Bab 2 - Fasa 1 - Perkara 34-37
Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.
Isu-isu Pemikiran Semasa
Pada kali ini ustaz Ahmad Jailani membawa perhatian kita kepada satu isu di dalam buku tulisan Dr Yusof al-Qardawi, yang bertajuk "Islam Tamadun Pada Masa Hadapan". Didalamnya ada satu tajuk yang akan dibahaskan iaitulah "Undang-undang pergiliran: Peranan diantara pelbagai bangsa dalam mewarisi tamadun".
Sebenarnya di dalam al-Quran pun telah menyebut suatu sunnatullah tentang ketetapan oleh ALLAH SWT, bahwa wujudnya undang-undang pergiliran. Contohnya; seorang kaya, dia tidak akan selama-lamanya kaya. Akan sampai satu ketikanya dia akan merasai kejatuhannya. Begitu juga dengan orang miskin. Dia juga tidak selama-lamanya dalam keadaan miskin. Kalau dia tahu cara-cara untuk jadi kaya, dia pun boleh jadi kaya. Begitu juga dengan orang yang ada kuasa. Dia juga tidak akan selama-lamanya berkuasa. Ada ketikanya, mereka akan dijatuhkan oleh ALLAH SWT. Dan begitu juga dengan orang yang ditindas. Bukannya selama-lama mereka ditindas. Akan tiba masanya, mereka akan dimenangkan oleh ALLAH SWT.
Di antara dalil yang dikemukakan oleh Dr Yusof al-Qardawi dalam membicarakan hal ini ialah dalam Surah Ali Imran 4:140 yang bermaksud, "Jikalau kamu dalam peperangan Uhud mendapat luka, maka sesungguhnya kaum musyrik itu juga telah mendapat luka yang sama dalam peperangan Badar. Dan keadaan hari-hari itu Kami tukar-gantikan diantara manusia..."...Dalam peperangan Badar, perang pertama dalam sejarah umat Islam, kita umat Islam menang. Musyrikin Mekah kalah. Tapi bila datang peperangan kali kedua yang dipanggil sebagai Perang Uhud, kita orang Islam kalah dan yang menangnya ialah orang kapiaq. Lalu timbullah pertikaian antara cendiakawan Islam mempersoalkan mengapa orang yang beriman kepada ALLAH walaupun Nabi s.a.w. ada di sisi mereka, dikalahkan juga?...Pasai apa umat Islam kalah ketika itu?...Untuk mengetahuinya, cuba kita tengok betul-betul apa yang ALLAH SWT sebut dalam ayat di atas. Inilah sunnahNya, yakni dalam ketetapan undang-undang alam yang dibuat oleh ALLAH SWT, kataNya, "...ada hari-hari yang ditukar-gantikan diantara manusia..."...Point sebenar yang nak ceritanya ialah bahwa pertembungan diantara orang Islam dengan orang kapiaq sejak dulu lagi ni, ialah akan ada ketikanya orang Islam menang dan ada ketikanya orang kafir menang. Pasai apa orang Islam menang, pasai apa orang Islam kalah, pasai apa orang kafir menang dan pasai apa orang kafir kalah; dia ada sebab musababnya yang telah ditetapkan oleh ALLAH TA`ALA. Kalau kita lakukan sebab musabab itu dan menepati ciri-ciri sebab musabab di sisi ALLAH SWT, maka akan berlakulah kemenangan ataupun kekalahan. Inilah dia yang disebut oleh ALLAH SWT kepada kita untuk sama-sama kita renungi pada kali ini.
Ust Jailani sebut satu contoh. Ingat tak tuan-tuan dengan Parti Kongress di India?...Berapa lama dia berkuasa?...Sejak 1947 sehingga lebih kurang 40-50 tahun selepas daripada itu, akhirnya parti pimpinan keluarga Gandhi itu tumbang tersungkur kepada BJP (sebuah parti pelampau hindu). Kemudian kita tengok pula Suharto yang dikatakan seorang pemimpin yang hebat. Pasai apa kita kata hebat?...Sebab dia mampu menumbangkan Soekarno walaupun Soekarno seorang pemidato hebat yang mampu memukau jutaan rakyat Indonesia. Tetapi walaupun Soekarno hebat berpidato, akhirnya dia tumbang ditangan Jeneral tenteranya sendiri yang bernama Suharto. Dan Suharto berkuasa lebih kurang 32 tahun lamanya. Kemudian baru-baru ini, kita sendiri tengok apabila undang-undang pergiliran yang ditetapkan oleh ALLAH SWT berlaku, maka Suharto tidak boleh berkuasa selama-lamanya. Pasai apa begitu?...Sebab ayat yang kita baca tadi, ALLAH kata, "...di sana ada hari-hari yang Kami tukar-gantikan dikalangan manusia...".
Bila kita renung peristiwa-peristiwa di atas, maka sepatutnya kita kena tanya diri sendiri, "Mengapa kita bersikap takabbur seolah-olah kita berkuasa selama-lamanya?...Mengapa kita sanggup berlaku toghut (melampau hukum ALLAH TA`ALA) seolah-olah kita tak akan menemui kematian?...Mengapa kita bersikap lupa kepada hukum ALLAH TA`ALA, seolah-olah kita tidak akan menemui azab ALLAH SWT?"...Sedangkan sudah disebut oleh ALLAH TA`ALA bahwa pergiliran ini akan berlaku kepada manusia. Kalau hari ini kita rasa menang, kita kena ingat bahwa hari esok tak tentu lagi kita boleh maintain kemenangan tu. Kerana ketetapan ini telah pun diwujudkan oleh ALLAH SWT.
