Bab 1 :
Beriman Kepada ALLAH TA`ALA.
Fasal 1 :
Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya.
Hadith
4 :
Dari
Ibn Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya :
"Fikirkanlah mengenai segala nikmat ALLAH dan
pemberianNya, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat
ALLAH." (HR Abu Syeikh dan at-Tabrani)
Muslimin dan
muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke4 yang kita baca
pada kali ini, masih lagi berlegar dalam masalah
menggunakan akal fikiran secara benar. Dalam sesi yang
lalu kita telah pun membaca hadith yang ke2 dan yang ke3,
yang membicarakan bagaimana Nabi s.a.w. mengarahkan kita
supaya berfikir tentang makhluk ciptaan ALLAH SWT. Tapi
pada hadith ke4 kali ini, Nabi s.a.w. mengarahkan kita
supaya memikirkan pula nikmat pemberian daripada ALLAH
SWT.
Kalau kita rujuk
dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana ALLAH SWT
menyebut kepada kita betapa banyaknya nikmat pemberianNya
itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk
menghitungnya. Ada 2 surah yang mempunyai lafaz ayat yang
sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya
ialah dalam Surah Ibrahim 13:34, dan yang keduanya dalam
Surah an-Nahl 14:18. Dalam ayat tersebut ALLAH kata,
"Sekiranya kamu cuba nak
menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu
mengiranya..."...Ayat ini nampak saja ringkas tapi
cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat ALLAH
terlalu banyak sampai tak terkira.
Kalau boleh
dikira, maknanya benda tu tak la banyak. Contohnya macam
dapat pingat Emas sukan Commonwealth. Boleh dikira, betoi
tak?...5 bijik je dapat pun, tapi belagak takdak dah.
M`sia tara tu aje la. Takpa la, hang menang tu kira
baguih la, tapi dengan seluaq pendek sebijik macam cina
makau ni apa cerita?...Nak ceritanya, banyak mana dapat
pingat pun, dia tetap boleh dikira. Tak boleh challenge
nikmat ALLAH yang tak terhitung banyaknya seperti bintang
di langit. Kalau nak kira jugak, infinitilah jawapnya.
Perenggan di atas
tadi adalah contoh pertama dalam Quran yang menyebut
tentang nikmat. Sekarang kita tengok pula contoh yang
kedua. Cuba tuan-tuan buka Surah ar-Rahman. Dalam surah
ini, kita akan dapati ALLAH mengulangi 31x lafaz kalimah
yang sama. Iaitu kata ALLAH yang bermaksud, "Wahai
jin dan manusia, nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu nak
dustakan?"...Tidak ada surah lain kecuali
Surah ar-Rahman inilah, ALLAH ulang 31x kalimah yang
sama. Walaupun dalam Surah al-Mursalaat ada ALLAH
berulang-ulang kali sebut, "Celakalah bagi
mereka yang mendustakan agama.", tapi hanya 10x sahaja.
Sedangkan dalam Surah ar-Rahman, ALLAH ulang 31x cerita
tentang nikmat.
Dan satu lagi
contoh yang boleh kita petik tentang nikmat ALLAH ialah
dalam Surah an-Najm 27:55, kata ALLAH yang bermaksud, "Manakah
lagi nikmat Tuhanmu yang kamu nak ragui?"...
Okay, bila Nabi
s.a.w. suruh kita fikir tentang nikmat yang tak terhitung
banyaknya seperti yang diceritakan dalam Quran, maka
untuk mengenangkannya, kita boleh rujuk kepada pandangan
Saiyyidina Ali karramallahu wajhah yang telah
membahagikan nikmat yang banyak itu kepada 6 bahagian.
Kata Saiyyidina Ali k.w. :
1) nikmat
yang pertama yang perlu kita kenang ialah nikmat ugama
Islam itu sendiri. Katalah sekarang ni kita bukan orang
Islam, yang nama pun Ah Chong atau Muthusamy apa ka.
