Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, 

Qanun Jinayah Syar`iyah

FASAL 4.

SARIQAH (MENCURI)

Perkara 74: Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah.

2) Kes yang disebutkan dalam perenggan (e) samalah hukumnya dengan orang yang hanya mencuri sekadar sepiring nasi atau segelas air untuk menghilangkan lapar dan dahaga yang bersangatan yang boleh menyebabkan kemudharatan ke atas dirinya.

[ Ceraian ini adalah sambungan daripada perbahasan kita yang lalu berkenaan dengan keadaan si pencuri tidak dikenakan hukuman hudud. ]

3) Pencuri yang melakukan pencurian seperti tersebut tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan) kerana barangan yang dicurinya itu bukan untuk disimpannya, malah hanya untuk menghilangkan lapar dan dahaga yang bersangatan. Sungguhpun demikian, dalam kes ini hakim dengan kearifan dan kebijaksanaan boleh menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas mereka yang melakukan kesalahan sebagaimana tersebut.

[ Dalam kes ini, si pencuri telah melakukan kecurian kerana untuk mengelakkan daripada ditimpa kemudaratan. Jadi dalam keadaan ini, hudud tidak akan dikenakan ke atasnya. Walaubagaimanapun dalam undang-undang Islam, hakim diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas si pencuri seperti ini supaya ianya boleh memberi pengajaran kepada si pencuri tersebut bahwa perbuatan mencuri itu adalah perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama. ]

Perkara 75: Mensabitkan kesalahan mencuri.

1) Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti:

i) Iqrar (pengakuan) daripada pencuri itu sendiri bahawa ia betul telah mencuri, di mana pengakuannya itu menjadi bukti untuk mensabitkan kesalahannya mencuri.

[ Bila si pencuri mengaku bersalah, maka pengakuannya itu hendaklah dipakai oleh mahkamah untuk menjatuhkan hukuman hudud ke atasnya. ]

ii) Keterangan 2 orang saksi lelaki yang adil. Tidak boleh disabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, jika saksi-saksi itu orang perempuan dan orang yang fasik.

[ Maknanya dalam nak menjatuhkan hukuman hudud, saksi daripada kaum wanita tidak boleh digunakan. Walaubagaimanapun, saksi perempuan dibenarkan tampil dalam kes-kes yang bukan hudud, seperti dalam kes ta`zir umpamanya. ]

iii) Sumpah yang mardud, iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, di mana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya ia adalah mencuri - (I`anatut Talibin).

[ Apabila si pencuri itu tidak mengaku dan tidak ada 2 orang saksi lelaki yang adil, maka kaedah sumpah digunakan. Tapi sekiranya si pencuri yang disuruh bersumpah itu enggan bersumpah, maka sumpah itu dikembalikan pada orang yang mendakwa. Dan sekiranya orang yang mendakwa itu berani bersumpah bahwa si pencuri itu adalah orang yang benar-benar mencuri, maka wajib dikenakan hukuman hudud ke atas si pencuri tadi. Ini adalah kerana apabila si pencuri itu takut untuk bersumpah, maka itu adalah dalil bahwa dia telah pencuri. ]

2) Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja, dan pengakuannya itu hendaklah dibuat di majlis qadha` (dalam mahkamah) di hadapan hakim.

[ Kalau pengakuan dibuat depan orang lain selain hakim, maka pengakuan macam tu, tak boleh pakai. ]

3) Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

[ Hari ini, peguamlah yang melakukan soal-siasat, mengambil-alih tugas hakim. Untuk mensabitkan kesalahan, maklumat yang dikehendaki daripada saksi-saksi mestilah tepat, sokong menyokong antara satu sama lain. Kalau maklumat daripada saksi-saksi bercanggah antara satu dengan yang lain, ini menunjukkan adanya unsur keraguan. Sebab apa timbul unsur keraguan?...Sebab bukti tidak cukup. Bila bukti tidak cukup, maka pihak yang didakwa akan dibebaskan. ]

4) Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan di antara orang yang kena curi dengan orang yang mencuri. Dalam kes ini jika saksi-saksi tadi memberi keterangan yang berlainan di antara mereka, maka pencuri itu tidak boleh disabitkan kesalahan mencuri dan tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud (potong tangan).