Begitu jugalah dengan hal rumahtangga kita. Kalau sekarang ni rumahtangga kita bahagia aman damai, adakah kita boleh expect esok rumahtangga juga aman bahagia?...Sebenarnya tidak ada jaminan, tuan-tuan. Walaupun rumahtangga kita hari ini bahagia tapi kalau kita tak reti nak jaga keharmoniannya, ada kemungkinan hari esok boleh berlaku kucar kacir. Begitulah juga dengan masyarakat kita hari ini. Kalaulah hari ini kita rasa aman damai, ada kemungkinan keesokannya mungkin dilanda mala petaka, kerana disebabkan jenayah yang terus-terusan dilakukan kepada ALLAH SWT. Begitu jugalah dalam soal negara. Kalau hari ini negara kita aman damai, tetapi kalau kita mengkhianati amanah yang diberikan oleh ALLAH TA`ALA kepada kita; tak mustahil apa yang berlaku di Maluku, berkemungkinan berlaku kepada kita. Apa yang berlaku di Palestin, akan berlaku kepada kita. Dan juga apa yang berlaku di Afghanistan, akan berlaku juga kepada kita....Nau zubillahi min zalik.
Kemudian menurut Dr Yusof al-Qardawi, bahwa ada 2 lagi ayat yang diceritakan oleh al-Quran, bagaimana proses peralihan ini akan berlaku.
i) Okay, kita mulakan dengan keadaan yang pertama. Prinsip asas pertama yang akan berlaku ialah golongan yang ditindas dan dizolimi (al-mustaq`afin wal-mazlumin) akan mewarisi golongan pelampau dan orang yang zolim. Inilah asas yang pertama bagaimana proses penggantian yang ditetapkan oleh ALLAH TA`ALA berlaku; iaitulah orang yang ditindas, orang yang dizolimi, orang yang ditekan akan menggantikan golongan pelampau dan penzolim. Dalilnya ialah firman ALLAH dalam Surah Ibrahim 13:13-15. Dimana ALLAH SWT berfirman dengan maksudNya, "Dan berkata orang-orang yang kufur kepada rasul-rasul mereka : Kami sesungguhnya akan mengusir kamu dari negeri kami, atau kamu kembali kepada agama kami..."...Nampak tak tuan-tuan macamana orang kapiaq gempaq kat Nabi depa. Depa boleh ugut Nabi-nabi yang dihantar oleh ALLAH SWT dengan 2 ancaman; iaitu samada nak peramboih dari tempat depa ataupun nak ikut cara depa. Tengok tuan-tuan, macamana angkuhnya manusia yang diceritakan oleh ALLAH SWT dalam Quran. Lalu bila berlaku keadaan sedemikian, ALLAH kata, "Dan demi sesungguhnya, Kami akan membinasakan orang-orang yang zolim itu!"...Inilah janji daripada ALLAH SWT. Yang mana ALLAH sendiri yang akan menghancurkan golongan yang berlaku zolim. Lalu kata ALLAH lagi, "Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri itu sesudah kebinasaan kaum yang zolim itu. Yang demikian adalah bagi orang-orang yang takut akan kedudukanKu dan takut kepada janji-janji azabKu. Lalu rasul-rasul itu memohon pertolongan, dan keciwalah bagi setiap orang yang sombong takabbur lagi bersikap degil."...Inilah asas yang pertama. Iaitu orang yang dizolimi dan dianiaya akan menggantikan golongan yang zolim yang melampaui batasan-batasan hukum ALLAH SWT.
Okay bila kita tengok asas yang pertama di atas; bolehkah kita tanya, "Dimanakah kedudukan masyarakat kita hari ini?...Adakah berlaku golongan penzolim menekan golongan yang dizolim?...Adakah berlaku suasana golongan berkuasa menekan golongan rakyat?...Adakah berlaku suasana golongan yang berpangkat mengambil peluang "menghisap darah" orang yang berada di bawah kepimpinannya?"...Bila persoalan-persoalan sebegini ditimbulkan, tiba-tiba ust Jailani teringat apa yang dia dengan sahabat-sahabat lawyernya bersembang pada 14 Jan yang lalu, iaitu berkenaan kes rayuan DSAI yang ditunda ke 4 Feb akan datang. 2 lawyer kawan ust yang berbangsa Sikh berdebat sesama mereka dan akhirnya mereka bersetuju bertaruh; adakah DSAI akan dibebaskan setelah didapati tidak bersalah ataupun rayuannya ditolak dan dikekalkan sabitan bersalahnya?...Hujjah lawyer yang kata pasti rayuan DSAI ditolak ialah kerana kes ini adalah kes politik. DSAI mesti didapati bersalah juga, sebab kalau DSAI dibebaskan, maka Mahathir pasti akan finish. Sebab rakyat akan tahu bahwa selama ni cerita DSAI adalah suatu pembohongan. Sebab itu, DSAI mesti didapati bersalah jugak, kata lawyer tu. Tapi lawyer yang satu lagi kata, "No! no! no!...mesti DSAI dibebaskan. Kerana panel hakim yang akan mendengar perbicaraan rayuan DSAI di Federal Court itu adalah terdiri daripada panel hakim yang didapati track record mereka (kebanyakannya) against kepentingan kerajaan."...Inilah hujjah kedua-duanya.