Kalaulah mati time tu sebelum mengucap 2 kalimah
syahadah, confirm neraka tuan-tuan oiii!...Kekal
selama-lamanya pulak tu...Nauzubillah. Maknanya, apabila
kita jadi Islam, maka itu sudah satu nikmat yang ALLAH
dah tentukan sejak azali. Maka sebab itu, kita sepatutnya
bersyukur banyak-banyak sebab ALLAH pilih kita menjadi
orang Islam. Tapi yang sedihnya kita hari ini ialah
apabila kita lihat, kebanyakan orang yang ALLAH pilih
jadi Islam, tapi mereka gagal menilai nikmat Islam.
Mereka tidak memahami bahwa nikmat agama Islam itu adalah
satu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Ini
mengakibatkan mereka sendiri berpaling tak ndak kepada
Islam, tak minat dengan Islam, dan akhirnya jadilah
mereka Islam hanya pada baka atau Islam hanya pada ICnya
sahaja. Ini paling celaka sekali pasai lan! gsung tak tau
apa pasai Islam.
Bila sebut Islam
hanya pada nama, teringat ana pada ayat terakhir Surah
Muhammad s.a.w. yang mana kata ALLAH, "...,
jika sekiranya kamu berpaling (wahai umat Islam!), jika
sekiranya kamu tak ndak dah berhukum dengan hukum Islam,
jika sekiranya kamu tak ndak dah nak kaji Islam, maka Aku
akan tukar ganti kamu dengan kaum bangsa yang lain
daripada kamu, yang mana mereka ini minat dengan Islam
dan mereka tak kan sama perangai macam kamu."...Maknanya, ALLAH sedikit
pun tak rugi sekiranya suatu kaum itu tak ndak pada
Islam. Kalau umat Islam tidak lagi menghargai Islam,
tidak mahu bersungguh-sungguh tentang Islam,
senang-senang saja ALLAH boleh tukar dengan bangsa yang
lain untuk menegakkan kalimahNya di atas mukabumi ini.
Akhirnya ALLAH akan jadikan bangsa yang pada awalnya
bukan Islam itu, tiba-tiba depa minat pada Islam, lepas
tu depa peluk Islam, dan depa bena! r-benar bekerja untuk
Islam. Manakala hat Islam original tadi, akhirnya kuffur
kepada ALLAH...Nauzubillahi min zalik. Inilah hakikatnya
yang sedang berlaku sekarang. Serata dunia sekarang,
orang bukan Islam sedang bersungguh-sungguh mengkaji
Islam. Inilah kebenaran firman ALLAH pada ayat terakhir
Surah Muhammad tadi.
Cuba tuan-tuan
cari buku bertajuk "The Developing of Human"
tulisan Prof Emeritius Keithmore dari University of
Toronto, Canada. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang
anatomi sel biologi tubuh manusia. Dan buku ini telah
diterjemahkan dalam 6 bahasa sekitar dunia. Maknanya
memang hebat orangnya Prof Keithmore ni. Dalam buku tu,
dia hurai bagaimana kejadian janin manusia yang dipanggil
embryo zigot berdasarkan fakta sains dan al-Quran...Ini
yang hebatnya tu. Dia huraikan satu perkataan, iaitulah
`alaqah. Dia explain in detail apa itu `alaqah dan dia
relate dengan al-Quran. Kita orang Islam yang tiap-tiap
hari dok baca al-Quran tak jumpa pun benda ni dalam
Quran, tapi tiba-tiba sarjana mat saleh American ini
boleh pi jumpa ilmu yang diceritakan dalam al-Quran sejak
1400 tahun yang lalu. Malu kita, tuan-tuan. Semoga ALLAH
beri hidayah kepada Prof Keithmore supaya dia dapat masuk
Islam....Okay mai kita tengok apa dia `alaqah
tu?...`Alaqah adalah sebuta! n bahasa Arab. Tapi kalau
tranlate pi bahasa Melayu, dia boleh pi 3 makna.