[ Kenapa dalam perenggan ini, pengarang kitab ini menulis mesti ditanya tentang hubungan si pencuri dengan mangsanya?...Sebab sepertimana yang kita bahas dalam posting yang lalu, kalau bapa mencuri harta anaknya, si bapa itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Begitulah juga kalau si anak mencuri harta makbapak atau nenek moyang dia, dia juga tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Kamu dan juga harta benda kamu, adalah milik bapa kamu!"...Bila Nabi s.a.w. kata lagu tu, dan sekiranya ada pula kes bapa pi curi harta anak dia, maka akan timbullah keraguan dalam kes tersebut. Bila ada keraguan, ulama` pula berkata, "Tertolaknya hudud bila ada keraguan!"...Nampak tak tuan-tuan, macamana ditunjukkan kepada kita bahwa Islam ini adalah satu ugama yang amat menekan sikap berhati-hati.

Bila sebut masalah mencuri ni tuan-tuan, sekarang ni bermacam-macam teknik mencuri kita boleh tengok. Yang selalu kita tengok ialah satu individu mencuri harta individu yang lain, atau satu individu mencuri harta sebuah syarikat atau sebuah kerajaan, betoi tak?...Itu yang lazimnya kita tengok. Tapi sejak akhir-akhir ini, keadaan dah jadi terbalik pulak. Sekarang ni ada kerajaan yang sanggup curi harta rakyatnya dengan cara yang cukup licik. Rakyat sebenarnya tau harta mereka sedang dicuri, tapi kat sapa nak mengadu, itu menjadi masalahnya.

Lihat saja perkembangan di Aceh hari ini tuan-tuan. Bila kerajaan Indonesia tidak dibenarkan mencuri hasil bumi Aceh yang kaya tu, kita lihat sendiri bagaimana kerajaan Indonesia telah menghantar ratusan komandonya untuk menyertai ribuan TNI untuk mengganyang Aceh. Ini menyebabkan ramai dikalangan kita di M`sia ni yang tertanya-tanya, apa masalah sebenarnya antara Aceh dengan Indonesia?...Kalau tuan-tuan balik semula kepada kisah penjajahan Belanda di Indonesia, tuan-tuan akan dapat jawapannya. Aceh ialah satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa barat sejak daripada dahulu sampailah sekarang. Maknanya, Aceh adalah sebuah negara yang merdeka sejak dulu lagi. Tetapi setelah Indonesia berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Belanda, dan semasa perjanjian kedua belah pihak itu ditanda-tangani, tiba-tiba dimasukkan Aceh yang kaya dengan sumber petrolium itu ke dalam wilayah Indonesia. Takke haru punya cerita tu?...Takpa lagi tu sebab sebenarnya Aceh bersetuju masuk dalam Indonesia, dengan beberapa syarat. Antara syaratnya ialah Aceh minta negaranya diperintah dengan cara undang-undang Islam. Ini yang Indonesia tak mau tu, sebab Indonesia adalah negara yang diperintah secara undang-undang sekular, yang tidak mengambil kira undang-undang Islam. Maka inilah yang mengheret pertelagahan di antara GAM dan TNI. Dan bertambah parah lagi ialah apabila hasil petrolium Aceh disedut curi oleh kerajaan Indonesia, sehingga langsung tidak memberi manafaat kepada Aceh. Aceh tetap miskin seperti sebelumnya. Yang kaya ialah bapak-bapak menteri dalam kerajaan Indonesia. Inilah yang membuatkan rasa tidak puashati dikalangan rakyat Aceh sehingga sebahagian daripada mereka membentuk Gerakan Aceh Merdeka.