Bila kita sebut pasai "track record", teringat kita tentang cerita Tun Salleh Abbas dulu. Pasai apa Tun Salleh Abbas dibuang?...Antara punca kemarahan pihak berkuasa kepada Tun Salleh Abbas ialah kerana semasa dia menjawat sebagai Ketua Hakim Negara, dia langsung tidak menurunkan panel hakim sebagaimana yang diingini oleh pihak tertentu. Contoh mudah faham beginilah tuan-tuan; semasa kes umno dulu, ada pihak yang tertentu mahukan Tun Salleh Abbas menurunkan panel hakim yang pro kepada kepentingan kerajaan. Tetapi Tun Salleh Abbas tidak terpengaruh dengan itu semua sebab beliau adalah seorang yang amanah. Apa yang dia dibuatnya ialah diturunkannya semua sekali panel hakim yang ada untuk mendengar kes rayuan. Jadi, bila turun semua sekali, maka hat ada tu telah buat suatu keputusan yang tidak menyebelahi kepentingan kerajaan. Inilah puncanya tuan-tuan.
Okay berbalik kepada kes DSAI tadi. Kita dapati bahwa 5 panel hakim yang akan mendengar kes perbicaraan kes DSAI itu nanti, sebahagian daripada mereka tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. Macam ni lah tuan-tuan; katakanlah saya jadi hakim, agak-agak tuan-tuan keputusannya lagu mana?...Mesti tuan-tuan boleh agak punya. Mesti okay punya. Begitu juga kalau hakim tu jenih jahat, kita memang dah tau keputusan dia lagu mana. Kalau hakim tu hat jenih adil, kita tau dah bahwa dia akan bagi satu keputusan yang adil. Ceritanya lagu tu la tuan-tuan. Jadi, alasan daripada lawyer Sikh yang kata DSAI akan dibebaskan ialah kerana berdasarkan kepada track record hakim-hakim yang akan mendengar rayuan oleh DSAI di peringkat Mahkamah Persekutuan (mahkamah yang paling tinggi).
Apa pun pada 4 Feb ni, baru kita akan tahu keputusannya (kalau tak ditundanya lagi). Okay, biarlah kita tinggalkan kes DSAI tu dulu. Persoalannya sekarang yang perlu kita beri perhatian ialah apakah yang akan terjadi kalau sistem pengadilan dalam negara kita zolim ataupun tidak patuh kepada kehendak ALLAH SWT (eg, kes DSAI tu)?...Jawapannya ialah apa lagi kalau bukan seperti yang ALLAH kata dalam ayat di atas, iaitu ayat 13-15 dalam Surah Ibrahim. ALLAH SWT menyatakan bahwa asas kepada pergiliran yang dibuat oleh ALLAH SWT ialah apabila berlaku kezoliman yang berleluasa dalam masyarakat. Dengan ALLAH akan menggantikan kaum yang zolim itu dengan kaum yang lain. Maksudnya digantikan puak yang zolim itu dengan puak yang lain. Inilah dia undang-undang pergiliran yang dibuat oleh ALLAH SWT.
Muslimin muslimat sekelian, sebenarnya masyarakat kita pada hari ini memang dah teruk sangat dah. Tuan-tuan boleh bayang tak, orang-orang atasan yang menerajui negara kita sekarang ni adalah jenih fasik?...Tuan-tuan boleh terima dak, menteri-menteri yang dok di atas nu adalah jenih tak sembahyang?...Saya tak mau lah sebut sapa dia. Yang saya sebut ni ialah secara umum. Sebab kita terima info ni bukan dari lekeh-lekeh punya line. Dari alim-alim ulama`, dari hakim-hakim dan juga dari pegawai-pegawai tinggi polis, tuan-tuan. Bukan kata tak sembahyang, bahkan minum arak pun macam minum ayaq sejuk je. Sebenarnya ramai sahabat-sahabat kita yang bekerja sebagai pengamal undang-undang tapi terpaksa bergaul dengan puak-puak lagu ni. Mereka-mereka inilah yang dok cerita kat kita macamana pengalaman mereka berkawan dengan puak-puak fasik ni. Sehingga kita rasa cukup sedih dengan berita seperti ini sebab mengenangkan negara tercinta M`sia kita ini dipimpin oleh orang-orang yang fasik dan orang-orang yang langsung tidak mempedulikan hukum hakam ALLAH SWT. Bukan kata kita saja yang hairan, bahkan ada e-mail-e-mail dari barat juga menyatakan kehairanan mereka; pasai apa orang-orang fasik sebegini masih boleh diangkat sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal negara kita M`sia, khususnya yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang (berdasarkan kepada pilihanraya 1999 yang lalu). Kadang-kadang saya rasa malu macamana nak jawab e-mail dari sahabat-sahabat dari luar tu.