Pertamanya ialah seekor lintah. Yang keduanya ialah
sesuatu yang bergantung di dinding. Dan yang ketiganya
ialah seketul darah. Jadi, apa yang mengkagumkan kita
daripada kajian Prof Keithmore ini ialah dia kata bahwa
apabila sperm lelaki bertemu dengan ovam telur wanita, ia
akan membentukan `alaqah. Dan rupa `alaqah yang dilukis
dalam buku tu sebijik tak tumpah betoi-betoi rupa seekor
lintah. Mula-mula dia lukis seekor lintah betoi. Kemudian
sebelah lintah tu dia lukis, inilah dia manusia pada rupa
bentuk `alaqah. Sebijik macam lintah. Maknanya kita ni
dulu macam lintah je, tapi bila dah besaq panjang, jadi
samseng pulak dah. Memang puak-puak toghut ni perangai
macam lintah pun. Bukan saja darah depa isap; malah duit
epf, duit tabung aji, duit pprt pun depa isap jugak!
Jadi apa yang
mengkagumkan kita sebenarnya ALLAH dah cerita benda ni
lama dah, iaitu 1400 tahun dahulu. Yang pada ketika itu,
belum ada lagi USM, belum ada lagi lab, belum ada lagi
tabung uji/ tabung radas apa semua, belum ada lagi penunu
bunsen, ketika Nabi s.a.w. masih berada di kawasan Arab
jahiliyah; pada ketika itulah ALLAH SWT sudah mengajar
manusia tentang sains.
Okay yang keduanya
bila kata `alaqah, dia adalah sesuatu yang bergantung di
dinding. Dan memang kita sewaktu jadi `alaqah pun, kita
memang melekat di dinding rahim ibu (uterus of womb).
Sebab itu dalam proses ini, iaitu bila urine test positif
sah kata isteri kita mengandung, mulalah dia start
pening, mulalah nak makan kiwi kasut, mulalah nak makan
macam-macam, waktu ni lah kena jaga betoi-betoi. Sebab
possibility untuk miscarried (keguguran) cukup cerah time
tu sebab dia hanya melekat saja di dinding rahim.
Kemudian bila
habih Prof Keithmore mendetailkan kejadian `alaqah, dia
pun komen dengan satu kenyataan yang cukup mengkagumkan
kita, iaitu katanya, "Mustahil seorang insan yang
bernama Muhammad (s.a.w.) yang mengaku buta huruf dan
duduk pula di tengah-tengah padang pasir bersama Arab
jahiliyah, boleh present pada kita suatu ilmu yang baru
dijumpai teorinya oleh saintis 30 tahun dulu. Kecualilah
ilmu ini datang dari Tuhan Yang Maha Perkasa."...Tuu
dia tuan-tuan, macamana orang barat mengkaji kehebatan
ayat al-Quran.
Okay mai kita
tengok satu lagi contoh yang kata hebatnya Islam tu.
Dalam beberapa bulan lalu, bukankah kita didedahkan
tentang cerita pengakuan seorang juruselam Inggeris
(apanama dia pun ana dah lupa) yang bekerja dengan
National Geographic?...Yang mana dia kata, "Saya
telah bertemu dengan kebenaran firman ALLAH dalam Surah
ar-Rahman 27:19-21 yang bermaksud : Dan laut
itu Kami pisahkan antara keduanya dengan barzakh
(dinding) sehingga tidak bercampur keduanya."...Ayat ini ajar kita bahwa
sebenarnya dalam laut tu dia ada dinding (barzakhun).
Macam kita dok biasa dengar alam barzakh la tuan-tuan.
Alam barzakh maknanya alam dinding. Alam yang kita tak
nampak sebab alam dunia dengan alam barzakh, dia ada
dinding. Bila ada dinding, kita tak nampak sebalik
dinding sebelah sana, kecualilah superman. Tu pembohong
punya cerita. Hanya rekaan yahudi untuk tipu kita..!
.Okay ayat ni nak bagitau kat kita bahwa di tengah-tengah
laut tu pun ada juga air tawar tapi dia tak bercampur
dengan air masin sebab ada dinding. Dan saintis National
Geographic tu kata, "Kami dah jumpa dinding
tersebut!"...MasyaALLAH tuan-tuan, orang barat
mengkaji Islam sampai tara tu sekarang. Sebab itu Prof
Keithmore dalam kenyataannya berkata, "Saintis di
barat sekarang tidak lagi boleh menolak teori zaman dulu.
Teori itu ialah Quran dan sains adalah dua benda yang
berpisah."...Maknanya saintis mutakhir sekarang
ini tidak boleh lagi berpendapat begini tapi sebaliknya
mereka sekarang berlumba-lumba mencari kebenaran Islam.