Amacam tuan-tuan?...Clear tak apa yang cuba saya bagitau tentang masalah yang dihadapi Aceh hari ini?...Masalahnya ialah selain kerajaan Indonesia tidak membenarkan Aceh diperintah secara Islam, kerajaan Indonesia juga turut mencuri hasil bumi Aceh lagu tu saja tanpa menghiraukan hak rakyat Aceh. Apa yang berlaku pada Aceh, mengingatkan pada negeri T`ganu kita. Sama saja tuan-tuan...Ust Jailani cerita, semasa beliau dijemput berceramah di platform minyak di T`ganu bulan sudah, beliau telah mendapat gambaran sebenar pasai apa kerajaan M`sia terpaksa tarik balik duit royalti minyak kepada kerajaan negeri T`ganu...Masa pergi ke sana, ust Jailani menceritakan bahwa platform induk ada 13 bijik. Perjalanan dari satu platform ke platform yang lain, diangkut oleh helicopter. Mula-mula ust ingat tentulah helicopter yang akan dinaikinya itu jenis baru sebab Petronas kaya. Tapi tiba-tiba dilihatnya helicopter tu tetap hat jenis lama, jenis Nuri tu lah juga. Cumanya, ianya dicat baru. Tu ja. Takpalah, Nuri pun nurilah. Ust kata dia seronok la juga pasai first time dapat naik helicopter. Okay kemudiannya, masa on the way pergi ke pelantar minyak yang berada 200km daripada pantai T`ganu tu, tiba-tiba hujan turun. Yang lucunya, air hujan tirih menitik masuk dalam helicopter. Nampak tak tuan-tuan, dari sini pun kita boleh tengok macamana tok-tok menteri mentakedarah duit?...Duit minyak berjuta-juta ringgit masuk satu hari, tapi helicopter hat pakainya, tetap tak ganti-ganti, hat jenih lama tu la juga. Tu takpa lagi...

Kemudiannya ust kata bila depa meredah perjalanan nuuuuun jauh di tengah laut 200km daripada pantai (memang tak nampak pantai langsung), akhirnya depa sampai di platform yang pertama, yang dipanggil sebagai "Dulang B". Sampai-sampai di "Dulang B", superintendent dia pun bagi briefing memperkenalkan "Dulang B" itu pada ust Jailani. Superintendent tu kata bahwa "Dulang B" itu merupakan satu pelantar yang mencarigali dan mengeluarkan minyak untuk M`sia sebanyak 40,000 barel satu hari. Dimana satu barel berharga RM100. Kalau kita kali dengan 40,000 barel, bermakna M`sia boleh mendapat satu hari dalam RM4juta untuk satu platform. Tu baru satu paltform tuan-tuan. Kat T`ganu tu, ada 13 platform induk. Cuba tuan-tuan bayang satu hari M`sia boleh dapat berapa banyak?...Kat satu platform induk tu pulak, ada beberapa satelite platform hat kecik-kecik di sekelilingnya. Kalaulah satu platform induk boleh dapat RM4juta satu hari, ini bermakna satu tahun depa boleh dapat dekat RM1.5 billion tuan-tuan oiii!...Tu baru satu pelantar minyak. Dok ada lagi 13 bijik lagi. Sepatutnya kaya dah negeri T`ganu ni, betoi tak?...Tapi apa yang malangnya, T`ganu tercatat sebagai negeri kedua termiskin di M`sia. Pasai apa jadi macam ni?...Cuba tuan-tuan jawab, siapa yang memerintah selama ni sebelum T`ganu jatuh ke tangan Pas?...Sapa tuan-tuan?...Jawapannya memang kita semua sudah sedia maklum, betoi tak?...T`ganu ni bila dapat-dapat saja kat Pas, dan-dan jadi wang ehsan. Itu pun takpa lagi tu, kita dah tak heran semua tu, dah naik mangli orang Penang kata. Hangpa punya suka lah nak tukar apa pun. Dulu royalti, sekarang wang ehsan. Yang tu semua kira ikut suka hangpa lah. Yang kuat mentahkedarah duit minyak ni memang kita dah tahu dah siapa dia. Rakyat bawahan ni boleh la dapat sikit-sikit macam duit zakat atau duit ehsan ja, takat RM50, RM100 tu boleh la. Hat dok kat ataih nu mentahkedarah berapa juta sapa pun tak tau?

Lepaih tu ust cerita lagi, dalam taklimat itu juga dia ditunjuk dalam peta, lokasi-lokasi yang banyak minyak. Setelah diamat-amati, rupa-rupanya lokasi terbaru yang dijumpai banyak minyak ialah di sepanjang perairan negeri Kelantan...Hah! sudahhh!...Lokasi-lokasi tersebut dijumpai oleh 3 orang pakar carigali minyak yang berbangsa Melayu kita yang masing-masing diberi gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa tax. Tu dia aih!...Tax depa ditanggung oleh Petronas. Depa ni memang expert dalam mencari tempat yang ada minyak. Depa akan turunkan sejenis alat pengesan gelombang ke perut bumi, daripada reflection gelombang itu depa boleh tau suatu tempat itu ada minyak ka takdak. Hebat Allah bagi ilmu kat depa ni.