Orang yang tak sembahyang dilantik jugak, maka tunggulah saja saat kehancuran. Kalau setakat terlepas sekali-dua waktu tu, bolehlah kita kata dia tak sengaja kot. Kalau tak sembahyang Subuh tu, boleh la kita kata dia letih kot sampai takdan nak bangun. Tapi dia ni jenih langsung tak sembahyang, apa kita nak kata kat dia?...Kalau dia orang bawahan biasa, itu cerita lain. Tapi dia ni Pemimpin, tuan-tuan!!!...Yang sentiasa menjadi buah mulut orang. Dah la dia tak sembahyang, sekarang ni pi kacau habih semua masjid-masjid pulak. Dengan kuasa politik yang ada, habih semua majlis agama negeri digunakan sebagai balaci depa untuk merampas haq-haq anak qariyah masjid setempat. Yang polis pulak tak tau apa, pi jaga pulak mesyuarat yang dikendalikan oleh para penyamun ni. Pasai takut diganggu anak qariyah. Tak ke dah terbalik dunia ni, tuan-tuan?...Polis jaga pencuri masa si pencuri tu pi jalankan operasi mencurinya. Kalau tuanrumah ganggu, tuanrumah akan di dakwa. Tak ke gila kerja tu, tuan-tuan?...
Sebab itu, sebelum kuliyyah ni tadi, ada sahabat bagitau kat ust Jailani bahwa bulan depan tak tau lagi ust boleh mai mengajar lagi ataupun tidak, sebab jawatankuasa masjid telah dirampas. Tapi tau apa ust Jailani kata?...Beliau kata dia sedikit pun tak hairan sebab dah pun keluar dalam paper minggu sudah mengatakan bahwa ada sorang "jaguh" dalam negeri P.Pinang ni mengatakan bahwa selepas ini perlantikan AJK masjid tidak lagi melalui mesyuarat agung...Nampak tak tuan-tuan, macamana puak-puak karat ni melanggar undang-undang yang depa cipta sendiri. Kalau tuan-tuan buka enakmen pentadbiran hal ehwal agama dalam negara kita, tuan-tuan akan dapati dalam masalah tatacara pemilihan AJK masjid adalah melalui mesyuarat agung...Mesyuarat Agung tuan-tuan oi!...Tapi tiba-tiba kita lihat sekarang ni macamana orang yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama, khususnya masjid dalam negeri P.Pinang ini boleh mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan bahwa selepas ini perlantikan bukan lagi melalui mesyuarat agung, tetapi hendaklah melalui pemilihan yang dibuat oleh AJK masjid sendiri. Tak ke bercanggah tu, tuan-tuan?...
Sekali pikiaq, memang kita rasa pelik dengan perangai puak-puak karat hangit ni, apabila depa membelakangkan undang-undang yang depa buat sendiri. Tapi kalau 2x pikiaq, hum! memang tak pelik langsung. Pasai apa?...Piiirahhh!...nak pelik apa dengan puak karat ni; sedangkan undang-undang ALLAH TA`ALA depa boleh ketepikan, inikan pulak undang-undang ciptaan depa sendiri?...Enakmen pentadbiran hal ehwal agama tu memang depa buat sendiri. Nampak tak tuan-tuan; bila depa ketepikan undang-undang ciptaan depa sendiri, ini bermakna seperti seorang yang tidak hormat kepada undang-undang yang dia sendiri buat. Apa ayat kita nak kata kat orang lagu ni tuan-tuan?...Apa lagi kalau bukan ayat pergiliran yang ALLAH ceritakan tadi. Hang buatlah apa saja yang hang nak buat semasa kuasa dok ada kat hang la ni. Tapi hang kena ingat dengan undang-undang pergiliran yang dibuat oleh ALLAH SWT, sepertimana yang kita cerita tadi. Hari ini, hang rasa hang ada kuasa, hang bolehlah buat macam-macam kat kami. Tunggulah suatu masa nanti semasa waktu pergiliran berlaku, hang pulak akan duduk di "bawah". Apa yang kita takut maksud di "bawah" itu ialah hang diazab oleh ALLAH SWT. Tu je. Jadi, sepatutnya hang mau ingat yang tu. Sebab kita semua ni memang tak lama pun hidup atas dunia ni pun, betoi tak?...
Bila sebut pasai "tak lama hidup" ni, tuan-tuan percaya tak ada pemimpin dalam negara kita ni, yang bila dia nak pi mana-mana, dia mesti bawa sekali doktor pakar jantung bersama dengan ambulannya sekali. Tapi doktor dengan ambulan mesti duduk jauh-jauh, supaya dia tak nampak. Nampak tak tuan-tuan, macamana dia begitu takut nak mati sehingga sanggup memperkudakan doktor-doktor pakar. Tu lah yang kita dok bagitau, bukan semua orang mengaji tinggi tu pandai. Bodo pun ada juga. Apa dia ingat nyawa dia ditangan doktor pakar tu ka?..,Apa dia ingat malaikat maut kena tanya doktor pakar tu dulu ka sebelum cabut nyawa hang?...Inilah dia perangai orang bodo sombong. Nyawa kita sebenarnya terhad je yang ditentukan oleh ALLAH SWT. Ini merupakan ketetapan yang dibuat oleh ALLAH SWT kepada kita. Kita kena terima tu. Sebab itu, kita mengatakan bahwa apa yang kamu lakukan, hendaklah kamu bersedia dan bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan.