Ini pula ada satu
lagi contoh yang menunjukkan hebatnya keunikan Islam yang
boleh kita dapat dari internet. Kalau kita rajin layari
internet, banyak maklumat yang kita dapat. Tapi kalau
buka internet kona kot lain, birula bijik mata jawabnya.
Dalam beberapa bulan sudah ada sahabat cerita dia jumpa
satu cerita tentang seorang Prof yang bernama Tagata
Tajasen. Dia adalah seorang pensyarah bahagian anatomi di
University of Chiang Mai, Thailand. Specialization dia
ialah kulit manusia. Mari kita kongsi cerita ni, kemudian
sama-sama sebarkan hebatnya Islam...Satu hari dia
menghadiri persidangan Perubatan Dunia yang ke8 di
Riyadh, Arab Saudi. Orang kafir boleh masuk Riyadh, tapi
tanah haram seperti Mekah/Madinah, depa tak boleh masuk.
Ini berdasarkan hadith ketika Rasulullah s.a.w. menghalau
orang yahudi berambos daripada Madinah. Maka Nabi s.a.w.
bersabda, "Tidak akan tinggal di bumi
Madinah ini termasuklah! Mekah kecuali orang Islam
sahaja."...Hadith ini ulama ambik bagi
mengharamkan orang kafir dari memasuki 2 tanah
haram...Okay berbalik kita pada cerita Prof Tagata
Tajasen tadi. Semasa dia hadir sebagai peserta dalam
seminar tersebut, satu hari tu dia sempat berbual dengan
Prof Sheikh az-Zindi, seorang Arab yang fasih berbahasa
Inggeris. Dalam perbualan mereka itu, Sheikh az-Zindi
telah membacakan untuk Prof Tagata ayat 56 Surah
an-Nisa`. Iaitulah firman ALLAH yang bermaksud, "Apabila
setiap kali kulit manusia hangus terbakar di dalam
neraka, maka ALLAH akan menukar dengan kulit yang baru,
supaya manusia merasai azab ALLAH."...Bila habih saja Sheikh
az-Zindi baca ayat tu, tiba-tiba Prof Tagata melompat
dalam keadaan tercengang-cengang sebab seolah-olah dia
merasai suatu keajaiban berlaku pada diri dia. Lalu
Sheikh Zindi tanya, "Apa yang pelik sangat apabila
saya baca ayat 56 Surah an-Nisa` yang berhubung dengan
kulit tu?"...Prof Tagata kata, "Saya seorang
pakar kulit. Dan hari ini saya telah bertemu dengan
kebenaran al-Quran."...Tanya Sheikh Zindi lagi, "Apa
ceritanya?"...Kata Prof Tagata, "Tahukah
kamu di lapisan kulit kita adanya sel yang mengawal deria
panas?...Sel inilah yang send isyarat panas tadi ke otak.
Bila otak reflect dengan message tersebut, at split of
second kita akan angkat tangan kita daripada api."...Sebab
itu kadang-kadang kita tengok orang gila bubuh tangan dia
kat api sebab otak dia dah tak berfungsi. Otak dia tak
boleh nak response terhadap isyarat yang dihantar oleh
sel tersebut. Kat sekolah dulu pun kita dah belajar
tentang sel ni...Kemudian sambung Prof Tagata lagi, "Apabila
kita kena bakar, sel deria yang kawal kepanasan itu akan
hantar isyarat kepada otak mengatakan panas. Aku menjadi
kagum kerana apabila ALLAH kata apabila kulit manusia
hang! us dibakar di dalam neraka, Dia akan ganti dengan
kulit yang baru. Itulah dia kebenaran yang aku cari
selama ini. Kerana apabila kulit manusia hangus terbakar,
maka turut sama hangus terbakar ialah sel yang kawal
kepanasan tadi. Sel itu akan musnah. Jadi kalau ALLAH tak
tukar dengan kulit yang baru, ahli neraka senyum sempoi
la jawabnya. Sebab mereka tak akan rasa lagi kepanasan
sebab sel itu dah mati. Jadi bakarlah api besar mana pun,
mereka tak akan rasa panas dah. Tapi bila ALLAH kata Kami
akan tukar dengan kulit yang baru, ini bermakna turut
ditukar ialah sel kawalan panas yang baru. Bila sel itu
wujud, maka bila kena api, depa akan melompat. Inilah
kebenaran yang baru aku jumpa setelah berpuluh tahun aku
belajar bab kulit."...Tuan-tuan tau ka apa dia
buat selepas dia kata lagu tu kat Sheikh Zindi?...Dia pun
pegang microphone lalu dia kata, "Mulai hari ini
aku mengisytiharkan tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan
Muhammad itu Rasulullah."...Dia masuk Islam di
R! iyadh pasai kes kulit je. Lepas tu bila dia balik ke
Jepun, dengan teori yang dia dah belajar ini, dia telah
berjaya mengIslamkan 5 orang anak murid dia. Inilah
nikmat ugama ALLAH yang kita anuti sekarang. Sebab itu
kita kena jaga betoi-betoi ugama ALLAH ini. Bayangkan
orang bukan Islam boleh peluk Islam hanya dengan ayat
al-Quran yang mereka dengar, apatah lagi kita yang dah
Islam sejak dilahirkan?
