengan bertaubat bersendirian, Insya`ALLAH, dosa kita di negeri akhirat dilepaskan oleh ALLAH SWT. Tetapi dalam masalah rompakan, oleh kerana dia ada 2 kenyataan dalam ayat tadi, iaitu yang pertama dia dapat kehinaan azab atas dunia dan yang keduanya bagi mereka di akhirat azab yang amat pedih; lalu bagi perompak, ulama berpendapat bahwa selain dia kena atas dunia, maka dia juga akan diazab di negeri akhirat. Maknanya, kena dua-dua sekali yakni di dunia dan di akhirat. Daripada ayat tadi; bila perompak ditangkap, dia hendaklah dihukum mengikut cara dia lakukan rompakan. Yang pertama, kalau dia bunuh mangsa tanpa ambil harta, maka hendaklah dibunuh perompak berkenaan. Yang keduanya, kalau dia rompak harta itu dan kemudian dia juga bunuh mangsa tersebut. Jadi, dia telah melakukan 2 jinayah pada masa yang sama, maka penjinayah ini hendaklah dibunuh di kayu salib dan ditunjukkan kepada masyarakat bahwa inilah perompak yang telah buat rompakan tempohari ..Dahsyat tuan-tuan, dalam negara kita belum ada lagi hukuman macam ini, ataupun tak dak lagi dalam negara kita yang ditunjuk di depan kita akibat orang yang melakukan jinayah. Bila tunjuk, barulah kita tahu betapa ngerinya, lalu sapa pun tak akan berani mencuba-cubanya. Lalu ustaz Jailani cerita lagumana di UIA masa dia mengaji dulu, ada la depa bukak kelab payung terjun. Lalu pada mulanya, ramailah yang daftar nama nak masuk kelab, termasuklah budak-budak perempuan yang tudung labuh-labuh pun nak masuk juga. Kemudian mai seorang pegawai dari kem tentera bagi taklimat dan kemudian tunjuk video apa yang berlaku kepada orang yang gagal mengembangkan payungnya bila membuat terjunan. Ada satu skrin tu tunjuk lagumana satu tentera kita semasa buat latihan terjunan, dia gagal buka kedua-dua payung terjun iaitu di depan/di belakang, lalu dia jatuh betul-betul atas jalan tar, maka badan jadi sekeping. Lalu selepas itu ditunjuk macam-macam lagi yakni ada yang pecah kepala dan sebagainya; menyebabkan semua siswi kita yang asal-asal tadi nak masuk, tiba-tiba tak jadi belaka. Pasai apa? Sebab depa tengok sendiri akibat kalau payung depan/belakang gagal berfungsi. Jadi, daripada ramai-ramai yang daftar tadi, la ni tinggai sikit. Yang sikit tadi dengan bersemangatnya naik la kapalterbang untuk buat latihan terjun. Tapi bila kapalterbang ada diatas dan bila buka pintu tengok kat bawah tu, kena tendang kat punggung, baru depa terjun. Ini ialah kerana depa tak sanggup nak terjun sendiri pasai ngeri. Sebab itu dalam Islam, dia nak supaya kita tunjuk ngerinya hukuman yang ditetapkan oleh ALLAH TA`ALA kepada orang yang sanggup melakukan jinayah, maka barulah ia memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat. ] .bersambung . |
Bersambung
Kembali Ke Muka Hadapan