ii) asas yang kedua undang-undang pergiliran ini ialah sepertimana firman ALLAH SWT dalam Surah al-Anbiya` 17:105 yang bermaksud, "Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis di dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauhul Mahfuz, bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang solih."...Asas kedua, pengganti itu syaratnya mestilah orang yang solih. Tu dia tuan-tuan syaratnya. Jadi, kita yang bergelar pejuang ni; kalau kita nak menang dalam perjuangan, mau tak mau hendaklah jadikan diri kita sebagai orang yang solih. Macamana yang dikatakan "solih" tu?...Cuba tuan-tuan buka Quran dalam Surah al-Hajj 17:40-41, apa kata ALLAH?...ALLAH SWT kata maksudNya, "...ALLAH TA`ALA akan menolong sesiapa saja yang menolongNya. Sesungguhnya ALLAH TA`ALA Maha kuat lagi Maha perkasa. Mereka itu ialah apabila Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan sembahyang..."...Maknanya, kita yang nak berjuang Islam dan yang nak menegakkan agama ALLAH TA`ALA ni; sembahyang tolong jaga tuan-tuan. Jangan nama aje semangat nak berjuang Islam, tapi Subuh tak sembahyang. Jangan jadi lagu tu, buat malu jemaah aje. Ini yang pertama.
Yang keduanya ialah kata ALLAH, "...dia bayar zakat..."...Cuba check diri masing-masing, kita bayar dak zakat?...Jangan tau zakat fitrah aje. Tu pun sabit nak raya, pasai tu dia bayaq zakat tu. Sepatutnya, kita mau ambik tau lagi tentang jenih zakat lain yang ada kaitan dengan diri kita. Contohnya, kalaulah kita banyak harta, maka kenalah kita ambik tau macamana nak bayar zakat harta benda. Kalau kita ni petani, kenalah ambik tahu tentang zakat pertanian. Macamana nak kira zakat pertanian. Macam saya ni yang kerja makan gaji, hendaklah ambik tahu macamana nak calculate zakat pendapatan. Jadi pendekatanya, kita perlulah ambik tahu tentang zakat yang ada kaitan dengan kita. Bila dah tahu tu, maka hendaklah dikeluarkan zakat. Sebab syarat yang ditetapkan oleh ALLAH SWT bagi orang solih ialah dia sembahyang dan dia mengeluarkan zakat.
Kemudian yang ketiganya ALLAH kata, "...dia suruh benda-benda baik dan melarang daripada kemungkaran..."... Jadi, bila kita tengok syarat yang ke 3 ni, kalau ada benda yang tak baik berlaku, mau tak mau untuk jadi orang yang solih, maka kita kena bercakap. Macam saya ni, kalau nak ikut nafsu kebendaan, baik saya masuk umno daripada masuk Pas. Beradik-beradik saya yang ada dalam umno tu pun bukan kecik anak punya, kalau setakat tender-tender class F ni, pejam mata aje tuan-tuan. Tapi yang saya nampak, bukan kot situ. Yang saya nampak ialah amal makruf nahi mungkar. Sanggup duduk berjam-jam depan pc berdakwah untuk mengajak manusia kepada keredhaan ALLAH TA`ALA.
Inilah dia 3 kriteria yang diletakkan oleh ALLAH SWT kepada kita untuk bergelar sebagai orang yang solih. Okay, sekarang ni cuba kita tengok dalam masyarakat kita; adakah kita menepati ciri-ciri yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT?...Kalau kita menepati ciri-ciri orang solih, yang akan menggenggam penguasaan dunia, maka bersyukurlah kepada ALLAH SWT. Tetapi kalau diri kita ini, menepati ciri-ciri munafik, ciri-ciri orang yang zolim, ciri-ciri orang yang kuffur kepada ALLAH SWT; maka bertaubatlah segera kepada ALLAH SWT. Kerana kita amatlah bimbang jikalau sekiranya dihumban oleh ALLAH SWT ke dalam neraka jahannam...Nau zubillahi min zalik.
Jadi, muslimin muslimat sekelian, mudah-mudahan kita boleh ambik pengajaran daripada apa yang dinyatakan oleh Dr Yusof al-Qardawi dalam undang-undang pergiliran dikalangan manusia.
Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Pertama perkara 34-37.
Perkara 34 : Masa dan tempat menjalankan hukuman rejam.
1) Hukuman rejam boleh dijalankan pada bila-bila masa, samada pesalah-pesalah itu dalam keadaan sihat atau sebaliknya, kerana rejam itu memang hukuman untuk membinasakan pesalah-pesalah.