2) Nikmat
yang kedua ialah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul.
Jangankan kata ajaran dia menjadi nikmat kepada kita
sebab boleh menyelesaikan segala masalah, bukan sekadar
itu, tapi dengan hanya menyebut nama dia pun dah cukup
untuk menenangkan jiwa kita. Cuba tuan-tuan amalkan
selawat ke atas Nabi s.a.w. 100x sehari?...InsyaALLAH
jiwa yang berserabut akan jadi tenang setenang-tenangnya.
100 tu kira banyak dah tu. Kalau ikut ulama` dulu, beribu
tuan-tuan oiii!...Kita kata 100 pun dah kira banyak sebab
orang la ni sembang lebih. 100 pun kira besaq tuah dah tu
kalau nak banding dengan hat langsung tak selawat...Okay
pasai apa kita kata sebut nama Nabi s.a.w. pun sudah
terasa nikmatnya?...Ini sebab Nabi s.a.w. sendiri janji
bahwa siapa selawat sekali atas dia, maka ALLAH akan
selawat ke atas orang itu 10x. "ALLAH selawat
atas makhluk" maksudnya rahmat. Maknanya Dia
bagi petunjuk, Dia bagi hidayah, Dia bagi sakinah, Dia
bagi ketenangan jiwa, lapang da! da dan sebagainya.
Inilah hasil selawat kita menyebut nama Nabi s.a.w.. Itu
belum lagi sembang ziarah maqam baginda lagi. Saya tak la
pernah sampai ke sana lagi. Tapi kalau tuan-tuan tanya
orang yang pernah pi haji, tuan-tuan akan diceritakan
bagaimana perasaan tak sabarnya mereka untuk menziarahi
maqam Nabi s.a.w.. Depa cerita bila turun je kapalterbang
kat Jeddah, naik bas 8 jam sementara nak sampai tu terasa
cukup punya lambat. Tapi tengok driver la jugak. Kalau
driver tu jenih superman, 6 jam aje. Kata ust Halim,
tengah dok top speed tengah-tengah highway 4 lorong tu
depa boleh tukaq driver lagu tu je. Kata nak berenti
memang takdak punya. Bila driver yang lenguh tu bangkit
berdiri, terus driver hat ganti tu celapak masuk. Tuu dia
yang kata perangai tok Arab tu tuan-tuan. Inilah adegan
yang siapa pun tak berapa ingin nak lihat, tapi itulah
realitinya. Tapi apa nak ceritanya ialah perasaan tak
sabarnya depa nak sampai ke Madinah tu. Depa kata masa
nak masuk bandar Madinah! tu, bila nampak saja Kubah
hijau Masjid Nabawi daripada jauh pun kira dah meleleh
airmata dah. Sebab di bawah kubah hijau itulah berehatnya
3 orang sahabat karib, iaitulah Rasulullah s.a.w.,
Saidina Abi Bakrin r.a. dan Saidina Umar al-Khatab.