Jadi apa nak sebutnya ialah sekarang ni di Kelantan dijumpai banyak minyak. Tapi ia belum di developed sebab ada masalah piping. Kalau bawa paip tu ke darat, pantai yang paling dekat ialah pantai Kelantan. Kalau bawa masuk kot K`tan, sudah tentu Kelantan mau habuannya sikit. Ini takdak masalah kalau Kelantan sekepala dengan geng merah biru karat tu. Tapi yang jadi masalahnya di sini, Kelantan bukannya geng merah biru, tapi ianya hijau putih. Itu masalahnya. Bila depa nampak masalah tersebut, lalu depa pun melalui pihak-pihak tertentu cuba berunding dengan kerajaan Thailand untuk bawa paip itu ke negeri Siam. Nampak tak tuan-tuan macamana busuknya perut yang dikatakan melayu umno ni. Mana pi slogan umno yang kata nak memperjuangkan hak melayu?...Siam ka melayu atau Kelantan ka melayu?...Akibat busuknya perut melayu umno ni, tiba-tiba ditakdirkan oleh Allah Ta`ala, sampai hari ni projek depa tu terbengkalai sebab ada masalah pulak dengan syarikat daripada Thailand.

Kita akui walaupun mencuri seperti yang dilakukan oleh kerajaan M`sia ke atas rakyat T`ganu/K`tan ini tidak boleh dikenakan hudud, tetapi apa yang kita nak kata ialah ini adalah satu pengkhianatan daripada pemerintah terhadap rakyatnya. Kalau tuan-tuan buka dalam Sahih Muslim, tuan-tuan akan jumpa satu hadith tentang pengkhianatan kerajaan terhadap rakyat. Ana lupa pulak hadith ke berapa, tapi dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. telah berjanji bahwa sesiapa saja yang mengkhianati amanah yang diberikan padanya, maka dia dijanjikan dengan azab oleh Allah SWT...Nauzubillah.]

Perkara 76: Pencuri yang dikecualikan dari hukuman hudud.

Hukuman hudud kerana melakukan kesalahan mencuri tidak boleh dikenakan dalam keadaan berikut:

a) Jumlah nilai harga harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada nisab yang disebutkan dalam perkara 73.

[ Bila sebut pasai nisab ni, teringat saya satu cerita bagaimana ada satu orang pi call pejabat mufti, nak tanya tentang masalah nisab zakat hartanya. Dia tanya kat sorang ust di pejabat mufti tu, "Adakah wang simpanan saya yang sebanyak ini wajib dikenakan zakat?...Kalau kena bayar, ust tolong kira sat, berapa banyak yang saya kena bayar"...Lepas dikira, ust tu kata, "Duit pakcik ni tak cukup nisab, jadi taklah wajib bayar zakat."...Pakcik tu pun jawab, "Alhamdulillah..."...Nampak tak tuan-tuan perangai orang kita yang takdak rasa cinta untuk beribadat kepada Allah SWT?...Adaka dengan takyah bayaq zakat, boleh sebut Alhamdulillah?...Apa punya pakcik?...Ibadat bagi orang macam pakcik ni adalah macam satu azab. Inilah penyakit yang sedang menular dalam hati sebahagian umat Islam hari ini. Kita sepatutnya jangan ada perangai lagu ni. Kalau boleh, kita mesti berlumba-lumba nak bayar zakat kerana zakat yang diwajibkan kepada kita itu hanyalah secebis sahaja daripada kekayaan yang kita miliki. ]

b) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki di bawah peruntukan perkara 75(1).

[ Kalau pencuri itu tidak mengaku, kemudian tidak ada saksi dan dengan jalan sumpah pun tak boleh, maka orang yang dituduh mencuri itu wajib dilepaskan daripada hukuman hudud. ]

c) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf mengikut penta`rifan syara`.

[ Apa syarat orang yang mukallaf?...Yang pertamanya, dia hendaklah berakal. Dan yang keduanya ialah baligh (cukup umur). Inilah sifat-sifat orang yang dibebankan dengan tanggungjawab. So bila seorang itu sudah mukallaf, maka setiap apa yang dilakukan akan menerima pembalasan daripada Allah SWT. ]

d) Tuan punya harta atau barangan yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangan di tempat yang selamat daripada kena curi dan tidak menyimpannya pada tempat yang sepatutnya harta atau barangan itu disimpan.