[ Ini berbeza dengan hukuman sebat. Kalau pesalah zina itu belum berkahwin, hukuman yang dikenakan hanyalah setakat dirotan sahaja. Ini membawa maksud bahwa hukuman yang tidak akan membawa kepada kematian. Jadi, sekiranya pada masa nak dijatuhkan hukuman sebat itu, tiba-tiba didapati pesalah itu sakit, maka hendaklah ditangguhkan hukuman sebat tersebut. Sebab apa?...Sebab kalau disebatnya juga, dibimbangi akan membawa kepada kemudaratan atau kematian kepada si pesalah itu tadi. Tetapi sekiranya pesalah itu adalah penzina yang sudah berkahwin, tiba-tiba dia sakit ketika hukuman hendak dijatuhkan, maka hukuman tersebut tetap akan diteruskan. Sebab apa?...Sebab memang hukuman rejam ke atas si penzina yang sudah berkahwin adalah hukuman untuk membunuhnya. ]
2) Pesalah-pesalah perempuan yang sedang hamil tidak boleh dijalankan hukuman rejam ke atasnya, kecuali setelah dan selepas perempuan itu melahirkan anaknya (bersalin). (Al-Ahkam al-Fiqhiyah: 2/501)
[ Kalau pesalah perempuan itu mengandung, maka hendaklah ditangguhkan hukuman rejam ke atasnya sehinggalah selepas dia melahirkan anak, selepas dia menyusukan anaknya dan anak itu kemudian ada penjaganya yang boleh diharapkan. Nampak tak tuan-tuan, macamana Islam menjaga kebajikan anak yang dalam kandungan tu. Bila anak itu lahir dari perut perempuan yang mengandungnya tadi, dia hendaklah disusui sehingga ada kekuatan. Kemudian bila sampai satu masa yang anak itu sudah ada pengasuhnya, maka barulah hukuman rejam ke atas ibu yang mengandungkannya tadi dijalankan. Inilah ketetapan yang kedua yang disebut oleh Hj Said Hj Ibrahim. ]
3) Hukuman rejam tidak boleh dijalankan di dalam masjid, malah hendaklah dijalankan di tempat yang luas dan jauh dari tempat tinggal pesalah-pesalah itu. (Al-Fiqhu al-Islami Waadillatuh : 6/64 )
[ Hukuman rejam tak boleh buat dalam masjid sebab kalau dibuatnya jugak, maka habislah darah akan membasahi lantai masjid. Ini akan mengakibatkan najis berlumuran di tempat orang beribadah. Ini amat-amat dilarang dalam agama Islam. ]
Perkara 35 : Batu-batu yang digunakan untuk merejam.
Batu-batu yang harus digunakan untuk merejam orang-orang yang melakukan kesalahan zina hendaklah batu-batu yang sederhana besarnya, tidak terlalu kecil supaya tidak terlalu lama menyiksanya dan tidak pula terlalu besar. (Al-Ahkam al-Fiqhiyah: 2/500)
[ Maksud batu yang sederhana besar ialah lebih kurang sebesar genggamam tangan kita. Kalau kecik daripada itu, sudah dianggap terlalu kecik. Dilontar dengan batu yang kecil hanya mendatangkan luka yang sedikit, dan ini boleh membawa kepada penyeksaan kerana melambatkan kematian. Begitu juga kalau besar daripada genggamam kita, itu pun sudah dianggap terlalu besar. Katalah kita angkat batu yang terlalu besar dengan menggunakan kren, lalu lepaskan ke atas kepala pesalah begitu saja..."bbbraammm!" sehingga jadi penyet, habih cerita. Senang sikit, pasai guna kaedah short-cut. Boleh tak kita buat lagu tu?...Jawapannya, tak boleh, tuan-tuan; sebab pesalah itu akan cepat terbunuh sehingga tidak merasai azab lontaran batu. Jadi, syarat hukuman hendaklah menggunakan batu yang sederhana besar, supaya pesalah boleh merasai azab lontaran batu itu ke atas dia, sehingga kepalanya pecah dan mati akibat daripada lontaran batu yang sederhana besarnya. Inilah syarat yang ditetapkan oleh hukum Islam. ]
Perkara 36 : Menjalankan hukuman sebat.
1) Hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan cemeti dengan pukulan yang sederhana sebanyak 100x, dan cemeti yang digunakan untuk penyebat itu bukan cemeti yang basah supaya tidak melukakan, dan bukan pula cemeti yang bercabang atau pecah. ( Kitab al-Fiqhu `alal Mazahib al-Arbaah: 5/61)
[ Cemeti atau rotan yang akan digunakan hendaklah yang tidak basah. Sebab kalau basah, rotan itu akan jadi berat. Tuan-tuan boleh try sendiri yang mana lebih sakit; dipukul dengan rotan basah atau rotan yang kering? ]
2) Penyebat yang menggunakan cemeti yang bercabang atau cemeti yang pecah, sebatan itu tidak dikira satu sebatan, malah sebatan tadi adalah mengikut bilangan cabang-cabang yang ada pada cemeti itu.
[ Kalau gunakan rotan yang pecah dua pukul ke atas penjenayah, satu pukulan bukannya dikira sekali, malah dikira dua. Kalau rotan tu pecah 3, bila kita rotan sekali, dia tak kira sekali tapi dia kira 3x. ]
3)Hukuman sebat ini juga tidak boleh dijalankan ke atas pesalah-pesalah yang sedang sakit dan perempuan-perempuan yang sedang hamil dan perempuan-perempuan yang sedang kedatangan nifas.