Merekalah yang berhempas pulas untuk agama ALLAH sehingga
sampai kepada kita hari ini. Sepatutnya kita mesti ada
perasaan malu sekiranya kita masih lagi ada perasaan
tidak menghargai ugama ALLAH yang diperjuangkan oleh 3
sahabat karib ini. Inilah kata-kata Imam Ghazali
rahimmallahu ta`ala.
3) Nikmat
yang ke3 kata Saidina Ali k.w. ialah al-Quran. Sapa
diantara kita yang baca Quran rasa tak sedap, tolong
bagitau kata saya?...Mai saya nak katok kepala dia ngan
kambe32. Kalau tuan-tuan baca Quran tak rasa sedap,
maknanya tuan-tuan tak rasa nikmat Quran. Sejak bangun
daripada tidur pagi tadi, sampailah lepas Asar pun kita
tak terasa nak baca Quran, tu kira kes berat dah tu.
Makna kata hati kita ada something wrong tuan-tuan
oooiii!....Kalau sampai kepada peringkat macam tu,
maknanya hati kita perlu kepada major overhauled. Mungkin
dah berkarat dah kot. Sampai ke malam tak terasa berdosa
pun kalau tak baca Quran. Happy je tengok penutup Sukma
malam tadi. Bangga dengan puluh-puluh pingat yang dapat.
Cuba bagitau sat, semua pingat-pingat tu untuk mengadap
sapa?...Memang bersukan itu Islam tak larang, dah banyak
kali dah kita sebut, tapi jagalah batasan aurat. Nie
sampai tak ketahuan, kita sendiri pun naik malu nak
tengok. Hangpa gimrama tu yang ha! ngpa suka sangat tu.
Ish! tak malu ke puak-puak tu?...Bukan apa tuan-tuan,
kita tengok hodohnya sampai tak dak rupa orang Melayu
dah. Nauzubillahiminzalik...Okay berbalik kita pada
cerita nikmatnya Quran. Inilah antara sifat Pemurah ALLAH
yang Dia sebut di awal Surah ar-Rahman lagi. Selepas ayat
pertama yang memuji zatNya sendiri dengan menyebut Dia
Maha Pemurah, kemudian dibalasNya selepas itu pada ayat
kedua dengan sifat PemurahNya sebagai nikmat ialah dengan
mengajar kita reti baca Quran. Cuba tuan-tuan bayang bila
kita baca Quran, secara automatik kita boleh cakap Arab.
Walhal 2 patah je yang betoi-betoi kita tau, "Ana
enta ana enta", tu je yang reti. Tapi lihatlah
bila ALLAH beri nikmat, tiba-tiba kita boleh cakap Arab
masa kita baca al-Quran. Tak pasai-pasai boleh jadi Arab
sekejap. Begitulah juga bila sembahyang, terus saja boleh
cakap Arab. Mana boleh cakap melayu dalam sembahyang,
haram berdosa. Inilah nikmat al-Quran tu tuan-tuan.
Paling tidak, sebenarnya ki! ta sedang belajar bahasa
Arab hari-hari walaupun tidak dalam kelas secara formal.
Tuu tak sembang lagi bab qiraat (cara bacaan). Kalau kita
ada kat Madinah kata sahabat, macam-macam gaya bacaan
kita boleh tengok. Turki cara dia. Kita cara kita. Tapi
nampak sedap kita lagi sebab M`sia boleh. Tengok
musabaqah sudah la tuan-tuan. Depa pulun habih sampai tok
Arab pun bungkuih lari. Nampak saja bacaan hebat pun tak
jadi apa jugak kalau hukum tetap tak diambik, dan ajaran
tak dilaksanakan secara sepenuhnya.