[ Maksud ayat dalam perenggan ini ialah pencuri yang mencuri akibat kelalaian tuan milik barang itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Bila berlaku lagu ni, jangan pulak ada yang salah tafsir. Perbuatan mencuri itu tetap haram walaupun dalam kes ini pencuri tu tak kena hudud. Mungkin dia boleh dita`zirkan. ]

e) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya ke atas harta yang dicurinya itu, walaupun tuan punya harta atau barangan itu tidak lagi mempunyai jagaan dan milikan terhadap harta tadi.

f) Harta atau barangan yang dicuri itu bukan dari jenis harta atau barangan yang berharga dan bernilai dan boleh didapati dengan banyaknya di merata-rata tempat atau dari jenis harta atau barangan yang mudah rosak dan musnah.

[ Ada barangan tertentu pada lazimnya kita anggap ianya sebagai barang yang bernilai, tapi dalam hukum syara`, tiba-tiba, ianya tidak pula dianggap bernilai. Ada tak tuan-tuan benda-benda lagu ni?...Adaaaa!...Misalnya, arak. Ada manusia anggap arak ni bernilai sebab dia kena beli. Tapi dalam hukum syara`, arak ni bukannya satu benda yang bernilai. Samalah juga dengan najis. Ada setengah orang anggap najis ni bernilai sebab boleh buat baja. Tapi dalam hukum syara`, najis bukanlah dianggap sebagai satu barang yang berharga. ]

g) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syara` seperti alat-alat hiburan atau minuman-minuman yang memabukkan.

[ Katalah jalan-jalan kot kedai, tiba-tiba ternampak gitar lawa. Hati berkenan tapi duit takdak. Akhirnya, gitar tu dicuri. Perbuatan mencuri gitar tu tetap haram, tapi dari segi hudud, ianya tidak boleh dikenakan hukuman potong tangan. Begitulah juga kalau pi curi minuman keras seperti wain, beer apa semua ni, ia juga tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Kalau curi arak, tak boleh kena hudud, maka samalah juga kalau ada orang pi curi babi. Apa ingat babi tak mahai ka?...Jangan buat main tuan-tuan, harga sekoq babi pun boleh mencecah ribuan ringgit juga tu. Tapi walau banyak mana sekalipun dia curi babi, kalau dia ditangkap, dia juga dikecualikan daripada hukuman hudud. ]

h) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang kepadanya yang enggan membayar hutangnya, dimana jumlah bilai harga harta atau barangan yang dicurinya itu melebihi dari jumlah hutang orang tadi dan tidak melebihi pula dari nisab.

[ Dalam kes macam ni, ia boleh sampai ke tahap harus. Katalah kita bagi hutang kat satu orang. Tiba-tiba bila kita minta balik, orang tu tak mau bayar. Puas dah kita minta, dia tetap juga tak mau bayar. Kita takdak pilihan lain, akhirnya kita terpaksa pi curi harta orang tu sebagai ganti hutang tadi. Ada ulama` kata, perbuatan kita itu bukan setakat tak kena hudud, malah diharuskan sekiranya orang itu enggan membayar hutang pada kita. ]

i) Pencurian itu berlaku dalam keadaan terdesak, seperti di dalam peperangan, di masa sangat lapar dan dahaga, ketika dalam keadaan menghidap penyakit, dan di waktu datang bencana alam.

j) Pencurian yang dilakukan oleh anak ke atas harta atau barangan kepunyaan ibubapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya) atau pencurian yang dilakukan oleh ibu bapa ke atas harta atau barangan kepunyaan anaknya hingga ke bawah (cucu dan seterusnya).

k) Pencurian yang dilakukan oleh suami ke atas harta atau barangan kepunyaan isterinya, atau pencurian yang dilakukan oleh isteri ke atas harta atau barangan kepunyaan suaminya.

[ Dalam kes kecurian suami isteri ini ada sedikit perbezaan pendapat di kalangan para ulama`. Ada pendapat yang mengatakan bahwa sekiranya suami curi harta isteri, maka suami wajib dikenakan hukuman hudud. Tapi kalau isteri curi harta suami, isteri tidak wajib dikenakan hukuman hudud. Dan ada juga pendapat kata kalau suami curi harta isteri, dia tidak boleh dikenakan hudud. Begitulah juga sebaliknya. Jadi, macam-macam pendapat dah kita dengar. Takpa, ini semua perkara khilafiah. Tapi dalam perenggan di atas penulis menyebut secara umumnya, kalau berlaku juga kecurian antara suami dan isteri, maka tidak dikenakan hudud sebab kedua-dua suami isteri ini berkongsi kehidupan saling bergantung di antara satu sama lain. Maknanya kalau kita dah sanggup berkongsi hidup dengan isteri kita, maka slogan "duit hang duit aku, duit aku duit aku", kenalah buang, dengan diganti dengan slogan "duit hang duit aku, duit aku duit hang". Malah mengikut hukum syara`, nafkah wajib disediakan oleh suami kepada isterinya. Kalau isteri tak mau kerja pun, suami tak boleh memaksa suruh isteri dia bekerja.