[ Sebagaimana yang kita sebut tadi, kalau dikenakan hukuman sebat ke atas mereka yang lemah dan sakit, dibimbangi kalau-kalau ini akan membawa kemudaratan kepada para pesalah berkenaan. Tengok tuan-tuan macamana Islam menjaga kebajikan para pesalah. Walaupun pesalah itu adalah penzina, tapi Islam tak bagi kita buat zolim ke atasnya. ]
4) Pesalah-pesalah lelaki tidak perlu ditanggalkan pakaiannya, kecuali boleh ditanggalkan pakaiannya, jika pesalah-pesalah itu memakai pakaian yang tebal pada musim sejuk. (Al-Ahkam al-Fiqhiyah: 2/502)
[ Tengok tuan-tuan macamana Islam melarang membogelkan para pesalah lelaki sebelum disebat. Jadi, apa yang dilakukan di penjara dalam negara kita sekarang ni, amat bertentangan sepertimana yang Islam suruh. Dah la dibogelkan, lepas tu diambil gambar punggungnya pula. Ini semua semata-mata untuk membuatkan pesalah itu rasa terhina. Ini bukanlah cara yang diajarkan oleh ALLAH SWT kepada kita. Dan sebagaimana yang kita baca tentang undang-undang pergiliran tadi; sekiranya hari ni kita buat kat orang, tunggulah satu masa, Tuhan akan balas balik kat kita. Macamana Tuhan balas?...ALLAHU TA`ALA `ALAM, kita tak tau. Tapi pasti akan ada pembalasan daripada ALLAH SWT. Yang ni yang kita kena ingat. Hari ini sekiranya kita boleh dok gelak kat orang pasai kita buat dia merangkak dalam penjara dalam keadaan telanjang bogel untuk memalukan dia, maka kita kena ingat bahwa balasan daripada ALLAH pula sedang menanti kita. Macamana bentuk balasan daripada ALLAH, memang kita tidak tahu. Tapi yang pastinya, undang-undang pergiliran pasti akan berlaku sebab ini janji ALLAH. ]
5) Pesalah-pesalah lelaki hendaklah dijalankan hukuman sebat dalam keadaan berdiri. Dan pesalah-pesalah perempuan hendaklah dijalankan hukuman sebat itu dalam keadaan duduk. (Kitab al-Fiqhu `alal Mazahib al-Arba`ah: 5/62)
[ Tuan-tuan nampak tak macamana Islam menjaga maruah kaum wanita walaupun dia penjenayah?...Jadi, yang menjadi masalahnya sekarang ialah kita sendiri, kerana tidak mahu menjalankan hukum daripada ALLAH SWT. ALLAH ajar kepada kita supaya menghormati haq-haq penjenayah, tapi apa yang kita tengok dalam penjara-penjara kita hari ini, langsung kita tidak menghormati sebagaimana yang diarahkan oleh ALLAH SWT. Akibat daripada ingkar inilah antara sebab musabab yang boleh membawa kepada malapetaka dalam sesebuah tammadun. Kalau kita tengok dalam rumahtangga pun macam tu jugak. Pasai apa berlaku kucar kacir dalam rumahtangga, pasai apa berlaku perbalahan dalam masyarakat dan sebagainya; ini adalah kerana ada dikalangan masyarakat yang tidak menghormati hukum-hukum agama. Inilah dia antara penyebab masyarakat kita gagal bersaing dengan tammadun barat, tuan-tuan. Jadi, kita sebagai ketua dalam rumahtangga, kita hendaklah hormat kepada hukum ALLAH SWT, supaya barakah daripada ALLAH SWT diberikan kepada kita.
Bila bercakap soal masalah rumahtangga ni, memang banyak sangat dah kes yang kita dah dengar. Jadi, apa yang saya nak pesan ialah kalau masalah itu boleh berlaku kepada orang lain, maka tak mustahil ia boleh juga berlaku kepada kita. Sebab itu, kita yang ada isteri/suami/anak-anak, jagalah mereka ni baik-baik. Sebab menurut ust Jailani, yang datang mengadu ke pejabatnya bukan saja orang jahil; malah orang yang kaki masjid pun ada. Memang tak dinafikan, kadang-kadang tu mungkin ALLAH SWT nak menguji kita dengan masalah rumahtangga dsbnya; tetapi kalau boleh kita nak elak masalah sebegini daripada berlaku kepada kita. Sebab dari pengalaman saya sendiri; kalau timbul saja masalah rumahtangga, nak buat kerja apa pun jadi tak seronok. Jadi, kita yang kaki pi mengaji ni, jagalah baik-baik rumahtangga kita. Ambil ikhtibar dari apa yang berlaku kepada rumahtangga orang lain.
Lalu ust Jailani pun bawa mai satu contoh doa untuk kita amal (lebih-lebih lagi kepada yang belum kahwin tu) supaya mendapat jodoh daripada kalangan orang-orang solih/solihah. Doanya berbunyi : "Allahumma qaddirli zaujatan solihatan, wayukha tibni, watazau wajni, waya kunu solihan li fiddun ya wafil jannah."...Maksudnya, "Ya ALLAH takdirkanlah kepada ku pasangan suami/isteri yang solih, dan aku dipinang, aku dikahwini daripada orang-orang yang solih kepada ku di dunia dan juga di dalam syurga."...Kalau kita ada anak teruna atau anak dara yang sedang mengaji; apa salahnya kita ajar kat depa doa-doa yang baik macam ni. Supaya boleh kita tanamkan cita-cita dalam diri depa supaya mencari pasangan hidup yang baik. Bukannya seperti setengah makbapak yang suruh anak depa cari hat muka handsome macam Shah Rukh Khan atau cari anak datok yang ada kereta Merc. Jangan dok tanam benda-benda yang ke arah materialistik ni dalam pemikiran anak-anak. Sepatutnya kita sebagai ibubapa, ajarlah kepada anak-anak kita supaya mereka mencari jodoh yang solih/solihah.