4) Dalam
jutaan nikmat ALLAH, yang ke4nya kata Saidina Ali k.w.
ialah nikmat kesihatan. Sebab itu Nabi s.a.w. kata ada 2
nikmat yang umat aku lalai tak reti nak guna, iaitulah
pertamanya sihat tubuh badan dan keduanya masa lapang
waktu. Kebanyakan kita kalah kat 2 benda ni. Pertamanya
kita suka lalai bila time sihat tubuh badan. Kita tak
berapa nak hargai waktu kita sihat. Waktu sihat kita tak
mau pulun sungguh-sungguh tapi bila dah sakit baru nak
kelam kabut. Kita pun tak tau pasai apa kebanyakan kita
perangai lagu tu?...Kata Nabi s.a.w., "Bila
seorang tua tu jatuh sakit, dia tak larat dah nak pi
kuliah, tapi sewaktu mudanya dia pulun sungguh Islam,
sebut aje ceramah kuliah mana saja dia sampai; maka
ketika dia terlantar sakit, ALLAH tetap bayar pada dia
pahala sepertimana dia ligat waktu muda."...Tu kira bonus tu
tuan-tuan. Ini bukan bonus link ada ma! ta punya yang dok
tempek kat belakang kereta tu "I want my
bonus". Tapi ini bonus daripada ALLAH bagi kat
kita tapi dengan syarat waktu muda dengan sihat tubuh
badan, tolong guna elok-elok untuk Islam. Manakala yang
keduanya kata Nabi s.a.w. ialah waktu lapang. 2-3 jam
daripada kita perabih tengok tv, ada baiknya lagi kita
baca Quran.
5) Nikmat
ke5 ialah tertutupnya aib kamu. Semua kita ada aib iaitu
kelemahan. Tuan-tuan ada kelemahan tuan-tuan dan saya ada
kelemahan saya. Apabila aib kita tertutup orang tak tahu,
maka itu satu nikmat. Kalau orang tahu aib kita, kemudian
dia guna pulak mulut capoi dia untuk menyebar, naya kita.
Sebab itu tertutupnya aib adalah satu kenikmatan kata
Saidina Ali k.w..
6) Dan yang
ke6 ialah tidak mengharapkan bantuan orang lain. Iaitu
buat kerja sendiri, tak harapkan orang lain. Tapi kalau
perlukan bantuan juga, itu pun hanya sekadar teknikalnya
saja.
Sebenarnya ada
jutaan nikmat lagi yang Nabi s.a.w. suruh kita fikir.
Tapi Saidina Ali k.w. sekadar mengkelaskan kepada 6
perkara tadi hanya untuk kita mengenangkanNya. Untuk apa
tujuan Nabi s.a.w. suruh kita fikir tentang nikmat ALLAH
ini?...Tak lain ialah supaya kita jangan sombong. Inilah
tujuan besar sebab apa kita kena fikir nikmat ALLAH tu.
Bayangkan daripada kejadian kita yang berbentuk `alaqah,
kemudian jadi mudrah, jadi jasadah, `izzomah, lepas tu
keluar daripada rahim ibu dalam keadaan tak reti satu
habuk pun, takkan tiba-tiba dah besar panjang sekarang ni
nak jadi samseng pulak?...Sebab itu sempena peringatan
peristiwa 11 Sept yang berlaku tahun lalu di Amerika,
tolong ambik pengajaran daripada peristiwa ini. Pertama
kita memang mengutuk apa yang berlaku di WTC dan The
Pentagon itu. Kita memang tak setuju dengan segala bentuk
keganasan dan kekerasan kerana kita cintakan keamanan.
Dan kita nak bagitau yang kita ni bukan jenih bawah tanah
punya line,! pasai bawah tanah ini kuboq orang mati. Kita
tak main bawah tanah pasai kita jenih atas tanah
(demokrasi). Kita cintakan keamanan sebab itu kita masuk
pilihanraya kerana kita yakin (InsyaALLAH) dengan cara
aman ini kita boleh bercakap Islam.
Dan yang kedua
yang boleh kita ambik ikhtibar daripada apa yang berlaku
di Manhattan Street dan The Pentagon itu ialah sebenarnya
mengajar kita dengan satu pengajaran bahwa kamu tak kuat
tapi ALLAH lah yang kuat. Cuba perati apa ALLAH kata
dalam Surah Fussilat 24:15 yang bermaksud, "Ingat!