Bila sebut masalah suami isteri ni tuan-tuan, orang kita kadang-kadang bila dah lama hidup berumahtangga 10 tahun, 20 tahun, mulalah akan datang perasaan jemu pada si isteri. Ini berlaku pada seorang surirumah yang datang mengadu pada ust Jailani. Dia kata suami dia dah benci kat dia sehingga sanggup panggil dia dengan gelaran "babi pendek"...Nie dia yang kata mulut suami korang ajaq ni. Sedangkan masa dia mula-mula kawin 10 tahun dulu, yang kata "babi pendek" tu lah yang dia peluk-peluk. Sekarang bila dia dah jemu, dia hina isteri dia tu.

Tuan-tuan, mulut kita kena jaga!...Nak keluar satu perkataan, cuba fikir habis-habis dulu. Cuba fikir, perkataan yang nak dikeluarkan ni, haram ka harus?...Perkataan yang nak keluarkan ni, boleh dapat pahala ka atau dapat dosa?...Kalau kita nak buat satu benda, boleh bawa manafaat ka atau sia-sia?...Inilah yang kita kena beringat selalu. Bukan apa tuan-tuan, sejak akhir-akhir ini banyak benda pelik sedang berlaku. Depan mata kita sendiri, kita tengok orang baik-baik dihina dan dimusuhi. Tapi bila tengok orang jahat turun kapalterbang balik dari luar negeri, takdan kaki dia cecah tanah, cepat-cepat geng-geng barua karat ni sambut tangan dia, cium tangan dia, kalau boleh jilat, gerenti depa jilat tangan dia. Nuuuu projek punya pasai!...

Cuba kita tengok isu sebelum ini yang hangat diperkatakan, tapi tiba-tiba saja diam begitu saja. Hari tu naik seram tengkok juga bila terbaca kat front page paper BH, "MB T`ganu boleh disaman RM1juta!". Dok pikiaq, "Ishk! Camana TG nak bayaq saman RM1juta ni?"...Naik migren jugak dok pikiaq benda tu. Isu yang cuba diperbesarkan oleh puak barua karat ni ialah tuduhan TG mengatakan bahwa polis bawa maksiat dan melindungi perkara mungkar di negeri T`ganu. Dalam dok pening pikiaq benda ni. Akhirnya penjelasan oleh ust Jailani, membuatkan kekusutan selama ini terus terongkai...Okay, ust Jailani jelaskan lagu ni. Dalam undang-undang di M`sia, kalau ucapan kita termasuk dalam 3 jenis ni, maka orang sekali-kali tak boleh saman fitnah kat kita. Yang pertamanya, ucapan kita hendaklah ada justification, yakni ada benarnya. Kalau kita bercakap benda yang ada justification, orang tak boleh saman kita. Kalau dia proceed saman kita jugak, pasti dia akan kalah. Kemudian kalau dia kalah, maka dia terpaksa kena bayar kos mahkamah. Contohnya katalah saya kata kat satu orang, "Nie sheikh! bini lu botak la!"...Lepaih tu terus saya pi tarik rambut palsu bini dia, tengok-tengok botak betoi. Kalau berlaku keadaan begitu, walaupun saya telah memalukan orang tu, tapi dalam undang-undang di M`sia ini khususnya dalam kes defamation, orang itu tetap tak boleh saman saya. Sebab apa?...Sebab bini dia benar-benar botak. Okay itu yang pertama.