Ni dia satu lagi doa yang disebut oleh ust Jailani. Ayat Quran ni tuan-tuan. Ayat ni ada dalam Surah Ali Imran 3:31 yang bermaksud, "Katakanlah wahai Muhammad kepada manusia: Jika sekiranya kamu kasih kepada ALLAH, ikutlah aku (Nabi s.a.w.), nescaya kamu akan dikasihi oleh ALLAH TA`ALA..."...Ayat ni boleh kita ambik untuk buat ayat pengasih. Masa suami/isteri kita tengah tidoq, time dia dok tarik nafas tengah tidoq tu, kita mau baca ayat ni dan terus hembus kot hidung dia. Inilah cara yang Islam ajar. Sebenarnya ada banyak lagi doa-doa yang boleh kita amalkan supaya ALLAH SWT jaga rumahtangga kita. Selain ikhtiar secara zahiriah, ikhtiar secara berdoa kepada ALLAH SWT pun kita kena buat juga. Kalau tak reti baca doa dalam bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh. Tuhan tau aih apa niat kita. Tak payah la pi jumpa segala bomoh-bomoh apa semua ni. Sebab kadang-kadang kalau kita tengok perangai orang Melayu kita ni memang pelik; kalau nak ilmu daripada tok bomoh, dia diminta bayar pengeras dulu. Kadang-kadang bukannya sikit, sampai ribu-ribu pun ada. Bila bayar pengeras, maka barulah benda tu makbul. Semua ni cerita mengarut tuan-tuan. Islam tak ajar pun benda-benda lagu ni. Yang Islam ajar ialah benda-benda senang kepada kita. Kalaulah kita tak mahir bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh. Contohnya, kita boleh sebut, "Ya ALLAH, sejukkanlah hati suami aku. Jadikanlah suami aku ini seperti Ali kepada Fatimah, sebagai Muhammad kepada Khadijah..."...Inilah contoh doa dalam bahasa Melayu yang boleh kita buat sendiri. Tak payah la susah-susah pi cari bomoh, yang kena bagi pengeras lagi pulak tu. ]
6) Hukuman sebat tidak boleh dijalankan terus menerus pada satu anggota sahaja, malah hendaklah berpindah sebatan itu dari satu anggota kepada anggota yang lain, kecuali muka, kemaluan dan kepala.
[ Hukuman sebat tak bolehlah ditempat yang sama saja sebab ini boleh menyebabkan kecederaan yang parah. Dia kena sebat kat punggung sekali, kemudian kat atas belakang sekali, kemudian kat kaki sekali; ia hendaklah beralih-alih tempat. Tapi tempat-tempat yang sensitif hendaklah dielakkan. Seperti bahagian muka sebab muka adalah tempat yang berharga. Begitu juga dengan kemaluan. Dia adalah tempat yang paling sensitif. Sebab itu, kalau orang perempuan nak elak daripada kena rogol, bila orang lelaki mai kat dia, apa yang perlu dia buat ialah dia mau tendang atau tumbuk dekat kemaluan lelaki tersebut. Biarkan dia senak. Dia tak akan kejar sebab dia nak lari pun tak boleh.
Satu lagi tempat sensitif ialah bahagian kepala. Sebab itu, kita nak bagitau kepada para suami bahwa jangan dok pi pukoi isteri hangpa kat bahagian kepala. Jangan dok pi tampaq, jangan dok pi tumbuk kat kepala. Tapi apa yang selalunya berlaku, lagu tu lah. Dok tampaq bini, dok tumbuk bini. Walaupun sebenarnya Islam melarang perbuatan yang sedemikian. Sebab itu, kita nak kata bahwa takdaklah yang lebih untung daripada mendapat pasangan hidup yang solih/solihah. Begitu juga dengan anak-anak, kita mau yang solih-solih belaka. Kalau dapat anak-anak yang jahat, boleh sakit jiwa dibuatnya kita tuan-tuan. Awat taknye?...Sat pi mencuri, sat pi isap dadah, sat pi bawa lari anak dara orang; tak ke pening kepala kita tuan-tuan?...Sebab itu, takdak benda yang paling berharga kepada ibubapa melainkan mendapat anak-anak yang solih yang menyejukkan mata memandang. Jadi amalkanlah doa seperti yang terdapat dalam Surah al-Furqaan 19:74 yang bermaksud, "...Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,..." ]
Perkara 37 : Tujuan hukuman sebat.
Hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk mematikan penjinayah-penjinayah sebagaimana hukuman rejam yang dikenakan ke atas orang-orang yang zina muhsan, tetapi sebenarmya adalah merupakan hukuman untuk menghalang dan mencegah penjinayah melakukan jinayah-jinayah syar`iyah dengan berterusan. (Al-Fiqhul Islami Waadillatuh: 6/14)
[ Hukuman sebat ke atas penzina khairu muhsan, hanyalah sebagai peringatan kepada dia supaya jangan berzina lagi. Sebab itu, hukuman dijalankan dikhalayak ramai, supaya dia merasa malu. ]
Bersambung