Ketika pemimpin-pemimpin kaum Aad mendabik dada sambil
berkata : Siapa yang lebih hebat daripada kami?...Lihat
saja bangunan kami, ekonomi kami, pentadbiran kami,
tentera kami; siapa lagi yang lebih kuat?...ALLAH jawab :
Apakah mereka tidak melihat bahwa ALLAH lah yang
menciptakan mereka (daripada tiada kepada ada)?...ALLAH
itu lebih kuat daripada mereka..."...Apa yang tuan-tuan tau
tentang kecanggihan The Pentagon?...Satu dunia punya
maklumat ketenteraan ada dalam Pentagon. Berapa banyak
kapalselam Rusia?...Maklumat dia ada di Pentagon. Berapa
ribu tentera M`sia?...Ada d! i Pentagon. Berapa banyak
keretakebal Jerman?...Juga ada di Pentagon. Whole world
punya maklumat ada dalam perisian depa. Cuba tuan-tuan
buka internet cari maklumat tentang kecanggihan
kapalterbang pengebom B2 yang direka-cipta oleh engineer
Amerika (yang bentuk macam ikan pari tu)?...Canggihnya B2
sehingga ekszosnya yang diselit tepi sayap tu boleh
mengeluarkan asap yang minima, sehingga tidak mampu
dikesan oleh radar dan juga tidak mampu dikesan oleh
laser mahupun infrared. Punyala canggih B2 ni tuan-tuan
ooii!...Mai-mai sampai je, baguih punya tuju. Canggihnya
B2 ni sampai radar tak boleh trace sebab radio detection
enranging tak boleh reflect balik pada asap dia. Manakala
dia punya body pulak adalah kalis frequency. Tapi dalam
depa dok syok kata B2 radar tak boleh detect, tiba-tiba
haprak mana ka pi rampas kapalterbang pakai razor blade
je, lepaih tu pi rempuh WTC, lingkup habih. Hangpa ingat
boleh reka B2 tu kira hangpa dah kuat ka?...Sampai dabik
dada jadi polis dunia.! Pi campurtangan di Cuba,
campurtangan di Panama, kalau boleh nak campurtangan di
semua negara. Dia (Amerika) juga adalah salah satu
daripada 5 negara yang punyai kuasa veto. Shell pun ada,
tapi v-power. Itu bukan veto power. Jangan ada yang beli
tak bayaq pula....5 negara yang ada veto power ni boleh
batalkan segala keputusan yang dibuat oleh Unesco, Who
dll, dan mereka boleh buat keputusan mereka sendiri. Depa
dera rakyat Iraq sampai buat air sanction sehingga
beribu-ribu rakyat Iraq mati sebab ubat tak sampai. Bila
berlaku macam ni, ALLAH balas ranap habih. Sebab tu
jangan sombong. Lepaih tu tak tau nak boh kepala sapa,
teroih saja depa tuju kepala Osama Ben Laden. Takke kelam
kabut punya cerita tu?
Okay kita ulang
balik, satu sudut kita memang simpati sebab kita anti
keganasan dan tak suka akan terrorism. Kita satu jamaah
yang cintakan keamanan sebab tu kita masuk pilihanraya
setiap 5 tahun. Tapi dari sudut yang lain pula, ia
mengajar kita bahwa orang yang sombong, ALLAH akan hukum
sekelip mata. Cuba tuan-tuan buka Surah al-Qamar 27:50,
ALLAH kata, "Urusan Kami kalau Kami nak
buat hanyalah secepat kelipan mata."...Sekelip mata je, 5000
habih. Dengan sheriff bawah tu, dengan ketua polis dok
melangaq-melangaq pun habih mati kena timbus. Jadi semua
ini mengajar kita supaya jangan sombong, kerana ALLAH
ialah Tuhan yang boleh buat apa saja yang Dia mahu,
sehingga takdak siapa boleh halang.
Kesimpulan:
Berfikirlah
tentang nikmat ALLAH. Dan memanglah nikmat ALLAH banyak
sehingga ALLAH kata, "Kamu tak akan
mampu untuk menghitung nikmat Tuhan."...Tapi paling tidak kita
boleh mengenang apa yang Saidina Ali k.w. ringkaskan
untuk kita, iaitu mengenangkan nikmat Islam, nikmat
Rasulullah s.a.w. jadi rasul, nikmat al-Quran dll tu
semuanya adalah nikmat yang kita kena grab dengan segala
kesyukuran kepada ALLAH SWT.
WALLAHU TA`ALA
`ALAM.