Yang keduanya ialah ucapan berbentuk fair comments (komen yang berpatutan). Contohnya katalah kita nampak satu orang dok jalan nyong nyong nyong kot tepi jalan, dengan hanya pakai kasut sebelah saja. Lalu terus kita kata kat dia, "Oiii! Orang gila!"...Tengok-tengok bila pi check kat hospital, doktor declare kata dia tak gila, dia waras. So bila berlaku macam tu, adakah saya boleh dikatakan sebagai menfitnah orang tu?...Tidak tuan-tuan. Sebab apa?...Sebab ulasan saya berpatutan. Orang yang waras tak akan pakai kasut sebelah, dia akan pakai kasut di kedua-dua belah kakinya, betoi tak?

Dan yang ke3 nya ialah special privilege. Contohnya seperti ahli parlimen berucap dalam persidangan parlimen. Dia nak bohong ka, dia nak buat kenyataan lagu mana ka, dia boleh buat dalam parlimen. Pasai apa jadi lagu tu?...Sebab dalam parlimen, dia sebagai ahli, dia ada privilege. Undang-undang tak boleh saman dia kalau dia bercakap dalam parlimen. Sebab itu kita pernah dengar, ada ahli parlimen mencabar ahli parlimen yang berucap supaya ulang ucapannya di luar parlimen. Kenapa?...Sebabnya kalau dia bercakap bohong di luar parlimen, dia berisiko boleh disaman malu atau disaman fitnah.

Inilah dia 3 benda yang perlu kita ambik kira. So kalau tuan-tuan nak bercakap, pastikan salah satu daripada 3 benda ni ada pada tuan-tuan. Okay sekarang berbalik kita pada isu TG dengan bekas Ketua Polis T`ganu. Mari kita tengok balik peristiwa yang menyebabnya TG boleh kata bahwa pihak polis bawa masuk maksiat tu. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah apabila pihak polis menganjurkan satu konsert. Okay kalau betul konsert tu ada artis perempuan yang menyanyi, dan ada persembahan penari perempuan yang buka aurat sambil menari dengan penari lelaki di khalayak ramai; kalau semua itu betul, maka betullah apa yang diucap oleh TG bahwa itu adalah maksiat. Ini bermakna kata-kata TG itu mengandungi justification (ada kebenaran). So bila ada kebenaran, hang saman pi lah RM1juta pun, hang pasti tak akan menang. Bila hang tak menang, hang pulak yang terpaksa kena bayar kos mahkamah...Oooo! Pasai tu lah senyap je sampai sekarang. Rupa-rupanya depa gempaq saja hari tu. Apa yang kita nak bagitau kat puak barua karat ni, "Kalau hangpa nak gempaq pun, jangan la pi bubuh kat front page nuuu. Bubuh kat column kecik dah la...Kah!...kah!...kah!"...Bukan apa tuan-tuan. Kesian kita tengok wartawan yang tulih topik tu. Dia pun turut jadi bangang pasai dok ikut sangat telunjuk ketua umno bangang! ]

i) Pencurian itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitulmal.

m) Tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahwa harta atau barangan yang dicuri itu kepunyaannya, sekalipun pencuri tadi telah membuat pengakuan bahawa harta atau barangan yang dicurinya itu adalah kepunyaan orang itu.

n) Pencurian itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang memperoleh bahagian tiap-tiap seorang setelah dibahagi-bahagi harta atau barangan yang dicuri tadi sesama mereka tidak sampai nilai harga senisab sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 73.

[ Katalah sekumpulan pencuri pi curi 60 guni beras. Setelah dibahagi-bahagi, tengok-tengok masing-masing dapat habuan yang nilainya tak cukup nisab pun. Sekira ini yang berlaku, maka mereka tidak boleh dikenakan hukuman hudud. ]

o) Pencuri itu memulangkan harta atau barangan yang dicurinya kepada tuan punya harta atau barangan itu sebelum hukuman hudud (potong tangan) dilaksanakan ke atasnya.

p) Pencuri itu membuat bantahan di majlis qadha` (dalam mahkamah) di atas keterangan saksi-saksi yang boleh diterima bantahannya itu mengikut peruntukan Hukum Syara`.

[ Maksud ayat ini ialah pencuri itu buat bantahan sebab kekeliruan daripada keterangan daripada saksi-saksi. Misalnya saksi pertama kata si pencuri itu mencuri belah malam. Sedangkan saksi kedua pula kata si pencuri itu beroperasi belah siang. Berlaku percanggahan. Bila berlaku percanggahan keterangan daripada saksi-saksi, maka bantahan tertuduh diterima dan dia akan dibebaskan. ]

Wallahu ta`ala `alam.

Bersambung

Kembali Ke Muka Hadapan